Anda di halaman 1dari 1

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 ) menerangkan muzik sebagai gubahan yang

menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan. Jelas sekali muzik itu sendiri
mempunyai maksud yang amat luas, iaitu merangkumi pelbagai aspek mengenai kegunaannya
dalam peradaban manusia sejak zaman dahulu lagi. Muzik juga merupakan bunyi yang diterima
oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang.
Ianya digelar sebagai seni adalah disebabkan keinginan untuk mencipta, memperbaiki dan
mempersembahkannya. Justeru, mendengar muzik pula dapat kita kelaskan sebagai hiburan,
manakala mempelajarinya dan memahaminya adalah sejenis bidang ataupun displin.
Kepentingan dalam muzik itu sendiri menggambarkan kemahiran individu itu mempelbagaikan
kemahirannya tersendiri atau bakat yang digabungkan dengan bunyi-bunyi yang dihasilkan
melalui alat muzik yang dimainkan.

Anda mungkin juga menyukai