Anda di halaman 1dari 42

Word of Appreciation

From:
Ishaak bin Moulana Ibrahim
Khanqah Sheikh Zakariyya
Lenasia, South Africa
Mobile Number: +27721829084

‫السالم عليكم و رحمة الله و بركاته‬

All praises belong to Allah l the lord of the worlds, peace and blessings
be upon our beloved Nabi Muhammed ‫ﷺ‬.

Muslims throughout the world have extremely high love for Nabi ‫ﷺ‬.
There are 2 actions that are important to show our love for Nabi ‫ﷺ‬,

1. To practise on the Sunnah of Nabi‫ﷺ‬.


2. To recite much Durood Shareef on Nabi ‫ﷺ‬.

Durood Shareef is such an action that is never ever rejected in the court
of Allah l.

The more durood Shareef we read the closer we will get to Allah l and
to Nabi ‫ﷺ‬.

When a person is in difficulty, they should reciting Durood Shareef in


abundance, insya-Allah through the blessing of Durood Shareef their
difficulty will be removed.

Allah l accept from Ustaad Zakuan and all those that made this
publication a possibility.

Ishaak bin Moulana Ibrahim


Khadim
Khanqah Sheikh Zakariyya
Lenasia
South Africa
40 Durood | 2
Kata Penghargaan
Dari:
Ishaak bin Moulana Ibrahim
Khanqah Sheikh Zakariyya
Lenasia, South Africa
No. Telefon: +27721829084

‫السالم عليكم و رحمة الله و بركاته‬

Segala puji bagi Allah l Tuhan seluruh alam, selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.

Umat Islam seluruh dunia sangat mencintai Nabi ‫ﷺ‬. Terdapat 2 cara
yang penting untuk menunjukkan kecintaan kepada Nabi ‫ﷺ‬,

1. Mengamalkan Sunnah Nabi ‫ﷺ‬.


2. Membaca selawat ke atas Nabi ‫ﷺ‬

Selawat tidak pernah ditolak di ‘mahkamah’ Allah l.

Lebih banyak selawat di baca lebih dekat kita dengan Allah l dan
Nabi ‫ﷺ‬.

Apabila seseorang mengalami kesusahan, mereka haruslah berselawat


dengan banyaknya, insya-Allah melalui keberkatan selawat itu
kesusahan mereka akan hilang.

Allah l menerima usaha Ustaz Zakuan dan semua yang terlibat


dalam menjayakan penerbitan ini.

Ishaak bin Moulana Ibrahim


Khadim
Khanqah Sheikh Zakariyya
Lenasia
South Africa
40 Durood | 3
Mukaddimah
َ َّ ‫ون َع َل‬ َ ُّ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َّ َّ
َ‫الن ب ّ� ۚ َ ي� أ يُّ�ا‬ ‫ِإن الل ومل ِئكته يصل‬
‫ّ ِ َ ِي‬ َ ُّ َّ
‫ال ِذ ي نَ� َآم ُنوا َصلوا َعل ْي ِه َو َس ِ ُلوا ت ْس ِل ي� ًما‬
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat (memberi
segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad
‫ ;)ﷺ‬wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya.” [Surah Al-Ahzab: Ayat 56]

Pengenalan 40 Hadis Selawat dan Salam.

Terdapat pelbagai himpunan selawat dan salam yang


ditulis oleh orang-orang soleh dan para ulama terdahulu.
Di dalam kitab ini, kami menghasilkan semula rujukan
dari Kitab Fadhilat Selawat oleh Qutbul Aqtab Shaikhul
Hadith Maulana Muhammad Zakariyya t 40 selawat
dan salam di mana didalamnya tertulis rujukan daripada
Hadith sahih. 25 daripadanya adalah selawat dan 15
daripadanya adalah salam.

Pada keseluruhannya, ini adalah satu himpunan 40


hadith yang mana Rasulullah ‫ ﷺ‬telah memberi berita
gembira. “Barangsiapa menyampaikan 40 hadith,
mengenai apa saja bahagian daripada agama kepada
umatku, Allah akan membangkitkannya bersama-sama
dengan ulama-ulama dan aku akan memberi syafaat
kepadanya.” Pembacaan selawat dan salam juga
merupakan perintah daripada Allah l dan melalui
pembacaannya insyaAllah ganjaran akan diperoleh dan
40 Durood | 4
digandakan.

Sejarah penghasilan buku “40 Durood”.rujukan 01

Pada mulanya, buku kecil “40 Durood” (Selawat dan


Salam) yang terkenal dan dibaca di seluruh dunia ini
tidaklah wujud secara berasingan (seperti yang kita
baca sekarang). Sebaliknya ianya dimuatkan oleh
Hazrat Syaikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya
Khandahlawi t di dalam salah satu kitabnya yang
berjudul Fadhail Durood (fadhilat berselawat).

Ketika ziarah Hazrat Syaikh Zakariyya t yang penuh


bersejarah ke Afrika Selatan, Hazrat Syaikh telah
meluangkan masa beberapa hari di Lenasia. Ketika itu,
Syaikh t (yakni Syaikh Ibrahim Mia t) bersama
Syaikh Abba t (ayah kepada Syaikh Ibrahim t)
telah bertemu secara khusus dengan Hazrat Syaikh dan
beliau (Syaikh Ibrahimt) telah mencadangkan supaya
40 Selawat dan Salam itu diterbitkan secara berasingan
dan terpisah daripada kitab Fadhail Durood (supaya
mudah dibaca dan diamalkan).

Hazrat Syaikh t tersangatlah gembira dengan


cadangan ini justeru telah memanggil Hazrat Maulana
Abdul Hafeez Makki t (salah seorang khalifah kanan
beliau dan juga khadim khas Hazrat Syaikh) untuk
melakukan doa khusus terhadap projek itu. Ketika waktu
itu, apabila Hazrat Syaikh t ingin mendoakan sesuatu,
beliau akan meminta Hazrat Maulana Abdul Hafeez
Makki t untuk melakukan ia (kerana Hazrat Syaikh

rujukan 01.
Selawat digelar “durood” dalam bahasa Urdu
40 Durood | 5
sudah uzur ketika itu).

Tetapi atas sebab-sebab tertentu, Hazrat Maulana Abdul


Hafeez Makki t tidak dapat ditemui ketika itu. Maka,
Hazrat Syaikh t sendiri telah melakukan doa khas
untuk kitab kecil 40 Durood ini (walaupun uzur). Semua
yang hadir di dalam bilik itu ketika doa ini dibacakan
telah menangis. Alhamdulillah cadangan itu telah diterima
Allah dan membuahkan hasil yang terbukti sendiri di
seluruh dunia. (Petikan daripada buku “99 Incidents in
the life of Hazrat Sheikh Moulana Ibrahim Mia t”,
halaman 39-40)

Diterbitkan di Malaysia

Pada bulan Ramadhan tahun 2010 (1431H), saya


(Zakuan Faiz) telah diberikan kesempatan oleh Allah
untuk beriktikaf selama sebulan penuh bersama
Syaikh saya iaitu Syaikh Ibrahim Mia t. Ketika sesi
konsultansi peribadi bersama Syaikh, beliau telah
nyatakan hasrat dan cita-cita beliau untuk bersafar ke
Malaysia bersama saya untuk promosikan kerja-kerja
Khanqah khususnya zikir dan selawat. Saya hanya
mengangguk dan diam. Kemudian beliau nyatakan
pula hasrat supaya buku-buku Hazrat Syaikh Zakariyya
Khandahlawi t dapat diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu dan disebarkan secara meluas di Malaysia.
Beliau juga telah beri arahan khusus supaya terbitkan
risalah kecil “40 Durood” di Malaysia.

Saya telah menerima arahan tersebut dan cuba mencari


peluang untuk menerbitkannya. Setiap kali saya ceritakan
peristiwa dan arahan ini kepada khalifah-khalifah beliau,
40 Durood | 6
mereka akan teruja bahkan memberikan pelbagai
tawaran untuk membantu dari sudut wang, percetakan
percuma dan lain-lain. Tetapi disebabkan kelemahan
saya, projek ini ditangguhkan sehinggalah Syaikh Ibrahim
Mia t meninggal dunia. Kemudian saya berbaiah
pula kepada khalifah Hazrat Syaikh Zakariyya t yang
lain iaitu Syaikh Haji Ahmad Nakhoda hafizahullah yang
berasal daripada Afrika Selatan juga tetapi telah tinggal
di Madinah selama lebih 50 tahun. Beliau telah berikan
ijazah khalifah kepada saya di rumahnya di Madinah
ketika saya laksanakan umrah pada 27hb Mei 2015 (8,
Syaaban 1436H) dan telah memerintahkan hal yang
sama untuk menterjemah dan menerbitkan buku-buku
Hazrat Syaikh khususnya 40 Durood bahkan beliau telah
berikan sejumlah wang daripada poket beliau sendiri
untuk menyertai saham akhirat projek ini. Bahkan salah
seorang khadim beliau apabila mendengar perbualan ini
juga telah berikan beberapa ratus Dollar Amerika untuk
menyertai saham projek ini.

Saya telah menyimpan azam dan niat untuk terbitkan ia


di Malaysia sejak tahun 2010 lagi tetapi atas kelemahan
saya, hajat itu tidak kesampaian kerana pelbagai
alasan, masalah dan halangan. Sehinggalah selepas
9 tahun berlalu, pada tahun 2019 Alhamdulillah risalah
ini akhirnya dapat diterbitkan dan diberi penerangan
tentangnya dalam bahasa Melayu bahkan juga dapat
diijazahkan amalan ini secara bersanad hingga kepada
Hazrat Syaikh Maulana Zakariyya Khandahlawi t dan
melalui beliau, bersambung sanadnya hingga kepada
Rasulullah ‫ﷺ‬.

Buku ini kami terbitkan dan sebarkan secara percuma


40 Durood | 7
kepada semua umat Islam di Malaysia dan semata-
mata untuk keredhaan Allah dan RasulNya serta
untuk memenuhi hajat dan perintah guru-guru kami.
Jikalau para pembaca ingin turut serta menyumbang
dalam projek ini sama ada dari sudut kewangan atau
penyebaran dari masjid ke masjid atau apa-apa majlis
adalah sangat dialu-alukan.

Semoga Allah menerima hasil kerja yang tidak seberapa


ini dan semarakkan pengamalan selawat secara besar-
besaran melalui keberkatan 40 selawat dan salam yang
disusun daripada hadis-hadis Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.

Yang mengharapkan belas kasihan Allah,

Muhammad Zakuan Faiz Bin Zainol,


Kota Irbid, Jordan, tanah Syam.
Jumaat, 15 Februari 2019/ 10 Jamadil Akhir 1440H

Kelebihan Selawat dan Salam

• Allah akan menghantar 10 rahmat dan malaikat akan


berdoa kepadanya.
• Allah akan mengampunkan 10 dosa.
• Allah akan menaikkan darjatnya 10 kali ganda.
• Allah akan memberi 10 ganjaran.
• Membaca selawat sebelum berdoa akan membawa
harapan doa tersebut diterima.
• Mendapat syafaat Rasulullah ‫ﷺ‬.
• Mendapat keredhaan Allah.
• Pembaca akan dekat dengan Rasulullah ‫ ﷺ‬pada hari
Kiamat.
• Pembaca akan merasa tenang di dunia dan di akhirat.
40 Durood | 8
• Allah akan permudahkan segala urusan dengan
berkat perantaraan bacaan selawat ini dan terbukti
keberkesanannya.

Terdapat banyak lagi khabar gembira disebut di dalam


Hadith untuk pembaca Durood ke atas Rasulullah ‫ﷺ‬.
Ulama fiqah menyatakan bahawa adalah fardu untuk
membaca Durood ke atas Rasulullah ‫ ﷺ‬sekurang-
kurangnya sekali seumur hidup, manakala adalah
wajib untuk membacanya setiap kali nama Rasulullah ‫ﷺ‬
disebut.

Waktu Bacaan

•Sebolehnya dibaca setiap hari.


•Setiap hari Jumaat.
•Bawa bersama ke Madinah Munawwarah dan baca
setiap hari sekerap yang boleh.

40 Durood | 9
b

[1]

rujukan 02

rujukan 02.
Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: “Syafaatku adalah pasti untuk dia yang
membaca selawat ini (no. 1).” (Tabrani)

40 Durood | 10
[2]

[3]

rujukan 03

rujukan 03.
Abu Said Khudri a meriwayatkan bahawa Rasulullah ‫ﷺ‬
bersabda: “Jika seseorang yang tidak ada sesuatu untuk disedekahkan,
hendaklah dia membaca selawat ini (no. 3) di dalam doanya. Selawat ini
akan menjadi asbab penyucian terhadap dirinya.” (Ibn Hibban)

40 Durood | 11
[4]

[5]

40 Durood | 12
[6]

[7]

40 Durood | 13
[8]

[9]

40 Durood | 14
[10]

[11]

40 Durood | 15
[12]

[13]

40 Durood | 16
[14]

rujukan 04

rujukan 04.
Abu Hurairah a meriwayatkan bahawa Rasulullah ‫ﷺ‬
bersabda: “Barangsiapa yang membaca selawat ini (no. 14), aku akan
menjadi saksi dan juga berdoa kepada dia pada hari Kiamat” (Abu Daud)
Abu Hurairah a meriwayatkan bahawa Rasulullah ‫ﷺ‬
bersabda: “Barangsiapa yang hendakkan ganjaran yang banyak daripada
selawat ke atas ahli keluargaku maka berselawatlah dengan selawat ini
(no. 14).” (Abu Daud)

40 Durood | 17
[15]

40 Durood | 18
[16]

40 Durood | 19
[17]

[18]

40 Durood | 20
[19]

[20]

40 Durood | 21
[21]

rujukan 05

rujukan 05.
“Syaikh Ibrahim Mia t telah berpesan kepada para muridnya
apabila sampai kepada lafaz “Ya Arhama Rahimin” pada selawat ini (no.
21), diamlah sejenak, bertafakur dan berdoa di dalam hati supaya Allah
masukkanlah kita ke dalam syurga dengan rahmat dan kasih sayangNya.”
Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: “Sesiapa yang membaca selawat ini
(no. 21) selama tujuh Jumaat, syafaatku wajib ke atasnya.” (Al Qaulul
Badi’)

40 Durood | 22
[22]

40 Durood | 23
[23]

40 Durood | 24
[24]

[25]

rujukan 06

rujukan 06.
“Pada selawat ini (no. 25), terkandung pelbagai sirr, karomah
dan barokah padanya dan Syaikh Hj. Ahmad Nakhoda Afriqi Muhajir
Madani hafizahullah (salah seorang khalifah Syaikh Zakariyya t) telah
berpesan supaya sentiasa utamakan selawat ini sekurang-kurangnya 500
kali sehari. Ianya pendek dan boleh sentiasa dibaca ketika melakukan apa
pun. Ketika diamalkan secara berasingan, tidak perlu membaca huruf “‫”َو‬
yang berbaris atas pada permulaan selawat ini.

40 Durood | 25
[26]

[27]

40 Durood | 26
[28]

40 Durood | 27
[29]

40 Durood | 28
[30]

rujukan 07

rujukan 07.
“Syaikh Ibrahim Mia t telah berpesan kepada para
muridnya apabila sampai kepada lafaz “Waa’u dhubillahi minan nar” pada
selawat ini (no. 30), diamlah sejenak, bertafakur dan berdoa di dalam hati
supaya Allah memelihara kita daripada seksaan api nerakanya.”

40 Durood | 29
[31]

[32]

40 Durood | 30
[33]

[34]

40 Durood | 31
[35]

[36]

40 Durood | 32
[37]

[38]

40 Durood | 33
[39]

40 Durood | 34
[40]

40 Durood | 35
Banyakkan selawat pada hari Jumaat
Dalam sebuah hadith, Abu Hurairah a meriwayatkan:
“Dosa-dosa lapan puluh tahun seseorang itu akan diampunkan
dengan membaca Selawat ini sebanyak lapan puluh kali pada
hari Jumaat selepas sahaja Solat Asar sebelum dia bangun dari
tempatnya. Pembaca itu juga akan ditulis mendapat rahmat
lapan puluh tahun ibadat.”
ٰ َ ّ ّ ُ ْ ّ َّ ُ َ ّ َّ َ
‫م َو َعل ا ِ ِل‬
ِِ ‫الل ُه َّم َص ِل َعل َم َّم ِد ِن الن ِب ِ� اال‬
َ ّ
‫َو َس ِ ْل ت ْس ِل يْ� ًما‬
Dalam riwayat dari kitab Darul Qutni, selawat ini disebut:
ُ ْ َ ّ
َّ ‫الل ُه َّم َصل َعل ُ َم َّمدن‬
ّ ِّ‫الن ب ِّ� اال‬ َّ َ
ِ‫م‬ ِ ِ ِ ِ
Hafiz Iraqi t mengatakan hadith ini Hasan (mempunyai
periwayat yang baik) dan dalam Al Jamius Saghir tanda “Hasan”
diberikan bersumber dari Abu Hurairah a [Fadhilat Selawat
ms.57]

Selawat ini telah menjadi amalan Hazrat Syaikhul Hadith


Maulana Muhammad Zakariyya t dengan membacanya
sebanyak 80 kali selepas Solat Asar pada setiap Hari Jumaat
dan beliau telah menyuruh dengan tegas kepada khadamnya
agar mengamalkannya.

Dari Abu Hurairah a Nabi ‫ ﷺ‬bersabda: “Hantarlah sebanyak-


banyaknya selawat ke atas ku pada Hari Jumaat kerana hari ini
amat diberkati serta dihadiri Malaikat. Apabila seseorang selesai
40 Durood | 36
membacanya Malaikat akan terus membawanya kepada ku.”
Daku bertanya: “Ya Rasulullah, walaupun selepas Tuan wafat?”
Nabi ‫ ﷺ‬bersabda: “Ya, walaupun selepas kewafatan ku. Allah l
mengharamkan bumi memakan jasad Para Anbiya’ q.” Maka
Baginda ‫ ﷺ‬adalah hidup dan dikurniakan rezeki.

“Hantarlah selawat sebanyak-banyaknya pada Hari Jumaat


kerana selawat umatku diserahkan padaku setiap Hari Jumaat”

Dari Saidina Umar a Nabi ‫ ﷺ‬bersabda: “Bacalah selawat


sebanyak-banyaknya pada malam bercahaya (Jumaat) dan
hari bercahaya (Jumaat) kerana selawatmu akan disampaikan
kepadaku dan daku akan berdoa serta beristighfar untukmu.”

Diriwayatkan dari Hafiz Ibn Qayyim t bahawa kelebihan


selawat pada Hari Jumaat kerana Hari Jumaat adalah Ketua
segala hari dan Rasul ‫ ﷺ‬adalah Ketua segala makhluk.

Pembaca Al Hizbul Azam sebaiknya berazam untuk membaca


selawat pertama (Selawat Ibrahim) sekurang-kurangnya 100
kali atau berselang dengan Selawat selepas Asar sebanyak-
banyaknya.

Mereka yang suka bolehlah membaca selawat ini sebanyak 500


kali seperti diriwayatkan dalam sebuah hadith:
ُ ْ َ ّ َّ َ
َّ ‫الل ُه َّم َصل َعل ُ َم َّمدن‬
ّ ِّ‫الن ب ِّ� اال‬
ِ‫م‬ ِ ِ ِ ِ
Bacalah juga 40 selawat dan salam yang telah disusun
dalam Fadhilat Selawat, agar ganjaran membaca 40
selawat (dari Hadith Marfu’) diperolehi. (Petikan daripada
kitab Mukhtasar Hizbul ‘Azam susunan Syaikh Sufi Iqbal t)

40 Durood | 37
‫‪Selawat Tunjina‬‬
‫ً ُ َ‬
‫َص ٰلوة ت ْن ِج ْينا‬

‫ٰ‬ ‫َ ُ‬ ‫ّ ٰ‬ ‫َٔ‬
‫ا ٰلل ُه َّم َص ِل َعل َس ِّي ِد نَ� َو َم ْول نَ� َم َّم ٍد ‪َّ ،‬و َعل‬
‫ً ُ َ‬ ‫َ ُ‬ ‫ٰ‬
‫ا ِل َس ِّي ِد نَ� َو َم ْول نَ� َم َّم ٍد َص ٰلوة ت َن ِ ّج ْينا ِب َ�ا ِم ْن‬
‫َْ َ‬ ‫ْ ٰٔ َ‬ ‫ْ َٔ ْ‬
‫ات ‪َ ،‬وتق ِ ض� ل َنا ِب َ�ا جَ ِ� ْي َع‬ ‫جَ ِ� ْي ِع اله َو ِال ال ِ‬
‫ف‬
‫ات ‪،‬‬ ‫الس ِ ّي ٔى ِ‬ ‫ات ‪َ ،‬و ُت َط ّه ُر نَ� ب َ�ا ِم ْن جَ ِ� ْيع َّ‬ ‫ِ‬ ‫ال َ‬
‫اج‬ ‫َْ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ّ‬ ‫ُ‬ ‫َّ‬ ‫ْ َ َ َٔ َ‬ ‫َ َ‬
‫ات ‪َ ،‬وت َب ِلغنا ِب َ�ا‬ ‫َوتَ ْ�ف ُعنا ِب َ�ا ِعندك ا ْعل الد َر َج ِ‬
‫ات ‪ ِ ،‬ف� ْ َ‬ ‫َٔا ْق َص ْال َغ َ يا�ت م ْن جَ ِ� ْيع ْ خَ‬
‫ال ٰي ِوة‬ ‫ال ْي َ� ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫َّ َ َ ٰ ُ ّ شَ ْ َ‬ ‫َو َب ْع َد ْ َ‬
‫� ٍء ق ِد ْ ي ٌ�‬ ‫ات ‪ ،‬إِ نك عل ِك‬ ‫ال َم ِ‬

‫‪40 Durood | 38‬‬


Pengijazahan Amalan
Selawat 40 ini telah diijazahkan dengan ijazah
umum untuk diamalkan kepada semua umat Islam,
walaubagaimanapun ijazah khusus yang bersanad
juga digalakkan untuk menambah keberkatan dan
keberkesanannya.

Maka dengan ini saya ijazahkan akan :

.........................................................................

Untuk mengamalkan 40 DUROOD sepertimana saya


mendapat ijazah amalan ini daripada:

Syaikh Ibrahim Mia t yang mendapat ijazah serta


khalifah kepada:

Syaikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya


Khandahlawi t.

Semoga Allah l mencurahkan kepada kita rahmat yang


luas dan Syafaat dari Rasullullah‫ﷺ‬. Insya-Allah

Yang mengijazahkan :

.........................................................................
Yang Fakir lagi mengharapkan belas kasihan Allah l,
Muhammad Zakuan Faiz bin Zainol

Tarikh :.........................
40 Durood | 39
Sanad amalan Chisty Maulana Zakariyya t
1. Rasulullah ‫ﷺ‬
2. Saidina Ali ibn Abi Talib a
3. Syaikh Hasan Al-Basri t
4. Syaikh Abdul Wahid bin Zaid t
5. Syaikh Fudail bin ‘Ayad t
6. Syaikh Huzaifah Al-Marashi t
7. Syaikh Hubairah Al-Basri t
8. Syaikh Alu Mamshad Dainuri t
9. Syaikh Abu Ishak Shami t
10. Syaikh Abu Ahmad Chisti t
11. Syaikh Abu Muhammad Chisti t
12. Syaikh Nasiruddin Abu Yusuf t
13. Syaikh Qutbuddin Maudud Chisti t
14. Syaikh Sharif Zindani Tirmizi t
15. Syaikh Uthman Haruni t
16. Syaikh Mu’inuddin Habib Sanjari t
17. Syaikh Qutbuddin bakhtiar Kaaki t
18. Syaikh Fariduddin Shakar Ganj t
19. Syaikh Makhdum ala’uddin As-Sabiri t
20. Syaikh Shamsuddin Turki t
21. Syaikh Jalaluddin Pani Pati t
22. Syaikh Abdul Haq Radolwi t
23. Syaikh Ahmad Arif Al-Farouqi t
24. Syaikh Muhammad Arif Al-Farouqi t
25. Syaikh Abdul Quddus Gangohi t
26. Syaikh Jalaluddin Thanisari t
27. Syaikh Nizamuddin Balkhi t
28. Syaikh Abu Said Gangohi t
29. Syaikh Muhibullah Sadarpuri t
30. Syaikh Muhammadi Akbarabadi t
31. Syaikh Muhammad Makki Wali t
32. Syaikh Adh’duddin Amrohi t
33. Syaikh Abdul Hadi Amrohi t
34. Syaikh Abdul Baari Amrohi t
35. Syaikh Abdur Rahim Wilayati t
36. Syaikh Nur Muhammad Jinjanwi t
37. Syaikh Hj Imdadullah Muhajir Makki t
38. Syaikh Ml Rashid Ahmad Gangohi t
39. Syaikh Ml Khalil Ahmad Sahanpuri t
40. Syaikh Ml Muhammad Zakariyya Khandahlawi t
41. Syaikh Ml Ibrahim Mia t
40 Durood | 40
Makluman
• Bagi yang berhajat ijazah daripada putera
Syaikh Ml Ibrahim Mia t iaitu Syaikh
Ishaq (South Africa) sila e-mail ke alamat
di bawah untuk pertanyaan lanjut:
ishaak786@gmail.com

• Risalah ini diedarkan secara percuma


kepada orang ramai dan bukan untuk
dijual. Jika anda berminat untuk dapatkan
dan sebarkan ia di masjid/surau/kediaman/
pejabat/kenduri atau untuk menyumbang
saham kepada projek ini, sila hubungi:
+6011 1066 0562.
40 Durood | 41

Anda mungkin juga menyukai