Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Program Jalinan dan Jaringan Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku Bersama Kolej Komuniti Taiping

2019

KERTAS KERJA
PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN
KURSUS PEMBUATAN MAKANAN SEJUK BEKU
BERSAMA
KOLEJ KOMUNITI TAIPING

1.0 PENDAHULUAN

Penggubalan KSSM Pendidikan Khas mengambil kira pendidikan yang sesuai dan relevan bagi
kumpulan Murid Berkeperluan Khas (MBK) mengikuti mata pelajaran kemahiran vokasional. KSSM
Pendidikan Khas menyediakan ruang dan peluang untuk MBK yang berkeupayaan mempelajari dan
menguasai pengetahuan dan kemahiran vokasional serta nilai ke arah menghasilkan modal insan yang
berkemahiran bekerja dan mampu berdikari.

2.0 MATLAMAT

Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku yang akan dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran pelajar-pelajar Kemahiran Kursus Vokasional Spesifik dalam pembuatan makanan amnya dan
pembuatan roti khususnya. Jalinan dan jaringan bersama agensi luar adalah selaras dengan hasrat KPM
agar MBK turut mendapat pengiktirafan di samping pensijilan oleh Kolej Komuniti Taiping.

3.0 OBJEKTIF

3.1 mewujudkan jalinan dan jaringan dengan institusi pendidikan yang diiktiraf dalam bidang
latihan dan kemahiran spesifik

3.2 membina hubungan komuniti dan rangkaian kerjasama dua hala di antara sekolah dan badan
kerajaan

3.3 mengembangkan kemahiran pelajar dalam proses pembuatan makanan sejuk beku

3.4 menggalakkan pelajar ke arah transisi kerjaya dalam bidang keusahawanan

1
Kertas Kerja Program Jalinan dan Jaringan Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku Bersama Kolej Komuniti Taiping 2019

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Semua pelajar yang mengikuti Kemahiran Kursus Vokasional Spesifik dan Asas Masakan

4.2 Semua guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Kursus Vokasional Spesifik

5.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

Wang PCG Pendidikan Khas (Pembuatan Roti)

6.0 TARIKH AKTIVTI

Tarikh : 24 April 2019 (Rabu)

Masa : 9:00 pagi – 1:00 tengah hari

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA
8:00 pagi Sarapan pagi
8:30 pagi Bergerak ke Kolej Komuniti Taiping
9:00 pagi Pendaftaran dan kursus bermula
1:00 tgh Kursus tamat
Bergerak pulang ke sekolah

8.0 PERBELANJAAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)


1. Bayaran Penyertaan Kursus 13 orang X RM 20.00 260.00

2. Makanan dan minuman pelajar 13 orang X RM 5.00 65.00


JUMLAH 325.00

9.0 PENGLIBATAN

Sila rujuk lampiran

9.0 PENUTUP
2
Kertas Kerja Program Jalinan dan Jaringan Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku Bersama Kolej Komuniti Taiping 2019

Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku bersama Kolej Komuniti Taiping diharap dapat
meningkatkan kemahiran guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI SMK Kamunting dalam bidang pembuatan
makanan. Hubungan Komuniti yang terjalin bertujuan untuk mewujudkan Perkongsian Pintar Dengan
Komuniti Setempat yang meluaskan persekitaran sedia ada agar dapat membina individu yang
menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas.

Disediakan oleh:

___________________________
(ZARINA BINTI MOHAMED ZAIN)
Penyelaras PPKI,
SMK Kamunting,
34600 Kamunting, Perak.

Disemak oleh:

____________________
(LATIFAH BINTI AHMAD)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Kamunting,
34600 Kamunting, Perak.

Diluluskan oleh:

______________________________
(HAJAH NORIHA BINTI HJ. NAWAWI)
Pengetua,
SMK Kamunting,
34600 Kamunting, Perak.

3
Kertas Kerja Program Jalinan dan Jaringan Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku Bersama Kolej Komuniti Taiping 2019

Anda mungkin juga menyukai