Anda di halaman 1dari 17

Bachelor In Management

Semester 5/2018

SBFS 1103

KEMAHIRAN BERFIKIR

DAN

PENYELESAIAN MASALAH

MEI 2018

1
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA


SURAT

1. 3-4

Pengenalan

2. 5-7
Kenal Pasti Masalah Penyelesaian

3. Analisis Penyelesaian Masalah 8-10

4. Aplikasi Penyelesaian Masalah 11-12

5. Senarai Rujukan 13

6. Optimum Sumber 14-15

7. Kesimpulan 16

2
1.0 Pendahuluan

Bekerja di sebuah syarikat dalam satu jangka masa yang lama seperti Rogers menunjukkan
keselesaan yang tinggi dinikmati oleh seseorang staf dari segi gaji, kelebihan, suasana tempat
kerja dan juga pentadbiran. Ini merupakan antara faktor dalaman yang menarik perhatian
seseorang itu memilih untuk terus bekerja di syarikat tersebut. Selain itu, faktor luaran juga
memainkan peranan penting seperti capaian kemudahan awam dan fasiliti yang efisien,
kediaman yang hampir dengan tempat kerja juga persekitaran kejiranan yang selesa dan
sebagainya.

Boleh ditafsirkan sebab yang menyumbang kepada bertahannya Rogers disitu mungkin
disebabkan peluang kenaikan pangkat. Ini memandangkan beliau telah lama berkhidmat iaitu
selama 15 tahun di syarikat tersebut. Maka, beliau melihat masa depannya cerah untuk pencen
dengan berpangkat tinggi disitu. Seterusnya, mungkin juga selama 15 tahun tersebut bebanan
kerja dan tekanan yang diterima beliau mampu ditanggani dengan baik dan tidak menggangu
emosi, motivasi dan kecekapan Rogers bekerja di situ.

Seperti yang dinyatakan soalan tentang pergaulan Rogers di tempat kerja amat baik dan beliau
menyayangi pekerjaannya, ini juga merupakan sebab-musabab seseorang staf mampu bertahan
lama disesebuah firma. Tidak dinafikan, setelah sekian lamanya bekerja situ, tentunya beliau
amat baik hubungannya dengan bahagian pengurusan syarikat seperti Pengurus, Pengurus
Sumber Manusia, Supervisor dan sebagainya. Ini menguatkan lagi sebab-sebab beliau terus
berkhidmat lama disitu. Mungkin juga ditempat kerja, Rogers menemukan lifestyles bersama staf
yang lain seperti memancing, bersenam, bermain futsal, mengembara yang membuat dia
merasakan syarikat itu dan pekerjanya adalah keluarga buat Rogers selepas keluarganya
dirumah.

Tidak dinafikan, antara sebab utama seseorang staf terus kekal setia selama itu ialah bayaran
yang lumayan dan setimpal dengan bakti yang dicurahkan buat syarikat. Mungkin Rogers telah
mengalami 10-12 kali kenaikan gaji selama bekerja disana termasuk lain-lain elaun yang
mengembirakannya selama belasan tahun disitu.

3
Semestinya selama 15 tahun itu Rogers bekerja dengan baik dalam konteks memikirkan
keluarganya, tanggungjawab Rogers terhadap keluarga. Memenuhi keperluan asas mereka hari
demi hari membuatkan beliau terus tegar dan bersungguh-sungguh bekerja. Beliau juga mungkin
dapat mengimbangi antara kerja dan keluarga dimana dapat melegakan tekanan yang Rogers
miliki kerana perasaan tanggungjawabnya itu.

4
2.0 Kenal Pasti Masalah Penyelesaian

2.1 Wujudnya Isu

Setelah sekian lama 15 tahun Rogers bekerja di syarikat GHJ, beliau terdedah kepada beberapa
masalah yang mengganggunya dari segi emosi, motivasinya terhadap tugas dan produktiviti.
Beliau terganggu dengan sikap pengurus barunya yang bernama Janice.

Janice menimbulkan rasa tidak tenang dan tertekan buat Rogers dengan kelakuannya terhadap
tugasan juga terhadap rakan sekerja yang lain. Janice boleh saja melepaskan kemarahan secara
tidak professional terhadap stafnya dan ini memberi rasa tidak selesa buat Rogers. Selain itu,
Janice berkelakuan tidak sopan apabila dalam keadaan memberi arahan seolah-olah staf disitu
merupakan hamba abdinya dan memalukan stafnya di hadapan staf lain. Ini boleh memberi kesan
gangguan emosi dan hilangnya moral staf tersebut terhadap pekerjaan. Hal ini tidak
mendatangkan rasa hormat kepada Janice, malah membuat staf dibawahnya membenci beliau.

Rogers merangkulkan disini yang pengurus barunya merupakan seorang yang keras kepala, tidak
professional, tidak menghormati hak staf bawahan serta mengancam emosi, kredibiliti dan
selanjutnya mencalarkan maruah staf-staf terbabit.

2.2 Masalah Dihadapi

Suasana baharu yang berlaku kepada Rogers dan rakan sekerjanya boleh mengundang kepada
masalah yang berlanjutan jangka masa pendek dan panjang. Yang pertama dapat dikenalpasti
ialah wujudnya persekitaran tidak sihat yang mengundang kepada gangguan psikologi. Hal ini
terutama sekali berlaku kepada staf yang menjadi mangsa kemarahan Janice. Staf yang dimarahi
di hadapan staf lain lebih terkesan terhadap emosi mereka. Antara kesannya ialah staf terbabit
berasa amat malu, hilang rasa yakin akan dirinya dan seterusnya menjurus kepada tekanan dan
underperforming. Seharusnya Janice menegur secara bersendirian bersama staf terbabit di suatu
tempat yang tiada staf lain. Jika sekalipun dimarahi dengan teruk, staf terbabit mungkin mampu
menerimanya dengan hati yang terbuka.

5
Kedua, masalah yang wujud ialah hilangnya moral staf untuk bekerja bersama dengan Janice.
Jika mereka tiada pilihan bertukar ke jabatan lain dan sebagainya mereka akan mencari jalan
meninggalkan syarikat.

Perkara yang ketiga, sementara proses itu berlaku, akan wujud satu fenomena dimana staf akan
mula tidak hadir berkerja seperti kerap mengambil cuti sakit, mengambil emergency leave dan
berbagai alasan untuk melepaskan diri dari Janice iaitu absenteeisme. Fenomena ini boleh
berjangkit diantara sesama staf maka, tempat kerja berpotensi mengalami masalah besar buat
syarikat.

Seterusnya boleh menyumbang kepada perkara keempat iaitu prestasi staf dibawahnya menurun
dan produktiviti turut sama menurun kerana mereka telah hilang keseronokan untuk bekerja. Staf
bukanlah robot. Mereka mempunyai perasaan, harga diri dan maruah. Mereka bekerja untuk diri
sendiri, keluarga dan juga simpanan masa tua. Staf ingin diri mereka rasa dihargai diatas kerja
mereka, cukupla sekadar memuji, memberikan kata semangat. Elakkan dengan mengkritik yang
tidak membina dan meruntuhkan semangat seorang staf.

Perkara yang kelima ialah perletakan jawatan staf yang sudah tidak tahan dengan kelakuan
Janice. Syarikat mungkin akan kehilangan seorang atau beberapa orang staf mahupun sebuah
pasukan staf yang berwibawa, berpengalaman dan bermutu. Disebabkan tindakan tidak
professional Janice, syarikat menanggung kerugian yang amat besar. Syarikat pastinya telah
membelanjakan modal yang tinggi untuk membangunkan seseorang staf dengan menghantarnya
kepada latihan, kursus, seminar dan sebagainya untuk menyediakan mereka kepada kehendak
pekerjaan dari syarikat. Dengan kepakaran yang mereka miliki, mereka pastinya akan pergi
kepada syarikat yang mempunyai dasar perniagaan yang serupa dengan syarikat seterusnya yakni
dalam erti kata lain pesaing kepada syarikat.

Banyak perkara yang perlu diambil kira bukan saja dari bahagian permukaannya sahaja, tetapi
dasarnya juga. Jika kita sebagai pengurus, perkara utama sekali perlu diambil berat ialah staf
yang dibawah kita kerana merekla bak enjin kepada operasi syarikat, tugas sebagai pengurus
ialah pengantara dari pihak atasan dan staf. Keperluan staf perlu diambil berat begitu juga
perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dirasai dengan sifat kemanusiaan
ataupun kepekaan emosi seseorang pengurus.

6
Pengurus seperti Janice seolah-olah mensabotaj syarikat secara beliau tidak sedari akibat
daripada lima perkara yang dinyatakan diatas. Janice sepatutnya menguruskan stafnya dengan
menggunakan cara yang sepatutnya iaitu professonalisme. Demi menjaga ego dan imejnya
sebagai seorang pengurus, Janice menggunakan emosinya untuk bekerja, mencalarkan norma-
norma seorang pengurus yang berkaliber untuk sesebuah syarikat.

Jika perkara ini berterusan dan tidak dibendung akan merugikan syarikat dari segi keuntungan
dan malah menjerumuskan syarikat ke arah kegagalan. Seharusnya perkara ini mestilah pantas
ditangkis oleh pihak lebih atas untuk menyelamatkan syarikat. Selain itu, perkara ini juga boleh
mendatangkan imej yang buruk kepada syarikat dimana staf terbabit mungkin memberikan
pandangan yang tidak baik terhadap pengurusan syarikat kepada orang luar seperti keluarga,
teman dan orang awam.

7
3.0 Analisis Penyelesaian Masalah

Pengurusan syarikat yang matang ialah sebuah pengurusan yang bertindak tidak berdasarkan
emosi, bekerja secara professional dan kompeten serta beretika. Masalah yang timbul di dalam
GHJ tempat Rogers bekerja yang ditimbulkan oleh Janice serta memberi impak negatif kepada
Rogers serta rakan sekerjanya dapat diselesaikan dengan cara lebih baik.

Sebagai staf, Rogers atau rakan sekerjanya tidak boleh mengambil jalan mudah seperti
menyerang Janice secara fizikal atau emosi juga mensabotajnya dalam apa jua bentuk. Cara lebih
baik dan matang dapat dilakukan oleh mereka dengan menggunakan Bahagia Sumber Manusia di
dalam syarikat sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah ini.

3.1 Huraian kepada Penyelesaian Masalah

Terdapat beberapa cara yang dapat dilakukan menangani masalah ini secara teratur, matang dan
professional dapat dilakukan oleh Rogers terhadap Janice, pengurus baru beliau diatas dasar
masih sayangkan pekerjaan beliau selama 15 tahun di GHJ.

Pertama Rogers boleh lakukan ialah mengumpulkan bukti sebanyak yang mungkin terhadap
salah laku Janice. Bukan sahaja di luar terhadap pelaku kesalahan yang diperlukan bukti untuk
menyabitkan tertuduh dengan kesalahan yang dilakukan, tetapi di dalam syarikat juga sama
konsepnya. Rogers boleh mengumpul bukti dengan menggunakan beberapa cadangan terbabit,
antaranya ialah rakaman video CCTV daripada syarikat dengan mencatit waktu kesalahan atau
membuat rakaman amatur menggunakan telefon bimbit atau menggunakan rakaman suara
terhadap Janice.

Rogers juga haruslah membuat salinan terhadap bukti-bukti yang telah dikumpul beliau untuk
dikemukakan nanti kepada pihak atasan. Rogers tidak boleh secara membuta tuli dengan bukti
yang ada dengan secara terbuka menyelar Janice. Perbuatan tersebut akan mengeruhkan keadaan
beliau, jabatan yang beliau bekerja dan juga pihak atasan. Pastinya masalah lain akan timbul
apabila beliau melakukan sebegitu rupa.

8
Seterusnya yang kedua, Rogers haruslah membuat log di dalam sebuah buku, ataupun di dalam
komputer beliau. Ini haruslah dilakukan dengan terperinci untuk menyokong bukti yang telah
dibuat dengan cadangan diatas yang telah dinyatakan. Dinasihatkan Rogers haruslah spesifik
dengan kesalahan Janice. Spesifik disini bermaksud tidak menyerang peribadi beliau. Rogers
haruslah menyatakan kesalahan Janice yang berkaitan pekerjaan sahaja yang dimana
mendatangkan kemudaratan terhadap diri Rogers dan rakan sekerja yang lain. Contohnya disini,
Rogers tidak boleh menyelar Janice yang mempunyai sikap panas baran tanpa mengaitkan
perbuatan dan akibat daripada perbuatan terhadap pekerja lain dan dirinya sendiri.

Ketiga pula ialah, membuat dokumentasi terhadap kesalahan-kesalahan Janice yang telah
direkodkan tadi. Lengkap bersama bukti dan susun atur yang berkronologi agar mudah difahami
pihak atasan untuk menyemaknya. Bersama itu, Rogers juga haruslah juga mengemukakan
beberapa cadangan kepada Bahagian Sumber Manusia. Ini memudahkan proses seterusnya untuk
menangani masalah ini. Syarikat yang matang ialah sebuah syarikat yang tidak sewenang-
wenangnya untuk terus membuang pekerja dengan notis pemecatan 24 jam. Pemecatan ialah
langkah terakhir sesebuah syarikat setelah segala macam proses, idea juga penambahbaikan telah
dilakukan.

Berbincang mengenai Bahagian Sumber Manusia, repot kepada mereka haruslah dilakukan
selengkapnya bersama bukti yang kukuh. Selain itu kemukakan cadangan yang munasabah dan
membina buat pihak Janice. Antara cadangan yang boleh dikemukakan ialah meminta Bahagian
Sumber Manusia mengadakan perjumpaan bersama Janice dan membentangkan repot aduan
terhadapnya. Memberi Janice tahu secara tepat lagi spesifik berkenaan masalah yang telah dia
timbulkan. Meminta Bahagian Sumber Manusia untuk mengeluarkan amaran secara verbal
beserta nasihat kepada Janice. Jika ini tidak berhasil, Bahagian Sumber Manusia boleh
mengeluarkan amaran secara bertulis kepada Janice.

Setelah itu, cadangan kedua ialah menghantar Janice ataupun mengadakan pertemuan dengan
kaunselor professional untuk menasihati Janice supaya melakukan transformasi berkenaan
masalah kerja yang telah ditimbulkannya. Setelah itu, berikan Janice masa selama 3 bulan
sekurang-kurang untuk beliau berubah kepada keadaan yang lebih baik. Perkara perubahan
kepada sikap di dalam diri manusia haruslah mengambil masa untuk dilaksanakan. Berikan
Janice ruang dan peluang untuk melakukan perubahan di dalam dirinya. Selain itu, kaunselor dan

9
Bahagian Sumber Manusia haruslah memainkan peranan bersama dengan melakukan
pemerhatian kepada Janice, perkara ini boleh menjatuhkan moral beliau untuk bekerja kerana
aduan dilakukan oleh staf bawahan beliau. Emosinya juga haruslah dibantu supaya tiada perkara
yang lebih buruk berlaku.

Cadangan yang ketiga pula ialah menghantar Janice ke latihan atau seminar atau kursus yang
berkenaan Leadership atau Pengurusan Tekanan supaya beliau mendapat sinar baharu dan input
untuk menjadi lebih baik. Hal ini boleh dilakukan setelah Janice menunjukkan tanda-tanda beliau
mula menunjukkan perubahan yang positif. Jika tidak, teruskan lagi dengan cadangan kedua dan
terus-menerus melakukan konsultasi terhadap beliau. Berbalik kepada cadangan ketiga, selepas
pulang daripada program, Janice haruslah membuat laporan secara lisan atau bertulis berkenaan
input yang telah beliau terima kepada Bahagian Sumber Manusia. Ini adalah untuk menunjukkan
kefahaman beliau terhadap program yang telah beliau hadiri untuk kebaikan diri beliau dan
kerjaya yang dimiliki.

Syarikat dan Bahagian Sumber Manusia seharusnya setelah menerima laporan ini daripada staf
haruslah memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah yang timbul untuk kebaikan
perniagaan dan prestasi syarikat. Mereka sewajarnya meletakkan goal untuk Janice capai dan
membuat beliau faham akan goal yang telah ditetapkan. Mereka juga perlulah membentangkan
akibat yang berlaku dan bakal berlaku akan kelakuan Janice tersebut kepada dirinya sendiri,
rakan sekerja dan syarikat. Bahagian Sumber Manusia juga perlulah mewujudkan jadual
perjumpaan berkala buat Janice untuk memulihkan beliau, memberi sokongan moral, nasihat dan
goal yang perlu beliau capai. Dengan ini Janice tidak akan berasa tertekan dan marah membuta
tuli kepada staf bawahannya di atas laporan tersebut. Bahagian Sumber Manusia haruslah
memainkan watak penting agar perkara ini diambil positif oleh Janice. Selain itu, Bahagian
Sumber Manusia perlulah merahsiakan daripada siapa laporan mereka terima berkenaan
salahlaku Janice.

10
4.0 Aplikasi Penyelesaian Masalah

4.1 Strategi Berkaitan Proses Penyelesaian Masalah

Berkenaan cadangan penyelesaian masalah yang dinyatakan memerlukan beberapa langkah


untuk menjadikan ianya berjaya dan berkesan buat Janice serta meredakan kegusaran buat
Rogers dan rakan sekerja yang lain. Harus diingatkan, apa yang dilakukan Janice memberi kesan
kepada physiologi mereka iaitu emosi terganggu, kehilangan moral untuk bekerja dan
mengakibatkan menurunnya produktiviti kerja.

Setelah aduan dibuat, amaran dikeluarkan buat Janice sama ada verbal ataupun bertulis,
Bahagian Sumber Manusia perlulah mempunyai pelan yang jitu untuk Janice.

4.2 Pelan Langkah-langkah Disyorkan:

Mengikut Tom Ceconi (2015) di dalam penerbitan video blog beliau:

Pertama ialah mereka haruslah bekerja rapat dengan staf atau kerap memerhatikan tindak
tanduk staf. Adakah staf sudah merubah sikap buruknya terhadap staf lain ? Adakah staf lain
senang bekerja dengannya dan lain-lain yang berkaitan laporan yang telah dibuat.

Kedua pula ialah meletakkan goal yang spesifik untuk staf capai dan berikannya sebuah time
frame untuk menjadi lebih baik. Langkah kedua ini harus amatlah jelas buat Janice agar dia tahu
dimana tahap transformasi dirinya pada satu-satu masa.

Ketiga ialah memberi tahu staf secara bertulis ataupun verbal tentang akibat yang akan dia
hadapi jika dia terus dengan sikapnya itu. Contohnya dia mungkin akan diturunkan pangkat,
dipotong keistimewaan (reward) dan paling buruk diberhentikan kerja. Sebagai yang matang dan
telah mencapai tahap Pengurus, staf ini semestinya menyayangi kariernya.

Keempat pula kerap melakukan perjumpaan dengan staf untuk berbincang mengenai progesnya
juga jika dia memerlukan kaunseling juga boleh disertakan bersama. Ini penting untuk
mengetahui apa yang dirasakan staf supaya motivasinya tetap terjaga dan perubahan yang
dituntut syarikat terjadi dalam suasana yang postitif.

11
Langkah Terakhir

Langkah ini seboleh-bolehnya haruslah dielakkan syarikat. Jika setelah bermacam langkah dari
amaran, latihan, pelan pembaikan dan sebagainya telah dilakukan tetapi staf tetap juga masih
berada ditakuk yang lama, pemecatan mungkin jalan yang terbaik boleh dilakukan.

Perkara ini kritikal dan seharusnya ditimbang sebaik mungkin dengan mengambil beberapa
faktor suasana yang dipengaruhi oleh ketidakrubahan staf yang mencacatkan prestasi secara
keseluruhan ialah kesopanan dan keamanan tempat kerja. Jika isu yang ditimbulkan ini
berlarutan, tiada sinar penyelesaian yang ditunjukkan dan setelah bermacam input diberikan
syarikat, staf terbabit mungkin harus menerima langkah terakhir iaitu pemecatan.

12
5.0 Rujukan
1. Ceconi, T. (2015, August 25). HR 360. Retrieved from Blog HR 360:
http://blog.hr360.com/managing-a-difficult-employee-video-blog

2. Leviticus, Jill. (n.d.). Negative Impacts of a Bad Manager. Small Business - Chron.com.
Retrieved from http://smallbusiness.chron.com/negative-impacts-bad-manager-35304.html

3. Smith, Jane. (2018, June 26). Internal and External Factors That Impact Employment
Relationships. Work - Chron.com. Retrieved from http://work.chron.com/internal-external-
factors-impact-employment-relationships-30381.html

4. Brunot, Trudy. (n.d.). The Importance of a Positive Environment in the Workplace. Work -
Chron.com. Retrieved from http://work.chron.com/importance-positive-environment-workplace-
3008.html

5. Walton, A. G. (2012, Feb 25). The Atlantic. Retrieved from TheAtlantic.com:


https://www.theatlantic.com/health/archive/2012/02/the-impact-of-bad-bosses/253423/

6. https://en.wikipedia.org/wiki/Motivation

7. https://en.wikipedia.org/wiki/Images_of_Organization

8. https://en.wikipedia.org/wiki/Contingency_theory

9. https://en.wikipedia.org/wiki/Theory_X_and_Theory_Y

13
6.0 Optimum Sumber

6.1 Pendekatan Kontigensi

Gareth Morgan menulis di dalam bukunya Images of Organization yang diterbitkan pada tahun
1986 menerangkan beberapa idea secara ringkas dimana:

1. Organisasi yang mempunyai sistem terbuka memerlukan pengurusan yang berhati-hati untuk
memastikkan kesemua pihak berpuas hati dan seimbang untuk mengadaptasi kekangan
sekeliling.

2. Tiada suatu cara yang tepat untuk mengurus dan ianya bergantung kepada keadaan yang harus
ditangani.

3. Pengurusan haruslah dititikberatkan untuk mencapai suasana yang selesa dan aman.

4. Berbagai jenis pengurusan diperlukan untuk menguruskan berbagai jenis suasana di dalam
syarikat.

Dikaitkann disini berkenaan langkah-langkah penyelesaian yang diambil untuk membantu


Janice, Rogers dan syarikat dimana pelbagai langkah diambil dengan berhati-hati agar tiada
sesiapa yang teraniaya. Berpandukan soalan yang diberikan, saya berpendapat GHJ
mengamalkan sistem terbuka dimana Rogers bebas untuk membuat aduan terhadap kelakuan
Janice. Selain itu, tidak dinafikan tiada suatu cara yang tetap untuk menguruskan syarikat dan
staf dimana ianya mengikut kesesuaian suasana di sesuatu tempat yang mengambil kira perkara
seperti budaya dan ketetapan undang-undang setempat terhadap pekerja. Seterusnya, pengurusan
di GHJ haruslah membuat keputusan yang betul, logik dan mengamankan masalah yang timbul.
Akhir sekali, berbagai cara pengurusan harus diadaptasi dan diambil kira untuk berbagai jenis
suasana yang wujud di sesuatu tempat kerja. Ini bermaksud, pengurusan tidak boleh terlalu akur
terhadap manual terutamanya syarikat berfrancais daripada Barat yang bertapak di Asia
mahupun sebaliknya.

Syarikat sebegini kemungkinan besar mengaplikasikan polisi berdasarkan negara asalnya, jadi
tugas pengurusan tempatan untuk mengubal semula mengikut kesesuaian setempat dengan tidak
mencacatkan identiti sebenar syarikat asal.

14
6.2 Teori Motivasi

Teori motivasi ialah dimana sebabnya manusia bertindak balas, berkehendak dan berkeperluan.
Motivasi juga merupakan satu kelakuan ataupun satu sifat dimana menyebabkan seseorang itu
hendak mengulang sikapnya. Individu juga boleh hilang motivasinya dipengaruhi oleh orang lain
disekeliling. Motivasi itu sendiri datang diantara individu terbabit.

Disini dapat dikaitkan dimana Janice demotivated Rogers dengan kelakuannya. Menekan Rogers
kesudut dimana dia meletakkan pilihan untuk berhenti kerja. Selain itu Janice juga sudah
‘meracuni’ psikologi staf lain di jabatannya dengan menghadirkan perasaan tidak selesa terhadap
mereka.

15
7.0 Kesimpulan

Sekian jawapan laporan saya terhadap soalan yang dikemukakan. Saya telah membuat bacaan
berkenaan menangani masalah pengurus yang bermasalah kebanyakannya daripada Chron.com
dimana disana terdapat banyak entri blog sebagai panduan kepada pengamal Sumber Manusia
untuk menyelesaikan masalah harian di tempat kerja secara amnya.

Selain itu saya juga membuat tontonan di Youtube untuk mencari bahan menyelesaikan masalah
yang dihadapi Rogers di GHJ. Saya menonton di HR 360 yang juga mempunyai blognya sendiri
iaitu HR360.com

Akhir sekali, saya juga membuat bacaan dan carian internet berkenaan teori berkenaan yang
ternyata berkait dari Teori Motivasi, Teori X dan Y oleh McGregor, Model Kontigensi oleh Fred
Friedler yang ditulis semula oleh Gareth Morgan; Teori Kontigensi didalam bukunya Images of
Organization.

(2 685 patah perkataan)

16
17

Anda mungkin juga menyukai