Anda di halaman 1dari 2

Aku Sepasang Baju Kurung

Aku sepasang baju kurung. Aku dilahirkan di sebuah kilang membuat pakaian. Aku
diperbuat daripada kain batik yang berwarna-warni dan bercorak bunga.

Setelah siap dijahit, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai butik yang terletak di
Sibu. Aku digantungkan di depan kedai. Aku menunggu pelanggan membeli untuk dipakai pada
Hari Raya Aidilfitri. Setelah sebulan dipamerkan, aku mendapati seorang tuan yang baharu. Dia
membeli aku dengan harga RM89.90.

Pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri, aku dipakai oleh tuanku. Saudara-maranya memuji
kecantikkanku. Aku berasa gembira kerana mendapat pujian daripada mereka.

Tuan aku juga menjaga aku dengan baik. Dia juga memakai aku ke tempat kerjanya.
Setelah dipakai, aku akan dicuci supaya berbau harum dan tiada kotoran melekat pada tubuhku.
Aku sering diseterikakan sebelum dipakai.

Aku berasa berbesar hati dan bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang
menyayangiku. Aku berharap dapat terus berkhidmat dengan tuanku selama-lamanya.

Aku Sebuah Kompang

Aku sebuah Kompang. Aku sejenis alat muzik tradisional kaum Melayu. Aku dilahirkan di
sebuah kilang.

Belulang pada badan aku diperbuat daripada kulit kambing. Bingkai pada badan aku
diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi.

Aku berbentuk bulat. Orang Melayu mahir memukul badan aku sempena hari perayaan dan
majlis perkhawinan. Bunyi aku yang bergema amat sedap didengar.

Aku berbangga sebagai sebuah kompnag. Aku berharap manusia akan menghargai aku
supaya alat muzik tradisional ini tidak ditelan oleh zaman.

Aku Sebuah Kereta

Namaku Perodua Alza. Aku ialah sebuah kereta buatan Malaysia. Aku dilahirkan di sebuah
kilang membuat kereta. Badanku berwarna putih. Aku kelihatan cantik dan bergaya.

Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah syarikat menjual kereta.
Aku dipamerkan di ruang pameran dan diletakkan dengan tanda harga RM65000. Pengunjung-
pengunjung yang mengunjungi ke syarikat menjual kereta tersebut memuji-muji dan memandu uji
aku.

Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang pemuda. Dia menjadi tuan baharuku mulai hari itu.
Tuan aku bernama Encik Ling. Aku berperanan membawa tuanku ke tempat kerja setiap hari.
Tuanku juga memandu aku dengan cermat serta menyelenggara aku dari semasa ke semasa bagi
memastikan badan aku berfungsi dengan baik

Saya berasa bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang menyayangi aku. Aku gembira
dan berterima kasih kepada tuanku kerana menjaga aku dengan baik.
Aku Bunga Raya

Aku sekuntum bunga. Nama aku ialah bunga raya. Aku ialah bunga kebangsaan bagi
negara Malaysia. Aku berwarna merah dan mempunyai lima helai kelopak.

Aku ditanam di sebuah taman . Tuan aku menyiram aku setiap hari. Kadang-kadang, dia
membubuh baja pada aku. Dia menjaga aku dengan baik. Aku boleh berbunga selepas tiga
bulan ditanam.

Pada suatu petang, seorang wanita bersama seorang gadis mengunjungi ke taman aku
ditanam. Mereka melihat bungaku mekar dengan cantik. Mereka juga memuji kecantikan aku.

Mereka pun membeli aku dan aku dibawa pulang ke rumah mereka. Aku ditanam di dalam
pasu dan diletakkan di halaman rumah. Aku berperanan untuk menceriakan halaman rumah
mereka.

Aku berasa berbangga kerana mempunyai seorang tuan yang menyayangi aku. Aku juga
berasa bangga dan bertuah kerana dipilih sebagai bunga kebangsaan negara Malaysia.

Aku Yoyo Cina

Aku yoyo Cina. Aku mempunyai sepasang cakera yang sama saiz. Aku dilahirkan di negara
China. Aku ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina.

Aku diperbuat daripada cakera, gandar dan kayu. Setelah siap, aku dibungkus dan dihantar
ke sebuah kedai yang terletak di Sibu.

Di sana, aku berkenalan dengan banyak kawan. Pemilik kedai itu mempamerkan aku di
ruang pameram. Aku berasa seronok kerana banyak orang dapat melihat aku.

Pada suatu hari, seorang budak lelaki datang ke kedai itu. Namanya Abu. Dia tertarik oleh
aku lalu membeli aku. Dia membawa aku pulang ke rumahnya.

Tuan aku membawa aku ke sekolah semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. Dia rajin
berlatih supaya mahir bermain aku. Aku ternampak juga banyak kawan-kawan yang lain ketika
aktiviti kokurikulum dijalankan kerana permainan ini juga diperkenalkan di sekolah rendah dan
sekolah sekolah menengah di Malaysia.

Tuan aku menggunakan aku dengan baik. Dia menjaga aku dengan sempurna apabila
berlatih di sekolah. Aku berasa gembira kerana aku berguna kepada tuan aku.

Anda mungkin juga menyukai