Anda di halaman 1dari 16

Ujian Anthropometrik

Ujian 1 : Ketinggian Berdiri (Standing Height)


Ujian 2 : Ketinggian duduk (Sitting Height)
Ujian 3 : Panjang Depa (Armspan)
Ujian 4 : Berat Badan
UJIAN 1

KETINGGIAN
BERDIRI

(STANDING HEIGHT)
UJIAN 1 : KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)

1. Definisi : Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas


kepala semasa posisi berdiri tanpa alas kaki.
(tidak memakai kasut dan stoking)

2. Rasional : Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan


terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan.

Contoh :- Atlet bola keranjang, bola jaring, pendayung dan


perenang mempunyai kelebihan dari segi ketinggian manakala atlet
gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah.

3. Objektif : Mendapatkan ukuran ketinggian murid dalam posisi


berdiri.

4. Peralatan : Pita Pengukur (2 m)


Pita penanda
Papan klip A4 @ Sesiku ‘L’ panjang
Nota:
Pegawai : Memerlukan 3 orang pegawai penguji di setiap stesen.
- Prosedur (Pegawai menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur STANDING HEIGHT :

5.1 Pita pengukur dilekatkan secara menegak pada permukaan dinding yang rata
setinggi dua meter.
5.2 Murid berdiri tanpa memakai alas kaki membelakangi dinding dengan kepala,
bahu, punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat di dinding. Pita pengukur
berada di tengah-tengah bahagian belakang badan.
5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak tangan
mesti rapat di sisi peha.
5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik dan menahan nafas sambil memandang ke
hadapan.
5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian atas
kepala. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 untuk
bahagian tinggi diletakkan rapat pada dinding bersudut 90 darjah secara menegak
pada bahagian atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa
ukuran diambil).

5.6 Bacaan perlu diambil pada paras papan klip A4 di atas kepala murid.

6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1 cm.


MENGUKUR TINGGI BERDIRI
UJIAN 2

KETINGGIAN
DUDUK

(SITTING HEIGHT)
UJIAN 2 : KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)

1. Definisi : Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala


semasa posisi duduk melunjur.

2. Rasional : Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan dan


bahagian bawah badan memberi kesan terhadap tahap pencapaian
bagi sukan dan permainan tertentu.

Contoh :- Atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang


Panjang manakala atlet berbadan rendah mendapat kelebihan
dalam acara angkat berat.

3. Objektif : Mendapatkan nisbah (panjang kaki) diukur dari bahagian


atas dan bawah badan semasa posisi duduk melunjur.

4. Peralatan : Pita Pengukur (2 m)


Pita Penanda
Papan Klip A4 @ Sesiku ‘L’ panjang
Nota:
Pegawai : Memerlukan 3 orang pegawai penguji di setiap stesen.
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat

5. Prosedur SITTING HEIGHT :


5.1 Pita pengukur dilekatkan secara menegak pada permukaan dinding yang rata
setinggi dua meter.

5.2 Murid duduk membelakangi dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung
berada dalam keadaan rapat ke dinding dan pita ukur berada di tengah-tengah
bahagian belakang badan.

5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat dan melunjur dengan lurus.

5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik dan menahan nafas sambil memandang ke
hadapan.

5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian atas
kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 untuk
bahagian tinggi diletakkan rapat pada dinding bersudut 90 darjah secara menegak
pada bahagian atas kepala (Pastikan punggung murid tidak terangkat semasa
ukuran dibuat).

5.6 Bacaan dicatat pada paras papan klip A4 di atas kepala murid.

6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1 cm

MENGUKUR TINGGI DUDUK


UJIAN 3

PANJANG DEPA

(ARMSPAN)
UJIAN 3 : PANJANG DEPA (ARMSPAN)

1. Definisi : Jarak mendepa dari hujung jari tangan kanan ke hujung


jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras
bahu.

2. Rasional :

2.1 Untuk mendapatkan ukuran panjang depa.

2.2 Ukuran panjang depa ”armspan” boleh memberi kesan terhadap pencapaian bagi sukan
dan permainan tertentu.

Contoh : Atlet renang dan peninju yang ukuran depa tangannya


panjang mempunyai kelebihan. Atlet angkat berat memerlukan
depa yang pendek.

3. Objektif : Mendapatkan ukuran panjang, lengan semasa


mendepa.

4. Peralatan : Pita pengukur (3 m)


Pita penanda
Papan Klip A4
Nota:
Pegawai : Memerlukan 3 orang pegawai penguji di setiap stesen.
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat

5. Prosedur ARMSPAN :
5.1 Pita pengukur dilekatkan secara melintang pada permukaan dinding yang rata
sepanjang tiga (3) meter. Bacaan sifar (0) pada pita ukur hendaklah dilekatkan
berada pada penjuru dinding.

5.2 Murid berdiri membelakangi dinding dengan posisi kepala, bahu dan
punggung berada dalam keadaan rapat pada dinding. Kedua-dua belah kaki
berada dalam posisi rapat.

5.3 Murid mendepakan kedua belah tangan pada paras bahu dan selari dengan pita
pengukur yang dilekatkan secara melintang pada permukaan dinding. Posisi tapak
tangan mesti menghadap ke hadapan.

5.4 Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki menarik nafas dan tahan nafas serta
memandang ke hadapan.

5.5 Ukuran diambil dari bahagian hujung jari tangan kiri hingga ke bahagian
paling hujung jari tangan kanan, (jika ada kecacatan anggota tangan, ukur pada
bahagian paling hujung anggota tangan). Untuk mendapatkan bacaan yang tepat,
pastikan papan klip A4 diletakkan rapat pada dinding bersudut 90 darjah secara
menegak di bahagian hujung jari yang bertentangan dengan jari di hujung penjuru
dinding.

5.6 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir 0.1 cm.


MENGUKUR PANJANG DEPA
UJIAN 4

BERAT BADAN
UJIAN 4 : BERAT BADAN

1. Definisi : Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan lengkap


berpakaian sukan tanpa alas kaki.

2. Rasional : Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap


pencapaian sukan dan permainan tertentu.

Contoh : Atlet acara larian dan berbasikal jarak jauh memerlukan


badan yang ringan.

3. Objektif : Mendapatkan bacaan berat badan.

4. Peralatan : Alat penimbang berat yang ”standard”.

Nota:
Pegawai : Memerlukan 3 orang pegawai penguji di setiap stesen.
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur BERAT BADAN :

5.1 Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.

5.2 Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0).

5.3 Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak di tengah-
tengah alat penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke hadapan.
( Pastikan murid memakai pakaian yang ringan).

6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.5 kg.

** (Pastikan tiada benda dalam poket peserta semasa menimbang)

MENIMBANG BERAT BADAN

Anda mungkin juga menyukai