Anda di halaman 1dari 3

Pembelajaran Abad 21: Pembelajaran berasaskan Projek

Saya telah pun menulis tentang beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk mata pelajaran Pendidikan Islam dengan mengambil kira tuntutan
kemahiran pendidikan abad ke 21 iaitu melibatkan pembelajaran berpusatkan
murid, , pemikiran kritikal, inkuiri dan penyelesaian masalah, amalan
koperatif dan kolaboratif. Adalah diharapkan para pembaca telah dapat
memahami serta telah cuba melaksanakannya di dalam kelas. Selain daripada
menguasai kandungan mata pelajaran utama yang melibatkan kemahiran 3M, murid
perlu dilatih untuk menjadi pemikir kritikal berteraskan kepercayaan (aqidah)
dan peraturan kesejahteraan (syariat Islam).

Sebelum meneruskan tulisan ini, elok rasanya kita semak semula apa yang
disarankan oleh Bernie Trilling dan Charles Fidel (2009) berkaitan kemahiran
abad ke 21. Menurut mereka berdua, murid pada abad 21 perlu menguasai
kemahiran-kemahiran berikut:
· Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
· Kreativiti dan inovasi
· Kolaborasi, kerja berpasukan dan kepemimpinan
· Pemahaman antara budaya
· Literasi komunikasi, maklumat dan media
· Literasi pengkomputeran dan TMK
· Kerjaya dan belajar tanpa pergantungan (Career and learning self-reliance)

Apabila guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah inkuri atau


penyelesaian masalah, pastikan bahawa guru-guru akan melibatkan ketujuh-tujuh
kemahiran di atas meskipun sebenarnya tidaklah mesti kesemuanya sekali dalam
satu pengajaran, tetapi kemahiran-kemahiran tersebut tidak seharusnya
ditinggalkan atau hanya sekadar mengambil satu atau dua kemahiran sahaja.

Dalam penulisan kali ini, saya akan menulis tentang satu lagi kaedah yang
boleh digunakan untuk pengajaran Pendidikan Islam untuk abad ke 21 iaitu
kaedah projek.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di mana guru


menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan
arahan serta penjelasan tentang projekyang agak kompleks dan mencabar, yang
perlu dilaksanakan. Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-
on dan minds-on serta dengan melakukan sedikit kajian. Melalui kaedah projek,
murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui proses inkuiri,
berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau
menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan
pemikiran kritikal dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana
dengan baik dan hasilnya akan memberi makna kepada mereka. Melalui kaedah
projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar
yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam melaksanakan projek, murid
mungkin akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber mata pelajaran
seperti Kajian Tempatan, Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata
pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri. Kaedah projek membolehkan murid
berfikir secara kreatif bagaimana menyelesaikan masalah atau bagaimana
menghasilkan projek yang terbaik.
Lazimnya kaedah projek melibatkan masa yang lebih panjang daripada satu atau
dua waktu pembelajaran mengikut jadual waktu. Murid perlu belajar merancang
dan menguruskan masa serta kerja-kerja mereka. Lazimnya pelaksanaan kaedah
projek dibuat dalam bentuk kumpulan kecil wealaupun ada kalanya ia juga
dilaksanakan secara individu. Sama ada secara individua tau kumpulan kecil,
murid masih perlu berkolaborasi dengan orang lain untuk menghasilkan projek
berkenaan.

Semasa melaksanakan projek, murid dikehendaki melakukannya dengan bersungguh-


sungguh dan secara mendalam tentang projek berkenaan kerana:
· ia disusun atur sekitar persoalan terbuka atau cabaran yang membuatkan
murid fokus dengan kerja atau tugas pembelajaran seperti menyoal, mengakses
maklumat, merefleksi dan sebagainya.
· ia membuatkan murid ingin tahu dan memahami konten serta menguasai
kemahiran
· murid perlu melaksanakan inkuiri untuk belajar atau untuk menghasilkan
projek. Proses inkuiri akan menggalakan murid menghasilkan idea-idea baru
serta membuat interpretasi
· murid perlu terlibat dengan komunikasi seperti berkolaborasi dan bukan
sekadar mengingati maklumat dan fakta (mereka perlu terlibat dengan pemikiran
aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menghasilkan)
· murid perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan
rakan, memberi idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan
projek
· murid berpeluang untuk menyatakan pandangan serta pilihan mereka sendiri
serta bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mereka (murid menjadi lebih aktif)
· melibatkan maklum balas (daripada rakan dan guru) dan mengulangkaji
pelajaran
· berkongsi hasil dapatan / projek dengan rakan-rakan sekelas atau daripada
kelas atau sekolah lain (apabila dimuatnaik menggunakan blog atau laman
sesawang)

Apakah peranan guru?


Berdasarkan kaedah projek, guru berperanan sebagai fasilitator yang akan
membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta
tanggungjawab bersama. Pada peringkat awal, guru perlu menstrukturkan tugasan
serta soalan-soalan yang terlibat agar murid tidak terpesong jauh daripada
objektif pembelajaran yang dirancang. Untuk memastikan murid dapat
melaksanakan projek dengan baik, guru disarankan untuk menyediakan rubrik
panduan melaksanakan projek dan diberikan kepada murid. Terdapat dua jenis
rubrik (analitik dan holistik) dan terpulanglah kepada guru, rubrik manakah
yang hendak digunakan berdasarkan kepada tujuan penilaian.

Contoh projek
· membina replika kaabah
· amalan solat
· nas Al Quran dan Hadis tentang puasa Ramadhan
· menghasilkan komik tokoh ulama / pendidikan Islam
· biografi khulafa
· tokoh wanita muslimah
· konsep malaikat
· adab dengan orang tua
· pengajaran daripada kisah para Anbia’
· koleksi masjid di Malaysia
· pelbagai jenis khat
· dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai