Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN.

Keracunan makanan adalah penyakit yang berlaku akibat memakan makanan

yang tercemar.Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu benda atau

bahan yang tidak seharusnya berada didalamnya.

Terdapat 3 jenis pencemaran makanan iaitu:-

 BIOLOGIKAL – bakteria ,fungi ( kulat dan yis ) dan virus

 FIZIKAL- benda atau bahan asing seperti rumput,cebisan kaca,paku dan lain-

lain

 KIMIA – racun serangga,racun rumpai,bahan pencuci kimia,aditif makanan

seperti pengawet yang berlebihan.

Punca-Punca Keracunan Makanan

Punca utama keracunan makanan adalah dengan memakan makanan atau meminum

minuman yang :

 Mengandungi toksik atau racun semulajadi seperti sesetengah jenis

kulat,cendawan,makanan laut ( shellfish ) dan sebagainya.

 Tercemar oleh kuman yang berbahaya

 Tercemar oleh bahan-bahan kimia

 Tercemar oleh bahan-bahan atau benda asing


Tanda-Tanda Dan Gejala

Gejala yang dialami berbeza dari seorang ke seorang yang lain bergantung kepada :

 Jenis racun atau jenis bakteria

 Jumlah racun atau bakteria yang termakan

 Umur seseorang

 Ketahanan seseorang

Biasanya tanda-tanda dan gejala mulai timbul beberapa jam selepas memakan

makanan yang tercemar atau beberapa hari kemudiannya.

Tanda-Tanda Dan Gejala Keracunan

 Loya dan muntah

 Memulas dan sakit perut

 Kadangkala demam dan dehidrasi

 Cirit birit
LAPORAN

Pada 18/3/2014, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar menerima 1

notifikasi Keracunan Makanan daripada PPKPK (U32), En Deva yang bertugas di

Pejabat Kesihatan Daerah Kinta melalui panggilan telefon. Pesakit tersebut telah di

masukkan ke Hospital Pantai Puteri, Ipoh, Perak dan disahkan Keracunan Makanan.

Simptom yang dialami pesakit tersebut adalah cirit-birit, demam, loya, muntah, sakit

kepala dan hilang selera makan. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar telah

mengesahkan kes tersebut dengan meminta keputusan ujian analisis daripada Pihak

Pantai Puteri Medical Center, Ipoh, Perak pada 19/2/2014. Pesakit, Halijah Binti Hassan

merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang tinggal bersama keluarga

beralamat di No. 260, Lorong 29, Taman Bunga Raya, 33000, Kuala Kangsar, Perak.

LATAR BELAKANG

Penduduk di kawasan Bunga Raya adalah kira-kira seramai 4,000 orang,

dengan jumlah sebanyak 800 buah rumah. Rumah di taman tersebut adalah rumah

batu jenis teres 2 tingkat dan 1 tingkat. Sumber air yang digunakan adalah daripada

Lembaga Air Perak bagi kegunaan seharian seperti memasak, minum, membasuh dan

sebagainya. Di kawasan Taman Bunga Raya terdapat padang permainan, beberapa

buah tadika, sekolah agama rakyat dan dewan orang ramai. Sistem tandas yang

digunakan di kawasan perumahan tersebut menggunakan sistem tandas pam yang di

bina dalam rumah dan kesemuanya berfungsi dengan baik. Rata-rata penduduk di

kawasan tersebut bekerja di sektor kerajaan dan swasta.


DEFINASI KES

Seorang pesakit wanita yang mengalami simptom seperti demam, sakit kepala,

hilang selera makan, loya, muntah, sakit perut dan cirit birit yang telah disahkan

keputusan oleh makmal Hospital Pantai Puteri Medical Center Ipoh, Perak pada

18/2/2014.

METADOLOGI

Kaedah/method yang digunakan bagi menjalankan siasatan adalah melalui temu duga

bersama dengan pesakit bagi mengenalpasti tempat-tempat yang pesakit pernah

kunjungi sebelum onset iaitu 18/2/2014. Selain itu, data-data mengenai barang mentah

yang pesakit beli untuk memasak dan makan bersama keluarga juga diambil. Kaedah

Pengesanan Kes Secara Aktif dari rumah ke rumah juga telah dijalankan bagi

mengesan kes-kes yang baru sehingga tamat tempoh wabak. Hal ini berikutan terdapat

sebuah majlis keraian yang dilakukan di kawasan penempatan tersebut. Kesemua

sampel rektal swab/ stool swab kontek kepada pesakit telah diambil bagi mengenal

pasti punca keracunan. Selain itu, sampel-sampel makanan dari sumber yang pesakit

pernah makan sebelum onset telah diambil bagi tujuankawalan. Sampel air di rumah

pesakit juga telah diambil.


HASIL ANALISIS

Pesakit merupakan seorang penghidap Diabetis Mellitus dan sedang menjalani

rawatan di KPJ Medical Center bermula awal tahun 2012. Beliau mula menghidapi

Diabetis Mellitus sejak 15 tahun lepas dan menjalankan rawatan di klinik Sabariah pada

tahun-tahun sebelum ini. Hasil siasatan mendapati pesakit mula menunjukkan simptom

pertama pada 17/2/2014 dengan gejala seperti demam, sakit perut dan cirit birit pada

waktu pagi. Pada petang hari yang sama, pesakit mengalami sakit kepala, muntah,

loya, hilang selera makan serta cirit-birit.


DATA DAN STATISTIK

GRAF MENUNJUKKAN JUMLAH PESAKIT YANG MENDAPAT WABAK KERACUNAN

MAKANA MENGIKUT TAHUN BERMULA PADA TAHUN 2007 HINGGA 2012.

SUMBER: PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA KANGSAR.


Graf yang dilampirkan menunjukkan jumlah bilangan pesakit yang mendapat

Wabak Keracunan Makanan mengikut tahun bermula pada tahun 2007 hingga 2012.

Jumlah pesakit yang mendapat Wabak Keracunan Makanan yang dinotofikasikan

kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar adalah seramai 25 orang sepanjang

6 tahun bermula pada tahun 2007 hingga 2012. Daripada jumlah tersebut kes paling

tinggi dilaporkan pada 2011 dan paling rendah ialah pada tahun 2007,2008 dan 2009

iaitu masing-masing dengan 2 kes setahun. Kes yang dilaporkan pada tahun 2011

berjumlah 9 orang mewakili 36% dari jumlah keseluruhan kes-kes yang dilaporkan.

Peningkatan kes ialah sebanyak 66% dari tahun sebelumnya .


BILANGAN KEJADIAN KES KERACUNAN MAKANAN MENGIKUT JANTINA

DAN KUMPULAN UMUR PADA TAHUN 2007 HINGGA 2012 DAERAH KUALA

KANGSAR

KUMPULAN LELAKI PEREMPUAN

UMUR

0 -4 0 0

5 – 10 0 0

11 -14 0 0

15 – 19 0 0

20 – 24 1 0

25 -29 2 1

30 – 34 1 1

35 – 39 1 1

40 – 44 0 1

45 – 49 0 0

50 – 54 0 0

55 – 59 0 0

60 – 64 0 0

65 KE ATAS 0 0

JUMLAH 5 4
Dari maklumat terperinci, dapat di klasifikasikan mengikut jantina. Pesakit yang

mendapat jangkitan Wabak Keracunan Makanan seramai 5 pesakit lelaki dan 4 pesakit

wanita.

LITERATUR REVIEW

Apabila menyentuh tentang pemakanan, apa yang terpahat di fikiran adalah

mengenai keenakan makanan tersebut. Tidak pernah kita dengar atau jarang sekali

masyarakat mengendahkan samada makanan tersebut selamat ataupun tidak untuk

dimakan. Apa yang penting makanannya sedap dimakan. Tabiat begini sebenarnya

perlu diubah bagi mengelakkan keracunaan makanan ( Norazlanshah, 2013)

Telah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia yang lebih suka memilih tempat-tempat

makan mahupun restoran yang mempunyai ramai pengunjungnya tanpa mengambil

kira kebersihan premis tersebut. Mereka hanya membuat kesimpulan bahawa sekiranya

terdapat ramai pengunjung maka sedap makanan di situ tetapi sekiranya tiada

pengunjung mereka menganggap sebaliknya. Menurut Pengarah Bahagian

Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Dr. Abdul Rahim Mohamad,

keracunan makanan adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat memakan bahan

tercemar. ( Utusan Malaysia, 23 Januari 2005).


Sebenarnya, penyebab kepada penyakit bawaan makanan ini boleh

dikategorikan kepada tiga iaitu secara biologi, secara kimia dan juga fizikal. Antara agen

biologi adalah seperti bakteria, kulat, virus dan juga parasit. Walaupun 90% kes

penyakit bawaan makanan disebabkan oleh bakteria, namun hanya 4% adalah bakteria

berbahaya. Makanan mentah serta yang kurang masak adalah antara tempat di mana

bakteria berbahaya ini sering dijumpai seperti salmonella, shigella dan Escherichia.coli

(E.coli). Selain bakteria, kulat juga boleh menyebabkan penyakit jangkitan makanan.

Kulat boleh menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan ketoksikan makanan mudah

dijumpai pada makanan seperti roti dan jem. ( Norazlanshah, 2013)

Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau

bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid,

keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain. Keracunan makanan

tidak hanya mengakibatkanpencemaran makanan berisiko tinggi yang disebabkan oleh

bakteria, fizikal dan kimia tetapi turut dipengaruhi oleh jenis makanan serta persekitaran

termasuklah masa, suhu dan manusia pengendali makanan itu sendiri. Menurut Ketua

Unit Penyelidikan Kualiti Makanan ( UNIPEQ), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof.

Madya Dr. Nik Ismail Nik Daud, “Pencemaran makanan yang tinggi ini disebabkan

mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan ini bukanlah daripada profesion

sebenar”. ( Utusan Malaysia, 6 Mac 1998).


Menurut Dr. Abdul Rahim, “Kebanyakan kes-kes keracunan berlaku disebabkan

oleh sikap pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri baik ketika

menyedia,menghidang mahupun menjual makanan”. ( Utusan Malaysia, 23 Januari

2005).

Walaupun kita mempunyai agensi berperaturan, kita masih menghadapi kejadian

penyakit bawaan makanan yang agak banyak. Banyak kejadian keracunan yang

berlaku disebabkan makanan yang dimakan di restoran, institusi dan di dalam kapal

terbang boleh dielakkan jika orang yang sesuai dan mahir dalam sains makanan

mengendalikan makanan tersebut.


PERBINCANGAN

Kes keracunan makanan adalah perlu dipandang serius.Oleh itu, langkah

pencegahan perlu diambil segera dalam mengekang masalah ini. Gerakan pencegahan

perlu diselaraskan bagi menjayakan program pencegahan keracunana makanan ini.

Data – data penduduk sekitar dan kes keracunan makanan amat perlu

dititikberatkan kerana data ini akan menyusun dan melicinkan strategi dalam

mengurangkan jumlah kes di Daerah Kinta. Pemantauan yang kerap dan pengambilan

data yang berkesan mampu mengekang disamping memberi info berkaitan keracunan

makanan kepada orang awam atau masyarakat sekeliling daerah Kinta.

Sekiranya berlaku rebakan penyakit ini, masyarakat yang berada pada kawasan

sekeliling itu perlu diperiksa melalui simptom- simptom yang ditunjukkan . Hal ini

kerana keracunan makanan boleh membawa kesan yang lebih serius.Pemantauan

yang kerap di premis-premis makanan dan mengenakan tindakan tegas adalah perlu

untuk memastikan kes keracunan makanan dapat dikurangkan.

Cadangan:

1. Mencadangkan kepada ahli keluarga pesakit supaya meningkatkan tahap

kebersihan di dalam dan luar rumah serta mencuci tangan dengan kerap terutama

selepas ke tandas dan sebelum makan. Ahli keluarga juga perlu segera

mendapatkan rawatan ke klinik-klinik atau hospital berdekatan jika mengalami

simptom seperti cirit-birt, muntah ataupun demam.


2. Mencadangkan Ahli Jawatan Kuasa Penduduk di Taman Bunga Raya supaya

menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar dengan lebih

kerap sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana punca air boleh menyebabkab

penyakit kolera.

3. Pihak Ahli Jawatan Kuasa Penduduk Taman Bunga Raya juga dicadangkan supaya

membantu mengedarkan pamplet-pamplet berkaitan penyakit taun untuk memberi

pendedahan kepada penduduk mengenai bahaya penyakit taun.

4. Mencadangkan supaya pihak hospital swasta atau klinik swasta di sekitar daerah

Kuala Kangsar memaklumkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah jika berlaku

penambahan bilangan kes AGE dengan mendadak.

5. Mencadangkan supaya penyedia makanan di sekitar Daerah Kuala Kangsar

terutamanya caterer untuk menyediakan holding sampel bagi majlis keramaian yang

di kendalikan oleh mereka

6. Pihak-pihak caterer juga dicadangkan supaya mengikuti kursus-kursus pengendali

makanan yang ditawarkan oleh Sekolah Pengendali Makanan yang diiktiraf atau

yang ditawarkan oleh Pihak Pejabat Kesihatan.

7. Mencadangkan supaya pihak Majlis Daerah Kuala Kangsar dapat membantu pihak

pejabat kesihatan untuk bekerjasama dalam menjalankan operasi pemeriksaan

premis dengan lebih kerap pada masa yang akan datang.


Kesimpulan

Secara keseluruhannya,kes keracunan makanan ini haruslah dititikberatkan dari

segi penyediaan makanan di premis-premis dan bahan mentah yang digunakan bagi

memastikan makanan yang disediakan untuk pelanggan adalah bersih dari sebarang

kuman dan selamat untuk dimakan.

Jika keadaan ini tidak dikawal,ia akan mengakibatkan berlaku peningkatan

dalam jumlah pesakit yang menghidap keracunan makanan dan akan mengakibatkan

aktiviti harian dan masyarakat sekeliling terganggu. Oleh itu, cegahlah kes ini dari awal

dan sekiranya boleh, capailah sasaran dalam mengurangkan angka pesakit menjadi

sifar.

Secara kesimpulannya, wabak Kercunan Makanan yang berlaku di Taman

Bunga Raya dapat dikawal dengan segera kerana tindakan pantas daripada pihak

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar bersama-sama pihak Makmal Kesihatan

Awam, pihak Hospital Pantai Puteri dan kilinik-klinik kesihatan swasta serta hospital di

Daerah Kuala Kangsar. Walaupun kes ini hanya berlaku kepada seorang pesakit yang

dinotifikasikan , tetapi kes keracunan makanan bukanlah satu jangkitan yang boleh

dipandang ringan. Sehubungan itu, beberapa langkah telah diambil iktibar supaya kes

ini tidak berulang pada masa yang akan datang.


Rujukan

1. Norazlanshah, 30 Julai 2012. http://www.sinarharian.com.my/pakar-ketahui-

punca-keracunan-makanan-1.71594

2. Mohd Najib Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Universiti

Teknologi Malaysia.

3. Najibah Hassan (1998). Makanan Gerai Tahap Pencemaran Tinggi. Kuala

Lumpur: Utusan Malaysia.

4. Norhayati Ismail (2000). Keracunan Makanan. Kuala Lumpur: Utusan

Publications and Distributors Sdn. Bhd.

5. www.medicine.ukm.my/Keracunan Makanan dan Pencegahan

Anda mungkin juga menyukai