Anda di halaman 1dari 5

5 Tempat Makan Roti Canai Paling Sedap Di Malaysia

Negara Malaysia dengan makanan umpama tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana
pelancong-pelancong yang datang melancong ke Malaysia mengatakan bahawa pelbagai
jenis makanan yang unik dan sedap terdapat di negara ini. Antara hidangan wajib disini
adalah roti canai.

Roti canai adalah sejenis roti leper India yang boleh didapati di kedai mamak ataupun
warung-warung di Malaysia. Roti canai juga dikenali sebagai roti terbang kerana proses
lemparan dan pusingan sebelum dimasak. Roti canai lazimnya dihidang bersama kuah
kacang dhal, atau aneka jenis kari seperti kari ikan, kari ayam, kari kambing dan
sebagainya. Ia juga boleh dihidangkan dengan gula pasir yang sesuai kepada individu yang
menggemari makanan manis.

Disini kami ingin senaraikan 5 tempat roti canai paling sedap dan terbaik di Malaysia.

1. Restoran Sri Melur Jaya @ Subang Jaya

Restoran ini pernah memenangi anugerah Thestar Readers Community Choice Award 2014
untuk kategori roti canai paling terbaik di Lembah Klang.
2. Roti Canai Kayu Arang @ Bachang Melaka

Roti canai menjadi tumpuan orang ramai dan pengunjung luar melaka adalah Roti Canai

Arang Kayu di Bachang Melaka. Kedai ini pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan dan TV3.
3. PAK WAN ROTI CANAI @ ALOR STAR KEDAH

Warung ini dikenali Warung Beratur kerana pelanggannya yang ramai setiap masa. Roti

canainya memang tip top.


4. Restoran Al Fariz Maju @ Kelana Jaya

Roti canai ini sangat rangup dan lembut serta tidak berminyak. Kuah dhal yang disediakan

juga mempunyai aroma yang boleh meningkatkan selera anda!


5. Warong Haji Mahmood @ Gombak KL

Roti canainya gebu gebas. Memang kena dengan nama roti canai beratur. Bangsa cina pun

ramai datang dekat sini taw!

Anda mungkin juga menyukai