Anda di halaman 1dari 4

Kata Alu-aluan Tn.

Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Majllis
Hari Anugerah Cemerlang yang ke-108 dapat diadakan. Syabas dan tahniah kepada anak-
anak pelajar yang telah berjaya. Semoga kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini akan menjadi
inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.

Sesungguhnya, usaha mencari ilmu memerlukan banyak kesabaran dan


kesungguhan. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan yang
mendatang. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian di perut
bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, semakin bernilai harga berlian itu. Begitulah kita,
semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh dalam proses pencarian ilmu, semakin
bernilailah ilmu yang diperoleh. Nescaya, keindahan cahaya kegemilangan pasti akan
menerangi kehidupan setiap insan yang tidak jemu-jemu meneroka dunia ilmu.

Akhir kata, saya berharap anak-anak pelajar akan terus mengorak langkah bagi
menyemarakkan budaya ilmu dan seterusnya memartabatkan institusi pendidikan dalam
usaha melahirkan generasi yang berwawasan. Semoga anak-anak pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar akan terus menerajui kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(HJ. SALIM BIN SUHAIMI)


Pengetua SMK Clifford Kuala Kangsar
Sejarah Sekolah SMK Clifford Kuala Kangsar
SMK Clifford Kuala Kangsar ini berasal dari sekolah Melayu yang di dirikan dalam
bulan Disember 1897. Pada tahun 1897 muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" dan di kenali
juga sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James
Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40
orang murid pada tahun awal penubuhannya dan menjadi 494 orang pada tahun 1928.
Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang
pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun
1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan empat orang guru bagi 158
orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajar terdiri daripada bangsa Eropah,
India, Cina dan Melayu. Hanya pada tahun 1924, sekolah ini mempunyai guru besar dari
keturunan Arab, iaitu Tuan Syed Shaidali.

Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru dikenali sebagai
"Sekolah Clifford" mengambil nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya
ketika ini, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung
kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India
termasuklah juga guru-guru Melayu. Ketika Perang Dunia II, sekolah ini bertukar status
menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan
dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersunguh-sungguh oleh pemangku guru besar
ketika itu, Encik Arumukham bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut,
sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.

Sekolah Lelaki Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan
dalam tahun-tahun 1940-an menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan.
Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi
pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan
universiti luar negeri khusus Britain. Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga
menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu
pun yang gagal ketika itu.

Pada ketika usia meningkat 100 tahun, sesungguhnya Sekolah Clifford amat bertuah
kerana dipilih menjadi salah sebuah sekolah perintis "Sekolah Bestari". Semoga Sekolah
Lelaki Clifford akan berkembang di masa-masa yang akan datang.

Pada 31 Mac 2014, SMK Clifford Kuala Kangsar akan melaksanakan persekolahan
dua sesi; iaitu sesi pagi dan sesi petang. Berikutan Blok A (blok bersejarah) mengalami
kerosakan tidak serius dan pihak pengurusan sekolah mengambil langkah berjaga-jaga
dengan menutup sekaligus melarangkan Blok A untuk diduduki oleh para pelajar SMK
Clifford.

Pada 5 Januari 2015, SMK Clifford Kuala Kangsar telah mumulakan sesi
persekolahan satu sesi seperti sediakala. Baikpulih Blok A telah siap sepenuhnya dan boleh
digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dewan Tun Sufian juga telah dibaik
pulih dan digunakan pada tahun ini.

Pada tahun 2016, Dewan Tun Hamdan telah dinaiktaraf dengan meletakkan
sebanyak 19 buah penghawa dingin untuk menyediakan suasana yang jauh lebih selesa
kepada penghuni SMK Clifford.

Dis 1897 - SMK Clifford Kuala Kangsar ini berasal dari sekolah Melayu.
- muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" dan di kenali juga sebagai "Sekolah Hogan" sempena
nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan.

bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya.
-
1905 - mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar
perempuan.

- sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan empat orang guru bagi 158 orang
murid

1924 - sekolah ini mempunyai guru besar dari keturunan Arab, iaitu Tuan Syed Shaidali.

1928 - sekolah ini mendapat namanya yang baru dikenali sebagai "Sekolah Clifford" mengambil
nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika ini, Sir Hugh Clifford.

Bilangan murid meningkat menjadi 494 orang.


-
1940-an - sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun.

- Sekolah Lelaki Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains.

- menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan.

- Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi


pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan
universiti luar negeri khusus Britain.

- Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga menunjukkan prestasi yang paling


membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu pun yang gagal ketika itu.

1997 - Sekolah Clifford terpilih menjadi salah sebuah sekolah perintis "Sekolah Bestari".

Mac 2014 SMK Clifford Kuala Kangsar akan melaksanakan persekolahan dua sesi; iaitu sesi pagi dan
sesi petang.

Berikutan Blok A (blok bersejarah) mengalami kerosakan tidak serius dan pihak pengurusan
sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sekaligus melarangkan Blok A
untuk diduduki oleh para pelajar SMK Clifford.

Jan 2015 SMK Clifford Kuala Kangsar telah mumulakan sesi persekolahan satu sesi seperti sediakala.

Baikpulih Blok A telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Dewan Tun Sufian juga telah dibaik pulih dan digunakan pada tahun ini.

2016 Naiktaraf Dewan Tun Hamdan (Pemasangan alat 19 buah alat penghawa Dingin)

Anda mungkin juga menyukai