Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN TUGASAN 1 (KATEGORI B)

TAJUK : 2.1 – Resapan

TUJUAN : Untuk mengkaji resapan zarah – zarah dalam gas, cecair dan pepejal.

PERNYATAAN MASALAH : Apakah perbezaan resapan zarah – zarah dalam gas, cecair dan pepejal.

RADAS DAN BAHAN : Balang gas, penutup balang gas, penitis, tabung uji, rak tabung uji,
penyumbat getah, kaki retort dan pengapit, cecair bromin, Br 2, larutan kalium
manganat (VII), KMnO4 1 mol dm-3, hablur kalium manganat, KMnO4, larutan
agar-agar panas, air, kertas tisu.

PROSEDUR :

A) Resapan dalam gas

Balang gas

Penutup

Beberapa titik cecair bromin, Br2

Rajah 1

i) Masukkan beberapa titik cecair bromin, Br2, ke dalam sebuah baling gas. Tutup baling gas itu dengan serta
merta dan biarkan untuk beberapa minit.
ii) Kemudian telangkupkan satu baling gas yang berisi udara ke atas baling gas yang penuh berisi
wap bromin, Br2 seperti yang ditunjukkan.
iii) Alihkan penutup itu. Biarkan radas selama beberapa minit.
iv) Rekodkan pemerhatian dalam jadual.

B) Resapan dalam cecair

Air

Larutan kalium manganat (VII), KMnO4


Rajah 2

i) Isi sebuah tabung uji dengan air sehingga sepertiga penuh. Letakkan tabung uji itu pad arak tabung
uji.
ii) Keluarkan sedikit larutan kalium manganat (VII), KMnO 4 menggunakan penitis dan bersihkan
lebihan larutan tersebut dengan menggunakan kertas turas.
iii) Turunkan hujung penitis ke dalam tabung uji yang mengandungi air sehingga hujungnya
menghampiri dasar tabuung uji itu.
iv) Titiskan setitik larutan kalium manganat, KMnO4 ke dalam air.
v) Biarkan tabung uji itu tegak di dalam rak tabung uji untuk beberapa jam. Rekodkan pemerhatian
anda.

C) Resapan dalam pepejal


Agar-agar

Hablur kalium manganat (VII), KMnO4

i) Isi sebuah tabung uji dengan larutan agar-agar panas sehingga hampir penuh. Biarkan agar-agar
tersebut menjadi pepejal.
ii) Letakkan seketul hablur kalium manganat, KMnO4 yang kecil di atas agar-agar itu.
iii) Tutup dengan menggunakan penyumbat dan apitkan secara telangkup.
iv) Biarkan radas selama beberapa hari dan rekodkan pemerhatian anda.

KEPUTUSAN :

Aktiviti Pemerhatian

A Wap perang merebak dengan cepat ke kedua-dua baling gas itu


dalam beberapa minit.
Warna ungu larutan kalium manganat, KMnO4 merbeak dengan
B perlahan ke seluruh air. Selepas beberapa jam, air itu menjadi ungu
dengan sekata.
Warna ungu kalium manganat, KMnO4 merebak dengan sangat
C perlahan ke dalam agar-agar itu. Selepas beberapa hari, seluruh
agar-agar itu menjadi ungu.

INFERENS : Gas bromin, Br2 dan kalium manganat, KMnO4 terdiri daripada zarah-zarah
yang bergerak. Terdapat ruang di antara zarah-zarah udara, air dan agar-
agar.

PERBINCANGAN :

1. Mengapa tabung uji dalam aktiviti C diapit secara telangkup?

_______________________________________________________________________________

2. Berdasarkan pemerhatian anda, susun kadar resapan dalam pepejal, cecair dan gas mengikut
tertib menaik. Terangkan jawapan anda.

_______________________________________________________________________________

3. Berdasarkan keputusan anda, beri definisi resapan.

_______________________________________________________________________________

4. Apakah yang anda perhatikan jika anda mengulang aktivit B dengan menggunakan air panas?

_______________________________________________________________________________
KESIMPULAN :

Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit dan sentiasa bergerak. Resapan berlaku paling
perlahan dalam pepejal, lebih cepat dalam cecair dan paling cepat dalam gas.

Disediakan oleh:
Nama : ______________________________________

Kelas : ______________________________________

Sekolah : ______________________________________

Tarikh : ______________________________________

Anda mungkin juga menyukai