Anda di halaman 1dari 30

PENGENALAN

Krisis merupakan satu titik tolak kehidupan seseorang sama ada mampu untuk
menanganinya dan meneruskan hidup ke tahap seterusnya atau sebaliknya. Krisis
terhasil dari
stress dan tekanan dalam kehidupan peribadi seseorang. Stress adalah elemen utama
dalam
pembangunan krisis. Manusia mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap stres dan
situasi krisis berdasarkan kemahiran atau tingkah laku tersendiri, keupayaan untuk
menangani, tahap kematangan dan personaliti.
Seseorang yang berada dalam keadaan krisis adalah apabila seseorang itu tidak dapat
menentukan matlamat hidup dengan cara yang biasa disebabkan ada halangan yang besar
dan
berat ( Caplan ,1961 ). Intervensi krisis dilakukan apabila berlaku sesuatu keadaan
yang
menggugugat kebajikan diri atau kebajikan orang lain dan satu langkah segera perlu
diambil.
Krisis boleh dibahagikan kepada dua iaitu krisi yang boleh diramal dan krisis yang
tidak
boleh diramal.
Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa yang berlaku dalam
kehidupan seperti perkahwinan, kehamilan dan persaraan. Krisis yang tidak boleh
diramal
adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara mengejut dan tiba-tiba. Contohnya
krisis yang
tidak boleh diramal adalah jenayah seperti tekanan yang ditunjukkan oleh mangsa
jenayah
rogol, pembunuhan dan rompakan bersenjata. Selain itu, malapetaka semula jadi dan
berita
mengejut seperti ahli keluarga terlibat dalam kemalangan adalah contoh krisis yang
tidak
boleh diramal. Sejarah krisis secara keseluruhannya dapat dilihat pada empat tahap
iaitu suatu
keadaan kritikal terjadi dimana penentuan dibuat sama ada seseorang itu mempunyai
keupayaan untuk menangani krisis tersebut atau tidak. Seterusnya, peningkatan
ketegangan
dan persekitaran yang tidak terurus akan menambah kebolehupayaan seseorang dan
melahirkan satu tuntutan untuk sumber tambahan untuk menyelesaikan acara adalah
diperlukan. Akhir sekali, petunjuk mungkin diperlukan bagi menyelesaikan masalah
ketidaktentuan personaliti yang besar.
Intervensi pula membawa maksud campur tangan yang boleh digambarkan sebagai apa
yang kaunselor lakukan atau boleh lakukan dalam program bimbingan dan kaunseling
yang
komperehensif. Contoh- contoh intervensi adalah perkhidmatan sesi kaunseling sama
ada
secara individu, kelompok kecil atau kelompok besar. Pemilihan intervensi
kaunseling yang
berkesan melibatkan bilangan faktor yang berbeza, termasuklah bilangan faktor yang
berbeza,
penilaian ke atas masalah klien, matlamat yang diinginkan, pemilihan klien, ciri-
ciri personal
dan gaya pembelajaran. Pentingnya intervensi krisis masa kini dalam kaunseling juga
dikaitkan dengan meningkatnya kejadian-kejadian yang boleh menyebabkan berlakunya
krisis. Ini adalah kerana peredaran zaman yang dilalui turut dilimpahi dengan
pelbagai
masalah seperti peperangan dan bencana dunia, sebagaimana yang diucap oleh Caplan (
1964
) dalam J & G ( 2001 ) apabila sesuatu kejadian dipersepsikan oleh seseorang itu
sebagai satu
ancaman kepada keselamatan dirinya untuk memenuhi sesuatu keperluan atau untuk
kehidupan yang bermakna.

1
PUNCA-PUNCA KRISIS
Antara punca-punca krisis ialah kekecewaan. Kekecewaan berlaku apabila sesuatu yang
diingini tidak tercapai contohnya kematian seseorang yang dikasihi dan disayangi,
akibat
kegagalan dalam mencapai cita-cita atau keinginan terhadap sesuatu, kemiskinan
hidup dan
kegagalan dalam hidup. Konflik juga merupakan salah satu punca berlakunya krisis.
Konflik
antara individu berlaku kerana setiap individu mempunyai nilai pegangan masing-
masing
yang kadang kala tidak sama. Apabila berlaku percanggahan dengan nilai yang
dipegang
dengan individu lain maka akan berlakulah konflik sekiranya mereka tidak dapat
bertolak
ansur antara satu sama lain. Tekanan hidup yang dilalui oleh individu tersebut
merupakan satu
lagi punca berlakunya krisis. Keadaan emosi yang tidak stabil dan negatif serta
tindak balas
fisiologi yang berlaku dalam situasi individu menerima ancaman terhadap tujuan dan
matlamat yang penting tidak tercapai.
Selain itu, kelesuan juga merupakan antara punca berlakunya krisis. Kelesuaan akan
mengakibatkan individu kurang bergaul dengan masyarakat dan tidak berdaya maju. Hal
ini
kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat luar dan pemikiran individu itu sempit
menyebabkan ia mudah menghadapi krisis dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Kelesuaan
berlaku adalah disebabkan sahsiah, sikap, persekitaran, situasi dan peristiwa dalam
hidup.
Pengalaman trauma yang dilalui oleh seseorang juga menyebabkan krisis berlaku.
Pendedahan yang keterlaluan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian
yang
pahit, ngeri dan mengejutkan serta pengalaman-pengalaman yang boleh mengancam
kehidupan individu tersebut adalah antara punca trauma yang akan mengakibatkan
krisis
berlaku.
Contohnya individu yang pernah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat sehingga
membabitkan nyawa keluarga dan orang tersayang, dia akan berasa takut untuk memandu
seorang diri dan berada di jalan raya. Peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam
dirinya
menyebabkan dia trauma dan tidak dapat mengawal dirinya dengan baik. Selain itu,
individu
yang pernah dirogol dengan sadis akan berasa takut dan berjaga-jaga dengan lelaki
kerana dia
sentiasa memikirkan kejadian yang pernah meragut maruahnya. Dia akan berasa kurang
yakin
dengan individu yang ingin mendekatinya dan pengalaman lepas masih tidak dapat
dilupakan.
Individu yang trauma ini perlu dibantu agar dapat membentuk keyakinan semula dalam
dirinya bagi meneruskan hidup ini.

2
JENIS KRISIS
i) Krisis Perkembangan
Krisis perkembangan seiring berlaku melalui perkembangan normal seseorang dalam
kehidupannya. Contohnya ialah waktu seseorang masuk ke sekolah. Ia boleh
digambarkan
sebagai peristiwa yang biasanya dialami dalam pertumbuhan dan kematangan
(Aguilera,1994)
dalam Myer (2000). Konsep perkembangan normal yang penting bermaksud perubahan
individu sepanjang masa dalam cara yang diramalkan dengan ”normal” merujuk kepada
apa
yang biasa bagi kebanyakan orang dalam satu kumpulan umur tertentu sama ada
kumpulan
umur bayi, remaja atau lebih daripada umur 60 tahun. Ahli teori perkembangan juga
membuat
pemerhatian bahawa kebolehan manusia untuk tumbuh dan berubah dengan cara yang
dijangkakan adalah satu hasil interaksi di antara keperluan psikologi individu
dengan
kebolehan, jangkaan sosial, tuntutan, sumber dan peluang (Bronfrenbrenner, 1979,
1989)
dalam Myer (2000).
Krisis Perkembangan merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi (perasaan
sedih, derita dan sebagainya), tidak dapat untuk mengendalikannya, dan tidak dapat
berfungsi
dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan perkembangan. Secara
semula jadinya dalam semua tahap perkembangan berlaku ketegangan atau tekanan
khusus
dan berpotensi untuk menghadapi konflik. Bagaimana individu mengendalikannya
bergantung
kepada faktor-faktor lain (kewangan, personal, sokongan sosial). Jika individu
tidak dapat
mengendalikan semua ketegangan dan menyelesaikan semua konflik dengan berjaya,
krisis
perkembangan akan terhasil. Sebagai contoh, tugas perkembangan seorang kanak-kanak
termasuklah belajar untuk berhubungan dengan rakan sebaya dan guru.
Kanak-kanak mungkin mengalami konflik dengan rakan sebaya dan guru. Kesukaran ini
berpotensi untuk membentuk krisis kepada kanak-kanak tersebut kerana penguasaaan
kejayaan peranan rakan sebaya dan pelajar adalah asas kepada jangkaan budaya pada
peringkat remaja untuk membentuk kesedaran kendiri dan identiti. Krisis
Perkembangan
mungkin juga muncul dalam pertengahan kehidupan seperti sesetengah individu
mengalami
kerisauan, kesedihan atau takut menjadi tua. Individu kemungkinan menjadi sangat
tertekan
dengan peralihan perkembangan di mana mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan
perubahan peranan apabila bersara dan mula untuk berdepan secara terus dengan
kematian
mereka di mana mereka melihat diri mereka dan orang yang sama umur seolah-olah
menolak
kesihatan.
Krisis perkembangan juga merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi
perasaan sedih, derita dan lain-lain yang mana individu tersebut gagal untuk
mengendalikan
dan tidak dapat berfungsi dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan
peranan
yang berlaku. Kebiasaannya, dalam semua tahap perkembangan akan terjadi ketegangan
dan
tekanan khusus untuk menghadapi konflik dan untuk mengendalikan sesuatu konflik
adalah
bergantung kepada faktor lain seperti kewangan, personal dan sokongan sosial. Jika
individu
3
tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan tidak dapat menyelesaikan masalah
atau
konflik yang dialami maka krisis perkembangan akan terhasil.

ii) Krisis Situasi


Krisis Situasi adalah peristiwa yang berlaku tanpa dijangka sepanjang kehidupan
seseorang. Ciri-ciri atau tanda krisis situasi adalah jelas pada peristiwa luaran.
Krisis situasi
berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana tahap dalam
kehidupan
individu. Tiga ciri Krisis Situasi ialah Sudden onset (Permulaan tiba-tiba) adalah
apabila
peristiwa yang melanda tanpa memberi amaran awal dan unexpectedness (tidak
dijangkakan)
di mana apabila peristiwa berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara
serius. Ciri
ketiga ialah emergency (kecemasan) bermaksud apabila diancam di dalam cara yang
kemungkinan (fizikal, emosi), ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk
mengelakkan
sebarang kecederaan.
Contoh Krisis Situasi yang sesetengahnya mempunyai potensi yang tinggi menyebabkan
trauma termasuklah kemalangan kereta, diagnosis kesakitan yang kronik, kematian
orang
tersayang, menjadi mangsa penjenayah, keganasan rumahtangga, rogol atau penderaan
seksual pada zaman kanak-kanak. Krisis situasi termasuklah juga peristiwa yang
boleh
memberi kesan kepada lebih daripada seorang pada satu masa iaitu mungkin memberi
kesan
kepada keseluruhan komuniti. Contohnya ialah bencana alam seperti banjir kilat dan
taufan
yang berpotensi menyebabkan Krisis Situasi.
Krisis situasi berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana
tahap
dalam kehidupan individu. Tiga ciri krisis situasi ialah Sudden Onset (permulaan
tiba-tiba)
adalah peristiwa yang melanda tanpa memeberi amaran awal dan tidak dijangkakan dan
apabila berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Selain itu,
krisis
situasi juga bersifat kecemasan yang bermaksud apabila diancam dalam cara fizikal
dan emosi
ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan sebarang
kecederaan.Antara
contoh krisis situasi yang mempunyai potensi yang tinggi akan menyebabkan trauma
termasuklah kemalangan kereta, sakit yang kronik, kematian orang yang disayang,
menjadi
mangsa penjenayah, keganasan rumah tangga, rogol atau penderaan seksual semasa
kanakkanak.
Krisis situasi juga termasuklah peristiwa yang boleh memberi kesan kepada lebih
daripada
seorang pada satu masa iaitu memeberi kesan kepada keseluruhan komuniti seperti
bencana
alam seperti banjir kilat dan taufan.Pengetahuan asas tentang peristiwa krisis
situasi adalah
satu langkah pertama kepada kaunselor dalam membentuk kemahiran yang diperlukan
untuk
menolong individu yang berada dalam krisis. Pengetahuan ini termasuklah memahami
definisi
intervensi krisis. Untuk membezakan antara krisis situasi dengan krisis yang lain
adalah krisis
ini berlaku secara tiba-tiba, mengejut dan mendesak.

iii) Krisis Kewujudan


4
Krisis kewujudan berlaku apabila seseorang menunjukkan konflik dan perasaan risau
apabila berhadapan dengan isu-isu kemanusiaan yang penting. Krisis kewujudan
merujuk
kepada konflik dalaman dan kerisauan yang mengiringi isu penting dalam kemanusiaan,
tanggungjawab, kebebasan, tidak bergantung dan komitmen. Krisis kewujudan mungkin
akan
mengiringi kesedaran pada umur 40-an. Perkara tersebut tidak akan menjadi
signifikan dan
jelas kepada profesian atau organisasi, contohnya individu yang menyesal pada umur
50 tahun
memilih untuk tidak berkahwin atau meninggalkan ibu bapa di rumah, dan tidak pernah
hidup
berasingan dan sekarang telah kehilangan semua kemungkinan untuk hidup bahagia
sepenuhnya dan menjadi orang yang berfaedah atau perasaan merebak dan berterusan
pada
umur 60an di mana peringkat individu merasa hidup sudah tidak bermakna, dan mereka
mengelak untuk memenuhkan hidup mereka dengan perkara yang bermakna.
Krisis Kewujudan berlaku apabila seseorang berada dalam situasi seperti saya
seorang
yang gagal, saya hampir lulus, tetapi saya belum dapat bayangkan apa yang akan saya
lakukan nanti, saya tidak akan pernah berjaya dalam kerjaya saya. Krisis ini
berlaku apabila
individu itu tidak dapat menerima realiti dan perkara yang terjadi kepada dirinya
dan
pemikiran-pemikiran yang negatif dan tidak rasional yang telah mengganggu
kehidupan.

5
TEORI INTERVENSI KRISIS

Salah satu kesan sampingan proses pembangunan yang pesat dalam sesebuah Negara
adalah
kemunculan masalah sosial dan psikologikal seperti tekanan, penyakit mental dan
bunuh diri.
Untuk menangani masalah tersebut maka intervensi krisis amat diperlukan. Krisis
intervensi
melibatkan suatu pengurusan situasi krisis yang diakibatkan sesuatu keadaan atau
peristiwa
tertentu. Perkhidmatan intervensi adalah bantuan kecemasan yang bersifat sementara
atau
hanya untuk jangka masa yang pendek.
i) Teori Krisis Asas
Kajian, penulisan dan ajaran yang di berikan oleh Linderman (1944, 1956) memberikan
pemahaman baru yang profesional tentang krisis. Linderman membantu kaunselor
memberikan intervensi krisis kepada orang yang menderitakan kerana kehilangan di
mana
mereka tidak mempunyai diagnosis pathalogi yang spesifik tetapi menunjukkan simptom
pathologi. Teori krisis asas Linderman dan kerja beliau memberikan sumbangan yang
substansif kepada kita dalam memahami tingkah laku klien yang mengalami kesedihan
yang
amat sangat akibat mengalami kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidup.
Beliau
membantu untuk mengenal pasti respons tingkah laku seperti kesedihan yang amat
sangat
adalah normal, bersifat sementara, dan boleh berkurang melalui penggunaan
intervensi jangka
pendek. Contoh tingkah laku yang biasa kepada orang yang mengalami krisis
termasuklah
terlalu leka dengan kehilangan, identifikasi kepada kehilangan, mengespretasikan
rasa
bersalah dan permusuhan, rutin harian yang tidak tersusun, dan bukti terhadap
rungutan
somatik.( Jasonik, 1984). Linderman menyangkal persepsi lazim yang menyatakan
bahawa
klien yang menunjukkan respons krisis patut dirawat sebagai seorang yang abnormal
atau
bermasalah pathalogi.
Linderman memfokuskan kepada resolusi segera untuk kesedihan selepas kehilangan,
Caplan (1940) pula memperkembangkan idea yang di bina oleh Linderman kepada
keseluruhan faktor dalam kejadian yang traumatik. Caplan melihat krisis sebagai
sesuatu
perkara yang terhasil daripada halangan yang wujud kepada matlamat hidup di mana ia
tidak
boleh di atasi oleh tingkah laku yang biasa. Halangan ini boleh muncul dalam
perkembangan
hidup seseorang dan situasi tertentu. Linderman dan Caplan menguruskan intervensi
krisis ini
mengikut trauma psikologi yang menggunakan paradigma keseimbangan dan
ketidakseimbangan. Peringkat dalam paradigma Linderman adalah, keseimbagan yang
terganggu, terapi ringkas atau tugas kesedihan, tugas klien dalam melalui masalah
dan
kesedihan, dan keseimbangan (Jasonik, 1984). Caplan menghubungkan konsep dn
peringkat
yang di perkenalkan oleh Linderman kepada semua perkara dalam perkembangan dan
situasi
dan memperkembangan intervensi krisis kepada menghapuskan herotan dalam kognitif,
emosi, dan tingkah laku yang menjadi punca utama kepada trauma psikologi.
ii) Teori Humanistik
6
Teori humanistik adalah dibina berdasarkan pelbagai dimensi. Cormier dan Hackney
(1987) memerihalkan sebagai peningkatan estim kendiri iaitu keterbukaan,
kepercayaan,
perkongsian, keselamatan, penerimaan tanpa syarat, empati yang tepat, dan
ketulenan. Intipati
dalam teori humanistik ini adalah manusia tidak mampu menyimpan krisis masalah
peribadi
ini selamanya sekiranya mereka percaya terhadap diri mereka dan orang lain serta
mempunyai
keyakinan yang mereka mampu untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan dapat
menyelesaikan masalah.
Psikologi humanistik mencoba untuk melihat kehidupan manusia sebagaimana manusia
melihat kehidupan mereka. Mereka cenderung untuk berpegang pada prespektif
optimistik
tentang sifat alamiah manusia. Mereka berfokus pada kemampuan manusia untuk
berfikir
secara sadar dan rasional untuk dalam mengendalikan hasrat biologisnya, serta dalam
meraih
potensi maksimal mereka. Dalam pandangan humanistik, manusia bertanggung jawab
terhadap hidup dan perbuatannya serta mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk
mengubah sikap dan perilaku mereka
Apabila seseorang berunding tentang penilaian kendiri dengan orang lain, mereka
akan
lebih bergantung kepada orang lain untuk mengesahkan siapa diri mereka. Oleh sebab
itu
selagi individu mengekalkan lokus kawalan luaran, krisis akan muncul. Matlamat
akhir dalam
teori humanistik adalah membawa kuasa penilaian kendiri balik kepada individu
tersebut,
membolehkan dia berupaya untuk kembali mengawal kehendak diri dan membina kebolehan
untuk mengambil apa saja tindakan yang diperlukan untuk mengatasi situasi krisis.
iii) Teori Kewujudan
Teori kewujudan berfokus kepada krisis klien yang merasa keseorangan di dalam dunia
serta merasa bimbang di dalam keseorangan ini. Penteori Kewujudan melihat manusia
sebagai
berupaya mencapai kesedaran kendiri yang membolehkan mereka berfikir dan membuat
keputusan. Lebih tinggi kesedaran mereka kemungkinan mereka mencapai kebebasan juga
lebih tinggi. Kebebasan untuk memilih daripada alternatif adalah menjadi satu
tanggungjawab. Hal ini memberi implikasi bahawa seseorang itu bertanggungjawab ke
atas
kewujudannya dan destinasinya, dia bukan hasil dari kuasa pelaziman yang
ditentukan.
Kesedaran untuk kebebasan dan bertanggungjawab menyebabkan bimbang tentang
kewujudan seseorang yang menjadi asas sifat semulajadi manusia lalu menimbulkan
krisis.
Mengetahui bahawa seseorang itu perlu memilih tanpa mengira kesannya, menyebabkan
krisis kebimbangan. Krisis kebimbangan tentang kewujudan juga adalah hasil daripada
kesedaran tentang kematian kerana sedar bahawa manusia mempunyai masa terhad untuk
merealisasikan potensi diri.

7
AGRESIF
Kelakuan Agresif merujuk kepada tingkah laku fizikal dimana pesakit dengan niat
ingin
melakukan keganasan yang boleh menyebabkan kesakitan.
Sifat agresif boleh terjadi samaada dalam bentuk kelakuan fizikal ataupun secara
percakapan.
Punca agresif
Fizikal
1)

Kesesakan dalam wad (overcrowding)

2)

Kekurangan tidur

3)

Kebosanan ( Boredom)- Kurang aktiviti yang memberangsangkan.

4)

Halangan kebebasan sebagai contoh: pintu-pintu wad terkunci.

5)

Sikap buruk staff terhadap pesakit.

6)
Perhubungan yang tidak harmoni antara staff dengan pesakit ‘mania’ yang menggangu
pesakit lain.

Psikologikal
1)
Kerisauan dan ketakutan apabila pesakit bersemuka dengan ancaman fizikal atau
mental kepada keselamatan pesakit.
2)

Kekecewaan atau kegiatan yang berlebihan seperti dalam keadaan ‘mania’

3)

Halusinasi seperti suara-suara yang menyuruh pesakit menyerang orang lain

Tanda dan gejala


1)

Pesakit melakukan keganasan- kepada pesakit lain/ staff/pelawat.

2)

Keganasan yang boleh merosakkan harta benda hospital.

3)

Gangguan seksual

4)
Mempamerkan emosi yang tidak baik kepada staff.

5)

Menyerang sesiapa sahaja yang berhampiranCara menangani

Semasa kejadian agresif:


1)

Menilai dulu keadaan sebelum mengambil tindakan.


8
2)

Jururawat tidak boleh menghampiri pesakit sendirian- minta bantuan staff lain.

3)

Panggil nama pesakit- supaya pesakit sedar dari halusinasinya.

4)

Suara yang digunakan mestilah lemah lembut.

5)
Sekiranya pesakit tiada tindak balas, baringkan pesakti diatas lantai dengan
melemparkan selimut ke atas kepalanya. Dilakukan oleh empat orang, dengan teknik
yang
betul.
6)

Doktor memberikan suntikan ‘stat’ atau ‘prn’.

7)

Jururawat mesti berada di sisi pesakit sehingga kesan suntikan berlaku.

Selepas kejadian agresif


1)
Selepas pesakit bangun/sedar dari kesan suntikan, berikan pesakit makanan dan
minuman suam.
2)
Bercakap dengan pesakit dan cuba Tanya sebab-sebab pesakit menjadi agresif- Jangan
marah pesakit, terangkan sebab suntikan diberi.
3)

Jika pesakit tidak jadi tenang selepas suntikan, asingkan pesakit atas kebenaran
doktor.

4)
Semasa pengasingan, sentiasa pantau perkembangan pesakit-makanan,minuman,
kesihatan dan elakkan kejadian berlaku semula

9
INSOMNIA
Insomnia adalah keadaan dimana individu tidak mampu untuk tidur apabila tiba masa
untuk
tidur dan ketidakmampuan untuk ‘initiate’ atau mengekalkan lena tidur.Insomnia juga
diklasifikasikan berdasarkan tempoh belakunya gejala dan insomnia bertukar menjadi
transient, kronik, short term. Transient insomnia biasanya berlaku kurang dari
tujuh hari, short
term insomnia biasanya berlaku selama satu hingga tiga minggu, dan insomnia kronik
berlangsung lebih dari tiga minggu.
Etiologi
Dari segi fizikal

Waktu kerja yang lama

Suhu bilik tak kondusif (terlalu panas atau terlalu sejuk)


Situasi dalam kehidupan (ujian persiapan, perceraian, pengangguran, atau berpisah
dengan orang yang dicintai)

Mempunyai penyakit atau masalah kesihatan

Faktor usia:Umur meningkat tua.

Suasana bising dan tidak selesa.


Mengalami masalah dan gejala kesihatan yang tidak terkawal(sakit, demam , masalah
pernafasan, hidung tersumbat, batuk , dan diarrhea) juga boleh menyebabkan
seseorang untuk
menderita insomnia.Gejala ini perlu dikawal kerana ianya boleh menyebabkan resolusi
insomnia.

Common stimulant seperti kafein dan nikotin


Gangguan daripada pasangan tidur seperti bunyi dengkuran yang kuat dan gerakan
anggota badan.
Dari segi psikologikal

Dalam keadaan yang cemas atau ketakutan

Kemurungan(depression)

Stress yang menyebabkan penyakit mental seperti


Mania ( gangguan bipolar )

10
Kaedah pengurusan dan rawatan
1.
Menyediakan persekitaran yang selesa seperti kosongkan bladder sebelum
tidur,persekitaran yang kondusif seperti pencahayaan,bunyi-bunyi dan
sebagainya,memakai
pakaian yang longgar dan lakukan aktiviti rekreasi

2.
Galakkan pesakit berbincang mengenai masalah untuk tidur seperti bincangkan
tentang kemungkinan yang menyumbang kepada kesukaran,’reassurance’ peakit tentang
keselamatan dan terangkan kepada pesakit tentang kepentingan /keperluan tidur

3.
Galakkan pesakit libatkan diri dalam aktiviti yang sesuai untuk galakkan tidur
malam
seperti tingkatkan aktiviti siang hari pesakit,kurangkan masa tidur siang dan ajar
pesakit
teknik-teknik relaksasi yang sesuai.

4.
Kekalkan pemerhatian seperti perhatikan ‘sleep-wake pattern’,perhatikan tingkah
laku
pesakit ketika beliau terjaga

5.
Berikan ubatan seperti yang diarahkan,perhatikan kesan ubatan dan terangkan
keperluan mengambil ubat kepada pesakit.

11
KEMURUNGAN(DEPRESSION)
Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit mental yang melibatkan tekanan
perasaan yang serius kepada individu samada lelaki atau wanita, kanak-kanak,
remaja, dewasa
dan warga emas. Ia melibatkan perasaan dan emosi seperti kesedihan, kepiluan,
kecewa, putus
asa, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira.

Tanda dan gejala


1)
Mengalami gangguan emosi iaitu kemurungan(depression) dalam jangkamasa yang
lama dalam satu hari.Contoh gangguan emosi ini ialah sedih dan hampa dan air muka
kelihatan seperti ingin menangis.
2)
Kehilangan minat atau nikmat terhadap semua perkara atau aktiviti yang dilakukan
dalam sehari.
3)
Hilangnya berat badan yang mendadak walaupun tidak melakukan diet atau
bertambahnya berat badan secara mendadak iaitu 5% daripada berat badan sebelumnya
dalam
masa satu bulan
4)

Insomnia atau hipersomnia setiap hari

5)

Perasaan letih atau kehilangan semangat dan kekuatan diri setiap hari

6)
lain

Perasaan bahawa diri ini tidak berguna dan sentiasa membawa masalah kepada orang

7)
Kemampuan untuk berfikir atau memberi tumpuan semakin berkurangan dan sukar
untuk membuat keputusan berlaku hampir setiap hari
8)
Berulang-kali muncul idea dan fikiran tentang kematian (bukan hanya takut mati)
tanpa tujuan yang jelas, atau mempunyai usaha untuk bunuh diri atau tujuan tertentu
untuk
mengakhiri nyawa sendiri

Etiologi kemurungan(depression)
a)
Harmon.Perubahan keseimbangan hormone tubuh menjadi punca berlakunya
kemurungan (depression).Perubahan hormone berlaku akibat tiroid yang bermasalah,
menopause dan beberapa keadaan yang lain.
b)
Faktor keturunan.Kemurungan(depression) biasanya berlaku jika salah seorang
daripada ahli keluarga mempunyai masalah yang sama
c)
Peristiwa-peristiwa yang berlaku didalam hidup.Peristiwa seperti kematian atau
kehilangan orang yang dicintai, masalah kewangan dan tekanan stress yang melampau
boleh
mengakibatkan kemurungan kepada seseorang.
12
d)
Trauma semasa kecil. Kejadian trauma yang berlaku semasa kecil dapat menyebabkan
perubahan kekal pada otak yang membuat kita lebih mudah mendapat
kemurungan(depression).
e)

Kehilangan maruah diri tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

f)
Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan
kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)
g)
Bagi sebilangan wanita, kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan
pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius
tetapi
jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan, individu ini lebih terdedah
kepada
kemurungan.

Faktor risiko
Walaupun punca kemurungan (depression) belum diketahui secara jelas,tetapi terdapat
beberapa faktor risiko yang boleh menggalakkan lagi penyakit-penyakit tersebut.

Memiliki hubungan kekeluargaan dengan orang yang memiliki kemurungan
(depression)

Wanita lebih rentan terkena kemurungan (depression) berbanding lelaki

Mengalami trauma ketika masih kecil


Mempunyai pengalaman hidup yang memberikan tekanan seperti kematian orang
yang disayangi,ahli keluarga atau kehilangan pasangan hidup.

Memiliki sifat-sifat tertentu seperti kurang keyakinan diri dan kebergantungan yang
berlebihan kepada orang lain dan suka mengkritik diri sendiri.

Penyalahgunaan ubatan seperti nikotin atau ubat-ubatan terlarang


Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang
keupayaan diri seperti kanser, serangan jantung,Alzheimer’s atau HIV/AID.Ini
menyebabkan
fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya
(peranan
sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

13
Cara Mencegah kemurungan (depression)
1.
Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku salah satu simpton di atas. Jangan
tunggu sehingga semua simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar
untuk
dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapi , kaunselor atau orang-
orang yang
berkebolehan membantu.
2.
Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin
dengan
mendekatkan diri kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan ketentuanNya.
Keredhaan
dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah yang terbaik, selagi kita memohon
kepadaNya.
hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.
3.
Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang
boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah
dengan
berzikir
4.
Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan sebak di dada.
Menangis adalah fitrah manusia. Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan
ratapan.
Ratapan akan didengar oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.
5.
Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada
orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang
memerlukan kita. Jika kita terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan
kepada
mereka.
6.

Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri

7.

Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku

8.

Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.

9.

Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang.

14
WITHDRAWAL(PENGASINGAN DIRI)
Pengasingan diri merupakan suatu tingkahlaku atau sikap menjauhkan diri dari
hubungan
interpersonal dengan persekitaran atau individu lain
Etiologi
1)

Kesukaran untuk mewujudkan hubungan/pertalian dengan orang lain

2)

Rasa disingkirkan,tidak berguna dan tertekan

3)

Sikap/rasa tak percaya,pemikiran delusi

4)

Takut akan kegagalan/kekecewaan

5)

Halusinasi

6)

Kecacatan fizikal individu

Kaedah pengurusan dan rawatan


Adakan rapport perawat-pesakit yang baik dengan mengekalkan eye-contact,perkenalkan
diri,terangkan tujuan interaksi,bantu keperluan fizikal jika perlu,nyatakan rasa
prihatin
terhadap sikap pesakit dan bersabar dengan kerenah pesakit.
Menyediakan persekitaran yang kondusif iaitu persekitaran ceria,merangsang dan
menggembirakan,galakkan pesakit melahirkan pemikiran beliau tanpa prasangka dan
elakkan
soalan-soalan yang tidak perlu untuk mengurangkan anxiety pesakit.
Explore maksud pengasingan dengan pesakit iaitu melihat bagaimana pesakit melihat
diri
sendiri,bincangkan situasi,keadaan yang menyebabkan pesakit mengasingkan diri dan
terangkan kepada pesakit kesan sikap beliau.
Meningkatkan interaksi dengan pesakit iaitu memulakan interaksi ‘one-to-one’ kepada
kumpulan kecil dan kemudian kepada kumpulan besar.
Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dengan mengajarkan pesakit skill-skill
komunikasi,asertif dan skill social,terangkan keperluan dan kepentingan social dan
kepentingan ubatan untuk membantu tingkahlaku pesakit.

15
SUICIDAL PATIENT
Keinginan,percubaan atau tingkahlaku yang secara sengaja,sukarela untuk mengambil
nyawa
sendiri.
Cara membunuh diri
1)

‘Drug overdose’

2)

‘self-poisoning’

3)

‘wrist-slashing’

4)

Gantung diri

5)

‘jump’ dari ketinggian atau kenderaan bergerak

6)

Asphyxiation dan sebagainya

Etiologi
1)

Kemiskinan-desakan hidup

2)

Kehilangan –kematian,kerja

3)

‘loneliness’,kesunyian

4)

Tekanan hidup/kerja

5)

Masalah diri,rumah tangga

6)

Ketagihan dadah

7)

Penderaan –fizikal,mental,seksual iaitu trauma

8)
Penyakit mental,seperti depression,puerperal psychosis dan schizophrenia

9)

Penyakit fizikal yang serius dan tiada harapan sembuh

Faktor risiko
1)

Terdapat ‘ideation’ atau percubaan untuk bunuh diri

2)

Berkeinginan untuk mati-rasa hidup tidak berguna,’hopelessness’

3)

Diagnosis seperti major depression,psychotic disorder,antisocial personality


disorder

4)
Sejarah perubatan seperti penyakit-penyakit kronik,tiada harapan sembuh,kesakitan
yang amat
5)

‘recent stressor’-kehilangan pasangan hidup

6)

Sejarah keluarga-‘suicide’,kehilangan ibubapa,keadaan keluarga yang ‘chaotic’


16
Tanda dan gejala
a)

Kemurungan –kesedihan yang amat,’teary’

b)

‘withdrawal’-mengasingkan diri

c)

Putus asa dalam kehidupan

d)

Perasaan ‘tidak mahu membebankan orang lain’

e)

Memberi barangan kesayangan kepada rakan atau individu terdekat

f)

Menulis surat ‘wasiat’

g)

Seringkali meminta maaf tanpa sebab

Pengurusan
1.

Stabilkan pesakit/tenangkan pesakit-restrain jika perlu

2.

Hospitalisasi

3.
Persekitaran yang kondusif dengan keadaan wad yang tenang,dan simpan perkakasan
yang merbahaya
4.

Letakkan pesakit dekat dengan kaunter

5.
Lakukan pemerhatian rapi terhadap ‘suicidal caution chart’(scc) dan pemerhatian
terhadap mental state examination (MSE) yang berterusan.
6.

Pemberian ubatan sekiranya pesakit agresif

7.

Lakukan psikoterapi seperti diversional terapi

Pencegahan
1.
Mempunyai pegangan agama yang kuat

2.

Hubungan kekeluargaanyang rapat /mempunyai kawan karib

3.

‘self-esteem’ yang baik dan sihat

4.

Sokongan sosial yang baik

5.

Berfikiran positif tentang hidup

17
FOOD REFUSAL
Enggan mengambil sebarang makanan yang sepatutnya,yang diberikan kepada pesakit dan
merupakan satu keadaan ‘multi-factoral’.
Etiologi
Faktor-faktor umum:
1.

Makanan yang tidak sesuai/tidak gemar

2.

Persekitaran yang tidak kondusif seperti sesak,bising,berbau

3.

Makanan terlalu panas/sejuk

4.

Berbau busuk,rasa loya

Faktor-faktor fizikal:
1.

Penyakit-eg:sakit gigi,’oral thrush’

2.

Presentasi makanan

3.

Faktor sosiobudaya seperti pantang,ugama

4.

Dementia/’confusion’-‘forgetfullness’

Faktor-faktor psikologikal:
1.

‘pre-occupied’-pesakit terlalu memikirkan sesuatu/leka

2.

Delusi-makanan diracun/tidak setaraf

3.

Halusinasi seperti visual/auditori

4.

Cubaan membunuh diri-‘staving to death’

5.

Pesakit hiperaktif-manic
6.

Pesakit dalam keadaan delirium/amnesia iaitu dalam kebingungan

7.

‘aneroxia nervosa’-enggan makan sebab takut gemuk

Kaedah pengurusan dan rawatan


1.

Adakan rapport dengan menerima pesakit seadanya,jujur dan sikap konsisten

2.
Galakkan pesakit berbincang tentang keengganan beliau untuk makan seperti
bincangkan sebab-sebab,kenali individu yang boleh pesakit berinteraksi dan
kenalpasti
aktiviti yang sebabkan pesakit bersikap demikian
3.
Tingkatkan selera pesakit seperti hidangkan makanan kegemaran,galakkan
‘homecooked’,jika boleh
18
4.

Pastikan makanan menyelerakan

5.

Perbualan yang menyenangkan ketika makan

6.

Persekitaran yang kondusif

7.

Berikan vitamin tambahan untuk meningkatkan selera

19
RUMUSAN
Sebagai rumusan,bagi mengatasi krisis didalam penyakit mental kita hendaklah
mengenal
pasti jenis-jenis krisis yang boleh berlaku seperti krisis dengan diri
sendiri,keluarga,masyarakat,ubatan yang diambil,pekerjaan dan sebagainya.Sebagai
contoh
krisis yang berlaku adalah perasaan marah dan bertindak ganas secara
tibatiba(agresif),tekanan perasaan yang melampau(depression),masalah tidur
(insomnia),enggan
makan,ingin bunuh diri,dementia,delirium,alcoholic,penyalahgunaan dadah dan
mengasingkan diri.Intervensi bagi mengatasi krisis ini adalah dengan memberikan
psychoeducation,psikoterapi,occupational therapy(cara pulih kerja),recreational
therapy (cara
pulih hiburan dan permainan),rawatan ubatan dan rehabilitasi bagi mengurangkan
masalah
dan menenangkan emosi pesakit.Tanggungjawab ini hendaklah dilaksanakan anggota-
anggota
kesihatan yang terlibat seperti pegawai perubatan,penolong pegawai
perubatan,jururawat dan
pembantu perawatan kesihatan di unit-unit psikiatri.

20

Anda mungkin juga menyukai