Anda di halaman 1dari 17

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
KOD NAMA DAN
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

E-011-1 JURUTEKNIK RENDAH ELEKTRONIK INDUSTRI -

TAHAP / LEVEL

L1

NO DAN TAJUK MODUL/


MODULE NO AND TITLE

M08 PASSIVE AND ACTIVE COMPONENTS

NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN TASK(S) NO
AND STATEMENT

07.01 : TEST ON PASSIVE COMPONENTS, LED


07.02 : TEST ON ACTIVE COMPONENTS

NO. PENGALAMAN
PEMBELAJARAN/NO.
AND LEARNING
EXPERIENCE/STEP

LE 01 IDENTIFY COMPONENTS, VALUE AND TERMINAL/


POLARITY
LE 02 MEASURE COMPONENTS AND FORWARD/REVERSE
BIAS OF DIODE
LE 03 CHECK FUNCTIONING OF IC AND TRANSISTORS

OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE

IDENTIFY PASSIVE AND ACTIVE COMPONENTS USING


NOTATION BOOKLET, MULTIMETER, FUNCTION GENERATOR,
CARACITANCE METER, INDUCTANCE METER, COMPONENT
MANUAL OR SPECIFICATION, DIODE, TRANSISTOR, IC,
MANUAL DATA SHEET, IC TESTER, AND TRANSISTOR TESTER
SO THAT COMPONENTS, VALUE, TERMINAL AND POLARITY
IDENTIFIED, COMPONENTS AND FORWARD/REVERSE BIAS OF
DIODE MEASURED AND FUNCTIONING OF IC AND
TRANSISTORS CHECKED IN ACCORDANCE WITH STANDARD
OPERATION PROCEDURE

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M08/KP(1/3)

PERALATAN

Muka :

01

Drp : 05

TAJUK :PENGENALAN KEPADA KAPASITOR


TUJUAN :
Kertas penerangan ini menerangkan fungsi diod, jenis jenis diod dan simbol diod. Ini membolehkan
pelatih menerangkan fungsi diod dengan tepat, mengetahui jenis jenis diod dan kegunaannya.

NO KOD / CODE NO

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Muka :

02

Drp : 017

1. PENERANGAN
Kapasitor merupakan salah satu komponen asas elektronik dan elektrik. Kapasitor diperlukan
dalam litar yang mengalami perubahan medan elektrik sama ada pada bekalan arus terus atau ulang
alik bagi mendapatkan voltan yang malar. Dengan pemasangan kapasitor voltan beriak boleh
dikurangkan. Biasanya kapasitor dipasang selepas penerusan arus ulang alik. Kapasitor juga
digunakan untuk mengurangkan kesan bunga api pada berus karbon, menghalang arus terus yang
tidak dikehendaki dan sebaliknya membenarkan arus ulang alik mengalir melaluinya. Kapasitor juga
boleh menentukan kadaran frekuensi penjana, frekuensi radio atau digunakan sebagai pemula untuk
memutarkan motor aruhan dan sebagai pembetul faktor kuasa. Di samping itu kapasitor juga boleh
digunakan sebagai pembekal tenaga elektrik jika berlaku penurunan voltan tetapi kadarannya tidak
bertahan lama. Sungguhpun begitu voltan yang dikerluarkannya mencukupi untuk mencetuskan litarlitar elektronik atau membaiki penurunan voltan yang mendadak.

Ra
jah 1 : Contoh Kapasitor

Rajah 2 : Simbol Kapasitor

2. BINAAN KAPASITOR
Kapasitor terbina daripada dua bahagian iaiatu dua plat pengalir dan penebat. Plat diletakkan
bertentangan antara satu sama lain dan dipisahkan bahan penebat yang juga dikenali sebagai
dieletrik. Perbezaan antara jenis jenis kapasitor pada dasarnya bergantung pada jenis bahan
elektrik yang digunakan. Contohnya seperti kapasitor kertas yang menggunakan kertas sebagai
bahan penebat dan kapasitor mika yang menggunakan mika sebagai bahan penebat.

NO KOD / CODE NO

Muka :

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Kaki
sambungan

03

Drp : 017

Plat pengalir

Bahan dielektrik
( penebat )
V

Rajah 3 : Binaan Kapasitor

3. BAGAIMANA KAPASITOR BERKENDALI


Jika voltan yang diberikan di antara dua plat ditambah bererti keupayaan kapasitor menyimpan cas
bertambah kerana kadar cas yang disimpan ( Q coulomb ) berkadar terus dengan voltan bekalan ( V
volt ). Ciri kapasitor yang tetap ini dinamakan kapasitan ( kemuatan ) bagi kapasitor dan dirumuskan
seperti berikut:
Q = CV atau Q/V = C farad
Dengan,
C = kapasitan
Q = cas
V = voltan ( yang dikenakan )

Tenaga dalam kapasitor pula boleh dikra dengan menggunakan formula seperti berikut:

W = VQ = CV joule

Apabila diberikan bekalan ( bateri ) kepada kedua-dua plat perkara berikut akan berlaku:
a. pangkalan positif bateri akan menarik elektron ( negatif ) daripada plat yang disambungkan ke
pangkalan tersebut dan menyebabkan plat itu bercas positif.
b. Elektron daripada bateri akan bergerak ke plat yang disambungkan ke pangkalan negatif
bateri menyebabkan plat itu bercas negatif

NO KOD / CODE NO

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Muka :

04

Drp : 017

c. Elektron pada plat akan menarik di antara satu sama lain, tetapi tiada arus mengalir dalam
kapasitor kerana kewujudan dielektrik
d. Arus hanya mengalir di luar kapasitor sebelum kapasitor bercas penuh. Kadar masa yang
diambil untuk arus ini mengalir terlalu singkat kerana kapasitor akan mengalami cas penuh
dengan pantas jika voltan yang dibekalkan mencukupi. Cas penuh tercapai apabila voltan
bekalan dan voltan di kapasitor sama keupayaan. Ketika ini arus tidak mengalir ke dalam
kapasitor dan kapasitor seolah-olah menjadi litar buka.

4. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KAPASITOR


Nilai dalam kapasitor boleh berubah sama ada bertambah atau berkurangan bergantung pada faktor
faktor berikut:
a. Luas permukaan plat
Jika luas muka keratan kapasitor ditambah, nilai kapasitan akan turut bertambah kerana plat
yang luas dapat memegang lebih banyak elektron dan sudah tentu casnya bertambah besar.
b. Jarak antara plat
Jika jarak di antara dua plat kapasitor dijauhkan bererti kapasitannya berkurangan kerana
daya elektrik untuk menarik cas-cas di antara dua plat menjadi lemah.
c. Bahan penebat(Dieletrik)
Dielektrik ialah bahan penebat dan setiap bahan mempunyai daya penebatan yang berlainan.
Oleh itu kapasitannya juga berbeza. Dengan itu jelas menunjukkandielektrik mempengaruhi
nilai kapasitan. Faktor dielektrik dijadikan sebagai nilai tetap ( k ) atau pemalar dalam
penghitungan kapasitan. Sebagai contoh kapasitor yang menggunakan dielektrik lilin, nilai
kapasitannya akan didarabkan dengan 3 ( lihat jadual dibawah ). Penebat yang baik boleh
memberikan kapasitan yang baik, betambah tarikan bererti bertambah elektron yang dapat
disimpan dalam pemuat. Perhatikan jadual berikut untuk perbandingan nilai pemalar
dielektrik.

Bahan
Udara atau vakum
Polisterina
Kertas
Mika
Seramik

Pemalar dieletrik, k
1
2-3
2-6
3-8
80 - 81

Jadual 1 : Nilai Pemalar dieletrik

NO KOD / CODE NO

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Muka :

05

Drp : 017

Kesimpulannya faktor yang mempengaruhi kapasitan dapat diringkaskan dalam rumus


berikut:

A
kA
C ----- , maka C = -----d
d
Dengan,
d = jarak antara plat
k = pemalar dilektrik
A = luas muka keratan plat

5. VOLTAN KENDALIAN KAPASITOR


Selain nilai kapasitor dalam farad, voltan kendalian kapasitor juga perlu sesuai dengan kadaran
voltan yanghendak digunakan. Voltan kendalian ialah kadaran voltan maksimum yang mampu
ditanggung oleh kapasitor tanpa merosakan dielektriknya.
Kadaran voltan ini biasanya dicatatkan pada kapasitor seperti 10 DCWV ( 10 volt kendalian arus
terus) atau 400 V AC ( 400 volt arus ulang-alik ). Nilai kadaran voltan ini bergantung pada jenis
bahan dielektrik dan ketebalannya. Bagi menampung voltan yang tinggi ketelapan dielektrik ini mesti
ditambah.
Disamping itu jenis voltan perlu diambil kira misalnya kapasitor arus terus tidak boleh digunakan
untuk voltan arus ulang-alik. Bagi arus ulang-alik voltan kendaliannya dirujuk sebagai voltan puncak
bukan voltan berkesan. Reka bentuk sesuatu kapasitor telah ditetapkan untuk penggunaan sesuatu
jenis voltan sahaja. Oleh sebab itu perhatikan penandaan voltan ini semasa membuat
penyambungan pada kapasitor agar tidak merosakkannya.

6. FAKTOR PEMILIHAN KAPASITOR


Kapasitor tidak ditandakan bagi menentukan jenisnya. Cara yang paling berkesan mengenal sesuatu
jenis kapasitor ialah dengan melihat bentuk dan saiznya. Terdpat juga beberapa jenis kapasitor yang
menggunakan kod warna bagi penentuan nilainya.
Bagi kapasitor jenis kertas, mika dan seramik biasanya tercatat kadaranya. Jika tiada terdapat
sebarang catatan gunakan kod warna yang hampir sama dengan kod warna perintang.

NO KOD / CODE NO

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Muka :

06

Drp : 017

7. JENIS JENIS KAPASITOR DAN FUNGSINYA


Pemuat itu dikelaskan mengikut jenis bahan dielektrik yang digunakan seperti udara, kertas, mika,
polister, polistirena dan elektrolitik. Amnya terdapat dua jenis pemuat, iaitu pemuat tetap dan
pemuat berubah.
A. Kapasitor Tetap
i.

Jenis Kertas
Pemuat jenis kertas adalah yang paling biasa dan ringkas. Platnya terdiri daripada
dua bilah keranjang aluminium panjang yang diasingkan oleh bilah-bilah kertas wax
yang bertindak sebagai dielektrik. Gabungan ini dilipat ke dalam satu tiub yang
kemudiannya dimasukkan dengan wax dan dipetri ke dalam satu bekas logam atau
kotak kertas. Nilai kemuatan kertas ini adalah diantara 250pF hingga 10uF, pada
voltan kendalian sehingga 150kV A.T. Untuk kadaran yang melebihi 600V,
bekasnya dibuat daripada logam yang diisikan dengan minyak. Pemuat jenis ini
yang lebih sofisikated menggunakan plastik dan tidak lagi menggunakan kertas. Ini
boleh memberikan ketahanan yang lebih baik walaupun saiznya lebih kecil

ii.

Jenis Mika
Pemuat ini berkualiti tinggi. Komponennya terdiri daripada beberapa plat keranjang
logam yang dibentuk lapis-lapis serta diselang-seli oleh mika sebagai dielektrik.
Susunan ini diletakkan didalam bekas plastik atau logam. Nilai kemuatannya adalah
antara 25pF 0.25uF pada voltan kendalian sehingga 2kV A.T.

iii.

Jenis Seramik
Pemuat jenis ini menyediakan nilai kemuatan yang rendah. Komponennya terdiri
daripada satu cakera atau rod seramik sebagai plat. Nilai kemuatannya adalah
antara 0.5pF 0.1uF pada voltan kendalian hingga kepada 500V A.T.

iv.

Jenis Elektrolitik
Pemuat jenis ini digunakan untuk mendapatkan nilai kemuatan yang tinggi, iaitu
lebih besar daripada 1uF. Nilai kemuatannya adalah antara 1uF 1000uF, dan
secara am voltan kendaliannya menurun daripada 600V A.T sebaik-baik sahaja
kemuatannya meningkat. Pemuat jenis ini menggunakan elektrolit sebagai bahan
dielektrik. Elektrolit yang digunakan terdiri daripada jenis borax, fostat atau
karbonat. Semasa pembuatan pemuat ini voltan A.T dibekalkan kepada plat dan
proses elektrolisis berlaku. Satu bilah oksida ini bertindak sebagai dielektrik antara
elektrod positif dan kasa. Nilai kemuatan yang tinggi ini disebabkan oleh lapisan
oksida yang terlalu nipis. Oleh sebab binaannya begitu rupa, maka pemuat
elektrolitik mesti disambung secara betul. Terminal positif ditanda dengan +ve atau
tanda merah.

v.

Jenis Kapasitor Cip


Chip kapasitor di bina dengan meletakkan bahan dielektrik seramik di antara
lapisan pengalir yang mana membentuk kapisitor plat. Nilai kapasitan di tentukan
oleh pemalar dielektrik dan luas fizikal plat kapisitor chip boleh didapati dalam
pelbagi saiz, biasanya bersaiz 0.125 inci panjang dengan 0.063 inci lebar dengan
beberapa ketebalan, saiz lain ialah 0.080 inci panjang dengan 0.050 inci lebar
dalam beberapa ketebalan.
Sama dengan chip resistor, chip capisitor juga mempunyai elektrod di penghujung
untuk di pateri secara terus pada laluan kuprum pada pcb. Chip capisitor boleh
didapati dalam julat sekecil piko farad hingga beberapa mikro farad.

NO KOD / CODE NO

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Muka :

07

Drp : 017

B. Kapasitor Boleh Ubah


Kapasitan bagi kapasitor boleh ubah boleh diubah nilainya sama ada dengan melaraskan luas
permukaan yang berkesan ( A ) atau jarak di antara dua plat ( d ). Jadual dibawah menunjukkan jenis
kapasitor boleh ubah, bentuk fizikal dan ciri masing-masing.
Kapasitor Boleh Ubah

Bentuk Fizikal

Ciri - Ciri
Nilai
kapasitor
boleh
dilaraskan mencapai nilai
maksimum 100pF.
Nilai kapasitor diperoleh
dengan melaraskan jarak
pada plat (d).
Nilai
kapasitor
boleh
dilaraskan hingga mencapai
nilai maksimum 100pF.
Nilai kapasitor diperoleh
dengan
melaraskan
permukaan antara plat (A).

Kapasitor Perapi Mika

Kapasitor Perapi
Seramik

Nilai kapasitor diperoleh


dengan
melaraskan
permukaan berkesan antara
plat berputar dengan plat
pegun yang dipisahkan oleh
udara (dieletrik) dan lebih
luas berkesan lebih besar
nilai kapasitor

Trimmer

8. KOD KAPASITOR
A. KAPASITOR JENIS FILEM
Gambarajah 6 menunjukkan sistem kod popular yang digunakan pada kapasitor jenis
filem. Nombor pertama dan kedua yang dicetak pada kapasitor menunjukkan digit pertama
dan kedua nilai kapasitan dalam bentuk angka. Manakala yang ketiga adalah pendarab
bagi menunjukkan digit pertama dan kedua mesti didarabkan dengan pendarab. Huruf di
hujung kanan menunjukkan toleran bagi kapasitor. Dengan ini sistem kod kapasitan
sentiasa dalam unit pikofarad (pF). Nilai voltan kadaran kapasitor biasanya dicetak terus
badan kapasitor dibawah kod nilai kapasitan.
Kapasitor jenis filem
Pendarab
Digit nilai
pertama
Digit nilai
kedua

1 5 2 K

toleransi

NO KOD / CODE NO

Muka :

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

08

Drp : 017

Rajah

Pendarab
Nombor
0
1
2
3
4
5
8

Pendarab
1
10
100
1 000
10 000
100 000
0.01

0.1

Toleransi Kapasitor
Huruf
B
C
D
F
G
H
J
K
M

Kurang 10pF
0.1pF
0.25pF
0.5pF
1.0pF
2.0pF

Lebih 10pF

1%
2%
3%
5%
10%
20%

B. Kapasitor Seramik Disk


Gambarajah 7 menunjukkan cara bagaimana kapasitor disk seramik ditanda bagi
menunjukkan nilai kapasitan. Seperti yang kamu lihat, nilai kapasitan diterangkan sama ada
dalam bentuk nombor atau huruf ( decimal). Jenis sistem pengekodan digunakan
berdasarkan kepada pengeluar.

Kod pengilang
Nilai kapasitor
toleransi
Voltan kerja
Julat suhu
* jika tiada voltan di tandakan biasanya 500 V dc

NO KOD / CODE NO

Muka :

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Z5F

09

Drp : 017

Z05F

Suhu
rendah

Simbol
huruf

Suhu
tinggi

Simbol
nombor

Max.
Capacitance
change over
temp.range

Simbol
huruf

+
10
C
- 30 C
- 55 C

+ 45 C

1.0 %

Y
X

+ 65 C
+ 85 C
+
105C
+125C

4
5
6
7

Nilai
kapasitan
pertama
dan
kedua

Pendarab

Simbol
nombor

1.5 %
1.1 %
3.3 %

B
C
D

10
100
1 000

1
2
3

4.7 %
7.5 %

E
F

10 000
100 000

4
5

10.0 %

15.0 %
22.0 %
+22%-33%
+22%-56%
+22%-82%

R
S
T
U
V

0.01
0.1

Toleransi
pada
kapasitan

Simbol
huruf

5%
10%

J
K

20%
+100%0%
+80%20%

M
P
Z

8
9

C. Kapasitor Mika
Kapasitor mika dikodkan dengan menggunakan warna titik ( dot ) bagi menunjukkan nilai
kapasitan dalam pikofarad. Tiga sistem pengekodan yang berbeza seperti yang ditunjukkan
dalam gambarajah 8. Kod warna lebih difahami melalui contoh yang diberikan.
Postage stamp mica capacitor

First significant figure


Kapasitor mika hitam
(kapasitor kertas AWS
silver )

Second significant figure

Decimal multiplier

characteristic
tolerance

NO KOD / CODE NO

Muka :

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

010

Drp : 017

First dot silver or black


First significant figure
( not silver or black)

Second significant figure


Third significant figure

Decimal multiplier
First significant figure

Decimal multiplier

Second significant figure


Warna
penunjuk

tolerance

Voltan rating

Pendarab

Toleransi

Kadar voltan

Hitam

(%)
-

Coklat

10

100

Merah

100

200

Oren

1 000

300

Kuning

10 000

400

Hijau

100 000

500

Biru

1 000 000

600

Ungu

10 000 000

700

Kelabu

100 000 000

800

Putih

1 000 000 000

900

Emas

0.1

1 000

Perak

0.01

10

2 000

Tanpa warna

20

500

D. Kapasitor Cip
Sebelum menentukan nilai kapasitan bagi sesuatu kapasitor cip, pastikan ianya adalah
kapasitor cip bukanyan resistor cip. Kapasitor cip mempunyai ciri seperti berikut:

badan cip adalah warna solid seperti putih, beige, kelabu, tan atau coklat
dan juga dilengkapi dengan elektrod sebagi penutup dihujung komponen.

Terdapat tiga sistem pengekodan popular yang biasa digunakan oleh pengeluar kapasitor cip
yang berbeza. Dalam ketiga-tiga sistem, nilai yang ditunjukkan adalah dalam pikofarad (pF).
Gambarajah x sistem pertama yang menggunakan sistem dua tempat yang mana huruf yang
pertama menunjukkan digit pertama dan kedua nilai kapasitor dan nombor menunjukkan
pendarab ( 0 9 ). 33 simbol digunakan bagi menunjukkan dua nilai tertentu. Simbol
menggunakan 24 huruf besar dan 9 huruf kecil. Gambarajah 10 kod J3 menunjukkan nilai 22
000pF.

NO KOD / CODE NO

A 1.0
B 1.1
C 1.2
D 1.3
E 1.5
F 1.6
G 1.8

Muka :

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

011

Nilai ( 33 nilai simbol ) huruf besar dan kecil


H 2.0
b 3.5
f 5.0
X 7.5
J 2.2
P 3.6
T 5.1
t 8.0
K 2.4
Q 3.9
U 5.6
Y 8.2
a 2.5
d 4.0
m 6.0
y 9.0
L 2.7
R 4.3
V 6.2
Z 9.1
M 3.0
e 4.5
W 6.8
N 3.3
S 4.7
n 7.0

Drp : 017

Pendarab
0 = X 1.0
1 = X 10
2 = X 100
3 = X 1 000
4 = X 10 000
5 = X 100 000
ETC

= 2.2 X 1000
= 22 000

Pendarab ( 0 -9 )
Nilai kapasitan ( digit pertama dan kedua

Dalam sistem yang kedua gambarajah x juga menunjukkan sistem dua tempat. Dalam kes ini,
nilai dibawah 100 pF ditunjukkan menggunakan 2 nombor yang mana nilai kapasitan dibaca
secara terus. Manakala nilai 100pF dan keatas ditunjukkan dengan satu huruf dan nombor
seperti sistem sebelu ini. Dalam sistem ini hanya 24 simbol huruf besar digunakan.

A 10
B 11
C 12
D 13
E 15

Nilai ( 24 nilai simbol ) huruf besar sahaja


F 16
L 27
R 43
G 18
M 30
S 47
H 20
N 33
T 51
J 22
P 36
U 56
K 24
Q 39
V - 62

* nilai bawah 100 pF


nilai dibaca secara terus

W 68
X 75
Y 82
Z 91

pendarab
1 = X 10
2 = X 100
3 = X 1 000
4 = X 10 000
5 = X 100 000

* nilai bawah 100 pF


nilai dibaca secara terus
= 10 x 10 = 100 pF

= 5 pF

= 82 pF

= 33 x 1000 pF
= 330000 pF
= 0.033 F
Pendarab ( 0-9 )
Nilai ( digit pertama dan kedua )

NO KOD / CODE NO

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Muka :

012

Drp : 017

Gambarajah 11 menunjukkan sistem yang ketiga yang mana satu huruf atau nombor
digunakan bagi mewakili digit pertama dan kedua nilai kapasitan. Pendarab ditentukan
oleh warna yang digunakan pada huruf atau nombor. Sebagai contoh W berwarna oren
menunjukkan nilai kapasitan C ialah 4.7 pF.

A 10
B 11
C 12
D 13
E 15

Nilai ( 24 nilai simbol ) huruf besar dan kecil


H 1.6
N 2.7
V 4.3
I 1.8
O 3.0
W 4.7
J 2.0
R 3.3
X 5.1
K 2.2
S 3.6
Y 5.6
L 2.4
T 3.9
Z 6.2

pendarab
3 4.3
4 7.5
7 8.2
9 9.1

OREN
= X 1.0
HITAM = X 10
HIJAU
= X 100
BIRU
= X 1 000
UNGU
= X 10 000
MERAH = X 100 000

Standard single-place code


Oren
= 4.7 x 1.0 = 4.7 pF

Warna pendarab
Simbol nilai

E. Kapasitor Tantalum
kapasitor tantalum selalunya ditandakan bagi menunjukkan nilai kapasitan dalam pikofarad.
Gamabarajah 12 menunjukkan bagaimana menterjemahkan sistem ini.

NO KOD / CODE NO

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Muka :

013

Drp : 017

Toleransi kapasitor
20% - tiada dot
10% - dot perak
5% - dot emas
Nilai pertama
Voltan dan
polariti

Nilai kedua
pendarab

Warna
Hitam
Coklat
Merah
Oren
Kuning
Hijau
Biru
Ungu
Kelabu
Putih

Kadar
voltan
4
6
10
15
20
25
35
50
3

Nilai kapasitan dalam pikofarad


Nilai pertama
Nilai kedua
0
0
1
1
2
2
3
3
4
4
5
5
6
6
7
7
8
8
9
9

pendarab
10 000
100 000
10 000 000
-

9. PENGECASAN
Pengecasan bererti kapasitor itu diberikan tenaga elektrik. Elektron akan bergerak dari satu
plat ke satu plat. Pergerakan elektron ini disebut arus pengecasan. Pengecasan juga
bermaksud menyimpan tenaga elektrik dengan menyambungkan kapasitor ke bateri atau
bekaln elektrik. Tenaga yang tersimpan berupa cas elektrik yang terkumpul pada kedua-dua
plat. Cas yang terkumpul berlawanan di antara kedua-dua plat.
10. NYAHCAS KAPASITOR
Nyahcas bererti mengeluarkan atau menggunakan tenaga elektrik yang tersimpan dalam
kapasitor. Tenaga elektrik tersimpan dalam kapasitor jika kapasitor dicas. Tenaga tersimpan

NO KOD / CODE NO

Muka :

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

014

Drp : 017

ini dalam bentuk medan magnet di antara kedua-dua plat.Kapasitor yang mutlak tidak
mungkin diperoleh, sedikit sebanyak arus bocor akan mengalir di antara plat dan seterusnya
mengecas kapasitor secara perlahan-lahan.
Jika kedua-dua plat pengkalan kapasitor itu dilitarpintaskan, kapasitor akan dinyahcaskan
dengan pantas dan arus akan mengalir keluar.Masa yang diambil oleh nyahcas berkadar
terus dengan nilai rintangan yang disambungkan kepada pangkalan kapasitor. Dengan
memerhatikan ciri cas dan nyahcas nyatalah bahawa kapasitor tidak membenarkan arus terus
mengalir melaluinya sepanjang masa. Kapasitor ini bertindak seperti blok menghalang arus
terus.

Plat bercas neutral


Rajah 13 Kapasitor sebelum dicas

Plat bercas positif

Plat bercas negatif

Rajah 14 Kapasitor selepas dicas

Plat bercas positif

Plat bercas negatif

Rajah 15 Kapasitor nyahcas

NO KOD / CODE NO

Muka :

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

015

Drp : 017

11. KEGUNAAN KAPASITOR


Kapasitor banyak digunakan dalam litar elektrik dan elektronik, antaranya ialah seperti
ditunjukkan dalam jadual dibawah ;

Jenis litar
Litar penapis
Litar motor

Litar penalaan

Penggunaan kapasitor dalam litar


Mengurangkan voltan riak atau meratakan gelombang bagi
mendapatkan voltan malar
Pembaik faktor kuasa litar
Mengurangkan kesan gangguan hingar kapada alatan lain
apabila litar motor dihidupkan
Menentukan kadaran frekuensi penjana dan frekuensi radio.

12. PENYAMBUNGAN KAPASITOR


Jika kapasitor disambungkan secara siri jumlah kapasitan akan berkurangan kerana
sambungan itu seolah-olah seperti sebuah kapasitor dengan platnya berada pada jarak yang
besar atau dirumuskan sebagai
Jumlah kapasitan = 1/CT = 1/C1 + 1/C2 + 1/C3..+1/Cn
Elok diingat sambungan kekutuban kapasitor ini perlu betul, lebih-lebih lagi bagi kapasitor
yang mempunyai kekutuban seperti kapasitor elektrolitik. Hal ini sama seperti penyambungan
bateri secara sesiri.Kapasitor yang disambungkan selari, jumlah kapasitan akan bertambah
kerana gabungan itu seolah-olah seperti sebuah kapasitor yang mempunyai plat yang besar.
Rumusnya seperti yang berikut :
Jumlah kapasitan = CT = C1 + C2 + C3 Cn

C1

C2

Rajah 16 : Kapasitor sesiri

C3

NO KOD / CODE NO

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Muka :

016

Drp : 017

13. SIMBOL KAPASITOR


Bagi memudahkan perbincangan selanjutnya, yang berikut merupakan simbol beberapa jenis
kapasitor yang lazim digunakan dalam litar elektronik.

Kapasitor tetap

Kapasitor boleh laras

Kapasitor boleh ubah

Kapasitor elektrolitik

Rajah 17 Bentuk-bentuk simbol


kapasitor
SOALAN :
1. Apakah fungsi kapasitor?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
2. Terangkan jenis jenis kapasitor?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
3. Nyatakan fungsi kapasitor elektrolitik ?
______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

NO KOD / CODE NO

E-011-1-01-LE1-P10 (1/3)

Muka :

017

Drp : 017

RUJUKAN :
1. Mohd Isa Bin Idris (2003), Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, ISBN NO.983-62-7430-8, Muka surat : 156 hingga 168.
2. Haji Yahya Emat (2006), Elektronik Industri, IBS BUKU Sdn Bhd, Petaling Jaya, ISBN NO. 967950-234-1, Muka surat : 24 hingga 32.

Anda mungkin juga menyukai