Anda di halaman 1dari 49

SAZALI BIN IBRAHIM

Penolong Kanan Pentadbiran


SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan

Blog: http://cikgusazali.blogspot.com

1
SARANAN
• Rancang helaian jawapan sebelum menjawab
soalan.
• Soalan 1 : 40 minit 30 markah
• Soalan 2(a) : 15 minit 09 markah
• Soalan 2(b) : ?
• Soalan 2(c) : ?
• Soalan 2(d) : ? 26 MARKAH
• Soalan 3 : 40 minit 30 markah
• Soalan 4 : 15 minit 15 markah
JUMLAH 110 minit 84 markah

BAKI MASA = 40 minit /3 soalan


= 13 minit per soalan
• Soalan 2 (b)
(i) Analisis Petikan 2 markah
(ii) KBKK 3 markah
(iii) KOMSAS 4 markah

• Soalan 2 (c)
(i) Analisis Petikan 2 markah
17 MARKAH
(ii) Analisis Petikan 3 markah
(iii) KBKK 3 markah

• Soalan 2 (d)
(i) Maksud kata 2 markah
(ii) KBKK 3 markah
(iii) KOMSAS 4 markah
RUMUSAN
• Markah penuh 30 dibahagikan kepada:
Isi - 20 markah
Bahasa - 10 markah

Panduan mengira perkataan

• Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:


- nama khas (Kota Bharu)
- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)
- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)
- tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran (Yang Amat Berhormat)

• Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja,


yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
• Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah. 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang khasiat cendawan terhadap
kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pendahuluan:
Bil Perkara Deskripsi
i. Subjek Petikan membincangkan
ii. Sinonim kepentingan/kebaikan/manfaat/faedah/keistimewaan/kelebihan
iii. Frasa Tema cendawan sebagai sumber makanan
iv. Sasaran terhadap kesihatan manusia
v Lokasi -

SINONIM

• kesan/akibat/implikasi/impak/natijah
• langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi/tindakan
* masalah/halangan/kekangan/rintangan/batasan
* faedah/kepentingan/manfaat/kebaikan/keistimewaan/kelebihan
* Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab
* Tujuan/matlamat/objektif
* Ciri-ciri/kriteria/elemen/sifat-sifat
* Peranan/Fungsi/Tanggungjawab
Contoh:
…buat satu rumusan tentang kepentingan hutan bandar dan….
SPM Nov 2013
Petikan membincangkan kebaikan hutan bandar kepada
masyarakat di negara kita

…buat satu rumusan tentang kepentingan berpeluh kepada


manusia dan….
SPM Jun 2011
Petikan membincangkan faedah mengeluarkan peluh kepada
manusia

…buat satu rumusan tentang faktor-faktor obesiti dan…


SPM Jun 2014
Petikan membincangkan punca-punca berlakunya obesiti
dalam kalangan masyarakat di negara kita. 6
Latihan 1:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan hutan bandar dan
cara-cara mengekalkan hutan bandar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Latihan 2:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada
negara kita.. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Latihan 3:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan
dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Latihan 4:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan cara-
cara memajukan industri coklat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Latihan 5:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi
saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Latihan 6:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan
angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa
lepas. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Latihan 7:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah
disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Latihan 8:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri perunding yang berkesan
dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
PENDAHULUAN
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan
manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan
cendawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Petikan membincangkan kebaikan cendawan dalam


pemakanan seharian terhadap kesihatan tubuh badan
manusia.
ISI TERSURAT
Panduan: Apakah khasiat cendawan terhadap
kesihatan manusia?
Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam
alam haiwan atau alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina
kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam kulat yang tidak
berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan
klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber
makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau zat makanan
yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan
tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan
penggemar cendawan.

S1 mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi


Panduan: Apakah khasiat cendawan terhadap
kesihatan manusia?
Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas
untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga
dikatakan dapat menghentikan masalah pendarahan. Selain itu,
seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya
mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu
menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun,
tidak semua cendawan selamat dimakan oleh manusia. Hal ini demikian
disebabkan terdapat juga cendawan yang beracun yang dapat
memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi.
Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah
kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan
yang beracun juga akan memusnahkan sistesis protein dalam tubuh
badan manusia.

S2 untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria


S3 dapat menghentikan masalah pendarahan
S4 mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah
tinggi
Panduan: Apakah khasiat cendawan terhadap
kesihatan manusia?
Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang
kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca
penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat meningkatkan sistem
imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang
keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit
kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi
bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar
kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang
tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan
harian kerana cendawan mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam
tubuh badan. Selain memberi kebaikan kepada tubuh manusia,
cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik
kepada bentuk baja. Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen
utama kitar semula hutan.

S5 sumber yang kaya dengan antibiotik


S6 dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia
S7 mampu merawat penyakit kanser
S8 mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan
Petikan membincangkan kebaikan cendawan dalam pemakanan seharian
terhadap kesihatan tubuh badan manusia..

Antaranya ialah cendawan mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang
tinggi. Selain itu, cendawan digunakan untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan
bakteria. Di samping itu, cendawan dapat menghentikan masalah pendarahan.
Seterusnya, ekstrak cendawan yang diproses mampu menjadi penawar untuk
mengurangkan tekanan darah tinggi. Tambahan pula, cendawan merupakan
sumber yang kaya dengan antibiotik. Akhir sekali, cendawan dapat
meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia.

• Tulis kesimpulan atas kertas soalan


Kesimpulannya, setiap manusia mestilah berusaha untuk
memanfaatkan khasiat cendawan supaya dapat meningkatkan kesihatan diri.

• Bilang pendahuluan + isi tersurat + kesimpulan


12 + 56 + 14 = 82 patah perkataan (TINGGAL 38 pp untuk isi tersirat)
MEMBINA ISI TERSIRAT
* Rujuk soalan selepas dan
Isi Tersirat

Usaha memajukan perusahan cendawan ialah


Isi Subjek Predikat
1 kerajaan memberi bantuan modal kepada pengusaha cendawan
2 kerajaan menyediakan bengkel tentang cara-cara mengusahakan penanaman cendawan
3 pengusaha mempelbagaikan produk berasaskan cendawan
4 pengusaha meluaskan pasaran produk berasaskan cendawan
Usaha memajukan perusahan cendawan ialah pihak
kerajaan memberikan bantuan modal kepada para pengusaha
cendawan. Selain itu, kerajaan mengadakan bengkel tentang
cara-cara mengusahakan penanaman cendawan.

• Bilang = 23 patah perkataan


• 82 + 23 = 105 patah perkataan (ada 15 pp lagi)
• Bina isi tersirat yang ketiga
Seterusnya para pengusaha mempelbagaikan produk
berasaskan cendawan dan mengeksport cendawan ke luar
negara.
117 patah perkataan
Petikan membincangkan kebaikan cendawan dalam pemakanan seharian terhadap
kesihatan tubuh badan manusia..

Antaranya ialah cendawan mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi.
Selain itu, cendawan digunakan untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Di
samping itu, cendawan dapat menghentikan masalah pendarahan. Seterusnya, ekstrak
cendawan yang diproses mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah
tinggi. Tambahan pula, cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik. Akhir
sekali, cendawan dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia.

Usaha memajukan perusahan cendawan ialah pihak kerajaan memberikan bantuan


modal kepada para pengusaha cendawan. Selain itu, kerajaan mengadakan bengkel
tentang cara-cara mengusahakan penanaman cendawan. Seterusnya para pengusaha
mempelbagaikan produk berasaskan cendawan dan mengeksport cendawan ke luar
negara.

Kesimpulannya, setiap manusia mestilah berusaha untuk memanfaatkan khasiat


cendawan supaya dapat meningkatkan kesihatan diri.
117 patah perkataan
SOALAN PEMAHAMAN
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat
sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang


sempurna/lengkap
(tulis dalam bentuk point dikira tidak gramatis)

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan


jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja
15
SOALAN 2 MARKAH
Markah Deskripsi
2 markah - Jawapan tepat mengikut kontek/isi cukup dan ayat gramatis
1 markah - Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup.

0 markah - Jawapan tidak tepat/salah.

SOALAN 3 MARKAH
Markah Deskripsi
3 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.
2 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis

1 markah - Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis.


0 markah - Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat
gramatis.

SOALAN 4 MARKAH
Markah Deskripsi
4 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.

3 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.


2 markah - Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis.
1 markah - Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis.
0 markah - Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis.

16
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud elemen utama. [2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan yang beracun memberi kesan buruk
kepada manusia.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii) Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan, apakah perkara-perkara yang
diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan tersebut? [4 markah]
SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA

(i) Berikan maksud elemen utama. [2 markah]

Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen


utama kitar semula hutan.

Skema:
(i) Maksud
 Sumber/unsur/agen/bahan penting 2m
 Unsur/anasir/agen/bahan utama 1m
 Elemen penting 1m
[Maksimum: 2 m]

Maksud elemen utama ialah sumber penting.


SOALAN ANALISIS PETIKAN
(ii) Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan
yang beracun memberi kesan buruk kepada manusia.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
Rujuk petikan:
Namun, tidak semua cendawan selamat dimakan oleh manusia. Hal ini demikian disebabkan
terdapat juga cendawan yang beracun yang dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi
kadar toksik yang tinggi. Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah
kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan yang beracun juga akan
memusnahkan sistesis protein dalam tubuh badan manusia.
Skema:

(ii) Kesan buruk (Isi cukup – 2 kesan)


P1 Akan terdedah kepada kerosakan hati manusia
P2 Akan memusnahkan sistesis protein dalam tubuh badan manusia
P3 Dapat memudaratkan kesihatan
[Maksimum: 3 m]
Kesan buruk cendawan yang beracun kepada manusia ialah dapat memudaratkan
kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Kesan yang lain ialah akan
terdedah kepada masalah kerosakan hati. Kesan yang berikutnya ialah akan
memusnahkan sintesis protein dalam tubuh badan manusia.
SOALAN KBKK (Isi + Huraian/Contoh)
(iii) Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan,
apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk
memulakan perusahaan cendawan tersebut?
[4 markah]
Skema:
Perkara yang diperlukan (Isi cukup – 3 perkara)
P1 modal
P2 tapak
P3 mendapatkan ilmu/kemahiran/kursus
P4 khidmat nasihat (Jabatan Pertanian)
P5 kepakaran
P6 tentukan pasaran
P7 tenaga kerja
P8 keberanian dan keyakinan
(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)
[Maksimum: 4 m]

Sekiranya saya ingin menjadi usahawan cendawan, perkara yang diperlukan untuk
memulakan perusahaan cendawan tersebut ialah mendapatkan modal yang cukup
daripada institusi kewangan. Perkara yang lain ialah mencari tapak yang sesuai
untuk penanaman cendawan. Perkara yang berikutnya ialah mendapatkan khidmat
nasihat tentang penanaman cendawan daripada agensi kerajaan yang terlibat.
SOALAN SPM JUN 2014
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan
tentang faktor-faktor obesiti dan kepentingan mengawal berat
badan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Obesiti atau kegemukan didefinisikan sebagai lebihan lemak


tubuh yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti darah
tinggi dan penyakit kardiovaskular. Menurut kajian, kira-kira 20
peratus rakyat negara kita menghadapi masalah obesiti. Secara
umum, obesiti berpunca daripada kandungan nutrisi yang tidak
seimbang dalam menu harian. Hal ini berlaku kerana tabiat
pemakanan yang lebih mengutamakan keenakan makanan
berbanding dengan khasiatnya.
SOALAN SPM JUN 2014
Amalan pengambilan makanan segera seperti makanan
berasaskan daging yang diproses turut menjadi penyumbang
kepada masalah obesiti. Kajian yang dijalankan pada tahun 2005
hingga 2006 mendapati bahawa 74 sampel makanan segera seperti
kentang dan ayam goreng yang dijual di restoran makanan segera
sangat tinggi kandungan lemaknya. Selain itu, makanan berasaskan
karbohidrat yang diambil secara berlebihan seperti nasi lemak dan
roti canai turut menjadi penyebab obesiti. Masalah ini juga berlaku
akibat makanan harian yang tinggi kandungan kalorinya. Hal ini
demikian kerana kalori yang berlebihan akan bertukar menjadi
lemak sekiranya tidak digunakan pada masa yang lama. Untuk
menangani masalah ini, kita hendaklah membudayakan tabiat
pengambilan makanan yang sihat.
SOALAN SPM JUN 2014
Masalah obesiti juga disebabkan oleh amalan penggunaan
ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor. Misalnya, steroid yang
berlebihan dalam ubat-ubatan boleh menyebabkan obesiti dan
pelbagai penyakit lain. Walau bagaimanapun, pakar kesihatan juga
tidak menafikan bahawa kegemukan boleh berlaku kerana faktor
genetik atau keturunan. Hasil kajian di Amerika Syarikat mendapati
bahawa anak-anak yang dilahirkan daripada salah seorang
daripada ibu bapanya obes mempunyai 40 hingga 50 peratus
berkemungkinan menjadi gemuk. Sekiranya kedua-dua ibu bapanya
obes, kebarangkalian menjadi gemuk ialah 70 hingga 80 peratus.
SOALAN SPM JUN 2014
Kadar metabolisme yang rendah juga di kenal pasti sebagai
penyebab obesiti. Hal ini demikian kerana metabolisme rendah
menyebabkan tahap pembakaran kalori menjadi lebih perlahan.
Keadaan ini semakin meruncing apabila individu tersebut tidak
melakukan senaman dan diet yang seimbang. Dalam hal ini, kita
dinasihatkan supaya melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu. Perlu diingat bahawa pertambahan berat badan
juga berlaku apabila seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup
sihat seperti banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau
bermain permainan video terutamanya kanak-kanak dan remaja.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak
mengurangkan aktiviti menonton televisyen atau permainan video.
Kita perlu sedar bahawa obesiti akan menimbulkan pelbagai
kemudaratan. Oleh itu, setiap individu perlu bertindak untuk
mengelakkan obesiti kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati.
SOALAN BM JUN 2014
(i) Berikan maksud membudayakan tabiat.
[2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa langkah yang
perlu diambil untuk mengurangkan masalah obesiti.
Nyatakan langkah-langkah tersebut.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran
masyarakat tentang bahaya obesiti dapat ditingkatkan?
Jelaskan dua cara.
[4 markah]
ANALISIS KEKERAPAN SOALAN KOMSAS
Soalan 2(b) : Prosa Moden
TING NOV JUN NOV JUN NOV JUN NOV
2011 2012 2012 2013 2013 2014 2014?
CERPEN
4 Ibu dan Ceper X
4 Memori Seorang Tua X
4 Israk X
4 Pemain Catur X
4 Mellisa X
4 Biarkan Samudera X
5 Pahlawan Buntung X
5 Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong X
5 Idola X
5 Penangguhan X
5 Hutan Rimba X
5 Tanggar Amanat X

DRAMA
4 Gelanggang Tuk Wali X
4 Forum Remaja 2020 X
4 Cempaka Berdarah X
5 Tiang Cengal Dinding Sayung X
5 1400 X
5 Dato’Onn X
Soalan 2(c) : Prosa Tradisional
TING NOV JUN NOV JUN NOV JUN NOV
2011 2012 2012 2013 2013 2014 2014
4 Pelayaran Yang Penuh Peristiwa X
4 Merah Silu X
4 Hikayat Indera Nata X
4 Hikayat Khoja Maimun X
5 Hikayat Langlang Buana X
5 Hikayat Siak X
5 Dua Geliga Hikmat X
5 Hikayat Opu Daeng Menambun X
Soalan 2(d) : Puisi
TING NOV JUN NOV JUN NOV JUN NOV
2011 2012 2012 2013 2013 2014 2014
PUISI TRADISIONAL
4 Pantun Empat Kerat (Budi)
4 Pantun Empat Kerat (Jenaka)
4 Syair Definisi Orang Berakal X
4 Syair Siti Sianah
4 Gurindam 12 Fasal Keenam
4 Seloka Emak Si Randang
5 Pantun Enam Kerat X
5 Pantun Lapan Kerat
5 Syair Makna Riak
5 Syair Pemberontakan Pattani
5 Gurindam Tonggak 12
5 Seloka Si Luncai X

PUISI MODEN
4 Harga Remaja
4 Di Perpustakaan
4 Mengintai Ruang Insaf
4 Mahsuri
4 Adat Sezaman X
4 Tiba Waktunya
5 Dirgahayu Bahasaku X
5 Kecek V
5 Bangkitlah X
5 Pasar Perasaan
5 Di Bawah Langit Yang Sama
5 Arkitek Kota
TATABAHASA
Soalan 3(a)
Perhatian bagi soalan 3 (a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan
soalan.
3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap
ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu
ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah bagi ayat berkenaan.
SPM NOV 2013

(a) Tulis satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) bilah
(ii) jambak
(iii) keping
(iv) pucuk
(v) rawan
(vi) utas
[6 markah]
LATIHAN 1 :

(a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gamat
(ii) diam
(iii) bidang
[6 markah]

LATIHAN 2 :

(i) reda - redah


(ii) paras - parau
(iii) kerat - kelat

LATIHAN 3 :

(i) latar - latar belakang


(ii) pusat - pusat serenti
(iii) jangka - jangka hayat

LATIHAN 4 :

(i) seniman
(ii) budiman
(iii) hartawan
(iv) karyawan
(v) peragawati 30
(vi) olahragawati
SOALAN BM JUN 2014
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

(i) Krisis
(ii) Kritis
(iii) Proses
(iv) Protes
(v) Taasub
(vi) Takjub
TATABAHASA
Soalan 3(b)
SPM NOV 2013

(b) Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa
Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

(i) Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru.
(ii) Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.
(iii) Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
(iv) Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan.
(v) Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.
(vi) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti
sempena Bulan Bahasa.
[ 6 markah]

LATIHAN 1 :

(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur
dan maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa
berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari
maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.
[ 6 markah]

LATIHAN 2 :

(b) Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat
pasif dengan ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat
pasif dengan ganti nama diri ketiga atau ayat pasif songsang.

(i) Makanan itu belum aku rasai lagi sejak pagi tadi.
(ii) Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok.
(iii) Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad.
(iv) Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah.
(v) Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam.
(vi) Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini.
LATIHAN 3 :

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.
(ii) Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam.
(iii) Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda.

LATIHAN 4 :

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa
sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal.
(ii) Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan universiti di
negara kita.
(iii) lsu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara.

LATIHAN 5 :

(b) Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perlntah, ayat seruan, atau
ayat tanya.

(i) Menerusi komunikasi, pelbagai maklumat disebarkan dari sebuah negara ke sebuah
negara lain dengan mudah dan eepat.
(ii) "Siapakah namakau?" soal seorang pemuda berwajah garang sambil mendekati diriku.
(iii) Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara.
(iv) Syabas, kamu telah berjaya rnenjuarai kejohanan yang berprestij itu!
(v) "Mazwin, tolong hantar buku-buku ini ke bilik guru dan letakkan di atas meja saya,"
kata Puan Geetha kepada Mazwin dengan tembut.
(vi) Sampai bilakah Pak Dol akan menangisi kematian isteri kesayangannya itu?
LATIHAN 6 :

(b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini.

(i) Wah, besarnya sungguh rumah kontraktor yang terkenal itu!


(ii) Ayahnya baru sahaja pulih daripada penyakit paru-paru berair.
(iii) Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar suka ponteng sekolah?
(iv) Jangan berkawan dengan budak-budak yang menghisap rokok.
(v) Silakan duduk, saya hendak pergi ke dapur dahulu.
(vi) Tolong bersihkan bilik tidur kamu sebelum ibu pulang.

LATIHAN 7 :

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawan kepada enam ayat tunggal tanpa
mengubah maksud asalnya.

Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian dan sektor ini
adalah antara sektor yang banyak mencemar dan membazirkan air namun tiada sistem
pengurusan permintaan air bagi sektor ini. Ladang-ladang penternakan haiwan dan
penternakan hidupan akuatik dalam sangkar juga menjadi punca pencemaran.

LATIHAN 8 :

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat
berikut menjadi tiga ayat.

Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau
yang indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah
berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen
Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf
antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak
pelancong datang ke Malaysia.
LATIHAN 9 :

(b) Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah
maksud asalnya.

(i) Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu.


(ii) Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
(iii) Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan
tepat.

LATIHAN 10 :

(b) Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata
hubung yang sesuai.

(i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera.
Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu.
(ii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu
Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
(iii) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran

LATIHAN 11 :

(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat
suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.

(i) Sila buat laporan tentang kes meniru itu.


(ii) Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lalu.
(iii) Awak siapkan tugasan ini sekarang.
(iv) Awak tidak usahlah datang ke sini lagi.
(v) Pujuklah budak yang menangis itu.
(vi) Tolong hantarkan karangan ini sebelum hari Khamis.
SOALAN BM JUN 2014
Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda
dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi dalam dialog
tersebut.

Sarina : Apa yang kamu beli tu?


Fairus : Jambu batu. Buah ini sangat berkhasiat.
Sarina : Apa khasiatnya?
Fairus : Jambu batu mengandungi vitamin dan kalium yang
berfungsi sebagai agen nyahtoksid yang dapat
memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
Sarina : Kalau begitu, saya akan selalu makan jambu batu.
Fairus : Baguslah. Nah, ambil dua biji!
[6 markah]
TATABAHASA
SPM NOV 2013
Soalan 3(c)
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan
untuk menaik taraf insfrastruktur di kawasan luar bandar.

(ii) Mesyuarat ahli jawatan kuasa sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang berbincang
aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.

(iii) Pihak swasta turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek membangunkan di


tempat-tempat rekriasi yang terdapat di negara kita.
[6 markah]
(i) Insfrastruktur - infrastruktur
memperlebarkan - memperlebar

(ii) Ahli jawatan kuasa - ahli jawatankuasa


berbincang - membincangkan

(iii) Rekriasi - rekreasi


membangunkan - pembangunan
SOALAN BM JUN 2014
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Iskandar yang efisyen dalam menjalankan tugas telah dipilih
sebagai penerima penganugerahan pekerja cemerlang.

(ii) Sekolah di kawasan pedalaman itu menjadi mahsyur kerana


kejayaannya melahirkan ramai murid yang berjaya lanjutkan
pelajaran ke universiti.

(iii) Walaupun terdapat banyak istilah sainstifik, namun tajuk yang sukar
itu dapat memahamkan murid-murid kerana penerangan yang
diberikan oleh guru itu sangat jelas.
TATABAHASA
SPM NOV 2013
Soalan 3(d)
(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah diketatkan
lagi.

(ii) Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka
pada guru semata-mata.

(iii) Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya dengan
begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata.
[6 markah]
(i) diketatkan -
di antara -

(ii) Mengabaikan -
pada -

(iii) membacakan -
ramai murid-murid -
SOALAN BM JUN 2014
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

(i) Pembentukan siasah yang tinggi perlu dipupuk dari masa ke semasa
agar sesuatu yang dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.

(ii) Kajian mendapati yang pencemaran sungai berpunca daripada


barang buangan industri dan kediaman serta kerja-kerja penerokaan
tanah.

(iii) Hutan mempunyai berbagai-bagai fungsi yang bermanfaat kepada


masyarakat sejagat selain daripada berperanan sebagai kawasan
teduhan hujan.
TATABAHASA
Soalan 3(e)
SPM N0V 2013

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.


(ii) Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan
pandai juga.
SOALAN BM JUN 2014
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa
yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Ghazali mewarisi kebijaksanaan ayahnya dalam menguruskan


perniagaan keluarga mereka.

(ii) Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar
oleh guru-gurunya.

(iii) Dia disenangi oleh rakan-rakannya kerana rajin bekerja dan sedia
memberikan bantuan apabila diperlukan.
SOALAN NOVEL
4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan
perwatakan watak utama dalam novel tersebut.
[7 markah]

Soalan 4(a)

- Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (bentuk karangan)
- Berikan 2 markah untuk peristiwa yang lengkap/jelas
- Berikan 1 markah untuk peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas
- Markah isi maksimum 4 markah
- Markah bahasa maksimum 3 markah
- Markah bahasa diberikan secara impression
Baik = 3 markah
Sederhana = 2 markah
Lemah = 1 markah
- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah
untuk bahasa. Markah bahasa tidak melebihi markah isi.
- Calon tidak menjawab 0 markah 43
CONTOH JAWAPAN
Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan
Mahmood. Watak utama dalam novel ini ialah Datuk
Dolhi.

Perwatakan Datuk Dolhi ialah seorang yang rajin


membaca. Contohnya, beliau rajin membaca dan
membuat rujukan sebelum menyampaikan ceramah
usahawan kepada peniaga muda.

Perwatakan Datuk Dolhi yang seterusnya ialah


bertanggungjawab. Buktinya, beliau menjalankan
tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada
anaknya Wahi melalui ibu mentuanya walaupun
isterinya Mastura telah meninggal dunia.
44
SOALAN SPM JUN 2014
(a) Dalam sesebuah novel, di samping watak utama, terdapat banyak
watak sampingan.
Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan watak dan
perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan bagi novel
tersebut.

NOVEL WATAK SAMPINGAN


(i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) Jeffri (Papa)
(ii) Azfa Hanani Tengku Muzaffar
(iii) Renyah Datin Tominah
(iv) Melunas Rindu Farhana
(v) Konserto Terakhir Hayati
(vi) Kembara Amira Profesor Zaidah
(vii) Sutera Dalam Lukisan Adila
(viii) Kabus di Perbukitan Azrul
(b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari.
[8 markah]

Soalan 4(b)

- Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
- Berikan 1 markah untuk 1 pernyataan
- Berikan 2 markah untuk setiap huraian yang jelas
- Markah isi maksimum 6 markah
- Markah bahasa maksimum 2 markah
- Markah bahasa diberikan secara impression
Baik = 2 markah
Lemah = 1 markah
- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1
markah untuk bahasa
46
- Calon tidak menjawab 0 markah
CONTOH JAWAPAN
Novel yang saya kaji ialah Sutera Dalam Lukisan
karya Abd Talib Hassan.

Persoalan yang terdapat dalam novel ini


tanggungjawab sesama manusia. Sebagai contoh, Adila
menjalankan tanggungjawabnya sebagai kawan untuk
membentuk semula keperibadian abnormal yang
dihidapi oleh Hafiz.

Selain itu, persoalan berani mempertahankan hak.


Misalnya Bujei menunjukkan sikap tegas dan berani
apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80,00 sebagai
ganti radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.

47
SOALAN SPM JUN 2014
(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga
contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai