Anda di halaman 1dari 154

INDIENOMICS

23 ORANG 23 CERITA
MUDA DAN MERDEKA
www.indienomics.my
Indienomics
Diterbitkan oleh Guerilla
1-5-3, Tingkat 2, Lot 3, Bangi Sentral,
Jalan Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor

Hak Cipta Terbitan oleh Guerilla

Cetakan Pertama Ogos 2016

Penyelenggara
Mutalib Uthman

Penyunting
Radzi Tajuddin

Pruf
Hannaan Khairy

Pereka Bentuk Kulit & Reka Letak


Umar Mukhtar

Dicetak oleh:
Percetakan Mutalib Uthman
1-5-3, Lot 3, Tingkat 2,
Bangi Sentral, Jalan Medan Pusat Bandar 7
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
mutalibuthman@gmail.com
KANDUNGAN
Ahli Parlimen Johor Bahru: Merdekakah Ekonomi Kita?
Pengerusi Kumpulan PNB: Indienomics- Ekonomi Merdeka
TheLorry.com: Kisah Servis ‘Uber’ Bagi Lori
Takafulman: Ajak dan Ajar
Amanz Media: Segalanya Tentang IT
Katsana GPS: ‘Dekat Sana’ Business
Hartabumi.my: Cari Solusi, Jangan Cari Pasal
Mira Filzah: Usahawan First, Artis Second
FAR Capital: Merdeka Melalui Hartanah
Lanun Johor: Ganas dan Disayangi
Semuanya Bola: Mengubah Cerita Bola Sepak
Vendeur Festival: Mencipta Festival Paling Popular
FH Healthcare: Doktor Yang Asalnya Gagal
DuBook Press: Jalan Terus dan Langgar
Tempatan Fest: Percaya Pada Jenama Tempatan
Modvier: Segalanya Di Bawah Satu Bumbung
Barbarritos: Jual Makanan Kena Fun
JOHO Club: Siapa Kata NGO Bosan?
Bateri JB: Caj Semula Kilang Lama
Mimpi Kita: Berjaya Lebih Dari Mimpi
Let’s Cereal: ‘Cereal’iously Jual Bijirin?
Stickybox: Cipta Peluang Sendiri
Bella Ammara: Bermula Dengan Seribu Ringgit
SILA BACA INI DULU
Kami tahu mesti kalian tertanya-tanya kenapa kami buat buku ini kan?
Dahlah kami terpaksa bersusah payah mengejar dan menghimpunkan
21 orang usahawan muda berjaya yang sibuk amat, lepas itu kami
beri pula baca secara percuma. Sepatutnya kami boleh jual buku ini
dengan harga RM20 senaskah dan bila cukup 50,000 naskah terjual,
kami boleh enjoi.

Tapi itulah- kami buat buku ini bukan kerana wang mahupun nak enjoi.
Kami sudah berjaya dalam bidang tersendiri dan kami rasa sudah
tiba masanya kami lakukan sesuatu untuk kalian semua supaya boleh
merdeka dalam hidup. Kami pun tak rasa semua yang baca buku ini
perlu ikut apa yang kami buat. Lagipun kalau banyak sangat pesaing
nanti, payah juga. Oleh itu kami cari usahawan muda dari pelbagai
bidang. Antaranya bidang media, sukan, fesyen, makanan, hiburan,
sosial, hartanah, penerbitan buku, kosmetik, muslimah, tech start
up, takaful, dan penganjuran acara- senang cerita, semualah ada.
Sampaikan tokoh politik, korporat dan teknokrat pun kami berjaya
dapatkan tau.

Harapan kami satu sahaja, bila kalian selesai baca buku ‘Indienomics’
ini, kalian semua akan rasa semangat dan mendapat inspirasi untuk
lakukan sesuatu dan membuat perubahan. Kami nak kalian berjaya
dan seterusnya kaya raya dalam bidang yang disukai.

Itu sahaja yang kami mahukan.

(Tapi jika ingin memberikan sumbangan atau ucapan ala ‘sharing moment’,
bolehlah email ke hi@indienomics.my)

Tim Indienomics
6
AHLI PARLIMEN JOHOR BAHRU:
MERDEKAKAH EKONOMI KITA?
TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD

“Susulan daripada Sambutan Ambang Merdeka 2015, Tan Sri Shahrir


telah membangkitkan konsep Ekonomi Merdeka di Parlimen pada April
2016. Selepas itu, beliau telah menganjurkan ‘Indienomics Business
Challenge’ yang mencari 5 usahawan muda dengan menggunakan
konsep pitching di hadapan usahawan, agensi kerajaan dan angel
investors.”

“Kita melihat kemunculannya, merasai impaknya, bahkan menerima


kebaikan daripada kewujudannya tetapi, kita tidak bercakap
mengenainya. Perkara yang dimaksudkan adalah ‘Ekonomi Merdeka’
dan saya akan bercakap mengenainya.”

Pernah tak kita terfikir anak tempatan sekarang mampu menjual


segelas kopi pada harga yang sama dengan harga segelas kopi di
Starbucks? Dan mereka sudah mempunyai beberapa cawangan di
seluruh Malaysia.

7
Bolehkah kita menjangkakan lima tahun dahulu bahawa akan muncul
ratusan jenama pakaian terutama pakaian muslimah (jubah, tudung
dan baju kurung) untuk menjadi alternatif kepada butik H&M, Padini
dan FOS pada masa sekarang? Dan mereka ini melakukannya tanpa
membuat sebarang pinjaman bank.

Pada peringkat yang lebih besar, kita tidak akan pernah terbayang
bahawa akan wujud satu sistem kewangan Islam yang menjadi pilihan
selain daripada sistem kewangan konvensional sedia ada. Hakikatnya,
saiz aset perbankan Islam di Malaysia adalah kedua terbesar di dunia.
Sebanyak 22% jumlah aset perbankan di Malaysia datang daripada
bank-bank Islam. Lagi 4 tahun, peratusan ini akan meningkat menjadi
1
40% sebagaimana yang dihasratkan.
1. Central Banks, BMI, EY Analysis

8
Oleh itu, apakah persamaan di antara kafe hipster, butik fesyen
muslimah dan kewangan Islam di Malaysa?

Jawapannya, ketiga-tiganya adalah manifestasi kepada konsep


ekonomi merdeka.

Tidak mahu menjadi terlalu teknikal, ekonomi merdeka merupakan


servis, perkhidmatan dan barangan yang dibangunkan oleh anak
tempatan tanpa mengikut acuan luar.

Yang menariknya, rata-rata yang menjayakan perniagaan ini adalah


di kalangan orang muda. yang terinspirasi dengan budaya ‘hipster
economy’.

Di negara luar seperti UK, konsep ekonomi merdeka ini digelar sebagai
‘Flat White Economy’.

Tetapi di Malaysia- kita mungkin boleh gelarkan sebagai


‘indienomics’.

Sebenarnya, konsep ekonomi merdeka adalah lebih daripada itu. Jika


dilihat dengan lebih meluas, ianya telah merangkumi kehidupan kita
seharian. Kita boleh lihat melalui produk-produk yang ada.

Kemunculan ratusan jenama yang menjual jubah, tudung dan pakaian


muslimah seperti Fareeda, Bella Ammara, dan Naelofa tidak akan
muncul hari ini sekiranya mereka tidak memerdekakan diri mereka
dari pilihan yang terhad terhadap golongan muslimah.

Ada jenama yang membuat jualan sehingga RM50 juta setahun dan
ada yang begitu popular sehinggakan pengikut mereka sanggup tidur
di hadapan kedai hanya kerana ingin mendapatkan koleksi terbaru.

9
Produk pakaian lain seperti Lanun Johor, Pestle & Mortar dan Jeans
Tarik juga memberikan orang ramai lebih pilihan.

Mereka bukan sahaja sudah mampu mempunyai kedai sendiri di pusat


beli belah utama negara, tetapi turut menyertai Tempatan Fest yang
menghimpunkan ratusan jenama-jenama pakaian alternatif ini.

Bukankah ini suatu bentuk kemerdekaan?

Kejayaan ekonomi merdeka diteruskan dengan kewujudan kedai-kedai


kopi yang dikenali sebagai ‘café hipster’. Siapa sangka budaya minum
kopi berharga premium yang asalnya dimulakan oleh rangkaian kopi
Starbucks telah mewujudkan jenama kedai kopi tempatan seperti
Chaiwalla Coffe dan Kopiesatu.

Kreativiti dan inovasi pemilik-pemilik ‘café hipster’ ini dalam


menggubah konsep kedai serta menu minuman mereka sewajarnya
dikagumi. Kita tahu kafe-kafe tersebut memerlukan konsep yang unik
untuk mendorong pengguna membayar RM15 bagi secawan kopi.

Konsep ‘kedai hipster’ bukan sahaja menjadikan orang ramai sanggup


membayar lebih demi mendapatkan sebuah pengalaman, tetapi ia
turut mampu mengubah persekitaran. Sebagai contoh di Jalan Tan
Hock Nee dan Jalan Dhobby, Johor Bahru. Dahulunya ia merupakan
kedai lama untuk kedai-kedai dobi beroperasi.

Kawasannya tidak popular dan kadar sewanya rendah walaupun ia


terletak di tengah-tengah kota raya.

Namun apabila wujud sekumpulan pelabur yang menyewa kedai


tersebut dan menukarkannya kepada ‘kafe hipster’, kawasan tersebut
menjadi meriah. Kini jalan-jalan tersebut telah menjadi kawasan

10
tumpuan pelancong luar negara. Ia samalah seperti Armenian Street
di Georgetown yang menggunakan mural dan kafe hipster bagi
menghidupkan jalan tersebut.

Industri penerbitan buku juga terkena tempias daripada konsep


ekonomi merdeka. Generasi muda khususnya dambakan bahan
bacaan yang lain daripada penerbit-penerbit buku besar.

Kekurangan bahan bacaan yang memenuhi selera mereka telah


menyumbang kepada kewujudan penerbit-penerbit buku indie seperti
DuBook Press, Fixi dan Lejen Press.

Sama ada sedar ataupun tidak, mereka ini telah memerdekan bahan
bacaan untuk para pengguna. Kita boleh pertikaikan megenai Sama
ada bahan bacaan mereka setaraf dengan karya-karya hebat mungkin
boleh dibincangkan.

Tetapi faktanya adalah penerbit buku indie ini telah menyemarakkan


lagi budaya membaca di kalangan generasi muda.

Kebanyakan dari mereka rajin membuka gerai di IPT-IPT dalam usaha


memasarkan buku-buku mereka dan tampaknya mereka mempunyai
sebilangan pengikut yang setia.

Ini juga adalah salah satu karakter ekonomi merdeka di mana mereka
mempunyai pengikut tersendiri.

Jika di Shoreditch, East London, terdapat pusat beli belah yang


menggunakan kontena untuk dijadikan sebagai kedai-kedai. Jika di
Bandung dan Bangkok pula terdapat pusat beli belah yang berasal
daripada bekas-bekas kilang serta tapak bekas depot bas.

11
Tempat-tempat ini digelar sebagai pusat beli belah ‘hipster’ kerana
menyediakan pengalaman baru dan tidak ‘mainstream’. Malaysia juga
sudah ada tempat sebegitu.

Misalnya di Johor Bahru, terdapat sebuah bekas kilang bateri yang


telah diubahsuai menjadi ‘Bateri Mall’.

Kawasan ini memberikan ruang niaga kepada lebih 184 buah kedai
yang terdiri daripada kafe-kafe hipster, kedai buku indie, jenama baju
tempatan, produk muslimah serta ruang untuk membuat acara.

Walaupun baru setahun beroperasi, pusat beli belah tersebut


telah menjadi tempat no 1 kawasan untuk dilawati di Johor Bahru
sebagaimana yang dipaparkan di majalah Air Asia.

Kita tidak dapat mengelak dari berasa kagum dengan kebolehan


usahawan-usahawan muda tempatan dalam mewujudkan aktiviti
ekonomi baru yang sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada
masyarakat.

Tidak dinafikan kejayaan mereka semua disumbang oleh kuasa beli


masyarakat yang semakin meningkat serta ‘ease of doing business’
di Malaysia.

Tetapi tanpa kerja keras, kreativiti dan mentaliti untuk ‘merdeka’,


mereka tidak akan berada di tempat mereka sekarang.

Mereka ini semua telah membuktikan kepada orang ramai bahawa


orang muda jangan takut untuk mencuba melakukan sesuatu
walaupun ianya bertentangan dengan kebiasaan.

12
Kepada generasi muda di luar sana- rebutlah peluang ini.

Merdekakan diri anda!

13
14
PENGERUSI KUMPULAN PNB:
INDIENOMICS- EKONOMI MERDEKA
TAN SRI ABDUL WAHID OMAR

“Tan Sri Abdul Wahid Omar seorang akauntan bertauliah. Beliau


pernah mengemudi beberapa buah syarikat GLC antaranya Telekom
Malaysia dan Maybank. Beliau juga turut berkhidmat sebagai Menteri
di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab menyelia agensi-
agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU),Unit Kerjasama
Awam Swasta (UKAS) TERAJU dan Yayasan Pendidikan Peneraju
Bumiputera. Kini, beliau dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan
Permodalan Nasional Berhad (PNB).”

Saya bertuah kerana telah mendapat pendidikan di MRSM dan


seterusnya dibiayai MARA untuk menjadi seorang akauntan bertauliah.
Alhamdulillah, dengan kelayakan tersebut, saya telah mencapai cita-
cita saya menjadi seorang Ketua Pegawai Kewangan (CFO) semasa
berumur 37 tahun dan seterusnya menerajui tiga buah syarikat besar
iaitu Kumpulan UEM, Telekom Malaysia dan Maybank.

Sepanjang 28 tahun kerjaya di dalam sektor korporat dan Kerajaan,


saya telah melihat bagaimana pemikiran luar kotak atau pendekatan
lautan biru telah membawa kejayaan kepada syarikat dan usahawan.

15
Izinkan saya berkongsi pengamatan saya tentang dua aspek ekonomi
merdeka atau indienomics yang pernah dibahaskan di Parlimen oleh
YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad iaitu berkenaan Perbankan Islam dan
perdagangan atas talian atau ‘e-commerce’.

Perbankan Islam merupakan suatu inisiatif Kerajaan dan negara kita


untuk mengembangkan sektor kewangan negara dan meningkatkan
akses kewangan kepada rakyat. Alhamdulillah, sejak ia diperkenalkan
pada tahun 1983, industri Perbankan Islam telah berkembang pesat
dengan jumlah aset mencecah RM535 bilion setakat 31 Disember 2015.
Ini merangkumi 27% daripada jumlah aset dalam sistem kewangan
negara yang mencecah RM2 trilion. Ia meletakkan Malaysia sebagai
pusat kewangan Islam terunggul di dunia.

Selain kewujudan ekosistem yang kondusif dan kawalselia yang


berkesan oleh Bank Negara Malaysia, peranan bank-bank patuh
Syariah adalah amat penting. Kumpulan Maybank menyedari
bahawa kewangan Islam merupakan suatu bidang yang mempunyai
potensi untuk berkembang dengan pesat. Sebab itulah mereka telah
mengambil strategi atau pendekatan “Islamic First” iaitu ‘kewangan
Islam didahulukan’ di mana pelanggan yang memohon kemudahan
kewangan digalakkan untuk mengambil kemudahan yang patuh
Syariah.

Strategi ini telah berjaya dan membolehkan perniagaan kewangan


Islam Maybank Islamic berkembang dengan pesat sehingga
merangkumi 53% daripada jumlah pembiayaan Kumpulan Maybank
di Malaysia setakat 31 Mac 2016. Maybank Islamic kini merupakan
institusi perbankan Islam terbesar di Malaysia dan kelima terbesar
di dunia dengan jumlah aset sebanyak RM161 bilion dan keuntungan
sebelum cukai tahunan hampir mencecah RM2 bilion. Ini adalah tiga
kali ganda berbanding jumlah aset RM48 bilion dan keuntungan

16
tahunan sekitar RM700 juta yang dicatat oleh Bank Islam Malaysia
Berhad.

Pendekatan luar kotak ini telah menyumbang kepada Kumpulan


Maybank terus menerajui industri perbankan di Malaysia dan rantau
Asia Tenggara. Kumpulan Maybank juga merupakan syarikat tersenarai
paling bernilai di Bursa Malaysia dengan nilai pasaran melebihi RM80
bilion.

Perkara kedua yang ingin saya berkongsi ialah bagaimana


e-commerce telah berjaya memajukan industri fesyen Muslimah
dan mengetengahkan ramai usahawan wanita yang berjaya. Ramai
orang pasti mengenali artis terkenal Noor Neelofa yang merupakan
seorang usahawan yang amat berjaya. Beliau menggunakan portal
talian www.naelofarhijab.com untuk memasarkan produk-produk
hijab berjenama Naelofar.

Kini hasil jualan naelofarhijab telah mencecah RM50 juta dan


terus berkembang. Dengan bantuan Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Neelofa dilaporkan akan
membuka sebuah outlet di London pada September 2016. Ini
bukan sahaja akan memperluaskan jenama Naelofar ke pasaran
antarabangsa malah akan mengukuhkan lagi jenama beliau di
pasaran tempatan.

Neelofa bukan sendirian dalam menggunakan e-commerce dalam


mengembangkan perniagaan dengan ketara. Ramai lagi usahawan-
usahawan baru yang bukan celebrity telah berjaya menggunakan
e-commerce untuk mengembangkan pasaran. Izinkan saya berkongsi
cerita tentang usahawan Eliza Noordin, pengasas Nashata Lifestyle
Sdn Bhd (www.nashata.com) dan Istafiana Candarini, salah seorang
pengasas Kami Idea (www.kamiidea.com).

17
Eliza Noordin, seorang ibu muda kepada tiga orang anak, merupakan
seorang yang aktif bersukan. Beliau mendapati terdapat ruang untuk
memenuhi permintaan pakaian sukan yang menutup aurat wanita.
Maka beliau bersama rakan beliau Faizah telah menubuhkan Nashata
pada April 2013. Beliau mahukan Nashata menjadi sebuah perniagaan
gaya hidup yang didokongi aspirasi mencipta produk untuk Muslimah
dan menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup aktif. Dengan
‘tagline’ “Empowering Active Lifestyle”, Eliza berhasrat mewujudkan
fesyen Muslimah progresif melalui Nashata.

Walaupun baru tiga tahun ditubuhkan, Nashata kini telah


mendatangkan keuntungan dengan hasil jualannya meningkat dua
kali ganda setiap tahun. Penggunaan dagangan secara talian telah
membolehkan perniagaan Nashata berkembang sehingga 60%
daripada hasil jualannya datang dari pasaran antarabangsa termasuk
Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, United Kingdom
dan Australia. Nashata telah menarik perhatian ramai dan mendapat
liputan Dopstv, sebuah saluran gaya hidup Islam. Rakamannya boleh
ditonton di https://youtu.be/E3rHGtSTMf4.

Seorang lagi usahawan yang ingin saya kenalkan ialah Istafiana


Candarini (Irin), seorang anak saudara yang menetap di Jakarta.
Beliau bersama Afina dan Nadya telah menubuhkan Kami Idea,
sebuah jenama fesyen Muslimah pada tahun 2009. Bermula dengan
kedai atas talian Facebook, kini mereka mempunyai 40 orang pekerja.
Selain Facebook, mereka juga menggunakan platform Instagram,
Blogspot dan yang terkini kedai sesawang www.kamiidea.com.

Kami Idea memperagakan fesyen mereka di pelbagai pameran fesyen


di Indonesia dan Kuala Lumpur. Dalam jangkamasa singkat, jualan
mereka kini mencecah RM3 juta setahun. Mungkin tidak setinggi hasil
jualan Naelofarhijab, namun ia masih lumayan dan terus berkembang.

18
Apa yang menarik adalah 30-40% daripada hasil jualan kamiidea.
com adalah dari pasaran Malaysia.

Walaupun berlainan latar belakang, Maybank, Neelofa, Eliza dan


Irin telah mempraktikkan pemikiran luar kotak dan memasuki
ekonomi merdeka atau indienomics. Penggunaan e-commerce telah
membolehkan ramai usahawan mencapai pasaran antarabangsa dan
meningkatkan hasil jualan dan keuntungan. Semoga mereka terus
berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Di samping itu, saya ingin berkongsi satu pengajaran berharga yang


saya perolehi sepanjang 28 tahun berkhidmat di dalam organisasi
iaitu KPMG, Bumiputra Merchant Bankers (BMB), Kumpulan FIMA,
Amanah Capital Group, UEM Group, Telekom Malaysia (termasuk
Celcom), Maybank dan menjadi sebahagian daripada barisan Jemaah
Menteri. Untuk makluman, kesemua tawaran bekerja ini datang
dengan sendirinya tanpa saya mohon kecuali ketika di KPMG dan
BMB.

Apa yang boleh dipelajari daripada ini adalah, anda perlu fokus
kepada tugasan, buat kerja yang diberikan sehabis baik dengan jujur
dan amanah dan reputasi anda akan melangkaui diri anda. Bahkan,
pesaing anda akan turut mengiktiraf pencapaian anda.

Inilah yang saya lalui ketika saya memegang jawatan CEO TM yang
mana saya telah ditawarkan oleh Pengerusi Maxis (pesaing TM/
Celcom) yang juga seorang ahli lembaga pengarah Maybank, untuk
saya menerajui Maybank sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Orang muda, ciptalah sejarah anda sendiri, Insya Allah. Anda juga
sebenarnya boleh berjaya.

19
20
THELORRY:
SERVIS ‘UBER’ BAGI LORI
NADHIR ASHAFIQ

“Beliau meninggalkan pekerjaannya sebelum ini yang datang


dengan gaji yang lumayan untuk memulakan TheLorry. TheLorry
(www.thelorry.com), sebuah platform logistik berteraskan teknologi,
bermula dengan eksperimen bermodalkan RM6,000 dan pada tahun
2016 ia berjaya mendapat pelaburan daripada pelabur Singapura dan
Amerika Syarikat bernilai USD1.5 juta. Ini adalah cerita belakang tabir
perjalanan kami.”

Bermula Dengan Eksperimen

Ceritanya bermula pada awal tahun 2014 di sebuah restoran di


Petaling Jaya, di mana saya dan bekas rakan sekerja saya pada waktu
itu, Goh Chee Hau, membincangkan tentang masalah-masalah yang
dihadapi oleh industri logistik.

Walaupun industri logistik di Malaysia ini mempunyai pasaran yang


besar, namun secara keseluruhan pengalaman pelanggan (user
experience), proses dan dokumentasi masih tradisional dan dilakukan
secara manual. Dari sini kami nampak peluang untuk mengubah dan
menginovasi industri ini dengan menggunakan teknologi terkini.

21
Idea awal kami mudah – sebuah platform untuk memudahkan
pelanggan menempah lori sewa untuk tujuan peribadi seperti
memindah rumah. Kami akan menggunakan khidmat pengusaha lori
untuk menjalankan tugasan tersebut – sama seperti konsep Uber.

Kami mengamalkan konsep Lean Startup untuk memastikan peluang


kejayaan produk ini lebih tinggi. Secara ringkas, konsep ini mengajar
usahawan supaya validasi idea terlebih dahulu dan menggunakan
sumber wang dan masa yang minimal apabila melancarkan produk
yang baru.

Sebagai langkah untuk validasi idea, kami berkesperimen dengan


membuat laman web menggunakan ‘blogspot’ ciptaan sendiri dan
menarik pelanggan menggunakan pengiklanan Google. Setelah
beberapa pengubahsuaian, hasil awal eksperimen menunjukkan
bahawa ada permintaan yang tinggi untuk tempahan lori sewa secara
online.

Berpuas hati dengan data awal yang kami terima, barulah kami
mengupah dua ‘freelancer’ untuk membuat laman web versi pertama
dengan kos keseluruhan sebanyak RM6,000. Kami mendapat
pelanggan pertama pada hari pelancaran laman web.

22
Mengembangkan permintaan dan penawaran

Objektif kami dari awal jelas – untuk membina dan mengembangkan


permintaan (demand) dan penawaran (supply). Sebuah bisnes
marketplace seperti TheLorry akan lebih bernilai apabila kedua-
duanya seimbang dan berkembang sejajar.
Daripada segi penawaran, kami menerima respon yang tidak berapa
positif daripada pengusaha-pengusaha lori untuk menyertai platform
TheLorry pada awal penubuhan. Rata-rata sangsi dengan konsep baru
yang kami bawa ke dalam industri ini. Namun lambat laun, setelah
kami idea kami lebih diterima pelanggan dan cerita kami ditulis oleh
media cetak dan elektronik, respon mereka lebih positif. Kini pada
masa penulisan, platform kami mempunyai lebih 2,000 lori, van serta
pacuan empat roda (4x4).

Kami membina permintaan awal dengan pengiklanan di carian


Google dan media sosial seperti Facebook serta mendekati blog-blog
berpengaruh untuk menulis tentang produk kami. Jumlah tempahan
di laman web kami meningkat dengan pesat pada 5 bulan pertama
dan membolehkan kami layak menyertai satu program pemecut atau
accelerator Cyberview Living Lab Accelerator-WatchTower & Friends
(CLLA-WTF) yang menyediakan dana RM50,000.

Selepas dua bulan menerima dana CLLA-WTF kami berjaya


mendapatkan dana tambahan bernilai enam angka daripada KK Fund,
sebuah syarikat venture capital Jepun berpangkalan di Singapura.
Dana ini membolehkan kami untuk menambah bilangan pekerja dan
membina satu pasukan yang mantap untuk menambahbaik produk
serta mengembangkan permintaan dan penawaran.

23
Membina Pasukan Awal

Kejayaan sebuah syarikat berkait rapat dengan kekuatan pasukan


pengurusan. Produk yang bagus tetapi diuruskan oleh pasukan yang
tidak cekap hasilnya biasa-biasa sahaja. Namun, pasukan yang mahir
akan mencari jalan menjadikan produk yang tidak bagus menjadi
lebih mantap.

Berbekalkan dana KK Fund, kami terus mencari pekerja-pekerja yang


dapat menggantikan beberapa kerja backend yang dibuat oleh kami
berdua seperti khidmat pelanggan dan operasi. Ini membolehkan
kami berdua fokus sepenuhnya kepada tugas-tugas mengembangkan
permintaan dan penawaran.

Saya ditugaskan untuk mengembangkan penawaran dengan mencari


dan mendekati lebih ramai pengusaha lori manakala Chee Hau
memberikan tumpuan kepada mengembangkan jumlah tempahan
daripada pelanggan individu serta korporat.

Dengan pasukan awal seramai 10 orang kami dapat mencatat


pertumbuhan pesat di mana sekiranya kita melakarkan graf
pertumbuhan jumlah tempahan ianya akan kelihatan seakaan kayu
hoki. Sudah masanya untuk kami memulakan proses mencari pelabur
bagi pusingan dana Series A.

Mencari pelabur Series A

Proses mencari pelabur untuk dana permulaan atau seed funding


sangat berbeza dengan Series A. Pelabur di pusingan seed funding
memberikan lebih tumpuan kepada keupayaan pengasas, potensi
pasaran dan keunikan produk. Pelabur di pusingan Series A pula lebih

24
fokus kepada nombor-nombor syarikat seperti kadar pertumbuhan
jualan, margin jualan dan perbelanjaan tunai.

Kami mula mencari pelabur pada bulan September 2015, setahun


selepas pelancaran laman web TheLorry. Kami berjumpa dan
menjalankan sesi Skype dengan lebih 20 pelabur dari Singapura,
Malaysia serta Jepun. Prosesnya memenatkan dan sedikit sebanyak
menganggu perhatian kami kepada operasi syarikat.
Alhamdulillah, daripada 20 pelabur yang kami jumpa, 2 syarikat
venture capital, SPH Media Fund dari Singapura dan Elixir Capital dari
Amerika Syarikat bersetuju untuk melaburkan USD1.5 juta (RM6 juta)
ke dalam syarikat kami pada Januari 2016.

Bergerak ke hadapan

Daripada 10 orang, kami terus mengembangkan syarikat dengan


menambah bilangan pekerja sehingga 40 orang dalam semua
bahagian – teknologi, jualan, khidmat pelanggan dan pemasaran.

Mengurus 40 orang sangat berbeza dengan mengurus 10 orang.


Kami sentiasa meminta nasihat daripada mentor-mentor bagaimana
hendak mencari, mengurus dan memperkasakan pekerja-pekerja
terutamanya yang lebih berpengalaman daripada kami berdua.

Pasca-Series A, fokus kami tidak berubah iaitu untuk mengembangkan


jumlah tempahan dan bilangan kenderaan dalam ekosistem TheLorry.
Insya-Allah, misi kami dalam masa 3 tahun ini adalah untuk dikenali
sebagai platform logistic nombor satu di Malaysia, Singapura dan
Thailand.

Doakan kami sampai ke sana.

25
26
TAKAFULMAN:
AJAK DAN AJAR
FDAUS AHMAD

“96% bumiputera middle class income masih belum mempunyai


perlindungan hayat & kesihatan. Ini bermakna 1.5 daripada 10 orang
sahaja yang memiliki perlindungan takaful. Memilih untuk menjadi
Takafulman adalah piihan yang betul apabila hanya dalam 18 bulan,
beliau berjaya meraih pendapatan RM 15 000.00 sebulan. Beliau
sekarang telah mendidik dan melahirkan lebih 50 orang usahawan
takaful di Malaysia dan nombor berikut meningkat bulan ke bulan.”

Aku seorang Takafulman, dengan izin Tuhan, selamanya aku akan


begitu. Mari aku ceritakan macam mana perjalanan aku bermula
untuk menjadi Takafulman.

Dulu aku kerja sebagai eksekutif Petronas di KLCC. Aku start kerja
tahun 2005, masa tu umur baru 23 tahun. Kerja Petronas memang all
good lah. Maksud aku all good ni progress aku dalam karier memang
steady dan dari aspek pekerjaan yang aku buat masa tu, tak ada apa
apa yang aku komplen. Sampai lah tahun 2009/2010, aku rasa macam
dah comfort zone sangat terutamanya melibatkan soal pekerjaan
dan rutin harian yang aku jalankan di pejabat. Masa tu lah aku mula

27
terfikir nak berniaga, tapi aku tak tahu nak buat apa. Lama juga aku
tersekat dengan idea perniagaan ni. Sebab utama adalah aku kerja
rutin 8-5, hari hari pula berulang alik Tg Malim - KLCC - Tg Malim, jadi
untuk dapat solusi perniagaan yang fit dengan cara hidup aku masa
tu memang belum jumpa.

Sudahnya, semangat nak berniaga ni tinggal status quo, dan aku


masih teruskan kerja harian di KLCC macam biasa. Sampailah
suatu hari Jumaat awal tahun 2011. Masa turun nak ke masjid, aku
terserempak dengan kawan UTP, Joe. Joe ni memang lama aku tak
jumpa sebab dia kerja di Hong Kong. KPMG Malaysia hantar dia ke
Hong Kong jadi pengurus di sana. Power lah umur belum 30 dah
dapat oversea assignment, KPMG pulak tu bukannya cikai, salah satu
audit firm paling otai di dunia.

Aku tanya Joe macam mana kerja sekarang?

Joe cakap dia dah resign, sekarang buat bisnes Takaful sepenuh
masa.

Masa tu aku macam ‘wtf!?’, takaful sepenuh masa?

Kemudian entah macam mana, aku gatal mulut cakap nak join dia
buat takaful sekali. Masa tu aku cuma nak fill the gap sebab niat nak
meniaga tu dah lama ada, cuma tak tahu nak buat apa. Alang alang
Joe ada ni, aku ikut je lah buat takaful runcit runcit. Simple betul fikiran
aku masa tu. Dalam masa yang sama, dua lagi kawan aku Acap dan
Jorji pun dah jadi ahli perniagaan takaful, cuma mungkin masa jumpa
Joe tu right timing Tuhan buka mulut aku cakap nak join.
Selebihnya adalah sejarah.

Julai 2011 aku secara rasmi jadi ahli Takafulman separuh masa. Setiap

28
makan tengahari, lepas kerja, belah malam, Sabtu-Ahad semua aku
guna pakai untuk jumpa orang dan sebarkan kebaikan memiliki
perlindungan takaful. Aku dah tak pandang belakang, aku keep on
buat dan aku buat sungguh sungguh. Takaful ni aku ada kuasa penuh
kawal dia. Aku tentukan masa, aku tentukan cara, aku tentukan apa
dan macam mana aku patut run perniagaan ni.

Perlahan lahan aku feel the passion, feel the freedom, feel the
satisfaction dan akhirnya aku feel the money. Hanya setahun setengah
selepas tu, pendapatan takaful aku dah menyamai pendapatan
di Petronas. Pendapatan Petronas pun tak lah banyak, tapi untuk
memiliki gaji RM15,000 (termasuk bonus dan faedah perubatan
keluarga) pada umur 30 tahun sebenarnya dah cukup selesa untuk
sebuah kehidupan normal.

Syukur aku cuma perlukan 18 bulan untuk hasilkan pendapatan


bulanan takaful sama dengan pendapatan bulanan Petronas. Awal
tahun 2013, aku mula berfikir secara serius untuk jalankan perniagaan

29
takaful sepenuh masa. Ya, lama aku ambil masa untuk buat keputusan.
Antara sebabnya adalah faktor komitmen. Masa aku mula buat takaful
tahun 2011, gaji Petronas dah dekat RM12,000 (termasuk bonus dan
faedah perubatan keluarga), komitmen masa tu macam macam.
Bayar rumah, bayar kereta, sara isteri dan anak tiga orang.

Jadi aku tak ada pilihan melainkan kerja takaful separuh masa macam
orang gila untuk kejar pendapatan sedia ada. April 2013, setelah
mendapat restu keluarga, aku letak jawatan di Petronas.

Gila!

Ya macam tu lah reaksi kawan kawan dan saudara mara yang terkejut
dengan keputusan aku. Mana tidaknya, di luar sana berpuluh ribu
orang berebut nak kerja Petronas (pejabat di KLCC pulak tu), tapi tak
dapat. Aku pula pergi berhenti kerja Petronas dan buat pula kerja
takaful yang berpuluh ribu orang lain kat luar tu pun boleh buat
anytime.

Pada aku itu semua bukan isu. Aku dah buat keputusan, jadi aku kena
teruskan hidup dengan keputusan yang aku dah buat tu. Sebenarnya
tak ada betul atau salah keputusan yang aku buat masa tu. Betul atau
salah atas suatu keputusan ni perlukan proses dan masa. Dengan
kata lain, kalau aku berhenti lepas tu aku buat kerja takaful main
main, kemudian melingkup, maka salah lah keputusan aku tu. Tapi
kalau aku buat sungguh sungguh sampai berjaya, orang akan tahu
yang keputusan aku buat dulu tu betul.

Pada ketika aku menulis ni (Aug 2016), aku dah memiliki pasukan
Takafulmen aku sendiri. Ini satu pencapaian yang aku sendiri rasa
mustahil nak capai sebelum ni. Lebih memuaskan, aku dah didik dan
lahirkan kurang lebih 50 orang usahawan takaful, dan jumlah ini akan

30
terus meningkat saban bulan dan tahun.
Berapa pendapatan aku sekarang?

Berapa banyak free time aku ada sekarang?

Berapa banyak negara takaful bagi aku travel percuma?

Yang itu kau kena datang jumpa aku cerita kan, bagaimana melalui
takaful kau boleh menjadi insan berniaga yang merdeka.

Trivia:

1. Setakat tahun 2016 cuma 14% sahaja kaum bumiputra dalam


kategori ‘middle class income’ yang memiliki perlindungan hayat dan
kesihatan Takaful. Dalam perbandingan lain, setiap 10 orang bumiputra
yang berpendapatan, cuma 1.5 orang memiliki perlindungan takaful.

2. Negara Malaysia tidak memiliki jumlah Takafulman dan Takafulwati


yang cukup (dan berkualiti) untuk menampung keperluan sejumlah
rakat Malaysia terutamanya kaum bumiputra yang semakin meningkat.
Dalam hal ini, sentimen dan persepsi telah menjadi ‘main killer’
terhadap perkembangan kerjaya ejen Takaful. Masyarakat terutamanya
anak muda hanya melihat dari perspektif persekitaran mereka sahaja
walhal keperluan takaful bersifat menyeluruh dan melibatkan semua
lapisan manusia, dari janin dalam kandungan sehinggalah pak cik tua
berumur 70 tahun, kesemua mereka memerlukan takaful.

3. Mengikut statistik, untuk optimumkan perlindungan takaful


rakyat Malaysia, negara memerlukan kurang lebih 30,000 ejen
seluruh Malaysia (yang kerja betul betul). Tapi malang sebab sampai
sekarang, kita cuma ada kurang lebih 13,000-15,000 ejen berdaftar, di
mana jumlah ejen yang benar benar aktif tidak melebihi 5,000 orang,
selebihnya semua main-main.

31
32
AMANZ MEDIA:
SEGALANYA TENTANG IT
IKHWAN NAZRI

“Amanz.my merupakan portal IT Bahasa Melayu no 1 di Malaysia


dengan purata page view sejumlah 2,000,000 sebulan. Amanz juga
berkembang pesat dan berdiri sama tinggi dengan laman-laman
teknologi besar yang lain seperti lowyat.net dan sebagainya. Jenama-
jenama besar seperti Samsung, Acer, Google telah menjalinkan
kerjasama bersama Amanz.”

Pada tahun 2005, tercatatnya lembaran sejarah yang bakal dilakar


oleh seorang anak muda yang bernama Aman Firdaus bin Abul
Hassan. Seawal usia tersebut sedang beliau menantikan keputusan
sijil pelajaran, beliau telah memulakan langkah bagi membudayakan
teknologi dalam Bahasa Melayu.

Dari kemahuannya yang ingin membuat laman web, disahut dengan


jawapan ‘kau Google jelah’, telah menampakkan beliau akan keperluan
masyarakat kepada sumber ilmu berteraskan informasi teknologi, atau
dalam singkatan popularnya ‘IT’. Lahirlah laman web bernama amanz.
net setelah beliau mendalami ilmu membangunkan laman web.

33
Bermula dari laman web tersebut, beliau telah menulis pelbagai
tutorial serta artikel yang berkaitan dengan teknologi. Tutorial berkisar
‘Photoshop’, pembangunan laman web, cara mengoptimasikan website
telah dikarang beliau yang tidak mempunyai sebarang ilmu sebagai
penulis bertauliah, mahupun sebagai wartawan.

Minat dan kesungguhan beliau diteruskan sehingga ke zaman


universiti dan ia tidak sedikitpun membantutkan pertumbuhan Amanz.
Mungkin cuma, ia bertumbuh dengan perlahan namun konsisten.
Pada tahun 2009, dengan pengenalan domain .my, Laman Amanz
telah ditukar domainnya kepada .my sekaligus membawa identiti
Malaysia pada laman web ini. Sehinggalah pada tahun 2011, beliau
telah menghabiskan pelajarannya di Universiti Industri Selangor
dengan segulung Ijazah Pengurusan Bisnes.

Namun dengan tekad dan impiannya ingin membangunkan syarikat


penerbitan digital terunggul, beliau mengumumkan akan hasratnya
mencari rakan kongsi. Ikhwan Nazri Mohd Asran telah menyertai
syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

34
Mungkin agak janggal bagi syarikat melantik CEO seawal masa
tersebut namun sudah menjadi lumrah syarikat berteraskan digital
yang mempunyai ketua walaupun pada bilangan yang sedikit.
Bersama beliau adalah ilmu dari bidang multimedia dan sekelumit
pengetahuan didalam bidang startup.

2011 diteruskan lagi dengan penyertaan seorang ahli lembaga


pengarah yang juga merangkap pelabur budiman, iaitu Reza Fahmi
Razali, salah seorang teknopreneur tempatan yang juga masih muda.

Pada tahun 2011, kesemua mereka masih dibawah umur 30 tahun.


Dengan sedikit dana yang diperoleh, dua lagi ahli terawal menyertai
Amanz Media Sdn Bhd, iaitu Effi Nazrel Saharuddin dan juga
Khairunnisa’ Muhd Aminullah. Effi menguruskan bahagian gajet dan
dipilih kerana ilmunya yang luas manakala Khairunnisa’ pula dipilih
bagi mengacarakan sebarang rancangan video Amanz. Dengan empat
ahli terawal Amanz Media ini yang juga dikenali dengan terma ‘Elite
Four’ mereka memulakan langkah untuk lebih agresif. Pada awal
masa tersebut, penggunaan teknologi dikalangan masyarakat masih
ditahap awal.

Pada tempoh tersebut, jumlah pembaca di laman Amanz masih


kurang dari 50,000 setiap bulan, dan tiada pengiklan yang sanggup
mengiklan pada laman web ini. Namun berpegang kepada konsep
‘Jangan lakukan sesuatu kerana wang semata-mata’, laman web
ini semakin lama semakin berjaya dalam meraih pembaca. Jumlah
pembaca semakin meningkat, telah menarik minat jenama besar
seperti Google, Samsung, dan pelbagai lagi untuk bekerjasama
dengan Amanz.

Pada tahun 2013, Acer telah menaja Amanz untuk hadir ke Mobile
World Congress di Barcelona, Sepanyol, iaitu acara yang mempamerkan

35
peranti dan teknologi terkini. Dan editor-editor Amanz bertaraf
antarabangsa, dan dihantar ke acara-acara seluruh dunia bagi
membawakan liputan berita teknologi, didalam bahasa Melayu.

Menyedari akan bertambahnya permintaan pembaca dengan


maklumat sebegini, slot-slot tambahan mula dicipta. Video Mingguan
Amanz merupakan rangkuman kesemua berita teknologi setiap
minggu, dan video-video ulasan gajet dan peranti mula diterbitkan
bagi membantu pengguna mengetahui mengenai peranti terkini.

Dengan pertumbuhan sebegini barulah menarik minat pengiklan bagi


mengiklan di laman web ini.

Pengiklanan di Amanz bersifat premium, dimana hanya pengiklan


yang berkaitan teknologi sahaja akan diterima masuk, dan tidak
banyak iklan diletakkan demi menjaga keutamaan pembaca.

Pada tahun 2015, setelah 10 tahun ditubuhkan, jumlah pembaca


Amanz pada tahun tersebut adalah seramai 2 Juta, iaitu 20% dari
jumlah pengguna internet di Malaysia.

Setiap bulan, setengah juta pembaca melayari Amanz dalam


mendapatkan informasi teknologi terkini. Laman Amanz juga bukan
sekadar menjadi contoh, malah telah melaksanakan teknologi terbaru
lebih awal dari laman web yang lain.

Bagi tujuan ini, penggunaan HTTPS telah lebih awal dilaksanakan


dan Amanz sentiasa menjadi pelopor dalam kemajuan teknologi
penerbitan digital.

Dalam meluaskan skop dan tujuan asal Amanz dalam mendidik dan
membangunkan masyarakat, kini laman Amanz.my turut menerbitkan

36
berita berkaitan sains dan telah memulakan langkah untuk menjadi
media teknologi yang gah.

Ini diperkasakan lagi dengan kerjasama bersama Kumpulan Media


Karangkraf dalam mengendalikan Majalah PC, satu-satunya majalah
teknologi berbahasa Melayu.

Meskipun telah tertubuhnya laman web ini lebih dari 10 tahun, namun
usia syarikat ini masih muda, dan masih banyak yang belum diterokai
oleh Amanz. Misi dan visi kami adalah dalam mendidik masyarakat akan
pentingnya teknologi dan isi kandungannya haruslah disampaikan
dalam bahasa yang mudah difahami, iaitu Bahasa Melayu agar
seluruh rakyat yang memahaminya dapat memanfaatkannya.

Dengan penggunaan teknologi untuk urusan seharian, ia sekaligus


dapat memajukan rakyat, memerdekakan pengguna dan membolehkan
mereka melakukan apa sahaja demi pencapaian negara.

37
38
KATSANA GPS:
‘DEKAT SANA’ BUSINESS
SYED AHMAD FUQAHA

“KATSANA.com (dekat-sana) is a GPS tracking and telematics solution,


with focus on driver behavior profiling, risk scoring and predictive
analytics. It is the winner of Teraju SUPERB Series 1 2014, finalist of
Maybank #fintech 2015 and Alliance Bank SME Challenge 2015. It has
a 97.9% recovery rate of stolen vehicles and aiming to be deployed
nationwide through insurance partners and motor manufacturers.
KATSANA is funded by Axiata Digital Innovation Fund.”

The beginning

It was 2013, I still remember that morning. Woke up, my body was
heavy, my soul was heavier. I could not muster the strength to get
off the bed and get ready for work. I thought it is a fleeting moment
where I might have worked too hard and my body needed rest. This
is different.

I was attached to this job. In fact, I loved my job. My stint began back
when I was still studying architecture. My dad passed away when I was
in the second semester, and architecture with all its expensive tools

39
forced me to pay for myself. Web development I figure, was a quick way
to make good money (it still is). Upon graduating, a friend with whom
lies my gratitude to this very day, invited me to be a project manager at
his company. I learned management skills, customer-focused service,
and software development lifecycles.

However that morning, it was different. That morning, I realized I have


been stagnant. After two years, my job was fast becoming repetitive. I
yearn to learn new things, to be exposed to greater challenges. I need
to change.

Decided to take leave that day to clear up my mind.

I did not contemplate when handing over the resignation notice the
next day. We were paid in USD, so things were good financially. But I
cant fathom myself staying there any longer, I could have been buried
in a golden handcuff.

40
Silver lining

As luck would have it (or lack thereof, your call), a friends car was
stolen in Bangsar that week. It was stolen in bright daylight by a
tow truck; which I say a pretty smart operandi. And a week later, my
brothers car was stolen in Penang. These back to back incidents led me
to do a quick market research on the internet, because my senses were
tingling and figure there might be some money to be made.

Indeed there is a good opportunity to provide vehicle owners with


a service to allow them to track their vehicles using GPS/GSM
technology.

Being involved with web development, it was apparent to me that


existing solutions in the market were technologically obsolete, not to
mention ridiculously expensive. We can do this, and we can do it few
steps more advanced than the rest. I believe it that to this very day.

Testing the market

I know that it is not wise to put all your savings in one basket, especially
on your first business. Afterall, this is an entirely new market for me.
Would people pay for the service? Who are they? Who among them
willing to pay top dollar? Can it be sustainable?

I am also aware that while we are capable of developing the solution,


it would be utterly foolish to spend time & money developing it at the
first place, especially when you have no insight on the market yet.

I did what I do best. I created a website, even when we did not have a
ready product yet.

41
The website is designed to be as complete & professional as possible.
It served numerous purposes. First, having a complete website forced
me to think thoroughly on the features of the solution that we want
to offer, how it would look like, how it will behave, and it’s technical
specifications. It forced me to imagine the ideal solution that people
would pay for. This in return helped me to create the spec sheet when
we start to develop KATSANA™ app later.

Secondly, the website allowed me to gather queries from interested


parties through its Contact Us form. These queries were extremely
important because I want to learn who these potential prospects are,
what are their expectations, what are important features that they
really looking for and lastly, what is the range of price that they are
willing to pay.

That katsana.com website was created in April 2013. By September


2013, we have hundreds of potential prospects, from personal
consumers to as big as GLCs looking for the GPS tracking service. By
then, I was certain that this is a good market to be in.

Our first product was commercially available in January 2014, a full 5


months later.

First experience of running out of cash

Development of KATSANA™ started in August 2013, but due to our


(very) limited capital, cash ran out by November 2013.

We knew very well that there’s plenty of people willing to pay for our
solution. We sent an email to all our prospects (that we have gathered
since April), offering them with an early bird promotion, promising

42
delivery of the product by January 2014. That email saved us. We
managed to raise RM35,000 (if I recall correctly) and continue our
development.

This gave us hope, knowing that the market is there, and people do
fork out money to get our solution.

Moving ahead

Two years and numerous near-run-out-of-cash crisis averted later,


we have now grown from a 3 person team to 24, finally funded by a
venture capital, and is growing quite well in the enterprise market. We
want to prove that a local product can stand proud in the international
market. Lets aim for global dominance!

43
44
HARTABUMI.MY:
CARI SOLUSI, JANGAN CARI PASAL
RADZI TAJUDDIN

“Hartabumi.my merupakan portal carian hartanah berstatus


Bumiputera di Malaysia yang memulakan operasi pada April 2016.
Portal ini bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah
unit hartanah berstatus Bumiputera yang tidak terjual yang mana
dianggarkan bernilai RM 1.83 billion pada tahun 2015. Kini, Hartabumi.
my mempunyai lebih dari 2,000 ‘listing’, 320 ejen dan pemaju berdaftar
dan mempunyai klien seperti EcoWorld, SP Setia, PKNS dan SPNB.”

Aku sering percaya bahawa dalam hidup ini kita perlu punyai makna.
Dan makna ini akan hadir apabila kita melakukan sesuatu yang
bermanfaat kepada orang ramai.

Aku juga amat mengagumi individu-individu yang menjadikan dunia


ini sebagai tempat yang lebih baik melalui inisiatif-inisiatif mereka.

Apatah lagi jika mereka yang berbuat sesuatu ini adalah di kalangan
orang muda. Fuh, muda-muda lagi dah buat sesuatu yang bermakna
kepada masyarakat.

45
Tetapi lagi ramai anak muda yang aku tengok di media sosial lebih
gemar menjadi kritikal terhadap sesuatu masalah atau isu berbanding
bercakap mengenai solusinya. Kadang-kadang aku geram je dengan
golongan ini yang setiap hari ada sahaja benda yang tak kena di
matanya. Kalau lepas kritik tu dia buat sesuatu tak apalah juga. Ini,
dahlah kritik, bila orang buat sesuatu- dia jugalah yang akan kata itu
ini untuk tunjukkan solusi itu tidak bagus.

Geram beb.

Jadi, untuk elakkan aku juga terjebak menjadi dari sebahagian


golongan ini, aku selalu terfikir apalah yang aku boleh buat kepada
masyarakat.

Yelah, kalau difikirkan balik, aku ni boleh dianggap sebagai mereka


yang bertuah kerana terpilih untuk mendapat ppendidikan yang
terbaik. Perjalanan aku dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) sehingga ke Manchester School of Architecture (MSA) telah
dipermudahkan dengan biasiswa dari kementerian dan agensi
kerajaan.

Disebabkan itu, bila aku sudah menamatkan pengajian, lagilah aku


fikir yang aku perlu lakukan sesuatu untuk berbakti kembali pada
masyarakat. Maklumlah, dah belajar jauh-jauh kan. Rasa sayang pula
tak gunakan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi.

Fikir punya fikir aku ada beberapa idea. Pada mulanya aku ingin
membuka sebuah akademi ‘architecture visualization’. Oh ye, sebelum
itu, aku merupakan seorang arkitek. Berbalik kepada akademi tadi,
akademi ini bertujuan untuk melatih mereka yang berpotensi supaya
ada skil 3D dan ‘rendering’ power yang mana mereka boleh dapat gaji
lebih tinggi di masa akan datang. Aku punya teruja sampai dah habis

46
kaji tentang Technical Vocational Education Training (TVET). Lepas itu
siap pergi ke Johor bentangkan idea ini depan agensi kerajaan negeri
sana. Mereka sanggup berikan aku pelajar ke akademi aku.

Tapi sayang. Aku tak dapat teruskan akademi ini kerana rakan baik
aku yang nak mengajar itu berhijrah ke Australia pula selama setahun.
Maka hasrat Architecture Visualization Academy ditangguhkan
sementara tunggu dia balik dan aku balik pada ‘drawing board’ untuk
mula fikir apa nak buat sepanjang tempoh setahun ini.

Selang beberapa hari selepas itu, entah macam mana aku jadi
berminat mengenai isu pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera
yang begitu rendah. Lepas 59 tahun merdeka, golongan Bumiputera
hanya memiliki 39.5% hartanah di Malaysia. Itupun dah campur sekali
dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat. Kalau harap ke individu
semata-mata, mesti lagi rendah peratusan ini.

Mengapa ini berlaku? Padahal polisi kerajaan dah menetapkan setiap


projek hartanah baru perlu ada kuota Bumiputera yang hadir dengan
diskaun sehiungga 15%. Logiknya, bila dah ada diskaun ini, mestilah
Bumiputera boleh beli kan? Tapi mengapa bila dah ada diskaun pun,
masih tak ramai boleh beli? Di mana silapnya?

47
Aku faham tentang masalah harga rumah yang semakin mahal,
pendapatan per kapita Bumiputera lebih rendah dari bangsa lain dan
seribu satu faktor lain yang turut menyumbang kepada hal ini.

Namun dari pengamatan aku, aku perasan ada faktor lain yang turut
menyumbang seperti kekurangan akses terhadap hartanah tersebut
dan kurangnya ilmu pengetahuan. Yelah, kalau kau ada duit, tapi tak
tahu tentang projek hartanah tersebut, macam mana kau nak beli?
Dan kalau kau kurang duit pun tapi ilmu cukup di dada, kau pasti tahu
selok belok macam mana nak beli rumah tersebut supaya kos yang
perlu dibayar tidak terlalu membebankan

Asalnya aku tak terfikir pun mahu wujudkan portal hartabumi ini. Aku
rasa ini tugas kerajaan. Yelah, kalau tidak apa guna dia jadi kerajaan.
Namun segalanya berubah apabila aku ke Jabatan Penilaian dan
Perkhidmatan Hartanah (NAPIC). Aku datang sebab nak kumpul data
sahaja tetapi alangkah terkejutnya aku bila didapati data mereka
tentang unit hartanah berstatus Bumiputera tidak begitu lengkap.

Aduh, kalau data pun tak lengkap, macam manalah mereka ini nak
buat polisi?

Oleh itu aku mengambil keputusan untuk ‘test’ hipotesis aku dengan
mewujudkan portal hartabumi. Kalau betul, Alhamdulillah. Kalau tak
betul, harap adalah orang perbetulkan.

Aku juga amat bertuah kerana mendapat sokongan penuh dari rakan
baik aku dari sekolah yang faham mengenai isu ini. Dia bersetuju
untuk membantu dari segi aspek kewangan dan tunjuk ajar. Dia ni
usahawan berjaya.

Selepas dilancarkan pada April 2016 sehingga sekarang, portal

48
hartabumi membuktikan hipotesis aku tepat yang mana begitu ramai
Bumiputera yang tidak tahu tentang sesuatu projek. Komen seperti
“eh, tak tahu pun projek ini” atau “ada rupanya hartanah sebegini”
adalah antara komen biasa yang diperoleh.

Dari situ kami membina kredibiliti dan nama. Walaupun masih


baru beroperasi, kami sudah mendapatkan beberapa klien seperti
EcoWorld, SP Setia dan SPNB yang berminat untuk bekerjasama
dengan hartabumi dalam mencari pembeli bagi unit hartanah mereka
yang berstatus Bumiputera.

Jadi, kesimpulan yang aku rasa perlu kalian semua tahu adalah:

1) Kita perlu lakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan.


Lebih baik jika ianya memberi manfaat kepada orang ramai. Jika
sekadar kerja, kera di hutan juga bekerja. Ha, nampak tak aku guna
pepatah Hamka yang kau rajin share di Facebook.

2) Kalau kau nampak tak ada orang buat, kau cubalah buat.
Kau janganlah harap orang lain nak buat. Menjadi first-mover ini
seronok tau. Tak ada pesaing dan kau boleh ‘set the rule’.

3) Fikirlah tentang solusi. Jangan hanya melihat pada masalah


semata-mata. Ramai orang di Facebook aku tengok cukup hebat
sembang tentang masalah ini masalah itu. Memanglah yang menulis
itu nampak bijak sebab kononnya kritikal. Tetapi kritikal sahaja tidak
menyelesaikan masalah tanpa ada solusi. Pesan aku- kau fokus pada
solusi. Di situlah kebolehan kau bakal teruji.

Aku rasa selagi mana kau berpegang kepada tiga perkara ini, insyaAllah
hidup kalian akan bermakna dan lebih penting- merdeka!

49
50
MIRA FILZAH:
USAHAWAN FIRST, ARTIS SECOND
MIRA FILZAH

“Gadis muda berusia 23 tahun ini bermula sebagai model muslimah.


Kemudiannya memiliki produk kosmetiknya yang tersendiri iaitu Mora
Essential. Mempunya hampir 100 stokis di dalam dan luar negara,
lebih dari 10,000 botol Argan oil tersebut telah dijual. Kerjayanya
sebagai seorang artis melihatkan beliau merangkul Anugerah Artis
Baru Wanita Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian
ke 29 baru-baru ini.”

WAWANCARA BERSAMA MIRA FILZAH

Salam saudari Mira Filzah. Boleh ceritakan sedikit bagaimana


perjalanan kerjaya Mira dari seorang pelajar kepada seorang model
muslimah, kemudian menjadi usahawan dan kini seorang artis
popular.

Salam saudara Radzi. Semasa nak tunggu keputusan SPM, Mira ada
banyak masa terluang. Jadi Mira menulis blog. Entah macam mana
Mira mengambil keputusan untuk menjadi model muslimah sambilan
di sebuah butik. Kemudiannya Mira menjadi Face of Jovian yang mana

51
kita tahu merupakan antara seorang pereka fesyen yang terkenal di
tanah air. Tetapi pada masa itu bidang modeling tidak sepopular
sekarang.

Semasa Mira masih belajar, Mira ni jenis tak suka duduk diam. Ada
sahaja benda Mira nak lakukan. Antaranya berniaga. Mira bermula
dengan membeli tudung-tudung di satu festival dalam UiTM dan
kemudiannya Mira jual balik melalui blog Mira. Masa itu Mira sekadar
mencuba. Banyak jugalah pendapatan jika diikutkan sebab selain
daripada jualan, Mira juga buat review produk.

Selepas itu Mira bersama dengan sebuah jenama yang dipanggil


sebagai Pudore. Selepas Pudore, Mira buat produk sendiri iaitu produk
penjagaan kulit. Pada masa yang sama Mira ada menjual tudung.
Mira buat banyak benda. Lepas Mira habis belajar barulah Mira ambil
keputusan untuk fokus dalam perniagaan.

52
Kebetulan pada masa yang sama juga, Mira dapat tawaran berlakon
dan terus Mira menceburi bidang lakonan dan mengacara sehinggalah
sekarang.

Tapi, Mira lihat kerjaya lakonan ini sebagai sebuah platform. Sebab
kita pun tahu kalau berlakon dan mengacara ini tidaklah lama mana
tempoh kerjayanya. Paling lama pun mungkin 4-5 tahun. Jadi Mira
tekad untuk gunakan sebaik mungkin peluang yang ada sekarang
untuk membina platform Mira bagi sesuatu yang lebih besar dan
bermanfaat. Mira jadikan Neelofa sebagai idola dalam hal ini.

Jadi Mira melihat diri Mira sebagai business woman first, artist
second? Can I say that?

Yes, of course. You can quote that. Sebabnya sumber pendapatan utama
Mira pun datang daripada perniagaan. Itulah sebab mengapa Mira
masih jaga bisnes Mira kerana ianya untuk jangka masa panjang.

Berdasarkan cerita Mira sebentar tadi, saya lihat Mira memang suka
berniaga. Boleh Mira kongsikan mengapa Mira begitu berminat
dalam perniagaan? Adakah kerana Mira berasal dari keluarga yang
berniaga atau ada motivasi lain?

Kalau diikutkan, keluarga Mira bukanlah sebuah keluarga yang ada


latar belakang bisnes. Emak Mira merupakan seorang pegawai tadbir
dan ayah pula seorang jurutera di JKR. Adik beradik mira juga bukan
usahawan.

Cuma Mira ada perangai di mana Mira lebih suka cari duit sendiri.
Mira jadi seronok bila pegang duit sendiri. Rasa merdeka. Pada Mira
benda ni mudah- if you want more, you work hard. Itu sebab mengapa
di zaman belajar dulu Mira buat macam-macam. Mira bersyukur

53
kerana abah pun dia memberikan sokongan atas apa jua yang Mira
lakukan. Dia tak halang apa anak dia buat..

Di mana Mira melihat diri Mira pada 3-5 tahun akan datang?

Kemungkinan 3 tahun kemudian, Mira masih lagi menjadi seorang


pelakon dan pengacara. Tetapi pada masa yang sama Mira jangkakan
perniagaan Mira semakin kukuh.

Cuma selepas 5 tahun, Mira bercadang untuk memberi fokus yang


lebih kepada perniagaan dan mengurangkan aktviti lakonan dan
pengacaraan. Dan satu hari nanti, Mira akan mempunyai my own
foundation- MF Foundation.

Antara perniagaan utama Mira sekarang adalah MORA Essential.


Boleh Mira terangkan sedikit mengenai perniagaan Mira ini?

Mira mulakan produk ini ketika di zaman belajar lagi bersama seorang
rakan bisnes. Dialah yang cadang kat Mira untuk ceburi bidang ini.
Kami berbincang pada tahun 2013 dan MORA didaftarkan pada tahun
2014. Walaubagaimanapun kami hanya mula menjual secara rasmi
pada Mac 2015 dengan dua produk iaitu MORA Argan Oil dan MORA
Cleanser. Ketika itu Argan Oil tidaklah sepopular sekarang. Tapi yang
buatkan Mira berasa bangga adalah produk kami boleh dikatakan
antara ‘pioneer’ dalam pasaran. Sekarang ini Mira tak begitu push
produk ini lebih-lebih. Maksudnya Mira tak pasarkan lagi melalui TV.
Strategi pemasaran kita agak simple memandangkan kita mempunyai
pengikut tersendiri. Malahan produk Mora sudah ke luar negara
sehingga ke Jepun, UK dan Hong Kong.

Secara keseluruhannya, melalui dua produk ini, MORA berjaya menjual


sebanyak 30,000 botol (Argan Oil dengan Argan Cleanser) dan kita

54
dalam proses untuk mengeluarkan produk seterusnya daripada Korea.
Setakat ini kita mempunyai hampir 100 orang ejen dalam dan luar
negara.

Tapi kenapa kosmetik, bukannya fesyen? Sebab selalunya artis akan


wujudkan jenama fesyen sendiri.

Bagi Mira, fesyen ini agak leceh berbanding dengan skincare. Produk
kosmetik ini bila nak restock senang. Tak perlu tengok warna apa,
packaging apa sebab kita tahu semuanya sama. Itulah sebabnya.

Apa pandangan Mira mengenai trend anak muda sekarang yang


semakin gemar berniaga sendiri dari bekerja makan gaji?

Pandangan peribadi Mira mudah- ini membuktikan yang orang muda


sekarang tidak malas. Kalau you tak dapat kerja, you sepatutnya boleh
elakkan gelaran penganggur itu dengan berniaga sendiri. Mungkin
you boleh kata isu modal tapi sebenarnya nak mulakan perniagaan
sekarang tak perlukan modal yang banyak mana.

Ambil contoh Mira sendiri, masa Mira jual tudung dulu, Mira bukannya
bermula dengan modal yang banyak. Tapi tak semestinya jual tudung.
Itu contoh. Apa yang you rasa you suka buat, you boleh buat.

Kata-kata terakhir kepada anak muda yang bercita-cita tinggi dalam


perniagaan.

Just go for it. Kalau kita asyik fikir je, pasti tak akan jadi. Just do it.
Sebab kadang kalau you fikir banyak, you tak boleh berjaya. Kalau
gagal ke, you boleh cuba benda lain. Kita tak cuba, kita tak tahu.

55
56
FAR CAPITAL:
MERDEKAKAN DIRI MELALUI HARTANAH
FAIZUL RIDZUAN

“Nama Faizul Ridzuan menjadi sebutan apabila bukunya ‘WTF: 23


Hartanah Sebelum 30’ menjadi best-seller dan ini membuka mata orang
ramai kepada ikon pelaburan hartanah ini. Selain dari mengadakan
sesi webinar secara percuma, program Sarjana Hartanah dihadiri oleh
ribuan peserta dan merupakan program pendidikan hartanah no 1 di
Malaysia. Syarikatnya, FAR Capital menguruskan klien-klien dengan
memberi nasihat pelaburan hartanah serta memuktamadkan urusan
jual beli. Pada 2015, FAR Capital berjaya menguruskan urusan jual beli
hartanah berjumlah RM 50 juta setahun dan pada 2016, beliau amat
positif untuk mencapai angka RM 100 juta.”

WAWANCARA BERSAMA FAIZUL RIDZUAN

Boleh saudara Faizul ceritakan sedikit sebanyak mengenai FAR


Capital Sdn Bhd.?

FAR Capital sebenarnya merupakan penasihat hartanah dan bertujuan


membantu mereka yang ingin beli hartanah bertujuan untuk mencapai
‘financial freedom’. Kiranya mereka nak merdeka lah senang cerita.

57
Apa yang unik mengenai FAR Capital adalah tidak ada sesiapa
yang pernah buat perniagaan sebegini di mana saya yang menjadi
penasihat mereka untuk mencadangkan ‘what to buy’, ‘how to buy’
dan ‘where to buy’.

Beza FAR Capital dengan syarikat pengurusan kewangan adalah-


mereka rata-ratanya dibayar oleh penjual produk itu sendiri,
sedangkan saya dibayar oleh klien untuk bekerja dengan mereka.

Jadi dalam hal ini, klien saya akan lebih berpuas hati dengan nasihat
saya kerana saya sudah pasti akan menjaga kepentingan dirinya.

Sebenarnya mereka membayar bukanlah kerana nasihat saya semata-


mata tetapi kerana mereka percaya bahawa saya mempunyai integrity
untuk tidak mengambil kesempatan ke atas mereka.

Pada pendapat Faizul, mengapa hartanah merupakan medium yang


terbaik bagi anak muda yang mahu merdeka dari segi kewangan?

Saya punya pendapat ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Pada


umur 32 tahun saya telah menjual 3 biji rumah yang saya beli di mana
jumlah keuntungan bagi ketiga-tiga rumah tersebut adalah RM500
ribu.

Dari duit itulah saya gunakan untuk mengerjar cita-cita saya untuk
menjadi seorang usahawan. Saya tidak fikir saya mampu mendapat
modal sebanyak itu jika saya melabur dalam pelaburan yang lain.

Kedua, pelaburan hartanah ini adalah ‘everyone’s game’ di mana


hampir kesemua orang boleh melabur dan menyertainya. Berbeza
dengan pelaburan saham atau komoditi yang memerlukan ilmu
pengetahuan yang kompleks, pelaburan hartanah sebenarnya agak

58
mudah dan lebih ‘predictable’ berbanding dengan pelaburan lain.

Ketiganya, modal bagi pelaburan hartanah adalah sangat minimum


atau hampir tiada kerana bank boleh meminjam wang mereka. Lebih
menarik lagi, wang yang dipinjam itu kemudiannya dibayar oleh
penyewa rumah kita.

Bolehkah kita membuat pinjaman ASB, main saham dan beli emas dan
ada orang lain membayarkan bayaran bulanan pinjaman tersebut?
Pelaburan rumah boleh.

Atas tiga sebab utama inilah saya merasakan pelaburan hartanah


adalah cara terbaik untuk anak muda yang mahu ‘financial freedom’.

59
Apakah cabaran paling besar bagi Faizul sepanjang menjadi pelabur
hartanah?

Masa. Dalam pelaburan hartanah ini kita kena berkorban masa


setidak-tidaknya 5 tahun. Semasa saya bermula melabur, saya tidak
beli kereta pada 6 tahun pertama. Saya ke sana ke mari hanya dengan
menunggang motorsikal.

Seterusnya, kita kena sanggup menukar perancangan kita dalam


pelaburan sekiranya pelan A tidak menjadi. Ini sememangnya lebih
mudah cakap dari buat.

Saya beri contoh program Sarjana Hartanah yang saya kendalikan.


Pada mulanya sambutannya amat amat memberangsangkan. 100%
sold out dalam 150 orang. Jadi kami bertambah yakin. Kemudian
apabila kami anjurkan lagi, kurang dari 150 orang yang hadir.

Buat lagi, 50 orang sahaja datang. Kali terakhir kita buat- hanya 25
orang. Bila kita lihat situasi ini yang semakin lama semakin merosot,
kita cadangkan Pelan B.

Caranya adalah dengan menukar cara kami iklankan program Sarjana


Hartanah. The product is good but the positioning is bad. We change
the positioning.

Dulu sebab kita berjaya, kita ingat hanya teruskan apa yang ada. We
become cocky. Sedangkan kita tidak pernah terfikir untuk mengubah
cara kita berkomunikasi.

Oleh itu, kita ubah strategi dan golongan sasar kita. Syukur, selepas
raya tahun ini kita berjaya cipta rekod baru dengan jumlah kehadiran
yang paling tinggi sepanjang Sarjana Hartanah dianjurkan.

60
Pengajarannya- sekalipun sudah berjaya, jangan merasakan kita
sudah hebat dan tahu segalanya. Sentiasa majukan diri atau produk.

Sepanjang 11 tahun menjadi pelabur hartanah dan 4 tahun sebagai


usahawan dalam bidang hartanah, apakah perubahan paling
signifikan yang Faizul lihat sejak mula-mula menceburi bidang ini?

Saya rasa tahap penerimaan dari kalangan orang muda semakin


hari semakin bagus. Walaupun begitu ramai juga orang muda yang
mengata, mengeji dan mencaci golongan pelabur hartanah seperti
saya, tetapi jika dilihat kehadiran peserta ke Sarjana Hartanah, rata-
ratanya adalah golongan muda di bawah 35 tahun.

Oleh itu saya lihat tahap kesedaran sudah ada. Jika anda nak tahu,
apa yang membuatkan saya begitu bangga adalah kehadiran pelabur
Bumiputera amat memberangsangkan.

Tahun lepas kalau saya buat seminar, hanya 20% adalah Bumiputera.
Hari ini terbalik. 20% adalah bukan Bumiputera. Ini semua berlaku
sejak 4 tahun yang lepas. Alhamdulillah. Jika saya mati esok, saya rasa
saya akan mati dengan senyum.

Apakah jawapan Faizul kepada mereka yang sering mengatakan


pelaburan hartanah bukanlah permainan orang Melayu? Dan yang
beri komen itu sendiri adalah orang Melayu.

Pada saya kita hidup di dunia yang ‘free world’. Jika you tak buat,
orang lain yang akan buat dan ambil peluang itu. Saya lagi rela biar
saya ambil dari biar peluang itu orang lain yang ambil.

Saya tak mahu melihat negara ini menjadi seperti Indonesia di mana
pengagihan kekayaan sangat tidak adil. Katakanlah ianya berlaku dan

61
orang Melayu pada masa itu tidak ada duit nak beli rumah, rusuhan
akan berlaku kerana you tak boleh terima hakikat merempat di negara
sendiri.

Oleh itu kena ada keseimbangan. Ini lah cabaran utama saya untuk
memecahkan stigma mengenai pelaburan hartanah di kalangan
orang melayu. Tetapi ini tidak bermakna saya hanya ingin menjadi
jaguh di kalangan orang Melayu sahaja.

In fact, saya rasa saya berhak mendapat penghormatan yang sama


dari pelabur-pelabur hartanah yang lain. Hanya kerana saya Melayu
tak bermaksud saya berjaya disebabkan kroni ataupun atas dasar
kesian.

Saya pernah datang ke satu forum dan terdengar ada seorang


Cina ini berkata pada saya ‘you are lucky because you have all the
Government’s support.

Saya rasa terkilan dan marah. I worked very hard to be where I am


right now. I’ve never gotten easy money anywhere and I’ve been
working since I was 13 years old.

My family which was poor at that time taught me by force that I am


not going to get anything if I don’t work for it. So to those who say I
am only get to what I am today because of I am a Malay, my answer
to them is F**k you!

Pesanan kepada anak muda yang berminat dalam pelaburan


hartanah?

Kerja keras. Jangan reward yourself terlalu awal. Bersusah-susah


dahulu. Kemudian bina integriti. Ingat, kita hanya ada satu nama

62
dan jagalah elok-elok. Jangan sesekali jual nama itu hanya untuk
keuntungan seketika. InsyaAllah anda boleh berjaya.

Bila sudah berjaya, beri balik kepada masyarakat.

63
64
LANUN JOHOR:
GANAS DAN DISAYANGI
KAPTEN J

“Berjaya menjual 50 ribu helai baju dalam masa 2 tahun, Lanun


Johor kini merupakan antara jenama ‘street-wear’ tempatan yang
terkenal. Idea yang berasal daripada sembang ‘suka-suka’ ini telah
membuahkan hasil. Butik Armada Lanun Johor berada di JB City
Square dan NU Sentral, KL.”

WAWANCARA BERSAMA KAPTEN J

Boleh Kapten ceritakan tentang sejarah Lanun Johor?

Lanun Johor bermula pada tahun 2013. Masa itu kita dalam kereta
dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menonton
perlawanan JDT. Saya cakap pada kawan saya baju-baju yang dijual
di stadium tak berapa lawa. Kalau ada pun yang berbaloi nak beli,
tulisannya dalam ‘English’. Tak ke rasa tercabar maruah? Mana
Bahasa Melayu kita? Jadi dari situ kita guna nama ‘Lanun’. Supaya ia
memberikan mesej yang kita akan gunakan Bahasa Melayu.

65
Selepas itu kita mula ‘design’ baju kita sendiri- dalam sekitar Jun
2013. Kita ‘upload’ di Facebook dan kita terkejut bila ramai yang buat
tempahan awal. Pertama kali kita jual, habis 1,500 helai dalam masa
sebulan.

Dari situ kita jual pula di stadium dan kita ambil ejen-ejen untuk
memasarkan produk Lanun Johor. Sambutan boleh kata hebat sebab
orang suka rekaan kita. Lepas itu sebab nama pun ‘Lanun’ kan.
Nampak garang, melawan dan stylo. Secara keseluruhan, kita berjaya
menjual 50,000 helai baju dalam masa kurang dari dua tahun.

Bila kita dah cukup yakin dengan pengikut kita, barulah Lanun Johor
membuka kedai pertama di Larkin pada 2015.

Kemudiannya sekitar awal 2016, kita buka di Bandar Baru Uda, April
di JB City Square dan Jun baru ini di Nu Sentral Kuala Lumpur. Secara
keseluruhannya kita mempunyai 20 orang pekerja.

66
Dalam perjalanan dari menjual di Facebook sehingga ada butik
tersendiri pusat beli belah, apakah cabaran atau pengalaman paling
mencabar Lanun Johor?

Kita pernah sampai ada orang buat laporan polis terhadap baju rekaan
kita atas alasan kita menghina Sultan. Barang kita digeledah dan bila
polis ‘check’ mereka dapati tiada unsur sedemikian. Itu bagi saya
antara cabaran. Maklumlah kita ini dianggap pendatang luar kerana
tiba-tiba berniaga jual baju di perkarangan stadium. Orang lama
yang sudah ada di situ bila tengok baju kita yang paling laku, mestilah
berasa iri hati. Tapi itulah asam garam dalam dunia berniaga. Kita
kena kental. Kena sabar.

Apa strategi Lanun Johor yang menyebabkan jualan baju begitu


laku?

Kita kena jadi lain dari yang lain dan sentiasa kreatif dalam pemasaran.
Lanun bermula dengan mengaitkan jenama bersama bola sepak.
Sebab itu kalau dilihat rekaan baju-baju kita lebih ke arah bola sepak.
Namun menyedari lama-kelamaan ‘crowd’ bola ini akan static, kita
beralih kepada ‘street wear’.

Untuk itu Lanun Johor telah memberikan hadiah motorsikal dalam


kempen. Kita beri motor Harley Davidson pada 2014 dan tahun lepas
kita bagi Ducati. Tujuan kita jadikan motorsikal sebagai hadiah
adalah untuk ‘associate’ jenama kita dengan peminat motorsikal. Dari
segi rekaan baju juga, kebiasaannya baju penunggan motorsikal ini
memang kena dengan imej ‘Lanun’.

Itu dari segi strategi pemasaran. Apa pula tips yang boleh dikongsikan
kepada bakal-bakal usahawan yang ingin berniaga? Mungkin Lanun
Johor boleh cerita sedikit.

67
Pertama sekali kita jangan sesekali ikut orang. Bila kita asyik ikut
orang, kita akan ketinggalan dan kita sekadar jadi pengikut. Dalam
perniagaan baju misalnya, kalau kita asyik meniru rekaan orang lain,
sampai bila-bila pun kita tak akan jadi ‘market leader’.

Analoginya mudah- kita ambil contoh orang bercinta. Orang yang


sedang dilamun cinta dengan orang yang meniru orang bercinta
tidak sama. Dalam berniaga macam itulah. Kita kena jadi orang yang
bercinta, bukannya yang meniru cinta.

Keduanya, dalam apa jua bidang yang kita lakukan, mesti kena ada
‘passion’. Dari situlah satu produk yang bagus akan dihasilkan kerana
kita minat dan kita seronok nak hasilkannya.

Yang seterusnya adalah dalam berniaga, tak boleh sekejap-sekejap.


Kalau dah alang-alang mahu berniaga, buat sepenuh masa, sepenuh
hati dan sepenuh jiwa. Tak boleh part-time. Saya tengok khsusnya
orang melayu ada perasaan takut bila hendak berniaga. Risaukan
tidak ada pendapatan tetap dan masih sayangkan pendapatan tetap
bulanan. Tapi ‘no risk no gain’. Betul tak?

Apa pelan di masa akan datang bagi Lanun Johor? Sudah ada
perancangan?

Selepas pembukaan butik di JB City Square dan Nu Sentral KL, Lanun


Johor berada di landasan yang tepat untuk menjadikan jenama kami
ini sama hebat dengan baju Hard Rock Café. Kami mahukan orang
ramai membeli baju kami kerana jenama ‘Lanun Johor’.

Pada masa yang sama kami akan terus mengembangkan lagi


perniagaan dengan pembukaan kedai baru jika ada lokasi yang
bersesuaian. Suka untuk saya maklumkan bahawa Lanun Johor sering

68
menetapkan hasrat bagit membuka kedai berhampiran dengan syarat
kedai itu harus berdekatan dengan jenama Adidas, Nike dan Puma.
Kita mahu buktikan jenama kami setanding, atau lebih baik.

Kita juga sedang dalam proses membuka konsep franchais di bawah


jenama Lanun Johor. Jika tiada masalah, akan ada 5 lagi kedai
franchais Lanun Johor di lokasi seperti Pontian, Batu Pahat, Muar dan
Melaka.

Pesanan bagi anak muda yang ingin memerdekakan diri.

Tiga perkara. Anak muda kena yakin pada diri sendiri. Buat yang
terbaik dan jangan jadi jaguh kampung semata-mata.

69
70
SEMUANYA BOLA:
MENGUBAH CERITA BOLA SEPAK
AHMAD MUZAMMIL

“Bermula hanya dengan suka-suka dan sekarang menjadi tumpuan


peminat bola sepak tempatan. Mencapai lebih 3,000,000 pageview
sehari, SemuanyaBola.com semestinya menjadi pilihan peminat bola
sepak Malaysia. Membuat analisis serta taktikal berkenaan dengan
pasukan bola sepak dalam mahupun luar negara dalam Bahasa
Melayu dan menjadi sumber rujukan utama peminat bola sepak
Malaysia.”

Bangun seawal 5 pagi untuk memasak juadah sarapan, rehat pagi,


makan tengah hari dan rehat sesi persekolahan waktu petang untuk
1,000 pelajar sekolah menengah sehingga pukul 6 petang bukanlah
kerja idaman seorang pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan
kimia yang tipikal. Tapi bila anda mempunyai passion dan bekerja
keras, semuanya menjadi.

Shahrir Bahar pula ketika itu sedang rancak meluaskan empayar


perniagaan madunya. Melalui Facebook, saya melihat beliau kerap ke
Darul Syifa, KLIA2 dan banyak kedai-kedai dan farmasi sekitar Bandar
Baru Bangi.

71
Sesuailah kerja beliau sekarang dengan Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Perniagaan yang beliau miliki.

Meskipun berbeza latar belakang pendidikan, kami berkongsi minat


sama dalam bola sepak sejak dari bangku sekolah menengah. Dan
satu perkara yang kami sudah lama bersetuju apabila bersembang
hal bola sepak adalah, tak banyak bahan bacaan bermutu berbahasa
Melayu dalam niche bola sepak.

Menyedari adanya kevakuman maklumat berkualiti berbahasa Melayu


dalam bola sepak, kami tubuhkan Semuanya BOLA. Melihat respons
positif daripada audiens awal kami, Shahrir kemudiannya menyedari:
Semuanya BOLA mempunyai potensi untuk menjadi lebih dari sekadar
fanpage perkongsian maklumat secara suka-suka.

Sub-topik 1: Dari fanpage ke laman web

Sejak dari peringkat awal kami membangunkan Semuanya BOLA,


Shahrir sudah melihat apa yang saya tak nampak. Apabila beliau
berkata Semuanya BOLA boleh menjadi sebuah syarikat digital media
yang mengumpul ratusan ribu pembaca setiap bulan, visi beliau
disambut oleh rasa skeptikal saya.

“Ada ke orang yang nak baca artikel berat pasal bola sepak on daily
basis?”

“Mampu ke kami jadikan Semuanya BOLA sebagai sebuah ‘syarikat


digital media’?”

“Bolehkah saya beri komitmen penuh kepada projek ini selepas 12 jam
bekerja di kantin?”

72
Rasa skeptikal saya ada asasnya.

Pertama, kami bukanlah ‘orang industri’. Kami tiada ahli keluarga


yang bekerja dalam atmosfera bola sepak tempatan dan media. Kami
tiada kenalan. Kami tak tahu selok-belok dan asam garamnya. Kami
hanya peminat bola sepak yang hanya ada impian.

Kedua, sebagai penulis utama, saya perlu memberikan komitmen


membekalkan artikel berkualiti setiap hari walau selepas 12 jam
bekerja. Sebelum menulis, saya perlu membuat kajian. Sebelum
membuat kajian, saya perlu fikirkan idea. Sebelum fikirkan idea, saya
perlu membaca.

Maka tak hairanlah, Shahrir memerlukan beberapa cubaan sebelum


dapat menyakinkan saya untuk merealisasikan Semuanya BOLA
sebagai syarikat digital media. Untuk menjadi sebuah syarikat digital
media, kami perlukan laman web. Akhirnya pada Oktober 2014,
semuanyabola.com pun ditubuhkan.

73
Sub-topik 2: Setahun tak bergaji

Visi sudah ada, perancangan jangka masa pendek, sederhana dan


panjang sudah ada dan laman web sudah ada - sekarang masa untuk
bekerja.

Untuk melaksanakan projek ini secara serius, kami perlukan trafik


ke laman web. Untuk mendapat trafik, kami perlukan artikel secara
konsisten. Untuk mengejar trafik tanpa perlu mengorbankan identiti
Semuanya BOLA yang sentiasa menghasilkan artikel berkualiti, kami
perlu membuat kajian dahulu. Untuk membuat kajian, kami perlukan
masa. Dan untuk mendapatkan masa, kami perlu berkorban. Jadi
selama setahun, kami membangunkan laman web dan platform
media sosial Semuanya BOLA tanpa gaji. Untuk membantu, kami
banyak merekrut beberapa individu yang boleh bekerja tanpa gaji
tetapi mempunyai passion dalam bola sepak.

Baru 4 bulan beroperasi, semuanyabola.com sudah pun konsisten


mengumpul 150,000 pembaca dan 1 juta pageviews sebulan. Bounce
rate pula konsisten bawah 6%.

Artikel Semuanya BOLA mula muncul di dada akhbar dan televisyen.


Wartawan-wartawan sukan arus perdana juga meminati tulisan kami.
Pendapat kami di artikel dan media sosial mula mempengaruhi arena
bola sepak negara. Audiens laman web kami berkembang sehingga
menjadi sebuah komuniti yang fanatik dengan jenama Semuanya
BOLA.

Sekali lagi saya tekankan, apabila anda mempunyai passion dan


sanggup bekerja keras, semuanya menjadi. Meskipun jenama
Semuanya BOLA semakin dikenali, kami masih bergelut dan tak mampu
menawarkan imbuhan kepada ahli-ahli pasukan kami yang bersama

74
sejak awal penubuhan syarikat. Apatah lagi untuk menawarkan gaji
kompetitif yang membolehkan mereka menumpukan usaha sepenuh
masa di Semuanya BOLA.

Ketika inilah Shahrir menyahut cabaran untuk berkorban pula. Untuk


memastikan Semuanya BOLA mula dikenali oleh syarikat-syarikat
agensi media, klien berpotensi dan mampu menghasilkan model
perniagaan yang lestari, beliau menjual syer pemilikan syarikat
madu beliau untuk menumpukan usaha pemasaran Semuanya BOLA
sepenuh masa.

Hasil kerja Shahrir ini kemudiannya mendapat perhatian agensi


kerajaan, Cradle dan Teraju. Bantuan kerajaan ini membolehkan
kami untuk meningkatkan keagresifan usaha pemasaran. Dan
hasilnya dapat dilihat pada Jun 2016 apabila A&W Malaysia memberi
kepercayaan kepada kami untuk melakukan kempen pemasaran
sempena kejohanan EURO 2016.

Selepas ini, Semuanya BOLA akan bekerjasama dengan penaja untuk


memeriahkan liga bola sepak tempatan, Piala Malaysia 2016 dan
perlawanan antarabangsa skuad kebangsaan. Tak cukup dengan
itu, beberapa penganjur dan penaja sukan lain seperti MotoGP,
sepak takraw dan futsal bakal bekerjasama dengan kami untuk
memperhebatkan kempen pemasaran digital mereka. Kami belum
berjaya lagi. Jika dibandingkan dengan banyak lagi syarikat-syarikat
lain yang turut menulis dalam buku ini, kami masih kecil dan perlu
belajar lagi.

Perjalanan kami masih jauh. Tetapi dengan passion dan kerja keras,
kami yakin dapat merealisasikan impian kami untuk menjadi syarikat
digital media yang meliputi bukan bola sepak sahaja, malah semua
jenis sukan.

75
76
VENDEUR FESTIVAL:
MENGASAS FESTIVAL NO 1 MALAYSIA
SAYANG ERNINA

“Permulaan yang kurang baik oleh salah seorang pengasas Festival


Vendeur pada edisi sulung 2014 membuatkan dirinya tekad untuk
bangun semula. Dan hari ini Festival Vendeur menjadi bualan ramai
orang terutamanya kepada brand-brand lokal. Penganjuran acara-
acara oleh Festival Vendeur sehingga sekarang telah mengumpulkan
lebih 1,000,000 orang pengunjung. Hasil jualan terkumpul setakat ini
mencecah RM 10 juta bagi beberapa siri Festival Vendeur diadakan.”

Misi dua hari selesai! Kaki hampir kejang gara-gara berlari dari satu
dewan ke dewan lain. Dari pagi membawa ke tengah malam, puluhan
ribu pengunjung berasak-asak membeli-belah di Pusat Konvensyen
dan Pameran, Matrade. Suara tawar menawar kedengaran, berselang
seli dengan jeritan peniaga mempromosikan barangan dan produk
masing-masing.

Walaupun keletihan tetapi aku puas. Usaha yang di anggap mudah


oleh sesetengah manusia, yang hanya pandai berkata-kata tetapi aku
sambut sebagai cabaran. Mungkin dimata kau hanya ‘dua hari jer’
namun hakikatnya hampir berbulan mimpi tidak menjengah tidurku.

77
Hanya kerana Vendeur Festival!

Aku duduk melepas lelah. Jam hampir tiga pagi, 19 Jun 2016, kurang
tiga minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Kelihatan staf-staf VF Prima Sdn Bhd sibuk mengemas dewan.
Pemilik-pemilik jenama dalam kepenatan ada kegembiraan. Mana
tidaknya barang jualan habis diborong. Melihat wajah mereka, aku
senyum puas.

Fikiranku mengimbas saat aku mula berjualan. Tiga tahun lalu aku juga
seperti penjual-penjual itu. Mengusung barang jualan ke sana ke mari
di setiap bazar demi mencari rezeki meneruskan kehidupan. Kadang-
kadang aku rasa bodoh. Bukan aku tidak mempunyai pekerjaan tetap.

78
Aku menjadi tutor di sebuah universiti awam tempatan. Gaji asas
mencecah RM2,500. Sebaik habis pengajian Master nanti, jawatan
pensyarah pasti milikku. Gaji pasti bertambah. Belum kira imbuhan
lain yang bakal ke kantungku. Pendek kata, dah boleh senanglah
nanti.

Difikirkan balik, kepuasan aku sebenarnya bukan disitu. Aku hendak


berniaga bukan sebab semata-mata ingin kaya. Aku ingin tolong
bangsaku sendiri. Kalau boleh dengan ilmu yang aku ada, kami saling
membimbing antara satu sama lain.

Aku yakin, kekuatan ekonomi sesuatu negara itu bergantung kepada


mereka yang mempunyai semangat keusahawanan. Jika Bumiputera
dan orang Islam bersatu menguasai ekonomi, ia menjadi faktor
penting kepada peradaban sesuatu bangsa. Fuhh… tinggi sungguh
cita-citaku.

Aku memulakan misi kekuatan ekonomi dengan berjualan secara


kecil-kecilan di Instagram. Sebutkan apa produk yang aku tidak jual.
Jubah, baju, kasut rantai, skirt semua aku jual. Asal barang jadi duit
orang kata. Masa tu aku kenal dengan seorang leng cai penjual telefon
bimbit. Dia rekamen aku jual produknya.

Aku membina cabang perniagaan baru. Telefon bimbit pelbagai


jenama dan aksesori gajet. Komisyen boleh tahan lumayan.

Masa itu, kawan-kawan rapat menjadi mangsa. Beberapa bulan


sekali aku racun mereka supaya tukar telefon. Mujur kawan-kawan
support aku meniaga. Part ini memang terharu. Sebab bagi aku dalam
berniaga ni kita perlukan satu networking yang kuat. Aku beli barang
kau, kau beli barang aku. Di situ kekuatan perniagaan sebenarnya.

79
Sampai satu tahap lagi beberapa bulan kita nak berhari raya. Masa
itu aku sasar nak beli sebiji iPhone 5 buat berselfie di pagi raya.
Tetapi mengenangkan harga mencecah RM 3,000 memang kacau
jiwa. Tipulah kalau masa itu aku saja yang mengidam iPhone 5.
Semua orang nakkan gajet itu. Setiap masa sel-sel otak aku dipaksa
berhubung untuk meraih modal membeli iphone 5!

Bagai rezeki terpijak, ketika aku sedang berjualan di sebuah bazar di


Damasara, aku di sapa oleh penganjur bazar yang juga kawan aku.
Dia mengajak aku untuk jadi rakan perniagaan menganjurkan bazar
yang lebih besar di sebuah pusat beli-belah.

“Cuba kau kira kalau 300 online seller join kita, untung puluh ribu ini.
Kita buat sama-sama, untung kita bahagi dua,” katanya menyakinkan
aku.

Sepantas kilat aku bersetuju. Kalau ikutkan untung, lebih dari iPhone
5 aku boleh dapat. Mungkin raya ini rezeki aku. Hati mula berbunga-
bunga. Aku mula mencurahkan segala usaha untuk bazar itu.

Bermula dari kertas kerja, mesyuarat dengan pengurusan pusat beli-


belah, kempen mempromosikan bazar, aktiviti meyakinkan peniaga-
peniaga online untuk mengeluar modal menyertai kami sehinggalah
ke aktiviti pasang bunting, sepanduk dan mengedar risalah, aku
lakukan bergigih-gigih.

“Ini projek besar aku yang pertama. Kalau yang ini berjaya, lepas ini
mesti dia ajak aku join lagi,” aku motivasikan diri ketika itu.

Lewat malam terakhir bazar, usai aku menyapu sampai membersihkan


lantai penganjuran, aku dipanggil ‘business partner’ aku. Hati semakin
berdebar kerana keuntungan bakal diterima malam itu. Sampul surat

80
diserah padaku dan dia terus pulang. Aku ucap terima kasih.

Sampul dibuka dan hasilnya…

Seperti mahu menangis aku malam itu. Menangis bukan kerana


syukur. Menangis kerana usaha aku dibayar pengkhianatan! Hampir
tiga bulan aku bak lipas kudung menjayakan projek itu dan imbuhan
dalam sampul itu hanya RM1,000 sahaja!

Aku bukan bodoh tidak tahu segala kos-kos operasi projek itu. Aku
cuba telefon dia, namun tidak berjawab. Ya Allah, ujian apakah ini?
Jangan kata iPhone 5, bayar hutang pun tak lepas. Kerana wang aku
dikhianati. Ditikam kawan sendiri itu lebih perit dari ditikam musuh.

Mujur aku masih ada lagi kawan-kawan yang baik hati. Si Erlyn penjual
jubah dan Ashry si penjual kasut yang sama-sama berniaga di bazar
dan Instagram tidak putus-putus memujuk aku untuk bangkit.

Mereka yang bersama dengan aku pada malam sampul surat


diterima. Yang melihat air mata kekecewaan dan kesedihan. Lebih
menyedihkan, hari raya hanya beberapa minggu lagi!

Aku pujuk diri. Aku yakinkan hati apa yang terjadi ada hikmahnya.
Mungkin ‘kawan’ aku itu sedang seronok berhari raya dengan wang
puluhan ribu hasil kudrat aku. Tetapi dia lupa aku lagi ‘kaya’.

Manakan tidak semua hasil usaha projek dari lusuh sehingga siap
adalah kerja keras aku. Dia mungkin kaya wang, tetapi aku menang
pengalaman!

Tarikh 10 dan 11 Mei 2014 sejarah tercipta . Nama Vendeur Festival mula
menjadi fenomena di kalangan pembeli dan usahawan Instagram.

81
Ratusan ribu pengunjung menyerbu Stadium Melawati, Shah Alam,
Selangor. Ada yang berkampung di luar stadium, sanggup berembun
untuk mendapatkan koleksi jenama online yang diminati. Belum dikira
yang berpusu-pusu membeli belah, yang menangis kerana barang
dihajati terlepas dan pengsan kerana terhimpit.

Sambutan sungguh luar biasa.

Aku berjaya menganjurkan Vendeur Festival 1.0 setelah bergabung


tenaga dan idea bersama Erlyn dan Ashry. Lebih mengujakan impak
luar biasa Vendeur Festival 1.0 menjadi titik tolak kepada kejayaan
industri usahawan dalam talian.

Usaha kami mendapat liputan luas di media cetak dan elektronik.


Vendeur Festival berjaya menghimpunkan 400 usahawan online
Bumiputra di bawah satu bumbung. Menjana transaksi jualan hampir
RM 1.5 juta dalam masa dua hari!

Mujur aku tidak terus tersungkur atas tragedi 2013. Falsafah aku
hanya satu, jika seseorang itu begitu kuat membuatkan engkau jatuh,
tunjuk pada mereka yang engkau lebih kuat untuk bangkit.

Malam 19 Jun 2016 mencatat penganjuran Vendeur Festival 9.0. Sudah


dua tahun penuh cabaran kami harungi bersama. Tetapi kami belum
puas. Vendeur Festival akan terus melangkah. Akan kami pastikan
usahawan online bersama-sama kami mengecapi kejayaan.

Tidak akan kami biarkan mereka rebah, namun jika itu terjadi dengan
pantas kami akan bangkitkan mereka semula.

Benar, mereka mungkin nampak perjalanan kita yang indah. Tidak


merasa perit tersungkur sebelum bangun semula. Pesan aku, tidak

82
salah berniaga walaupun kau pemegang ijazah kelas pertama. Risiko
itu ada mana-mana.

Life is interesting. In the end, your greatest pains become your greatest
strengths…

83
84
FH HEALTHCARE:
DOKTOR YANG ASALNYA GAGAL
DR. FIRDAUS HARIRI

“Anak muda ini telah berjaya membuka beberapa buah klinik bersama
rakan-rakannya ketika mereka masih muda. Beliau bersama 5
rakannya yang lain telah menubuhkan FH Healthcare pada 2006.
Walaupun masih muda dalam lingkungan 28-38 tahun, namun atas
semangat dan kegigihan mereka ini membuatkan mereka berjaya
membuka sehingga 6 buah klinik, menceburi bidang pertanian serta
makanan (F&B).”

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka
yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan kesabaran.” (Surah Al-Asr, 1-3)

Perjalanan saya selama 14 tahun sebelum menjadi seorang pakar


bedah mulut dan maksilofasial sememangnya penuh dengan pelbagai
dugaan dan halangan. Bermula dengan matrikulasi, kemudian ijazah
sarjana muda pergigian, seterusnya ijazah sarjana muda perubatan
dan akhir sekali ijazah sarjana kepakaran pembedahan maksilofasial.
Tiada jalan pintas. Kuatkan semangat dan terus berjuang. Perjalanan

85
ini ibarat satu jihad yang besar, pada masa yang sama mengajar diri
sendiri erti kemerdekaan sebenar dalam konteks pencarian ilmu,
pengukuhan ekonomi, ‘survival skills’ dan peluang untuk mencipta
satu ‘chain reaction’ agar ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan
oleh orang lain.

****

Ayah saya suatu ketika dahulu merupakan budak kampung seperti


mana kanak-kanak lain pada lewat tahun 1940an di Tanah Melayu
yang pada ketika itu masih dijajah British. Anak kepada seorang
peneroka yang pernah hidup pada era pemerintahan Jepun, beliau
hidup dengan serba kekurangan dan kepayahan berbanding dengan
diri saya pada usia yang sama seperti beliau.

“Jangan membazir, ramai lagi orang lain yang berlapar.”

Pesan ayah jika nampak anak-anaknya tidak menghabiskan makanan


di atas pinggan. Makanan rutinnya bersama keluarga adalah ubi kayu
dan hasil bertani, berbeza sangat dengan diri saya apatah lagi anak-
anak saya kini. Sehingga hari ini, cukup bagi beliau sekadar air kosong
terhidang di atas meja.

Membantu ayahnya mengutip koko, menyimpan wang saku hasil


jualan tani untuk membeli bekalan minyak pelita bagi menghabiskan
kerja sekolah di rumah pada waktu malam, berjalan kaki ke sekolah di
luar kampung dan kadangkala cuma berselipar kerana tidak mampu
untuk membeli kasut baru, beliau berjaya memerdekakan dirinya
untuk keluar dari kampung halaman, masuk ke sekolah menengah
berasrama, belajar bahasa Inggeris dan memperoleh peluang ke luar
negara bagi melanjutkan pelajaran.

86
Kemerdekaan bagi diri ayah saya ialah kejayaan melepasi tembok
halangan kepayahan hidup. Kemerdekaannya telah memberikan
peluang dan asas penting untuk dia dan anak-anaknya melakukan
perkara yang sama, kali ini bukan hanya untuk keluarga bahkan untuk
masyarakat.

Tidak kira dari mana asal-usul dan latar belakang kita, jangan sekali-
kali kita berasa sangsi dengan keupayaan diri ini.

****

Saya gagal tahun pertama bidang pergigian dengan teruk sekali pada
tahun 1998. Teruk sehingga hilang keyakinan diri dan merasakan
dunia terlalu gelap. Gagal atas kesalahan sendiri yang lalai dengan
tanggungjawab sebagai seorang anak. Apabila diberi peluang kedua

87
untuk mengulang, saya bersyukur dan berazam mahu mulakan hidup
yang baru.

Pelbagai kerja sambilan pernah saya lakukan semasa belajar pada


suatu ketika dahulu. Bekerja untuk pengalaman dan wang saku
semasa mengulang tahun pertama kursus pergigian serta bekerja
untuk membayar yuran semasa mengambil kursus perubatan.
Walaubagaimanapun, bekerja sebagai pencuci pinggan di salah sebuah
hotel di Petaling Jaya pada tahun 1999 menjadikan saya seorang
yang lebih bersyukur dan menghargai kehidupan apabila berpeluang
mendekati lebih ramai lagi remaja-remaja seusia yang gigih bekerja
sama ada untuk mencari sesuap nasi, menampung yuran pengajian,
membayar hutang, mencari duit lebih untuk simpanan, menabung
untuk berkahwin dan macam-macam lagi. Pada ketika itulah secara
tidak sedarnya bermula pendedahan nilai-nilai ‘survival’ dalam diri
saya.

****

Adakah tugas saya sebagai seorang pakar bedah menghadkan saya


untuk melakukan perkara-perkara lain di luar bidang perubatan yang
boleh memanfaatkan orang-orang lain? Alhamdulillah, tidak sama
sekali.

‘Entrepreneurship values’ yang saya perolehi sepanjang perjalanan


hidup banyak memainkan peranan dalam usaha untuk memperbaiki
diri di samping melakukan sesuatu yang saya harapkan dapat
memberikan impak kepada masyarakat.

Bermula dengan sebuah klinik kecil, Alhamdulillah bersama rakan-


rakan baik yang saya kenali sejak sekian lama, kini kami dapat
membina jaringan 5 buah klinik dengan jumlah pekerja hampir

88
10 orang. Pekerja-pekerja kami kini ibarat ahli keluarga yang telah
bersama-sama melalui saat pahit manis sejak hari pertama jaringan
klinik kami dimulakan.

Pengalaman bekerja sebagai pencuci pinggan juga sedikit sebanyak


memberikan saya peluang mempelajari selok-belok perniagaan ‘food
and beverage’. Kini saya dan rakan-rakan, sama-sama mengusahakan
sebuah kedai kopi dengan 5 orang pekerja dan secara tidak langsung
menjadi tempat pertemuan dan perbincangan untuk bergerak terus
ke hadapan.

Walaubagaimanapun, harus kita ingat yang setiap rezeki yang Allah


kurniakan kepada kita ini pasti ada sebahagiannya hak untuk orang
lain. Saya sentiasa percaya kepada konsep ‘giving back’. Lebih banyak
yang kita beri, lebih banyak yang kita perolehi.

Misi kemanusiaan, bantuan bencana alam, bantuan dana pesakit,


khidmat masyarakat dan kelas-kelas ilmu perubatan serta ilmu agama
merupakan antara perkara yang dapat kami jalankan dan realisasikan
bagi memberi semula kepada masyarakat.

Bagi saya, permulaan setiap individu hampir sama sahaja. Gagal


juga adalah perkara biasa dalam perjuangan. Saya telah menjadikan
kegagalan saya suatu sumber inspirasi untuk mengejar impian dan
memerdekakan pemikiran saya untuk menggapai sesuatu yang
dapat memberikan manfaat kepada orang-orang di sekeliling saya.
Bila difikirkan semula tempoh perjalanan yang telah saya lalui suatu
ketika dahulu, ternyata 14 tahun tersebut adalah sebahagian besar
dalam hidup saya. Saya dan waktu itu adalah satu.

Teringat pesan Naib Canselor Universiti Malaya kepada saya pada


tahun 2005 dahulu. “Teruskanlah perjuangan kita ini. Kita tidak
punyai banyak masa.”

89
90
DUBOOK PRESS:
JALAN TERUS DAN LANGGAR
MUTALIB UTHMAN

“DuBook Press merupakan penerbit buku indie dan alternatif paling


popular di Malaysia dengan lebih dari 100 judul buku yang telah
diterbitkan. Penerbit buku ini merupakan antara ‘top seller’ ketika
di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Mereka juga menjadi di
kalangan penerbit buku pertama dari Malaysia yang telah pergi ke
London Book Fair baru-baru ini dan mereka bakal membuka kedai
buku di sana.”

Ada orang bangun jam 6 pagi untuk mengadap jem pergi bekerja. Aku
juga pernah bangun 6 pagi untuk pergi bekerja. Tapi bukan bekerja
dengan orang, tapi menjual di pasar pagi. Aku masih ingat lagi, Pasar
Pagi Seksyen 13, setiap hari Ahad.

Ketika itu aku baru berumur 23 tahun. Baru abis belajar. Yang ajaibnya
modal bisnes aku datangnya dari wang PTPTN. Aku dah grad, tapi
PTPTN masih masukkan wang biaya. Menitik air mata aku masa
aku cucuk duit dan lihat baki akaun aku ketika itu. Cepat-cepat aku
keluarkan semua dan bank in kan di akaun yang lain, takut-takut
PTPTN akan ambil semula duit tersebut. Macam bangang.

91
Dengan wang tersebutlah aku memulakan bisnes aku yang pertama,
menjual Teh Peria. Masuk Pasar Tani dan pasar malam bukanlah asing
bagi aku. Abah aku dah ajar aku untuk buat semua ini, semenjak aku
di Tingkatan 2 lagi. Kalau tak ada tapak, kita Rambo. Rambo ini main
terjah sahaja tapak orang. Tak pernah fikir panjang.

Kenapa aku pergi berniaga jam 6 pagi? Masa tu aku hanya ada skuter
V100. Itulah skuter yang aku gunakan untuk pergi kuliah, merempit
dan bawa makwe. V100 inilah juga kenderaan perniagaan pertama
aku. Aku menjual Teh Peria. Teh Peria ini stoknya aku perolehi dari
Abah aku.

Teh Peria ini khas untuk pesakit Diabetes. Aku kena bagi tester kepada
orang ramai untuk membuktikan kepada mereka bahawa Teh Peria
aku ini tidak pahit. Jadi aku kena bawa thermos dan juga baldi untuk
letak cawan tester yang telah diguna. Aku juga kena bawa kaki meja,
kaki payung, papan lapis dan payung besar itu sendiri.

Kau bayangkan aku kena bawa semua itu menaiki skuter V100 aku.
Bukan macam kau, mula-mula berniaga terus nak beli kereta, duit
dalam poket ada RM50. Berangan.

92
Menjawab kenapa aku perlu pergi berniaga jam 6 pagi- sebenarnya
pada jam 6 pagi, JPJ atau polis trafik masih belum bangun lagi. Jadi
skuter aku dengan segala macam barang yang perlu bawa itu, selamat
dari di saman.

6 pagi di hari Ahad, kenderaan juga tak banyak, jadi aku selamat
untuk bawa skuter sambil kepit baldi yang di dalamnya ada thermos
dari rumah aku di Seksyen 7 hingga ke tapak niaga di Pasar Pagi
Seksyen 13; tak perlu nak cilok dan boleh langgar lampu isyarat. Jam 6
pagi juga, makwe-makwe UiTM tak bangun lagi. Jadi tak ada lah malu
sangat nak lalu sebelah mereka di Seksyen 2.

Begitulah payahnya aku nak sampai ke tempat berniaga. Dan perit


jerih aku tak terhenti di saat itu sahaja.

Bila sampai di tapak niaga, aku tak pernah ada tapak tetap. Rambo.
Mana ada tapak kosong, aku buka payung. Walaupun sampai
dalam jam 6.30 pagi, aku terpaksa tunggu sehingga 7 pagi untuk
mengenalpasti tapak niaga yang kosong dan cop tempat.

Tunggu sampai 7.30 untuk pastikan tempat itu betul-betul kosong,


barulah aku buka payung. Pernah sekali bila aku dah setup semua
barang niaga aku, tuan tapak datang. Jadi aku kena kemas dan cari
tapak lain. Sabar ajelah aku masa itu.

Kadangkala semua tapak niaga penuh. Semua peniaga datang


berniaga, biasanya pada minggu orang dapat gaji. Balik rumah tidak
sekali. Aku nekad untuk buka tapak niaga di laluan pejalan kaki.
Laluan ini sememangnya diharamkan oleh Majlis Perbandaran Shah
Alam untuk sesiapa membuka tapak niaga, tapi aku tak ada pilihan
lain; Jalan Terus! Pernah beberapa kali disaman dan pernah sekali
barang dagangan aku dirampas.

93
Bukan takat Teh Peria aku sahaja diambil, malahan payung dan meja
jualan aku turut sama disita. Tapi patah semangat, tidak sekali. Aku
beli baru, minggu depannya aku terus berjuang lagi.

Berniaga Teh Peria ini seronok. Seronok kerana aku dapat cash setiap
hari. Kau bayangkan untuk kerja dari jam 7.30 sehingga jam 12 tengah
hari, aku boleh dapat untung bersih RM200. RM200 sehari. Selain dari
Pasar Pagi Seksyen 13 aku juga ada berniaga ditempat lain, di Padang
Jawa misalnya. Purata dapat RM150. RM150 sehari dan aku biasa
berniaga 20 hari sebulan, gaji aku dah RM3,000. Gaji kau tahun lepas
baru naik RM3,000 kan? Dari situ aku nampak ini bidang yang perlu
aku buat dengan sungguh-sungguh. Jadi dari seorang peniaga pasar
pagi dan pasar malam, kini produk aku ada terjual di semua toko jamu
ternama di seluruh Malaysia.

Kau bayangkanlah jika aku putus asa masa kena angkat semua barang
niaga aku menaiki skuter V100 atau aku putus asa ketika payung dan
meja aku dirampas MBSA. Bayangkan juga jika aku putus asa dan
mohon kerja 7Eleven. DuBook Press tak akan ada. Sebab apa? Sebab
aku takkan ada duit lebih untuk buat DuBook Press.

Pergi matilah dengan nasihat kalau nak berniaga, berniaga apa yang
kita suka. Kau ingat aku suka ke jual Teh Peria tu dulu? Dah la tak
glamour, jual dekat pasar malam pula tu. Kau dengar nasihat aku ni.

Mulakan perniagaan dengan apa yang boleh bagi kau wang yang
banyak. Lepas kau dah ada wang yang banyak, kau berniagalah benda
yang kau minat. Kau nak bina 5 masjid pun boleh.

Lagi satu, aku cukup pantang orang yang menganggap bisnes ni


benda yang menyedihkan. Kau asyik kata dulu kau susah meniaga
kuih depan rumah. Jual kuih depan rumah tu berniaga kot.

94
Kau nak bersedih tentang hal itu kenapa? Berniaga kuih depan rumah
itulah yang sebenarnya membentuk kau sekarang.

Mungkin dengan berniaga kuih depan rumah itulah buat kau tak kekok
untuk berkomunikasi dengan orang, buat kau kenal orang dan buat
kau jadi diri kau sekarang. Bisnes ini perjalanan, bukan perlumbaan.

Jadi, untuk kalian yang baru nak berjinak-jinak nak berniaga, jalan
terus, langgar, mulakan dengan apa yang kau ada dan tak perlu
tunggu kesempurnaan. Tumpu satu perkara. Buat perkara itu sungguh-
sungguh, semua benda yang baik, akan datang sendirinya.

Percayalah!

95
96
TEMPATAN FEST:
PERCAYA PADA JENAMA TEMPATAN
SEIR RASHID

“Bermula dari sebuah kedai konsep kecil berbumbungkan khemah


di Kuala Lumpur kini telah menjadi fenomena kepada jenama-
jenama tempatan. Tempatan Fest 1.0 pada tahun 2013 bermula
dengan disertai oleh 34 jenama tempatan dan ianya telah mendapat
sambutan yang menggalakkan. Hari ini, Tempatan Fest telah berjaya
menghimpunkan lebih daripada 100 brand tempatan termasuk dari
Sabah dan Sarawak.”

Salam. Terima kasih kerana menjemput untuk menulis dalam buku ini.
Ini merupakan satu perhargaan. Terima kasih diucapkan.

Tempatan Fest (TF) bermula dari sebuah kedai konsep kami di bawah
tiga khemah (Arabian) di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur kira-kira 2
kilometer dari KLCC. Ia dinamakan sebagai Brand Design Bazaar (BDB
Kia Peng) dengan moto ‘The Best of Lokal Brands’. Beberapa jenama
lokal seperti Supersunday, Kelipan, RARE, Junkcult, Attack dan Rated
adalah antara jenama lokal yang mula-mula menyokong kami ketika
itu.

97
Mereka adalah antara jenama yang telah beberapa tahun bertapak
dan aktif, khususnya secara online pada sekitar 2012.

Kami telah diberi peluang oleh DDEC (Design Development Centre),


sebuah anak syarikat MARA untuk membangunkan kawasan parkir
kereta mereka sebagai hab dan lokasi pembangunan seni rekaaan
(design) dan grafik). Mula beroperasi sekitar awal 2013, jualan BDB
secara runcit sangat tidak memberangsangkan.

Ini adalah kerana Jalan Kia Peng bukan satu laluan yang sibuk,
walaupun tidah berapa jauh dari KLCC. Dengan bantuan rakan-rakan
jenama lain, Achtung! KL sebagai penggerak utama BDB Kia Peng
telah menganjurkan sebuah acara yang bernama Tempatan Fest 1.0 di
Jalan Kia Peng, Kuala lumpur pada 31 Mac 2013. Bermula dengan 34
jenama lokal TF 1.0 ini mendapat sambutan yang sangat baik.

98
Perjalanan kami pun bermula. Sehingga kini, kami telah menjalankan
banyak acara TF di seluruh Semenanjung Malaysia dan telah/cuba ke
Sarawak pada tahun ini.

Sepanjang pengembaraan menganjurkan TF, saya sebagai pengasas


acara ini sangat gembira dengan sikap anak-anak muda yang positif
dan kuat bekerja, kerana kejayaan yang kita harapkan tidak akan
boleh dicapai tanpa kerja paling keras dan keberanian yang tinggi.

Yang paling penting, tanpa perancangan dan arah yang jitu, kita pasti
sukar untuk mencari jalan bagi mencapai kejayaan tertentu.

Di sini, saya cuba untuk membuat kupasan mengenai IndieNomics


yang menjadi tajuk buku ini.

Saya akan huraikan dalam bentuk pendapat dan perbahasan, semoga


dapat memberi pemahaman bagaimana kami beroperasi, berkembang
dan membuktikan bahawa kita semua boleh mencapai kejayaan dan
kejayaan itu adalah untuk semua.

PEMIKIRAN

Pemikiran orang di seluruh dunia boleh diubah dengan anjakan


pemikiran (mind revolution) yang bermula dengan perubahan
pemikiran kamu sendiri.

Contoh. Jika semua manusia sekeliling kamu mengatakan bahawa


kamu tidak akan berjaya kerana membuka kedai di tempat yang
tiada manusia, kamu pula berkeras mengatakan bahawa kamu akan
berjaya. Kamu mungkin berjaya dan mungkin tidak.

99
Tetapi berjaya untuk memulakan sesuatu, itu pasti kemungkinan
besar. Fokus dan gol adalah yang paling penting dalam menjayakan
sesuatu.

Bila kita sudah berjaya, pemikiran orang lain juga secara automatik
akan berubah. Its a hard work, but someone got to do it.

BEBAS

Sebagai seorang seniman atau pereka, saya selalu menghadapi


perjalanan hidup yang sukar kerana kurang memahami dunia
perniagaan atau komersial, khususnya mengenai pemasaran. Dalam
industri kreatif, para graduan lebih terdorong untuk bekerja. Bagaimana
bila tiada ruang pekerjaan? Ada yang lebih suka menunggu dan terus
mencari kerja.

Bagaimana kalau kamu yang mencipta pekerjaan kamu sendiri? Create


a business. Dan bekerja kuat untuk untuk perniagaan itu. Mungkin
lebih kuat berbanding apabila bekerja dengan syarikat tertentu. Sukar
ya? Jangan risau kerana kami ada jawapannya.

CINTA

Dalam bahasa Inggeris - Passion is an intense emotion, a compelling


enthusiasm or desire for something. Dalam bahasa Malaysia, mungkin
ia akan dimaksudkan sebagai cinta.

Jadi, jika kita cintakan sesuatu, kita akan berusaha sedaya upaya
walaupun kita mungkin tidak tidur semalaman, atau tidur 5-6
jam untuk selama beberapa hari. Ia agak ekstrem tetapi, menurut

100
idola bisnes saya, seorang juruhias pengantin yang berjaya pernah
mengatakan begini – ‘ 99.99999999 peratus untuk memastikan
kejayaan ialah kerja keras. Bakinya itu ialah nasib atau luck’. Tiada
magik, maaf itu tiada pengecualian.

SOLUSI

Penyelesaian bagi mencari arah tuju dan gol dalam hidup adalah untuk
menyelami hati kita sendiri, apa sebenarnya yang membuatkan kita
bersemangat dan ingin terbang atau pergi ke hujung dunia sekalipun
bagi mempelajari dan melakukan sesuatu yang kita cintai.

Setiap orang memiliki keistimewaan, minat dan bakat masing-masing.


Bagaimanapun, bakat sahaja tidak cukup, kerana ia memerlukan sikap
positif dan latihan bagi menajamkan kemahiran yang kamu ada.

PENYELESAIAN MUKTAMAD

The ultimate solution is to READ A LOT! Dalam apa sahaja bidang yang
kamu cintai, ada skil dan elemen teknikal yang perlu dipelajari. Jika
kamu cintakan sesuatu bidang, bersedialah untuk mempelajarinya
dengan cara kamu sendiri. Lenyapkan perasaan cepat kecewa dan
bersedia untuk apa sahaja!

REZEKI

Rezeki tidak hanya berbentuk wang dan harta sahaja. Keluarga,


teman atau rakan niaga yang baik adalah antara rezeki yang mungkin
kamu tidak sedari. Antara beberapa kesilapan yang pernah saya

101
lakukan sepanjang menganjurkan TF ialah apabila bersikap terlalu
mementingkan wang yang akhirnya menyusahkan kami sendiri dan
pelbagai pihak lain. Kerjalah untuk pembangunan komuniti, yang
memberikan sesuatu kepada masyarakat dan yang paling penting,
untuk merubah pemikiran masyarakat bahawa perniagaan berasaskan
kreativiti boleh memberi pulangan yang baik dalam kehidupan.

WARISAN

Legacy. Saya selalu mengingatkan rakan-rakan bahawa perniagaan


bukanlah sesuatu ikut-ikutan sahaja. Ia sebenarnya sesuatu yang
berpotensi untuk dijadikan warisan anak cucu kita. Ia tidak akan mati
dalam masa setahun kerana ia adalah hidup kita, cinta kita dan boleh
diperturunkan kepada keluarga selama beberapa keturunan selepas
kamu.

BRAND

Oleh itu, bila kamu mahu membina sesuatu jenama, anggaplah ia


adalah salah satu legacy. Kita pasti mahu ia dihormati, berjaya dan
berterusan sampai bila-bila. Jenama itu akan hidup selagi ada cinta
atau passion yang menggerakkannya.

Jika belum ada perasaan sebegitu, belum terlambat untuk berhenti,


belajar semula dan terus mencari. Its never too late to learn and keep
on learning.

Terima kasih kerana terus menyokong TF. Terus lakukan apa yang
kamu suka. Kerja seniman ialah untuk menajamkan skil yang ada,
terus produktif dan kejayaan tak akan ke mana.

102
Ilmu komersialisma perlu dibaca secara pesat kerana ia akan
menyelamatkan aspek perniagaan artis berkenaan. Cita-cita haruslah
tinggi. Jangan pedulikan pandangan orang lain, kerana pandangan
mereka akan berubah suatu hari nanti. Pasti!

103
104
MODVIER:
SEGALANYA DI BAWAH
SATU BUMBUNG
SARAH SHAH NOR

“Kesukaran mendapatkan pakaian muslimah daripada butik-


butik tempatan memberi ilham kepada Sarah Shah Nor untuk
mengumpulkan semua jenama terkenal muslimah dibawah satu
bumbung pada 2013. Kini, pengguna hanya perlu ke Butik Modvier di
Bangsar dan Gio Mall Kutantan dan terus mempunyai pilihan lebih
dari 100 jenama muslimah di bawah satu bumbung.”

Nama saya Siti Sarah Binti Shah Nor dan mereka di ruang media
mengenali saya sebagai Sarah Shahnor. Saya berusia 32 tahun.

Selepas berumahtangga, saya yang berkelulusan degree hons (TESL)


mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah dan menguruskan
rumah tangga. Namun pada tahun 2010, selepas suami saya
mencadangkan secara rawak supaya saya mula menjual baju rekaan
saya sendiri, tiba-tiba ianya menjadi pemangkin pada empayar
perniagaan saya pada hari ini.

6 tahun yang lalu, saya bersama seorang rakan memulakan Ammara

105
Hijabi. Sebuah syarikat yang mereka dan menjual pakaian muslimah.
Inspirasi kami ketika itu ialah butik Najjah dan Hajaba. Kami
mengambil inspirasi dari contoh rekaan syarikat pakaian besar seperti
Zara dan MNG dan mengolahnya menjadi pakaian sopan yang sesuai
untuk kaum Muslimah.

Dikala itu, perniagaan atas talian tidak sehebat sekarang. Ammara


Hijabi boleh dikatakan merupakan salah satu pemangkin kedai hijab
online di negara ini. Dengan kurang saingan dan rekaan segar dan
tersendiri, kami mendapat perhatian yang meluas dari orang ramai,
yang bertudung terutama yang inginkan kelainan dalam berfesyen
dan sekaligus munutup aurat mengikut tuntutan agama.

Koleksi Ammara Hijabi di pertunjukkan di pentas dan festival filem


antarabangsa dan tempatan seperti IFF, KLFW, MIFA dan lain-lain.
Pakaian kami dipilih oleh hos WHI, NONA, Safiyya, Bella , Berita dan

106
Bulletin serta majalah dan akhbar tempatan seperti Nona, Hijabista,
Nur, dara.com, Rapi, Intrend, Hijab Fesyen, Harian Metro, Berita Harian
dan lain-lain lagi.

Selepas 2 tahun aktif berniaga, saya mengambil keputusan untuk


menjual bahagian saya sepenuhnya pada rakan kongsi saya dan
kembali memberi perhatian pada anak saya.

Namun, memang agaknya naluri keusahawanan saya terlalu kuat,


selepas setahun, saya mengambil keputusan untuk kembali ke persada
fesyen muslimah dengan memulakan perniagaan baru. Tapi saya
sedar yang pada ketika itu, jenama pakaian Muslimah sudah tumbuh
bagaikan cendawan selepas hujan. Sudah beribu nama terkenal yang
masing-masing menawarkan kelainan rekaan mereka.

Saya tidak mahu menjadi seperti mereka. Saya mahu mencipta


kelainan. Saya inginkan sesuatu yang lain dari biasa. Saya perlu
mulakan sesuatu yang belum pernah dibuat orang. Tapi apa?

Suatu hari, apabila saya pergi ke hub fesyen muslimah yang terkenal
di Seksyen 7, Shah Alam untuk melawat beberapa butik rakan-rakan
saya, di situlah saya mendapat idea atau petunjuk yang saya cari.
Penat saya turun naik tangga, pergi dari satu butik ke butik yang lain
semata-mata untuk membeli belah dari semua jenama hebat yang
berlainan ruang. Bagaimana jika saya rangkumkan kesemua jenama
terkenal ini di bawah satu bumbung supaya pembeli dapat pergi
hanya ke satu tempat untk melihat dan membeli semua jenama yang
mereka mahu? Bukankah itu menjimatkan masa dan tenaga para
pelanggan?

Suami menyokong idea saya itu dan perancangan selanjutnya ialah


lokasi hub fesyen saya ini. Saya harus memilih kawasan yang strategik

107
dimana penduduk disekitarnya belum tahu akan kehebatan jenama
muslimah tempatan ini.

Suatu hari, bila saya berjalan-jalan di kawasan Bangsar, saya ternampak


sebuah bangunan kaca yang amat menarik. Terus saya terfikir yang
memperkenalkan fesyen Muslimah di kawasan elit sebegini adalah
suatu langkah berani dan saya mahu melakukannya. Mungkin ia akan
berjaya menarik perhatian. Mungkin saya akan tenggelam di antara
butik-butik ternama antarabangsa disini. Saya sanggup mengambil
risiko dan saya tahu yang bangunan kaca ini merupakan premis yang
paling sesuai buat memulakan rancangan saya ini.

Dan Modvier pun bermula. Boleh dikatakan ia telah mencetuskan


suatu revolusi, lebih dari yang saya harapkan. Pelanggan Modvier
bukan sahaja dari Bangsar dan Kuala Lumpur malah dari Singapura,
Brunei dan Indonesia. Kami bermula dengan hanya 20 jenama
ternama antaranya Calaqisya, Radiusite, Bella Ammara, Rina Salleh,
Jubah Souq, Minaz, Mazlianul Maznan, Tudung People, Fleur Malaysia,
Sugarscarf, Naelofar by Neelofa, 14 November by Yuna dan Rico
Rinaldi.

Pada hari pelancaran Modvier, kami berbesar hati bila Datuk Seri Shah
Reza yang melancarkan Modvier dan Yuna sanggup mencuri masa dari
jadualnya yang ketat dan terbang ke sini dari Amerika untuk bersama
kami pada hari bersejarah itu.

Media menjadi sangat berminat akan konsep perniagaan kami dan


kami mendapat liputan yang meluas dari seluruh media masa dan
media sosial tempatan dan antarabangsa sewaktu kami mulakan
operasi pada Mac 2013.

Konsep perkongsian Modvier ternyata berjaya. Kami berkongsi

108
pelanggan, pemasaran produk, dan keuntungan sama rata dengan
semua vendor kami. Konsep Modvier bukan sahaja untuk jenama
yang sudah terkenal, bahkan ia juga bagus untuk jenama baru yang
ingin mula bertapak dalam dunia fesyen muslimah kerana dengan
menjual produk mereka di Modvier, mereka tidak perlu memikirkan
soal pemasaran dan promosi jenama kerana segalanya akan dilakukan
oleh pihak kami. Mereka hanya perlu mengadakan produk yang bagus
dan berkualiti secara berterusan.

Modvier pada hari ini telah berpindah ke premis yang lebih besar
dan luas juga di kawan jalan masuk utama Bangsar dan mempunyai
jumlah vendor yang lebih banyak. Kami juga mempunyai sebuah
cawangan di GIO Mall, Kuantan dan kami masih memikirkan lokasi
yang sesuai untuk terus mengembangkan empayar kami bersama
vendor-vendor kami.

Kami juga akan melancarkan sebuah laman e-commerce supaya


lebih ramai lagi penggemar fesyen muslimah dari seluruh dunia
dapat membeli dari vendor-vendor kami. Seterusnya, kami akan juga
melancarkan Modvier International dimana kami akan membawa
vendor—vendor kami ke peringkat antarabangsa.

Sesuai dengan perancangan kami ingin menembusi pasaran


antarabangsa, Modvier baru sahaja menyertai acara Pure London di
Olympia, London dengan membawa 13 jenama tempatan bersama
kami untuk diperkenalkan pada penjual dan pembeli di kota London
selari dengan motto Modvier untuk berkongsi pengalaman dan
kemudahan membeli belah untuk semua penggemar fesyen Muslimah
di seluruh dunia sambil membantu memancak kehebatan jenama
tempatan kita ke persada antarabangsa.

Kepada anda di luar sana- ciptalah kelainan anda jika ingin berniaga
dan anda boleh berjaya!

109
110
BARBARITTOS FOODTRUCK:
JUAL MAKANAN KENA FUN
HAFIY MUGHNIE

“Berbekalkan kepada minat terhadap keusahawanan, Barbarittos


bermula pada 2013 dengan satu trak Kini dengan dua trak, mereka
berjaya mendapat hasil jualan sehingga RM 3000.00 sehari. Walaupun
tidak bermula dengan modal yang besar, namun semangat dan sikap
berjimat cermat dalam perbelanjaan membuatkan mereka mampu
untuk mengumpul modal yang lebih besar hasil dari jualan kecil-
kecilan sebelum ini.”

“Impian saya? Babarittos mempunyai banyak cawangan di dalam


dan luar negara dan menu Babarittos dihidangkan dalam pesawat
Malaysia. Jika tercapai kedua sasaran ini, maksudnya saya dah
berjaya.”
- Muhammad Hafiy Mughnie Amran, Pengasas Babarittos Food Truck

Perlu Ada Sasaran

Jika tidak tentukan sasaran dalam perniagaan, kita tidak akan kemana.
Diri sendiri dan pekerja tidak ada hala tuju. Berniaga siang malam

111
motivasi. Pada peringkat awal perniagaan, mulakan dengan sasaran
kecil: berniaga 6 hari seminggu dan jualan cukup untuk pulang balik
modal.

Tetapkan sasaran baru selari dengan perkembangan perniagaan.


Semakin berkembang perniagaan semakin besar dan tinggi sasaran
kita. Sasaran harus realistik, seperti yang saya nyatakan diatas, itu
sasaran saya untuk 5 tahun akan datang. Untuk masa terdekat,
Babarittos merancang untuk masuk ke arena food truck di Johor dan
Melaka.

Bagaimana Saya Bermula

Minat terhadap perniagaan sebenarnya telah lama terpupuk sejak


saya kecil lagi kerana selalu memerhati kedua ibu bapa saya yang

112
berniaga. Sejurus selepas habis pengajian dalam bidang kejuruteraan
pesawat, saya membuat keputusan untuk mula berniaga.

Dalam dunia perniagaan, latar belakang, umur, bangsa, dan agama


tidak menjadi penghalang. Kemahuan dan keyakinan tanpa alasan
adalah kunci. Walaupun dianggap muda dan tidak berpengalaman
oleh sesetengah pihak, saya tidak putus asa kerana jika saya tidak
mulakan sekarang, bila lagi? Kalau saya tidak buat, orang lain akan
buat atau idea saya lapuk dek bulan. Bukan zaman, bulan atau tahun
dijadikan ukuran dalam dunia perniagaan sekarang yang pantas
bergerak dari satu idea ke idea yang lebih unik dan kreatif.

Cari idea yang membuat perniagaan kita lain daripada yang ada di
pasaran. Kita jual produk atau makanan yang sama tetapi cara kita,
mesti berbeza. Pada waktu saya mula berniaga, banyak kedai makan
yang menjual burrito, namun tidak ada lagi yang menjualnya dari food
truck. Itu sebab pertama saya putuskan untuk mulakan perniagaan
food truck.

Sebab kedua, perniagaan ini modal tidak besar, saya menggunakan


semua duit simpanan yang ada untuk membeli sebuah van kecil jenama
Inokom yang berharga RM20,000 pada tahun 2013. Memandangkan
kedua ibu bapa saya telah berkecimpung dalam perniagaan makanan,
mereka memberi sokongan dan menyumbang sedikit modal. Ada juga
rakan yang turut percaya misi Babarittos dan menyumbang kepada
modal permulaan.

Ketiga, risiko perniagaan food truck ini rendah. Kebolehan bergerak


menyenangkan kami untuk mendapatkan pulangan yang secukupnya
untuk perniagaan rutin hari-hari. Adanya acara (event) yang
menjemput para food truckers untuk menjual makanan dan minuman
membantu kami untuk memperkenalkan konsep food truck kepada
mass market.

113
Dengan berniaga di pesta atau acara, kami juga dapat berkenalan
dengan food truckers yang lain dan menjalinkan hubungan dengan
pelanggan yang berminat untuk menggunakan servis kami. Dalam
komuniti peniaga-peniaga food trucks, networking sangat penting
untuk membina reputasi yang baik. Bukan hanya diantara food
truckers dan pihak pengurusan acara, malah dengan pelanggan yang
melawat tapak kita pada hari biasa. Mereka harus diberi layanan yang
baik kerana mereka adalah ‘papan iklan bergerak’. Words of mouth
adalah alat pemasaran yang paling berkesan, terutamanya dalam
industry F&B (food & beverages).

Nak Pasarkan Produk Mesti Kena Ada Cara

Salah satu cabaran pertama yang saya hadapi selain daripada


membeli van dan mengubahsuainya menjadi food truck ialah
menamakan pernigaan saya. Babarittos datangnya dari gabungan
‘Baba’ iaitu panggilan saya untuk ayah dan ‘burritos’, menu utama
food truck kami. Nama dan branding juga memainkan peranan. Brand
yang senang diingat menyenangkan proses pemasaran.

(Tip penting untuk menamakan food truck: gunakan satu atau dua
patah perkataan sahaja.)

Food trucks adalah fenomena yang baru dan spontan di Malaysia,


maka cara kita pasarkan poduk ini memerlukan kelainan juga.
Food trucks secara majoritinya digemari oleh golongan muda, jadi
selain mempromosikan produk (baca: makanan) di acara dan tapak
perniagaan harian, saya banyak bergantung kepada media sosial.
Facebook, Instagram dan Twitter menjadi pilihan untuk mempamerkan
makanan dan servis yang ada.

114
(Tip: Pastikan maklumat di kesemua laman media sosial sentiasa di
kemaskini.)

Dua perkara yang saya pelajari sepanjang berniaga food truck adalah
sajikan makanan yang sedap dan berikan servis yang mesra. Jika
kedua perkara ini dijaga dan dikekal, perniagaan anda pasti berjaya.

Dari hanya dapat pulangan sebanyak RM20 sehari hingga


berpendapatan RM10,000 sebulan dan sebanyak 1,000 burritos dan
nachos terjual setiap malam, perjalanan kami bukan selalu senang.
Tetapi itulah realitinya.

Bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan food truck sendiri,


kata akhir saya: jangan putus asa!

115
116
JOHO CLUB:
SIAPA KATA NGO TIDAK ‘FUN’?
ZUL ABBAS

“Sebuah kelab belia yang terkenal di kalangan bangsa Johor. JOHO


ditubuhkan pada 2009 dan telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi
menyediakan platform untuk anak-anak muda terutama di Johor
bagi mengembangkan bakat serta mengekspresi seni mereka dengan
cara tersendiri. Berteraskan kepada slogan ‘With Love, Trust and
Respect’, JOHO terus mengorak langkah untuk terus berbakti dengan
menyediakan platform kepada usahawan muda.”

JOHO telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan kami adalah komuniti
bebas yang menggalakkan gaya hidup kreatif. Kami memberi tumpuan
kepada pergerakan seni dan menyediakan platform untuk anak-anak
muda mengekspresikan bakat mereka.

Kelab Belia Johor atau lebih dikenali sebagai JOHO Club ialah kelab
belia berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan sejak 2012.

Sebagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), kami meggalakkan gaya


hidup yang sihat dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik. Objektif
utama kelab ini adalah untuk menyediakan satu platform bagi

117
komuniti belia yang berbakat untuk menunjukkan bakat mereka dan
mempertahankan warisan dan budaya.

Joho sentiasa bergerak ke hadapan untuk membantu belia di Johor


mencipta dan mencapai impian besar mereka supaya menjadi
kenyataan satu hari nanti. “With Love, trust and respect”.

Terdapat pelbagai acara dan aktiviti yang dianjurkan oleh JOHO


CLUB untuk membantu belia di Johor menunjukkan bakat mereka
dan sebagai platform untuk usahawan muda mengembangkan
perniagaan mereka dan memperkenalkan jenama tempatan. Acara
tahunan kami ialah:

GEGO

GEGO adalah satu perhimpunan untuk pencinta JOHO. Ia adalah


satu acara dari belia untuk belia yang menegakkan warisan dan
menghayati budaya Johor. GEGO ialah slanga yang digunakan oleh
orang Johor. Ia diambil dari perkataan Gegar tetapi dalam konteks ini,
ia menggambarkan kemeriahan dengan semua aktiviti dan segala-
galanya yang berlaku pada acara itu.

118
Paso Bumbong

Paso Bumbong adalah Slang Johor untuk ‘Pasar Bumbung’ dalam


Bahasa Melayu. Ia adalah acara tahunan oleh JOHO Club dan
biasanya akan berlangsung seminggu sebelum Hari Raya. Konsep Paso
Bumbong merupakan bazar terbuka yang diadakan di atas bumbung
dan ia mengumpulkan usahawan muda dan juga persembahan oleh
artis tempatan. Paso Bumbong bermula pada 2010 dan ia juga berjaya
mengumpul lebih 20 000 pengunjung yang datang untuk bersantai
dan membeli-belah.

Kini JOHO club makin mengorak langkah maju ke hadapan dengan


kewujudan creativist idea dan JOHO konsep yang menjadi sebahagian
daripada JOHO club. Ini akan membantu memajukan JOHO club di
masa hadapan.

119
120
BATERI JB:
‘CAJ’ SEMULA KILANG LAMA
JOHAN ROPI

“Sebuah bekas kilang bateri ditukar menjadi sebuah pusat komersil


bagi usahawan-usahawan muda tempatan. Dengan menggunakan
konsep ‘hipster’ dan ‘indie’, Bateri JB telah menjadi tempat no.1 untuk
dilawati di Johor Bahru menurut majalah Air Asia. Pada masa yang
sama, lebih 184 usahawan muda mendapat tempat untuk berniaga
dan meluaskan pasaran.”

Hari ini, kita memerlukan kelainan untuk kekal bersaing di dalam


dunia perniagaan. Kreativiti merupakan satu elemen penting bagi
menterjemahkan sesuatu “idea gila” menjadi realiti.

Keberanian adalah sesuatu yang pasti. Kebolehan berfikir secara


analatikal dan kritikal merupakan kemahiran wajib yang perlu
dimiliki.

Muafakat dan meraikan perbezaan pendapat merupakan kata kunci


kepada kegilaan ini.

121
Di sinilah segalanya bermula. Dari melayari Pinterest dan berkongsi
pendapat bersama rakan-rakan hasil pengalaman pengembaraan di
dunia impian mereka, satu rasa keinginan yang amat dalam timbul
untuk mewujudkan dunia impian itu sebagai realiti.

Kekangan untuk mendapatkan ruang bagi menjalankan “acara


muda-mudi”, sampaikan kepayahan untuk mendapatkan platform
perniagaan yang membolehkan anak muda berada “at par” bersama
pesaing mereka merupakan aspirasi kepada idea ini.

Ianya mengenai “place making”. Tempat kami, lihatlah kami. Apa guna
katalis sana-sini, tapi di manakah orang kita yang harus menerobosi
pasaran dunia?

122
Takkan kita hanya nak kekal bergaya memakai sepersalinan suit Itali
tapi bila diseluk poket dalam sampai ke betis, nak cari sehelai “agong”
pun terkais-kais.

Sedar akan kehidupan itu adalah panggung sebenar kehidupan yang


perlu dan hendak ditonton oleh setiap lapisan masyarakat, maka kami
bersepakat untuk mewujudkan panggung kami dengan “extra” nya
seramai satu bandar bagi tatapan Malaysia dan dunia.

Inilah persembahan kami versi “uncut”, real and steady. Sit tight, enjoy
your show.

Kilang Bateri merupakan sebuah pusat membeli belah untuk


anak muda. Berkeluasan 110,000 kaki persegi di atas sebidang lot
perindustrian seluas 12 ekar, bekas kilang bateri Eveready ini diberikan
nafas baru untuk memberikan laluan kepada 184 usahawan muda di
Johor Bahru.

Ianya secara sengaja dinamakan BATERI, kerana kami tahu kilang


bateri ini memang sinonim dengan masyarakat tempatan.

Maka, pemilihan nama adalah penting bagi tujuan “way finding”


bagi menarik masyarakat tempatan mengunjunginya sebelum kita
paparkan ke mata dunia.

Placemaking merupakan satu agenda serius. Selain daripada cita-cita


untuk mewujudkan “port” untuk kami sendiri, kami sedar pendekatan
ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi setempat kerana
ianya berupaya untuk membuka potensi ekonomi di kawasan tepu
(brownfield) serta mengurangkan penerokaan kawasan hijau melalui
kaedah guna semula (adaptive reuse).

123
Ini bermakna, sesuatu kawasan yang telah matang, sedia ada
mempunyai rohnya tersendiri boleh diberikan nafas baru untuk
mempunyai daya saingan ekonomi.

Kilang bateri yang baru berumur setahun ini telah berjaya menarik
pengunjung sejumlah 1 juta orang dari seluruh negara.

Ini adalah hasil kerjasama erat antara usahawan di dalam kilang


bateri ini yang terdiri daripada;

1) usahawan atas talian;


2) usahawan yang mengikut acara atau ekspo; dan
3) usahawan dari bazar ataupun pasar malam.

Mereka ini dikumpulkan di bawah satu bumbung, untuk menarik


“follower” mereka berkunjung bagi menyatakan kepada umum
bahawa mereka telah berjaya memiliki outlet idaman mereka.

Idea gila yang agak mustahil ini pastinya tidak akan berjaya sekiranya
keyakinan di kalangan usahawan untuk bersama tidak wujud.

Keyakinan ini hanya akan timbul kerana pengalaman mereka


berurusan serta mengenali orang yang mereka berurusan.

Agenda sebegini memerlukan penglibatan tempatan secara berskala


besar. Ianya bukan sahaja didokong oleh “peserta”, tetapi harus
disokong oleh “extra” seramai satu bandar bagi menerima kehadiran
projek ini di dalam kehidupan mereka.

Bateri wujud untuk bersama-sama menyertai persaingan ekonomi di


kalangan pelaburan katalis di sekelilingnya dan bercita-cita membawa
anak tempatan ini semua ke persada dunia.

124
Kesimpulannya, perniagaan itu umpama menghasilkan satu karya
seni subjektif di mana kepuasannya tidak boleh diterjemahkan
melalui kata-kata.

125
126
MIMPI KITA:
BERJAYA LEBIH DARI MIMPI
NURUL AFIDAH

“Memulakan perniagaan fesyen pada tahun 2008 dengan modal


yang kecil berbekalkan tekad dan impian untuk memulakan jenama
fesyen tempatan. Namun hari ini, MimpiKita berjaya membawa nama
Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi mementaskan koleksi Spring
/ Summer di London Fashion Week dan mendapat respon yang amat
positif dari serata dunia. Koleksoi MimpiKita boleh didapati di laman
web utama seperti Fashion Valet dan Zalora serta butik di Bangsar.”

Mengimbau kembali saat saya dan adik-adik saya memulakan


langkah kami ke industri fesyen dengan jenama Mimpikita hampir
sepuluh tahun yang lalu apabila menerima jemputan untuk bersama-
sama menyumbang dalam buku Indienomics ini. Walaupun Mimpikita
belum lagi menjadi satu jenama yang begitu gah di persada dunia,
namun kami bersyukur dengan apa yang kami telah capai setakat
ini.

Sebetulnya, saat melangkah dalam dunia perniagaan fesyen ini kami


hanya berbekalkan tekad dan impian untuk memulakan jenama
fesyen pakaian tempatan. Bukan satu keputusan yang mudah,

127
kerana saya dan adik-adik tidak mempunyai sebarang latar belakang
pendidikan atau pengalaman kerja dalam bidang fesyen, tetapi tekad,
minat dan semangat darah muda kami adik beradik ketika itu sangat
mendalam.

Ibu bapa kami juga tidak berapa setuju dengan keputusan kami pada
mulanya. Tambahan lagi ibu saya satu ketika dahulu merupakan
seorang tukang jahit dan beliau sering berkongsi cerita mengenai
pembuatan pakaian yang semestinya bukan sesuatu yang mudah.

Ayah kami pula ingin kami meneruskan perniagaan keluarga di Johor.


Tetapi kami tetap bertekad, hari ini mereka adalah penyokong terbesar
kami dan tanpa mereka Mimpikita mungkin tidak sampai ke tahap ini
hari ini. Alhamdulilah.

128
Memulakan sesuatu itu mungkin lebih mudah dari mencari jalan untuk
menjadikan Mimpikita terus relevan, kekal dan mendapat sambutan,
terutama dalam industri fesyen yang berlalu begitu pantas ini – its all
about what’s next.

Kami bermula kecil-kecilan di Dataran Sunway dengan menjual baju


dan aksessori menerusi blog, di kedai dan menyertai pelbagai bazaar
hujung minggu.

Melihat terdapat banyak permintaan dan setelah cukup modal kami


berpindah ke Bangsar dan mula berjinak mengambil tempahan,
menghasilkan batik dan membuat beberapa helaian untuk dijual. Hari
ini, Mimpikita mengikut format rumah fesyen antarabangsa dengan
mengeluarkan tiga koleksi utama sedia pakai (Ready-to-wear)
mengikut musim iaitu Spring/Summer, Fall/Winter dan Lebaran, serta
koleksi gaun perkahwinan, helaian basic menerusi jenama MKita, dan
tudung. Pada masa yang sama kami juga menerima tempahan.

Sepanjang perjalanan Mimpikita, kami memang bergerak sendiri


tetapi kami juga turut mencari peluang dan ruang yang disediakan
oleh pihak lain bagi jenama seperti kami.

Sebenarnya, jenama fesyen juga memerlukan ekosistem yang


baik, dan mengatakan pencapaian yang kami kecapi adalah atas
kami sendiri adalah tidak betul. Agensi seperti Martrade dan PUNB
memainkan peranan dalam mengerakkan usahawan tempatan ke
peringkat antarabangsa, penganjur-penganjur minggu fesyen dan
banyak lagi memainkan peranan. Sememangnya bukan mudah, kami
lihat terdapat banyak perkara yang kami masih perlu lakukan dan
pelajari, ini akan sentiasa menjadi work in progress.

Setakat ini, cabaran terbesar adalah dalam membawa Mimpikita ke

129
peringkat antarabangsa, kami berbangga dapat diterima dan diberi
peluang mementaskan koleksi musim Spring / Summer 2015 di pentas
berprestij London Fashion Week yang mendapat reaksi dan sambutan
positif dari media antarabangsa, tetapi untuk bersaing dan menempa
nama di London bukan sesuatu yang mudah.

Perkara yang lebih penting adalah untuk terus kekal di London dengan
jualan yang memberangsangkan mengambil masa, suntikan modal
dan usaha yang lebih banyak lagi.

Ada beberapa langkah yang kami ambil dan tidak mendatangkan


hasil positif seperti yang dijangkakan, kami cuba beberapa tahun yang
lepas melancarkan jenama kedua tetapi tidak menjadi dan hanya
kekal satu koleksi sahaja.

Kami juga cuba memasuki bidang perniagaan kafe dengan Calories


KL di Hartamas tetapi terpaksa ditutup selepas hanya hampir setahun
beroperasi.

Terdapat pula, beberapa bulan kami terpaksa mengeluarkan wang


simpanan sendiri untuk membayar gaji para perkerja dan pelbagai
lagi.

Ya, mungkin dari timeline instagram atau media sosial tampak glamor
dan indah. Sebetulnya, bukan sesuatu yang mudah dan jenama fesyen
adalah bisnes dan bisnes memerlukan model yang betul dan kerja
keras untuk menjadi lebih baik.

Ada satu tahap mungkin terasa mahu mengalah dan mungkin hanya
menjadi suri rumah, tetapi kami adik beradik dan ahli keluarga saling
menyokong antara satu sama lain. Mungkin ini salah satu kelebihan
berkerja bersama adik beradik sendiri dan Mimpikita telah membawa

130
kami sekeluarga bersama dan menjadi lebih rapat lagi.

Apa pun cabaran yang mendatang, Mimpikita adalah impian dan


telah menjadi sebahagian hidup kami adik beradik oleh sebab itu
kami perlu mencari jalan untuk mengharungi cabaran tersebut. Saya
juga bertuah dengan adanya barisan staff yang passionate dengan
apa yang mereka lakukan.

Kalau ada tips penting yang saya boleh kongsikan dalam perniagaan
fesyen adalah bagi mengenali dan memahami pasaran dan pelanggan
jenama anda dengan mendapatkan maklum balas, lihat trend
pembelian mereka dan letak diri anda di tempat mereka dalam setiap
rekaan atau keputusan yang dibuat.

Ada beberapa pelanggan setia kami yang kini telah menjadi sahabat
baik dan sangat terbuka berkongsi maklum balas mengenai koleksi-
koleksi kami dan sebagainya.

Saya bukanlah pakar dalam bidang keusahawanan, tetapi bagi saya


keinginan untuk berjaya itu memang penting dalam memotivasi diri.
Terus buka minda untuk terus belajar dari orang sekeliling, jangan
kekok belajar dari orang yang lebih muda atau yang lebih bawah dari
anda. Perjalanan dan pengalaman saya sebagai usahawan mungkin
berbeza, malah saya percaya usahawan kini boleh berjaya dengan
lebih pantas dengan peluang yang ada pada hari ini.

All the best!

131
132
LET’S CEREAL:
‘CEREAL’IOUSLY BERNIAGA BIJIRIN?
NADHIRA RAZIN

“Satu percubaan pasaran dengan hanya menjual aneka bijirin kepada


pelanggan di Kilang Bateri, Johor Bharu dengan sistem pemasaran
yang berbeza. Let’s Cereal bermula dengan kedai pertama di Bateri JB
pada Ogos 2015. Selepas setahun, purata hasil jualan sebulan adalah
sekitar RM15 ribu. Mereka bercadang membuka perniagaan sama di
beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.”

“Betul ke nak jual cereal? Ada ke orang nak beli?”

“Dah buat market study ke? Kan boleh buat di rumah je... apa
istimewanya
kedai kau?”

“Bukan ke cereal untuk sarapan?”

Soalan-soalan ini dilemparkan kepada saya pada mula saya


memberitahu rakan-rakan dan keluarga bahawa saya ingin
memulakan perniagaan bijirin sarapan yang akan dijual sepanjang
hari.

133
Asalnya perniagaan bijirin bermula dengan keinginan untuk berniaga
di Kilang Bateri pada tahun 2015. Kami mengetahui bahawa gerai-
gerai medan selera akan ditawarkan kepada peniaga dan pada masa
itu saya dapat merasakan yang tempat ini akan menjadi tempat
‘hipster’ dan akan menjadi popular. Saya teringin sangat untuk
berniaga makanan tetapi agak malas untuk menjual makanan yang
kebiasaanya didapati di medan selera.

134
“Tak kan aku nak jual makanan ‘mainstream’ semua dah biasa kita
dengar; nasi campur, mee rebus, laksa, tomyam”, detik hati saya pada
waktu itu.

Ideanya bermula ketika kami sedang berbuka puasa pada pertengahan


Julai 2015.

“Bosan lah, semua kafe jual kopi... tak ada ke yang jual ‘cereal’?”

kata Yasmine Malik, sepupu saya yang mencetuskan idea untuk


berniaga bijirin sarapan.

Sesi berbuka puasa kemudiannya bertukar menjadi sesi gelak ketawa


dengan setiap diantara kami cuba memberikan idea tentang nama
kedai menggunakan perkataan ‘serious’ ditukar kepada ‘cereal’,
seperti;

“You better be cereal!”

“Are you cereal?” “This is cereal business” “Lets get cereal”

Kualiti dan dekorasi tempat berniaga juga merupakan satu perkara yg


perlu dititik beratkan. Kami yakin bahawa kami tidak akan menghadapi
masalah dengan kualiti barangan yang akan dijual oleh kerana kami
menjual barangan berjenama yang telah melalui kawalan kualiti yang
ketat.

Konsep dekorasi adalah amat penting bagi kami kerana kami perlu
meyakinkan pelanggan terhadap perniagaan kami dan mahu mereka
bersetuju bahawa apa yang kami jual adalah unik.

Menggunakan pintu-pintu rumah lama sebagai hiasan dinding,

135
sasaran kami juga adalah supaya pengunjung kedai kami akan
mengambil ‘selfie’ dengan kedai kami, dan memuat naik di media
sosial mereka. Ianya terbukti yang strategi kami berjaya apabila
pengunjung bergambar di latar belakang atau ‘backdrop’ yang telah
kami sediakan untuk mereka bergambar!

Bukan mudah untuk memasarkan sesuatu yang tidak biasa dilihat


di sesebuah medan selera. Kami perlu menawarkan sesuatu yang
istimewa samada dari jenis produk atau layanan.

Nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 di gerai biasa boleh jadi
RM20 apabila dijual di hotel. Persembahan, ‘packaging’ dan ‘branding’
memainkan peranan utama.

Kami mengambil masa yang lama untuk mereka bentuk logo dan juga
mangkuk hidangan.

Kami juga membuat percubaan tentang kombinasi rasa dan jenis


bijirin.

Kami pastikan ada kombinasi yang sesuai dengan umur pelanggan


yang disasarkan, contohnya yang manis dan berwarna untuk kanak-
kanak, gabungan dengan aiskrim untuk belasan tahun, dan serat
tinggi serta kurang gula untuk orang dewasa.

Alhamdulillah, perniagaan kami masih kekal setelah setahun. Malah


kami amat berbangga kerana dapat memberikan inspirasi kepada
yang lain sehingga perniagaan yang serupa ini dibuka di Kuala Lumpur
dan Terengganu.

Apa yang boleh kami kongsikan, diharap supaya bakal usahawan di


luar sana berani mencuba apa sahaja yang mereka rasakan menarik.

136
Percaya pada diri sendiri, percaya pada apa yang diusahakan, letakkan
sasaran yang realistik dan tumpukan usaha serta lakukan perubahan
sehingga mencapai apa yang diimpikan.

Usaha, doa, baru berserah. InsyaAllah akan berjaya.

137
138
STICKYBOX:
CIPTA PELUANG SENDIRI
SYAHIR ZAKARIA

“Produk utama yang dipasarkan oleh Stickybox adalah t-shirt dan


sudah pasti saingan amat tinggi dalam industri ini. Namun, Stickybox
tampil berbeza dengan keunikan dan melihat kepada keperluan
dalam industri, mereka terus fleksibel untuk mengikut trend pasaran
semasa. Mereka bermula pada tahun 2007 ketika pengasasnya masih
lagi bersekolah. Kini mereka beroperasi di Bateri JB dan The Duke
Kelana Jaya.”

“Don’t expect an opportunity to pop out of your computer. Go out,


search and chase for it”

This is the most important thing when someone asked me about how
to start and maintain a business. Mostly ‘orang kita’ hanya tunggu
masa mendongak langit menanti peluang tanpa usaha. Mungkin
sudah terbiasa disuap dengan itu ini diberi subsidi membuatkan
mereka untuk duduk diam menanti apa saja yang akan datang. This is
not an act of entrepreneur.

If you have this kind of mindset untuk tunggu peluang ada depan
mata, it is better if you ‘makan gaji’.

139
Work on something and be productive. Look for any possible
opportunities to start and to expand your brand. Business is comprises
of many aspects, and one of them is networking.

This is part of the opportunities that entrepreneurs should seek.


Build a connection and make friends with others. I’ve seen my
friends in fashion industry succeeded because of the strength of their
networking.

Entrepreneurship has its own chain of reaction. The bigger and the
wider your networking is, the faster you can grow and expand. How to
do it? Be humble and have the passion to learn from others.

You need to have a good manner and also pandai bercakap dengan
orang sekeliling. Make them as your mentor or your guideline to
sustain in business.

140
These old players in the industry are mostly willing to share their
experiences and teach you on the essence of running a business.

Dengan itu kalian boleh belajar dari kesilapan mereka dan kurangkan
‘risk’ untuk membuat kesilapan dalam menghadapi cabaran berniaga.
Business is about building a strong relationship with other people and
to make it relevant from time to time. Try this, and I can assure you that
you would be able to see the positive impact it does on your brand.

“Don’t just sit back and relax. Jangan pernah selesa dengan apa yang
anda ada sekarang.”

This is where the tricky part starts. Starting up a business may not
be easy but it can be done successfully if you have a proper planning
on your business. Proper planning includes short term and long term
objectives.

Most of the young entrepreneurs will be passionate to start a business


but not all of them are willing to go through the struggle in running
the business.

They think that this is it, ‘I have my own brand and a business, mission
accomplished”.

Jangan mudah selesa dengan apa yang kamu ada buat masa sekarang.
Terus explore and seek for something untuk sustain and expand your
business.

Berfikir secara critical dan cuba cari peluang-peluang yang dapat


membantu anda untuk terus membesarkan business anda.

As from my experiences, I’ve always seek for any possible business to

141
add on besides selling t-shirts and accessories. You can always jump
to other industries and expand your brand name. Research and more
research is needed.

Plan your business for 5 to 10 years times, what do you imagine and
what do you want your business to be in the next following years.

List them all and go through them one by one. Take out your pen and
papers and start drafting your business plan slowly.

“Be a part of the marketing trend and create your own marketing
style.”

Business, especially in fashion industry is mostly about how you


represent your brand to the target audience. When we talk about
branding, the following step is marketing. You will see this term a lot
in this book. Marketing, marketing, and marketing.

Grab the opportunities to be part of marketing trend. Contohnya


adalah marketing melalui social media dan celebrities’ endorsement.
Yes!

This is the common thing that you can see in the business world.
Tapi tahukah anda masih ada yang belum menggunakan segala
kemudahan and the hype of the trend sepenuhnya?

Make use of this marketing trend, represent your business and brand
in the most creative way to the public.

Creating your own marketing style is the next phase of marketing


your business. Ini yang akan membuatkan anda ‘outstanding’ dari
competitors in your business field.

142
Think of something yang akan membuatkan your target market fall for
your marketing strategies and buy your products or services.

Make your brand as intimate as possible to your target audience and


make them notice your existence in the industry. Your business doesn’t
have to be ‘viral’ but your marketing style must have that ‘wow effect’
when compared to your competitors.

P.s. Every day is a new day to explore, keep this in your mind so you can
keep yourself motivated and keep improving your business.

143
144
BELLA AMMARA:
BERMULA DENGAN SERIBU RINGGIT
CARL SAMSUDDIN

“Bermodalkan hanya RM 1000 dengan berbekalkan 9 pasang telekung


cukup untuk membawa Bella Ammara ke mana mereka hari ini. Kini,
Bella Ammara mempunyai 6 cawangan butik di seluruh Malaysia yang
menjual set pakaian Muslim dan Muslimah- dari telekung, tudung
hinggalah ke jubah. Bella Ammara semakin terkenal dan mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. “

Hari ini sudah beberapa tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung
sebulan ke ribuan pasang hari ini. Selepas beberapa tahun aku keluar
dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa aku bermula?
Ini aku, cara aku dan tulisan aku. Baca dan fikirkan.

Aku bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan wang


di dunia’ semasa aku bekerja as a chemist di Makmal Aerogel di Nilai.
Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan Youtube adalah
kawan baik aku. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan
Micheal Maloney aku telaah. Kimia mengajar aku untuk buat kajian
sebelum lontarkan konklusi.

145
Dalam beberapa tahun aku mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia
aku sedar, kita banyak ditipu. Dan aku sedar 99% manusia di dunia
ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Aku takut. Aku berhenti
as a chemist kerana aku rasa makin lama aku kerja makan gaji aku
akan jatuh miskin. Sebab aku jumpa, INFLASI (kejatuhaan nilai duit)
di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.

Aku berhenti.

Aku join banking sebab aku nak tau apa bank buat. Dalam kajian aku
‘Banking System’ adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka
yang menyebabkan kita miskin. Aku join bank as ‘Gold Trader’. Kerana
dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah
dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey
menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit.

Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang
dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak
jatuh nilai. Aku gali isi bank sampai aku jumpa sistem mereka -
‘Fractional Reserve System’. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa
pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit
dan makin miskinlah kita. Aku kerja sampai aku sampai matlamat aku
- no.1 Gold Trader di bank tersebut. Aku dapat dan terus berhenti. Aku
fikir aku harus ubah diri aku sebelum aku ubah pemikiran orang lain.

July 2012.

Aku bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis pernikahan aku.
Duit aku? ZERO. Kerana aku percaya Allah itu Maha Berkuasa. Aku nak
bina masjid, Allah akan tunaikan. Aku gamble. Dan aku pegang pada
kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.

146
Aku lihat Melayu aku? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata
Rasulullah. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah aku cuba!
Cuba berniaga. Aku bermula dengan PINJAM duit mak aku. RM1,000
untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang aku. Kenapa
aku tak buat loan bank? Sumpah demi Allah aku tak suka loan bank.
Most of loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah
satu dosa terbesar di sisi Allah. Aku nak berniaga kenapa aku nak
murkakan Allah? Aku tolak riba. Aku pinjam duit mak.

Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah
aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. Dalam Bella Ammara aku
amalkan satu prinsip yang aku selalu tekankan kepada customer
aku:

147
“Kami di Bella Ammara mengamalkan prinsip perniagaan secara
jujur dan ikhlas. Sekiranya ada diantara pelanggan kami yang kurang
berpuas hati dengan produk Bella Ammara, kami di Bella Ammara
dengan jujur dan ikhlasnya akan mengembalikan semula wang anda
(100%) dan telekung yang ada pada tangan pelanggan kami itu
tidak perlu dipulangkan semula kembali kepada kami kerana ini akan
menyusahkan lagi pelanggan kami.

Kami hanya minta jasa baik pelanggan kami untuk meletakkan sahaja
telekung tersebut di Surau/Masjid yang berhampiran dengan mereka.
Kerana, mungkin ada yang lebih memerlukan telekung tersebut. Niat
kami ikhlas, untuk menjadikan solat itu lebih indah dengan pakaian
solat yang indah. Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan
dan kami akuinya. Dan kami percaya bahawa rezeki itu datangnya
dari Allah SWT. Mohon maaf dan salam ikhlas dari Bella Ammara.”.

Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak aku + jujur + sedekah + ingat


Allah the only one yang bagi rezeki, aku boleh kahwin menggunakan
duit aku sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di
kediaman yang amat selesa bersama 2 ekor kucing binatang
kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat
duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri dan dapat menanam
sifat ingin berniaga dalam kalangan rakan-rakan aku.

Jauh lagi perjalanan hidup aku. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang
telekung sehingga ke ribuan pasang hari ini. Apa yang aku nak cakap.
Dunia makin teruk. Aku yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan,
kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin
teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari
kehidupan ‘hanya makan gaji’ & carilah duit lebih. Usaha dan ingat!
Allah akan bantu. Ya Allah dia pemberi rezeki. Aku harap suatu hari
nanti dengan rezeki yang aku dapat, aku dapat bantu sesiapa yang

148
memerlukan. Aku tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang
aku ada. Jumpa aku. Aku share dan ajar.

Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita.
Kalau bonus tak dapat nak raya ini cuba fikir balik hubungan kita
dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?

149
150

Anda mungkin juga menyukai