Anda di halaman 1dari 7

Pengurusan Kokurikulum

Lawatan ke
Kompleks
Falak
Al-Khawarizmi

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, DPLI KDC DINI AMBILAN NOVEMBER 2017
17 Mac 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Pengurusan Kokurikulum

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : Lawatan ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi

2. Tarikh : 17 Mac 2018

3. Hari / Masa : Sabtu / 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari

4. Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung


Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Alor
Gajah, Melaka.

5. Objektif :-
1. Untuk mendedahkan pelajar cara menetapkan berpuasa dan
hari raya mengikut cerapan anak bulan.
2. Pelajar dapat mengenali dan mengendalikan teleskop untuk
melihat bintang, matahari dan bulan.
3. Pendedahan kepada pelajar cara untuk menetapkan
menetapkan waktu solat dan takwim hijrah.

6. Sasaran : Pelajar Tingkatan 3 Abu Bakar (45 orang)

7. Butiran aktiviti :-
10.00 pagi : Berkumpul di tempat lawatan
10.20 pagi : Taklimat ringkas oleh En Ahmad Hazmin bin
Ros dari Jabatan Mufti Melaka dan lawatan
ke galeri pameran
11.10 pagi : Aktiviti Cerapan Matahari
11.45 pagi : Tayangan Planetarium
12.30 tengahari : Penyampaian cendermata dan bersurai
8. Ringkasan perjalanan program
8.1 Sebelum Program
 Penubuhan AJK program lawatan ke Kompleks Falak Al-
Khawarizmi. Kami menubuhkan jawatankuasa sebelum
melaksanakan program lawatan ini. Sebanyak
 Mesyuarat kali pertama pada 5 Februari 2018 di adakan bagi
membentangkan jawatankuasa kerja dan pembahagiaan tugas
masing-masing.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, DPLI KDC DINI AMBILAN NOVEMBER 2017
17 Mac 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Pengurusan Kokurikulum

 Setiap AJK(Guru-guru pengiring) menjalankan tugas masing-


masing mengikut masa yang telah diputuskan dalam mesyuarat.

8.1 Semasa Program


 Guru pengiring dan pelajar bertolak dari SMA Repah pada jam 7
pagi menaiki bas persiaran.
 Seramai 5 orang guru pengiring bersama-sama 45 orang murid
telah menyertai program lawatan ini.
 Kami berkumpul di tapak parkir Kompleks Falak Al-Khawarizmi
pada jam 9.00 pagi seperti yang telah diputuskan dalam
mesyuarat AJK.
 Selepas mengambil sarapan pagi, kami memulakan aktiviti
pertama ke tapak zon sistem suria. Di zon ini, kami didedahkan
oleh pegawai bertugas tentang planet-planet yang terdapat dalam
sistem suria.
 Sistem Suria (Solar System) merupakan satu sistem najam
(Stellar) yang terletak dalam Galaksi Bima Sakti (Milky Way
Galaxy) dan terdiri daripada satu bintang yang dipanggil matahari
dan dikelilingi oleh lapan buah planet dan 162 bulan. Selain itu
terdapat juga planet kerdil, asteroid, meteoroid, planetoid, komet
dan awan debu antara planet. Dari 1930 ke 2006, Pluto
merupakan planet ke-9 tetapi telah diturunkan pangkat menjadi
planet kerdil oleh IAU. Sistem suria dipercayai terbentuk sekitar
4,600 juta tahun dahulu hasil pengumpalan gas dan habuk di
angkasa yang membentuk matahari dan kemudiannya planet-
planet yang lain.
 Menurut pegawai bertugas, di antara alat yang digunakan oleh
astronomi islam ialah Rubu' Mujayyab. Rubu' mujayyab jelasnya,
merupakan alat kegunaan orang Islam dahulu kala yang
mengembara untuk menentukan waktu solat, arah kiblat,
ketinggian atau kedalaman objek, kedudukan matahari dan objek
samawi. Penggunaan alat ini sudah terlalu lama, bahkan ada
sumber menyatakan ia sudah digunakan sejak zaman Nabi Idris.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, DPLI KDC DINI AMBILAN NOVEMBER 2017
17 Mac 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Pengurusan Kokurikulum

Bagaimanapun, sehingga kini berapa ramai orang Islam yang tahu


kewujudan alat-alat purba seperti ini yang telah memainkan
peranan cukup besar dalam pembangunan tamadun
Islam,''katanya.
 Selain itu, kami turut didedahkan dengan kejadian Langit Malam.
Istilah langit malam ini merujuk kepada langit yang terlihat
pada malam hari. Istilah ini biasanya terkait
dengan astronomi serta benda langit seperti bintang, Bulan,
dan planet yang tampak dengan jelas setelah matahari terbenam.
Sumber cahaya alami pada malam hari meliputi cahaya
bulan, cahaya bintang, dan pijaran udara.
 Langit malam memiliki peranan dalam budaya kuno dan modern.
Misalnya, pada masa lalu, petani memanfaatkan langit malam
sebagai kalender untuk menentukan waktu menanam. Cerapan
langit malam yang dibuat pada setiap pertengahan bulan hijrah
pula, lebih meluas dengan aktiviti mencerap anak bulan, planet
dan bintang.
 Setelah diberi pendedahan mengenai teknik mencerap matahari,
kami diberikan peluang untuk mencerap matahari secara
praktikalnya. Ramai kalangan pelajar yang berasa teruja ketika
aktiviti mencerap.
 Pada akhirnya, kami ditayangkan sebuah video mengenai
astronomi yang dihasilkan oleh kompleks falak Al-Khawarizmi.

8.1 Selepas Program


 Pengerusi menetapkan tarikh untuk melaksanakan posmoterm
tentang program lawatan ke kompleks Falak Al-Khawarizmi.
 Terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan sepanjang program
ini dijalankan. Oleh demikian, beberapa penambahbaikan perlu
dilakukan agar program pada masa akan datang lebih menepati
objektif dan teratur.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, DPLI KDC DINI AMBILAN NOVEMBER 2017
17 Mac 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Pengurusan Kokurikulum

9. Penilaian Program :-

9.1 Kekuatan Program :-


1. Alatan yang digunakan berteknologi tinggi, masih baru dan
berfungsi dengan baik.
2. Tayangan yang disampaikan adalah dalam bahasa inggeris.
Kekuatan di sini adalah jika penglibatan kalangan pelajar
bandar akan meningkatkan kualiti bahasa dan komunikasi
mereka terhadap bahasa inggeris.
3. Setiap pelajar diberi peluang untuk mencerap matahari.
4. Program berjalan seperti yang dirancangkan kerana semua
pihak dapat memberikan kerjasama dengan baik dan
sempurna.

9.2 Kelemahan Program :-


1. Tayangan yang disampaikan adalah dalam bahasa inggeris.
Kelemahan di sini adalah jika penglibatan kalangan pelajar luar
bandar akan mengalami masalah bahasa dan komunikasi.
2. Sesi soal jawab yang terhad.
3. Aktiviti pelajar seperti kuiz tidak dapat dijalankan.

9.3 Cadangan Penambahbaikan :-


1. Mohon tayangan yang disampaikan adalah dalam dwibahasa
iaitu bahasa inggeris dan bahasa melayu bagi melancarkan
urusan komunikasi.
2. Mohon tidak dikenakan sebarang bayaran masuk.
3. Memperbanyakkan kawasan tempat duduk dan ruang legar.
4. Memperbanyakkan aktiviti seperti soal jawab dan kuiz bagi
mengukuhkan pengetahuan pelajar tentang ilmu astronomi.
9.4 Peluang
1. Destinasi lawatan yang menyediakan kemudahan yang terbaik
dari segi alatan yang canggih dan terkini, penceramah yang
berpengalaman luas serta dan sebagainya.
2. Paparan video yang jelas dan menarik serta ruang tayangan
yang selesa.
3. Penerangan yang jelas daripada pegawai yang bertugas.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, DPLI KDC DINI AMBILAN NOVEMBER 2017
17 Mac 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Pengurusan Kokurikulum

4. Semua pelajar memberi kerjasama yang terbaik antara satu


sama lain.

9.5 Ancaman
1. Pegawai bertugas di kompleks Falak AL-Khawarizmi yang
terhad.

10. Dokumentasi Bergambar :- Lampiran 1

Disediakan : Disemak : Disahkan :

…………………….………… …………………………. ...…………..…………..


NOREHAN BINTI MOHD YUNAN NUR LIYANA BINTI SABRI PN KRISTIL TAN AI TENG
(Setiausaha Lawatan) (Penyelaras Persatuan) (Pensyarah Bimbingan)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, DPLI KDC DINI AMBILAN NOVEMBER 2017
17 Mac 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Pengurusan Kokurikulum

LAMPIRAN 1

ZON SELAMAT DATANG LANGIT MALAM

ZON ASTRONOMI ISLAM ZON SISTEM SURIA

ZON CERAPAN MATAHARI DELIGASI LAWATAN KOMPLEKS


FALAK AL-kHAWARIZMI

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, DPLI KDC DINI AMBILAN NOVEMBER 2017
17 Mac 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai