Anda di halaman 1dari 3

ERWAN SHA BIN HABINULLAH

D20152072240
REFLAKSI TEORI PSIKOLOGI KAUNSELING (MINNGU 10)

PEMBENTANG
FAJRIMAZWAN BIN SYAFRI (D20152071867)

ANAZRUL ADREEN BIN AZUNNY (D20152071877)

MUHAMMAD SHAH IQBAL BIN ABDUL AJIS (D20152071879)

TERAPI GESTALT

Terapi Gestalt yang dikembangkan oleh Frederick Perls adalah bentuk terapi eksistensial
yang berpijak pada premis bahawa individu-individu harus menemukan jalan hidupnya
sendiri dan menerima tanggungjawab peribadi jika mereka berharap mencapai kematangan.
Kerana bekerja terutama di atas prinsip kesedaran, terapi Gestalt berfokus pada apa dan
bagaimana-nya tingkah laku dan pengalaman di sini-dan-sekarang dengan memadukan
bahagian-bahagian kepribadian yang terpecah dan tak diketahui. Jika individu menyimpang
dari saat sekarang dan menjadi terlalu terpaku padamasa depan, maka mereka mengalami
kecemasan. Konsep utama teori ini ialah membantu klien dari kebergantungan ke arah
kebebasan, perspektif existential, bersatu dan berpusat pada masa sekarang bagi mengelakkan
kebimbangan, memberi galakkan kepada klien untuk mencuba sesuatu yang baru,
menghasilkan psikologi yang sihat seharusnya mempunyai tubuh badan yang sihat dan
personality itu mesti berinteraksi. Terdapat empat teknik dalam teori ini seperti:

i. Assuming Responsibility – Menyebut semula penyataan bagi tujuan untuk mengendali


sesuatu tanggungjawab.
ii. Using Personal Pronouns – Digalakkan menyebut “saya” berbanding “kami”.
iii. Now I’m Awake – Teknik pejam mata dan menyedari tentang dirinya.
iv. The Empty-Chair – Mebantu klien melalui konflik yang ada pada personalitinya dengan
kaedah bercakap sendiri dan menjawab sendiri.
NUR AFIFA BINTI MOHAMAD DANIL (D20152071885)

MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD YUSOF (D20152072252)

WAN MUHAMMAD SYARIF BIN WAN AZMI (D20152072241)

PERSON-CENTRE THERAPY

Teori ini diasakan oleh Carl Rogers yang berorentasikan humanistik. Rogers
melahirkan rasa simpati terhadap pendekatan yang berasaskan andaian bahawa manusia
adalah individu yang tidak boleh dipercayai dan sebaliknya perlu dipaksa, digalakkan,
didenda, diberi penghargaan, dikawal dan diurus oleh orang lain yang lebih berkuasa, lebih
tinggi kedudukannya atau pakar dalam bidang tertentu. Teknik Terapi Person Centered

Pengungkapan dan pengomunikasian penerimaan, respek, dan pengertian, serta


berbagai upaya dengan klien dalam mengembangkan kerangka acuan internal dengan
memikirkan, merasakan, dan mengeksplorasi. Menurut pandangan pendekatan Client-
Centered, penggunaan teknik-teknik sebagai muslihat terapis akan mendepersonalisasikan
hubungan terapis klien.

Teknik-teknik harus menjadi suatu pengungkapan yang jujur dari terapis, dan tidak
bisa digunakan secara sadar diri, sebab dengan demikian terapis tidak akan menjadi sejati.
Konkritnya, menurut Corey wawancara merupakan tekhnik utama dalam konseling. Bahkan
penyembuhan diri konseling sendiri dilakukan melalui akibat tidak langsung dari proses
diskusi antara konselor dan konseling.

Konsep Terapi

Menekankan pada dorongan dan kemampuan yang terdapat dalam diri individu yang
berkembang, untuk hidup sehat dan menyesuaikan diri.Menekankan pada unsur atau aspek
emosional dan tidak pada aspek intelektual. Menekankan pada situasi yang langsung dihadapi
individu, dan tidak pada masa lampau.

Menekankan pada hubungan terapeutik sebagai pengalaman dalam perkembangan


individu yang bersangkutan.
NABILA BINTI MUSTAFFA KAMAL (D20152071883)

NUR ALLIFAH BINTI NOR AZMI (D20152071878)

NURUL IKA AKHMA BINTI OSMAN (D20152071886

EXISTENTIAL THERAPY

Berdasarkan teori ini, ia menerangkan hidup kerana ada persekitaran dimana ada
kehidupan seperti orang dan hutan. Setiap manusia sebagai individu yang unik, berusaha
untuk mendapatkan makna kehidupannya serta fokus terhadap cubaan memahami. Konsep
utama dalam teori ini menerangkan setiap individu mempunyai keunikan yang berbeza
(Uniqueness of the individual), menggunakan kaedah logotherapy (The search of meaning),
The role of anxiety terbahagi kepada 2 iaitu existential(normal) dan neurotic (unhealthy),
kebebasan dan bertanggungjawab untuk masa depan (Freedorm & Responsibility), dan
memberi makna terhadap kehidupan serta bebas memilih terhadap kewujudan (Being & non-
being). Terapi kewujudan menekankan tentang andaian bahawa manusia adalah bebas tetapi
mempunyai tanggungjawab terhadap pilihan dan tindakan sendiri. Kandungan asas bagi teori
ini juga menganggap bahawa manusia bukanlah mangsa kepada keadaan melainkan individu
merupakan apa yang individu tersebut pilih. Melalui pembelajaran terapi ini, saya dapat
melihat bahawa matlamat terapi ini adalah untuk mengalakkan klien untuk melakukan
refleksi diri dalam kehidupan dan sedar bahawa mereka (klien) mempunyai pilihan alternatif
yang boleh dipilih. Proses inilah yang menjadikan klien sedar akan tanggungjawab mereka
untuk memilih dan mula membentuk kehidupan mereka sendiri.

Oleh itu, melalui pembelajaran hari ini, saya mendapati bahawa teori ini
sememangnya memberikan peluang kepada saya untuk melakukan refleksi diri sendiri dan
pilihan-pilihan yang telah saya lakukan. Saya sangat tertarik dengan matlamat terapi ini
dimana menekankan tentang penerimaan atas apa yang sudah berlaku sebagai pengajaran dan
melihat bahawa hidup ini penuh dengan pilihan. Sekiranya saya menggunakan konsep
matlamat ini dalam hubungan teraputik dengan klien maka saya dapat menjangka bahawa
klien akan merasa celik akal tenntang tanggungjawab atas pilihan yang dipilih sama ada
pilihan tersebut dikesali atau tidak. Hal ini akan dapat membantu dalam proses mengatasi
kebingungan dan kebimbangan klien..

Anda mungkin juga menyukai