Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum...

WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program sekolah penyayang dan jom datang
awal ke sekolah peringkat sekolah kebangsaan puncak perdana 2018.

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang berusaha Puan Hajjah Maznah Binti Othman Guru Besar Skpp
2. Yang di hormati Encik Mohimin b Abdul Fattah GPK pentadbiran
3. Yang dihormati Pn Hajjah Hashimah Binti Hashim GPK Hem
4. Yang dihormati En Makmor bin Zakaria GPK Kokorikulum
5. Yang dihormati Pn Sapura Bte Norhan GPK Petang
6. Barisan guru Sk Puncak Perdana, Seterusnya
7. Anak-anak didik yang di rahmati sekelian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung
kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu , kesempatan dan
dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam satu majlis pelancaran guru
penyayang Sk puncak perdana 2018

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program guru penyayang ini bertujuan
menyuburkan rasa cinta dan kasih di seluruh warga skpp. Di samping itu juga, ia dapat menguatkan
semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, sekaligus menjana suasana
pembelajaran dan pengajaran yang kondusif di sekolah

Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan al fahil ustaz Mohd Nazalman B Rauddin untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
*****************************************Bacaan Doa************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada al fahil ustaz Mohd Nazalman B
Rauddin di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian,

Kita teruskan Majlis dengan gimik pelancaran program sekolah penyayang dan jom datang awal ke
sekolah peringkat sekolah kebangsaan puncak perdana 2018.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan berbelas
kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau “caring” bermaksud merasa prihatin dan
empati terhadap orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat
kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan sifat
dan perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan
dan pembelajaran muridnya. Guru penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh
kesabaran sehingga muridnya menguasai pelajaran Guru penyayang juga sentiasa percaya dan yakin
pada muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri .

Secara ringkasnya program guru penyayang ini bertujuan untuk meningkatkan SIFAT
KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar.
Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga murid agar mereka menghargai
dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan Negara.

Guru mengajar sepenuh hati,


Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.

Anda mungkin juga menyukai