Sel.p.u.32 Fatwa Fahaman Tariqat Naqsyandiyyah Khalidiyyah

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

NEGERI SELANGOR

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 68 17hb September 2015 TAMBAHAN No.22


No.19 PERUNDANGAN

Sel. P.U. 32.

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM


(NEGERI SELANGOR) 2003

FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003


[En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha
Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut
subseskyen 48(6) Enakmen itu.

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM


(STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003

FATWA UNDER SECTION 47

PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of


Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of
Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set
out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment.

JADUAL/SCHEDULE
FATWA FAHAMAN TARIKAT NAQSYABANDIYYAH KHALIDIYYAH DI
BAWAH PIMPINAN MD. ALEH SOLIHIN BIN A. SIDIKI

1. Fahaman dan ajaran Tarikat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di bawah Pimpinan Md.


Aleh Solihin bin A. Sidiki adalah bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam
yang sebenar kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut :

(i) Keraguan dari aspek akidah


(a) Membawa fahaman “Jabbariyyah” dengan mengatakan bahawa para
wali Allah S.W.T. tidak dapat membuat pilihan terhadap perbuatannya,
bahkan menerima sahaja apa yang berlaku terhadap dirinya.
(b) Bahawa segala maksiat yang dilakukan oleh para wali Allah seperti
meminum arak, berzina dan berjudi adalah tidak berdosa kerana
perbuatan tersebut adalah bukan kehendak daripada dirinya bahkan
kehendak daripada Allah S.W.T. pada dirinya.
(c) Bahawa Ayah Sin sebagai wali Allah S.W.T. dan beliau diiktiraf seperti
‘ahli Badar’ yang mana dosanya telah diampunkan oleh Allah S.W.T.
(d) Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki mendakwa boleh berinteraksi dengan
Ayah Sin secara berhadapan ketika berada di kuburnya.
(e) Para wali Allah S.W.T. yang telah mencapai peringkat ‘musyahadah’
menganggap diri mereka tidak berdosa walaupun melakukan kesalahan
kerana mereka menganggap perbuatan mereka adalah perbuatan Allah.
S.W.T.
(f) Maksud beriman dengan qada’ dan qadar termasuklah perbuatan dosa
dan maksiat yang akan dilakukan oleh para wali terlah ditentukan oleh
Allah walaupun pada zahirnya perbuatan itu adalah dosa dan maksiat
kepada Allah.
(g) Mempercayai bahawa mimpi yang diperoleh oleh ahli tarikat ketika
bersuluk hanya boleh ditakwilkan oleh guru tarikat ini.
(ii) Keraguan dari aspek syariah
(a) Boleh meninggalkan Solat Jumaat ketika menjalani amalan suluk kerana
bersuluk adalah lebih utama wajib dan wajib dipelihara berbanding
dengan Solat Jumaat
(b) Boleh bersalaman dan bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan
yang bukan mahram bagi mendapat keberkatan.
(c) Boleh menonton filem lucah untuk melihat kecantikan ciptaan Allah
S.W.T.
(d) Boleh bergaul dan melihat aurat bukan mahram tanpa hajat kerana sudah
dianggap seperti keluarga sendiri.

(e) Boleh bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram
walaupun dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah.
(f) Dibolehkan untuk melihat wanita yang bukan mahram tanpa hajat
dengan syarat membayangkannya seperti melihat pokok.
(iii) Keraguan dari aspek akhlak
(a) Mengutamakan guru (ayah) rohani lebih daripada ibu, ayah atau keluarga
sendiri.
(b) Mengutamakan guru (ayah) rohani sehingga mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.
(c) Lebih mentaati guru (ayah) rohani daripada ibu atau ayah sendiri dalam
perkara yang tidak melanggar perintah syara’.
(d) Sanggup melakukan apa sahaja demi guru (ayah) rohani walaupun ia
bertentangan dengan hukum syara’.
(e) Boleh memburuk-burukkan guru yang lain supaya menyerlahkan
kesempurnaan gurunya sahaja.
(f) Guru dan anak murid dibenarkan untuk menghisap rokok bertujuan
untuk menutup sedikit hijab yang terlalu luas terbuka kepada mereka.
(g) Pencabulan guru terutamanya terhadap murid wanita adalah tidak
menjadi suatu kesalahan.

2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang
dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Tarikat
Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin termasuklah :-
(a) menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran Tarikat Naqsyabandiyyah
Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki;
(b) berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan
dengan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md
Aleh Solihin bin A. Sidiki;
(c) mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran
Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki
atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui
pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;
(d) berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan pendidikan,
kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang
mempunyai unsur-unsur persamaan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah
Kahalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki;
(e) melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali
fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Tariqat
Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki;
(f) mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan,
sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman mereka yang
berpegang dengan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah
Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki;
(g) memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio,
risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen
menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh
mengaitkan fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan fahaman dan
ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A.
Sidiki;
(h) mengambil ijazah dan mengamalkan fahaman dan ajaran Tariqat
Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki; dan/atau
(i) mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Tariqat
Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki di
Negeri Selangor.

3. Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran
Tarikat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki
adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera
bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.

4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman
baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan
fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Tarikat
Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki adalah
disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan
aqidah ajaran Islam yang sebenar.

5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau
fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Tarikat
Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki dalam apa
jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang,
blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.

6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan


suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat
kuasa di Negeri Selangor.

Bertarikh 11 September 2015

Dated 11 September 2015


[MAIS/SU/BUU/01- 2/002/2014-3(1); P.U. Sel (ADV) PS 05/4/12]

Dengan Titah Perintah/ By Command


DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/
Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

Anda mungkin juga menyukai