Anda di halaman 1dari 5

Teks Juruacara Pertandingan Pidato

CLUE TEKS CATATAN


Ucapan aluan Dari raub pergi ke pontian
Terus pula ke kuala perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi, salam perpaduan, salam


menjulang pendidikan Negeri Sarawak dan Salam 1 Malaysia.

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk


pelaksana, para peserta pertandingan serta para murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana


dengan keizinannya dapat kita bersama-sama memeriahkan
majlis kita pada pagi ini iaitu Pertandingan Pidato Sekolah
Rendah Daerah Limbang bagi Tahun 2018. Pada kesempatan
ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-
alukan kehadiran hadirin dan hadirat sekalian.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Pidato Sekolah


Rendah Daerah Limbang bagi Tahun 2018 telah menerima
sebanyak 11 penyertaan dari sekolah-sekoalh dalam daerah
Limbang.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan


memulakan Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival
Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan
2014. Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya membaca
peraturan pertandingan.
Syarat Hadirin Yang Dihormati Sekalian,
Pertandingan
Sebentar Lagi Kita Akan Memulakan Pertandingan Pidato
Sekolah Rendah Daerah Limbang bagi Tahun 2018. Sebelum
Pertandingan Bermula, Izinkan Saya Membaca Peraturan
Pertandingan.

4.0 Baca Format Pertandingan (m/s 17)


4.1 Bahagian Pertama (m/s 18)
4.2 Bahagian Kedua (m/s 18)
4.3 Syarat-syarat Pertandingan (m/s 18)
Perkenalkan Hadirin dan hadirat sekalian,
Hakim
Sebelum saya memulakan acara, izinkan Saya
Memperkenalkan Tiga Orang Panel Hakim Pertandingan yang
akan mengadili pertandingan ini iaitu :

1) Che Yusrina Binti Che Soh

2) Harpah Binti Jidin

3) Nur Atiqah Binti Jamel

Seterusnya, penjaga Masa Pertandingan pula ialah :

1) _____________________________

2) ______________________________
Peserta Hadirin dan hadirat sekalian,
Pertama
Indah mekar si bunga kiambang,
Mekar mewangi di taman melati,
Pertandingan ini harapannya gemilang,
Melahirkan individu berpotensi tinggi

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, untuk sama-sama


kita menyaksikan para peserta menunjukkan bakat dan
potensi masing-masing dalam pertandingan yang ini.

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin


menjemput dan mempersilakan peserta pertama iaitu adik :
Nama : ______________________________
untuk menyampaikan pidatonya yang bertajuk
Tajuk : _____________________________

Majlis mempersilakan.

Peserta Kedua Demikian Pidato Penuh Semangat Peserta Pertama.

Seterusnya Majlis Mempersilakan Peserta Kedua iaitu adik :


Nama : ______________________________
Dengan pidatonya yang bertajuk
Tajuk : _____________________________

Majlis mempersilakan.

Peserta Terima Kasih diucapkan kepada peserta kedua. Satu


Ketiga Penyampaian Pidato Yang Mengkagumkan.

Kini Tiba Giliran Peserta Ketiga iaitu adik :


Nama : ______________________________
Dengan pidatonya yang bertajuk
Tajuk : _____________________________

Majlis mempersilakan.

**Ulang untuk peserta seterusnya**

Selesai Dengan berakhirnya pidato dari peserta yang ke sebelas


Bahagian sebentar tadi, Maka berakhirlah pertandingan Pidato untuk
Pertama (A) Bahagian Pertama. Para peserta diminta bersedia untuk
pertandingan Pidato Bahagian Kedua iaitu pidato secara
spontan.

Mula Bahagian Hadirin dan Hadirat sekalian,


Kedua
Bertemu lagi kita di arena yang kedua bagi Pertandingan
Pidato Sekolah Rendah Daerah Limbang. Bagi pidato
Bahagian Kedua, peserta akan menyampaikan pidato secara
spontan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul
surat yang disediakan di meja hakim. Para peserta diberi
masa 1 minit untuk membuat bersedia dan 3 minit masa yang
diperuntukkan untuk menyampaikan pidato.

Peserta Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin


Pertama menjemput dan mempersilakan peserta pertama iaitu adik :

Nama : ______________________________
untuk memilih sampul.

Peserta pertama telah memilih sampul bernombor ______


Dan akan menyampaikan tajuk pidatonya iaitu

Tajuk : _____________________________

Anda diberi masa 1 minit untuk bersedia.

Dipersilakan peserta pertama untuk menyampaikan pidato

Tajuk : _____________________________

Peserta Kedua Terima kasih diucapkan kepada peserta pertama.

Seterusnya Majlis Mempersilakan pula Peserta Kedua iaitu


adik :
Nama : ______________________________
untuk memilih sampul.
Peserta kedua telah memilih sampul bernombor ______
Dan akan menyampaikan tajuk pidatonya iaitu

Tajuk : _____________________________

Anda diberi masa 1 minit untuk bersedia.

Dipersilakan peserta kedua untuk menyampaikan pidato yang


bertajuk
Tajuk : _____________________________

Majlis mempersilakan.

** Ulang sehingga seterusnya**

Peserta Dengan berakhirnya persembahan pidato tersebut. Maka


Terakhir berakhirlah sudah Pertandingan Pidato Sekolah Rendah bagi
Daerah Limbang.

Untuk makluman keputusan pemenang akan di umumkan pada


majlis Penutupan Karnival Bahasa yang akan diadakan pada
sebelah petang.

** Tertakluk Kepada Situasi**

Catatan :

____________________________________________

Pengumumunan Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih dan


Keputusan penghargaan kepada semua panel hakim yang telah turut
serta bagi menyumbang tenaga untuk sama-sama
menjayakan Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Rembau
pada kali ini.

Tidak lupa juga kepada hadirin dan hadirat sekalian, yang


sanggup meluangkan masa bagi sama-sama menjayakan
seterusnya memeriahkan lagi majlis yang di adakan.

Majlis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima


kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Penutup Hadirin yang dihormati,

Kita telahpun berada di penghujung majlis. Dikesempatan


ini, saya mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan
bercerita, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat
kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Hadirin hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kalau berkayuh dah sampai ke muara


kalau berenang dah sampai ke tepian
kalau berlari dah sampai ke garisan
kalau berjalan dah sampai ke penghujung

Dengan kata-kata ini maka, selesai sudah majlis kita.


Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah
wassalamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai