Anda di halaman 1dari 4

SKRIP CERITA KANAK-KANAK

TAJUK: TONTY YANG BERANI

Pada zaman dahulu, kacang dal, kacang kuda, kacang hijau dan gandum tinggal di
dalam dulang. Mereka malas dan sering bergaduh. Satu daripada beras yang juga tinggal di
situ sedih melihat kelakuan mereka. Beras itu bernama Tonty. Tonty mengimpikan sebuah
tempat yang aman, gembira serta komuniti yang rajin bekerja dan saling menyayangi. Tonty
menasihati mereka supaya mengubah perangai buruk mereka. Tetapi tiada siapa yang
mahu mendengar nasihatnya.

ADEGAN 1

Ketika berada di dalam dulang, Tonty berasa amat sedih dengan sikap mereka. Tonty begitu
marah dengan sikap mereka. Lalu Tonty mula bersuara.

Tonty : Kalau begitu, saya perlu melakukan sesuatu agar impian saya menjadi
kenyataan.

(Tonty menunggu jawapan mereka, manalah tahu mereka memujuk Tonty tapi
tidak diendahkan juga. Tanpa membuang masa , Tonty terus terjun ke bawah
dan tidak lagi hidup bersama mereka)

ADEGAN 2

Setelah berada di bawah, seekor semut melihatnya dan bertanya.

Semut : Hai, saya Karkar. Siapa kamu?

Tonty : Hai, saya si berasTonty.

Tonty begitu gembira mendapat sahabat baru.

Karkar: Apa yang kamu buat di sini?

Tonty: Saya melompat turun dari dulang tempat tinggal saya. Saya mahu pergi ke

Negara Kebula Kebuli.

Karkar: Bagaimana masyarakat di Kebula Kebuli itu? Apa yang mereka lakukan?

Tonty mula bercerita.


Tonty : Ini adalah Negara yang menjadi impian saya. Di Negara ini, masyarakatnya
melakukan kerja mereka sendiri. Mereka tidak bergantung kepada pihak lain.
Mereka bekerja kuat, tetapi akhirnya mereka berasa selesa.

Karkar suka mendengar apa yang diceritakan oleh Tonty dan mahu mencontohi mereka.

Karkar : Sebuah Negara yang di mana komunitinya gembira dan rajin bekerja. Betapa
indahnya dunia.!

Tonty : Rakyat yang akan menjadikan ia sebuah Negara yang indah. Jika mahu,
kamu boleh menjadi satu daripada mereka. Mari ikut saya, kita boleh
membina Negara itu bersama-sama.”

Semut Karkar berasa sungguh gembira.

Karkar : Oh , terima kasih.

Karkar mengangkat Tonty di belakangnya badannya dan bertanya.

Karkar : Di mana kita akan membina Negara Bebuli Kebula ?

Tonty : kita boleh bina ia di mana-mana sahaja yang kita mahu. Kamu pilih jalannya
dan kita akan pergi ke sana.

Semut Karkar melihat sekeliling, kemudian dia Nampak jalan yang terdapat banyak pokok
bunga yang berwarna-warni. Karkar memilih untuk pergi melalui jalan itu.

Mereka pun meneruskan perjalanan. Tiba- tiba, mereka Nampak banyak semut. Semut-
semut itu adalah kawan-kawan Karkar.

Semut-semut : Hai Karkar!

Kemudian , mereka ternampak Tonty di belakang Karkar.

Semut-semut : Di mana kamu jumpa beras di belakang kamu itu?

Karkar : Dia bukan seperti beras lain. Dia adalah beras yang mahu membina

Negara Kebula Kebuli. Sekarang kami akan pergi ke pergi untuk

membina Negara itu.

Semut-semut : Idea ini sungguh bagus. Bolehkah kami ikut bersama ?


Tonty : Sudah tentu boleh.! Negara ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu

menyertainya.

Semua semut berasa gembira. Mereka pun mengikut Karkar dan Tonty.

ADEGAN 3

Ketika melalui bukit kecil. Belalang dan kumbang melihat mereka.

Belalang : kemana kamu semua hendak pergi?

Semut-semut : kami mahu membina Negara Kebula Kebuli, rakyat Negara itu hidup
gembira dan rajin.

Kemudian dia menunjukkan Tonty kepada mereka dan memberitahu itu adalah idea Tonty.

Belalang dan Kumbang mahu menyertai mereka dan meminta kebenaran daripada Tonty

dan Tonty pun menerima mereka dengan gembira.

ADEGAN 4

Ketika dalam perjalanan mereka terjumpa ulat bulu dan labah-labah. Tidak lama kemudian
ulat bulu dan labah-labah turut bersama mereka. Apabila sampai di suatu tempat.

Tonty : berhenti! Mari kita jadikan tempat ini Negara Kebuli Kebula.”

Semua haiwan berhenti, mereka hairan kerana di situ tiada apa-apa.

Karkar : tiada apa pun di sini! Ia tempat yang kering, datar dan kosong

Tonty : Ya, sekarang memang begitu, tetapi apabila tempat ini telah di bina nanti, ia

Akan menjadi satu tempat yang indah.

Semut Karkar sedar bukan mudah untuk membina sebuah Negara seperti yang di katakan
Tonty. Dia berkata dengan gembira.

Karkar : kamu akan menjadi raja, sekarang beritahu kami apa perlu kita buat.

Tonty: Tak mengapa, kita buat sama-sama. Kita perlu bekerjasama antara satu

sama lain.
Haiwan lain bersetuju dengan cadangan Karkar. Mereka mula membina rumah dan Negara
impian mereka. Semua semut berpelukan sesama mereka, belalang melompat dengan
kakinya yang panjang, labah-labah melihat sekeliling dengan pantas dan ulat bulu berguling-
guling. Mereka semua gembira.

Tonty membuat rancangan dan mereka mula membina rumah yang cantik. Mereka saling
bantu membantu dan bekerja sama dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya mereka Berjaya
membina sebuah Negara Kebula Kebuli dan hidup aman dan gembira. Mereka juga
membina sebuah istana yang cantik untuk Raja Beras Tonty.

Raja Tonty berkata dia gembira kerana tidak lagi tinggal di dalam dulang dan impiannya
menjadi kenyataan. Semut Karkar menjadi pembantu Raja Tonty, Karkar gembira kerana
dapat membawa beras itu dan datang ke sini bersama-sama. Kini, mereka tinggal bersama
dan menyayangi Negara yang telah mereka bina bersama.

Semua haiwan yang mengikut mereka hidup gembira selama-lamanya di Negara Kebula
Kebuli yang telah mereka bina.

Anda mungkin juga menyukai