Anda di halaman 1dari 17

<KOD KURSUS>

JANUARI/20017

MPU 2313

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

0
MPU 2313

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1
2. DEFINISI 1
3. KESEJAHTERAAN SOSIAL DALAM PENERAPAN 2
AMALAN INDIVIDU

3.1 Hubungan Dengan Pencipta, Alam Sekitar dan 2


Orang Lain

3.2 Kemahiran Komunikasi Berkesan 5

3.3 Penglibatan Aktiviti Kemasyarakatan 7

3.4 Menyelesaian Konflik Interpersonal Dalam 8


Persekitaran Sihat

3.5 Memahami Budaya, Latar Belakang dan 10


Kepercayaan Orang lain

3.6 Menghargai Prinsip Pengurusan Masa 11

4. KESIMPULAN 11

5. RUJUKAN 11

i
MPU 2313

1. PENGENALAN
Sumber Gambar: http://cvalfabeta.com

Masaalah gejala sosial seperti penagihan dadah, pembuangan bayi, pembakaran terbuka,
masaalah jenayah dan sebagainya masih belum dapat diselesai sepenuhnya. Semua
permasaalah tersebut menjadikan masyarakat menjadi seperti tidak selamat dan menggangu
kesejahteraan sosial komuniti. Apakah terkaitan gejala sosial tersebut dengan kesejahteraan
sosial di dalam sesebuah komuniti dan negara amnya, dimensi kesejahteraan sosial
merupakan penglibatan perhubungan sihat, memupuk dan menyokong orang lain bagi
memelihara hubungan ikhlas antara individu dengan orang sekelilingnya. Haris, (2010)
menyebut kesejahteraan sosial merupakan matlamat dan elemen teras kepada pembangunan
sesebuah komuniti. Kesejahteraan sosial dapat digambarkan melalui kedudukan atau
keadaan komuniti pada masa tertentu. Keadaan kedudukan komuniti tersebut juga dapat
mengambarkan kesejahteraan yang dinikmati, dirasai atau dideritai oleh individu, keluarga
pada sesebuah komuniti. Indikator-indikator kesejahteraan sosial dapat dinilaikan melalui
taraf dan tahap kehidupan individu, keluarga dan komuniti tersebut.

Tujuan penulisan ini dibuat adalah bagi menyatakan apakah peranan yang boleh dimainkan
oleh individu melalui amalan-amalan yang boleh diterapkan pada komuniti sekelililng bagi
mencapai kesejahteraan sosial. Pendekatan sosial juga dapat dipraktikan sebagai usaha
pengembangan keupayaan diri dan meningkatkan tahap kualiti hidup. Dengan itu ahli
komuniti adalah bebas untuk membangunkan potensi diri, terlibat secara aktif dalam aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan dan memberi sumbangan kepada komuniti. Di antara cadangan
pendekatan yang boleh meningkatkan kesejahteraan sosial seperti hubungan yang baik
dengan orang lain, kemahiran komunikasi yang berkesan, penglibatan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan, pengurusan konflik, memahami budaya dan pengurusan masa.

1
MPU 2313

2. DEFINISI

Kesejahteraan sosial secara umumnya mengandungi dua pengertian. Pertama, kesejahteraan


sosial dilihat sebagai satu kegiatan teratur dalam pelbagai perkhidmatan sosial yang bertujuan
untuk membantu individu dan kelompok bagi mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan
(Friedlander, 1961). Kedua, United Nation, (1960) memberi pengertian kesejahteraan sosial
dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera meliputi aspek fizikal, mental dan sosial.
Berdasarkan kepada kedua-dua definisi tersebut memberikan pengertian kesejahteraan sosial
sebagai usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan yang sejahtera, baik dari segi
fizikal, mental dan sosial,

Namun begitu kesejahteraan hidup ini sebenarnya adalah suatu pengukuran yang subjektif
dan ia amat berbeza dari segi ruang dan masa walaupun keadaan atau situasinya hampir
sama. Ini jelas menunjukkan bahawa kesejahteraan hidup itu hanya boleh diukur oleh
individu tersebut. Setiap individu mempunyai perspektif, pemahaman dan cita rasa yang
berbeza. Oleh demikian gabungan pendapat sekumpulan individu di sesuatu kawasan dapat
dijadikan asas untuk meramal tahap kesejahteraan kawasan tersebut. Apabila majoriti
individu di kawasan tersebut berasa puas hati, maka bolehlah dirumuskan kehidupan mereka
itu sejahtera walaupun masih terdapat sekumpulan minoriti individu yang tidak sependapat.
Berdasarkan kepada kajian (Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya
Ishak & Abd. Hair Awang, 2011) dapatlah disimpulkan istilah kesejahteraan sosial
bermaksud seseorang itu boleh diketegorikan sebagai berkualiti walau pun berpendapatan
rendah. Ini mungkin kerana orang itu berasa seronok, gembira, selamat, disayangi dan
dilindungi. Walau setinggi mana status (indeks) kualiti hidup seseorang individu, termasuk
yang berpendapatan tinggi belum tentu ia sejahtera sekiranya ia merasakan diri mereka tidak
selamat, tidak seronok, rasa tidak puas hati, rasa dipinggirkan dan dikelilingi dengan
masaalah, tiada kesejahteraan bagi individu berkenaan.

3. KESEJAHTERAAN SOSIAL DALAM PENERAPAN AMALAN INDIDIVU

Kesejahteraan sosial dalam komuniti ada mempunyai hubung kait antara indidivu dengan
masyarat sekeliling. Secara tidak langsung amalan individu memberi impak bagi
membolehkan meningkatkan kesejahteraan sosial. Potensi diri boleh digarap bagi
kesejahteraan sosial sebagaimana matlamat dasar sosial negara (Kementerian Pembangunan
2
MPU 2313

Wanita, 2014), di antara berikut beberapa cadangan amalan yang boleh meningkatkan
kesejahteraan sosial (Sha’ari Abd. Hamid, Raijah Rahim, Ramesh Prasath Mahatam Rai &
Rosnida Abu Bakar, 2016) menyatakan sebagaimana berikut.

3.1 Mewujudkan hubungan yang


baik dengan pencipta, alam
sekeliling dan orang lain.
Melalui amalan ini akan
membina rangkaian sokongan
sosial yang kuat.

3.1.1 Hubungan Dengan


Pencipta. Mewujudkan Sumber Gambar:
http://www.bayudiatmika.com/
hubungan yang baik
dengan pencipta dalam
konteks ini adalah dimana setiap individu perlu mempunyai hubungan
dengan penciptanya sebagaimana digariskan dalam perinsip rukun
negara Kepercayaan kepada Tuhan. Melalui kepercayaan kepada
tuhan menjadikan individu mempunyai amalan untuk melaksanakan
aktiviti yang positif bagi kesejahteraan sosial. Melalui kajian Mohd
Roslan Mohd Nor (2010) mendapati perpaduan kaum adalah perkara
utama bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam
masyarakat majmuk. Perpaduan merupakan jaminan kepada
kesejahteraan sosial, kestabilan politik dan ekonomi. Dimana setiap
agama pastinya menerapkan nilai-nilai murni. Khususnya masyarakat
Islam yang amat menekankan untuk mengikut segala peraturan Allah
di dalam Al Quran dan Al Hadis. Karen Armstrong, (1997) dalam
bukunya ”A History of Jurusalem: One City Three Faiths menyatakan
dengan jelas
”Once the Christians had surrendered, there was no killing, no
destruction of property, no burning of rival religious, no expulsions and
exproprations, and no attempt fo force the inhabitants to embrace
Islam” (hlmn. 228).

3
MPU 2313

Ini dapat digambarkan bahawa pemerintah dan tentera Islam pada


masa tersebut amat-amat kuat hubungan mereka dengan Allah. Rajah
3.1.1. memberikan gambaran konsep hubungan dengan pencipta akan
mengawal indidivu, keluarga dan komuniti bagi mengamalkan tingkah
laku positif bagi membentuk kesejahteraan sosial.

Rajah 3.1.1: Konsep Hubungan Pencipta Membentuk Kesejateraan


Sosial.

3.1.2 Hubungan individu dalam pemeliharaan alam sekitar, melalui


konsep ini boleh digambarkan bahawa individu akan sentiasa menjaga
kebersihan sekitar komuniti, tiada penebangan pokok sewenang-
wenangnya, tiada membuang sampah merata-rata, membuat
pembakaran terbuka. Kesemua tingkah laku tersebut akan
memberikan gambaran kesejahteraan sosial sesuatu komuniti.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Tan Pei San dan Norzaini Azman,
(2011) berpendapat penglibatan individu dalam pemuliharaan alam
sekitar merupakan satu langkah besar dalam usaha pemuliharaan alam
sekitar. Khazah alam semakin pupus ditelah zaman akibat keuntungan
dan tamak haloba (Mohd Faizal 2008). Knapp, (1999) menegaskan
bahawa salah satu faktor penyumbang kepada kemusnahan alam
sekitar yang berleluasa adalah kerana majoriti masyarat memiliki
fahaman ”anthrropocemtric”. Oleh itu, kefahaman ”ecocentric
dipercayai lebih memberi kesan yang efektif terhadap sikap dan

4
MPU 2313

amalan manusia. Apabila kefahaman alam sekitar berlandaskan


keharmonian di antara manusia dan alam sekitar, individu akan
mengambilkira kesan terhadap alam sekitar dalam tingkahlaku
seharian kerana mereka percaya bahawa manusia dan alam sekitar
mempunyai nilai yang setara.

3.1.3 Hubungan individu antara individu adalah amat penting bagi


kesejahteraan sosial, maka tidaklah timbul peribahasa seperti enau
melepaskan pucuk masing-masing. Daripada gambaran ini kita dapat
bayangkan apakah yang akan terjadi kepada masyarakat sekiranya
amalan ini berterusan diamalkan, pastinya akan berlaku masalah dalam
sosial, berlaku penindasan, akan berlaku sikap mementingkan diri
sendiri. Hubungan individu dengan jiran sekeling contohnya seperti
kajian Mohd Yusof Hussain, Samsurijan, Suraiya Ishak, & Abd. Hair
Awang, (2011) menyatakan hubungan kejiranan mampu mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat, ia juga boleh membentu
rangkaian komuniti yang paling sempurna. Sheau (2006) hubungan
kejiranan yang mesra menghasilkan tahap kepercayaan sesama mereka
yang lebih tinggi daripada kejiranan yang kurang mesra. Penduduk
yang berinteraksi dengan jirannya boleh membentuk sebuah
masyarakat sempurna dan berkualiti, mereka mampu untuk duduk
bersama dan berbincang, secara tidak langsung telah dapat membentuk
modal sosial yang berkualiti. Media sosial turut memberi sumbangan
kepada kesejahteraan sosial dan sekiranya tidak digunakan sebaiknya
memberikan aplikasi negatif dan terpesong ke arah kegiatan negatif
seperti menabur fitnah serta pembohongan yang pasti boleh
merosakkan nama baik, bukan sahaja individu, pemimpin tetapi turut
juga reputasi negara seperti intergriti nasional (Hamdan, 2015),
penggunaan media sosial seperti facebook, wapps, twitter, email dan
media elektrorik yang lainnya dengan cara yang betul oleh individu
akan dapat memberikan sumbangsaran dengan daya kreatif, pengaruh
dan strategi terancang dan bersepadu bagi kesejahteraan sosial.
Kesemu kesejahteraan sosial akan dapat disepadukan dengan
memahami perinsip rukun negara keempat kesopanan dan kesusilan
5
MPU 2313

dimana setiap individu perlu menanamkan sifat kesopanan dan beradab


dalam penggunan media sosial.

3.2 Kemahiran Komunikasi Berkesan. Perhubungan atau komunikasi


merupakan perbuatan untuk berhubung. Perkataan communication berasal
daripada bahasa Latin (communis, yang bererti ’sama’), Melalui perhubungan
manusia boleh menjalinkan persefahaman antara kedua pihak iaitu penghantar
dengan penerima. Penyampaian dan perkongsian isi pemikiran, perasaan,
pengetahuan dan sebagainya dilakukan melalui perhubungan, ini bermakna
individu hendak berkongsi buah fikiran, sikap, pendapat dan perasaanya
dengan orang tersebut. Mengamalkan kemahiran komunikasi yang berkesan
dengan orang lain melalui satu sistem umum iaitu isyarat, gerak geri dan
lambang, lisan atau bukan lisan, manusia akan dapat menjayakan hubungan
(Puvaneswari Candiah, 1987). Hushim Salleh, & Ida Hartini, (2015) cara
mengamalkan komunikasi berkesan dapat diterangkan dengan ringkas melalui
Konsep LOVE, L atau listening iaitu mendengar, merupakan aspek utama
dalam memastikan komunikasi berkesan. Kurang mendengar luahan hati akan
menghadapi kegagalan. O atau observation iatu melihat bahasa bukan lisan
yang ditunjukkan. V atau verbal response iaitu respon lisan yang memainkan

FORMULA KOMUNIKASI BERKESAN

Listening
Observation
Verbal response
peranan penting agar komunikasi dua hala berjalan lancar agar dapat saling
Empati
memahami,Sumber
E atau Empati
Gambar: diperlukan supaya setiap individu merasakan apa
http://providenetwork.com
yang dirasa oleh orang lain. Dengan mengamalkan komunikasi berkesan
hubungan dapat dieratkan dan dikekalkan dengan lebih efektif. Kemahiran
komunikasi berkesan sebagai kesejahteraan sosial kita boleh dimulakan
melalui individu.

6
MPU 2313

3.2.1 Memberikan Tumpuan. Mempelajari kemahiran mendengar


sebenarnya tidak memerlukan masa yang lama. Antara syarat yang
paling utama ialah memberikan tumpuan yang tidak berbelah dengan
siapa individu tersebut berkomunikasi. Apabila individu sedang
bercakap dengan individu lain, perlu memberikan tumpuan sepenuh
perhatian kepada individu berkenaan dengan mengekalkan kontak
mata serta mempamerkan raut wajah yang menunjukkan minat, secara
tidak langsung individu tersebut amat menghargai perhatian yang
diberikan. Di samping itu, akan dapat memfokuskan dengan lebih baik
kepada isu yang diperkatakan sekiranya dapat mengekalkan kontak
mata serta menumpukan perhatian. Untuk mendengar dengan
sempurna, individu perlu menumpukan seratus-peratus perhatian
kepada mesej yang dinyatakan. Malah bukan mesej lisan sahaja yang
perlu didengar tetapi juga mesej bukan lisan. Oleh itu, elakkan
memandang ke tempat lain ketika sedang berkomunikasi atau cuba
mengelakkan pandangan anda.

3.2.2 Bahasa Badan. Perhatian dan minat semasa berkomunikasi dapat


dikesan melalui bahasa badan. Oleh itu perlu difahami bahawa setiap
individu akan sentiasa diperhatikan semasa berkomunikasi melalui
reaksi yang dipamerkan melalui bahasa badan. Di sinilah fungsi
eleman ’O’ atau observation memainkan peranan. Salah satu bahasa
badan yang menunjukkan minat ialah posisi badan ketika
berkomunikasi. Sekiranya seseorang berminat semasa berkomunikasi,
biasanya badannya akan ke hadapan. Raut wajah akan menunjukkan
reaksi yang pelbagai semasa berkomunikasi bersesuaian dengan cerita
yang disampaikan. Komunikasi lisan itu penting, tetapi 60 peratus dari
komunikasi biasanya berlaku secara bukan lisan, dengan kemahiran ini
individu dapat menyelesaikan konflik dengan lebih baik kerana
maklumat diberikan secara terus (lisan) dan bukannya secara kiasan
(bukan lisan) semata-mata.

7
MPU 2313

3.2.3 Empati. Salah satu elemen komunikasi yang paling penting ialah
empati. Empati bermaksud merasakan apa yang dirasakan oleh orang
yang berkomunikasi dengan anda. Kemahiran ini dapat diamalkan
sekiranya setelah mendengar dengan benar-benar efektif tanpa
meletakkan syarat semasa berkomunikasi. Berkomunikasi boleh
menjadi perkara yang paling seronok sekiranya dapat menyerapkan
elemen empati pada setiap individu tanpa meletakkan perasaan
prajudis.

3.3 Penglibatan Aktiviti Kemasyarakatan. Penglibatan diri dalam pelbagai


aktiviti kemasyarakatan daripada pelbagai penempatan dapat menerapkan
nilai-nilai di atas dan menambahkan nilai pada individu. Penglibatan sosial
dan pembudaayan nilai murni dapat dipelajari secara tidak formal, kejayaan
sesebuah negara kini tidak lagi diukur mengikut dimensi ekonomi dan
pembangunan fizikal semata-mata, malah turut didukung oleh pembangunan
modal insan yang berkualiti (Abdul Aziz Rahman, Abdul Razaq Ahmad &
Mahzan, 2016) melalui kajian ini didapati bahawa kualiti hidup masyarat
mempunyai kaitan langsung dengan proses pendidikan secara formal dan tidak
formal. Penekanan kepada aspek tingkah laku positif akan menyuburkan lagi
nilai murni dalam kalangan masyarakat. Masyarakat yang mengamalkan nilai-
nilai murni dalam kehidupan seharian adalah masyarakat yang bertamadun,
apa yang penting akan melahirkan suasana aman dalam negara berkenaan
( Asmah, 2005).
Syarat utama
dalam
melahirkan
komuniti
budaya murni
dan tahap sosial
yang baik
bergantung
pada amalan
seharian penduduk termasuk penglibatan mereka dalam semua program
pembangunan komuniti dan program di bawah Pelan tindakan Pembudayaan
Sumber Gambar: http://hejim.asiaengage.org
8
MPU 2313

Nilai-nilai Murni. Faktor yang menjadi pemangkin kepada penglibatan sosial


dapat dilibatkan melalui pelbagai cara seperti program pemupukan nilai murni,
forum dan ceramah serta aktiviti keagamaan yang dapat membantu
meningkatkan nilai-nilai murni dalam kalangan penduduk kawasan kejiranan
dari perspektrif mereka sendiri. Penglibatan individu yang boleh diamalkan
ialah tolong menolong seperti membantu orang lain dalam kesusahan dan
kemalangan, memenuhi jemputan ke majlis kenduri, tahlil dan sebagainya,
memelihara hubungan baik dengan jiran-jiran dan terlibat dalam aktiviti sosial
yang dianjurkan di kawasan kejirananan (Sabri, 2006).

3.4 Menyelesaikan Konflik Interpersonal. Dalam setiap komunikasi pastinya


akan berlaku konflik apabila berlakunya pertembungan tidak dapat menerima
cara untuk memenuhi keperluan masing-masing atau keperluan masing-masing
tidak bersesuaian antara satu sama lain maka berlakulah konflik. Namun
begitu ia dapat diselesaikan berdasarkan kepada menyelesaikan konflik
interpersonal dalam persekitaraan yang sihat dengan cara yang penuh
berhemah. Menurut Nadiq, (2005) melihat konflik sebagai sesuatu yang perlu
diselesaikan bersama, bukannya oleh salah seorang sahaja. Penglibatan diri
secara aktif dan berusaha serta memiliki komitmen untuk sama-sama mencari
jalan penyelesaian yang adil dan boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak.
Hushim Salleh, & Ida Hartini Ahmed Tharbe, (2015) mencadangkan beberapa
peringkat pengurusan konflik dapat dilakukan dengan efektif dan sihat.
Peringkat-peringkat pengurusan boleh dinyatakan seperti berikut:

3.4.1 Kenalpasti Masalah Atau Isu Yang Dihadapi.


Lakukan perbincangan untuk memahami perspektif kedua-dua belah
pihak terhadap masaalah tersebut. Perjelaskan kepada satu sama lain
apa yang sebenarnya yang terlibat dalam konflik tersebut. Fahamilah
satu sama lain dan cubalah bersikap lebih rasional. Kemahiran
mendengar amat penting bagi memastikan individu memahami
komunikasi yang berlaku.

3.4.2 Fikirkan Beberapa Cara Penyelesaian Yang Mungkin Membantu.

9
MPU 2313

Individu perlu menggunakan kretiviti bagi memikirkan apa sahaja jalan


penyelesaian yang mungkin bagi masaalah yang timbul. Tetapkan
matlamat yang dipersetujui bersama dan cubalah mencari jalan
penyelesaian yang menepati matlamat tersebut. Elakkan menilai dan
mempertikaikan satu sama lain. Berfikirlah bersama-sama bagi
menyelamatkan keadaan dan keharmonian sosial.

3.4.3 Nilai Setiap Alternatif Yang Dicadangkan.


Setelah mendapat beberapa alternatif yang sesuai, lakukan sedikit
penilaian terhadap alternatif tersebut. Mungkin anda terpaksa
mengenepikan beberapa alternatif sekiranya terdapat halangan atau
risiko yang sukar dihadapi oleh pihak yang berkonflik bagi
melaksanakannya. Kurangkan pilihan mengikut kesesuaian dan
berterus-teranglah antara satu sama lain jika merasakan ianya kurang
sesuai.

3.4.4 Buat Keputusan Tentang Alternatif Yang Paling Tepat.


Pilihlah dengan arif satu atau dua jalan penyelesaian yang boleh
diusahkan. Ianya mestilah berdasarkan persetujuan bersama kerana
komitmen kedua-dua belah pihak amat diperlukan bagi menjayakan
alternatif tersebut. Persetujuan bersama penting agar tidak
menyalahkan satu sama lain jika alternatif yang dibuat gagal.

3.4.5 Laksanakan Alternatif Tersebut.


Alternatif yang telah dipilih tidak akan berguna sekiranya tidak
dilaksanakan. Konflik yang berlaku memerlukan usaha dari kedua-dua
belah pihak, ianya tidak boleh diharapkan untuk beredar dengan
sendirinya. Kemungkinan besar perlu melakukan pembahagian tugas
di antara kedua-dua pihak bagi menamatkan konflik yang terjadi.

3.4.6 Lakukan Penilaian Semula Terhadap Alternatif Tersebut.

Tidak semua konflik atau masaalah dapat diselesaikan dengan jayanya.


Pastikan invididu yang berkonflik perlu menilai semula alternatif yang
10
MPU 2313

dipersetujui, jika masih ada perasaaan tidak puas hati mungkin perlu
memikirkan cara lain bagi menyelesaikan. Sikap rasional dan
berhemah perlu ditekankan terlebih dahulu dari mendahului emosi ini
bagi mengekalkan keharmonian komuniti dan individu itu sendiri.
Sikap bertolak ansur serta fleksibel dan tidak terlalu berstruktur akan
menjadikan komunikasi lebih harmoni dan saling menghormati, saling
memahami dan berbincang dalam keadaan tenang akan memudahkan
untuk berfikir dengan lebih baik.

3.5 Memahami Budaya Dan Kepercayaan Orang Lain. Dalam usaha bagi
mengekalkan kesejahteraan sosial di antara kaum yang pelbagai etnik di dalam
sesuatu komuniti, perlulah setiap individu untuk memahami dan berinteraksi
dengan orang dari budaya, latar belakang dan kepercayaan yang lain.
Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi akal
fikiran(budi) serta daya cipta bagi memenuhi kehendak biologi,
kemasyarakatan serta alam sekeliling yang sesuai mengikut keperluan jasmani
dan rohani. Ianya dapat dilihat daripada segala hasil pemikiran atau perkara
yang berbentuk bukan kebendaan(spiritual) dan segala hasil ciptaan manusia
atau perkara yang berbentuk kebendaan (fizikal). Zalizan Mohd Nasir, &
Norlin Ahmad, (2009) menyatakan bidang kebudayaan boleh dilihat melalui
fikiran atau idea seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, mitos
atau lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita lisan. Bagi kebendaan
seperti senibina
bangunan, alat mesin,
pakaian, perabot dan
ubat-ubatan.
Kesenian dilihat dari
dua bidang kemahiran
iaitu seni lakon-
tarian, teater, muzik
dan mainan; seni tampak – ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan dan anyaman.
Nilai dan norma seperti peraturan,
Sumber pantang-
Gambar:larang, nilai keagamaan dan sopan
http://www.apakabardunia.com
santun. Perkara turut disokong oleh (Azizi Umar, Wan Zulkifli Wan Hassan,
n.d.) yakin bahawa tolak ansur serta memahami perbezaan antara kaum akan

11
MPU 2313

dapat mengeratkan hubungan di atara kaum di dalam komuniti. Sikap hormat


menghormati mengenai berbagai-bagai kebudayaan yang sedia ada dalam
masyarakat majmuk dapat menghasilkan sikap toleransi, kenal mengenal,
kerjasama dan persefahaman bagi penyemaian nilai yang mendukung
perpaduan

3.6 Pengurusan Masa. Menghargai perinsip pengurusan masa mempunyai


hubungan individu dengan kesejahteraan sosial, pengurusan masa yang bijak
mengelakkan individu daripada membuang masa dengan gejala-gejala yang
tidak bermanfaat. Pengurusan masa merupakan kebolehan untuk mengawal
apa yang dilakukan, bila, bagaimana dan mengapa kita melakukannya.
Tingkahlaku pengurusan masa berbeza antara individu dan bergantung kepada
sikap, caragaya hidup dan personaliti (Anonymous, 2015). Adalah penting
setiap individu perlu menghargai masa dan menguruskan sebaik mungkin
kerana kemahiran pengurusan masa yang baik merupakan pra syarat kepada
kejayaan yang dicita-citakan (Mohd Najib & Choong, 2002) di dapati pelajar
yang mempunyai pengurusan masa yang baik adalah mereka yang mempunyai

pencapaian akademik yang cemerlang. Kecemerlangan akademik akan


menentukan kesejahteraan dan status individu di dalam kedudukan masyarakat
dan menentukan taraf kesejahteraan sosial komuniti.

4. KESIMPULAN
Konsep kesejahteraan sosial memberikan fokus kepada keadaan, nasib, hak,
kewajipan dan tanggungjawab sesama manusia. Usaha kesejahteraan sosial perlu
Sumber Gambar: http://ishk6292.blogspot.my
dilaksanakan bagi membasmi dan mengawal masaalah sosial yang berlaku dalam
komuniti, tumpuan turut diberikan bagi memenuhi keperluan komuniti serta

12
MPU 2313

peningkatan peluang mobiliti sosial dalam komuniti. Pendekatan-pendekatan yang


lebih praktikal perlu dilaksanakan melalui pembangunan sosial, pentadbiran sosial,
derma sosial dan kerja sosial. Segala bantuan tersebut perlu diselaraskan melalui
penggunaan prinsip universal dalam penyampaian perkhidmatan bantuan awam
kepada ahli komuniti. Kesejahteraan sosial sepatutnya dimulakan melalui kesedaran
diri sendiri dan dikembangkan kepada komuniti untuk semua. (2,816 patah
perkataan).

5. RUJUKAN

Abdul Aziz Rahman, Abdul Razaq Ahmad, Jalaluddin Abdul Malek, & Mohd Mahzan
Awang. (2016). Penglibatan Sosial dan Pembudayaan Nilai Murni Melalui Pembelajaran
Tidak Formal Dalam Kalangan Penduduk Bandar Putrajaya. Kajian Malaysia, 34(2),
75–100. Retrieved from (2017, Mac 08) download
https://doi.org/10.21315/km2016.34.2.4
Asmah Ahmad (2005). Kualiti hidup dan pengurusan persekitaran di Malaysia. Prosiding
Seminar Kebangsaan Pengurusan Persekitaraan 2005. Universiti Kebangsaan Malaysa,
(4–5 July).
Armstrong, K. (1997). A History of Jurusalem: One City Three Faiths. UK: Harper Collins
Publishers.
Azizi Umar, Wan Zulkifli Wan Hassan, Nazri Muslim, & Aminuddin Basir. (n.d.). Sikap
Interaksi Antara Kaum Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama, 67–78. Retrieved from
(2017, Mac 23) down load https://Journal.kuis.edu.my/
Puvaneswari Candiah. (1987). Konsep Psikologi Dalam Kejururawatan (Kedua). Ampang:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sheau Tsuey Chong (2006). It takes a village to raise a child: Building social capital in safe
and cohesive neighbourd. Fakulti Sains Sosial Dan Kemasyarakatan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Friedlander, W. A. (1961). Introduction to Social Welfare. New Delhi: Prentice Hall.
Mohd Hamdan Adnan. (2015). Peranan Media Massa Memartabatkan Integriti Nasional.
Jurnal Komunikasi Borneo, 2, 57–74. Retrieved from (2017, Mac 18) download
http://jkob.cseap.edu.my/
Haris Abdul Wahab. (2010). Kesejahteraan sosial dan pembangunan komuniti: Pendekatan
dan indikator, 1–16.
13
MPU 2313

Hushim Salleh, & Ida Hartini Ahmad Tharbe. (2015). Psikologi Perkhahwinan & Keluarga:
Semakin Hari Semakin Sayang (Kesebelas). Batu Caves: Hazrah Enterprise.
Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat. (2014). Dasar Sosial Negara.
Retrieved from (2017, Mac 09) download http://Pmr.Penerangan.Gov.My.
Knapp, C. E. (1999). Nature-deficit disorder: evidence, dosage, and treatment. Journal of
Experiential Education (Vol. 9). https://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2
Nadiq. L.A. (2005). Relationship conflict: Healthy or unhealty. Retrieved from (2017, Mac
08) download www.drnadiq.com/
Mohd Faizal Aziz. (2008). Cuaca Dunia Tidak Menentu. Pemanasan Global. Estidotmy 76,
14–15.
Mohd Najib Abdul Ghafar & Choong Yon Weng (2002). Perkaitan Antara Pengurusan Masa
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar UTM. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, 8, 71–92.
Zalizan Mohd Nasir, & Norlin Ahmad. (2009). Pembangunan sosial dalam hubungan etnik.
Book 10, 141–154. Retrieved from (2017, Mac 23) download file:///D:/DIM_Jan
2017/MPU 2313/ZalizaMohd.Nasir2009
Mohd Roslan Mohd Nor. (2010). Kesejahteraan Hubungan Antaran Kaum di Bayt al-Maqdis
Pada Zaman Umar al-Khattab, 1–13 Retrieved from (2017, Mac 21) down load
http://umijms.um.edu.my/filebank/published_article/7594/Jurnal.Usuluddin.32.2010-
04.Roslan.Maqdis.pdf.
Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya Ishak, & Abd. Hair Awang.
(2011). Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat
“kampung bandar”: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar,
Malaysia. Geografia - Malaysian Journal of Society and Space, 7(3), 36–44. Retrieved
from (2017, Mac 08) download http://www.ukm.my/geografia
United Nations. (1960). The Development on the National Social Welfare Programme. New
York.
Sha’ari Abd. Hamid, Raijah Rahim, Ramesh Prasath Mahatan Rai, & Rosnida Abu Bakar
(2016). MPU2313: Kesihatan dan Kesejahteraan (Pertama). Open University Malaysia:
Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu.
Anonymous. (2015). Pengurusan dan pembuatan keputusan, (Fem 3201). Retrieved from
(2017, Mac 23) download http://www.vodppl.upm.edu.my
Tan Pei San , & Norzaini Azman. (2011). The Relationship between Commitment towards
Environment and Pro-environment Behaviour among University Students. Jurnal
14
MPU 2313

Personalia Pelajar, (14), 11–22. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/


Sabri Yunos (2006). Ciri-ciri pembangunan bandar sejahtera Kuala Lumpur. MIMOS.

15

Anda mungkin juga menyukai