Anda di halaman 1dari 13

KEISTIMEWAAN TAMADUN

ISLAM

ZZZT2163 TAMADUN ISLAM


DAN TAMADUN ASIA
Set 11
Tamadun Islam merupakan tamadun yang terus
berkembang dari awal kemunculannya hinggalah
masa kini.
Perkembangannya berkait rapat dengan konsep
kesejagatan yang ada padanya.
Tuntasnya perkembangan tamadun Islam adalah
berkait rapat dengan perkembangan pengaruh
agama Islam itu sendiri. Ianya dapat merubah
kehidupan manusia setempat kepada tahap
kehidupan yang lebih bermakna dan bermanafaat.
Konsep al-Ummah meletakkan semua orang Islam
adalah bersaudara tanpa mengira latar belakang
bangsa, budaya, bahasa mahupun warna kulit.
Konsep al-Ummah ini merupakan satu kekuatan
dalam menjana tamadun Islam yang gemilang.
Bersifat Universal, tiada dibatasi
geografi, sentiasa berkembang dan
kekal tidak pupus.
Tamadun Islam ialah tamadun yang Universal
(menyeluruh) dan Syumul (sempurna).

Universal bermaksud tidak merujuk kepada mana-


mana bangsa tertentu tetapi menjadi milik semua
umat Islam tidak kira dimana sahaja berada. Ianya
dibangunkan oleh pelbagai bangsa dengan
perbezaan bahasa. Manakala syumulnya pula
meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh
kejadian dan peringkat kehidupan serta lapangan
hidup manusia, dahulu, kini dan selamanya.
Bersumberkan wahyu daripada
Allah Taala.
• Tamadun Islam merupakan tamadun yang bersifat kewahyuan.

• Tamadun Islam bersumberkan anjuran-anjuran al-Quran dan


bimbingan sunnah Rasul S.A.W. Ini bermaksud, tamadun Islam
adalah tamadun yang terbentuk berdasarkan panduan dan
prinsip yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W sebagaimana
yang diutuskan oleh Allah taala. Ianya bukan tamadun yang
lahir daripada akal atau nafsu manusia. Justeru prinsip dan
dasar tamadun adalah bersifat tetap kerana penentu nilainya
adalah al-Quran dan Sunnah Nabi.

• Allah adalah punca segala kuasa manakala manusia adalah


kuasa yang bersifat amanah. Wahyu diberikan kepada mansia
sebagai panduan dan bimbingan untuk menjalani kehidupan.
Tamadun Islam berorientasikan
kemanusiaan.

• Fokus utama yang diterapkan dalam ketamadunan


Islam adalah pembinaan individu yang bersepadu
dari segi roh, akal dan jasad yang akhirnya akan
membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang
sihat. Walaubagaimanapun nilaian aspek-aspek
luaran tidak ditinggalkan malah juga dianggap
penting bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia
dan memenuhi fitrah manusia yang inginkan
keduniaan berasaskan kepada batasan-batasan yang
digariskan oleh Islam.
Tamadun yang seimbang & sepadu.

 Islam menghormati kecenderungan dan fitrah manusia.


Anjuran ini jelas apabila Islam bukan hanya menekankan
kerohanian semata-semata tetapi unsur kerohanian
diambil kira tanpa menyisihkan unsur kebendaan.
Keseimbangan dan kesepaduannya dapat dilihat dari
sudut kepercayaan, ibadah, kerohanian dan kebendaan,
individu dan masyarakat serta batas kebebasan individu.
 Keseimbangan rohani dan jasmani menjadi faktor
penting pembinaan tamadun: manusia. Tamadun dicipta
dari dua unsur yang berkait rapat iaitu rohani dan
jasmani. Aspek kebendaan dan keduniaan tidak dihina
tapi tidak pula dipuja.
Tamadun yang bermatlamat

Matlamat asas adalah untuk membawa manusia


mencapai kejayaan bukan hanya di dunia tetapi
lebih utama lagi di akhirat. Justeru itukemajuan
dan pembangunan adalah bermatlamatkan
pengabdian diri kepada Allah. Sekiranya setiap
insan menyedari, menghayati dan melaksanakan
matlamat ini maka kita akan lihat hasilnya iaitu
semakin tinggi tamadun itu dapat diwujudkan maka
manusianya akan semakin tunduk kepada Allah.
Tamadun islam bersifat terbuka
kepada semua tamadun.
Bersifat mengambil dan memberi. Mengambil
pengalaman yang berguna dari tamadun-
tamadun lain seperti Yunani, Parsi dan
sebagainya lalu disesuaikan dengan unsur-
usur Islam. Maka lahirlah pencapaian yang
bercorak dan berbentuk Islam. Memberi pula
bermaksud mempersembahkan kepada
tamadun asing pencapaian-pencapaian yang
diperolehi. Sifat terbuka ini menjadikan
tamadun islam sentiasa berkembang dan maju
dan menjamin kewujudannya sepanjang
zaman
Suruhan Tidak
membebankan.
Allah tidak menurunkan perintah yang
sukar untuk manusia laksanakan.
syariat islam: berkehendakkan kebaikan
dan menghindari kerosakan
Allah memberikan beberapa kelonggaran
kepada manusia dalam keadaan
tertentu yang menyukarkan
Contohnya, keringanan berbuka puasa
kepada orang tua yang sudah uzur.
Sesuai sepanjang zaman.
 Prinsip Islam bersifat fleksibel dan khusus
 Bertujuan untuk disesuaikan dengan
kehidupan manusia mengikut zaman dan
tempat
 Setiap ketetapan mengambil kira keadaan
manusia.
 Tamadun Islam tidak menolak penciptaan
baru asalkan tidak bertentangan dengan
prinsip Islam
Sempurna dan
menyeluruh.

 tamadun Islam yang dibina atas al-din


adalah lengkap dan merangkumi setiap
aspek kehidupan manusia.
 Islam sesuai untuk seluruh dunia,
semua peringkat manusia dan semua
tempat dan masa.
 Islam merangkumi setiap persoalan
dunia dan akhirat.
Terbuka dan toleransi.

 Tamadun Islam menggalakkan penerimaan


unsur-unsur dari tamadun yang lain asalkan
tidak bercanggah.
 Tamadun Islam dapat berkembang kerana
Islam menjamin hak-hak asasi masyarakat
tempatan, orang Islam dan yang bukan
Islam.
 Toleransi dari sudut kebebasan beragama
menjamin keharmonian dalam masyarakat.
Kesatuan dalam kepelbagaian.

o kewujudan pelbagai bahasa dan bangsa


bukan penghalang kepada kesatuan
manusia dalam tamadun Islam.
o Interaksi antara satu sama lain menjamin
kejayaan tamadun Islam.

Anda mungkin juga menyukai