Anda di halaman 1dari 4

SKEMA PEMARKAHAN SCE3103

SOALAN STRUKTUR

(30 Markah)

Arahan:Jawab semua soalan.

1.
Nitrogen dalam atmosfera

Proses P
Proses Q
Tumbuhan X Nitrit

Protein Haiwan Sebatian ammonium

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan satu kitar nitrogen.

a Sebatian X diserap oleh akar tumbuhan. Terangkan apa yang akan berlaku pada
sebatian ini.

 Sebatian X digunakan untuk sintesis protein dan membentuk sebatian


nitrogen organik dalam tumbuhan.

1 fakta x 1 markah = 1markah


1 fakta + huraian x 2 markah = 2markah

b Jelaskan dua kaedah bagaimana nitrogen dalam atmosfera boleh ditukar kepada
sebatian X.

 Ditukar oleh bakteria pengikat nitrogen seperti Nostoc.

2 markah

 Ditukar oleh bakteria pengikat nitrogen contohnya Rhizobium dalam


nodul akar tumbuhan kekacang.

1 fakta x 1 markah = 1markah


1 fakta + huraian x 2 markah = 2markah

1
SKEMA PEMARKAHAN SCE3103

c Terangan bagaimana protein haiwan ditukarkan kepada X.

 Semasa proses penguraian dengan mengurai mikroorganisma seperti


bakteria dan kulat.

1 fakta x 1 markah = 1markah


1 fakta + huraian x 2 markah = 2markah

d Huraikan bagaimana seorang petani boleh meningkatkan kandungan X dalam


ladang jagungnya.

 Melalui proses Harber di mana gas ammonia yang terhad digunakan


untuk menghasilkan baja nitrogen. Baja-baja ini digunakan oleh sintesis
protein oleh tumbuhan.

fakta x 1 markah = 1markah


1 fakta + huraian x 2 markah = 2markah
Jumlah= 10 markah

2.

Pantai

Zone 1 Zone 2 Zone 3

Rajah 3.1

Rajah 3.2

Rajah 3.1 menunjukkan profil suatu paya bakau manakala Rajah 3.2 menunjukkan tiga
jenis akar pokok paya bakau yang dijumpai di kawasan pantai.

2
SKEMA PEMARKAHAN SCE3103

a Berdasarkan Rajah 3.1 dan 3.2 , terangkan masalah yang dihadapi oleh pokok
bakau dan penyesuaiannya untuk hidup di habitat bakau.

 Tanah lumpurnya yang lembut tidak dapat menyokong tumbuhan.


Masalah ini diatasi dengan sistem akarnya yang bercabang meluas
supaya dapat mengeratkan dan menyokongnya dalam tanah yang
lembut.

 Tanahnya yang bertakung air mengandungi oksigen yang kurang untuk


respirasi akar.
Masalah ini diatasi dengan kebanyakan pokok bakau mempunyai akar
pernafasan

1 fakta x 1 markah = 1markah


1 fakta + huraian x 2 markah = 2markah
2 fakta + huraian x 2 markah= 4 markah

b Huraikan bagaimana proses pengkolonian dan sesaran yang berlaku di paya


bakau bermula di Zon I,II dan III sehingga terbentuk komuniti klimaks.

 Spesies perintis di paya bakau adalah Avicennia sp. dan Sonneratia sp.
Pneumatofor mengambil udara untuk respirasi. Akar tersebar dengan
meluas bagi menyediakan sokongan dan memerangkap lumpur. Lebih
banyak lumpur dikumpulkan dan tebing perlahan-lahan menjadi tinggi. Air
berkurangan dan tidak sesuai lagi untuk spesies perintis.
 Rhizophora sp. menggantikan spesies perintis secara perlahan-lahan.
Pokok bakau ini mempunyai biji benih vivipariti bagi memastikan anak
benih dapat hidup dan mempunyai akar jangkang bagi menyokong dan
mengukuhkan pokok itu. Akar jangkang memerangkap lumpur. Spesies
perintis dan Rhizophora sp. yang tua mati dan terenap di tebing. Tebing
menjadi lebih tinggi dan tanah adalah lebih kering dan padat.
 Spesies bakau yang lain,iaitu Bruguiera sp. menggantikan
Rhizophora sp. Ia mempunyai akar banir untuk sokongan dan
memerangkap lebih banyak lumpur. Ia mempunyai pneumatofor
berbentuk lutut untuk pertukaran gas. Semakin banyak mendapan dan
bahan reput terenap di tebing, pesisir akan menjadi lebih jauh daripada
laut. Tanah menjadi lebih keras dan daratan terbentuk. Pokok bakau
perlahan-lahan digantikan oleh tumbuhan darat yang akhirnya
membentuk hutan hujan tropika yang merupakan komuniti klimaks.
1 fakta x 1 markah = 1 markah
1 fakta + huraian x 2 markah = 2 markah
3 fakta + huraian x 2 markah = 6 markah

Jumlah = 10 markah

3
SKEMA PEMARKAHAN SCE3103

3. Seorang pelajar ingin menganggarkan saiz populasi tikus di sebuah ladang kelapa
sawit. Pelajar itu memasangkan perangkap secara rawak di ladang tersebut dan berjaya
menangkap 240 ekor tikus. Pelajar menandakan setiap ekor tikus itu lalu
melepaskannya. Dua hari kemudian,pelajar memasangkan perangkap lagi secara
rawak. Sebanyak 180 ekor tikus ditangkap kali ini. Daripadanya, 30 ekor tikus didapati
bertanda.

a Cadangkan dua cara yang mungkin digunakan untuk menanda tikus.

 Dengan memasang gelang ringan pada salah satu kakinya.


 Dengan menandakan setitik cat selulosa pada ekornya.

1 fakta x 1 markah = 1markah


1 fakta + huraian x 2 markah = 2markah
2 fakta + huraian x 2 markah= 4 markah

b Kirakan saiz populasi tikus di ladang tersebut. Nyatakan rumus yang anda
gunakan.

Saiz populasi tikus


= Bilangan tikus dalam tangkapan 1 x Bilangan tikus dalam tangkapan kedua
Bilangan tikus yang bertanda dalam tangkapan kedua
3 markah
= 240 x 180
30 2 markah
= 1440 ekor 1 markah

Jumlah =10 markah

Anda mungkin juga menyukai