Anda di halaman 1dari 2

JUDUL BUKU : KAEDAH MENGAJAR DAN KEMAHIRAN

INTERPERSONAL GURU
PENGARANG : TENGKU SARINA AINI TENGKU KASIM DAN
YUSMINI MD YUSOFF
MUKA SURAT : 287 m/s

RINGKASAN EKSEKUTIF
Bagaimana anda ingin mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
anda? Maka buku ini dapat membantu. Seorang pendidik seharusnya
mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar objektif dapat
tercapai. Ini kerana pelajar atau manusia mempunyai kaedah pembelajaran yang
berbeza. Ini kerana tahap mereka juga berbeza mengikut kepada kecerdasan
pemikiran. Maka adalah penting bagi seseorang pendidik supaya memahami
perbezaan dan tahap penerimaan pelajarnya. Terdapat beberapa kaedah yang sesuai
dan efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran namun semua itu bergantung
kepada cara penyampaian dan pembawakan seorang guru. Untuk itu seorang guru
perlulah mendalami bidangnya dengan lebih efektif.

Pembelajaran Yang Diperolehi


Dengan pembacaan dari buku ini saya sedari bahawa terdapat banyak teknik
yang boleh diaplikasikan di dalam kelas terutama di dalam kelas yang lemah.
Mempelajari teknik yang baru adakalanya memang menyeronokkan namun ianya
bergantung kepada kekangan yang lain. Namun dari pengetahuan ini ianya telah
memberikan saya cetusan idea bagaimana mewujudkan sebuah kelas yang
menyeronokkan terutama bagi subjek yang membosankan pelajar seperti sejarah.

Aplikasi Dalam Organisasi


Buku ini menyentuh isu pendidikan iaitu bidang perguruan. Ianya memberi
ilmu yang sangat bermanfaat kepada para guru diluar sana dalam menempuhi alam
pendidikan yang serba mencabar. Pelajar sekarang bukan lagi seperti dahulu, pelajar
dahulu patuh dan taat tetapi pada masa sekarang seorang guru perlu menarik minat
dan perhatian pelajar supaya mereka tidak bosan. Buku ini sangat berguna kepada
semua guru bukan sahaja melatih teknik pengajaran malahan menzahirkan teknik dan
kemahiran interpersonalnya supaya dapat menyesuaikan dengan masa dan
persekitaran dunia pendidikan sekarang.

RUBIA’AH BINTI ABDUL RAHMAN


800718-02-5414

Anda mungkin juga menyukai