Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN

Januari 2015 SEMESTER

KOD KURSUS EEM 421

NAMA KURSUS PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR CHEONG WEI VIAN

NO. MATRIK E30103120035

NAMA FASILITATOR PN PARIMALAGANTHI SELLADURAI


AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN KUANTAN


CHEONG WEI VIAN
E30103120035

BAHAGIAN A

PERANAN ETIKA DALAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN


OLEH LOKMAN MOHD TAHIR & HAMIDON ABDUL RAHMAN

Pengenalan

Etika ataupun ethic berasal dari perkataan Greek yang melibatkan sikap sesuatu
golongan. Mackinnon (2001) yang dipetik oleh Lokman & Hamidon (2009) berkata etika adalah
“kajian moral yang mengkaji perlakuan yang benar”. Mereka menyatakan bahawa etika dalam
perkhidmatan kerajaan adalah untuk memastikan konsep tanggungjawab, tindakan, dan
tingkahlaku seseorang dalam profesion itu dijalankan dengan sejujur yang mungkin serta segala
perjalanan dan pengurusan dilaksanakan dengan berkesan. Etika akan menolong pengurusan
pendidikan meneliti setiap keputusan yang dijalankan dengan memikirkan sebab dan akibat apa-
apa keputusan dan tindakan yang akan dilaksanakan. Etika juga dapat memberikan penjelasan
bahawa sesuatu tindakan itu adalah untuk kebaikan bersama dan bukan untuk kepentingan
sesetengah individu.

Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan

Lokman & Hamidon (2009) memetik Starratt (1994) bahawa tindakan atau keputusan
yang diambil oleh sesebuah organisasi harus memberikan kelebihan atau faedah kepada semua
ahli organisasi tersebut. Etika akan membantu pemimpin pendidikan untuk memutuskan atas
sesuatu tindakan yang mungkin dijalankan seperti yang telah dibincangkan.

Jika berlaku sesuatu perkara, sebab perkara tersebut berlaku dapat dijelaskan oleh
pentadbir pendidikan. Tindakan beretika yang diambil oleh pihak pentadbir akan disokong oleh
pihak guru, sekaligus mengurangkan dilema yang berpunca dari pertelagahan pihak pentadbir
dan guru. Layanan dan motivasi yang ditunjukkan oleh pihak pentadbir kepada guru dapat dinilai
bersesuaian dengan konsep etika antara pelanggan dan pihak pengurusan pendidikan.

1
Untuk membentuk insan kamil selaras dengan objektif falsafah pendidikan, guru harus
menganggap pentadbir sebagain’role model’. Ia menjadi tanggungjawab pentadbir membentuk
sebuah organisasi yang beretika. Pengurusan pendidikan yang mementingkan etika dan
menanam sifat mengangani masalah etika yang mungkin berlaku di institusi.

Perbezaan Undang-Undang dan Etika

Lokman & Hamidon (2009) menyatakan bahawa etika merupakan sebahagian daripada
undang-undang yang wajib dipatuhi oleh seseorang kakitangan yang profesional selaras dengan
profesion masing-masing. Etika adalah perbuatan yang lahir dari hati nurani seseorang dan jika
etika dilanggar, maka ia akan menimbulkan perasaan yang bersalah. Etika menyebabkan
seseorang itu tidak mengulangi perbuatan yang salah. Ia mementingkan sifat, perlakuan dan
tindakan baik dari diri pekerja dan membuat pekerja tidak melakukan perbuatan yang melanggar
undang-undang.

Bagi undang-undang pula, ia merupakan satu peraturan yang telah ditentukan oleh
sesebuah organisasi profesion. Bagi sesesiapa yang melanggar undang-undang tersebut, maka
akan dikenakan denda yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Jika seseorang itu
melanggar undang-undang, ia mungkin disebabkan oleh sikap seseorang kakitangan yang tidak
beretika. Hukuman yang dikenakan oleh pihak pengurus terhadap kakitangan tersebut akan
menimbulkan konflik. Perbezaan yang paling ketara antara undang-undang dan etika adalah;
memakai seluar jeans semasa mengajar di sekolah adalah menyalahi etika profesion pendidikan,
tetapi ini tidak melanggar undang-undang.

Konsep Sekolah Beretika

Lokman & Hamidon (2009) memetik beberapa pengkaji mengenai konsep sekolah
beretika. Sichel (1993) mencadang beberapa langkah panduan mewujudkan sekolah beretika
dengan menubuhkan satu jawatankuasa etika yang menasihati guru yang menghadapi masalah
etika atau telah melanggar peraturan. Jawatankuasa etika ini juga berfungsi menjadi badan
perantara di antara pihak pentadbir dan guru sekaligus mengurangkan konflik antara pihak
pentadbir dan guru.

2
Sergiovanni (1992) berpendapat sekolah yang berkesan merupakan sekolah yang
mempunyai perjanjian yang pentingkan nilai-nilai dan etika yang cemerlang. Pihak pentadbir
harus menjalankan apa yang telah dipersetujui di antara pihak guru dengan pihak pengurusan.
Kepimpinan beretika yang penuh dengan teladan boleh dijadikan sebagai ‘role model’ untuk
semua guru dan kakitangan sekolah.

Richardson et al (1992) melaporkan hasil kajian beliau bahawa kejujuran dapat


merapatkan hubungan antara pihak pentadbir dan guru. Pentadbir harus bersikap
bertanggungjawab dan tidak hanya menyalahkan guru apabila kesilapan berlaku, malah mencari
jalan untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Block (1993) pula mengesyorkan konsep
akauntabiliti dan kesepunyaan diterapkan supaya masalah dikongsi bersama dan tidak
mengabaikan tanggungjawab masing-masing.

Konsep “Sekolah Etika” yang dikemukakan oleh Starrat (1994) mengkategorikan tiga
dimensi tunjang utama yang harus diteliti oleh pihak pemimpin pendidikan iaitu; dimensi etika
mengambilberat, dimensi etika keadilan, dan dimensi etika kritikan. Dimensi etika
mengambilberat menekankan kepentingan hubungan di dalam organisasi. Kebajikan guru
haruslah diambilberat oleh pihak pentadbir.

Dimensi etika keadilan mementingkan layanan adil oleh pihak pentadbir kepada guru dan
guru kepada pelajar. Etika ini merangkumi aspek penyediaan persekitaran kondusif dari segi
pembelajaran seperti; menambahkan jumlah buku dan kemudahan di perpustakaan, menambah
jumlah komputer, dan sebagainya. Ini dapat memberi peluang kepada semua pelajar untuk
menikmati kemudahan yang disediakan dengan adil. Konsep ‘peluang belajar’ patut ditekankan
untuk menghasilkan organisasi pembelajaran yang lebih positif.

Dimensi etika kritikan melibatkan golongan pemimpin pendidikan memikirkan


keuntungan dan faedah yang dapat diperolehi oleh sesebuah pihak dari sesuatu program yang
dijalankan di sekolah. Soal keutamaan dan autoriti oleh mana-mana pihak harus diambilkira.
Konsep ini mengalakkan perbincangan di kalangan kakitangan, guru dan pentadbir, sekaligus
mengurangkan konflik dan meningkatkan hubungan kemanusiaan.

Lokman & Hamidon (2009) juga memetik Kellog Foundation (2000) yang juga
menyenaraikan tiga dimensi utama etika yang boleh dijadikan sebagai garis panduan perlakuan

3
di sekolah iaitu; dimensi pengetahuan, dimensi perlaksanaan, dan dimensi pencapaian. Dimensi
pengetahuan menekankan matlamat dan peranan kepimpinan oleh pihak pentadbir di sekolah.
Matlamat dan peranan kepimpinan pihak pentadbir haruslah tertumpu kepada perlakuan yang
bersifat etika. Dimensi perlaksanaan pula menggunakan etika dalam membuat keputusan,
membentuk sekolah menjadi agen masyarakat yang berguna, dan berasa tanggungjawab terhadap
perlakuan atau tindakan yang dilakukan.

Dimensi pencapaian memberikan penilaian perlakuan nilai-nilai murni seseorang. Di


antara beberapa nilai-nilai murni yang diutamakan adalah; menekankan pencapaian tinggi tanpa
mengabaikan etika, menggunakan sumber yang telah disediakan untuk kepentingan sekolah dan
bukan kepentingan sendiri, dan mela yan semua orang dengan adil dan hormat-menghormati di
antara satu sama lain.

Diharapkan dengan adanya perwujudan etika di dalam kepimpinan di sekolah, para


pentadbir dan guru dapat bekerjasama dan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih positif, kondusif dan beretika bagi semua pihak, samada pelajar mahupun guru.

4
BAHAGIAN B

KONSEP ETIKA DAN MORAL DALAM AGAMA HINDUISME DAN KRISTIAN

Pengenalan

Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan di
dominasi oleh tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina, dan India. Ketiga-tiga rumpun bangsa ini
mempunyai budaya dan kepercayaan yang berbeza. Agama Islam merupakan agama rasmi
negara Malaysia dan dianuti oleh majoriti kaum Melayu. Agama Buddha, Konfucius, dan Tao
biasanya dianuti oleh kaum Cina. Agama Hindu telah dianuti oleh masyarakat India sejak turun
temurun. Agama Kristian pula dianuti oleh sebahagian minoriti masyarakat di Malaysia.

Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, rakyat Malaysia
masih mampu tinggal di dalam sebuah negara yang sejahtera. Ini disebabkan semua lapisan
masyarakat mempercayai setiap agama mempunyai etika dan fahaman yang sama, iaitu menyeru
kepada semua penganutnya untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Konsep Etika dan Moral dalam Agama Hinduisme

Konsep etika dalam agama Hindu diambil dari kitab-kitab suci Vedas, Upanishads,
Bhagavad Gita, dan lain-lain. Etika adalah bermaksud susila, su yang bermaksud ‘baik’, dan sila
yang bererti ‘kebiasaan’ atau ‘tabiat’. Etika dalam agama Hindu adalah berkaitan dengan
hubungan sesama manusia, etika kerja dan perniagaan. Oleh itu, etika dalam agama Hindu
dikaitkan dengan baik atau buruk perbuatan manusia, perlakuan yang harus dilakukan dan harus
dielakkan supaya kehidupan menjadi lebih bermoral, aman damai, dan sejahtera.

Etika Agama Hinduisme dalam Hubungan Sesama Manusia

Etika dalam agama Hindu menggariskan tiga pedoman yang harus diamalkan untuk
mengeratkan hubungan sesama manusia iaitu;

1. Manacika: Berfikir tentang apa baik dan suci, tidak ingin melakukan apa yang dilarang
oleh agama, dan tidak berfikir buruk tentang orang atau makhluk lain.

5
2. Wacika: Berkata atau mengucapkan apa yang baik dan benar, tidak memaki, tidak
bercakap kasar, tidak memungkiri janji, dan tidak memfitnah orang lain.
3. Wayika: Berbuat baik kepada manusia lain dengan tidak menyeksa, menyakiti,
membunuh, mencuri, merompak, berzina, dan berlaku curang.

Agama Hinduisme menggariskan beberapa etika dalam hubungan sesama manusia dan ini boleh
dilihat dalam rajah di bawah:

Bil Etika Definisi Pengertian


‘A’ bermaksud tidak.
‘Himsa” bermaksud
1 Ahimsa Tidak membunuh atau menyakiti orang lain.
membunuh atau
menyakiti
‘Brahma’ ialah ilmu
Manusia bergerak untuk menuntut ilmu
2 Brahmacarya pengetahuan.
pengetahuan.
Carya bererti bergerak
Kejujuran dalam kata-kata, kesetiaan, tidak
angkuh dan sombong, tidak mengucapkan
kata-kata yang kasar, tidak menyakitkan
3 Satya hati orang lain, tidak mengkhianati,
menepati janji, berpegang teguh pada
pendirian, bertanggungjawab terhadap
perbuatan dan percakapan sendiri.
‘A’ bererti tidak Tidak mencuri atau tidak ingin memiliki
4 Asteya ‘Steya’ bermaksud atau mengambil barang kepunyaan orang
mencuri lain.
Setiap manusia menghormati gurunya (ibu
5 Guru Susrusa Hormat kepada guru bapa, guru sekolah, kolej, universiti,
pemerintah, orang cerdik pandai)
‘Ahard’ bermaksud Memakan makanan yang ringan, sederhana,
6 Aharalaghawa makan serta tidak berlebihan. Bersesuaian dengan
‘Taghawa’ bererti umur, pekerjaan dan taraf kesihatan.

6
ringan

Memberi sedekah kepada masyarakat


miskin, mereka yang serba kekurangan dan
memerlukan bantuan. Pemberian yang
7 Dana Bersedekah
dihulurkan mestilah lahir dari keikhlasan
diri dan tidak mengharapkan apa-apa
balasan.
Ramah tamah Orang yang kerap senyum dan beramah
8 Madhurya
‘Madu’ ialah manis mesra dengan semua orang.
Seseorang yang bercakap dan bersikap
lemah lembut akan disukai oleh orang
9 Mardawa Berlemah lembut ramai. Orang yang berkelakuan kasar akan
tidak disenangi dan dipinggirkan oleh orang
ramai.
Dapat mengawal nafsu Manusia hendaklah mampu mengawal
10 Dama marah, seksual, dan nafsu atau keinginan, dapat mengelak dari
lain-lain lagi melakukan sesuatu yang terlarang.
Dapat membantu dan memberi perhatian
11 Priti
kepada orang yang dalam kesusahan
Tidak marah
Tidak cepat berasa marah kerana perbuatan
‘A’ bererti tidak
12 Akhroda atau percakapan semasa marah boleh
‘Khroda’ bermaksud
menyakiti hati orang lain.
marah
Seseorang itu diharuskan dari elak makan
secara berlebihan, tidur terlalu lama,
13 Tapa bercakap tentang perkara yang tidak
bermanfaat, dan lain-lain perbuatan yang
sia-sia dalam kehidupan seharian.
Memfokuskan pemikiran kepada Tuhan dan
14 Dhyana
tidak berfikir negatif supaya dapat

7
memperolehi kebahagian.
Manusia berasal dari sumber yang sama
iaitu ciptaan Tuhan. Oleh itu, semua
15 Maitri Bersahabat, berkawan
manusia adalah bersaudara dan harus
bersahabat antara satu sama lain.
Turut merasakan kesusahan dan kebahagian
16 Mudhita Empati
orang lain.

Etika Kerja dalam Agama Hinduisme

Agama Hinduisme telah menggariskan lima prinsip etika kerja yang harus diamalkan
oleh setiap manusia semasa melakukan apa-apa pekerjaan. Pekerjaan harus dilakukan dengan
niat yang betul. Ini akan membawa ke perlakuan yang baik. Seseorang itu bergerak ke arah
kebaikan dengan memperkotakan apa yang dia telah janjikan. Manusia juga perlu mempunyai
disiplin dan adab semasa kerja supaya pekerjaan yang dilakukan dapat dilakukan dengan sebaik
mungkin.

Terdapat enam nilai etika kerja yang telah digariskan di dalam agama Hinduisme. Etika
Karmayoga bermaksud kerja atau usaha. Etika ini mengajar seseorang untuk melakukan apa-apa
pekerjaan dengan segala tumpuan perhatian dan minda yang suci. Dhriti pula bermaksud bekerja
bersungguh-sungguh. Setiap pekerjaan yang dilakukan haruslah dilakukan dengan penuh rasa
tanggungjawab dan sebaik-baiknya. Hasil maksimum akan diperolehi oleh individu itu sendiri
dan juga orang lain.

Ksama bererti mudah memaafkan. Ia adalah satu sifat yang amat terpuji kerana setiap
manusia pernah melakukan kesalahan dan ingin dimaafkan. Oleh itu, manusia haruslah saling
sedia maaf-memaafi dengan hati yang tulus ikhlas. Apramadha ialah tidak mengabaikan
kewajipan. Tugas kewajipan harus dijalankan dan tidak mudah dilupai.

Widya bererti belajar dan mengajar. Setiap manusia haruslah belajar dan mengejar
pengetahuan dan ilmu yang dipelajari akan diajar kepada orang lain. Masyarakat yang
berpendidikan dan berbudaya adalah sebuah masyarakat yang maju dan tidak mudah
diperbodohkan oleh masyarakat yang lain. Manakala, swadhyaya bermaksud belajar sendiri. Swa

8
diertikan sebagai ‘sendiri; dan adhyaya bermaksud ‘guru’ atau ‘berguru’. Manusia haruslah
tekun belajar sendiri untuk mencapai kemajuan tanpa mengharapkan bantuan daripada orang
lain.

Etika Perniagaan Menurut Agama Hinduisme

Agama Hinduisme mempunyai beberapa prinsip-prinsip etika dalam perniagaan. Agama


ini menekankan kepentingan untuk tiak menipu, tamak, dan tidak berbuat jahat demi mengaut
keuntungan sendiri. Tindakan seperti begini akan mengakibatkan perniagaan menjadi merosot
dalam jangka masa panjang. Seseorang itu seharusnya memikirkan cara yang betul dan hati
nuraninya untuk berusaha meningkatkan perniagaannya.

Seorang ahli perniagaan juga harus memastikan hubungan baik dengan pelanggan,
pekerja dan ahli-ahli perniagaan yang lain bagi kejayaan masa depan perniagaan. Tekanan dari
ketidakpastian pasaran ekonomi dan persaingan yang wujud akan menimbulkan banyak cabaran
kepada peniaga. Agama Hinduisme mengalakkan peniaga untuk tidak menipu atau memanipulasi
pasaran semasa. Manusia tidak seharusnya mengeksploitasikan manusia, pasaran dan alam
secara berlebihan sehingga menyebabkan ketidaksamaan status sosial, bencana alam dan
kesengsaraan manusia.

Konsep Etika dan Moral dalam Agama Kristian

Konsep etika dan moral dalam agama Kristian berasaskan dari pengajaran dan kehidupan
Jesus Christ yang tertera di dalam Kitab Injil. Etika yang dimaksudkan dapat diaplikasikan
kepada pelbagai aspek dalam kehidupan. Semua prinsip moral yang terdapat dalam Kitab Injil
berteraskan konsep ‘cinta yang taat’.

Teras etika agama Kristian adalah diasaskan dari Sepuluh Rukun iaitu diantaranya
memuliakan ibubapa, tidak boleh membunuh, tidak boleh melakukan zina, tidak harus mencuri
dan sebagainya. Dengan mencintai Tuhan dan menurut rukun-rukunnya, manusia dapat membuat
pertimbangan etika dan moral dalam segala keputusan yang diambil.

9
Konsep Etika dalam Konteks Diri dan Keluarga Menurut Agama Kristian

Dalam agama Kristian, nyawa adalah sesuatu yang suci. Nyawa yang dianugerahkan oleh
Tuhan adalah amat berharga. Setiap individu dilahirkan dengan matlamat hidup yang tertentu.
Kehidupan tidak seharusnya dibazirkan dan cabaran yang datang harus dilalui dengan tabah.
Oleh itu, terdapat lapan pendapat agama Kristian mengenai kehidupan seperti di bawah;

1. Dilarang membunuh.
2. Dilarang membuat pengguguran.
3. Dilarang membunuh diri.
4. Dilarang melakukan euthanasia.
5. Menyayangi diri dan keluarga.
6. Menyayangi rakan dan jiran.
7. Membuat perhubungan baik sesama manusia.
8. Menyayangi semua ciptaan Tuhan.

Perkahwinan adalah penyatuan dua orang individu yang disatukan dan direstui oleh
Tuhan. Individu yang disatukan akan menjadi pasangan hidup penuh kesetiaan dan kasih sayang.
Dengan adanya perkahwinan, perhubungan seksual tidak akan dianggap berdosa. Perhubungan
seksual atau zina di luar nikah adalah satu dosa. Zuriat yang dihasilkan dari perkahwinan harus
dipupuk dan dididik mengenai nilai moral dan etika mengikut ajaran agama Kristian. Tuhan
memberi teman hidup kepada manusia yang dapat memenuhi keperluan cinta, kasih sayang, dan
ketenangan.

Penceraian adalah bercanggah dengan doktrin agama Kristian kerana menyalahi


kehendak Tuhan. Jika tiada jalan lain, penceraian boleh dipertimbangkan. Perkahwinan juga
akan dibubarkan jika salah seorang pasangan didapati berzina lalu memungkiri janji dengan
Tuhan. Perkahwinan semula selepas penceraian atau berkahwin dengan seseorang yang telag
cerai juga dianggap sebagai suatu penzinaan.

Di dalam keluarga, anak-anak harus mentaati kedua-dua ibubapa. Anak-anak harus


menjaga, menghormati dan mematuhi ibubapa mereka. Ibubapa berperanan mengajar dan
mendidik anak-anak mereka dengan sebaik-baiknya menjadi individu yang beretika tinggi,
rasional dan berperikemanusiaan.

10
Etika dan Moral dalam Konteks Sosial dan Interpersonal Mengikut Agama Kristian

Mengikut agama Kristian, manusia telah ditugaskan oleh Tuhan untuk menjaga segala
kehidupan ciptaan Tuhan di muka bumi. Oleh itu, manusia haruslah rasional dan taat kepada
perintah Tuhan. Manusia tidak boleh mementingkan diri sendiri dan mesti menolong orang yang
memerlukan pertolongan sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuhan.

Manusia harus menjalinkan perhubungan baik dengan semua pihak tanpa mengira kaum
dan jantina, status, agama dan lain-lain. Diskriminasi dan prejudis adalah dilarang sama sekali
dalan agama Kristian kerana semua ciptaan Tuhan adalah sempurna dan istimewa. Jesus Christ
mengajar manusia untuk menyayangi semua orang termasuk orang yang menzalimi kita. Berbudi
baik dan sayang-menyayangi antara satu sama lain, termasuk musuh-musuh kita adalah antara
ajaran terpenting dalam agama Kristian.

Etika dan Moral dalam Aspek Perniagaan dan Perdagangan Mengikut Agama Kristian

Sikap murah hati dan ihsan kepada manusia ditekankan oleh agama Kristian untuk
mencapai kehidupan yang baik di akhirat kelak. Perbadanan, organisasi dan syarikat perniagaan
terlibat dengan aktif dalam kebajikan dan menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan, tenaga
bekerja atau lain-lain dalam bentuk langsung atau tidak langsung.

Sifat berkhidmat untuk masyarakat dan membantu mereka yang dalam kesusahan samada
anak yatim piatu, banduan di penjara, golongan minoriti yang disisihkan, warga tua di pusat
jagaan orang tua, golongan pesakit serta miskin perlu dibantu dan sifat penyayang ini selaras
dengan ajaran Jesus Christ.

Prinsip utama dalam kegiatan perniagaan ialah untuk menjaga maruah dan kehidupan
manusia walaupun ia mungkin tidak membawa keuntungan kepada perniagaan. Rezeki dan
nikmat yang diperolehi datang dari Tuhan, dan penganut Kristian memberikan semula
kewangan dan tenaga mereka semula kepada Tuhan sebagai tanda berterima kasih atas nikmat
yang telah diberikan.

Terdapat lima panduan yang dipatuhi dalam urusan perniagaan. Ahli perniagaan harus
memberikan pemberatan yang adil dalam bentuk kuantiti dan kualiti kepada setiap bentuk urusan
perniagaan. Para pekerja harus berkerja dengan sepenuhnya bagi bersyukur kepada gaji yang

11
diberikan. Kejujuran adalah amat penting dalam garis panduan perniagaan yang beretika.
Seseorang itu perlu bersikap jujur dalam setiap urusan dengan para pelanggan, pekerja, majikan,
rakan sekerja dan masyarakat luar. Kita mesti melayan orang lain seperti mana diri kita ingin
dilayani.

Penganut agama Kristian mengelarkan diri mereka sebagai hamba Tuhan, yang harus
mementingkan pelanggan dan masyarakat luar dalam memenuhi kewajipan mereka kepada
Tuhan. Perniagaan harus bertimbang rasa dalam mengaut keuntungan dengan mengambil kira
aspek keadilan dan lain-lain lagi supaya pelanggan dan masyarakat lain tidak berasa tertekan.

Tanggungjawab peribadi perlu ada dalam diri setiap manusia, bukan sahaja dalam
organisasi atau perniagaan, di atas perbuatan, keputusan dan tindakan kita. Jika individu
melakukan kesalahan, dia tidak boleh menyalahkan orang lain. Perbuatan yang sememangnya
adalah salah dari segi etika, moral dan berdosa di sisi Tuhan mesti tidak boleh dilakukan.

Etika dan Moral dalam Konteks Perubatan, Sains dan Kesihatan Mengikut Agama Kristian

Agama Kristian telah lama bercanggah dengan para saintis dalam kewujudan alam
semesta dan manusia. Charles Darwin dengan Teori Darwin yang mengatakan bahawa manusia
berasal dari spesies monyet telah lama tidak dipersetujui oleh Gereja Roman Katolik dan
penganut agama Kristian mazhab lain. Penganut agama Kristian mempercayai bahawa manusia
dicipta dalam imej Tuhan seperti tercatat di dalam Kitab Injil.

Teori sains tentang kejadian bumi dan alam semesta adalah terjadi secara letupan atau
lebih dikenali dengan ‘The Big Bang Theory’. Ada juga para saintis yang memberi teori bahawa
kejadian alam semesta, bumi dan kehidupan adalah secara kebetulan sahaja. Agama Kristian
percaya Tuhan adalah pencipta alam semesta dan segala makhluk yang hidup di atas muka bumi
ini.

Oleh kerana segala kehidupan ciptaan Tuhan adalah berharga, pengguguran anak adalah
melanggar etika kecuali bayi yang dikandung itu mengalami kecacatan yang teruk atau
mengancam nyawa si ibu. Ada penganut agama Kristian yang mempercayai bahawa anak adalah
nikmat yang diberikan oleh Tuhan kepada pasangan suami isteri. Oleh itu, persenyawaan IVF
hanya boleh diterima jika pasangan suami isteri mengalami masalah untuk memiliki zuriat

12
kandungan sendiri. Persenyawaan menggunakan sperma suami adalah tidak salah tetapi dikira
sebagai satu penzinaan jika sperma penderma lain digunakan. Ibu tumpang yang tidak
mempunyai pertalian genetik dengan si ibu juga dilarang kerana akan mengakibatkan kekeliruan
terhadap identiti ibu yang sebenar.

Etika dan Moral dalam Konteks Alam Sekitar Mengikut Agama Kristian

Penganut agama Kristian mempercayai bahawa kehidupan di muka bumi ini adalah
ciptaan Tuhan yang maha agung. Manusia hanya diamanahkan untuk menjaga ciptaan sebaik
mungkin tanpa menjejaskannya melalui pencemaran, eksploitasi yang berlebihan, pembinaan
yang rakus dan tiada had serta sebagainya.

Peranan manusia yang dinyatakan oleh Tuhan di dalam Kitab Injil adalah
dipertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar, memelihara dan memulihara untuk generasi
masa hadapan. Manusia tidak mempunyai hak mutlak ke atas mana-mana ciptaan Tuhan.
Eksploitasi alam tidak boleh secara berlebihan sehingga mengakibatkan kesan yang amat
dasyhat. Manusia disuruh oleh Tuhan di dalam Kitab Injil untuk berkembang dan menggunakan
alam dengan sebaik mungkin.

Manusia perlulah mempunyai sifat kasih sayang dan bertanggungjawab terhadap semua
ciptaan Tuhan. Sikap mementingkan diri sendiri akan menyebabkan banyak masalah melanda
kepada bumi ini seperti pencemaran, banjir, bencana alam, pemanasan global dan lain-lain lagi.
Manusia juga harus mempunyai kebijaksanaan dan etika yang tinggi demi menjaga alam ini dan
segala ciptaan Tuhan dengan sebaik mungkin agar kehidupan menjadi lebih baik dan harmonis.

Kesimpulan

Agama Hinduisme menunjukkan keunikan agamanya dalam mementingkan disiplin diri


dalam tindak-tanduk diri sendiri, perhubungan dengan . Nilai-nilai etika dan moral

13

Anda mungkin juga menyukai