Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah Negara yang membangun yang terdiri daripada pelbagai
etnik,budaya dan agama. Di mata luar negara, Malaysia dipandang sebagai sebuah negara yang
aman dan damai di mana hubungan antara etnik-etnik adalah sangat baik. Negara Malaysia telah
disenaraikan sebagai antara negara yang teraman di dunia dalam Global Peace Index(2011).
Dalam senarai itu, Malaysia telah diletakkan di tangga ke-19 antara negara teraman.

Keupayaan rakyat dan kerajaan untuk mengekalkan kestabilan politik dan sosial adalah antara
faktor Malaysia dapat membangun dengan pesat dalam sektor ekonomi untuk menandingi negara
yang sudah terbangun seperti negara Amerika, China, Jepun, dan negara-negara di Eropah.
Untuk merealisasikan dan mencapai kejayaan, adalah sangat penting untukmengekalkan
keamanan negara dan paling pentingnya, hubungan antara etnik-etnik dalamnegara. Jika kita
melihat balik sejarah negara, terdapat tiga era yang sudah dilalui oleh negarakita untuk mencapai
kejayaan yang sedia ada. Sebagai contoh, era konflik yang dilalui oleh negara kita telah
menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan, ekonomi terbantut disebabkan oleh para komunis,
dan rusuhan berlaku di merata-rata tempat seperti mogok kerja. Terbukti pada masa,
pembangunan negara telah disekat termasuk keamanan yang diingini oleh rakyat.

Oleh itu, hubungan etnik yang erat dan saling terkait dapat menguntungkan semua pihak dimana
keamanan dan pembangunan negara dapat dikekalkan. Untuk mengekalkan hubungan ini, jalinan
hubungan sosial secara berterusan antara hubungan etnik adalah sangat penting untuk mengenali
dan merentasi agama, budaya dan bahasa sesebuah etnik. Ini dapat mewujudkan kesepaduan
sosial dalam kalangan etnik. Terdapat beberapa pengamalan harian yang secara tidak langsung
telah menjalin hubungan erat antara etnik-etnik. Contohnya, masyarakat Malaysia bertutur dalam
Bahasa Malaysia sesama lain dalam pertuturan harian. Ini menunjukkan bahawa masyarakat
Malaysia dapat berkomunikasi dengan baik dan erat walaupun dari golongan etnik yang berbeza-
beza bahasa induk. Selain itu, kepelbagaian makanan dari golongan etnik yang berbeze-beza juga
boleh menjadi pemangkin perpaduan di negara kita. Kepelbagaian makanan ini telah diwariskan
oleh nenek moyang etnik-etnik masing-masing yang melambangkan keunikan masyarakat kita.
Rakyat dapat menikmati keenakan makanan-makanan yang berbeza dari etnik lain sambil
bergaul dengan etnik lain semasa makan di luar. Ini dapat mengeratkan hubungan etnik.

LATAR BELAKANG

Malaysia adalah penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang mempengaruhi perpaduan


kaum di Malaysia. Hari ini, kaum Melayu adalah kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu
merangkumi hampir lebih 80 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada
orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu,
berbahasa Melayu dan berketurunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha
dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka

1
menganut Islam. Orang Melayu terkenal dengan sifat peramah dan budaya seni mereka yang
sangat kaya.

Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak
beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara
satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di
Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Tiga kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat
dan budaya tersendiri dalam mengeratkan silaturrahim dan menguatkan perpaduan antara satu
sama lain. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi,
masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

Dalam menyumbang kepada perpaduan kaum, terdapat banyak aspek yang mempengaruhinya
seperti cara pemakanan, sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan pelbagai lagi. Dalam
kajian ini, kami telah memilih untuk mengkaji bagaimana tradisi makanan sesuatu kaum itu
dalam menyumbang ke arah perpaduan kaum. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di
Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing. Pada hari
ini, makanan bukan penghalang untuk mengeratkan perpaduan sesama kaum. Roti canai, nasi
lemak, lontong bukan hanya di makan oleh kaum Melayu, tosei, capati dan roti nan bukan sahaja
untuk kaum India, yong tau fu bukan hanya dimakan oleh kaum Cina tetapi tanpa mengira
bangsa dan kaum, makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja, bukan mengira Melayu, Cina
ataupun India. Jadi sememangnya, pada hari ini, boleh dikatakan makanan tradisi kaum dapat
mempengaruhi perpaduan di negara ini.

PENGERTIAN PERPADUAN

Menurut Mohd Sohaimi Isa (2011) perpaduan merujuk sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara
jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat
untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

2
Kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia mendapati masyarakat pada hari ini
tidak lagi menampilkan cirri-ciri perkauman yang kental dalam beberapa aspek kehidupan mereka. Ini
tentulah sesuatu petanda yang positif bagi masa depan sebuah negara berbilang kaum di Malaysia.
Sikap masyarakat pada hari ini seperti yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan oleh Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia itu mencerminkan penerimaan mereka yang baik tanpa
prejudis terhadap semua kaum di Malaysia.

Masa depan ekonomi negara juga diyakini akan bertambah baik dan ini tentulah akan dapat
mengekalkan keharmonian di antara kaum. Hasil kajian ini membuktikan bahawa majoriti menyatakan
keadaan ekonomi semakin baik jika perpaduan terjalin antara masyarakat di Malaysia. Berdasarkan
sejarah dan pengalaman negara ini, masalah ekonomi dapat memberi kesan terutama kewujudan jurang
antara kaum dan ini jika tidak dibendung akan dapat mencetus rasa cemburu sehingga membawa
kepada permusuhan antara kaum.

Pada hari ini, kita melihat orang Cina menjual asam laksa dan nasi lemak, manakala orang Melayu
memakan mi, kueh tiaw, yong tau foo, roti nan, capati dan tosai. Demikian pula orang India makan apa
saja yang dimakan oleh rakan mereka dalam kalangan Melayu dan Cina.

Nasi lemak adalah contoh makanan orang Melayu yg dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dan
ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu
tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi
tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah
terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan
beberapa lauk sampingan seperti kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau
ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.

Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai
snek. Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air dan santan
kelapa yang kemudiannya ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia
akan dikukus dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan
dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka. Putu mayam adalah contoh makanan
masyarakat India yang juga digemari oleh semua kaum di Malaysia.

Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya)
cendawan, bunga lily, biji-bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang
digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan
Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negera China seperti yong tau foo, char koay
teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu
makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate
celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja
dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama
ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang
bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah
teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.

Perayaan besar disambut bersama dengan menghidangkan makanan pelbagai kaum. Hakikatnya jelas,
dengan hanya makan, kita boleh menggerakkan sesuatu kaum atau bangsa semakin dekat dalam
perhubungan walaupun hanya sekadar beberapa inci. Semua ini terhasil daripada jalan awal yang
inginkan keharmonian dan perpaduan di negara ini. Semua ini akan terus menjadi ikon yang menjadi

3
identiti sebuah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ikon yang menjadi identiti sebuah bangsa
Malaysia yang aman dan harmoni.

JENIS-JENIS PEMAKANAN

MELAYU :

CINA :

INDIA :

PERSAMAAN YANG ADA PADA SETIAP KAUM

1. Penggunaan Bahasa
Contoh : Kejayaan sesebuah syarikat terletak pada kolaborasi antara pihak tertinggi
dengan pihak bawahan. Kolaborasi ini melibatkan semua golongan dari pelbagai
latarbelakang dan etnik seperti melayu, cina, india dan sebagainya dan setiap golongan
memandang tinggi dan menghormati golongan yang lain. Mereka boleh berinteraksi dan
berkomunikasi dengan baik apabila melaksanakan tugasan yang diberi malah sentiasa
4
menghormati antara satu dengan yang lain. Penggunaan bahasa harian sangat-sangat
penting dan dititik beratkan oleh pihak syarikat, walaupun setiap etnik mempunyai
bahasa masing-masing, namun satu bahasa digunakan memudahkan. Bahasa melayu
digunakan untuk tujuan tidak formal manakala Bahasa English bagi tujuan formal dan
Bahasa Antarabangsa.

2. AKTIVITI
Contoh : Perayaan adalah acara yang paling berguna untuk mengekalkan hubungan
silaturahim sesama etnik, malahan melalui perayaan pelbagai adat dan adap dapat
dipelajari dari susur galur kehidupan setiap etnik yang ada. Pihak tersebut sentiasa
menitikberatkan silaturahim yang perlu diwujudkan antara semua kaum.

3.

Anda mungkin juga menyukai