Anda di halaman 1dari 20

POLA DAN JUJUKAN PANDUAN

NOMBOR PENGAJARAN

Objektif
Menyambung angka, algebra dan corak geometri atau jujukan menggunakan
nombor, perkataan, simbol atau rajah.

Tempoh Pembelajaran
80 minit

Istilah Baharu
Generalisasi, Nombor Fibonacci, Nisbah Keemasan, Sudut Keemasan.

Penekanan
Proses Matematik, model 5E (Engage (Penglibatan), Explore (Penerokaan), Explain
(Penerangan), Extend (Pengayaan), Evaluate (Penilaian)), inkuiri, aplikasi kehidupan
sebenar, kemahiran berfikir aras tinggi.

Pengajaran tentang Pola dan Jujukan Nombor


Pemahaman tentang pola adalah suatu proses yang berlaku secara beransur-ansur,
bergerak dari pembelajaran melalui pengalaman dan bahan konkrit kepada
pembelajaran teori dan inferens. Pembelajaran tentang pola adalah amat penting
kerana ianya adalah asas kepada pengetahuan matematik lain seperti Algebra,
Statistik, Geometri dan sebagainya.

Pengetahuan dan Kemahiran Pola dan Jujukan Nombor di


Peringkat Sekolah Rendah
Di peringkat sekolah rendah, murid telah belajar untuk mengenal pasti pola dengan
menggunakan bahan-bahan konkrit, gambar serta set nombor. Mereka mengkaji
pelbagai jenis pola termasuk pola yang berulang, meningkat dan menurun serta
mempelajari cara untuk meneruskan pola tersebut. Melalui pemerhatian yang
berbeza terhadap perwakilan pola, murid dapat mengenal pasti beberapa ciri pola.

Pengetahuan dan Kemahiran Pola dan Jujukan Nombor di


Peringkat Sekolah Menengah
Pada peringkat sekolah menengah, murid seharusnya melanjutkan pemahaman
mereka mengenai pola dengan menjana pola yang melibatkan penambahan,
penolakan, pendaraban, pembahagian atau menggunakan nombor satu atau dua
digit, atau yang melibatkan pemikiran dan inferens. Pengalaman pembelajaran
tentang pola tidak seharusnya terhad di dalam kelas, tetapi penyiasatan pola dalam

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 2


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN
persekitaran sebenar perlu diberi penekanan. Seperti di peringkat sekolah rendah,
pembelajaran pola perlu melibatkan bahan konkrit, gambar rajah dan set nombor.
Murid perlu mampu untuk berkomunikasi dan membuat justifikasi tentang suatu
pola tertentu. Aktiviti seperti ini dapat membantu murid untuk memahami pola
dengan lebih mendalam dan seterusnya menghubungkaitkan pengalaman yang
diperoleh dengan konsep matematik yang lebih abstrak di peringkat yang lebih
tinggi.

Pembelajaran tentang pola yang pada asasnya dimulakan dengan nombor perlu
menjadi jambatan yang menghubungkan pengetahuan murid kepada domain
Algebra. Murid perlu diajar untuk menerbitkan generalisasi berdasarkan pola-pola
tertentu. Pengalaman pembelajaran sebegini juga membolehkan murid
menghubungkaitkan dan membuat perkaitan antara pola dan tajuk fungsi dengan
lebih bermakna.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 3


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Slaid 3

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Mulakan pengajaran dengan bertanya kepada murid apakah ciri Matematik yang
boleh diperhatikan dalam ketiga-tiga gambar ini?

Murid seharusnya dapat menyatakan bahawa terdapat corak yang teratur dan
berulang dalam ketiga-tiga gambar tersebut.

Galakkan murid untuk melakar pola atau corak yang mereka perhatikan dalam setiap
gambar.

Murid perlu diberi peluang untuk menyatakan kepentingan pola dalam kehidupan
seharian.

Slaid 4

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Teruskan pengajaran dengan membuat perkaitan dengan alam semula jadi dan
keagungan Tuhan.

Antara jawapan yang mungkin diberi oleh murid ialah binatang seperti kuda belang,
harimau bintang, siput dan lain-lain.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 4


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Slaid 5

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Teruskan pengajaran dengan memberi contoh seharian yang lain seperti ombak
lautan.

Minta murid memberi alasan adakah ombak lautan mempunyai pola tertentu dan
perkaitan antara ombak lautan dengan bulan mengambang.

Perbincangan boleh dilakukan secara koperatif (berpasangan atau berkumpulan).

Nota:
Ombak lautan mempunyai pola tertentu yang terhasil daripada pergerakan udara.

Nota:
Apabila bulan mengambang, tarikan graviti bulan menyebabkan air pasang sangat
tinggi dan air surut sangat rendah. Kuasa graviti bulan menyumbang kepada air
pasang.

Slaid 6

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Perbincangan boleh dilakukan secara koperatif (berpasangan atau berkumpulan).

Galakkan murid membuat penyelidikan tentang perkara ini melalui internet, buku
atau temu bual.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 5


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Nota:
Jika para penyelam hendak menyelam di lautan, maka amat penting untuk mereka
mengamati pola ombak. Ombak yang besar amat berbahaya dan mengurangkan
jarak penglihatan.

Slaid 7

1.38

Domain Kognitif: Menganalisa/Menjustifikasi/Menaakul


Murid perlu digalakkan membuat perkaitan antara bentuk lebah dan bentuk poligon
yang paling sesuai untuk digunakan sebagai bentuk sarang seperti bulatan, oktagon
dan pentagon.

Murid boleh diperkenalkan kepada konsep teselasi. Teselasi ialah corak yang terhasil
apabila beberapa jenis bentuk digunakan tanpa bertindih dan secara berulangan
untuk menutup keseluruhan satah.

Minta murid berfikir mengapakah bentuk bulatan, oktagon dan pentagon tidak
begitu sesuai untuk dijadikan bentuk sarang lebah?

Kemukakan soalan yang menuntut murid berfikir seperti “Mengapakah lebah tidak
membina sarang yang berbentuk bujur walaupun bentuk badannya adalah bujur?”.

Nota:
Terdapat ruang-ruang antara susunan ketiga-tiga bentuk ini. Justeru, bentuk-bentuk
ini tidak sesuai untuk dijadikan sarang lebah kerana lebah perlu menggunakan lebih
banyak propolis bagi mencantumkan bentuk-bentuk tersebut.

Slaid 8

1.38

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 6


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Domain Kognitif: Menganalisa/Menjustifikasi/Menaakul


Slaid ini bertujuan untuk merangsang pemikiran murid dan mencetuskan minat
untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang akan dipelajari seterusnya.

Slaid 9

Domain Kognitif: Menganalisa/Membuat Generalisasi/Menaakul


Bimbing murid untuk mencari perkaitan antara nombor dalam jujukan tersebut dan
menyambung jujukan nombor tersebut.

Jawapan:
 Nombor yang seterusnya ialah 8.
 Jujukan nombor sehingga sebutan ke-12: 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144.

Bimbing murid untuk meneroka dan membuat generalisasi bahawa nombor dalam
jujukan tersebut ialah hasil tambah dua nombor sebelumnya.

Tegaskan bahawa jujukan nombor tersebut boleh dimulakan dengan 0 dan boleh
ditulis sebagai 0, 1, 1, 2, 3, 5, …

Slaid 10

Domain Kognitif: Menganalisis/Menaakul


Perkenalkan Jujukan Fibonacci kepada murid dan galakkan murid untuk membuat
konjektur/andaian tentang perkaitan antara Nombor Fibonacci dan kehidupan alam
sekitar.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 7


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Slaid 11

Domain Kognitif: Pengetahuan


Galakkan murid untuk mengkaji tentang Leonardo Fibonacci melalui internet atau
bahan bacaan.

Tugasan secara berkumpulan boleh dilaksanakan dan galakkan murid untuk


berkongsi dapatan mereka dengan rakan yang lain.

Sila rujuk Info Ekstra bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Leonardo
Fibonacci.

Slaid 12

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Minta murid meneliti satu per satu bunga tersebut bagi mencari perkaitan antara
bilangan kelopak bunga dengan Nombor Fibonacci.

Murid perlu membuat perkaitan dan menjelaskan bahawa bilangan kelopak bunga
tersebut ialah Nombor Fibonacci.

Galakkan percambahan pemikiran murid dengan mengemukakan soalan seperti


“Adakah anda rasa semua tumbuhan mempunyai kaitan dengan Nombor Fibonacci?”

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 8


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Slaid 13

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Minta murid menerangkan apa yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup.

Murid perlu dapat membuat perkaitan dan menjelaskan bahawa tumbuhan


memerlukan cahaya dan air untuk hidup. Justeru, susunan kelopak berdasarkan
Nombor Fibonacci membantu tumbuhan tersebut menyerap cahaya matahari yang
maksimum dan mendapatkan air yang mencukupi.

Slaid 14

Domain Kognitif: Menganalisa/Menjustifikasi/Menaakul


Minta murid meneliti corak lingkaran pada bunga kubis ini.

Edarkan gambar bunga kubis yang dicetak. Bimbing murid untuk mengira bilangan
lingkaran tersebut.

Minta murid membuat perkaitan antara bilangan lingkaran tersebut dengan Nombor
Fibonacci.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 9


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Slaid 15

Domain Kognitif: Menganalisa/Menjustifikasi/Menaakul


Minta murid meneliti corak lingkaran pada bunga matahari ini.

Edarkan gambar bunga matahari yang dicetak. Bimbing murid untuk mengira
bilangan lingkaran tersebut.

Minta murid membuat perkaitan antara bilangan lingkaran tersebut dengan Nombor
Fibonacci.

Slaid 16

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Paparkan video.

Minta murid memerhati ruas-ruas jari mereka dan membuat konjektur/andaian


tentang perkaitan antara ruas-ruas jari tersebut dengan Nombor Fibonacci.

Paparkan imbasan jari manusia. Kemukakan soalan sama ada konjektur/andaian


yang dibuat oleh murid adalah betul atau salah.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 10


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Slaid 17

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Murid perlu dapat menyatakan bahawa terdapat hidupan alam sekeliling yang
mengikut pola Nombor Fibonacci.

Kemukakan soalan “Adakah semua hidupan mempunyai kaitan dengan Nombor


Fibonacci?”.

Kaitkan dengan keagungan ciptaan Tuhan.

Laman web berkaitan nombor Fibonacci:


http://math.temple.edu/nreich/Fib/fibo.html
www.mathisfun.com/numbers/fibonacci.sequence.html

Slaid 18 - 19

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Bimbing murid untuk menyelesaikan masalah ini.

Minta murid membuat kesimpulan daripada hasil penyiasatan mereka.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 11


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Slaid 20 - 21

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Beri masa untuk murid mengira nisbah antara dua Nombor Fibonacci tersebut. Galakkan
kerja secara berkumpulan.

Minta murid menyatakan nombor yang diperoleh daripada hasil pengiraan mereka.

Slaid 22

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Bimbing murid membuat perkaitan antara Nisbah Keemasan dengan segi empat
tepat ini.

Murid perlu tahu bahawa Nisbah Keemasan ialah nisbah antara panjang dan lebar
segi empat tepat tersebut.

Slaid 23

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 12


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Beri tugasan kepada murid bagi membolehkan mereka membuat penyiasatan lebih
lanjut tentang Nisbah Keemasan.

Galakkan kerja secara berkumpulan.

Galakkan murid membuat pembentangan tentang penyiasatan mereka.

Sila rujuk Info Ekstra bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Nisbah Keemasan.

Slaid 24

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Beri tugasan kepada murid bagi membolehkan mereka membuat penyiasatan lebih
lanjut tentang Sudut Keemasan.

Galakkan kerja secara berkumpulan.

Bimbing murid membuat pembentangan tentang penyiasatan mereka.

Sila rujuk Info Ekstra bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Sudut Keemasan.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 13


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 14


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Info Ekstra

Leonardo Fibonacci
Leonardo da Pisa atau Leonardo Pisano (1170 - 1250),
dikenali juga sebagai Leonardo Fibonacci ialah seorang ahli
Matematik Itali yang menemui Jujukan Fibonacci.
Menyedari sistem bilangan Arab lebih sederhana dan efisien
berbanding sistem bilangan Romawi, Fibonacci telah
merantau ke daerah Mediterranean untuk menimba ilmu
dengan ahli Matematik Arab yang terkenal pada masa itu,
iaitu Al-Khawarizmi. Pada 1202, di usia 32 tahun, beliau
menulis tentang apa yang telah beliau pelajari dalam buku Liber Abaci atau Buku
Perhitungan. Buku ini menunjukkan keberkesanan sistem bilangan Arab bagi kegunaan
dalam pelbagai bidang seperti perniagaan dan lain-lain.

Nisbah dan Sudut Keemasan


Nombor Fibonacci 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144 … adalah suatu jujukan nombor
dengan setiap elemen ialah jumlah dua nombor sebelumnya.

Untuk mendapatkan Nisbah Keemasan, kita perlu mencari nisbah sebarang dua nombor
berturutan dalam Jujukan Fibonacci.

1 2 3 5 8 13 21 34
 1 ,  1 ,  1.5 ,  1.667 ,  1.6 ,  1.625 ,  1.61538 ,  1.61905
1 1 2 3 5 8 13 21

Apabila pengiraan nisbah tersebut diteruskan, suatu nilai yang menghampiri 1.618033989…
akan diperoleh. Nisbah ini dipanggil sebagai Nisbah Keemasan atau Phi (φ). Nisbah ini juga
dikenali sebagai Divine Ratio, Golden Mean, Golden Number dan Golden Section.

Nilai sebenar Nisbah Keemasan ialah 1.61803398874989484820... dan nisbah ini akan
berterusan tanpa menunjukkan sebarang pola.

Segi Empat Keemasan


Para arkitek sejak zaman dahulu mereka bentuk bangunan berdasarkan
Nisbah Keemasan seperti bangunan Parthenon di Greece. Pelukis juga
sering menggunakan Nisbah Keemasan ini dalam karya seni mereka
seperti potret terkenal Monalisa yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci. Ini
kerana mereka percaya bahawa bentuk segi empat tepat dengan nisbah
panjang kepada lebarnya 1.61803 adalah suatu bentuk yang indah
dipandang mata.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 15


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Cuba lihat di sekeliling anda. Bolehkah anda temui objek yang dibuat
berdasarkan bentuk segi empat bernisbah keemasan ini? Perhatikan
bentuk telefon bimbit, bingkai gambar, televisyen, peti sejuk dan lain-lain.
Jika anda ukur benda di sekeliling anda, anda mungkin akan merasa kagum
sekiranya anda temui bahawa objek-objek tersebut dibuat berdasarkan
Segi Empat Keemasan.

Segi Empat Keemasan boleh dilukis dengan menggunakan kaedah seperti berikut.

1. Lukis satu segi empat sama bersaiz “1”.

2. Tandakan titik di tengah-tengah salah satu sisi.

3. Lukis satu garis dari titik tersebut ke penjuru yang


 5
bertentangan dengannya  panjangnya ialah .
 2 

4. Putarkan garis tersebut sehingga sebaris dengan sisi segi empat sama yang ditanda di
(2). Sambungkan segi empat sama tersebut untuk mendapatkan Segi Empat Keemasan.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 16


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Berdasarkan Segi Empat Keemasan, kita dapat mencari rumus bagi Nisbah Keemasan. Jika
lebar bagi Segi Empat Keemasan ialah 1, maka panjang segi empat tersebut ialah

1 5
 
2 2
1 5

2
1  2.236068

2
 1.618034

Oleh itu, Nisbah Keemasan, φ = 1.618034.

Nisbah Keemasan atau Phi (φ) ialah nombor tak rasional yang mempunyai ciri-ciri unik
seperti berikut.

1. Apabila salingan Phi (φ) ditambah dengan 1, akan menghasilkan Phi (φ).

1 1
Phi   = + 1 atau  = + 1
Phi 

2. Apabila Phi (φ) dikuasaduakan, nilai yang diperoleh sama dengan nilai Phi (φ) ditambah
dengan 1.

Phi2 = Phi + 1 atau  2 =  + 1

3. Jika persamaan (2) ditukar kepada bentuk φ2 – φ – 1 = 0, yang mempunyai bentuk yang
sama dengan ax2+ bx + c = 0, persamaan itu boleh diselesaikan dengan menggunakan
formula kuadratik berikut.

b ± b2  4ac
x=
2a
1 ± 5
=
2
=  1618033989 atau 0.618033988

Kedua-dua penyelesaian Phi (−1.618033989) dan Phi (0.618033988) ialah salingan bagi
Phi.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 17


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Ciri Nisbah Keemasan


Sudut 137.5° ini dikenali sebagai Sudut Keemasan. Sudut Keemasan diperoleh dengan mengira
sudut yang terbentuk di antara dua nombor yang berselang-seli dalam Jujukan Fibonacci:

1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, …

Rahsia Nisbah dan Sudut Keemasan


Nisbah dan Sudut Keemasan ialah nombor yang sangat unik. Kedua-duanya ditemui bukan
sahaja pada tumbuhan, haiwan, manusia, seni bina dan muzik, tetapi ia juga terdapat pada
sistem solar. Kewujudannya yang meluas dan menakjubkan membuktikan keagungan
Tuhan. Walaupun Nisbah dan Sudut Keemasan tidak mengambil kira setiap struktur atau
pola dalam alam semesta, ianya sudah tentu memainkan peranan utama.

Berikut adalah beberapa contoh Nisbah dan Sudut Keemasan.

Bunga
Putaran lingkaran 137.5°, iaitu Sudut Keemasan membentuk lingkaran
rapat yang dapat memaksimumkan ruang seperti yang terdapat pada
bunga matahari. Bagi sesetengah tumbuhan, putaran 137.5° ini juga
adalah bagi memastikan daun baru tidak menghalang daun lama
daripada mendapat sumber tenaga seperti cahaya matahari atau air.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 18


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Wajah manusia
Wajah manusia dicipta mengikut Nisbah
Keemasan. Jarak antara bahagian atas dahi
dan hidung mengikut Nisbah Keemasan, begitu
juga jarak antara mata dan bahagian bawah
dagu.

Telinga manusia
Telinga manusia juga mempamerkan ciri-ciri
Nisbah Keemasan. Ini bagi memastikan
gelombang bunyi dapat dikumpul dan dihantar
ke bahagian dalam telinga.

Haiwan
Bahagian badan haiwan juga mempunyai
perkaitan dengan Nisbah Keemasan.

Cangkerang siput
Cangkerang siput mempunyai ciri Nisbah
Keemasan. Bentuk ini membolehkan proses
lingkaran berulang kali hingga ke infiniti.

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 19


POLA DAN JUJUKAN PANDUAN
NOMBOR PENGAJARAN

Galaksi
Galaksi juga mempamerkan ciri-ciri Nisbah
Keemasan.

Taufan
Perhatikan gambar satelit bagi taufan di
Amerika Syarikat, iaitu Taufan Isabel yang
berlaku pada September 2003 dan Taufan
Sandy yang berlaku pada Oktober 2012.
Kedua-dua taufan ini juga mempamerkan ciri-
ciri Nisbah Keemasan .

POLA DAN JUJUKAN NOMBOR 20

Anda mungkin juga menyukai