Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : Pecutan yang disebabkan oleh graviti.

Tujuan : Mengkaji gerakan objek yang jatuh.


Radas : Pemberat berslot 100 g, batu dengan diameter 4cm, bongkah kayu.
Bahan : Jangkamasa detik, bekalan kuasa a.u, pita detik, pembaris meter, kepingan
polisterina, pita selofan, pengapit -G, bangku.
Susunan Radas:

Prosedur:
1. Pemberat dilepaskan dari ketinggian 1 m supaya jatuh ke atas kepingan polisterina. Gerakannya
diperhatikan.
2. Langkah 1 diulang dengan menggunakan batu dan bongkah kayu.
3. Gerakan yang diperhatikan dibincang dan dihuraikan dengan ahli kumpulan.
4. Radas disediakan seperti dalam gambarajah di atas.
5. Jangkamasa detik dihidupkan dan pemberat dilepaskan dari ketinggian 2 m. Gerakan pemberat
daripada pita detik.
6. Langkah 5 diulangi menggunakan batu dan bongkah kayu.

Perbincangan:
1. Mengapakah agak sukar untuk menghuraikan gerakan objek yang jatuh dengan hanya
memerhatikan objek itu jatuh?
Secara praktik, jatuh bebas hanya berlaku dalam keadaan vakum, iaitu dalam ruang yang tidak
mempunyai jirim.

2. Apakah jenis gerakan objek-objek yang jatuh di bawah tarikan graviti?


Jatuh bebas.

Langkah berjaga-jaga:
Kedudukan mata hendaklah berserenjang dengan skala bacaan pembaris meter untuk mengelakkan
ralat paralaks.

Anda mungkin juga menyukai