Anda di halaman 1dari 8

‫المدرسة الثانوية الدينية األشرف‬

SEK. MEN. ARAB (JAIM) AL–ASYRAF


PEKAN PULAU SEBANG

MINGGU ICT SEKOLAH

TARIKH:
16 – 27 JULAI 2018
ANJURAN:
Unit ICT SMASRA
DENGAN KERJASAMA:
PIBG SMASRA & Pusat Internet Taman Lendu Bakti

“ICT PEMACU KECEMERLANGAN


PEMBELAJARAN ABAD 21”
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia merupakan salah satu daripada
sebelas anjakan utama untuk mentransformasi sistem
pendidikan negara. Memanfaatkan ICT merupakan salah
satu agenda utama Kementerian Pendidikan dalam
meningkatkan kualiti pendidikan pada masa ini. Kejayaan
pendidikan sangat bergantung
kepada sokongan dan pelaksanaan teknologi ICT di
sekolah yang berteraskan kepada penggunaan teknologi
pendidikan secara berkesan dalam Pembelajaran dan
Pengajaran.

Cabaran besar yang dihadapi dalam dunia pendidikan


kini adalah untuk memastikan semua sekolah
menggunakan produk dan perkhidmatan teknologi
pendidikan. Minggu ICT dapat menjadi saluran untuk
menyampaikan maklumat secara terus kepada
masyarakat luar bandar tentang teknologi ICT dan
pengisiannya khusus dalam bidang pendidikan.

Pengisian Minggu ICT dapat membawa kemahiran –


kemahiran abad ke 21 yang menjadi salah satu pengukur
kejayaan transformasi sistem pendidikan negara. Justeru,
SMA (JAIM) AL-Asyraf ingin mengadakan satu program
minggu ICT dalam usaha untuk memberi kesedaran
kepada para pelajar dan guru tentang pentingnya ICT
dalam dunia pendidikan di sekolah yang seterusnya
secara langsung dapat meningkatkan kecemerlangan
akademik sekolah.
CATATAN
‫المدرسة الثانوية الدينية األشرف‬
SEK. MEN. ARAB (JAIM) AL–ASYRAF
PEKAN PULAU SEBANG

Anda mungkin juga menyukai