Anda di halaman 1dari 1

SENARAI TUGAS JURUAUDIT DALAMAN

- Juruaudit Dalaman adalah dilantik oleh Guru Besar sekolah untuk menjalankan
pemeriksaan ke atas kewangan sekolah pada bila-bila masa (2 minggu sekali) agar tidak
berlaku hal-hal yang tidak diinginkan. Disamping itu juga pemeriksaan ini bertujuan untuk
menjaga tatacara perbelanjaan mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa agar tidak
menyalahi peraturan yang telah ditetapkan sebelum pihak sekolah didatangi oleh mana-mana
Audit dari JPN ataupun KPM.

Di antara tugas-tugas yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah :

1. Memeriksa Pesanan Sekolah


- Nota Minta dibuat oleh pihak yang meminta dan DILULUSKAN oleh Guru Besar
- Disediakan Lampiran pesanan
- Berdasarkan Lampiran pesanan, Pesanan Sekolah dikeluarkan dan ditandatangani
oleh Guru Besar
- Pesanan Sekolah diserahkan kepada pihak pembekal
- Terima bekalan yang dipesan bersama dengan invois dan Pesanan Sekolah
- Invois dan Pesanan Sekolah yang diterima disemak dan dicop tarikh penerimaan
- Semak tarikh pada invois dan Pesanan Sekolah
- Pastikan Pesanan Sekolah TELAH ditandatangani oleh pihak pembekal
- Tarikh perakuan sekolah tidak boleh lebih awal dari perakuan pihak Pembekal;
- Nombor folio dalam Pesanan Sekolah hendaklah hendaklah DIISI oleh Penerima

2. Memeriksa Pembelian dan Pembayaran


- sila pastikan pembayaran menggunakan sub-head yang betul
- sila pastikan tiada pembelian dari luar tender tetapi ada dalam tender
- sila pastikan semua pembayaran bagi setiap perbelanjaan direkod di dalam Buku
Tunai dan Daftar Bil; dan
- sila pastikan juga baucar bayaran, nota minta, pesanan sekolah, invois
disimpan di dalam fail baucar sekolah

3. Memeriksa Buku Tunai


- sila pastikan amaun yang ditulis adalah betul
- sila pastikan juga ianya ditulis di dalam lajur yang betul
- sila pastikan agar semua perbelanjaan dicatat di dalam buku tunai
- sila pastikan tandatangan Guru Besar diturunkan di ruang tandatangan;
- sila pastikan kira-kira ditutup pada penghujung bulan dan ada disemak
dan ditandatangani oleh Guru Besar

4. Memeriksa Buku Subsidiari


- (Rujuk Baucar Bayaran)
- sila pastikan amaun yang dibayar sama seperti yang dicatat di dalam baucar

5. Memeriksa Rekod Daftar Bil


- (Rujuk Baucar Bayaran)
- sila pastikan bil/invois dibayar dalam masa 14 hari

Anda mungkin juga menyukai