Anda di halaman 1dari 4

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang

bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam


untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa
bangga melihat tanduknya yang cantik.
”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka
pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik
juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor
anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa
takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan
sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-
dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya,
kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya
sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari
laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya
daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak
berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu
cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.
ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang


sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan
masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat
sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.”
“Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang
itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka
basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata
tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata
arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.
“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan
sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari
makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya
itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada
tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita
mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang
pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,”
kata arnab.

Anda mungkin juga menyukai