Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 1

2.0 DEFINISI PENGGUGURAN 2

3.0 JENIS-JENIS PENGGUGURAN 3-5

4.0 CARA-CARA PENGGUGURAN 6

FAKTOR-FAKTOR PENGGUGURAN

Seks Luar Nikah

Hamil Akibat Diperkosa


5.0
Kecacatan Bayi 7-11

Kesihatan

Kegagalan Perancangan Keluarga

11-15
KESAN-KESAN PENGGUGURAN
6.0

15-18
7.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH PENGGUGURAN

8.0 KESIMPULAN 19

20
9.0 RUJUKAN

1
1.0 PENGENALAN

Masalah sosial semakin lama semakin menjadi di dunia masa kini. Antara isu sosial

yang semakin hangat diperkatakan ialah masalah pengguguran bayi di kalangan masyarakat.

Sebut sahaja pengguguran bayi, semestinya masyarakat akan memikirkan ianya satu tindakan

yang dilarang dan berdosa di sisi agama dan juga salah di sisi peraturan dan undang-undang.

Gejala pengguguran bayi bukanlah satu isu baru atau yang sengaja dipanas-panaskan. Sejak

sekian abad, gejala ini sudah lama menular dan terus menular dalam masyarakat manusia,

termasuk manusia Malaysia, termasuk juga manusia Melayu. Fakta yang fiktif menunjukkan

bahawa majoriti pengguguran (termasuk pembuangan) bayi di Malaysia memang dilakukan

oleh perempuan Melayu.1 Secara kasarnya, pengguguran memberi maksud sebagai tindakan

membuang janin dari rahim sama ada dengan menggunakan alat teknologi mahupun secara

tradisional. Namun demikian, pengguguran bayi bukanlah semuanya disengajakan semata-

mata. Ada juga sesetengah kes yang membenarkan pengguguran untuk kebaikan.

Pengguguran merupakan tindakan yang menyalahi undang-undang sama ada mengambil

racun atau sesuatu yang berbahaya atau menggunakan instrumen dengan tujuan untuk

mendapatkan keguguran.2

Secara sosiologi, pengguguran muncul kerana adanya pihak yang masih tidak bersedia

untuk bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah dilakukan dan tidak menginginkan

kandungannya. Hal ini demikian kerana mereka takut akan mendapat aib dan dibuang

daripada keluarga. Malah, status anak yang bakal dilahirkan juga tidak jelas kerana

perempuan yang mengandungkannnya belum bernikah dan anak tersebut akan mendapat

gelaran anak luar nikah atau lebih dikenali sebagai single parent di Barat.

1
Syam Akhyar, 2009, Pengguguran bayi: Membunuh benih harapan, Ummatan Wasatan, 21 Mei 2012
< http://ummatanwasatan.net/2009/08/pengguguran-bayi-membunuh-benih-harapan/>
2
Manjula Bhagi dan Sunita Sharma, Encyclopedia Dictionary Of Psychology, New Delhi: J.L. Kumar for
Anmol publications, 1992, hlm.2.

2
2.0 DEFINISI PENGGUGURAN

Pengguguran didefinisikan sebagai pembuangan embrio atau janin sebelum ia

mencapai tahap kematangan iaitu kira-kira sebelum 20 minggu kehamilan. Dimana dilakukan

sama ada secara spontan atau teraruh.3 Terdapat ahli falsafah yang menghujahkan bahawa

pengguguran wajar dilakukan dan tidak ketinggalan juga menentang tindakan pengguguran

dilakukan. Menurut Warren (2000), fetus bukan insan kerana tidak memiliki enam ciri

keinsanan iaitu sentience, emotionality ,reason, moral agency dan self awareness. Oleh itu,

beliau menghujahkan bahawa seorang insan adalah seorang yang mempunyai kemampuan

untuk mengalami kesakitan. Dengan demikian, pengguguran adalah tindakan yang betul

dilakukan dari segi moral. Don Marquis (1993) bagaimanapun menentang pengguguran dan

merupakan seorang yang anti-pengguguran. Marquis menghujahkan bahawa membunuh

seseorang adalah salah dari segi moral, apa yang membuat perbuatan membunuh ini salah

ialah ianya merampas masa hadapan si mangsa yang bernilai. Hal ini demikian kerana fetus

juga mempunyai masa depan yang bernilai.

Manakala, di dalam Islam, pengguguran anak selepas 4 bulan hukumnya adalah

haram. Bahkan ia merupakan satu perbuatan jenayah. Perbuatan ini merupakan satu

pembunuhan ke atas makhluk hidup yang telah cukup sifat dan nyata hidupnya. Oleh itu umat

Islam sama sekali ditegah dari melakukannya. Kecuali pengguguran itu terpaksa dilakukan

untuk menyelamatkan nyawa ibu tersebut. Ini tidak pula bermakna bahawa pengguguran

sebelum 4 bulan dibenarkan dalam Islam. Walaupun ada pendapat dari sebahagian ulama

yang membenarkan pengguguran sebelum 4 bulan disebabkan kandungan itu boleh dipastikan

hidupnya, ilmu perubatan sekarang telah mengesahkan bahawa janin itu sudah hidup sejak

pencantuman benih lelaki dan perempuan. Maka bersandarkan kepada kenyataan ini, maka

pengguguran benih itu juga dihukumkan sebagai haram.

3
Raymon J.Corsini, The Dictionary Of Psychology, USA, 1999, hlm.3.

3
3.0 JENIS-JENIS PENGGUGURAN

Seperti yang kita ketahui, pengguguran atau keguguran bayi merupakan satu

perbuatan membuang embrio atau janin dari rahim yang disesabkan oleh kematian janin itu

sendiri atau sengaja menyebabkan kematiannya. Pengguguran kandungan bukanlah semata-

mata merupakan masalah perubatan atau kesihatan dalam masyarakat, tetapi ianya juga adalah

masalah kemasyarakatan yang berhubungkait dengan fahaman kebebasan

(freedom/liberalisme) yang dianuti oleh sesebuah masyarakat. Secara keseluruhan, dalam

sejarah dunia, jumlah kematian disebabkan pengguguran kandungan jika digabungkan

keseluruhannya jauh melebihi jumlah mangsa dalam peperangan. Data tersebut ternyata selari

dengan data yang menunjukkan bahawa majoriti 62% rakyat Amerika berpendirian bahawa

hubungan seksual dengan pasangan luar nikah lain adalah tidak salah dan mereka

beranggapan yang ianya biasa diamalkan dan semua orang mesti melakukannya. Terdapat

beberapa jenis pengguguran yang perlu kita ketahui iaitu, pengguguran secara spontan,

pengguguran melalui perubatan, dan pengguguran secara paksa.

Pengguguran secara spontan sering dikaitkan dengan keguguran. Keguguran secara

spontan menyebabkan janin, uri dan kantung terkeluar dari rahim melalui pintu rahim.

Menurut Dr. Noraihan, Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar

Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kuala Lumpur - Universiti Putra Malaysia (HKL-UPM),

dianggarkan 10 peratus wanita yang keguguran mengalami pendarahan dan kekejangan pada

20 minggu pertama kehamilan. Dalam kes-kes keguguran secara spontan, 50 peratus janin

tidak terbentuk dengan sempurna, manakala dalam kumpulan ini 50 peratus janin mengalami

kecacatan kromosom. Keguguran boleh berlaku jika janin atau tisu-tisu yang bercantum

4
dengan tumbesaran janin tidak terbentuk dengan sempurna. Keguguran spontan ini terjadi

kerana penyakit, gangguan hormon si ibu ketika mengandung dan juga faktor alam sekitar.4

Pengguguran secara spontan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu gugur sangkut atau

tidak sepenuhnya, gugur lengkap dan gugur sawan atau keracunan. Pengguguran sangkut atau

tidak sepenuhnya menyebabkan tumpahan darah yang banyak selama beberapa hari. Keadaan

ini menandakan bahawa masih terdapat baki tisu janin atau tisu uri yang tertinggal di dalam

rahim. Keguguran ini juga mungkin berlaku dengan sepenuhnya di mana segala isi

kandungan, uri dan janin telah keluar keseluruhannya dari rahim. Manakala, pengguguran

sawan atau keracunan pula berlaku apabila keguguran disertai dengan jangkitan pada fetus.

Demam merupakan simptom pengguguran ini dan biasanya dikaitkan dengan tisu plasental

ataupun fetal yang tertinggal di dalam rahim berikutan daripada pengguguran sangkut atau

tidak sepenuhnya.

Pengguguran perubatan ataupun dikenali sebagai pengguguran terapeutik pula

merupakan pengakhiran kehamilan di mana janin dapat hidup demi kepentingan kesihatan si

ibu.5 Pengguguran ini dilakukan atas sebab-sebab perubatan sama ada bagi menyelamatkan

nyawa si ibu, menjaga tahap kesihatan fizikal dan mental seseorang individu tersebut dan juga

bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mengalami kecacatan fizikal yang teruk.

Pengguguran jenis ini mesti mendapat kata setuju dari pasangan suami isteri tersebut dan

hanya boleh dilakukan oleh doktor-doktor pakar sahaja. Pengguguran yang dilakukan oleh

doktor-doktor pakar ini dilakukan dengan cara kombinasi hormon atau dengan pengambilan

ubat dimana istilah perubatannya ubat ini disebut RU-486 dan ubat ini merupakan ubat

terkawal dan tidak dijual secara terbuka.6 Dalam melakukan proses ini, doktor yang akan

4
William Chang, Bioetika Sebuah Pengantar, Jogjakarta: Kanisius, 2009, hlm.41.
5
Ibid., hlm. 43.
6
Anang Harris Himawan, Bukan Salah Tuhan Mengazab: Ketika Perzinaan Menjadi Berhala Kehidupan,
Indonesia: Tiga Serangkai, 2007, hlm. 53.

5
melakukan pengguguran ini mesti meminta pendapat sekurang-kurangnya dua orang doktor

pakar bagi meminta nasihat sama ada wajar atau tidak pembuangan janin ini dilakukan.7 Jika

hati nurani doktor tersebut mengatakan bahawa dia tidak seharusnya meneruskan proses itu,

maka dia tidak akan melakukan dan dia berhak untuk mengundur diri dan dia akan

menyerahkan pelaksanaan tindakan medik itu kepada rakan sejawatnya yang lain. Tindakan

pengguguran melalui perubatan ini dilarang dalam alasan apapun kerana perbuatan ini

melanggar norma kehidupan, norma hokum, norma agama dan juga norma kesopanan.

Namun, dalam keadaan darurat tindakan ini boleh dipertimbangkan bagi menyelamatkan

nyawa si ibu atau janinnya yang sedang bergelut dengan maut.

Jenis pengguguran yang seterusnya ialah pengguguran secara paksa. Pengguguran

janin secara paksa ini dilakukan selalunya dilakukan atas kehendak sendiri. Perlakuan ini

dilakukan atas sebab beberapa faktor yang mendorong seseorang itu, antaranya ialah untuk

melewatkan kehamilan atau tidak mahu mengandung lagi, tidak mahu mengganggu kerja atau

pembelajaran, atau bagi mengelakkan masalah kewangan dan perhubungan. Perkara ini terjadi

juga atas sebab kehamilan yang tidak dirancang kerana tidak menggunakan alat kontraseptif.

Biasanya individu yang melakukan perkara ini ialah mereka yang belum berkahwin dimana

mereka berfikiran secara tidak matang. Bagi yang telah berkahwin, alasan yang sentiasa

diberikan oleh si ibu juga adalah untuk kepentingan diri sendiri termasuklah takut sekiranya

tidak mampu untuk membiayai atau tidak memiliki kewangan yang mencukupi dalam

memberi rawatan kepada si anak.

7
M. Jusuf Hanafiah dan Amri Amir, Etika Kodokteran dan Hukum Kesehatan Edisi 3, Jakarta: Penerbit Buku
Kedokteran EGC, 1999, hlm. 95.

6
4.0 CARA-CARA PENGGUGURAN

Pengguguran ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu pengguguran secara surgikal

(pembedahan) dan pengguguran secara medikal (perubatan). Namun begitu, usia kehamilan

perlu diketahui terlebih dahulu untuk menentukan kaedah pengguguran yang sesuai. Pada 12

minggu yang pertama, penyedutan dengan vakum adalah kaedah pengguguran yang sesuai

dilakukan.8 Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court,

cara-cara pengguguran secara paksa menggunakan perubatan dikenali sebagai pengguguran

kimia. Bahan yang biasa digunakan dalam menjalankan proses ini adalah mifepristone dan

prostaglandins.9 Biasanya pengguguran melalui kaedah ini dilakukan di peringkat awal

kehamilan. Bagi prosedur pengguguran menggunakan kaedah ini, suatu tiub plastik berlubang

akan digunakan untuk memecah dan menyedut janin keluar daripada rahim ibunya ke dalam

satu botol yang telah disediakan khas.

Manakala, melalui pengguguran secara pembedahan, pengguguran dilakukan dengan

cara menggunakan alat penyedut (suction) pada masa usia janin masih sangat kecil iaitu pada

awal peringkat kehamilan. Bayi yang masih sangat lembut akan tersedut dan hancur luluh.

Saat ia dikeluarkan dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin

yang baru digugurkan itu. Misalnya, penyedutan dengan vakum yang dilakukan secara

manual atau elektronik iaitu menggunakan mesin elektronik bagi usia kandungan kurang

daripada 12 minggu. Pengguguran pembedahan juga melibatkan Dilatation and Curettage

(D&C) bagi usia kandungan 15-24 minggu.

8
Ethel Sloane, Biology of Women, United States: Thomson Learning, 2002, hlm. 474.
9
M. Sara Rosenthal, The Gynecological Sourcebook Fourth Edition, United States of America: McGraw Hill,
2003, hlm. 207.

7
5.0 FAKTOR-FAKTOR PENGGUGURAN

5.01 Seks Luar Nikah

Satu-satunya sebab terbesar pengguguran adalah kerana bayi dalam kandungan

seseorang perempuan itu tergolong sebagai anak haram atau anak luar nikah yang lahir dari

perbuatan maksiat yang dilakukan bersama pasangannya yang bukan sah di sisi agama. Bagi

individu sebegini, mereka berfikiran sebelum bayi itu harus lahir sebagai insan bernyawa,

baiklah awal-awal lagi ianya digugurkan. Masyarakat Melayu, secara primitif, tidak rela

menerima kehadiran bayi di luar nikah, dan akan selalu memandang serong terhadap anak

luar nikah.10

Terdapat juga ibu bapa yang memaksa anak mereka menggugurkan kandungan pada

peringkat awal untuk mengelakkan dari menanggung malu terutama masyarakat di kampung

yang sangat mementingkan nilai-nilai moral. Namun begitu, andaikata bayi tersebut sempat

juga dilahirkan dan hidup bernyawa, ianya pasti akan dibuang. Untung kalau sekadar dibuang

ke tangga masjid, ke pintu-pintu rumah awam, ke gerai-gerai niaga umum. Sebaliknya akan

malanglah apabila bayi itu dicampakkan saja ke tong sampah, dilempar ke sungai,

ditinggalkan di tengah hutan atau dikambus hidup-hidup. Malah sekarang ini banyak bayi

yang dibakar hidup-hidup.

Selain itu, perasaan malu, sedih dan buntu setelah terlanjur dan mengandung anak luar

nikah menyebabkan berlakunya pengguguran serta pembuangan bayi. Mereka merasakan

bahawa ini merupakan langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan.11

Remaja yang cenderung terlibat dalam gejala seks bebas yang membawa kepada pengguguran

janin biasanya adalah remaja yang berada dalam lingkungan 25 dan ke bawah. Hal ini

10
Syam Akhyar, 2009, Pengguguran bayi: Membunuh benih harapan, Ummatan Wasatan, 21 Mei 2012
< http://ummatanwasatan.net/2009/08/pengguguran-bayi-membunuh-benih-harapan/>
11
Ahmad Haji Baharudin, Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran, Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn.
Bhd., 2007, hlm. 220.

8
disebabkan oleh sikap remaja yang belum matang dan berani bertindak di luar batasan apabila

melibatkan harga diri mereka. Malah, harga diri hanya diletakkan di tempat teratas apabila

terjadi sesuatu yang boleh menjadi bukti terhadap kemurahan harga diri mereka. Perasaan

malu disebabkan oleh kandungan yang tidak sah menyebabkan mereka nekad untuk

menggugurkan kandungan tersebut.

5.02 Hamil Akibat Diperkosa

Selain itu, kemajuan teknologi dan maklumat juga telah mendatangkan pelbagai kesan

negatif dalam kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana manusia menyalahgunakan

kemajuan tersebut. Sebagai contoh, penyebaran filem pornografi dan kebanjiran bahan-bahan

erotik dan keganasan seperti foto, buku, komik dan majalah, khususnya daripada internet,

cakera padat dan cakera video digital (DVD) dapat merangsang keinginan seks terutamanya

kaum lelaki yang memiliki nafsu dan fantasi seks yang tinggi.12 Penyebaran filem ini

membawa kesan lain kepada masyarakat. Antaranya ialah berlakunya kes-kes seperti rogol

dan yang menjadi korban ialah gadis yang berada dibawah umur.

Malah, terdapat juga segelintir wanita yang diperkosa oleh ayah dan saudara kandung

mereka sendiri. Hal ini menyebabkan wanita yang diperkosa tersebut hamil. Oleh itu, sangat

mustahil bagi seorang wanita yang hamil meminta ayah atau saudara kandungnya

bertanggungjawab ke atas kehamilan tersebut. Tambahan lagi, gadis yang diperkosa ini

cenderung untuk menghidapi trauma akibat daripada kejadian tidak bermoral itu. Maka, jalan

terakhir yang boleh menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan melakukan pengguguran

dengan memninta khidmat bidan ataupun dari klinik-klinik swasta yang turut menawarkan

perkhidmatan menggugurkan bayi.

12
Mohd Sharani bin Ahmad dan Zainal bin Madon, Panduan Mengurus Remaja Moden, Pahang: PTS
Publication and Distributors Sdn.Bhd., 2004, hlm. 70.

9
5.03 Kecacatan Bayi Yang Dikandung

Kemajuan teknologi dalam bidang perubatan memberikan kelebihan kepada pasangan

yang sudah berkahwin. Usia kandungan dan kesihatan kandungan boleh diketahui semasa

bayi berada di dalam kandungan lagi. Keadaan fizikal bayi juga boleh diketahui hanya dengan

menggunakan imbasan ultrasound. Oleh itu, ibu yang sedang mengandung cenderung untuk

mengetahui keadaan kandungan mereka. Salah satu jenis kecacatan yang boleh dikesan

semasa bayi dalam kandungan adalah keadaan fizikal dan mental bayi seperti sindrom down.

Kecacatan bayi seumpama ini dapat dikesan seawal dari kandungan lagi. Dengan demikian,

apabila mereka mendapati bayi yang mereka kandung tidak sihat ataupun mempunyai

kekurangan, maka mereka akan berasa kecewa dan mengambil keputusan untuk

menggugurkan kandungan tersebut. Hal ini demikian kerana mereka malu terhadap

masyarakat kerana bakal mempunyai anak yang cacat. Oleh itu, mereka nekad untuk

menggugurkan bayi tersebut.

Perlakuan tersebut cenderung dilakukan oleh golongan ibu bapa yang kurang matang.

Mereka lebih memikirkan mengenai pandangan masyarakat berbanding apa yang mereka

lakukan. Menurut isu-isu perubatan dalam perspektif Islam, pengguguran hanya boleh

dilakukan jika anak dikandung yang berkemungkinan cacat harus digugurkan atas nasihat

doktor pakar dan sekiranya sudah bernyawa hukumnya haram digugurkan. Semua ibubapa

mengharapkan agar anak yang lahir itu sempurna tubuh badannya dan sihat akal fikirannya.

Namun hakikatnya manusia merancang dan ketentuannya adalah dari Allah swt. Cacat atau

sempurnanya anak yang lahir itu tetap merupakan anugerah Allah dan ibubapa wajib

bersyukur di atas pemberian itu.

10
5.04 Faktor Kesihatan

Faktor kesihatan juga merupakan salah satu faktor mengapa pengguguran bayi

dilakukan. Seseorang wanita adakalanya mendapat gangguan pada kesihatannya ketika

sedang mengandung dan ada juga yang keadaan tubuhnya tidak sanggup untuk terus

mengandung. Kesihatan ibu mengandung yang tidak baik menjadi kekangan kerana masalah

kesihatan yang dihadapi mungkin boleh membahayakan nyawa si ibu jika meneruskan niatnya

untuk menjaga kandungannya. Sebagai contoh, penyakit seperti AIDS, thalassemia dan

penyakit kronik lain boleh membahayakan nyawa ibu yang mengandung. Hal ini demikian

kerana kesihatan ibu yang mengandung perlu diutamakan.

Penyakit seperti thalassemia pula adalah sejenis penyakit autosomal recessive sel-sel

darah merah dimana berlakunya kekurangan sintesis rantaian globin (globin chains) dan sel-

sel darah merah mudah pecah serta tubuh si penghidap thalassemia mengandungi unsur besi

yang banyak. Penyakit ini memerlukan pemindahan darah yang kerap. Oleh itu, ibu yang

menghidap penyakit thalassemia adalah lebih baik jika kandungannya digugurkan. Hal ini

demikian kerana anak yang bakal dilahirkan sudah pasti akan menghidap penyakit yang sama

tambahan lagi nyawa si ibu akan lebih terancam jika meneruskan niat untuk menjaga

kandungan tersebut.13

5.05 Kegagalan Perancangan Keluarga

Kegagalan perancangan keluarga juga menyebabkan pengguguran berlaku. Bagi

pasangan suami isteri yang belum bersedia untuk mempunyai anak menganggap bahawa

pengguguran adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah mereka. Kegagalan perancangan

keluarga ini adalah disebabkan oleh kurangnya maklumat mengenai cara untuk mencegah

kehamilan. Sebab-sebab lain seperti tidak memahami risiko akan mengandung apabila

13
Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Volume 13, Kuala Lumpur: PTS Millenia
Sdn.Bhd., 2006, hlm.164.

11
mengadakan hubungan seks, tiada rancangan untuk mengadakan hubungan seks, terlupa

menggunakan alat pencegahan, tidak puas hati dengan keberkesanan kaedah yang digunakan

dan mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Selain itu, taraf pendidikan yang rendah juga

menyebabkan pasangan gagal merancang masa depan. Malah, tekanan daripada kehidupan

seperti kemiskinan juga menyebabkan pengguguran menjadi jalan yang terbaik untuk

mengatasi masalah tersebut.

6.0 KESAN-KESAN PENGGUGURAN

Setiap tindakan yang kita lakukan hari ini pasti akan memberikan kesan terhadap kita

pada masa hadapan. Lalu, adakah pengguguran juga memberikan kesan terhadap si pelaku?

Ya tepat sekali, pengguguran akan memberikan kesan yang sangat besar terhadap si pelaku

bukan sahaja si pelaku yang menerima kesannya tetapi juga kepada keluarga si pelaku. Hal

ini, tidak boleh diselindungkan lagi kerana sudah banyak media massa yang melaporkan

berkaitan dengan hal ini. Antara kesan yang kita dapat lihat adalah seperti pangkal rahim

terkoyak, tertembus rahim, kemandulan, tekanan perasaan, pendarahan teruk, jangkitan pada

organ pembiakan, membawa kepada kematian, dan jega boleh merosakkan imej negara

sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara.

Kesan pertama yang akan dibincangkan adalah si pelaku akan mengalami pangkal

rahim terkoyak atau tertembus. Hal ini terjadi apabila si pelaku melakukan pengguguran

secara paksa dan kandungan tersebut berusia lebih daripada 24 minggu. Apabila kandungan

melebihi usia 24 minggu dan hanya ada satu cara untuk menggugurkan kandungan tersebut

iaitu melalui penarikan seluruh bayi disebabkan penarikan bayi secara paksa ia akan memberi

kesan kepada rahim si pelaku sama ada rahim terkoyak atau tertembus. Namun ada juga cara

lain yang boleh dilakukan tetapi dengan syarat kandungan tersebut tidak boleh melebihi usia

12
24 minggu sebagai contoh pengguguran dilakukan dengan cara penyedutan menggunakan

vakum ataupun dengan cara mencuci kandungan tersebut. Kebiasaannya, cara ini dilakukan di

klinik-klinik yang berani mengambil risiko dan yang menginginkan pulangan yang besar dan

disebabkan itu pihak klinik tidak akan mengambil pusing tentang kesan yang bakal dialami

oleh si pelaku.

Seterusnya, si pelaku berkemungkinan akan mengalami kemandulan. Di mana si

pelaku tidak boleh mengandung lagi. Ini terjadi mungkin disebabkan kerosakan tempat

pembiakan setelah pengguguran dilakukan. Kesan ini bukan sahaja melibatkan si pelaku

malah akan melibatkan keluarga si pelaku. Sebagai contoh, jika si pelaku berkahwin dan

merupakan anak tunggal dalam keluarganya pasti keluarga si pelaku tidak dapat meneruskan

keturunannya dan ini serba sedikit akan memberikan impak kepada keluarga si pelaku dan si

pelaku itu sendiri. Kemandulan ini juga berlaku kerana proses pengguguran yang melibatkan

usus dan rahim yang melekat selain saluran ovari yang tersumbat juga menjadi penghalang

kepada seseorang itu mengandung lagi.

Secara tidak langsung, pelaku yang mandul pasti akan membawa kesan yang lain pula

seperti mengalami tekanan perasaan dan kemurungan. Situasi ini akan menyebabkan si pelaku

lebih senang bersendirian dan menangisi nasib yang menimpa dirinya. Si pelaku juga akan

mengelak daripada bergaul dengan keluarga dan masyarakat. Jika situasi ini berterusan tidak

mustahil untuk si pelaku melakukan perkara di luar kotak pemikiran manusia yang waras

misalnya cubaan untuk membunuh diri. Perkara seperti ini juga mungkin di dorong oleh

perasaan malu untuk berhadapan dengan keluarga ataupun takut untuk bergaul dengan

masyarakat yang sering memandang serong terhadap si pelaku. Tambahan pula, apabila si

pelaku menjangkau usia dewasa ataupun sedikit berumur si pelaku juga mula dihantui dengan

perasaan bersalah dan menyesal dengan perbuatannya yang menggugurkan kandungannya,

lebih-lebih lagi apabila si pelaku tersebut tidak dapat melahirkan zuriat lagi.

13
Selain itu, pengguguran juga akan menyebabkan si pelaku mengalami pendarahan

yang teruk. Ini berlaku apabila si pelaku melakukan pengguguran dengan pihak yang tidak

bertauliah ataupun melakukan pengguguran secara tradisional seperti berjumpa dengan bidan

kampung.14 Adakalanya, kesan ini berlaku disebabkan oleh pengamal perubatan yang

menggunakan benda-benda tajam seperti kayu, lidi atau ranting kayu untuk menggugurkan

kandungan. Kesan ini bukan sahaja berlaku apabila si pelaku melakukan pengguguran namun

ada juga kes yang kesan pendarahan tersebut berlaku pada jangka masa akan datang

sehinggalah suatu hari si pelaku tersebut pengsan ataupun tidak sedarkan diri barulah si

pelaku mengalami kesan tersebut.

Organ pembiakan merupakan organ yang sangat sensetif dan cepat mengalami

jangkitan jika ianya tidak dijaga dengan baik dan betul. Maka, apabila seseorang individu itu

menggugurkan kandungan dalam prosedur yang tidak betul dan diharamkan oleh intitusi

kesihatan, tidak mustahil bagi si pelaku mengalami jangkitan pada organ pembiakan. Hal ini

terjadi apabila si pelaku mengambil ubat-ubatan yang ditegah atau dilarang pada awal usia

kandungan cara ini merupakan cara moden untuk menggugurkan kandungan. Manakala, bagi

cara tradisional si pelaku akan mengambil cecair alkohol atau menggunakan herba yang tidak

ditahu herba tersebut bersih ataupun kotor. Di samping itu, ada juga si pelaku yang

memasukkan benda asing ke dalam rahim dengan bertujuan untuk menggugurkan kandungan.

Benda-benda atau ubat-ubatan seperti ini yang merupakan penyumbang besar kepada kesan

jangkitan pada organ pembiakan yang di alami oleh si pelaku.

Kesan pengguguran yang sangat berisiko tinggi bagi si pelaku adalah si pelaku akan

kehilangan nyawa semasa melakukan pengguguran ataupun selepas pengguguran. Ini

disebabkan oleh komplikasi bius yang diambil oleh si pelaku, pendarahan yang teruk atau

14
Ong Hean Chooi, Tanaman Hiasan Khasiat Makanan dan Ubatan, Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributors Sdn.Bhd., 2006. hlm. 26.

14
jangkitan yang tidak terkawal menjadi punca si pelaku kehilangan nyawa. Kehilangan nyawa

disebabkan oleh pengguguran juga berlaku apabila si pelaku berada di bawah umur iaitu

dalam lingkungan bawah 18 tahun, di mana sistem pembiakan mereka belum bersedia lagi

untuk mengandung dan apabila mereka menggugurkan kandungan mereka tidak mampu

untuk menahan kesakitan yang harus dilalui untuk menggugurkan kandungan tersebut lalu

mereka meninggal dunia.

Kesan pengguguran bukan sahaja berlaku kepada diri sendiri malah memberi impak

kepada masyarakat iaitu masyarakat dengan mudah mengikut jejak langkah mereka yang

melakukan pengguguran setelah mendapat tahu mengenai cara yang mudah untuk

menggugurkan kandungan dan sekaligus memberi peningkatan dalam kes pembuangan bayi

yang sehingga hari ini kes tersebut tidak dapat dibendung. Penyebaran cara melakukan

pengguguran dengan mudah ini menyebabkan kes pembuangan bayi dan pengguguran

semakin berleluasa. Ahli masyarakat lain akan mengikuti jejak langkah individu tersebut

selepas mendapat tahu bahawa terdapat cara yang mudah untuk menggugurkan kandungan.

Secara tidak langsung ini akan mengakibatkan masalah sosial dan keruntuhan akhlak

terutamanya dalam kalangan remaja semakin meningkat.15 Malah, nama negara turut terjejas

ekoran daripada peningkatan kes pengguguran. Kerancakan pembangunan juga akan terbantut

dan perbelanjaan kerajaan akan semakin meningkat kerana bayi-bayi perlu diletakkan di

rumah kebajikan selagi tidak ada ibu bapa yang datang menuntut bayi tersebut.

Oleh itu, pendapatan negara akan menurun akibat daripada kemerosotan industri

pelancongan kerana para pelancong asing beranggapan negara mempunyai rakyat yang tidak

bermoral dan jenayah akan meningkat. Ekonomi negara juga akan terjejas kerana kekurangan

tenaga kerja yang produktif. Malah, negara terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat

membuahkan hasil yang sepatutnya. Dengan demikian, imej sesebuah negara akan tercemar

15
Mohd Sharani bin Ahmad dan Zainal bin Madon, op.cit.

15
akibat daripada kadar pengangguran yang semakin meningkat. Apabila rakyat tidak prihatin

terhadap imej negara sendiri, maka binasalah seluruh negara itu.

7.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH PENGGUGURAN

Langkah bagi mengatasi masalah pengguguran perlu dilihat kepada jenis-jenis

pengguguran dan faktor-faktor pengguguran yang dialami oleh sesetengah individu tersebut.

Hal ini demikian kerana terdapatnya pengguguran yang dialami secara tidak sengaja dan

disengajakan atas sebab atau faktor tertentu. Pengguguran yang dialami secara tidak sengaja

bermakna pengguguran secara semula jadi atau spontan dan pengguguran yang bersebab atau

keguguran atas faktor perubatan. Manakala pengguguran secara sengaja pula ialah keguguran

secara paksaan yang kini dilihat semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja yang

terjebak dengan gejala sosial.

Sebagai langkah untuk mengatasi masalah pengguguran secara spontan dan keguguran

atas sebab perubatan ialah berjumpa dengan doktor pakar. Jenis pengguguran ini biasanya

dialami oleh si ibu yang berkahwin dan inginkan anak namun tidak dipinta untuk ditimpa

masalah keguguran. Namun, bagi mengatasi masalah sedemikian terjadi si ibu seharusnya

bijak dalam mengurus kandungannya dengan membuat perancangan awal iaitu berjumpa

doktor pakar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan membuat pemeriksaan kandungan. Hal

ini penting sebagai langkah awal bagi mengelak daripada berlaku keguguran pada masa akan

datang. Oleh hal yang demikian, si ibu haruslah berfikiran secara kritis dengan membuat

perancangan awal bagi mengelakkan masalah keguguran.

Cadangan bagi mengatasi masalah keguguran yang disengajakan atas faktor-faktor

tertentu seperti mengelak daripada dihukum penzina, takut kehilangan pekerjaan, lelaki yang

tidak mahu bertanggungjawab dan sebagainya perlu dilihat daripada keseluruhan aspek. Hal
16
ini demikian kerana tindakan ini melibatkan diri individu yang ingin melakukan pengguguran,

institusi keluarga, masyarakat, dan kerajaan yang memerintah. Daripada aspek individu itu

sendiri perlulah berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing kerana setiap agama

mengajarkan moral-moral yang positif apabila ingin melakukan sesuatu perkara dengan

melakukan tindakan yang sewajarnya.

Hal ini melibatkan pertimbangan akal yang waras oleh individu tersebut bagi menilai

baik dan buruk sesuatu perkara. Sebagai contoh, agama Islam melarang umatnya melakukan

pengguguran kerana ianya dianggap membunuh, akan tetapi jika kandungan tersebut berisiko

seperti boleh mengakibatkan kehilangan nyawa ibu dan sebagainya ianya diharuskan. Hukum

menggugurkan kandungan adalah haram, kecuali jika dilakukan untuk kesihatan dan

keselamatan nyawa si ibu. Misalnya kerana si ibu sakit parah, sakit menular ataupun nematik

jantung yang menyebabkan penyakitnya akan bertambah parah apabila hamil atau si ibu

menderita sakit saraf.16

Hal ini sesuai dengan teori absolutisme dimana setiap tindakan adalah benar atau salah

secara mutlak iaitu bergantung pada situasi seperti pandangan agama Islam dimana

melakukan pengguguran adalah salah tetapi jika untuk tujuan perubatan ianya diharuskan.

Pengguguran adalah salah dan perbuatan mencabut nyawa makhluk yang baharu tercipta

adalah salah.17 Oleh hal yang demikian, kesedaran bagi setiap individu itu penting bagi

mengatasi masalah keguguran yang kini semakin meningkat serta berpegang teguh pada

ajaran agama.

Selain itu, peranan institusi keluarga juga sangat penting bagi mengatasi masalah

sosial dalam kalangan remaja yang melakukan jenayah pengguguran kandungan. Hal ini

16
M. Mutawalli As-Sya’rawi, Anda Bertanya Islam Menjawab, Indonesia: Gema Insani, 2007, hlm.242.
17
Muhammad Al’Mahdi, Teori Kesatuan Kewujudan, Jilid 2: Sikap Sosial Manusia, Selangor Darul Ehsan: The
Klalifah Institude, 2005, hlm.67.

17
demikian kerana punca terbesar keruntuhan moral individu dan masyarakat adalah bermula

daripada institusi keluarga. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap individu yang terlibat

dengan gejala sosial seperti berzina, melakukan pengguguran, pembuangan bayi dan

sebagainya adalah kerana kurangnya kasih sayang dan didikan agama. Ibu bapa perlu

memberi didikan agama dan moral serta memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak

agar tidak terjebak dari gejala-gejala sosial dan mampu mengelakkan diri daripada pelbagai

pengaruh. Dengan adanya nilai moral dan agama diterapkan, anak-anak akan berasa takut dan

bersalah melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan secara

tidak langsung, mereka akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka. Oleh hal

yang demikian, peranan institusi keluarga amat penting bagi mengawal anak-anak daripada

aktiviti sosial yang negatif terutamanya berzina sekaligus membendung daripada berlakunya

kes pengguguran bayi dan sebagainya.

Tambahan lagi, institusi masyarakat juga berperanan bagi mengatasi masalah ini

dimana memerlukan kerjasama individu dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana bagi

mengawal aktiviti sosial yang berlaku di persekitaran amat memerlukan kerjasama

masyarakat untuk mencegah dengan membuat tindakan yang sewajarnya. Sebagai contoh,

anggota masyarakat yang kenal dengan pelaku yang melakukan perbuatan yang tidak

bermoral dengan melaporkan perkara tersebut kepada keluarga mereka atau dengan membuat

laporan kepada pihak berkuasa. Berkat kerjasama ini boleh membendung aktiviti penzinaan

dan pengguguran kandungan secara haram.

Selain itu, penzina yang datang ke klinik-klinik yang mengaku melakukan zina dan

meminta untuk dibekalkan konstraseptif hendaklah dianggap telah melakukan jenayah zina.

Hal ini melibatkan peranan doktor atau pegawai kesihatan dimana haruslah bertanggungjawab

bagi melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa seperti polis atau mahkamah syariah dan

seterusnya menjadi saksi perbicaraan seperti kes-kes jenayah yang lain. Hasil daripada

18
kerjasama yang dibuat masyarakat dapatlah membendung jenayah pengguguran daripada

berlaku. Oleh hal yang demikian, peranan masyarakat amat penting bagi mengawal masalah

keguguran.

Kempen kesedaran juga amat penting, terutama kepada individu yang pernah

melakukan jenayah tersebut. Kempen tersebut perlu diadakan untuk memberi kesedaran

kepada semua bahawa pengguguran bayi merupakan antara jenayah yang berat sekaligus

mendedahkan kepada mereka hukuman-hukuman yang boleh dikenakan sekiranya melakukan

jenayah tersebut. Selain itu, usaha pihak kerajaan untuk membanteras pengedaran bahan-

bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutamanya golongan remaja juga

merupakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah sosial. Dimana, jika remaja tidak

terdedah dengan unsur-unsur seks atau lucah, masalah seks bebas atau rogol tidak akan

berlaku. Sekiranya seks bebas atau jenayah rogol tidak berlaku, maka tidak yang remaja tidak

akan hamil anak luar nikah dan berniat untuk menggugurkan bayi atau kandungan mereka.

Seterusnya, kerajaan berperanan dalam membina lebih banyak pusat serenti bagi

membangunkan keinsafan kepada penjenayah-penjenayah zina yang hamil atau tidak, sama

seperti pusat serenti yang sedia ada sekarang iaitu pusat serenti penagih dadah. Berikutan

daripada itu, pemerintah haruslah mengetatkan lagi undang-undang terhadap pesalah-pesalah

yang melakukan jenayah pengguguran dan mengetatkan kawalan terhadap sesuatu yang

melibatkan kes pengguguran. Sebagai contoh, kita perlu juga memperketatkan pengawasan

teradap penjualan kondom kerana ianya dapat disalahgunakan oleh kaum remaja.18 Oleh itu,

peranan pemerintah amat penting bagi mengawal kes pengguguran.

18
M. Mutawalli As-Sya’rawi, Anda Bertanya Islam Menjawab, Indonesia: Gema Insani, 2007, hlm. 242.

19
8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengguguran merupakan satu jenayah pembunuhan yang diharamkan

dalam Islam. Pengguguran juga bukanlah sekadar masalah perubatan atau kesihatan

masyarakat tetapi ianya juga adalah masalah masyarakat yang muncul disebabkan oleh

manusia yang dipengaruhi oleh tamadun barat. Malah, pengguguran menjadi permasalahan

bagi wanita kerana ianya menyangkut pelbagai aspek kehidupan sama ada moral, hukum,

politik dan agama. Namun begitu, terdapat banyak pertentangan mengenai permasalahan

pengguguran tersebut. Hal ini demikian kerana adanya pihak yang membenarkan

pengguguran dilakukan kerana ianya berkaitan dengan kebebasan wanita terhadap tubuhnya.

Malah, sesetengah pihak juga berpendapat bahawa setiap janin di dalam kandungan

mempunyai hak untuk hidup sebagai manusia pada masa akan datang.

Oleh itu, masalah pengguguran yang semakin berleluasa ini perlu ditangani oleh

semua pihak sama ada agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan. Kita juga akan dianggap

sebagai tidak bertanggungjawab sekiranya hal ini dibiarkan secara berterusan dan

membiarkan wanita ditimpa maut disebabkan pengguguran. Dengan demikian, perlindungan

undang-undang diperlukan dalam menyelenggarakan perkhidmatan pengguguran yang

selamat untuk menjamin hak wanita. Perkhidmatan pengguguran yang selamat ini juga dapat

menurunkan angka kejadian pengguguran sekiranya dilengkapi dengan perkhidmatan

kaunseling dan sebagainya. Sebagai anggota masyarakat, kita seharusnya peka dengan isu

pengguguran ini dan berusaha meningkatkan kesedaran terhadapnya dalam kalangan

masyarakat setempat. Pengamal-pengamal perubatan juga sepatutnya mempunyai integriti dan

tidak hanya memikirkan soal keuntungan.

20
9.0 RUJUKAN

Ahmad Haji Baharudin. 2007. Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran. Kuala Lum
pur: PTS Millenia Sdn. Bhd.

Anang Harris Himawan. 2007. Bukan Salah Tuhan Mengazab: Ketika Perzinaan Menjadi Ber
hala Kehidupan. Indonesia: Tiga Serangkai.

Danial Zainal Abidin. 2006. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Volume 13. Kuala Lum
pur: PTS Millenia Sdn.Bhd.

Ethel Sloane. 2002. Biology of Women. United States: Thomson Learning.

Manjula Bhagi dan Sunita Sharma. 1992. Encyclopedia Dictionary Of Psychology. New Del
hi: J.L.Kumar for Anmol publications.

M. Jusuf Hanafiah & Amri Amir. 1999. Etika Kodokteran dan Hukum Kesehatan. Edisi 3. Jak
arta: Penerbit Buku Kedokteran EGC.

M. Mutawalli As-Sya’rawi. 2007. Anda Bertanya Islam Menjawab. Indonesia: Gema Insani.

Mohd Sharani bin Ahmad & Zainal bin Madon. 2004. Panduan Mengurus Remaja Moden.
Pahang: PTS Publication and Distributors Sdn.Bhd.

M. Sara Rosenthal. 2003. The Gynecological Sourcebook Fourth Edition. United States of
America: McGraw Hill.

Muhammad Al’Mahdi. 2005. Teori Kesatuan Kewujudan: Sikap Sosial Manusia. Jilid 2. Sel
angor Darul Ehsan: The Klalifah Institude.

Ong Hean Chooi. 2006. Tanaman Hiasan Khasiat Makanan dan Ubatan. Kuala Lumpur: Utu
san Publication and Distributors Sdn.Bhd.

Raymon J.Corsini. 1999. The Dictionary Of Psychology. USA.

Syam Akhyar. 2009. Pengguguran bayi: Membunuh benih harapan. Ummatan Wasatan. 21
Mei 2012. http://ummatanwasatan.net/2009/08/pengguguran-bayi-membunuh-benih-
harapan/

William Chang. 2009. Bioetika sebuah pengantar. Jogjakarta: Kanisius.

21
22

Anda mungkin juga menyukai