Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2016

.‫الرحيم‬ ‫بسم هللا الرحمن‬

1. Yang berusaha, Puan Nini Nafaizah binti Mokhtar, Guru Besar SK


Merbau Sempak, Pn Rozita Binti Othman @ Ali, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Shamzuhana Binti Shamsudin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, barisan
guru SEMERBAK yang dihormati ….seterusnya anak-anak didik yang dikasihi
sekalian

Assalamualaikum wbt..

((Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia En


Mohd Radzi bin Jarmin, Yang Dipertua PIBG SK Merbau Sempak atas
kesudian menerima undangan ke Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun
2016..))

....‫أهال و سهال و مرحبا بكم إلى مجليس ختم القرءان‬

2. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan
limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-
Quran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan
al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

3. Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ust Hj Mohd Hairul bin Md Talib untuk
memimpin bacaan doa.....fa tatafaddhal masykurah...

4. Amin..ya rabbal alamin ..Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan
dan lindungan Allah SWT.

Mashitah/ Teks MajlisKhatam Al Quran 2016


Hadirin sekalian,
5. Seterusnya dipersilakan semua peserta Khatam Al Quran untuk
mengambil tempat..dengan ini saya ingin menjemput Al Fadhil Ustaz
Noruddin Bin Ahmad untuk memimpin Majlis Khatam Al-
Quran kita pada hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

6. Alhamdulillah….selesai sudah Majlis Khatam Al-


Quran kita pada hari ini. Namun, majlis kita masih belum sampai ke
penghujungnya...dengan penuh rasa besar hati saya ingin menjemput
hadirin sekalian untuk menyaksikan tayangan montaj sepanjang Program
Ihya’ Ramadhan berlangsung bermula 13 hb Julai hingga 28 Julai
2016…selamat menonton…

7. Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, tidak lengkaplah jika kita
tidak mendengar ucapan alu-aluan dari Bonda SK Merbau Sempak, dengan
penuh takzimnya saya mempersilakan Pn Nini Nafaizah Binti Mokhtar, GB SK
Merbau Sempak untuk menyampaikan ucapan..dipersilakan…

8. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.

9. Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian…kini tibalah masanya


untuk kita mendengar ucapan dari Yang Berbahagia En Mohd Radzi bin
Jarmin, YDP PIBG SK Merbau Sempak seterusnya merasmikan Majlis Khatam
Al Quran Peringkat SK Merbau Sempak bagi tahun 2016… majlis dengan
takzimnya mempersilakan….

10. Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Radzi atas kesudian beliau
merasmikan Majlis kita pada hari ini..

11. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada peserta


Tadarus Al Quran dan Peningkatan Iqra’, juga penyampaian sumbangan
kepada peserta khatam, tadarus Al Quran dan peningkatan Iqra’ murid
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang berusaha Pn Nini
Nafaizah Binti Mokhtar, GB SK Merbau Sempak dan diringi oleh Pn Rozita Bt
Othman @ Ali untuk menyampaikan sijil tersebut.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan ………………………untuk menerima sijil.

Mashitah/ Teks MajlisKhatam Al Quran 2016


12.
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha
Pn Nini Nafaizah
atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

13. Bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada asnaf, anak


yatim dan penerima zakat majlis dengan berbesar hati menjemput Yg
Berbahagia En Mohd Radzi bin Jarmin utk menyampaikan sumbangan
tersebut…dipersilakan….

14. Terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia En Mohd Radzi b Jarmin


atas kesudian menyampaikan sumbangan itu tadi….

Hadirin sekalian….

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya. Saya mewakili


seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Qur’an bagi tahun
2016, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh
keberkatan daripada-Nya, Insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca
tasbih kaffarah dan surah Al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq wal Hidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’,
ma’as salamah.

Mashitah/ Teks MajlisKhatam Al Quran 2016

Anda mungkin juga menyukai