Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Kajian ini telah menunjukkan seorang kakitangan yang bernama Rogers yang telah bekerja
selama hamper 15 tahun dan terpaksa berhadapan dengan kerenah pengurus yang baru dijabatan
nya yang sangat keras kepala dan Rogers dalam keadaan dilema. Dalam kajian ini akan
mengenal pasti dan menganalisis masalah yang dihadapi seterusnya memberi aplikasi dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi Rogers ini.

2.0 Kenal Pasti Masalah (Penyelesaian masalah)

2.1 Tekanan di tempat kerja

Penganiayaan emosi berlaku terhadap Rogers di tempat kerja. Ini menyebabkan Roger
mengalami tekanan emosi yang sangat teruk dan menyebabkan dia tidak begitu gembira dengan
pengambilan pengurus baru tersebut. Ia sama seperti membuli atau perang psikologi khusus ke
atas diri Rogers.

2.2 Sikap Pengurus yang tidak baik

Pengurus baru di pejabat Rogers iaitu Janice mempunyai sikap yang sangat keras kepala. Dia
juga tidak sopan semasa membuat permintaan dari kakitangan bawahannya untuk melakukan
tugas. Dia juga seorang yang panas baran dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerja yang
dilakukan oleh kakitangan bawahannya itu.

2.3 Pekerja Dilema membuat keputusan

Didalam situasi yang berlaku dipejabat, Rogers dalam keadaan dilemma untuk terus bekerja di
tempat kerja nya sekarang atau mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

3.0 Analisis ( Penyelesaian Masalah)

3.1 Menangani Tekanan di tempat kerja

Rogers hendaklah mempunyai sikap yang betul dan menerima terhadap perubahan dalam
suasana pekerjaan yang baru. Haruslah sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistic
terhadapa apa jua perubahan yang berlaku. Selain itu, kita hendaklah merancang perubahan itu
secara teratur dan positif.

3.2 Menangani sikap pengurus yang tidak baik

Biasanya bos yang sombong dan panas baran ini orangnya jenis “high expectation”. Citarasanya
tinggi. Dia agak cerewet. Cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada
perubahan situasi di sekitar tempat kerja. Sebab itu asal ada sahaja yang tidak kena, dia akan
cepat melenting.

Antara Tips berhadapan dengan bos yang sombong dan panas baran :

3.2.1 Menonjolkan diri – untuk mengambil hati seorang bos yang sombong dan panas baran,
rogers hendaklah mencapai eskpektasi yang dimahukannua. Antaranya adalah untuk
menunjukkaj kerajinan, professionalisma juga kecekapan bekerja yang telah diperolehi dari
pengalaman bekerja selama 15 tahun itu. Berikan juga idea-idea yang bernas. Beranikan diri
member pendapat dikalangan rakan-rakan sekerja yang mungkin ada teragak-teragak
mengutarakan pendapat mereka. Stand out from the crowd! Sikap sombong dan panas baran itu
jika dipandang dari sudut positif, sebenarnya mendesak anda untuk memajukan diri sendiri
supaya prestasi anda sama seperti prestasi kecemerlangan yang dimahukan oleh bos anda itu.

3.3 Membuat keputusan yang betul

Rogers hendaklah bijak membuat keputusan dan jangan terburu-buru. Kerana setiap masalah
yang tidak baik ada cara penyelesaian yang baik dilakukan

4.0 Aplikasi (Penyelesaian masalah)

4.1 Brainstorming
 Teknik brainstorming digunakan denga kaedah yang sangat lembut dalam proses
membuat keputusan. Ianya merupakan satu aktiviti yang menggalakkan ahli-ahli
kumpulan untuk melahirkan seberapa banyak idea. Walaubagaimanapun, aktiviti ini
dilakukuan secara berkumpulan.

4.2 Mengadakan Aktiviti Teambuilding


 Tujuannya adalah untuk menggalakkan setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada
pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin
perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini
pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut.

5.0 Senarai Rujukan

5.1 Karenah Pengurus di tempat kerja

5.2 Penganiayaan emosi di tempat kerja


5.1 Dicapai dari pautan
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120812/kn_05/Penganiayaan-emosi-di-tempat-
kerja

5.2 Dicapai dari pautan https://mohamadzakihalim.com/2013/06/10/tips-menghadapi-bos-


yang-sombong-dan-panas-baran/

5.3 Dicapai dari pautan https://www.slideshare.net/CucuUndangJelebu/contoh-kajian-kes-


40447496

6.0 Optimum Sumber

6.1

7.0 Kesimpulan

Kajian masalah Rogers yang dihadapi di tempat kerja terhadapa pengurus baru yang bernama
Jenny seoarang yang panas baran dan tidak sopan terhadap kakitangan bawahan. Melalui kajian
ini adalah untuk mengenal pasti masalah dan menangani masalah dengan cara yang berhemah
dan berkesan bagi mengembalikan dan ketegangan emosi dikalangan Pengurus dan pekerja
secara khususnya.

Anda mungkin juga menyukai