Anda di halaman 1dari 2

MOHAMAD HAIKAL AMIR BIN MOHD NAWI

960619-11-5097

8 PISMP TESL

PENGENALAN INOVASI “CHESSSPELL”

“Chessspell” merupakan inovasi yang tidak mengubah struktur sebenar permainan catur. Ia Bertujuan
membantu murid meningkatkan daya pemikiran dalam subjek Bahasa Inggeris iaitu berkaitan membina
perkataan daripada huruf-huruf yang terdapat di atas papan catur. Inovasi “Chessspell” ini tercipta setelah
guru mengesan masalah murid dalam kosa kata mereka dalam Bahasa Inggeris yang sangat terhad. Guru
mencipta inovasi ini dengan harapan supaya murid-murid dapat membentuk perkataan dalam permainan
catur itu sendiri. Selain itu, murid dapat meluaskan kosa kata mereka, terbiasa dengan perkataan-
perkataan yang dibentuk dan seterusnya kosa kata tersebut terus terpahat dalam ingatan mereka.
Pergerakan dalam permainan catur dengan disertakan huruf-huruf tertentu di atas papan catur dengan
secara tidak langsungnya membantu murid memikirkan perkataan yang boleh di bentuk daripada
pergerakan yang dibuat. Ia membantu murid untuk membentuk sesuatu perkataan dengan spontan dan
menjadikan murid lebih cerdas dan boleh membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, “Chessspell” menjadikan permainan catur bertambah mencabar dan menarik.

CARA-CARA PERMAINAN “CHESSSPELL”

1. Setiap kotak-kotak di atas papan catur di tampal satu huruf setiap satunya.

2. Pemain buah putih melakukan gerakan pertama, kedua-dua pemain haruslah mencatat huruf yang
terdapat dalam kotak sebelum dan selepas gerakan yang dibuat di atas kertas. Contohnya dari kotak huruf
‘t’ ke kotak huruf ‘o’. Pergerakan tersebut dapat membentuk perkataan ‘to’.

3. Kedua-dua pemain harus berfikir samada mereka dapat membentuk perkataan ataupun tidak daripada
huruf-huruf yang terdapat dalam kotak semasa pergerakan mereka.

4. Huruf yang telah digunakan tidak boleh digunakan lagi untuk kali kedua.

5. Permainan “Chessspell” berakhir apabila permainan catur tamat.

6. Murid yang dapat membentuk perkataan dengan betul dan yang terbanyak akan diberikan ganjaran.
LAMPIRAN:

Anda mungkin juga menyukai