Anda di halaman 1dari 2

SKRIP PIDATO

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah
berkata, bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek
tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa. Kata-kata ini membuat saya terpanggil untuk
merungkaikan melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia.

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman
berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi.

Assalamualikum salam sejahtera dan salam SK Kati Excellent ,

Sidang saksi yang saya hormati,

Izinkan saya merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini.

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan
kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik
terhadap orang lain, mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi
bahasa.

Sidang saksi yang saya muliakan

Sesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama
kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat
yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya
subjek pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan peranan penting dalam
menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku
persekolahan.Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak
menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan
dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk,tutur bahasa yang kasar
dan tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak
sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat
resam timur yang akhirnya mempengaruhi imej,watak dan penampilan diri seseorang.
Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu
memiliki budi pekerti tinggi.

Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya
orang muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu bapa,murid menghormati
guru.Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang
muda.Firman Allah s.w.t: dalam surah Al-Hajh ayat 24 yang bermaksud,

“Dan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta
diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji”.
Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai
budaya bahasanya. Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar kebendaan,pangkat hingga
menafikan nilai-nilai murni. Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat
luntur akhlaknya.Kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu
dipersada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan dalam apa
jua keadaan agar budaya dan agama kita dinilai sebagai yang terbaik.

Sidang penonton penuh santun,

Bahasa melambangkan bangsa, justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan
masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik. Kita hendaklah
membudayakan budi bahasa samada di tempat kerja,jalan raya,rumah dan masjid.Kita
juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada
cara berfikir,melahirkan perasaan,pertuturan dan perlakuan. Hanya dengan cara itulah kita
dapat membentuk satu budaya kerja yang mantap dan berkesan.

Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-


menghormati antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan
orang lain.

“Tegak rumah kerana sendi,


Rosak sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Rosak budi runtuhlah bangsa”.

Sidang saksi yang dihormati,

Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap


masyarakat pada setiap masa, maka semua pihak perlulah memainkan peranan masing-
masing.Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjulkan sikap yang terbaik
ketika berkomunikasi dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa
yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.

Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan generasi
berbudi bahasa melalui penyebaran maklumat kepada pengguna.Pemantauan
hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan
budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.

Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam


komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada dalam
keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.

Apa tanda Melayu jati


Adat dan syariat dipegang mati

Apa tanda Melayu beradat


Budi bahasa dipegang erat

Anda mungkin juga menyukai