Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN ASAS MATEMATIK

TAMBAHAN UNTUK PENGAJIAN


TINGGI
SEPTEMBER 17, 2015 MAYMYK82 LEAVE A COMMENT

Oleh: Cikgu Azhar Rodzi

Hingga ke hari ini, mata pelajaran Matematik Tambahan masih dianggap sukar oleh
kebanyakan murid tingkatan 4 dan 5. Bilangan calon SPM yang memperoleh gred A+ dalam
kertas berkenaan dianggarkan hanya 10 hingga 20 peratus berbanding dengan Matematik
(Moden). Malah, terdapat calon SPM cemerlang dalam Matematik, tetapi kecundang dalam
Matematik Tambahan.

Belajar Matematik Tambahan sepatutnya menarik dan menyeronokkan dan bukan suatu
penyeksaan. Malangnya, sebahagian besar murid terkial-kial untuk menguasai kecekapan
Matematik Tambahan yang banyak menggunakan simbol aksara sebagai ganti angka
biasa (numerik). Murid mesti cekap dalam penggunaan simbol kalkulus supaya tumpuan
untuk hitungan abstrak (bukan angka) dapat diselesaikan.
Sebagai contoh, prinsip umum pembezaan (differentiation) mudah ialah untuk ,

pembezaan adalah .

Jika , maka .

Jika , maka .

Jika terdapat pemalar (konstan) yang diwakili oleh , contohnya ,

maka .

Pengkamilan (integral, integration) pula diwakili oleh simbol seperti di bawah:

Persepsi murid tentang tahap kesukaran belajar Matematik banyak dipengaruhi oleh gaya
penyampaian guru. Guru Matematik Tambahan harus kelihatan bersungguh-sungguh untuk
menolong murid dan bersabar atas kelambatan mereka yang seperti terpinga-pinga dengan
penggunaan simbol sebagai ganti numerik. Walaupun peruntukan jadual waktu hanya 4 kali
pertemuan, guru Matematik Tambahan wajib memberi pendedahan tentang kemahiran
generik pembelajaran kuantitaif bersifat abstrak, di samping menggalakkan proses pengajaran
sebaya dalam kalangan murid.

Zaman penulis blog (PB) belajar Matematik Tambahan, buku teks yang digunakan ialah
tulisan Profesor Dr. Tan Wang Seng dari USM. Guru yang mengajar ialah Pak Jusuf yang
didatangkan khas daripada Indonesia. Ketika itu barangkali tidak banyak sinetron
ditayangkan di kaca televisyen, maka laras bahasa yang digunakan oleh Pak Jusuf terasa
janggal sekali.

Suatu hari PB dan rakan terlewat tiba di sekolah kerana basikal mengalami kerosakan. Jadi,
apabila diberitahu Pak Jusuf mengulang sebut, “spedar rosak?” Apa lagi, bagai hendak pecah
seisi kelas justeru menyangka Pak Jusuf menyebut ‘spendar’ (seluar kecil!).

Apabila PB masuk ke tingkatan 6 Rendah Sains, guru Matematik Tulen (T) ialah Cik Chan
Yoke Chee yang kemudian sama-sama mengajar dengan PB di sekolah menengah teknik di
Ipoh. Sebagai siswazah universiti tempatan, laras bahasa yang digunakan lebih serasi.
Namun, daya tarikan rakan karib di jurusan sastera menyebabkan PB beralih haluan setelah
hampir dua bulan di jurusan sains yang begitu glamor.

Apabila PB diterima masuk ke fakulti ekonomi, matematik tambahan muncul semula. Selain
dua kertas matematik dan dua kertas statistik yang bertaraf wajib lulus, hampir semua kursus
yang diikuti harus mengaplikasi kaedah kuantitatif dalam matematik tambahan. Sesiapa yang
cekap matematik tambahan, dia tidak menghadapi masalah besar di fakulti ekonomi.

Kursus seperti pengajian perniagaan, psikologi, sains aktuari, geografi dan gunaan juga
memberi kelebihan kepada pelajar yang memiliki latar belakang matematik tambahan. Kalau
kursus sains tulen atau sains gunaan (kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina) memang tidak
dapat dielak lagi. Matematik Tambahan boleh disfatkan sebagai ilmu bantu yang penting
kepada kursus bukan matematik sama ada di fakulti sains atau di fakulti kemanusiaan.

Murid mungkin belum cukup yakin untuk mencatat keputusan terbaik untuk Matematik
Tambahan, tetapi mereka tidak boleh membencinya sama sekali. Paling tidak, murid mesti
dibimbing supaya mengenal pasti istilah dan rumus asas dalam pembelajaran Matematik
Tambahan. Tugas guru matematik tambahan ialah mencari jalan (menerusi pengalaman diri
sendiri dan pengalaman orang lain, kajian tindakan) supaya murid terus berada dalam radar
pembelajaran, serta tidak tercampak ke dalam zon penolakan.

Keengganan budak generasi Y pening kepala untuk bersusah payah belajar matematik
tambahan hendaklah digantikan dengan harapan dan impian yang indah-indah. Jika guru
matematik tambahan tidak dapat berfikir sendirian, idea pembaharuan pembelajaran boleh
dibincangkan dalam mesyuarat panitia. Tugas insan ialah terus berusaha dan cuba melakukan
yang terbaik, manakala hasilnya tawakal sahaja.

(Sumber: http://cikguazharrodzi.blogspot.my/2013/01/blog-post.html)

Anda mungkin juga menyukai