Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : VELMURUGAN A/L SIVALINGHAM

PROGRAM : 8 PISMP MATEMATIK.

NAMA SEKOLAH : SK PERUMAHAN TAMPOI 2

NAMA PROJEK/AKTIVITI : CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA

TARIKH PELAKSANAAN : 28 FEBRUARI 2018 (10.30 pagi – 1.30 tengah hari)

OBJEKTIF :
1) Meningkatkan kerjasama pelbagai agensi terlibat bagi memberikan

pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi

melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah.

2) Memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara

keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

3) Memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang langkah-langkah

yang perlu diamalkan semasa berada di jalan raya.

4) Memberi pendedahan dan penjelasan tentang peraturan-peraturan serta

undang-undang jalan raya kepada murid-murid SK Perumahan Tampoi 2.

STRATEGI PELAKSANAAN :

1. Pada 21 Februari 2018, saya, rakan guru pelatih dan mentor saya Pn. Irwana

Binti Ibrahim telah membuat perbincangan tentang projek-projek yang boleh

dijalankan sebagai projek individu dan projek kumpulan dalam pelaksanaan

Internship ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut, kami bersetuju untuk

Program Ceramah Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sebagai projek individu.

1
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

2. Pada hari yang sama, saya telah berjumpa dengan Pn. Emily Choo Huey Lian

(GPK HEM) untuk memaklumkan bahawa ingin menjalankan Program Ceramah

Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sebagai salah satu projek Internship. Hal ini

demikian kerana saya perlu menjalankan program ceramah ini dibawah AJK

Keselamatan Sekolah ini. Beliau juga membenarkan saya untuk menjalankan

program ini. Selain itu, beliau juga mengarahkan saya untuk berkolaborasi

dengan ketua Keselamatan Sekolah SK Perumahan Tampoi 2 untuk

melaksanakan program ini dengan lancar.

3. Pada 22 Februari 2018, saya telah berjumpa dengan Ketua Keselamatan

Sekolah, En. Abd. Hamid Bin Marekke untuk menjelaskan program yang hendak

dilaksanakan. Hasil daripada perbincangan tersebut, kami bersetuju untuk

menjalankan program ceramah ini pada 28 Februari 2018 untuk murid-murid

Tahun 4 Melur pada pukul 11.20 pagi -12.30 tengah hari. Selepas itu, saya

berjumpa dengan Guru Besar, Pn. Hjh. S. Hanim Binti Abd Rahman untuk

menjelaskan Program Ceramah Kesedaran Keselamatan Jalan Raya serta

menyatakan tempat, tarikh, masa dan juga peserta yang akan terlibat dalam

program ini. Beliau memberi kata putus yang positif dan menyokong usaha kami.

4. Pada 25 Februari 2018, saya menunjukkan draf pertama kertas cadangan

kepada En. Abd. Hamid di samping meminta pendapatdan cadangan

penambahbaikan untuk projek ini. Selepas itu, pada hari yang sama proses

menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula supaya ia dapat

dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar segera. Setelah kertas

cadangan disokong oleh GPK HEM, ia terus dihantar kepada Guru Besar untuk

mendapatkan kelulusan.

2
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

5. Kemudian, saya telah mengadakan satu mesyuarat bersama dengan penyelaras

program dan AJK yang terlibat untuk pembahagian tugasan. Dalam mesyuarat ini

juga, kami telah bersetuju untuk menyediakan bahan-bahan diperlukan untuk

seperti helmet, LCD projector, pembesar suara dan juga bahan Slaid untuk diberi

ceramah. Selain itu, hasil daripada perbincangan tersebut, penyelaras program

telah melantik saya sebagai penceramah bagi program ini untuk memberi

keyakinan diri serta melatih guru pelatih untuk memberi sesuatu ceramah yang

berkesan kepada murid-murid sekolah. Oleh itu, saya telah berbincang dengan

AJK Keselamatan Sekolah tentang isi kandungan ceramah yang perlu

disampaikan.

6. Pada 27 Februari 2018, saya telah menyiapkan brosur tentang “Tingkah Laku

Murid dan Keselamatan Jalan Raya” untuk dihantar terlebih dahulu ke pihak

pengurusan bagi tujuan cetakan. Brosur tersebut akan diperbanyakkan dan

diedarkan kepada semua murid pada hari berlangsung program tersebut.

7. Saya juga turut menguji setiap peralatan yang digunakan sebelum menjalankan

program ini seperti PA Sistem dengan meminta bantuan kepada guru yang selalu

mengendalikannya

REFLEKSI:

A. Kekuatan Projek/Aktiviti :

1. Setelah selesai menjalankan Program Ceramah Kesedaran Keselamatan Jalan

Raya ini, saya dapati terdapat banyak kekuatan di dalam program ini sehingga

program ini dapat berjalan dengan lancar. Pertama sekali, saya mendapat

kerjasama yang baik daripada guru AJK Keselamatan Sekolah dan pihak

3
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

pentadbiran sekolah dalam merangka kertas kerja program ini dan juga dapat

menjalankan program ini dengan lebih lancar. Banyak tunjuk ajar yang diberikan

oleh En. Abd. Hamid dan perbincangan secara terbuka dilakukan secara

bersama-sama.

2. Selain itu, melalui program ini, saya dapat mengetahui tugas sebagai seorang

penceramah bagi sesuatu program adalah bukan senang. Hal ini demikian

kerana sebagai seorang penceramah bagi program ini, saya telah mendapatkan

banyak maklumat berkaitan Keselamatan Jalan Raya dalam kalangan murid-

murid sekolah daripada pelbagai sumber seperti Buku Panduan Keselamatan

Jalan Raya, kajian-kajian, artikel-artikel berkaitan kemalangan jalan raya, surat

khabar, laman-laman sesawang untuk mendapat maklumat seperti punca-punca

berlaku kemalangan jalan raya, kesan-kesan kemalangan jalan raya serta

keselamatan yang perlu diamalkan semasa berada jalan raya. Selain itu, semasa

saya menyediakan Slaid bertajuk “Tingkah Laku Murid dan Keselamatan Jalan

Raya”, saya memastikan kandungan dan maklumat yang disampaikan dapat

mudah difahami oleh murid-murid serta menarik minat perhatian murid. Oleh itu,

saya telah menyediakan beberapa video berkaitan keselamatan jalan raya

supaya murid tidak mudah berasa bosan.

3. Seterunya, melalui program ini juga, saya telah mempelajari cara-cara

menyampaikan sesuatu ceramah dengan lebih berkesan iaitu, semasa memberi

ceramah, saya perlu menanya beberapa soalan kepada murid-murid supaya

murid-murid dapat memberi perhatian serta dapat memberi maklum balas

berkaitan ceramah yang dijalankan. Selain itu, saya juga dapat mengetahui

bahawa semasa memberi ceramah, saya perlu menggunakan bahasa yang

mudah difahami oleh murid-murid supaya mereka dapat mudah memahami

4
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

kandungan yang hendak disampaikan. Seterusnya, saya juga perlu menjalankan

beberapa aktiviti semasa menjalankan ceramah ini seperti menunjuk cara-cara

memakai topi keledar, cara-cara melintas jalan raya supaya ia dapat mambantu

murid-murid tersebut mudah mengingati apa yang disampaikan dalam ceramah

tersebut.

4. Kekuatan yang keempat ialah melalui ceramah ini, murid-murid dapat

mengetahui punca-punca berlaku kemalangan jalan terutamanya semasa

melintas jalan raya, menunggang basikal dan juga semasa membonceng

motorsikal. Selain itu, ceramah kesedaran ini dapat membantu murid-murid untuk

berhemah, berfikir secara rasional dan juga dapat bertindak dengan cermat

semasa berada jalan raya iaitu perlu memakai topi keledar semasa menunggang

basikal, menggunakan jejantas dan juga dapat mengetahui cara-cara

penggunaan lalu lintas yang disediakan di jalan raya dengan selamat.

Seterusnya, program ceramah kesedaran ini juga dapat membantu murid-murid

mengenali kesan-kesan sekiranya tidak mematuhi keselamatan jalan raya

melalui video-video dan keratan akhbar yang dipaparkan.

5. Kekuatan seterusnya ialah, permaian berunsur TMK yang dijalankan setelah

tamat ceramah dapat menarik minat murid-murid untuk menjawab soalan

tersebut. Semua kumpulan dapat menjawab semua soalan tersebut dengan

betul.

B. Kelemahan Projek/Aktiviti :

1. Walaupun perancangan yang dilaksanakan cukup baik dan mendapat kerjasama

daripada pihak sekolah, namun cabaran dalam menjayakan program ini tetap wujud.

Kelemahan yang pertama ialah keadaan tempat yang kurang kondusif iaitu terdedah

5
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

pada cahaya matahari dan murid tidak dapat melihat paparan daripada Projektor

LCD dengan jelas. Selain itu, kekurangan cahaya daripada Projektor LCD juga

menyebabkan paparan skrin adalah kurang jelas. Hal ini menyebabkan slaid

powerpoint serta video yang dipaparkan adalah kurang jelas yang menyebabkan

semua murid duduk yang duduk di hadapan kelas.

2. Selain itu, saya juga perlu memberikan perhatian terhadap pemberitahuan dan

makluman kepada guru-guru dan murid-murid beberapa hari sebelum program

berlansung. Kegagalan komunikasi antara pihak saya dengan murid-murid sedikit

sebanyak menimbulkan kekeliruan kepada murid-murid mengenai program yang

akan dijalankan seperti selepas rehat murid-murid masuk lambat ke dalam kelas

untuk mendengar ceramah ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Pada masa hadapan, saya perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang

mungkin berlaku sewaktu menjayakan sesuatu program. Saya juga perlu peka dengan

prosedur dan persediaan untuk menjayakan sesuatu majlis untuk memastikan sebarang

masalah dapat dielakkan. Sebarang makluman terhadap perjalanan program perlu

dimaklumkan lebih awal kepada murid-murid.

Selain itu, sebelum memulakan sesuatu program saya perlu memastikan projector

LCD berfungsi dengan baik dimana papan skrin projector LCD adalah jelas dan terang.

Seterusnya, sekiranya keadaan kelas mempunyai cahaya matahari yang terang, saya perlu

menggunakan bilik darjah yang gelap atau makmal komputer supaya semua murid dapat

melihat paparan skrin projector LCD dengan jelas dan telitit.

6
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

Seterusnya, saya melihat program ini sangat bagus jika dijalankan kepada seluruh

warga sekolah. Hal ini kerana program ini memang dapat memberi kesedaran kepada

murid-murid sekolah untuk memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah

memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain di

samping dapat mewujudkan kawasan persekitaran SK Perumahan Tampoi 2 sebagai

kawasan yang selamat serta bebas daripada sifar kemalangan. Akhir sekali, saya berharap

program seperti ini dapat dibuat pada masa akan datang. Melihat kepada kesan positif

terhadap program yang telah dijalankan, saya berharap program ini berterusan diadakan

setiap tahun di sekolah ini.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, saya berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh

pihak sekolah sepanjang saya melaksanakan Program Ceramah Kesedaran Keselamatan

Jalan Raya ini. Beberapa kekurangan yang saya hadapi akan dijadikan pengajaran kepada

saya untuk menjadi guru yang lebih baik pada masa hadapan. Kesepakatan dan kerjasama

antara semua pihak menjadi menjadikan kerja saya lebih mudah dan senang diuruskan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ………………………………..
(VELMURUGAN A/L SIVALINGHAM) (PN. HJH. S. HANIM BINTI ABD RAHMAN)
Guru Pelatih Guru Besar
IPG Kampus Temenggong Ibrahim SK Perumahan Tampoi 2

7
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

LAMPIRAN

Rajah 1 Perjumpaan dengan GPK HEM Rajah 2 Perjumpaan dengan Guru Besar
untuk membincang tetang Program untuk membentang kertas kerja Program
Kesedaran Keselamatan Jalan Raya. Kesedaran Keselamatan Jalan Raya.

Rajah 3 Murid-murid bersedia untuk Rajah 4 Murid sedang melihat brosur yang
mendengar ceramah. diberikan

Rajah 5 Murid sedang menjawab soalan Rajah 6 Murid sedang mendengar ceramah

yang ditanya oleh penceramah

8
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

Rajah 7 Saya menjelaskan ciri-ciri helmet Rajah 8 Saya sedang menunjukkan cara-

yang baik serta tanda sirimnya. cara memakai topi keledar dengan betul

Rajah 9 Murid-murid melihat video di Rajah 10 Saya sedang menjelaskan statistik


hadapan kelas kerana kurang jelas. kemalangan jalan raya.

Rajah 12 Saya sedang menunjukkan


Rajah 11 Dalam kumpulan murid-murid
beberapa contoh gambar akibat tidak
berbincang jawapan bagi soalan kuiz
memakai topi keledar

9
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP | PROJEK 1

https://www.slideshare.net/suriasuriati/laporan-pelaksanaan-internship-projek-1
https://www.scribd.com/document/231986653/Laporan-Pelaksanaan-Internship
https://www.slideshare.net/ideal90/laporan-pelaksanaaninternship-lengkap
https://www.scribd.com/document/170556734/Laporan-Pelaksanaan-Internship
https://www.scribd.com/document/270497893/Laporan-Pelaksanaan-Internship
https://www.slideshare.net/suriasuriati/laporan-pelaksanaan-internship-projek-3

10

Anda mungkin juga menyukai