Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAAT

‘GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG’


(13 Mei 2011M / 09 Jamadilakhir 1432H)

: ‫ل المحقاَئللل‬
‫المحمدد ل‬
‫حم‬
             
      
‫ حال لده شلم‬،‫ حوأحمش شحهدد أحلن دمححلم شددا حعمب شددهد حوحردس شمولدهد‬،‫ك لحشهد‬ ‫أحمش شحهدد أحمن ل إلحلش شهح إللل الدش حومح شحدهد لح حش شلريم ح‬
َ.‫صمحبلله أحمجحملعميحن‬ ‫ل‬ ‫د‬ ‫ل‬
‫صلل حوحس لمم حعحلىَ حسيلدحناَ دمححلمد حوحعلحىَ آلشله حو ح‬ ‫ح‬
َ.‫ي لبتِحشمقحوىَ الل فحشحقمد حفاَحز المدمتِلشدقموحن‬ َ‫شا‬
‫ل‬ ‫لي‬
‫إ‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ك‬
‫د‬ ‫ي‬
‫م‬ ‫ص‬‫ لاتلشدقوا الح أدو ل‬،‫ فحشياَ لعباَحد الل‬،‫أحلماَ بشمعدد‬
‫مح ح‬ ‫م‬ ‫م‬ ‫ح ح‬ ‫ح‬
Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,
Marilah sama-sama kita memperkuatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan meningkatkan lagi amal soleh dan sentiasa
berusaha menjauhi larangan-Nya. Semoga kehidupan kita akan lebih cemerlang
dan diberkati Allah di dunia dan di akhirat. Pada hari ini mimbar akan
membicarakan tajuk ‘Guru Penjana Modal Insan Gemilang’.

Muslimin Sidang Jumaat Yang Di Muliakan,


Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari
sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum
kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan
tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru
yang membimbing dan mendidik kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan
di akhirat. Sememangnya, guru adalah insan mulia kerana mereka telah
diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mendidik masyarakat. Berkaitan
dengan hal ini, Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu telah meriwayatkan sebuah hadis
yang berbunyi :

1
‫سش شحماَلء ديهمتِحش شحدىَ لبهحش شاَ فلش شيِ دظدلمحش شاَتل مالبحش شلر‬
‫ض حكحمثحش شلل النّجدش شومل لفششيِ ال ل‬
‫اَء لفششيِ املحمر ل‬
‫إللن حمثحش شحل مالدعحلمحش ش ل‬
َ. ‫ضلل مالهدحدداة‬
‫ك حأمن حت ل‬
‫وم حأموحش ح‬
‫ج د‬‫ت النّ د‬
‫ حفلإحذا انمحطحمسح ل‬،‫حرل‬
‫حومالحب م‬
Maksudnya : Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu
pengetahuan di muka bumi adalah seperti bintang-bintang di langit yang menjadi
petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di
lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang juga arah tujuan”.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sirah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam juga memaparkan kepada kita


bahawa di samping menjadi guru, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam juga
adalah merupakan pelajar yang sentiasa menerima didikan dan asuhan dari Allah
subhanahu wata’ala. Lantaran itu, guru adalah sebagai pendidik dan pada masa
yang sama, guru juga merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan
ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa. Budaya menuntut ilmu
sepanjang hayat seharusnya dihayati oleh setiap guru dan segenap lapisan
masyarakat.

Sidang Jumaat Yang Di Hormati Sekelian,


Tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga
mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah mantap, dinamik
dan berkualiti di dunia dan di akhirat. Maka, dalam merealisasikan harapan yang
tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era
pendidikan masa kini. Contohnya, masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar,
harapan yang menggunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian
ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik sepenuhnya kepada guru dan
sebagainya adalah antara cabaran semasa yang dihadapi oleh para guru.
Namun, biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi
mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar
dan tabah.

2
Sidang Jumaat Yang Di Muliakan,
Aspirasi negara dalam bidang pendidikan adalah untuk membina masyarakat
yang sejahtera, harmoni serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah
subhanahu wata’ala. Maka bagi mencapai hasrat tersebut, tuntutan kepada ilmu
pengetahuan yang berbentuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah amat
diperlukan. Ianya hendaklah disepadukan agar kemajuan yang hendak dicapai itu
dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amalan
memisahkan antara pendidikan yang bercorak Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
akan melahirkan sebuah masyarakat yang tempang sekaligus menggagalkan
usaha membentuk modal Insan gemilang. Firman Allah subhanahu wata’ala
dalam surah Ali-Imran ayat 18 yang berbunyi :

         


         

Maksudnya : " Allah menerangkan ( kepada sekelian makhluknya dengan dalil


dan bukti ) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang
sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta
orang-orang yang berilmu ( mengakui dan menegaskan juga yang demikian )
tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana ".

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,


Sebagai anggota masyarakat kita seharusnya rasa terpanggil untuk bersama
dengan warga guru bagi menjayakan harapan negara ke arah melahirkan
generasi modal insan kelas pertama yang berjiwa " ULUL ALBAB". Tugas
mendidik dan menangani gejala sosial sewajarnya dilakukan secara bersama
antara ibu bapa, masyarakat dan guru seperti kata pepatah " BERAT SAMA
DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING ". Sebagaimana firman Allah subhanahu
wata’ala di dalam Surah al-Maidah, ayat 2 yang berbunyi :

3
         …
         

Maksudnya : … dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat


kebajikan ( kebaikan ) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada
Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksaNya ( bagi sesiapa yang
melanggar perintahnya).

Ibu bapa dan masyarakat hendaklah seiring dan bersama-sama dalam


mencorakkan keluarga, masyarakat dan persekitaran seumpama sebuah sekolah.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran di rumah
dan persekitaran dengan memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan
seharian anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah peka terhadap perkara-perkara
yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak seperti gejala merokok,
minum arak, menghidu gam, suka membuang masa, sukakan hiburan yang
melampau, penyalahgunaan dadah, amalan pergaulan bebas dan sebagainya.
Kita semua sedia maklum bahawa akhlak mulia merupakan teras kepada
pembinaan modal insan kelas pertama. Ingatlah pesan Saiyidina Ali radhiallahu
‘anhu :

‫إللن المحجحماَحل حجحماَدل الملعمللم حواملححد ل‬


‫ب‬ # ‫لحميس المحجحماَدل أحمن تدشحزيلحن بلأحثَمشحوا لد‬
‫ب‬ ‫ح‬
‫إللن الميحتِلميم يحتِلميم الملعمللم حواملححد ل‬
‫ب‬ ‫ح د‬ # ‫ت حواللددهد‬
‫س الميحتِلميدم من قحمد حماَ ح‬
‫لحمي ح‬

Maksudnya : Bukan kecantikan itu menghiasi diri dan pakaian = sesungguhnya


kecantikan itu menghiasi diri dengan ilmu dan adab. Bukanlah yatim itu
seseorang yang kematian bapanya = sesungguhnya yatim yang sebenar apabila
ketiadaan ilmu dan adab.
Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

4
Hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting agar usaha
mengasuh dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna.
Persatuan ibu bapa dan guru seharusnya memainkan peranan penting demi
membina kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu
menjalin hubungan yang erat dan berterusan dengan pihak sekolah agar setiap
permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat diselesaikan secara
muhibah dan bijaksana.

Pandangan negatif yang tidak berasas terhadap para guru perlu dikikis,
bahkan jasa dan sumbangan mereka dalam mendidik anak-anak kita hendaklah
dihargai dengan sewajarnya. dan pada masa yang sama guru juga hendaklah
sama-sama menilai diri agar tidak menjadi seperti pepatah Melayu “SEKADAR
MELEPASKAN BATUK DITANGGA” dan “KERANA NILA SETITIK, ROSAK
SUSU SEBELANGA”. Ibu bapa juga sepatutnya bersungguh-sungguh dan sedia
berkorban harta benda, tenaga dan buah fikiran bagi anak-anak mencapai
kecemerlangan.

Sekiranya kita berjaya mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang


berilmu, maka sudah tentu kita dapat melihat dan melahirkan wajah pemimpin
negara pada masa akan datang. Sebagaimana seorang pemikir dan penyair
terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah :

‫"إلنلحماَ الدحمدم الحمخلحدق حماَ بحلقيح م‬


‫فحلإلن دهدمو حذحهبح م‬# ‫ت‬
"‫ت أحمخلحقدشدهمم حذحهبدشموا‬
Maksudnya : " Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana
akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang "

‫ل لمحن ال ل‬
‫شميحطاَلن اللرلجميلم‬ ‫أحعدوذد لباَ ل‬
‫م‬
        
          

5
‫‪         ‬‬
‫‪  ‬‬

‫‪Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi‬‬
‫‪lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-‬‬
‫‪bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila‬‬
‫‪diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang‬‬
‫‪yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama‬‬
‫‪(dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam‬‬
‫‪pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.‬‬

‫ت حواللذمكلر المححلكميلم‬ ‫باَرحك ال لليِ ولحدكم لفىَ المدقرءالن المعلظميلم ونحشحفعلنيِ وإللياَدكم بلماَ فلميله لمن الياَ ل‬
‫ح ح‬ ‫ح ح ح ح م ح‬ ‫م‬ ‫حح د م ح م‬
‫سشلميدع المحعللميشدم‪ َ.‬أحقدشمودل قح شموللميِ حهشحذا حوأحمسششتِحشغملفدر الحش المحعلظميشحم‬
‫حوتحشحقبلحل لملنيِ حولممندكمم لتلحوتحهد إلنلهد دهشحو ال ل‬
‫ت الحمحيحششاَلء لم منشدهشمم حوالحممشحوات‬ ‫ت والمممؤلمنلمين والمممؤلمنحششاَ ل‬ ‫ل ل‬
‫ساَئلر المدممسلمميحن حوالمدممسلحماَ ح د ح ح د‬
‫لل‬ ‫لليِ ولحدكم ولل ل‬
‫م ح مح ح‬
‫حفاَمستِحشغملفدرموهد إلنلهد دهحو المغحدفمودر اللرلحميدم‪َ.‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫ك لحشهد‪ ،‬حوأحمششحهدد‬ ‫احلمححممدد لللله‪ َ.‬احلمححممدد لللله ححممددا حكلثيدرا حكحمششاَ أححمشحر‪ َ.‬أحمششحهدد أحمن لح إللحشهح إللل الدش حومحشحدهد لح حششلري ح‬
‫صش شححاَبلله‬ ‫ل‬ ‫د‬ ‫ل‬
‫صش شلل حوحسش ش لمم حوبحششاَلرمك حعلح ششىَ حسش شيلدحناَ دمححلمش شد حوحعلح ششىَ آلش شله حوأح م‬
‫أحلن دمححلمش شددا حعمبش شددهد حوحردس ششولدده‪ َ.‬حال لدهش شلم ح‬
‫أحمجحملعيحن‪َ.‬‬

‫‪6‬‬
:َ‫َ حقاَحل ال تحشحعاَحلى‬.‫ التلشدقوا الح ححلق تدشحقاَتلله لححع لدكمم تدشمفللدحوحن‬،‫ل‬
‫ فحشياَ لعباَحد ا ل‬،‫أحلماَ بشمعدد‬
‫ح ح‬ ‫ح‬
}         
}    
‫ حوحباَلرمك‬،‫ت حعحلىَ لإبمشحرالهميحم حوحعحلىَ آلل لإبمشحرالهميحم‬ ‫ص لمي ح‬ ‫د‬ ‫د‬
‫ حكحماَ ح‬،‫صلل حعحلىَ دمححلمد حوحعحلىَ آلل دمححلمد‬ ‫حال لدهلم ح‬
‫ك‬ ‫ فلميِ المحعاَلحلمميحن إلنل ح‬،‫ت حعحلىَ لإبمشحرالهميحم حوحعحلىَ آلل لإبمشحرالهميحم‬ ‫ حكحماَ حباَحرمك ح‬،‫حعحلىَ دمححلمدد حوحعحلىَ آلل دمححلمدد‬
َ.‫ححلمميدد حملجميدد‬
‫ حوحعلن‬،ِ‫ حساَحداتلحناَ أحبلميِ بحمكدر حوعدحمحر حوعدثمحماَحن حوحعلليي‬،‫ضىَ ال لدهلم حعلن المدخلححفاَلء اللرالشلديمحن المحممهلديلشميحن‬ ‫حوامر ح‬
َ.‫صححاَبحلة حواللتِاَبللعميحن لحدهمم بلشلإمححساَدن إلحلىَ يحشمولم اللديملن‬‫ال ل‬
‫ك حسلمميدع‬ ‫ت املحمحيآَلء لم منشدهم والحمموا ل‬ ‫ت والمممؤلملنين والمممؤلمحناَ ل‬ ‫ل ل‬ ‫ل ل لل‬
‫َ إلنل ح‬.‫ت‬ ‫مح ح‬ ‫ح‬ ‫حال لدهلم امغفمر لملدممسلميحن حوالمدممسلحماَ ح د ح ح د‬
‫ضيِ المحاَجاَ ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫قحلريم ل‬
َ.‫ت‬ ‫ب اللدحعحوات حوحياَ حقاَ ح ح ح‬ ‫ب دمجمي د‬ ‫د‬

Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,


mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan ibu bapa dan
guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan
kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada


kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami khasnya
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga
pemimpin-pemimpin Islam negeri kami khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-
Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami


rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah
memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,
sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru, kami pohon ke
hadratMu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah

7
‫‪perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang‬‬
‫‪bermanfaat, suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia,‬‬
‫‪kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada‬‬
‫‪ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan,‬‬
‫‪kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah,‬‬
‫‪semoga negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.‬‬

‫ب المحعاَلحلمميحن‪َ.‬‬ ‫ب اللناَلر‪ َ.‬آلمين‪ ،‬آلمين حياَ حر ل‬ ‫ل‬ ‫ل ل ل‬ ‫ل ل‬


‫حربلشحنآَ آتنحاَ فيِ الّدنمشحياَ حححسنحةد حوفيِ مالخحرة حححسنحةد حوقحناَ حعحذا ح‬
‫شششآَلء حوالمدممنحك شلر‬ ‫لشش‪ َ.‬إللن الحش يحشأمدمدر لباَلمحع شمدلل حوامللمححسششاَلن‪ َ.‬حولإيتِحششآَلء لذي المدقمربحششىَ حويحش منشحهششىَ حع شلن المحفمح ح‬ ‫لعبششاَحد ا ل‬
‫ح‬
‫حواملبحشغمش شليِ‪ َ.‬يحلعظددكش شمم لححع لدكش شمم تشح شحذلكدرموحن‪ َ.‬فحششاَمذدكدروا الحش ش المحعلظميش شحم يشح شمذدكمردكمم‪ َ.‬حوامشش شدكدروهد حعلحششىَ نلحعلمش شله يحلزمددكش شمم‪َ.‬‬
‫صنحشدعوحن‪ َ.‬أحقلميدموا ال ل‬ ‫ضللله يشمعلطدكم‪ َ.‬ولحلذمكر ا ل‬ ‫ل‬
‫صلححة‪َ.‬‬ ‫ل أحمكبحشدر‪ َ.‬حوالد يحشمعلحدم حماَ تح م‬ ‫حوامسأحلدشموهد ممن فح م د م ح د‬
‫‪:Disediakan Oleh‬‬
‫‪Pejabat Imam Besar Negeri Sarawak‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai