Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha Tuan Guru Besar En Azman Bin Abdul Manaf, Yang dihormati Guru Penolong

Kanan Satu En Mohd Fariruddin Bin Othman, Guru Penolong Kanan HEM Ustaz Mustaqim Bin

Abd Akiz, Guru Penolong Kanan Kokurikulum En. Fadhlil Wafi Bin Ishak, Guru-guru dan murid-

murid Sekolah Kebangsaan Pos Musoh Lz yang dikasihi dan dirahmati Allah swt sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi

Bagi meneruskan majlis perhimpunan pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan guru-guru

dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pos Musoh berdiri untuk sama-sama kita nyanyikan 3

buah lagu iaitu:

a) Lagu Negaraku

b) Lagu Negeri Perak

c) Dan Lagu Sekolah

Dengan segala hormatnya, hadirin diminta berdiri.

Kita teruskan majlis dengan mempersilakan pengawas bertugas

saudara................................................... untuk mengetuai pembacaan ikrar. Dengan segala

hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas bertugas atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah InayahNya maka dapat kita

berkumpul dan berhimpun pada pagi ini. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Untuk tidak

membuang masa majlis dengan segala hormatnya mempersilakan guru bertugas minggu lepas

En Hasnol Bin Abd Aziz untuk menyampaikan laporan bertugas mingguan. Dengan segala

hormatnya, majlis mempersilakan.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada guru bertugas minggu lepas En Hasnol Bin Abd Aziz

atas ucapan beliau yang mengandungi nasihat dan teguran berguna buat kita semua. Apa yang

disampaikan sebentar tadi diharap dapat dipatuhi, dituruti dan dijadikan iktibar buat kita.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan guru bertugas minggu ini En Mohd

Suhaimi Bin Omar untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Suhaimi

Seterusnya, saya mempersilakan Tuan Guru Besar En. Azman Bin Abd Manaf untuk

menyampaikan ucapan.

Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh

Tuan Guru Besar itu tadi. Semoga apa yang disampaikan beliau tadi menjadi panduan dan

pegangan kita semua untuk kecemerlangan dunia akhirat.

Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

Tuan Guru Besar, Barisan Penolong Kanan dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini.

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai