Anda di halaman 1dari 8

Di sebuah hutan, ada seekor

rusa yang bongkak. Rusa itu


selalu pergi ke tepi kolam
untuk melihat bayangnya.
Rusa itu berasa bangga
melihat tanduknya yang
cantik.
”Oh, cantiknya
tandukku!” kata rusa itu
kepada dirinya. Namun
demikian, rusa itu tidak
suka pada kakinya yang
kurus. ”Hai, lihatlah
betapa kurusnya
kakiku. Aku mahu
kakiku cantik juga. Aku
mahu kelihatan cantik
dari kepala hingga
hujung kaki,” rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat
bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar
seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang
anjing pemburu sedang menuju ke tempat
itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat
hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam
hutan, tiba-tiba tanduknya
tersangkut pada dahan-dahan
sebatang pokok yang
rendah. Rusa itu meronta-ronta
untuk melepaskan tanduknya
daripada dahan-dahan itu. Rusa
itu bertambah cemas apabila
kedengaran salakan anjing
semakin dekat. Akhirnya,
kakinya yang kurus tetapi kuat
itu dapat menolongnya
melepaskan diri. Namun,
tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu
semakin hampir. Rusa
itu dapat melarikan diri
kerana ia boleh berlari
laju. Rusa itu kini
menyedari kegunaan
kakinya yang telah
membantu
menyelamatkan dirinya
daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu
tidak lagi memandang
kakinya sebagai sesuatu
yang buruk atau tidak
berguna. Rusa itu juga
tidak bongkak seperti
dahulu kerana
tanduknya tidak lagi
kelihatan begitu
cantik. Sedarlah rusa itu
bahawa kecantikan
tidak semestinya
membawa kebaikan.
Pengajaran
Kita hendaklah mengelakkan diri
daripada perasaan bongkak dan
hanya melihat kepada kecantikan diri
sendiri kerana setiap orang mempunyai
kekuatan dan kekurangan diri sendiri.
Oleh itu, hargailah setiap anggota
badan yang melengkapi diri kita.

Anda mungkin juga menyukai