Anda di halaman 1dari 2

Apa itu 'pemboleh ubah dimanipulasi (PM)'.

'Pemboleh ubah dimanipulasi' atau juga dikenali dengan 'diubah', merupakan sesuatu perbuatan
pengkaji untuk membezakan bahan ujikaji supaya penyiasatan yang dijalankan juga akan mendapat
perbezaan. ( PERBEZAAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH MANUSIA )

Apa itu 'pemboleh ubah bergerak balas (PB)'.


'Pemboleh ubah bergerak balas' atau juga dikenali sebagai 'diperhatikan', merupakan hasil atau
keputusan yang diperoleh setelah perkara yang diubah itu dilakukan. (PERBEZAAN YANG TERDAPAT
DI DALAM PENYIASATAN YANG BERLAKU SECARA AUTOMATIK (TIDAK DIBUAT OLEH MANUSIA).

Pemboleh ubah yang dimanipulasi @ diubah

Pemboleh ubah yang bergerak balas @ diperhatikan

Pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah yang dimalarkan @ ditetapkan.

Hipotesis ~ satu penyataan yang menghubungkan dua pembolehubah dan boleh diuji.

->MEMBUAT PEMERHATIAN
Apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan
lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu
ujikaji, fenomena, gambarajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat

->MEMBUAT INFERENS
Suatu penerangan / sebab yang logik berdasarkan Pemerhatian yang telah dibuat
terhadap sesuatu fenomena / peristiwa.

Inferens bebas/tidak terkawal - Sebarang Penerangan / Sebab / Alasan yang logik diperolehi
daripada pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, atau pembacaan. Biasanya mempunyai
lebih daripada 1 jawapan.

Inferens Terkawal/Jitu – Penerangan / Sebab /Alasan jelas yang telah ditetapkan dengan
jawapan yang terhad. Jawapan bagi Inferens Terkawal boleh dirujuk kepada Pembolehubah
Dimanipulasi (PM)

PM(Inferens) merupakan penerangan / punca /sebab terjadinya perubahan dalam


PB(Pemerhatian).
Tiga jenis pemboleh ubah (‘Three type of variables’):

1. Perkara yang tidak sama dan berubah – pemboleh ubah dimanipulasi (pm).

(‘Thing that is changed – what is changed (wtc)’)

Semasa ujikaji/eksperimen : bahan/faktor yang berbeza (tidak sama) dikawal,


ditentukan oleh kita sebagai orang yang melakukan ujikaji pada awal eksperimen.

(‘During the fair test : materials/factors that is different, controlled, determined by


us as the investigator at the beginning of the experiment’)

2. Perkara yang diperhatikan/diukur/direkod – pemboleh ubah bergerak balas


(pb) dan,

(‘Thing that is observed/measured/recorded) – what is observed/measured (wto)


and,’)

Selepas suatu ujian/eksperimen : adanya hasil ujian/eksperimen atau


penyiasatan, perkara yang bertindak balas apabila kita mengubah
‘pembolehubah dimanipulasikan’.

(‘After the fair test : the products of the fair test or investigation, things that react
when we change the ‘what is changed’.’)

3. Perkara yang perlu sama/tidak berubah – pemboleh ubah dimalarkan (pd).

(‘Things that are kept the same – what is kept the same (wks)’)

Bahan/faktor yang sentiasa sama atau dikekalkan sepanjang ujian/eksperimen


tetapi jika diubah akan mempengaruhi keputusan eksperimen.

(‘Materials/factors that remain the same or constants throughout the fair test, but
can change the last result when it is changed’)

Anda mungkin juga menyukai