Anda di halaman 1dari 1

SULIT

Salam sejahtera Ybhg. Dato’/TP/KS/Pengarah/PPD

TAJUK KES : Murid telah meninggal dunia

Sekolah : SK Minda Talong

Tarikh Kejadian : 29 Disember 2018

Masa Kejadian : 8.30 pagi

Tempat Kejadian : Kawasan rumah, Kg Minda.

Mangsa Terlibat : Allahyarham adik Muhammad Fakhrullah bin Zaharuddin

Tahun : 1 Bestari

Keterangan/Kronologi Kes :

Pada hari Rabu (25 Disember 2018), mangsa telah keluar bermain di luar rumah.
Setelah pulang ke rumah, mangsa mengadu sakit di kaki. Ibu mangsa melihat ada
kesan berwarna biru dan agak bengkak. Ibu mangsa menyuruh mangsa berehat dan
meletakkan ubat sapu di kaki. Pada keesokkan harinya, mangsa masih mengadu sakit
dan hanya berehat sepanjang hari. Mangsa mula demam dan keadaan semakin tidak
baik. Pada hari Jumaat (28 Disember 2018), ibu mangsa telah membawa mangsa ke
Hospital Dungun untuk pemeriksaan. Setelah pemeriksaan dijalankan, doktor
mengesahkan tiada apa yang serius dan dibenarkan pulang. Namun, keadaan mangsa
masih tidak berubah dan kesan serta bengkak di kaki masih ada. Pada hari Sabtu
(29 Disember 2018), mangsa menunjukkan rasa tidak selesa dan sesak nafas. Pada
jam 8.00 malam, mangsa di bawa terus ke Hospital Dungun sekali lagi. Sebelum tiba
di hospital, mangsa telah menghembuskan nafas terakhir. Setelah tiba, mangsa di
bawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut. Jenazah mangsa di
bawa pulang pada jam 11.30 malam dan urusan pengkebumian di selesaikan sejurus
tiba. Sekian.

Tindakan awal sekolah :

1. Melawat Allahyarham di Hospital Dungun bersama keluarga Allahyarham.


2. Membuat kutipan kilat staff SK Minda Talong kepada keluarga Allahyarham.
3. Membuat laporan awal kes HEM.
4. Membuat urusan tuntutan insuran bagi kes Allahyarham.

Tindakan awal PPD/JPN :

Sumber : Ahli keluarga Allahyarham.

Disediakan oleh : Fawwaz Ramadona Bin Che Wil Disahkan oleh :


(Guru Penolong Kanan HEM, SKMT)

Anda mungkin juga menyukai