Anda di halaman 1dari 72

TAZKIRAH

RAMADAN
AL-MUBARAK
Bulan Penyucian Jiwa

Bulan tarbiah penuh keberkatan


Datangnya dinanti penuh kesyukuran
YA ALLAH...…
Pimpinlah daku bersabar mengharungi dugaan,
Jalani segala amalan berbekalkan ketakwaan...
Ya ALLAH...
berikanlah keberkatan kepada kami
pada bulan Rejab dan Syaaban serta
sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
Ya ALLAH ya TUHAN kami...
sesungguhnya bulan yang berkat ini
yang diturunkan al-Quran
dan dijadikan sebagai petunjuk
kepada semua manusia
serta sebagai penerangan
kepada petunjuk dan kebenaran.
Bulan ini telah tiba
maka sejahterakanlah kami di dalamnya
dan sejahterakanlah bulan ini untuk kami.
Ya ALLAH ya TUHAN kami...
kami memohon kepada-MU
untuk memberikan kami jalan kebaikan
menghindarkan kami dari jalan keburukan
yang ENGKAU tidak suka kepadanya
wahai TUHAN yang Maha Mengasihani
dan yang Maha Pengampun.
Pengertian Puasa
Ramadan

Takrif Puasa

Bahasa: Menahan diri daripada makan, minum dan


percakapan. Hal ini bertepatan dengan firman ALLAH
S.W.T yang menceritakan perihal Maryam iaitu:

;%×S_™ C›X+ØSˆm ° À1×q[kW5 r¯Q7¯


Maksudnya:
“Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana
ALLAH yang bersifat ar-Rahman.”- Surah Maryam: 26

Syarak: Menahan diri daripada berbuka pada masa yang


tertentu (iaitu bermula daripada terbit fajar sehingga
terbenamnya matahari), untuk orang yang tertentu (seorang
mukalaf dan disertakan dengan niat).

3
Takrif Ramadan

Ramadan menurut bahasa bermaksud kepanasan atau batu-


batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas.
Ia merupakan satu bulan daripada bulan-bulan Islam yang
berada di antara Syaaban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan
atau diamanahkan kepada umat Islam untuk berpuasa.
Al-Qurtubi berkata: Dinamakan Ramadan kerana ia
membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini kerana
ia diambil daripada kalimah ~B¾iáA yang bermaksud
membakar.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa simbolik
panasnya Ramadan itu bertujuan untuk memberi kesan
kepada hati orang yang berpuasa mengingati pembalasan
hari akhirat. Ini menunjukkan bahawa nama Ramadan
diberi bertepatan dengan cuaca yang panas terik pada ketika
itu. Lazimnya, orang Arab memberi nama bulan-bulan
Islam berdasarkan sifat bulan tersebut.

4
Petunjuk Nabi Muhammad
s.a.w Ketika Berpuasa

P ETUNJUK puasa daripada Nabi Muhammad s.a.w


adalah yang paling sempurna, menepati maksud serta
mudah penerapannya ke dalam setiap jiwa. Di antara
petunjuk puasa daripada Rasulullah s.a.w pada bulan
Ramadan adalah:

1. Meningkatkan dan mempelbagaikan amal ibadat


sama ada yang wajib atau sunat.
2. Memperbanyakkan sedekah, membaca al-Quran,
solat, zikir, iktikaf dan mengkhususkan beberapa
jenis ibadat yang tidak baginda lakukan pada bulan-
bulan lain.
3. Menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya dan
disunatkan dengan mendahului kurma atau air.
4. Baginda bersahur pada waktu imsak di samping
memberi semangat kepada sahabat serta umatnya

5
untuk melakukan hal yang sama.
5. Rasulullah s.a.w melarang orang yang berpuasa
mengucapkan kata-kata keji atau caci maki.
6. Jika baginda bermusafir pada bulan Ramadan,
adakalanya baginda meneruskan puasa dan kadang-
kala berbuka.
7. Baginda pernah dalam keadaan junub (selepas
menggauli isterinya) ketika fajar, lalu segera mandi
junub walaupun telah terbit fajar dan tetap berpuasa
pada siang hari itu.
8. Rasulullah s.a.w juga membebaskan daripada qada
puasa bagi sesiapa yang termakan atau terminum
kerana terlupa dan tidak sengaja.
9. Dalam riwayat yang sahih ada disebutkan bahawa
baginda pernah bersiwak (menggosok gigi) ketika
berpuasa.
10. Imam Ahmad juga pernah meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w menuangkan air di atas kepala
dalam keadaan dirinya berpuasa.
11. Semasa berpuasa juga baginda pernah melakukan
istinsyaq (menyedut air ke dalam hidung) serta
berkumur. Tetapi baginda melarang orang yang
berpuasa melakukan istinsyaq secara berlebih-lebihan.
- Rujuk Kitab Zaadul Ma’ad fi Hadyi Khairil ‘Ibaad, I/320-338

6
Kewajipan Berpuasa

M ENGAPAKAH puasa hanya diwajibkan pada bulan


Ramadan sahaja? Ini kerana Ramadan adalah sebaik-
baik bulan dan syarak pada asalnya menurut Ijmak, tidak
mewajibkan puasa pada bulan-bulan lain. Sebagaimana
yang diriwayatkan di dalam hadis:

iËÇrºA fÍm ÅBz¾i


Maksudnya:
“Ramadan adalah penghulu segala bulan.” - Hadis
riwayat al-Dailami dan Bizar

Sebagaimana yang diriwayatkan Talhah bin Ubaidullah


r.a bahawa seorang lelaki Badwi telah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w tentang Islam. Lalu baginda menjawab:

ÛG ˬ Û :½B_² ?É_ª Î_»¦ ¼Æ :½B² ˬ ÅBz¾i ÁBÍuÊ...


©ËðM ÈÂC

7
Maksudnya:
“... Dan puasa Ramadan. Lelaki itu bertanya:
Adakah bagiku selainnya (puasa itu)? Rasulullah
s.a.w menjawab: Tidak, melainkan ia dilakukan
secara kerelaan hati.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Bilakah Diwajibkan Berpuasa?

SELEPAS peristiwa Hijrah ke Madinah, Rasulullah s.a.w


berpuasa selama tiga hari pada setiap bulan dan juga pada
Hari Asyura. Hakikatnya, puasa telah diamalkan oleh
umat-umat terdahulu dan ahli kitab.
Sehinggalah pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah,
ALLAH S.W.T telah menurunkan ayat al-Quran yang
memerintahkan umat Islam wajib berpuasa pada bulan
Ramadan seperti firman-NYA:

\-[ Ä3Xk¦A¡ Ä1ÁÙkQ WÆ _ °*Å SÄ=W%XÄ WÛÏ°Š \IvcU


‘›Wc

§ª±¬¨ WDSÁ Ž*V" ×1Å‹ \ÈV ×1Á¯ ×V C°% |ÚÏ°Š rQ"Wà _ °*Å
Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang
dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”
- Surah al-Baqarah: 183

8
Maka Rasulullah s.a.w pun mula berpuasa pada bulan
Ramadan dan berkesempatan menunaikannya selama
sembilan tahun sehingga baginda wafat pada bulan Rabiulawal
tahun ke-11 Hijrah.

Pensyariatan Puasa

Berdasarkan tiga sumber hukum utama dalam Islam iaitu:


• Al-Quran:
ASAL pensyariatan puasa adalah sebagaimana yang
disebutkan oleh ALLAH S.W.T:

\-[ Ä3Xk¦A¡ Ä1ÁÙkQ WÆ _ °*Å SÄ=W%XÄ WÛÏ°Š \IvcU


‘›Wc

§ª±¬¨ WDSÁ Ž*V" ×1Å‹ \ÈV ×1Á¯ ×V C°% |ÚÏ°Š rQ"Wà _ °*Å
Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
- Surah al-Baqarah: 183

Pada ketika itu, ALLAH S.W.T hanya mewajibkan


puasa pada bulan Ramadan tanpa menentukan jumlah
harinya. Kemudian ALLAH S.W.T berfirman lagi:

 1š\jTÀiØȉ% ;%ŽcU

9
Maksudnya:
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari
yang tertentu.” - Surah al-Baqarah: ayat 184

Di dalam ayat ini, ALLAH S.W.T telah menentukan


jumlah hari yang perlu dihabiskan untuk berpuasa
oleh umat Islam tetapi belum menjelaskan bilakah
bermulanya puasa Ramadan itu. Maka, ALLAH S.W.T
menyambung firman-NYA:

t9iÉF ÄDXÄ×mÁ Ù °Oj°Ù W$­s5Ê Ýs°Š WD²W%Xq Äm×M\

\i®M\ C\-VÙ  ©DV×mÁÝÙXT s\iÀIÙ ]C°K% 0›R<ªKoWXT ¥ˆ‰< °L

ÈOÕ-¾¡XjÚ VÙ Wm×M…– Ä1Å<°%


Maksudnya:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah)
bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-
Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara kamu
yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa
daripada kamu yang menyaksikan anak bulan
Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah
ia berpuasa bulan itu.” - Surah al-Baqarah: 185

10
Akhirnya, ALLAH S.W.T telah menjelaskan masa
permulaan puasa Ramadan itu selepas menyebutnya
secara samar-samar sebelumnya.

• Hadis:
SEBAGAIMANA yang diriwayatkan Ibnu Umar r.a
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

ÅCÊ ˬ A ÛG È_ºG Û ÅC ÐeBÇq :oœ Ò»¦ ÁÜmáA I


W_YÊ ˬ ÐB_¶lºA ÔB_NÌGÊ ˬ ÐÜvºA ÁB²GÊ ˬ A ½Ëmi Af¿Š
ÅBz¾i ÁËuÊ ˬ OÍJºA
Maksudnya:
“Islam itu terbina di atas lima perkara:
Persaksian bahawa tiada TUHAN selain ALLAH
dan bahawa Nabi Muhammad pesuruh ALLAH,
mengerjakan solat, membayar zakat, menunaikan
haji dan berpuasa pada bulan Ramadan.” - Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim

• Ijmak:
ULAMA bersepakat mengenai kewajipan berpuasa pada
bulan Ramadan dan ia amat diketahui sebagai salah satu
daripada Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh semua
umat Islam.

11
Siapakah yang
Diwajibkan Berpuasa?

Islam
PUASA merupakan ibadat yang diwajibkan ke atas orang
Islam sahaja. Orang kafir tidak dituntut mengerjakan puasa
kerana sifat kekufuran (keingkaran) yang ada dalam diri
mereka. Kekufuran mereka merangkumi semua cabang
agama. Maka, pembalasan bagi mereka ialah pada akhirat
sahaja. Jika sempat memeluk Islam, maka mereka tidak wajib
menggantikan puasa semasa mereka kafir.

Firman ALLAH S.W.T:




\Q \y ÕiV ‰% 2ÀIV ×m[ÝÙÓÄc SÀIW*AWc D¯ àTÄm[݁ ]Cc°Š°L #É


Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang
yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari
kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa
mereka yang telah lalu.” - Surah al-Anfal: 38

12
Hal ini untuk mengelakkan mereka berpendapat dan
menganggap agama Islam membebankan umatnya.
Manakala bagi orang murtad pula, mereka juga tidak
dituntut untuk berpuasa walaupun berniat ingin bertaubat.
Sekiranya mereka kembali memeluk Islam, maka wajib
menggantikan puasa yang telah ditinggalkan kerana mereka
mesti patuh dan hormat kepada kesucian agama Islam. Tidak
akan gugur tanggungjawab sebagai orang Islam disebabkan
murtadnya itu, malah tanggungjawabnya adalah sama seperti
orang Islam yang lain.

Baligh

PUASA diwajibkan kepada orang yang sudah baligh.


Sebagaimana yang diriwayatkan Ali bin Abi Talib r.a
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Ä__¦Ê ˬ ¬_»JÌ Ò_NY v_ºA Ä_¦ : Ñ_QÜQ Ä_¦ À_»³ºA ¨_®i


´Í¯Ì ÒNY ÅËÃA Ä¦Ê ˬ ¤³ÍNnÌ ÒNY ÀÕBúA
Maksudnya:
“Terlepas hukum dari tiga golongan: Daripada
seorang bayi sehingga dia baligh, daripada seorang
yang sedang tidur sehingga dia terjaga dan daripada
seorang yang gila sehingga dia kembali waras.”
- Hadis riwayat Abu Daud, Al-Hakim, Ahmad, al-Darimi
dan al-Baihaqi

13
Kanak-kanak digalakkan berpuasa ketika umur
mencecah tujuh tahun sekiranya mampu. Ini adalah
untuk membiasakan mereka dengan ibadat itu. Tetapi
hendaklah dipukul sekiranya mereka tidak berpuasa apa-
bila umur sudah mencapai sepuluh tahun. Hukum ini
berdasarkan hukum qiyas dalam mendidik anak-anak
mendirikan solat.
Seandainya mereka telah baligh dan tidak pernah berpuasa
sebelum itu, maka tidak diwajibkan untuk menggantikan apa
yang telah ditinggalkan ketika masih kanak-kanak. Hal ini
kerana qada puasa hanya diwajibkan untuk sesuatu yang baru
sahaja. Ini bermakna, kanak-kanak yang baru baligh atau
cukup umur, tidak perlu qada puasa yang sebelum itu.

Berakal

SALAH satu syarat wajib puasa adalah orang yang berakal.


Manakala orang yang gila, orang yang berada dalam keadaan
tidak sedarkan diri dan kanak-kanak yang belum mumaiyiz
(masih belum dapat membezakan baik atau buruk akan
sesuatu perkara), tidak diwajibkan puasa kepada golongan
ini. Ali bin Abi Talib r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w
bersabda:

Ä__¦Ê ˬ ¬__»JÌ Ò__NY v__ºA Ä__¦ : Ñ__QÜQ Ä__¦ À__»³ºA ¨__®i


´Í¯Ì ÒNY ÅËÃA Ä¦Ê ˬ ¤³ÍNnÌ ÒNY ÀÕBúA

14
Maksudnya:
“Terlepas hukum dari tiga golongan: Daripada
seorang bayi sehingga dia baligh, daripada seorang
yang sedang tidur sehingga dia terjaga dan dari-
pada seorang yang gila sehingga dia kembali
waras.” - Hadis riwayat Abu Daud, Hakim, Ahmad, Darimi
dan Baihaqi

Terdapat beberapa situasi berkaitan dengan syarat wajib


ini antaranya:

1. Apabila orang yang gila kembali sembuh, maka tidak


wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika
tidak waras sama ada gilanya itu sekejap ataupun lama.

2. Sekiranya pada sebelah siang Ramadan seorang kafir


telah memeluk Islam atau orang yang gila kembali
sembuh atau seorang kanak-kanak telah baligh (yang
mana sebelum itu golongan ini telah berbuka puasa),
maka disunatkan bagi mereka untuk berpuasa pada
separuh hari yang masih berbaki untuk menghormati
waktu tersebut. Tetapi ini bukanlah suatu kewajipan
bagi mereka.

3. Orang yang pengsan dan akalnya telah hilang juga tidak


diwajibkan berpuasa kerana puasanya tidak sah. Tetapi,
wajib mengqada puasa itu apabila dia kembali sedar. Ini
kerana, pengsan termasuk dalam kategori sakit.

15
ALLAH S.W.T berfirman:

ÕC°K% ¸Q„i°ÈVÙ m[Ý\y rQ"Wà ØTU ”²c®p„' 1Å=°% |E[ C\-VÙ

  Wm\\Ê $4ŽcU
Maksudnya:
“Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau
dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka)
itu pada hari-hari yang lain.” - Surah al-Baqarah: 184

4. Jika seorang kanak-kanak yang belum mumaiyiz


berpuasa Ramadan dan pada masa sama baru mencapai
umur baligh, maka wajib baginya untuk meneruskan
puasa itu kerana dia telah termasuk dalam golongan
yang diwajibkan berpuasa.

5. Jika kanak-kanak telah baligh ketika berpuasa sunat


dan berniat untuk meneruskannya, maka tidak wajib
baginya untuk qada kerana ia sekadar puasa sunat.

Bersih daripada Haid atau Nifas

SYARAT wajib puasa seterusnya ialah seorang wanita yang


suci iaitu bersih daripada haid atau nifas. Jika sebaliknya,
puasa mereka adalah tidak sah. Apabila telah kembali
bersih, mereka perlu menggantikan puasa yang tertinggal

16
itu. Sebagaimana yang diriwayatkan Aisyah r.a bahawa
beliau berkata ketika dirinya berada dalam keadaan haid:

ÐÜvºA ÔBz³I j¾Ú ÛÊ ˬ ÁËvºA ÔBz³I j¾Ú Bö


Maksudnya:
“Kami diperintahkan untuk menggantikan puasa,
dan kami tidak diperintahkan untuk mengganti-
kan solat.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Ayat ini merupakan ayat perintah yang bersifat mutlak


dan diqiyaskan kepada wanita yang sedang haid atau
nifas. Kata-kata Aisyah mengenai ‘Kami diperintahkan’
bermaksud Rasulullah s.a.w memerintahkan golongan ini
supaya mengqada puasa Ramadan sahaja tanpa perlu qada
solat yang telah ditinggalkan. Al-Nawawi r.a menyatakan
bahawa wanita yang haid dan nifas wajib menggantikan
puasa mereka kerana ia berlaku secara berulang-ulang.
Sekiranya wanita itu suci pada siang hari, maka mereka
digalakkan untuk kembali berpuasa pada baki separuh hari
tersebut. Ini adalah untuk menghormati waktu puasa yang
masih ada. Tetapi jika enggan, itu tidak mengapa kerana ia
tidak diwajibkan.

Mampu Untuk Berpuasa

JIKA seseorang tidak mampu untuk berpuasa dan boleh


mendatangkan kemudaratan, maka tidak wajib baginya

17
untuk berpuasa. Contohnya seperti orang tua yang langsung
tiada upaya, uzur dan sakit yang tiada harapan untuk
sembuh. Tetapi diwajibkan ke atas mereka membayar
fidyah bagi keadaan seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:




Ûܦԁ°% Ä3\ÈV» ¸RWcÕi°Ù œÈOW5SÁ k°¼Äc |ÚÏ°Š rQ"WÃXT


Maksudnya:
“Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu
memberi makan orang miskin.” - Surah al-Baqarah: 184

Abu Hurairah menyatakan:

ÁËÌ ¼·º ÈÍ»§® ÅBz¾i ÁËu ¨ðNnÌ À»® ·ºA ȶieC ľ


\¿² ľ f¾
Maksudnya:
“Sesiapa yang telah mencapai usia tua, dia
tidak mampu untuk berpuasa, maka dia wajib
mengeluarkan setimbangan gandum setiap hari.”
- Athar riwayat Baihaqi

Ibnu Umar r.a juga pernah berkata bahawa:


Maksudnya:
“Apabila kamu tidak mampu untuk berpuasa,
maka berikanlah makan setiap sehari setimbangan
(makanan).” - Athar riwayat Baihaqi dan Daruqutni

18
Pengecualian
Puasa Ramadan

I SLAM adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan


setiap umatnya. Oleh kerana itu, Islam membolehkan
umatnya untuk berbuka puasa pada siang hari bagi individu
yang mempunyai kesusahan atau keuzuran seperti berikut:

Sakit
SAKIT merupakan musibah yang menimpa manusia. Orang
sakit yang khuatir sekiranya puasa akan menambahkan lagi
kesakitan, lambat sembuh atau mendatangkan gangguan
dan kemudaratan kepada dirinya, maka tidak wajib bagi
mereka untuk berpuasa tetapi perlu menggantikannya apa-
bila kembali sihat.
Sakit bukanlah dilihat daripada lemahnya seseorang
untuk berpuasa, tetapi dilihat daripada kemudaratannya
yang jelas untuk meneruskan berpuasa. Dibolehkan untuk
tidak berniat puasa pada malam hari, tetapi jika pada sebelah
siangnya dia mampu berpuasa, maka puasanya diterima.

19
Firman ALLAH S.W.T:

ÕC°K% ¸Q„i°ÈVÙ m[Ý\y rQ"Wà ØTU ”²c®p„' 1Å=°% |E[ C\-VÙ


 Wm\\Ê $4ŽcU
Maksudnya:
“Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah berbuka, kemudian wajiblah berpuasa)
sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-
hari yang lain.” - Surah al-Baqarah: 184

Manakala orang yang sakit tetapi tidak mendatangkan


kemudaratan yang jelas, maka tidak dibenarkannya berbuka.
Tetapi jika pada sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh
sakit pada waktu tengah hari, maka dibolehkan baginya
untuk berbuka. Begitu juga sekiranya pesakit yang berpuasa
kemudian telah sembuh, maka dia tidak boleh berbuka
kerana keringanan baginya telah hilang.
Orang yang sakit perlu menggantikan puasa yang telah
ditinggalkan sebagaimana firman-NYA yang bermaksud:

Wm\\Ê $4ŽcU ÕC°K% ¸Q„i°ÈVÙ


Maksudnya:
“Sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-
hari yang lain.” - Surah al-Baqarah: 185

Musafir
APABILA seseorang bermusafir pada bulan Ramadan dengan

20
jarak perjalanan yang mencecah 85km dan lebih, maka
dibolehkannya untuk berbuka tetapi wajib menggantikan
puasa itu. Tetapi, disyaratkan perjalanan itu mestilah kepada
perkara yang dibolehkan sahaja dan bukan bertujuan
kemaksiatan atau kemungkaran. ALLAH S.W.T berfirman:

ÕC°K% ¸Q„i°ÈVÙ m[Ý\y rQ"Wà ØTU ”²c®p„' 1Å=°% |E[ C\-VÙ


 Wm\\Ê $4ŽcU
Maksudnya:
“Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir
maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah
ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu
pada hari-hari yang lain.” - Surah al-Baqarah: 184

Golongan musafir juga boleh meneruskan puasa


sekiranya tidak meletihkan, membebankan atau mendatang-
kan kemudaratan kepada mereka. Sebagaimana yang
diriwayatkan Aisyah r.a:

ÁË_uC ˬ A ½Ëmi BÌ :½B² ο»mÝA Êj¿¦ ÄI Ðl› ÅC


ÅG :À»__mÊ È__Í»¦ A Ò»__u A ½Ë__mi ½B__³® ?j¯n__ºA Ÿ
jð®D® OÖq ÅGÊ ˬ Àv® OÖq
Maksudnya:
“Bahawa Hamzah bin Amru al-Aslami berkata: “Ya
Rasulullah, apakah ada puasa ketika bermusafir?”
Rasulullah s.a.w menjawab: “Jika engkau ingin

21
berpuasa, puasalah. Jika engkau ingin berbuka,
berbukalah.” - Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Baihaqi

Anas r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau berkata


kepada seorang musafir yang sedang berpuasa:

¼z®C ËÇ® O¿u ÅGÊ ˬ Ñvaj® Pjð®C ÅG


Maksudnya:
“Jika engkau berbuka ia merupakan satu keringanan,
jika engkau berpuasa maka ia lebih baik.” - Athar
riwayat Baihaqi, Bukhari, Muslim dan Abu Daud

Apabila orang yang bermusafir berbuka dalam


perjalanannya, lalu sampai ke destinasi, disunatkan bagi-
nya untuk berpuasa bagi menghormati baki hari yang
tertinggal. Ia tidaklah wajib kerana berbuka disebabkan
keuzuran. Tetapi dia tidak digalakkan untuk makan di
hadapan orang yang tidak tahu mengenai keuzurannya. Ini
bukan sahaja untuk mengelakkan salah sangka atau fitnah,
tetapi disebabkan keringanan berbuka puasa untuk yang
bermusafir telah hilang.
Tidak sah puasa Ramadan bagi orang yang ber-
musafir atau sakit untuk berpuasa ganti, nazar, membayar
denda(fidyah) dan puasa sunat. Ini kerana, Ramadan
adalah waktu untuk menunaikan puasa wajib, bukan yang
sebaliknya.

22
Orang yang Tidak Mampu Berpuasa
SEKIRANYA seseorang itu tidak mampu berpuasa seperti
terlalu tua yang boleh menyebabkan dirinya terlalu letih,
seorang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh,
perempuan yang mengandung atau yang menyusukan
anaknya, maka tidak wajib bagi mereka untuk berpuasa.

Firman ALLAH S.W.T:

 NWm\O ÕC°% ©ÛÏ°Fi r¯Û ×ÅÙkQ WÆ #\È\B W%XT


Maksudnya:
“Dan DIA tidak menjadikan kamu menanggung
sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara
agama.” - Surah al-Hajj: 78

Orang yang tidak mampu untuk berpuasa wajib mem-


bayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Setiap
hari dia mesti memberi kira-kira 600 gram makanan asasi
negaranya. Sekiranya dia mampu untuk berpuasa, maka
tiada fidyah yang patut dikenakan.

Firman ALLAH S.W.T:

Ûܦԁ°% Ä3\ÈV» ¸RWcÕi°Ù œÈOW5SÁ k°¼Äc |ÚÏ°Š rQ"WÃXT


Maksudnya:
“Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah

23
iaitu memberi makan orang miskin.” - Surah al-
Baqarah: 184

ÅC ÅB§ÍðNn___Ì Û ˬ ÐJ___·ºA ÐCj___AÊ ˬ J___·ºA cÍr___ºA Ë___Æ


BÃÍ·n¾ ÁËÌ ¼¶ ÅB§¿ðÍ® ˬ B¾ËvÌ
Maksudnya:
“Seorang lelaki dan perempuan tua, kedua-duanya
tidak mampu untuk berpuasa, maka kedua-duanya
perlu memberi makan orang miskin setiap hari.”
- Hadis riwayat Bukhari

Apabila diwajibkan fidyah ke atas golongan ini, ia


kelihatan seperti sesuatu yang berat. Fidyah itu adalah
yang lebih utama kerana jika ia nampak ringan, maka ia
tidaklah diwajibkan. Sekiranya golongan ini bernazar, maka
puasa Ramadan mereka tidak boleh digabungkan bersama
nazar kerana mereka berada dalam keadaan yang tiada
kemampuan.

Wanita Hamil dan Ibu yang Menyusukan Anak


GOLONGAN ini diberi pengecualian untuk berbuka
bagi meringankan beban yang ditanggung demi menjaga
keselamatan kedua-duanya (anak dan ibu). Sekiranya wanita
hamil berbuka puasa disebabkan bimbang dengan diri dan
kandungannya atau ibu yang menyusukan anak berbuka

24
disebabkan khuatir susunya berkurangan serta membahayakan
anaknya, maka wajib bagi mereka menggantikan puasa itu
pada hari-hari lain atau membayar fidyah.
Fidyah yang mesti dibayar cukuplah sekadar sekali
fidyah untuk seorang anak. Jika mempunyai anak yang
ramai, maka wajib dibayar dengan memberi makan orang
miskin sebanyak 600 gram makanan asasi negaranya bagi
setiap hari yang ditinggalkan.

Diriwayatkan oleh Anas al-Ka’bi r.a daripada Rasulullah


s.a.w bersabda:

ˬ ÐÜv_ºA jð_qÊ ˬ ÁËvºA j®BnA Ħ ¨yÊ •B§M A ÅG


ÁËvºA ¨yjA ÊC ¼¾B‡A ĦÊ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH S.W.T meringankan puasa
daripada orang yang bermusafir dan memendekkan
solat. Dan meringankan puasa daripada wanita
yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.”
- Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad

Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa:

“Keringanan itu adalah untuk orang lelaki dan


perempuan yang terlalu tua. Mereka tidak berdaya
untuk berpuasa. Maka dibenarkan bagi mereka
berbuka. Maka hendaklah mereka memberi
makan orang miskin setiap hari. Manakala bagi

25
wanita yang hamil dan ibu yang menyusukan
anak, sekiranya mereka bimbang kepada anak
mereka, maka mereka boleh berbuka dan memberi
makan.” - Athar riwayat Abu Daud

Seandainya wanita hamil atau ibu yang menyusukan


anak bermusafir atau sakit, mereka dibenarkan berbuka dan
wajib mengqada sahaja tanpa membayar fidyah.

26
Kelebihan Bulan Ramadan
dan Orang yang Berpuasa

A LLAH S.W.T telah mensyariatkan dan mewajibkan


puasa kepada umat Islam kerana ia mengandungi pel-
bagai manfaat, keberkatan dan ganjaran. ALLAH S.W.T
juga telah memuliakan bulan Ramadan dengan menjadikan
puasa sebagai satu ibadat dan Rukun Islam yang ketiga.
Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan
kedatangannya amatlah dinanti-nantikan. Ini kerana umat
Islam dapat menggandakan amal ibadat dan bertaqarrub
kepada ALLAH S.W.T demi keredhaan serta ganjaran
yang telah dijanjikan-NYA. Dengan ini, jelaslah bahawa
puasa Ramadan membuatkan seseorang hamba akan lebih
mementingkan kehendak Penciptanya daripada kemewahan
peribadi sendiri.
Di antara kelebihan lain ialah puasa juga amat hampir
dengan akidah kerana ia dapat meningkatkan keimanan
dan ketaatan kepada-NYA. Ia juga dapat menguatkan serta

27
mendekatkan lagi hubungan kita dengan Yang Maha Esa.
Selain itu, kita juga dapat membuktikan kehambaan dan
memenuhi tanggungjawab yang sempurna kepada ALLAH
S.W.T melalui kepatuhan kita kepada suruhan-NYA dan
meninggalkan segala larangan-NYA.
Di samping itu juga, puasa mampu mendidik jiwa,
membelai perasaan serta memberikan nilai kesihatan pada
badan secara amnya dan sistem pencernaan secara khasnya.
Misalnya, puasa mengaplikasikan sistem gizi dengan
pengambilan makanan yang baik mengikut waktu yang
telah ditentukan, dapat merehatkan sistem pencernaan
pada waktu-waktu tertentu dan mengurangkan tahap
kolesterol yang boleh membahayakan tubuh badan.
Kelebihan puasa yang lain ialah dapat mewujudkan
nilai kemasyarakatan atau sosial yang baik. Mereka yang
lemah dan miskin dapat dibantu dengan diberikan atau
disedekahkan makanan serta sumbangan daripada pihak
yang berkemampuan. Ganjaran bersedekah pada bulan
Ramadan adalah berlipat kali ganda berbanding bulan-
bulan lain.
Tambahan pula, seseorang yang kaya akan mengetahui
nilai setiap kenikmatan dan kemewahan yang ALLAH
S.W.T berikan. Dengan kekayaan yang dimiliki itu,
ALLAH S.W.T telah memudahkan mereka untuk men-
dapatkan apa yang diingini seperti makanan yang enak,
pakaian yang cantik dan apa saja yang dibolehkan
oleh-NYA secara syarie. Maka dengan itu mereka patut
bersyukur di atas segala kurniaan nikmat dan membantu
golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.

28
Orang yang berpuasa bererti diperintahkan kepadanya
untuk bertakwa kepada ALLAH S.W.T, yakni dengan
mengerjakan perintah dan menjauhi larangan-NYA serta
ikhlas lillahi taala. Inilah tujuan sebenar pensyariatan puasa.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

“Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kalian


berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang
sebelum kalian agar kalian bertakwa.” - Surah al-
Baqarah: 183

Berdasarkan ayat itu, hikmah diwajibkan puasa ialah


supaya wujud sifat takwa dan mengabdikan diri kepada
ALLAH S.W.T. Rasulullah s.a.w bersabda:

 oÍ_»® È_I ¼_¿§ºAÊ iÊlºA ½Ë² ©fÌ  ľ


ÈIAjqÊ È¾B§ ©fÌ ÅC Ÿ Ñ_UBY
Maksudnya:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan
dan perbuatan dusta, maka ALLAH tidak teragak-
agak meninggalkan makanan dan minumannya.”
- Hadis riwayat Bukhari

Berdasarkan dalil ini, maka diperintahkan dengan tegas


terhadap setiap orang yang berpuasa untuk mengerjakan
segala kewajipan dan menjauhi perkara yang dilarang.
Misalnya mencela, menghina, berdusta, mengumpat,

29
menjual barang dagangan yang haram, mendengar kata-
kata atau hiburan yang melalaikan daripada mentaati
ALLAH S.W.T.
Sekiranya umat Islam dapat mengerjakan semua amalan
yang diperintahkan dengan penuh keimanan dan meng-
harap pahala daripada-NYA, itu akan memudahkannya
kelak untuk istiqamah meneruskan amalan-amalan tersebut
pada bulan-bulan lain pula. Tetapi, apa yang menyedihkan
ialah terdapat segelintir individu yang berpuasa tidak dapat
membezakan antara bulan puasa dengan hari biasa.
Mereka tetap menjalani kehidupan seharian tanpa
meninggalkan perkara yang dilarang. Sikap ini menunjukkan
mereka bukan sahaja tidak merasai keagungan dan
keberkatan malah tidak menghormati bulan Ramadan yang
mulia. Sungguhpun perbuatan ini tidak memberi kesan
atau membatalkan puasa, tetapi ia dapat mengurangi bah-
kan boleh menghilangkan pahala puasa.
Di antara hikmah puasa yang lain adalah melatih
seseorang menguasai nafsu dan berdisiplin dalam mengatur
jiwanya. Hal ini bertujuan agar mereka mampu memimpin
jiwa demi meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat serta
dapat menjauhi sifat-sifat yang keji.

30
Pengisian
Bulan Ramadan

Perkara-perkara Sunat dalam Puasa

1. Menyegerakan Berbuka
Orang yang berpuasa disunatkan untuk menyegerakan
berbuka apabila telah benar-benar terbenamnya
matahari. Ini sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh
Sahl bin Saad r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Manusia tidak akan terhapus daripada kebaikan


selagi mana dia menyegerakan berbuka.” - Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


“Agama ini tidak akan terhapus selagi mana
adanya manusia yang menyegerakan berbuka.”
- Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Baihaqi

31
Ini berbeza dengan orang Yahudi dan Nasrani
yang melambat-lambatkan berbuka. Sekiranya lambat
disebabkan ada halangan atau hal-hal lain, itu tidak
mengapa. Tetapi, jika sengaja melambat-lambatkannya,
ia adalah perkara yang dibenci kerana bertentangan
dengan hadis-hadis yang disebutkan tadi.

2. Berbuka dengan Buah Kurma


Orang yang berpuasa disunatkan untuk berbuka dengan
buah kurma. Sekiranya tiada, maka bolehlah digantikan
dengan air.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a:

“Nabi s.a.w akan berbuka dengan buah kurma


basah (ruthob) sebelum menunaikan sembahyang,
sekiranya tiada, baginda menggantikannya dengan
kurma kering (tamar), sekiranya tiada, baginda
akan merasai sedikit air.” - Hadis riwayat Abu Daud,
Tarmizi dan Daruqutni

Salman bin ‘Amir r.a berkata: Rasulullah s.a.w


bersabda: “Apabila salah seorang daripada kamu
berbuka, maka berbukalah dengan tamar.
Sekiranya tiada, maka berbukalah dengan air,
sesungguhnya air itu sesuatu yang bersih.” - Hadis
riwayat Abu Daud dan Tarmizi

32
3. Berdoa Apabila Berbuka
Orang yang berpuasa disunatkan untuk berdoa apabila
masuk waktu berbuka. Doa yang selalu diamalkan oleh
Rasulullah s.a.w ialah:

“Ya ALLAH ya TUHANku, aku berpuasa untuk-


MU dan atas rezeki-MU aku berbuka, hilanglah
segala kehausan dan diduga dengan keletihan
dan akan berkekalan balasan pahala dengan izin
ALLAH S.W.T.”

Sebagaimana yang telah diriwayatkan Muaz bin


Zahrah r.h berkata bahawa apabila Rasulullah s.a.w ber-
puasa, baginda akan berbuka dimulai dengan doa:

“Ya ALLAH ya TUHANku, aku berpuasa untuk-


MU dan atas rezeki-MU aku berbuka.” - Hadis
riwayat Abu Daud dan Daruqutni

Ibnu Umar r.a meriwayatkan berkata bahawa apa-


bila Rasulullah s.a.w berbuka, baginda akan berdoa:

“Hilanglah segala kehausan dan diduga dengan


keletihan dan akan berkekalan balasan pahala dengan
izin ALLAH S.W.T.” - Hadis riwayat Abu Daud

Orang yang berpuasa disunatkan berdoa kepada


ALLAH S.W.T kerana ia pasti diterima oleh-NYA.
Sebagaimana yang diriwayatkan Abdullah bin Amru bin

33
Al-‘As bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya doa orang yang berpuasa itu ketika


dia berbuka tidak akan ditolak.” - Hadis riwayat
Ibnu Majah

Ibnu Amru apabila berbuka, dia akan berdoa:

“Ya ALLAH ya TUHANku dengan rahmat-MU


yang ENGKAU limpahkan pada setiap kejadian,
ampunilah aku.” - Athar riwayat Ibnu Majah

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah


s.a.w bersabda:

“Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa-


doa mereka: Orang yang berpuasa apabila dia
berbuka, imam yang adil dan orang yang dizalimi.”
- Hadis riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad

4. Memberi Makan Orang yang Berbuka


Disunatkan untuk mengajak orang lain makan bersama-
sama ketika berbuka. Lebih elok sekiranya kita memberi
makanan kepada orang yang berpuasa ketika berbuka.
Sekiranya tidak mencukupi untuk diri kita dan orang lain,
cukuplah sekadar buah kurma, seteguk air atau susu.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Zaid bin
Khalid Al-Juhni r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

34
“Sesiapa yang memberi orang yang berpuasa
makanan, maka baginya (pemberi makanan)
pahala yang sama seperti orang yang berpuasa.
Tidak akan berkurangan sedikit pun daripada
pahala orang yang berpuasa itu.” - Hadis riwayat
Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi

Sebahagian sahabat berkata:

“Wahai Rasulullah, bukankah kami akan


memperoleh apa yang telah diberikan kepada
orang yang berpuasa?” Rasulullah s.a.w menjawab:
“ALLAH S.W.T akan memberikan pahala kepada
sesiapa yang memberikan makanan kepada orang
yang berpuasa untuk dia berbuka dalam bentuk
buah kurma atau seteguk air atau sedikit susu.”
- Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban

5. Bersahur
Al-Sahar bermaksud lewat malam. Manakala al-Sahur
bermaksud nama makanan yang dimakan ketika bersahur
seperti roti dan sebagainya. Al-Suhur pula bererti perbuatan
dan kata terbitan (dalam bahasa Arab).
Orang yang berpuasa disunatkan untuk bersahur
iaitu makan ketika lewat malam. Sebagaimana yang
diriwayatkan Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

35
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada
keberkatan.” - Hadis riwayat Bukhari

Kenapakah Rasulullah s.a.w mengatakan sahur itu


mempunyai keberkatan?
Hakikatnya, sahur itu mampu memberikan kekuatan
kepada orang yang berpuasa selain memperolehi
kecergasan, kegembiraan dan keselesaan. Manakala
waktu sahur merupakan waktu yang sesuai untuk men-
gumpul tenaga daripada makanan dan minuman yang
diambil.

6. Melewatkan Sahur
Orang yang berpuasa disunatkan untuk melewatkan
sahur. Sebagaimana yang diriwayatkan Aisyah r.a setelah
dikatakan kepadanya:

“Sesungguhnya Abdullah bin Mas’ud r.a


menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur.
Aisyah berkata: “Begitulah yang Rasulullah s.a.w
lakukan.” - Hadis riwayat Muslim

Kita disunatkan melewatkan sahur selagi kita yakin


bahawa waktu itu masih ada. Jika tidak yakin, berhenti
adalah lebih baik. Waktu berhenti sahur adalah sebelum
terbitnya fajar yang dikenali sebagai imsak.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Zar r.a


bahawa Nabi s.a.w bersabda:

36
“Umatku tidak akan terhapus daripada kebaikan
selagi dia menyegerakan berbuka dan melewatkan
sahur.” - Hadis riwayat Ahmad

Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa:

“Nabi s.a.w dan Zaid bin Harithah bersahur


bersama-sama. Apabila selesai bersahur, Nabi
bangun lalu bersembahyang. Kami bertanya kepada
Anas: Berapakah jarak masa kekosongan di antara
sahur dan masuknya waktu sembahyang? Anas
menjawab: Kadar seorang lelaki membaca al-Quran
sebanyak 50 ayat.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

7. Mandi Hadas Besar


Orang yang berpuasa disunatkan mandi selepas berjunub
sebelum terbit fajar supaya bersih bermula dari awal
Ramadan. Sekiranya dia tidak mandi, puasanya tetap sah
kerana berjunub pada malam hari tidak membatalkan
puasa. Tetapi seelok-eloknya disegerakan mandi.

Sebagaimana yang diriwayatkan Aisyah r.a:

“Bahawa Nabi s.a.w berada dalam keadaan berjunub


disebabkan jimak, bukan mimpi. Kemudian baginda
mandi dan berpuasa.” - Hadis riwayat Bukhari, Muslim
dan Ummu Salamah

37
Begitu juga diwajibkan kepada wanita untuk ber-
suci apabila telah kering darah haid atau nifasnya.

8. Memperbanyakkan Amalan Kebaikan


Disunatkan bagi orang yang berpuasa untuk
memperbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan
berbelanja ke arah perkara kebaikan yang pastinya
amalan-amalan itu dikurniakan ganjaran daripada
ALLAH S.W.T. Kita juga disuruh supaya menjadikan
Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam melakukan
kebaikan pada bulan Ramadan.

Sebagaimana yang diriwayatkan Anas r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w ditanya: Wahai Rasulullah,


yang mana satukah sedekah yang paling baik?
Rasulullah s.a.w menjawab: Sedekah pada bulan
Ramadan.” - Hadis riwayat Tarmizi

Selain itu disunatkan juga supaya berbaik-baik sesama


kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga ter-
utama pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan agar
jalinan ukhwah antara satu sama lain dapat dieratkan.
Begitu juga dengan amalan membaca al-Quran
dan bertadarus kerana daripadanya kita dianugerahkan
pahala daripada setiap huruf yang dibaca. Rasulullah
s.a.w semasa hayatnya juga sentiasa memperbanyakkan
bacaan al-Quran pada bulan Ramadan dan baginda
bertadarus bersama Jibril a.s.

38
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a:

“Bahawa Jibril a.s berjumpa dengan Nabi s.a.w pa-


da setiap tahun dalam bulan Ramadan sehinggalah
berpisah, Nabi s.a.w membawa kepadanya al-
Quran.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Disunatkan juga untuk memperbanyakkan solat


sunat dan bertahajud. Sebagaimana yang diriwayatkan
Abu Hurairah r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w selalu menggalakkan untuk bangun


malam pada bulan Ramadan, baginda memerintah-
kan sahabat-sahabatnya dengan keazaman: Barang
siapa melakukan solat malam pada saat lailatulqadar
kerana iman dan mengharap pahala ALLAH S.W.T,
nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Orang yang berpuasa juga disunatkan untuk beriktikaf


di masjid dan diisi dengan ibadat-ibadat terutamanya
pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Nabi s.a.w juga
sentiasa menantikan sepuluh malam yang terakhir itu.
Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang ber-
maksud:
“Nabi s.a.w bersungguh-sungguh pada sepuluh
hari terakhir yang mana baginda tidak bersungguh-
sungguh pada hari yang lain.” - Hadis riwayat Muslim

39
Adab-adab Berpuasa

1. Wajib bagi seorang muslim untuk berpuasa dengan penuh


keimanan dan pengabdian hanya kepada ALLAH S.W.T
semata-mata, bukan kerana riyak atau budaya ikut-ikutan
(taqlid). Demikian juga solat sunat pada bulan Ramadan
seperti solat tarawih, witir dan sebagainya hendaklah
dilakukan dengan penuh keimanan dan kekhusyukan. Ini
adalah kerana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

ľ Áf³M B¾ Ⱥ j¯ª BIBnNYAÊ BÂB™G ÅBz¾i ÁBu ľ

Maksudnya:
ÈJÂg
“Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan
penuh keinsafan, maka akan diampunkan baginya
dosa yang telah lalu.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

2. Adab terpenting dalam berpuasa adalah membiasakan diri


bertakwa kepada ALLAH S.W.T dengan mengerjakan
segala perintah dan menjauhi segala larangan-NYA.
Sesuai dengan firman ALLAH S.W.T:

\-[ Ä3Xk¦A¡ Ä1ÁÙkQ WÆ _ °*Å SÄ=W%XÄ WÛÏ°Š \IvcU


‘›Wc

WDSÁ Ž*V" ×1Å‹ \ÈV ×1Á¯ ×V C°% |ÚÏ°Š rQ"Wà _ °*Å

40
Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
- Surah al-Baqarah: 183

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan


dan perbuatan dusta, maka ALLAH tidak ter-
agak-agak untuk mengabaikan makanan dan
minumannya.” - Hadis riwayat Bukhari

3. Menjauhi apa yang diharamkan ALLAH S.W.T seperti


bercakap bohong, mencela, mencaci, menipu, khianat,
melihat sesuatu yang haram, mendengar muzik yang
melalaikan, mendengar umpatan dan lain-lain perbuatan
haram yang harus dijauhi oleh orang yang berpuasa.

4. Memperbanyakkan sedekah, amal jariah dan berbuat


baik kepada orang lain. Rasulullah s.a.w adalah orang
yang paling dermawan. Baginda menjadi lebih dermawan
pada bulan Ramadan tatkala Jibril menemuinya untuk
bertadarus al-Quran.

5. Sahur
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

41
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada
keberkatan.” - Hadis riwayat Bukhari

6. Berbuka dengan buah kurma


Disunatkan untuk berbuka dengan buah kurma.
Sekiranya tiada, bolehlah digantikan dengan air.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a:

“Nabi s.a.w akan berbuka dengan buah kurma


basah (ruthob) sebelum menunaikan sembahyang,
sekiranya tiada, baginda menggantikannya dengan
kurma kering (tamar), sekiranya tiada, baginda
akan merasai sedikit air.” - Hadis riwayat Abu Daud,
Tarmizi, dan Daruqutni

Ibadat-ibadat Pada Bulan Ramadan

TERDAPAT 13 langkah untuk kita meraih pahala secara


maksimum pada bulan ini. Iaitu:

1. Memperbanyakkan solat sunat.


Pada bulan Ramadan, solat sunat adalah sama nilainya
dengan solat fardu. Manakala solat fardu adalah sama
nilainya dengan 70 kali solat fardu pada bulan yang lain.
Solat sunat rawatib adalah solat yang sentiasa dijaga
pelaksanaannya oleh Rasulullah s.a.w. Ia berjumlah

42
12 rakaat sehari semalam iaitu: Dua rakaat sebelum
subuh, empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas
zuhur, dua rakaat sebelum asar dan dua rakaat selepas
maghrib.

Berkenaan dengan pahala solat sunat, Rasulullah


s.a.w bersabda:

“Barang siapa yang solat dalam satu hari satu


malam 12 rakaat, selain solat wajib, dibangunkan
untuknya sebuah rumah di syurga.” - Hadis riwayat
Muslim

2. Meningkatkan kualiti puasa. Imam Ghazali dalam


kitabnya, Ihya Ulumuddin membahagikan puasa kepada
tiga peringkat iaitu:
Pertama: Puasa Awam ( ÁA˦ ), iaitu menahan makan,
minum dan syahwat pada siang hari bulan Ramadan.
Kedua: Puasa Khawas ( xAËa ), iaitu puasa anggota
badan seperti mata, tangan, kaki dan telinga daripada
melakukan sesuatu yang haram.
Ketiga: Puasa Khawas al-Khawas ( xAˈA xAËa ),
iaitu mengikat hati dengan kecintaan dan mengharapkan
hanya balasan ALLAH S.W.T, membenci perkara-
perkara mungkar, menumpukan hati dengan ketaatan
dan zikir kepada-NYA.

43
Maka, tingkat puasa manakah yang akan kita jalankan?
Sehari kita berpuasa akan dapat menjauhkan diri dari
neraka selama 70 tahun. ALLAH S.W.T akan melipat-
gandakan pahala puasa bagi sesiapa saja yang DIA
kehendaki. Sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w iaitu:

“Barang siapa yang berpuasa satu hari di jalan


ALLAH S.W.T, maka DIA akan menjauhkan api
neraka dari wajahnya selama 70 tahun.” - Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim

“Bau mulut orang puasa bagi ALLAH S.W.T lebih


baik daripada wangi kasturi.” - Hadis riwayat Bukhari

“Orang yang puasa mempunyai pintu di syurga


yang khusus, bernama ar-Rayyan.” - Hadis riwayat
Bukhari

3. Qiamullail
Qiamullail atau bangun pada waktu malam untuk
melakukan ibadat kepada ALLAH S.W.T adalah medium
untuk membina jati diri dan peribadi yang tinggi. Tiada
yang mampu melakukannya kecuali orang yang ikhlas.
Maka paksalah diri kita untuk melakukannya kerana
ganjarannya amat bernilai.
Malik bin Dinar r.a menyatakan: “Tidak ada yang
tersisa daripada kelazatan dunia kecuali tiga perkara
iaitu; berzikir mengingati ALLAH S.W.T, qiamullail
dan bertemu sesama saudara.”

44
Sementara Umar bin Abdul Aziz sangat menikmati
manfaat qiamullail ini dengan menyatakan: “Aku
sentiasa melakukan qiamullail dalam satu tahun, lalu
kurasakan kenikmatannya selama 20 tahun.”
Melaluinya juga kita memperoleh kemuliaan
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang bangun di tengah malam dan


membangunkan isterinya dan mereka bersolat
bersama, maka akan dicatatkan mereka dari
kalangan orang yang banyak mengingati ALLAH.
Sesungguhya ALLAH S.W.T turun setiap malam
ke langit dunia ketika masih ada sepertiga malam
terakhir.” - Hadis riwayat Muslim

Sayidina Umar bin al-Khattab menyatakan bahawa


orang yang melakukan qiamullail mendapat lima
kelebihan iaitu; tergolong dalam kalangan orang yang
soleh, dekat dengan ALLAH S.W.T, jauh daripada dosa,
menghapuskan dosa dan menolak penyakit dari jasad.

Selain itu, pintu taubat dan keampunan pasti


diterima oleh ALLAH S.W.T terutamanya jika dilakukan
di sepertiga malam terakhir. Seperti yang disebutkan di
dalam hadis Qudsi:

“Sesungguhnya ALLAH S.W.T turun setiap malam


ke langit dunia ketika masih ada sepertiga malam
terakhir.”

45
ALLAH S.W.T berfirman:
“Barang siapa yang berdoa kepada-KU,maka akan
AKU kabulkan. Barang siapa yang meminta
kepada-KU akan AKU penuhi permintaannya.
Barang siapa yang memohon ampunan kepada-
KU, maka AKU akan mengampuninya...” - Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim

4. Berzikir
Zikrullah adalah penentu hidup dan matinya hati
seseorang. Seorang tabiin menyatakan:

“Sesungguhnya di dunia ini ada syurga. Orang


yang belum memasuki syurga dunia, tidak masuk
ke dalam syurga akhirat. Syurga dunia itu adalah
zikrullah.”

Memelihara tiga kesempatan dalam berzikir:

a. Zikir pada waktu pagi dan petang. Iaitu mengamalkan


zikir-zikir mudah yang terkandung di dalam al-Ma’thurat
sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Imam Nawawi berpandangan bahawa: “Tidak


ada orang yang rutin memelihara zikir pagi dan
petang kecuali dia orang yang bertakwa.”

46
b. Zikir ketika berada dalam keadaan tertentu seperti
masuk dan keluar rumah, menaiki kenderaan, makan,
tidur dan sebagainya.

c. Zikir hati atau tafakur iaitu memikirkan kejadian


langit, bintang, matahari, bulan, gunung, laut dan pel-
bagai fenomena alam lainnya. Amalan ini akan dapat
memantapkan lagi keimanan di dalam hati. Lalu,
menumbuhkan rasa penyerahan diri kepada ALLAH
S.W.T.

5. Bersedekah
Adakah kita ingin mendekati ALLAH S.W.T dan
kita memperoleh darjat yang tinggi serta menemani
Rasulullah s.a.w di syurga? Adakah kita ingin anak-anak
aman dan terjamin kesejahteraannya apabila kita tiada
kelak?
Kita tidak perlu takut kepada kemiskinan hanya
disebabkan kita bersedekah kerana ALLAH S.W.T
tidak pernah putus memberi balasan kepada orang yang
sentiasa bersedekah. ALLAH S.W.T berfirman:

àœÄ V œÈO[ݰț²ÄjVÙ ;=_\O ˜ª×mV ‹ ¿º­mÙ Äc s°Š Vl C‰%

°OÙjV¯ XT Ž¡×WcXT ù¯Ù Wc ŒXT  <QXnm°: ?Ù\ÈÕªU

§«­®¨ |ESÄÈ\B×mÉ"

47
Maksudnya:
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan
pinjaman kepada ALLAH sebagai pinjaman yang
baik (yang ikhlas) supaya ALLAH melipatgandakan
balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?
Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang Menyempit
dan Yang Meluaskan (pemberian rezeki), dan
kepada-NYAlah kamu semua dikembalikan.”
- Surah al-Baqarah: 245

6. Bertadarus
Membaca atau bertadarus al-Quran adalah ibadat paling
utama pada bulan Ramadan. Berusahalah mengkhatamkan
al-Quran lebih daripada sekali pada bulan ini.

Rasulullah s.a.w bersabda:


“Barang siapa yang membaca al-Quran kemudian
dia melihat seseorang datang lebih mulia daripada
apa yang didatangkan kepadanya, maka dia telah
memperkecilkan apa yang diagungkan ALLAH
kepadanya.” - Hadis riwayat Tabrani

7. Menyegerakan bertaubat
Taubat adalah penyesalan terhadap perkara-perkara
buruk yang pernah dilakukan dan bertekad tidak akan
mengulanginya lagi. Setiap hari kita semua perlu bertaubat
terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.

48
Rasulullah s.a.w bersabda di dalam hadis Qudsi:

“Barang siapa yang mendekatkan diri kepada-


KU satu jengkal, maka aku akan mendekatinya
satu hasta dan barang siapa yang mendekati-KU
satu hasta, maka AKU akan mendekatinya satu
depa. Dan barang siapa yang mendekati-KU
dengan berjalan, AKU akan mendekatinya dengan
berlari.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

8. Beriktikaf
Iktikaf adalah sebahagian daripada sunnah yang sentiasa
dilakukan Rasulullah s.a.w pada sepuluh malam terakhir
pada bulan Ramadan. Bahkan pada tahun kewafatan
baginda, Rasulullah s.a.w melakukan iktikaf selama 20 hari.
Iktikaf bermaksud mendampingi masjid. Tujuan
iktikaf ini ialah untuk membersihkan hati dengan
mengingati ALLAH dan taqarrub (berdamping) dengan-
NYA yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas.

9. Redha di atas segala ketetapan ALLAH S.W.T.


Orang yang paling gembira di dunia ini adalah yang
sentiasa redha dengan ketetapan ALLAH S.W.T.
Keredhaan adalah tingkat yang lebih tinggi daripada
sifat sabar.
Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: “Barang siapa
yang redha dengan ketetapan ALLAH S.W.T ke atas
dirinya, maka ia akan mendapat pahala. Dan barang

49
siapa yang tidak redha terhadap ketetapan ALLAH
S.W.T ke atasnya, ketetapan itu akan tetap terjadi dan
ia tidak mendapat pahala amalannya.”

10. Sentiasa memaafkan orang lain dan mengeratkan


silaturahim
Memaafkan adalah sifat yang mulia. Perasaan marah
tidak wujud di dalam diri sekiranya kita bersedia untuk
memberi kemaafan. Ini juga merupakan sikap baginda
s.a.w.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang mampu menahan marah padahal


ia mampu melampiaskan kemarahannya. ALLAH
S.W.T akan memanggilnya pada hari kiamat di
hadapan ketua para mahluk dan memberinya
kebebasan untuk memilih bidadari mana yang dia
ingini.” - Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah

11. Bahagiakan orang tua (ibu bapa)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Berbuat baiklah dengan ibumu, ayahmu, saudara


perempuanmu dan saudara lelakimu, kemudian
ke bawah dan ke bawah .” - Hadis riwayat an-Nasai’,
Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi

50
12. Bersungguh-sungguh meraih lailatulqadar
Merupakan malam yang paling mulia dalam satu tahun
dan tiada keutamaan yang menyerupainya. Ibadat pada
malam itu lebih baik daripada 1000 bulan. Terdapat
hadis yang menyebut bahawa malam tersebut jatuh
pada salah satu malam sepuluh hari terakhir dari bulan
Ramadan, terutamanya pada malam-malam ganjil.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang bangun pada malam lailatul


qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan,
maka ALLAH S.W.T akan mengampuni dosa-
dosanya yang terdahulu.” - Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim

Lailatulqadar

ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-
Quran) ini pada malam lailatulqadar. Dan
apa jalannya engkau dapat mengetahui apa
dia kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam
lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan
izin TUHAN mereka, kerana membawa segala
perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun

51
yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat)
itu hingga terbit fajar.” - Surah al-Qadr: 1-5

ALLAH S.W.T memberitahu bahawa DIA menurunkan


al-Quran pada malam lailatulqadar, iaitu malam yang
penuh dengan keberkatan.
ALLAH S.W.T berfirman:

 R[Wm›Wv% 
VÙkV r¯Û ÈO›R<ÙWs5U 5¯
Maksudnya:
“Sesungguhnya KAMI menurunkannya pada suatu
malam yang diberkati.” - Surah ad-Dukhaan: 3

Dan malam itu berada pada bulan Ramadan, sebagaimana


firman ALLAH S.W.T:

ÄDXÄ×mÁ Ù °Oj°Ù W$­s5Ê Ýs°Š WD²W%Xq Äm×M\


Maksudnya:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah)
bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-
Quran.” - Surah al-Baqarah: 185

Ibnu Abbas r.a berkata:

“ALLAH S.W.T menurunkan al-Quranul Karim


keseluruhannya secara sekali gus dari lohmahfuz
ke BaitulIzzah (langit pertama) pada malam lai-

52
latulqadar. Kemudian diturunkan secara beransur-
ansur kepada Rasulullah s.a.w sesuai dengan pelbagai
peristiwa selama 23 tahun.”

Malam itu dinamakan lailatulqadar kerana keagungan


dan keutamaannya di sisi ALLAH S.W.T. Pada saat itu
ditentukan ajal, rezeki dan sebagainya selama setahun.
Sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

§­¨ #2j¦\O "mÙ%U r#Å ÅWmÙÝÄc SMn°Ù


Maksudnya:
“Pada malam yang berkat itu, dijelaskan
(kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang
mengandungi hikmah serta tetap berlaku.”
- Surah ad-Dukhaan: 4

ALLAH S.W.T juga menjelaskan keutamaan malam itu


dengan firman-NYA:

§¬¨ m×M\ ªÙU ÕC°K% ¸n×m\] ®qÕiV Ù Å


VÙkV
Maksudnya:
“Lailatulqadar itu lebih baik daripada 1000
bulan.” - Surah al-Qadr: 3

Ini bermakna, beribadat pada malam itu dengan ber-


solat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa adalah
sama nilainya dengan beribadat selama 1000 bulan iaitu

53
bersamaan dengan 83 tahun empat bulan.
Lalu, ALLAH S.W.T memberitahu tentang kelebihan
dan nikmatnya dengan malaikat yang turun pada malam itu,
termasuk Jibril a.s. Mereka turun dengan membawa perkara
kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan
dan takdir ALLAH S.W.T. Seterusnya, ALLAH S.W.T
menambahkan kelebihan malam tersebut dengan firman-
NYA:

§®¨ ­mÕH[ÝÙ §ÌQ Õ¼W% ³/\O `q°F Î2›Q \y


Maksudnya:
“Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga
terbit fajar.” - Surah al-Qadar: 5

Ini bermakna malam itu adalah malam yang penuh


dengan kesejahteraan dan kebahagiaan. Tidak ada sedikit
pun kecacatan di dalamnya, sehinggalah terbitnya fajar. Pada
malam itu, para malaikat termasuk Jibril a.s mengucapkan
salam kepada orang yang beriman.
Rasulullah s.a.w juga menyebut tentang kelebihan melaku-
kan qiamullail pada malam tersebut. Baginda bersabda:

“Barang siapa melakukan solat malam pada saat


lailatulqadar kerana iman dan mengharap pahala
ALLAH S.W.T, nescaya diampuni dosa-dosanya
yang telah lalu.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

54
Manakala mengenai waktu lailatulqadar itu, Rasulullah
s.a.w bersabda:

“Carilah lailatulqadar pada (bilangan) ganjil dari


sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.”
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya

Malam-malam ganjil itu ialah malam ke 21, 23, 25, 27


dan 29.
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya:

“Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku


mengetahui lailatulqadar, apa yang harus aku
ucapkan di dalamnya?” Baginda menjawab,
katakanlah: “Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU
Maha Pengampun, ENGKAU mencintai peng-
ampunan maka ampunilah aku.” - Hadis riwayat
Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Majah

Seharusnya kita sentiasa bersemangat dan bersungguh-


sungguh memenuhi malam-malam tersebut dengan solat,
zikir, doa, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan
demikian kita merasai kelebihan lailatulqadar, sehingga kita
dapat menikmati kebahagiaan yang kekal di syurga.
Pada malam tersebut, hendaklah kita berdoa untuk
kebaikan di dunia dan di akhirat. Antara doa yang perlu
diamalkan ialah:

55
“Ya ALLAH...
perbaikilah untukku agamaku yang
merupakan penjaga urusanku.
Dan perbaikilah untukku duniaku
yang di dalamnya adalah kehidupanku dan
perbaikilah untukku akhiratku
yang kepadanya aku kembali,
dan jadikanlah kehidupan ini
untuk aku berbuat kebaikan,
dan kematian menghentikanku
daripada setiap kejahatan.

Ya ALLAH...
bebaskanlah aku daripada seksa api neraka,
dan lapangkanlah untukku rezeki yang halal,
dan palingkanlah daripadaku
kefasikan jin dan manusia,
wahai Zat Yang Hidup dan terus-menerus
mengurus makhluk-NYA.”

56
Kesilapan Pada
Bulan Ramadan

Antara kesilapan yang sering berlaku ketika berpuasa ialah:

1. Solat witir selepas tarawih

Sabda baginda s.a.w yang bermaksud:


“Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu
yang terakhir dalam satu malam.”

Tidak salah melakukan solat sunat witir selepas


solat tarawih. Cuma, jika seseorang itu yakin akan
kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh
melakukan solat sunat selepas itu, maka lebih afdal
melewatkan witirnya pada akhir malam.

2. Bersahur
Ada di kalangan individu yang bersahur pada waktu

57
tengah malam sebelum tidur kerana malas bangun
pada akhir malam. Orang yang melakukan amalan
ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan
kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi s.a.w dan pastinya
bertentangan dengan sunah baginda.

3. Tidak produktif
Ada juga segelintir individu yang bermalas-malasan dan
tidak produktif dalam melakukan kerja-kerja pada siang
hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yang
dilakukan dengan niat ibadat pasti akan menambahkan
pahala pada bulan yang mulia ini.

4. Tidak ikhlas dalam beribadat


Setiap kali kedatangan Ramadan, ramai jemaah yang
hadir ke masjid atau surau untuk memakmurkannya. Ada
yang datang kerana kemeriahannya dan mengharapkan
‘moreh’nya sahaja. Maka, amat malanglah bagi mereka
yang hadir ke masjid bukan di atas dasar keimanan dan
mengharapkan ganjaran pahala ALLAH S.W.T. Ingatlah
bahawa setiap amalan kita dikira dengan niat.
Semoga salah faham tentang amalan-amalan
yang dinyatakan dapat diperbetulkan dan kita dapat
mempertingkatkan lagi tingkat ibadat sesempurna
mungkin. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan
segala urusan demi kebaikan bersama.

58
Sempurnakan Puasamu

Rukun Puasa

Rukun puasa ada tiga:


1. Orang yang berpuasa.
2. Niat.
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang mem-
batalkan puasa.

Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa :


1. Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardu seperti
Ramadan, nazar, kifarah dan sebagainya.
2. Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib.
Adapun puasa sunat boleh diniatkan pada siang
hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum
tergelincir matahari. Kedua, belum melakukan sesuatu
yang membatalkan puasa.

59
3. Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap
malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat
puasa sekalian Ramadan dengan sekali niat pada awal
Ramadan(malam pertama). Dan berhubung dengan
pendapat Imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie
adalah diharuskan bertaklid dengannya.

Lafaz niat puasa Ramadan:

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan


fardu Ramadan tahun ini kerana ALLAH TAALA.”

Doa Berbuka Puasa

Maksudnya: “Ya ALLAH bagi Engkau aku berpuasa


dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku
berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan
Penyayang.”

Pengertian Sunat Tarawih


Tarawih ertinya beristirahat. Ia dikerjakan selepas solat isyak
60
sehingga menjelang fajar. Solat tarawih ini hanya dilakukan
pada bulan Ramadan dan boleh dilakukan sama ada secara
individu atau berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan
biasanya lapan rakaat dengan tiga witir atau 20 rakaat dengan
tiga witir.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Adalah Rasulullah
s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan
Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang
siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih)
dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan ALLAH maka
diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”

Hukum Solat Sunat Tarawih


1. Hukumnya sunat muakad (yang sangat dituntut) dikerjakan
oleh orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap
malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau
berjemaah.
2. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat
ibadat orang Islam.

Waktu Solat Sunat Tarawih


Selepas menunaikan solat fardu isyak dan sunat ba’diah dua
rakaat.

Rakaat Solat Sunat Tarawih:


1. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan
solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang
61
hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.
2. Pada zaman Rasulullah s.a.w, solat tarawih dikerjakan
sebanyak lapan rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan
sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadis
yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah
mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
3. Pada zaman Khalifah Umar bin al- Khattab r.a pula
beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau
berpendapat bahawa orang Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.
4. Solat sunat tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada
tiap-tiap lapan dengan sekali takbiratulihram, kemudiannya
dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
5. Lafaz niat solat sunat tarawih:

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat


makmum kerana ALLAH TAALA.”

Waktu Imsak
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum
serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari
terbit fajar sadiq (masuk waktu subuh) hingga terbenam
matahari (masuk waktu maghrib) disertai dengan niat dan
syarat-syarat tertentu. Dalil waktu bermulanya puasa adalah
sebagaimana firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat 187
yang bermaksud:

62
“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada
kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
(kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sem-
purnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib).”

Berdasarkan dalil tersebut, maka jelaslah bahawa waktu


puasa itu bermula apabila masuknya waktu subuh. Hal ini
telahpun disepakati oleh ijmak ulama. Adapun waktu imsak
yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya
waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Quran
yang sederhana panjang. Imsak adalah perkataan bahasa Arab
yang bermaksud menahan daripada sesuatu. Waktu imsak ini
adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang itu berhenti makan/
minum ketika bersahur bagi membolehkannya bersiap-siap
untuk menantikan masuk waktu subuh dan juga sebagai
waktu ihtiati (berjaga-jaga/berwaspada) agar tidak tergopoh-
gapah bersahur hingga masuknya waktu subuh. Jadi jelaslah
apa itu waktu imsak dan waktu bermulanya puasa (subuh).

Kesimpulannya, mereka yang makan/minum ketika waktu


imsak (10 minit sebelum masuknya waktu subuh) tidaklah
membatalkan puasanya selagi mana tidak sampai masuk waktu
subuh. Meninggalkan sunah Rasulullah s.a.w dengan sengaja
tanpa alasan munasabah adalah makruh dan tidak terpuji.
Demi menjaga kesempurnaan ibadat puasa kita dan lebih
beradab dalam melaksanakan perintah ALLAH, maka adalah
baik jika kita mengikut panduan yang diberi. Sesungguhnya
DIA Maha Mengetahui.

Ingin menjadi penulis?


Hantarkan manuskrip anda kepada:
wan.rohana@karangkraf.com
019-2557380/ 03-51013836
BACA @ RAMADAN
Perkemaskan ilmu di dalam dada untuk mendapatkan jalan lurus ALLAH Maha Penyayang.

Dapatkan Koleksi Buku KARYA BESTARI


Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf
550 gm

550 gm
432 halaman

452 halaman
RM19.90

RM19.90
Belailah Kalbu Manisnya Iman
Damaikanlah jiwa agar lunak menerima apa jua dugaan. Menyelami isu-isu semasa yang melingkari kehidupan
Bersihkanlah hati agar menerima cabaran dengan tenang seharian. Merangkumi kemusykilan berkaitan ibadat, akhlak,
dan kesulitan bukan lagi penghalang kebahagiaan. fahaman, akidah dan ilmu. Padat dan bermanfaat.
400 gm

400 gm
320 halaman

RM16.00 320 halaman


RM16.00

Rinduku Pada Baitullah TUHAN... Terimalah Aku


Kuatkan tekad dan kesungguhan untuk ke rumah- Himpunan kisah benar yang dialami oleh jemaah haji
NYA, Baitullah al-Haram. Rasailah keseronokan, ke- atau umrah sewaktu di Tanah Suci. Jadikan yang baik
damaian dan ketenangan berada di bumi Raudhah ini. sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan.
BACA @ RAMADAN
Perkemaskan ilmu di dalam dada untuk mendapatkan jalan lurus ALLAH Maha Penyayang.

Dapatkan Koleksi Buku KARYA BESTARI


Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf
300 gm

400 gm
152 halaman

320 halaman
RM19.90

RM16.00
Belajar
B
Belajjar Tajwid Dengan Berkesan Doa & Ti
Tip K
Keluarga
elluarga Bah
B
Bahagia
ahag
agiia
ia
Manual ringkas mempelajari hukum bacaan al-Quran. Memuatkan pedoman kehidupan agar tenang mem-
Bermula dengan pengenalan huruf, sifat-sifat huruf, bina kebahagiaan di dunia dalam landasan TUHAN,
tanda baca hinggalah pecahan hukum tajwid. di akhirat pula mendapat ganjaran yang dijanjikan.
550 gm

500 gm
g
RM18.00 440 halaman

408 halaman
RM18.00

Terima
Te
eri
rima
ima Kasih
Kas
Kasih
ih TUH
T
TUHAN
UHA
UHAN at
AN atas
tas Ci
Cinta Ini Bangkitlah
B
Bangki
kitl
tlah
ah S
Selepas
elep
el
lepas
as Bercerai
Ber
Ber
erce
cera
ce raii
ra
M
Mengadun
d 1001 rasa sukak duka,
d k pengalaman
l serta P
Perceraian
i itu
it bukan
b k penamatt segalal kebahagiaan.
k b h i
sketsa kehidupan, Mendidik hati dengan menjadikan Santapan jiwa buat mereka yang bercelaru akibat
agama dan sunah sebagai tunjang peribadi. kecundang; sama ada diceraikan atau menceraikan.
BACA @ RAMADAN
Perkemaskan ilmu di dalam dada untuk mendapatkan jalan lurus ALLAH Maha Penyayang.

Dapatkan
p Koleksi Buku KARYA BESTARI
Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf

500 gm
300 gm

416 halaman
256 halaman

RM18.00
RM11.00

Doa & Tip Khas Untuk Pelajar 100 Pesanan Terakhir Rasulullah
Menyelami hati seorang ummi yang membawa mutiara Jadikanlah pesanan Rasulullah ini sebagai kayu ukur
nasihat buat anakanda tercinta. Ingatlah... redha amalan kita dan peringatan agar tidak lalai dengan tipu
Rabbul Jalil terletak pada redha seorang ibu. daya nikmat dunia. Manfaatkanlah sebaiknya.
300 gm
550 gm

288 halaman
456 halaman

RM15.00
RM18.00

Zakat Terapi Kekayaan Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz


Pasakkanlah di dalam dada bahawa apa jua harta yang Pentadbirannya dipimpin sepenuh hati berbekalkan
kita ada, hendaklah diladeni ke jalan yang diredhai penyerahan pada ILAHI. Itulah pengurusan insan istimewa
kerana itulah tanggungjawab kita di sisi Rabbul Izzati. Umar Abd Aziz... pemimpin idola sepanjang zaman.
BACA @ RAMADAN

Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf


BACA @ RAMADAN
Dapatkan Koleksi Buku Prima
Hanya yang terbaik dari
Grup Buku Karangkraf

Doa & Tip


Khas Untuk Pelajar
Norlela Ibrahim
RM12.90 128 halaman 150 gm

Hasil penulisan seorang


guru agar pelajar men-
capai kejayaan di dunia
dan di akhirat.

Kisah Kisah Kisah


Nabi Muhammad Nabi Adam Nabi Musa
Syima Syawal Syima Syawal Syima Syawal
RM5.00 20 halaman 100 gm RM5.00 20 halaman 100 gm RM5.00 20 halaman 100 gm

Kisah teladan Nabi Kisah teladan Nabi Kisah teladan Nabi


Muhammad yang Adam yang diceritakan Musa yang diceritakan
diceritakan oleh oleh seorang ibu oleh seorang ibu
seorang ibu kepada kepada tiga orang kepada tiga orang
tiga orang anaknya, anaknya, Abdul Hasif, anaknya, Abdul Hasif,
Abdul Hasif, Abdul Abdul Hafiy dan Abdul Hafiy dan
Hafiy dan Abdul Hariz. Abdul Hariz. Abdul Hariz.
BACA @ RAMADAN

Hanya yang terbaik dari


Grup Buku Karangkraf
KAEDAH PENGIRAAN PESANAN
BERAT KADAR POS
DARI HINGGA SEMENANJUNG SABAH & SARAWAK BRUNEI/S’PURA
CARANYA MUDAH!
0.00G 500G RM8.50 LANGKAH 1:
501G 1KG RM10.00 Buat pilihan buku anda.
1.1KG 1.5KG RM11.50
1.51KG 2KG RM7.00 RM13.00 LANGKAH 2:
2.01KG 2.5KG RM16.00 Campurkan jumlah berat bagi buku pilihan.
2.51KG 3KG RM8.50 RM17.50
3.01KG 3.5KG RM20.50 Contoh:
KURANG 500 gm
3.51KG 4KG RM10.00 RM22.50 20 gm pertama = 0.90 sen Raihlah Bahagia (400 gm) + Kasihmu Semerbak
10 gm berikut = 0.35 sen
4.01KG 4.5KG RM25.00 label = RM 3.50 Firdausi (450 gm) + Talfiq (150 gm) + Solat
4.51KG 5KG RM11.50 RM26.50 Bestari (500 gm). Jumlah berat: 1.5kg.
5.01KG 5.5KG RM29.50
5.51KG 6KG RM13.00 RM31.00 LEBIH 500 gm LANGKAH 3:
250 gm pertama = RM17.60
6.01KG 6.5KG RM34.00 250 gm berikut = RM2.10 Sila rujuk carta kos pos
6.51KG 7KG RM14.50 RM35.50 label = RM 3.50
Lihat harga pos bagi berat tersebut.
7.01KG 7.5KG RM38.50
7.51KG 8KG RM16.00 RM40.00
Pastikan Semenanjung / Sabah Sarawak /
8.01KG 8.5KG RM43.00
Brunei / Singapura (Kos pos bagi setiap
8.51KG 9KG RM17.50 RM44.50 tempat adalah berbeza).
9.01KG 9.5KG RM47.50
9.51KG 10KG RM19.00 RM49.00
(Caj Rm1.50 bagi setiap (Caj Rm1.50 bagi setiap
Berat dibenarkan hingga 30kg.
tambahan 1kg) tambahan 500gram)
Contoh:
JUDUL HARGA BERAT KOS POS JUMLAH SEMUA
(selepas tolak 20%) (lihat disenarai harga) (lihat jadual pengiraan kadar pos) (harga + kos pos)
1. Raihlah Bahagia RM 12.00 400gm
2. Kasihmu Semerbak Firdausi RM 12.00 450gm Campurkan berat buku
3. Talfiq RM 5.60 150gm bagi semua buku kemudian
4. Solat Bestari RM 15.92 500gm padankan berat dijadual.
JUMLAH RM45.52 1500gm (Sem: 7.00) (Sabah/Swk: RM11.50) (Sem: Rm52.50) (Sabah/Swk: RM57.00)
(Brunei/Singapura: RM23.20) (Brunei/Singapura: RM68.70)
BORANG LANGGANAN
Kepada: Unit Langganan,
LAYARI KAMI DI www.alaf21.com.my LAYARI KAMI DI www.karyabestari.blogspot.com
Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.,
http://www.facebook.com/#!/oasisbuku?ref=ts LAYARI KAMI DI www.bukuprima.com.my
Lot 2, PJalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor
40200 Shah Alam, Selangor.
JUDUL HARGA BERAT KOS POS JUMLAH SEMUA
(less 20%) (lihat di senarai harga) (lihat jadual) (harga + kos pos)
Campurkan berat buku bagi
semua buku

Anda boleh membuat


bayaran secara bank in -
bayar (menurut harga buku)
terus ke akaun GRUP BUKU
KARANGKRAF SDN. BHD.
(MBB 014271416077).

Fakskan slip bank (nyatakan


nama, judul buku, alamat,
no. tel dan akaun alaf (jika
JUMLAH Nilai Jumlah berat Kos Pos mengikut Campurkan nilai ada). No. Faks: 03-51013685
pembelian kesemua buku berat keseluruhan pembelian & kos pos

Bersama-sama ini disertakan MO/PO/CEK berjumlah RM_____________ atas nama GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.
BHD. sebagai bayarannya. Kirimkan buku tersebut kepada:
Nama: ______________________________________________ Emel: _____________________________________________
Alamat: _____________________________________________ No. K/P:____________________________________________
___________________________________________________ Pekerjaan:__________________________________________
___________________________________________________ Tel Rumah:________________ Tel Pejabat:________________
___________________________________________________ Bilangan Anak:______________ No. Akaun Alaf:___________
Status:__________________ Tarikh Lahir:__________________ T/Tangan:__________________Tel: h/p:___________________
Sebarang pertanyaan sila hubungi: RJ Shahfaizal: 017-5782309 / Hanafi: 019-2297371 / Ibrahim: 013-3330591 / Nizam: 019-2297267 / Wan Rohana: 019-2557380
“YA ALLAH... inilah bulan Ramadan yang di dalamnya
ENGKAU telah turunkan al-Quran. Aku berlindung
dengan kekuasaan-MU yang mulia, wahai Pemilik fajar
yang terbit dari malam-malamku dan Pemilik bulan
Ramadan yang sudah berlalu ini.
Kepada-MU aku mengadu akan kesalahan dan
dosaku yang dengannya ENGKAU akan menyeksaku
pada hari perjumpaan dengan-MU kelak. Ya ALLAH...
janganlah ENGKAU jadikan puasa ini sebagai puasa
yang terakhir dalam hidupku. Seandainya ENGKAU
menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini
sebagai puasa yang dirahmati, bukan sia-sia.
Ya ALLAH... jadikanlah puasaku di dalamnya
mendapatkan pahala serta diterima sebagai amalan yang
mendatangkan keredhaan-MU dan daripada Rasul-MU
serta dihubungkan cabang-cabangnya dengan pokok,
dengan hak kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan ahli
keluarga baginda s.a.w yang suci.”

www.alaf21.com.my / www.karyabestari.blogspot.com
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
No. Tel: 03-5101 3836/3683/3684 Faks: 03-51013685

Anda mungkin juga menyukai