Anda di halaman 1dari 17

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENDIDIKAN ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 5
SEMESTER SEMESTER 2 DVM SESI 2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK / DVM

KOD/KURSUS DEA 2342 BASIC OF ELECTRONIC ENGINEERING

KOMPETENSI 5.0 TRANSISTOR

5.1 Introduction
5.2 Construction and Symbol of Transistor
5.3 Transistor Configuration
5.4 Biasing Requirement For Transistor Operations
KOMPETENSI UNIT 5.5 Transistor Operation For Common Emitter Configuration
5.6 I-V Characteristic Curve For Common Emitter Configuration
5.7 Direct Current (DC) Biasing
5.8 Transistor Application
5.9 Operational Amplifier

Trainee must be able to:


1. Apply basic electric and electronic law principle to solve
electronic circuit. (C3,PLO3)
KOMPETENSI
2. Differentiate between passive and active component in
PEMBELAJARAN
terms of functionality. (P1,PLO1)
3. Discuss semiconductor devices in terms of applications.
(A2,PLO5)

DEA 2342/K 05/NK 05-06


NO KOD
MUKA : 01 DARIPADA 17
NO KOD JPK
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

TAJUK : PENGENALAN KEPADA TRANSISTOR

TUJUAN: Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang jenis-jenis dan
binaan Transistors serta mengenalpasti ciri-ciri Transistor dwikutub yang merupakan
antara komponen terpenting dalam litar elektronik.

PENERANGAN :

TRANSISTOR DWIKUTUB

Transistor dwikutub adalah antara komponen terpenting dalam litar elektronik. Komponen ini telah
direka pada tahun 1948 oleh Schokley, Bardeen dan Brattain dari Amerika Syarikat. Kebanyakan
transistor dwikutub pada hari ini diperbuat daripada bahan separuh pengalir silikon dan
germanium. Fungsi utama transistor dwikutub ialah sebagai penguat. Selain itu, komponen ini juga
berfungsi sebagai litar pensuisan dan komponen pemecah fasa. Rajah 4.1 menunjukkan contoh
transistor yang terdapat dalam litar elektronik.

Rajah 4.1 Contoh transistor yang terdapat dalam litar elektronik

2
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

JENIS DAN BINAAN TRANSISTOR DWIKUTUB

Transistor dwikutub diperbuat daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir dan mempunyai dua
simpang. Apabila bahan P diapit di antara dua lapisan bahan N, transistor jenis ini dinamakan transistor
NPN. Sebaliknya, apabila bahan N diapit di antara dua lapisan bahan P, transistor ini dinamakan
transistor PNP. Oleh sebab komponen ini diperbuat daripada tiga lapisan bahan, maka setiap lapisan
mempunyai tamatan iaitu tapak (B), pengeluar (E), dan pemungut (C).

a. Struktur binaan transistor PNP b. Simbol

Rajah 4.2 Struktur binaan dan simbol transistor PNP

Rajah 4.2a menunjukkan binaan transistor dwikutub jenis PNP. Simpang BE terletak di antara dan
pengeluar manakala simpang BC terletak di antara pemungut dan tapak. Rajah 4.2b pula menunjukkan
simbol bagi transistor PNP.

a. Struktur binaan transistor NPN b. Simbol

Rajah 4.3 Struktur binaan dan simbol transistor NPN

Rajah 4.3a menunjukkan struktur binaan transistor dwikutub jenis NPN yang mempunyai dua simpang
iaitu BE dan simpang BC. Rajah 4.3b pula ialah simbol transistor dwikutub NPN. Perhatikan perbezaan
antara kedua-dua simbol transistor pada Rajah 4.2b dan 4.3b. Perbezaannya terletak pada arah anak
panah di pengeluar. Transistor PNP mempunyai arah anak panah ke dalam, manakala transistor NPN
mempunyai arah anak panah ke luar.

3
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

Rajah 4.4 Rajah keratan sebuah transistor PNP

Bahan jenis P dan N diletakkan di dalam satu bekas logam atau gelas yang kukuh untuk mengelakkan
ciricirinya berubah disebabkan pencemaran udara, haba atau wap air. Transistor yang berkuasa tinggi
biasanya diletakkan di dalam bekas logam dan disambung ke pemungut. Transistor diperbuat dalam
pelbagai rupa bentuk berdasarkan penggunaannya. Ada transistor yang mempunyai tanda tertentu
seperti titik hitam, titik merah atau tanda topi pada badan transistor untuk menunjukkan sama ada
tamatan pengeluar atau tamatan pemungut seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

Contoh
Transistor

Pandangan
Bawah
Transistor

Jadual 4.1 Contoh transistor dan pandangan bawah transistor

4
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

PINCANG TRANSISTOR DWIKUTUB

Pincang ialah nama khusus bagi voltan arus terus (AT) yang dibekalkan di antara tapak ke pengeluar
dan tapak ke pemungut bagi membolehkan transistor itu berfungsi. Pincang terbahagi kepada dua
kaedah iaitu pincang hadapan dan pincang songsang.

a. Transistor PNP b. Transistor NPN

Rajah 4.5 Kaedah memincang transistor dwikutub

Untuk membolehkan transistor itu berfungsi kekutuban voltan pincang mestilah betul. Rajah 4.5
menunjukkan kedudukan voltan pincang bagi transistor PNP dan NPN. Simpang tapak ke pengeluar
(VBE) dikenakan pincang hadapan dan simpang tapak ke pemungut (V BC) dikenakan pincang songsang.

ARUS TRANSISTOR

Rajah 4.6 : Arah pengaliran arus litar transistor PNP dan NPN

5
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

Berdasarkan teori pengaliran arus lazim, arus akan mengalir dari positif ke negatif. Rajah 4.6
menunjukkan tiga jenis arus utama yang mengalir dalam satu litar transistor PNP atau NPN, iaitu arus
pengeluar (IE), arus pemungut (IC) dan arus tapak (IB). Menurut hukum arus Khirchoff pula, jumlah arus
yang memasuki simpang adalah sama dengan jumlah arus yang keluar simpang.

Oleh itu :- IE = IB + IC

Arah pengaliran arus bagi transistor NPN adalah terbalik daripada pengaliran arus transistor PNP seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 4.6.

TATARAJAH TRANSISTOR

Terdapat tiga tatarajah penyambungan transistor dwikutub (Rajah 4.7) seperti :-

a. Tapak Sepunya
b. Pengeluar Sepunya
c. Pemungut Sepunya

Rajah 4.7 : Tatarajah Sambungan Transistor

Tapak Sepunya (Common Base)

Rajah 4.8 Tatarajah tapak sepunya

Rajah 4.8 menunjukkan litar transistor yang disambung secara tapak sepunya. Isyarat masukan
dikenakan antara pengeluar dan tapak manakala isyarat keluaran pula diambil dari pemungut dan tapak.
Arus pengeluar IE dalam litar ini bergantung pada isyarat masukan. Apabila gandaan arus rendah dan
gandaan voltan tinggi, fasa isyarat masukan dan isyarat keluaran adalah sama. Gandaan kuasa dalam
litar tapak sepunya adalah tinggi. Litar jenis ini biasanya digunakan sebagai penguat pengayun.

6
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

Pemungut Sepunya (Common Collector)

Rajah 4.9 Tatarajah pemungut sepunya

Rajah 4.9 menunjukkan tatarajah pemungut sepunya. Isyarat masukan adalah antara pengeluar dan
tapak. Keluaran diambil melalui perintang beban RL yang disambung antara pengeluar dan pemungut.
Perubahan arus pemungut IC akan menghasilkan perubahan isyarat merentangi beban. Litar pemungut
sepunya ini mempunyai gandaan voltan yang rendah iaitu kurang daripada 1. Gandaan kuasa tinggi dan
tiada pembalikan fasa antara masukan dan keluaran. Litar jenis ini biasanya digunakan sebagai litar
penguat.

Pengeluar Sepunya (Common Emitter)

Rajah 4.10 Tatarajah pengeluar sepunya

Rajah 4.10 menunjukkan tatarajah litar pengeluar sepunya. Isyarat masukan dikenakan antara tapak dan
pengeluar dan isyarat keluaran diambil antara tapak dan pemungut. Dalam litar pengeluar sepunya,
perubahan kecil arus tapak akan menghasilkan voltan dan gandaan kuasa yang tinggi. Pembalikan fasa
1800 berlaku antara masukan dan keluaran.

GANDAAN ARUS

Gandaan arus yang biasa digunakan dalam litar transistor iaitu :-

a. Gandaan arus alfa ( α )


b. Gandaan arus beta ( β )

7
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

Gandaan Arus Alfa ( α )


Gandaan arus alfa ( α ) = IC
IE

Rajah 4.11 Gandaan arus alfa ( α )

Rajah 4.11 menunjukkan apabila nilai arus IE bertambah, IC juga turut bertambah. Nisbah perubahan arus
IC dengan perubahan arus IE dinamakan alfa ( α ) dan nilainya ≈ 1

Contoh : Hitungkan nilai alfa ( α ) apabila IC = 980 µA dan IE = 1000 µA

Penyelesaian :- (α) = IC
IE

= 980 x 10-6 A
1000 x 10-6 A

= 0.98

Gandaan Arus Beta (β)

Gandaan arus beta (β) = IC


IB

a. Gandaan arus beta tanpa isyarat

8
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

b. Gandaan arus beta ada isyarat

Rajah 4.12 Gandaan arus beta ( β )

Gandaan arus ialah nisbah arus keluaran dibanding dengan arus masukan. Bagi litar pengeluar sepunya
4.12a, gandaan arus dinamakan beta ( β ). Beta ialah nisbah arus IC dengan arus IB. Gandaan arus bagi
litar (Rajah 4.12) adalah tinggi dan ia boleh didapati dengan mengetahui nilai arus pemungut ( I C ) dan
nilai arus tapak ( IB ). Beta juga dinamakan HFE.

Oleh itu β = IC
IB

Rajah 4.12b. ialah litar pengeluar sepunya yang mempunyai isyarat masukan dan isyarat keluaran AU.
Gandaan arus beta atau Hfe dipengaruhi oleh perubahan nilai isyarat yang menyebabkan sebarang
perubahan arus pemungut (perubahan IC) dan tapak (perubahan IB). Dalam keadaan ini gandaan arus
dikenali sebagai Beta ( β ) atau Hfe.
β = perubahan ic atau β = ∆ic
perubahan ib ∆
ib

Contoh 1 : Tanpa isyarat AU

Merujuk Rajah 4.12a, hitungkan nilai apabila IB = 60 µA dan IC = 8 mA

Penyelesaian
β = IC
IB
= 8 x 10-3 A
60 x 10-6 A
= 133

9
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

Contoh 2 : Ada isyarat AU

Merujuk Rajah 4.12b hitungkan nilai β jika perubahan arus ic (∆ic) ialah 2 mA dan perubahan arus tapak ib
(∆ib) ialah 20 µA.

Penyelesaian
β = ∆ic
∆ib
= 2 x 10-3 A
20 x 10-6 A
= 100

JENIS PINCANG TRANSISTOR

Terdapat tiga jenis pincang yang biasa digunakan dalam litar transistor iaitu pincang :-

a. Arus tetap
b. Pemungut ke tapak
c. Arus pengeluar

Pincang Arus Tetap

Rajah 4.13 Litar pincang arus tetap

Pincang arus tetap ialah satu kaedah yang mudah untuk memincang transistor. Pincang ini
menyebabkan kendalian transistor tidak stabil dan mengeluarkan isyarat herot. Rajah 4.13 menunjukkan
litar penguat pincang arus tetap. Apabila bekalan dikenakan, transistor akan mengalirkan arus dari tapak
ke pengeluar dan pemungut ke pengeluar. Pengaliran arus ini akan meninggikan suhu transistor.
Perubahan suhu akan menambahkan nilai arus IC, IB dan IE. Perubahan yang tidak terkawal menimbulkan
masalah kendalian transistor yang tidak stabil dan mengeluarkan isyarat herot. Pincang jenis ini jarang
digunakan dalam litar elektronik.

10
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

Pincang Pemungut Ke Tapak

Rajah 4.14 Litar pincang pemungut ke tapak

Rajah 4.14 ialah litar pincang pemungut ke tapak. Perintang tapak R B disambung ke pemungut transistor.
Pada litar ini, voltan merentas RB bergantung pada VCE. Dengan itu, voltan pincang ditentukan oleh voltan
ketika pada pemungut itu. Ini dapat memperbaiki kestabilan voltan AT. Arus yang mengalir akan
menyebabkan suhu bertambah. Ini menyebabkan arus IB dan IC bertambah manakala voltan VCE
berkurangan. Keadaan ini menyebabkan arus kembali ke keadaan asal dan keluaran menjadi stabil.

Pincang Arus Pengeluar

Rajah 4.15 Litar pincang arus pengeluar

Litar yang ditunjukkan dalam Rajah 4.15 berbeza dengan litar pincang pemungut ke tapak kerana dalam
Rajah 4.14 terdapat perintang RB2 dan RE. Perintang RB1 dan RB2 digunakan sebagai pembahagi voltan.
Apabila suhu bertambah pada transistor, arus IB dan IC bertambah. Pertambahan voltan susut merentasi
RE akan menyebabkan VBE menjadi rendah dan arus IB berkurangan. Oleh itu, IC kembali ke nilai asal dan
keluaran menjadi stabil.

11
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

Pincang Arus Pengeluar

Rajah 4.15 Litar pincang arus pengeluar

Litar yang ditunjukkan dalam Rajah 4.15 berbeza dengan litar pincang pemungut ke tapak kerana dalam
Rajah 4.14 terdapat perintang RB2 dan RE. Perintang RB1 dan RB2 digunakan sebagai pembahagi voltan.
Apabila suhu bertambah pada transistor, arus IB dan IC bertambah. Pertambahan voltan susut merentasi
RE akan menyebabkan VBE menjadi rendah dan arus IB berkurangan. Oleh itu, IC kembali ke nilai asal dan
keluaran menjadi stabil.

KENDALIAN TRANSISTOR

Rajah 4.16 Voltan antara pemungut dan pengeluar (VCE)

Transistor akan berfungsi apabila dipincang dengan betul. Pincangan yang betul akan memastikan sama
ada transistor itu dikendalikan pada takat alihan, takat tepu atau di antara kedua-duanya. Merujuk Rajah
4.16 voltan VCE bergantung pada voltan pincang transistor. Voltan VCE sangat penting untuk menentukan
sama ada transistor itu berada dalam keadaan takat tepu, takat alihan atau antara kedua-duanya.

12
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

TAKAT TEPU

Transistor berada pada takat tepu apabila nilai VCE = 0. Dalam keadaan ini, transistor berfungsi, arus IC
mencapai nilai maksimum atau IC mencapai takat tepu. Ketika ini arus IC mencapai nilai maksimum atau
arus IC tepu (Rajah 4.17).

Rajah 4.17 Litar transistor yang dikendalikan pada takat tepu

TAKAT ALIHAN

Transistor berada pada takat alihan apabila nilai VCE = VCC. Ketika ini nilai arus IB dan IC sifar (Rajah 4.18).
Dalam keadaan ini, transistor tidak berfungsi. Maka, tiada pengaliran arus IB dan IC.

Rajah 4.18 Litar transistor yang dikendalikan pada takat alihan

13
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

ARAS VOLTAN KENDALIAN TRANSISTOR (VOLTAN AT)

Transistor berfungsi sebagai penguat yang ideal apabila VCE, VC dan VE adalah seperti berikut :-

Rajah 4.19 Petunjuk aras voltan kendalian transistor

LENGKUNG CIRI I-V

Rajah 4.20 Lengkung ciri I-V

Transistor dikendalikan dalam keadaan ideal, ketika titik kendalian Q berada di tengah-tengah garisan
beban. Titik kendalian didapati dengan membuat garisan beban pada lengkung cirri I-V. Titik Q juga boleh
berada di antara titik A dan B. Berpandukan Rajah 4.20, anda boleh menentukan titik kendalian transistor.
Titik A (takat tepu) menunjukkan keadaan ketika arus IC transistor maksima mengalir iaitu VCE = 0. Titik B
(takat alihan) menunjukkan nilai IC rendah dan nilai VCE sama dengan VCC. Garisan antara titik A dan B
dinamakan garisan beban. Kawasan berlorek di bawah garisan AB dinamakan kawasan aktif.

14
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

TEKNIK MENGUJI TRANSISTOR

Salah satu cara untuk menguji transistor ialah menggunakan meter-rintangan kerana arah pemancar ke
tapak dan pemungut adalah merupakan binaan p dan n. Ini dapat ditunjukkan di dalam rajah 4.21 di
bawah di mana sebuah transistor npn diubah kepada litar binaan diod.

E C
E C
B B

Rajah 4.21 NPN transistor dan litar binaan diod

Untuk menguji simpang tapak-pemancar sebuah npn transistor, mula-mula sambung meter rintangan
seperti rajah 4.22 (a). Nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter rintangan mestilah rendah oleh itu arah
tapak ke pemancar ialah pincang hadapan. Kemudian songsangkan kedudukan penunjuk meter
rintangan seperti rajah 4.22 (b). Nilai rintangan yang ditunjukkan mestilah tinggi kerana arah tapak ke
pemancar adalah pincang songsang.

Rajah 4.22 menguji simpang tapak-pemancar sebuah transistor menggunakan meter rintangan analog (a)
Meter analog mempincang hadapan simpang tapak-pemancar (b) Meter analog mempincang
songsangkan simpang tapak-pemancar

Untuk menguji simpang pemungut-tapak, ulangi langkah yang diterangkan pada cara menguji simpang
tapak ke pemancar. Rajah 4.23 menunjukkan penyambungan meter rintangan bagi menguji arah
pemungut ke tapak. Bagi rajah (a) meter rintangan menunjukkan bacaan pada nilai rintangan rendah
kerana arah pemungut ke tapak adalah pincang hadapan. Bagi rajah (b) meter rintangan menunjukkan
bacaan pada nilai rintangan tinggi kerana arah pemungut ke tapak adalah pincang songsang. Bagi
menguji simpang pemungut-pemancar, pengukuran nilai rintangan diantara pemungut dan pemancar
mestilah pada bacaan tinggi atau infinity pada penyambungan
kedua-dua penunjuk
meter.

Rajah 4.23 menguji simpang pemungut-tapak sebuah transistor menggunakan meter rintangan analog (a)
Meter analog mempincang hadapan simpang pemungut-tapak (b) Meter analog mempincang
songsangkan simpang pemungut-tapak

15
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

SIMPANG TERBUKA DAN SIMPANG TERTUTUP

Salah satu daripada rajah 4.22 dan rajah 4.23 menunjukkan satu rintangan yang rendah melalui simpang
dalam kedua-dua arah dan ini menunjukkan simpang pemancar-tapak atau simpang pemungut-tapak
adalah bersambung. Jika meter rintangan menunjukkan nilai rintangan yang tinggi dalam kedua-dua
arah, dan ini menunjukkan simpang tersebut adalah terbuka. Oleh itu transistor tersebut sudah rosak.

MENGUJI KEPENGGUNAAN TRANSISTOR

Sebuah meter rintangan analog boleh digunakan untuk menguji sama ada sebuah transistor itu boleh
digunakan sebagai penguat seperti yang ditunjukkan pada rajah 4.24. Dalam rajah (a) menunjukkan
penunjuk meter rintangan bersambung, dengan ini pemungut adalah positif dengan sambungan ke
pemancar. Dalam penyambungan ini, meter rintangan menunjukkan nilai bacaan rintangan yang tinggi
atau infinity (∞). Apabila penunjuk meter rintangan disongsang, bacaan pada jarum meter rintangan
mestilah tidak berubah.

Kemudian, sambungkan sebiji perintang diantara pemungut dan tapak seperti pada rajah (b).
Penyambungan ini membolehkan voltan positif pada bahagian tapak dengan sambungan ke pemancar.
Dengan ini simpang tapak-pemancar adalah dalam keadaan pincang hadapan. Dalam pada yang sama,
pemungut dalam keadaan positif dengan sambungan ke pemancar, dimana ia adalah perlu untuk bagi
kekutuban sebuah transistor npn. Ini menyebabkan bacaan pada meter rintangan kebiasaannya adalah
pada skala-tengah kerana transistor tersebut mengalirkan arus pemungut melalui meter rintangan.
Keadaan ini membayangkan simpang tapak-pemancar dalam keadaan pincang hadapan dan
menghidupkan transistor disebabkan oleh pengaliran arus pemungut.

Untuk menguji seperti ditunjukkan dalam rajah 4.24, perkara penting ialah menggunakan nilai perintang
tidak kurang daripada 10kΩ dan tidak lebih daripada 100kΩ. Bagi julat rintangan mestilah menggunakan
julat × 10 pada meter rintangan. Had ini akan mendapatkan keputusan yang tepat. Cara menguji ini agak
sukar, tetapi ini merupakan cara yang unik bagi menguji kepenggunaan sebuah transistor.

Bagi kesemua teknik-teknik menguji transistor yang diterangkan, ia mesti dilakukan dalam keadaan
transistor tanpa litar. Selain itu juga julat rintangan pada meter rintangan mestilah diletakkan pada julat
×10 atau julat ×100. Ini dapat melindungi transistor daripada arus dan voltan berlebihan yang wujud
semasa menguji transistor pada julat ohm yang rendah dan yang tinggi pada meter rintangan.

(a) Meter rintangan menunjukkan (b) Menyambungkan Perintang R


rintangan tinggi diantara pemungut dan tapak

Rajah 4.24 Menguji kepenggunaan transistor

16
DEA 2342 / K 05 / NK 05 - 06

ISI PENTING

1. Transistor dwikutub terdiri daripada jenis PNP dan jenis NPN.


2. Transistor mempunyai dua pincang iaitu pincang hadapan dan pincang songsang.
3. Jumlah arus yang melalui transistor NPN dan PNP diperoleh dengan menggunakan formula I E = IC
+
IB.

4. Gandaan arus α ialah perubahan arus IC dibahagi dengan perubahan arus pengeluar IE dan nilainya
kurang daripada 1.

5. Gandaan arus beta (β) ialah perubahan arus pemungut IC dibahagi dengan perubahan arus tapak IB
dan nilainya lebih daripada 1.
6. Litar pincang arus pengeluar ialah litar pincang yang mempunyai keluaran paling stabil.
7. Takat alihan berlaku apabila nilai VCE = VCC.
8. Takat tepu berlaku apabila VCE = 0.
9. Perbandingan ciri tatarajah transistor.

Gandaan Gandaan Perbezaan


Jenis Tatarajah Gandaan Arus
Voltan Kuasa Fasa
Pengeluar
Sangat tinggi tinggi Sangat tinggi 180°
Sepunya
Kurang daripada
Tapak Sepunya Tinggi Tinggi Tiada
1
Pemungut Kurang daripada
Tinggi Sederhana Tiada
Sepunya 1

Jadual 4.2 Perbandingan ciri tatarajah transistor

17

Anda mungkin juga menyukai