Anda di halaman 1dari 3

Jenis-jenis makanan dan hukum bagi setiap jenis daripadanya:

Terdapat dua jenis makanan yang dimakan oleh manusia iaitu tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Adapun tumbuh-tumbuhan semuanya halal kecuali yang najis, memudaratkan dan memabukkan. Najis
atau sesuatu yang bercampur dengan najis maka tidak boleh dimakan kerana Allah s.w.t. telah
berfirman:

‫ويحرم عليهم الخبائث‬


Maksudnya: “ dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk “ (Al-A’raf: 157)

Dan najis ialah perkara-perkara yang buruk. Manakala sesuatu yang bercampur dengan najis, ianya
terbahagi kepada dua keadaan: jika pepejal, maka dibuangkan tempat yang terkena najis dan
sekelilingnya dan dimakan yang selebihnya. Jika cecair, maka dibuang kesemuanya. Ianya bersandarkan
kepada hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Maimun r.a.h berkenaan seekor
tikus yang mati di dalam mentega, lalu dijawab oleh Nabi s.a.w.:

‫ وإن كان مائعا فأريقوه‬،‫ وكلوه‬،‫إن كان جامدا فألقوها وما حولها‬
Dan adapun sesuatu yang memabukkan maka hukum memakannya adalah haram kerana firman Allah
taala:

‫رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون‬


Sebab pengharamannya adalah ianya dihukumkan kotor.

Dan adapun sesuatu yang memudaratkan maka tidak halal memakannya seperti air mani, tanah dan
batu kerana firman Allah taala:

‫وال تقتلوا أنفسكم‬


Dan larangan Allah dalam ayat yang lain:

‫وال تلقوا بأيديكم إلى التهلكة‬


Namun menurut mazhab Maliki dalam bab memakan tanah, ada dua pendapat, satu pendapat
mengatakan makruh dan satu pendapat yang lain mengatakan haram dan itulah pendapat yang paling
rajah.

Manakala, sifat-sifat makanan selain daripada yang telah disebutkan adalah halal dan boleh dimakan.
Antaranya, segala jenis buah-buahan dan bijirin yang memberikan manfaat kepada tubuh manusia.

Seterusnya, jenis makanan yang kedua ialah haiwan. Ianya terdapat dua jenis: haiwan darat dan haiwan
laut.
Adapun haiwan laut, maka halal semua jenis ikan dengan sepakat para fuqaha’. Melainkan mazhab
Hanafi yang mengharamkan ikan yang mati dalam keadaan terapung. Ianya bersandarkan kepada hadis
daif daripada Jabir yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah yang bermaksud: “Haiwan
yang tiba di daratan disebabkan air pasang surut, maka makanlah ia, tetapi yang mati di dalam laut dan
terapung, jangan kamu memakannya” . Dan Imam Malik telah menghukumkan makruh makan anjing
laut dan babi laut.

Dan tidak halal juga memakan katak di sisi jumhur ulama kecuali Malikiyyah kerana Nabi s.a.w. menegah
daripada membunuh katak. Jika halal memakannya maka sudah tentu Nabi tidak melarang membunuh
katak. Manakala, fuqaha Malikiyyah membenarkan makan katak kerana tidak dinyatakan dalil yang jelas
tentang pengharamannya.

Manakalah haiwan darat, diharamkan memakan bangkai, darah, daging khinzir, binatang yang
disembelih disebut dengan nama selain Allah s.w.t., Al-Munkhaniqah, An-Nathihah, Al-Mauquzah, Al-
Mutaraddiyah melainkan yang sempat disembelih dan ianya masih hidup maka haiwan ini halal untuk
dimakan.

Diharamkan makan haiwan buas seperti singa, harimau dan serigala menurut jumhur ulama. Manakala,
makruh di sisi Malikiyyah. Begitu juga haram memakan burung yang mencederakan seperti burung
helang dan burung rajawali. Manakala Malikiyyah mengatakannya harus dimakan kecuali kelawar,
hukumnya makruh.

Dan haram makan anjing, baghal dan keldai kerana Nabi melarang sahabat makan keldai dan baghal
pada peperangan Khaibar.

Dan diharamkan haiwan yang tidak mempunyai darah seperti belalang, lalat, semut, lebah, cacing,
kumbang, lipas, kala-jengking, serangga yang mempunyai racun, dan yang seumpama dengannya, tidak
halal dimakan kecuali belalang sahaja. Ini kerana binatang-binatang tersebut terdiri daripada binatang
yang kotor , dan jiwa yang suci sudah tentu akan menjauhinya.

Dan diharamkan juga binatang yang lahir daripada haiwan yang dimakan dengan haiwan yang tidak
boleh dimakan seperti baghal yang lahir daripada keldai dan kuda, keldai yang lahir daripada kuda
belang dan keldai kerana kaedah fiqh ada menyatakan: Taqdimu al-hazir ‘ala al-mubih ( didahulukan
perkara haram ke atas perkara harus ).

Dan halal makan kuda dengan jenis-jenisnya di sisi Mazhab Syafie dan Hambali kerana izin Nabi s.a.w.
pada peperangan Khaibar. Manakala, Imam Abu Hanifah memakruhkannya sebagai makruh tanzih dan
masyhur dalam mazhab Maliki adalah haram kerana ianya adalah binatang tunggangan.

Dan ulama syafie dan hanbali mengharuskan makan dhob (biawak pasir) dan dubuk. Dan di sisi ulama
Syafie, halal makan musang dan haram di sisi ulama Hanbali. Dan haram di sisi Imam Hanafi semuanya.
Dan makruh di sisi Imam Malik.
Dan harus makan al-‘an’am (haiwan berkaki empat) seperti unta, lembu dan kambing kerana
keharusannya dinyatakan di dalam Al-Quran. Begitu juga harus segala jenis burung selain daripada yang
mencederakan seperti burung merpati dan lain-lain.

Dan harus makan arnab dan belalang kerana telah dijelaskan di dalam hadis Nabi s.a.w. Dan haram
makan ulat kecuali ulat buah, ulat makanan kerana sukar untuk membezakannya ketika makan.

Anda mungkin juga menyukai