Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN PROJEK ’KAMI INGIN BERBAKTI’

SKUAD ’KITALAH BINTANG’

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA

PONTIAN, JOHOR

TEMPAT:

SURAU AL GHAZALI

SK KAMPONG JAWA

PONTIAN,JOHOR.

ANJURAN:

SKUAD ’KITALAH BINTANG’ 2013

BERSAMA

GURU PELATIH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


1.0 PENDAHULUAN

Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam


Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Tujuan PBSS adalah untuk menyatupadukan
dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Antara program-
program yang diadakan ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan
Keselamatan. Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K
yang membawa maksud Kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan
satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh
pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu
pelajar dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan
gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang
prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran
memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada
masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah
yang lebih sihat. Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan
didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan
ceria, amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatan. Tiga komponen
pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 PROJEK ’KAMI INGIN BEBRAKTI’


Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini
masih diamalkan di kawasan kampung. Oleh itu, kegiatan ini perlu
disemarakkan kembali kerana banyak manfaatnya kepada masyarakat. Di
kawasan sekolah, ia boleh mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah
yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat
belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan
kehendak proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Projek ‘ Kami
Ingin Berbakti’ ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan
keceriaan sekolah. Pelajar-pelajar juga akan dapat memupuk semangat
bantu-membantu dan tolong-menolong terutamanya ketika menghadapi
kesusahan. Daripada gotong royong ini juga, ia akan mewujudkan sikap
sayang-menyayangi dan semangat muhibah di antara pelajar. Para pelajar
akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah.
Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan
perkembangan fizikal dan mental pelajar.

2.0 TUJUAN
2.1 Memohon kelulusan daripada pihak-pihak yang berkenaan.
2.2 Memohon peruntukan dan bantuan kewangan daripada pihak-pihak yang
berkenaan.
2.3 Memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai program yang
akan dijalankan.

3.0 NAMA PROGRAM


’Kami Ingin Berbakti’

4.0 TEMA PROGRAM


‘Bakti Disemai,Budi Dituai’

5.0 MATLAMAT
Melahirkan murid-murid yang mempunyai peribadi mulia dan bermotivasi dengan
memupuk nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah, di samping menjadikan
mereka sebagai murid yang berilmu, berdisiplin, berketrampilan dan berkeyakinan serta
mampu memartabatkan nama sekolah.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Umum
6.1.1 Menyahut seruan kerajaaan malaysia untuk membasmi penularan wabak-
wabak pendermik dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aspek amalan
pengurusan kesihatan dan kebersihan.
6.1.2 Menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia menerapkan amalan
budaya sekolah bersih dan selamat selaras dengan hasrat negara untuk
melahirkan masyarakat sihat dan selamat.
6.1.3 Menyemai mengamalkan budaya kerja sihat dan sejahtera semasa
melaksanakan pekerjaan dan pembelajaran disamping mengukuhkan
ikatan ukhwah sesama manusia.
6.2 Khusus
6.2.1 menyemarakkan dan memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar untuk
menjaga kebersihan sekolah dan persekitarannya.
6.2.2 memastikan sekolah sentiasa bersih dan selamat untuk pembelajaran dan
pengajaran pelajar dan guru.
6.3.4 Meningkatkan keprihatinan, kerjasama dan penglibatan komuniti di
dalam program kebersihan dan kesihatan sekolah.

7.0 FORMAT PELAKSANAAN


Bil Pelaksanaan Tugas Tindakan
1 Penyediaan kertas kerja program. Membentangkan Setiausaha Program
kertas kerja dan mendapatkan persetujuan asas dari
pihak-pihak penganjur dan pelaksana program
melalui mesyuarat dan bersemuka. ( Mesyuarat
Kali Pertama)
2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Setiausaha Program
3 Mengaktifkan sebuah bilik gerakan bagi AJK Persiapan Tempat
Setiausaha Program
pelaksanaan kerja-kerja asas program. (Cadangan
Bilik Gerakan)
4 Mesyuarat Kali Ke 2 AJK Program Semua AJK Program
5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan, percetakan Setiausaha Program
AJK Promosi/Buku
dan mengirim surat dan kad / surat jemputan.
Program
6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan Setiausaha Program
khidmat pos, e-mail, mesin faksimili atau
pertemuan peribadi. (Kepada agensi-agensi dan
individu terlibat)
7 Tempahan makanan untuk jamuan selepas gotong- AJK Jamuan
royong
8 Membeli peralatan untuk gotong royong. AJK Persiapan
Tempat/Peralatan
9 Pengumpulan bahan / fotografi / rakaman video AJK Fotografi /
untuk pendokumentasian. Dokumentasi

8.0 PENGANJUR

Skuad Kitalah Bintang 2013

9.0 TARIKH
18 April 2013

10.0TEMPAT
Kawasan sekitar Surau Al-Ghazali Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa

11.0PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN


Calon UPSR yang menjadi anggota Skuad Kitalah Bintang 2013 .
12.0CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROJEK ‘KAMI INGIN BERBAKTI’ SKUAD KITALAH BINTANG
SK KAMPONG JAWA

PENASIHAT
Pn.Yahtimi Sipin
Guru Besar

PENGERUSI
Puan Rafidah Yusof
Guru Penolong Kanan 1

TIMBALAN PENGERUSI
Puan Maznah Ibrahim
Guru Penolong Kanan HEM

PENYELARAS
Pn.Norrasidah Musuroh
Ketua Skuad Kitalah Bintang

BENDAHARI
Puan Siti Zainab Tamrinan

AHLI JAWATANKUASA

FOTOGRAFI / DOKUMENTASI JURUACARA MAJLIS


Pn Saharnooaini Mahmood En.Mohd Zuami Erfan

SIARAYA PROMOSI / BUKU PROGRAM


En Mohd Shahrulmizan Ismail Pn Noor Azimah Ibraim

DISIPLIN / KAWALAN MURID PERALATAN


En Suhairi Sidek En.Zulkarnain Basir

MAKANAN
Pn.Asliza Abdullah

13.0PROGRAM TENTATIF
MASA AKTIVITI
8.00 pagi Ketibaan murid-murid ke sekolah
8.15 pagi Taklimat agihan tugas.
8.30 pagi Gotong royong bermula
11.00 pagi Gotong royong selesai
Simpan alatan
11.15 pagi Jamuan makan
Reflektif

15.0PENUTUP
Diharapkan agar kertas cadangan projek gotong royong yang dirancang ini mendapat

sokongan dan kelulusan daripada pihak – pihak yang berkenaan bagi menjayakannya. Semoga

projek ini benar – benar memenuhi matlamat dan objektif asal serta dapat membantu pihak

SK Kampong Jawa, khasnya. Semoga projek ini akan memberi manfaat dan pengalaman yang

amat berharga kepada semua komuniti masyarakat yang akan turut serta dalam projek ’Kami

Ingin Berbakti’ ini.

Anda mungkin juga menyukai