Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari : Rabu
Tarikh : 11 Jun 2018
Masa : 9:15am – 10:15am
Kelas : 3 Anggerik
Mata pelajaran : Pendidikan Moral
Tema : Saya dan Sekolah
Topik : Murid Berhemah
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
(i) Menunjukkan cara berbudi pekerti mulia sesama
warga sekolah.
(ii) Menyatakan perasaan apabila berbudi pekerti mulia
sesama warga sekolah.
Standard : 5.0 Bersopan dan Berbudi Pekerti Mulia Terhadap Warga
Kandungan Sekolah
Standard : 5.1 Menyenaraikan contoh pertuturan dan perlakuan yang
Pembelajaran sopan terhadap warga sekolah.
: 5.4 Mengekspresikan perasaan apabila dapat bersikap sopan
dan berbudi pekerti mulia terhadap warga sekolah.
EMK : Sumbang saran, perbincangan
BBM : Video, kad perkataan, kad gambar, kertas lukisan, lembaran
kerja
AKTIVITI PEMBELAJARAN

LANGKAH / MASA AKTIVITI


1. Murid-murid menonton video “Upin Ipin Tersentuh Hati”
yang mempunyai nilai Hemah Tinggi.
2. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk mengaitkan video
SET INDUKSI “Upin Ipin Tersentuh Hati” tadi dengan tajuk yang akan
(5 MINIT) diajar pada hari ini.
3. Guru menyatakan tajuk pengajaran hari ini berkait dengan
nilai hemah tinggi terhadap warga sekolah.

1. Guru bertanya kepada murid apa yang dimaksudkan


LANGKAH 1 dengan hemah tinggi.
( 10 MINIT) 2. Murid-murid menjawab soalan guru.
3. Murid-murid diperkenalkan dengan tajuk pembelajaran.
1. Murid-murid dibahagikan kepada 4 pasangan.
2. Murid-murid diberikan kad perkataan dan diminta untuk
melakonkan situasi berkaitan dengan perkataan tersebut.
LANGKAH 2 Contoh perkataan:
(15 MINIT) (i) Maaf
(ii) Sila masuk
(iii) Terima kasih
(iv) Minta izin
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan diedarkan kertas
yang mengandungi pelbagai gambar.
2. Murid diminta untuk menyusun, menampal dan menghias
mengikut kreativiti masing-masing
LANGKAH 3
3. Murid-murid menyatakan nilai yang terkandung dalam
(20 MINIT)
setiap poster kolaj masing-masing.
Poster Kolaj:
(i) Layani warga sekolah dengan sopan
(ii) Saya bersopan, warga sekolah gembira
1. Murid-murid diberikan lembaran kerja (teka silang kata).
2. Murid-murid dikehendaki menulis jawapan pada ruang
LANGKAH 4 kosong yang disediakan.
(5 MINIT) 3. Murid diberikan masa beberapa minit untuk menyiapkan
lembaran kerja tersebut.
4. Guru membincangkan jawapan tersebut.
1. Guru mengulangi tajuk pengajaran dengan penerapan nilai
“hemah tinggi” dan perlunya sikap tersebut sesama warga
PENUTUP
sekolah.
(5 MINIT)
2. Murid-murid menyatakan perasaan mereka terhadap tajuk
pelajaran pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai