Anda di halaman 1dari 127

PENDAHULUAN

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


Ya Allah , Rabb kami , Maka perkasa zatMu , Engkau Maha Tinggi , maka segala puji bagi
Engkau . Cemerlang Asma2 Engkau , Engkau Maha Berkat , maka bagi Engkau puji yang
sebenar . Pemberian Engkau umum, Engkau yang menjadikan segala makhluk, maka bagi
Engkaulah segala puji . Sempurna Nur Engkau, Engkaulah yang menunjuk kepada hak , maka
segala puji bagi Engkau .

Bagi Engkau amrun dan khalq , bagi Engkau mulk dan malakut , bagi Engkau azhim dan
qudrat , kibr dan jabarut .

Sesungguhnya adanya kami sebab Engkau , dan kepada Engkaulah kami kembali . Segala
kebaikan di kedua tangan Engkau . Engkau yang terawal maka tidak ada sesuatu sebelum Engkau .
Engkau yang terakhir . maka tidak ada sesuatu sesudah Engkau . Engkau yang zahir maka tidak
ada sesuatu di atas Engkau . Engkau yang batin maka tidak ada sesuatu di bawah Engkau .

Aku minta Engkau akan selawat ke atas Nabi Muhamad junjungan semua yang sebelumnya dan
yang sesudahnya , pensyafaat orang yang berdosa pada Hari Pembalasan , sebagai selawat yang
munasabah dengan ketunggalannya , yang cemerlangannya mencukupi bagi kami yang karam
dalam lautan pemberiannya. Dan atas ikhwannya daripada nabi2 dan rasul2 dan keluarganya yang
thayyib dan thahir , sahabat2nya yang kamil mukamil dan pengikut2nya yang mendapat petunjuk
dan memberi petunjuk . Ya Arhamu Rahimin, Amin .

Kemudian maka berkata hamba yang daif yang dipanggil Waliyullah , moga2 Allah pada
pihaknya di dalam akhirat dan dunia , dan sempurnakan atasnya nikmatNya dan rahmatNya yang
azhim . Ini ilmu hikmah dan barangsiapa diberinya maka sesungguhnya dia telah diberi khair
katsir . Ia adalah ketinggalan hakim dan di mana seseorang menjumpainya maka dia paling
berhak dengannya .

Dan barangsiapa yang tidak dirizkikan zihin yang tajam secara jibilah dan tidak juga pengertian
yang tinggi dengan usaha taaqul , biarlah dia awas daripada muthalaah akannya supaya dia tidak
silap . Sesungguhnya ia adalah hikmah rabbani quddusi maka mudah silap .

Barangsiapa memberi kepada si jahil ilmu , dia telah salah letaknya ,


Dan barangsiapa menahan daripada yang layak , maka sesungguhnya dia telah zalim .

Allah mencukupi bagiku dan Dia sebaik2 wakil . La haula wa la quwwata illa bilAllahi al Ali al
Azhim . Kami telah menamakan kitab in al Khair al Katsir dengan laqab Khizanah2 Hikmah
. Semoga Allah Taala memelihara akannya daripada fitnah fanatik yang bodoh dan
ketengkaran penengkar yang tidak bijak .

1
KHIZANAH PERTAMA

Hakikat Wujud
Apakah belum sampai pendengarankau perkara yang ahli nazar telah asaskan , dengan setinggi
himmah mereka , bahawa wujud adalah satu konsep yang engkau boleh capai dengan ‫روع‬
(minda) engkau . Sesungguhnya kunhu (hakikat) konsep wujud adalah yang demikian
pencapaian . Kemudian berbetulan dengan konsep wujud terdapat satu perkara yang tahakuk
pada waqi’ , yang telah diistilahkan tabirnya dengan ‫( فعلية ماهية‬pernyataan mahiyah ) dan
‫ تقرر الذات‬penetapan zat.

Dan sesungguhnya terhimpun pembahagian maujud kepada dua .

(1) Maujud dengan kerana dirinya . Sesungguhnya pembenaran tanggung wujud dan tempat
timbul konsep wujud dalam maujud adalah zatnya yang suci , yang bebas daripada segala
ketentuan dan iktibar . Maka semestinya maujud itu adalah diri tahakuk dan ain mahiyah .

(2) Maujud dengan kerana lain daripadanya . Sesungguhnya pembenaran tanggung wujud ini dan
tempat timbul konsep wujud dalam maujud adalah sandaran maujud kepada sesuatu yang
tahakuk pada dirinya . Maka semestinya maujud ini tidak mempunyai zat . Sesungguhnya
wujudnya termasuk dalam wujud illatnya .

Maka tafsilnya dalam bidang imkan antara mahiyah dan pernyataan mahiyah adalah bahawa
sesuatu apabila ditilik kepadanya dari segi hakikatnya maka ini adalah tilik mahiyah . Dan
apabila ditilik dari segi isnadnya dalam dirinya kepada yang menjadikan(Ja-il)nya , maka ini
adalah tilik pernyataan .

Pada penjadian basit(1) bekas Ja-il diterima maj-ul. Jika tidak kerana Ja-ilnya nescaya batal zat
maj-ul tak-nyata semata2. Dan bagi Ja-il nisbah khas kepada maj-ul maka tidak memerlukan maj-
ul melainkan Ja-il . Dan bagi maj-ul nisbah khas kepada Ja-il maka tidak terbit maj-ul melainkan
daripada Ja-il .

Maka semestinya bagi Ja-il satu jihat yang menjadi sumber dan kunhu maj-ul, keseluruhan jihat
bersesuaian dengan keseluruhan maj-ul . Sesungguhnya maj-ul adalah gambaran jihat ini dan
maj-ul tamm dengan sendirinya pada darjatnya , tetapi berkehendak maj-ul akan jihat Ja-il
untuk tammnya .

Dan oleh kerana pada tabiat mumkin isnadnya kepada Ja-ilnya pada asal pernyataannya , dan pada
tabiat maj-ul bahawa baginya satu jihat yang rasikh pada Ja-ilnya, maka tercegah pada bidang
tahkik dan iklim pernyataan , bahawa terdapat mana satu bentuk tahkik (yakin) dan pernyataan
bagi sesuatu perkara melainkan terdapat baginya jihat pada al Wajib cemerlang kemuliaanNya .

Dan bahawa cara pemuliaan Maha Suci Allah dengan mengatakan bahawa Dia mencakupi akan
yang tidak terhingga secara pencakupan yang tidak terhingga. Bukan bahawa disanadkan
kepadaNya segala mumkin hal terbukti secara darurat selepas aqal menetapkan khilaf yang
demikian . Dia adalah ain taqarur .Dan tidak dikatakan bahawa selain daripadaNya terdapat apa
juga mafhum atau pernyataan , kerana semua perkara yang jihatnya tidak tertakluk kepadaNya ,
maka ia tercegah secara mutlak .

2
Dan Dia jauh daripada menjadi kulli(2) ataupun juzi . Dia bukan kulli kerana tidak padaNya
takwujud dan cacat pada asal . Sesungguhnya Dia wujud dan tamm semata2 . Takwujud dan
cacat adalah perkara2 yang aqal membayangkan apabila ia menilik akan sesuatu yang tidak
berlaku semata2, iaitu tidak ada isnadnya kepada Ja-il pada apa yang ia mengaqalkan dan
mengetahui .

Dan Dia bukan juzi kerana tidak ada yang lebih am daripadaNya dan tidak ada sesuatu yang
meliputiNya pada apa perkara pun . Dia al Wahid al Hak . al Wahid dari segala jihat, tidak terbit
daripadaNya dan tidak melazimiNya melainkan wahid . Kenapa? Tidak ada makna bagi wahid
melainkan bahawa ia terbit daripada wahid basit dari segi ia wahid , maka ingatlah dan tadabur .

Makna Wajib dan Mumkin


Apakah tidak terang kepada engkau daripada falsafah mereka bahawa segala awarid sesuatu
terpulang kepada perkara2 yang lazim baginya , yang perkara2 ini adalah keperluan jauharnya .
Dan salsilah kelaziman berakhir pada yang melazimkan yang wahid , yang adalah segala yang
diperlukan sesuatu itu dan gambaran jihatnya (pada al Wajib al Wujud ) .

Dan taqarur adalah gambaran pertama mahiyah , yang adalah terdahulu daripada taqarur dari segi
zat. Dan barang2 yang terkemudian daripada taqarur adalah gambaran taqarur mengikut
syarat2nya .

Dan perbezaan antara mahiyah yang mumkin dengan hakikat yang wajib wujudnya , bersama
dengan perkongsian mereka pada wahdah yang lazim , yang awal , yang menghubungi segala
lawazim dan awarid , adalah bahawa mumkin itu pasif .

Dan apa yang mencegah daripada penggambaran kamalat2 mumkin , yang fardu dan nawafil ,
pada darjat yang terdahulu ( daripada taqarur ) adalah tak-sampai waktu dan kekurangan pada
zat. Dan menunggu yang mumkin ( berhajat kepada kejadian ) , dan ini lebih sengsara daripada
maut .

Al Wajib bersifat aktif . Dan apa yang mencegah daripada penggambaran kamalat2Nya ,yang
fardu dan nawafil, pada darjat yang terdahulu , adalah ketinggianNya , kedahuluanNya kibirNya
dan keperkasaanNya ( bukan zatNya ) . Dia sebelum segala sesuatu dan segala kebaikan akur
kepadaNya , dan segala kejadian menurut kehendakNya .

Konsep kulli dan juzi adalah bidaah amalan aqal dan ciptaan idrak . Adapun sesuatu pada dirinya
maka ia bebas daripada konsep kulli dan juzi . Asal sesuatu dan rahsianya adalah jihat maj-ul
pada Ja-ilnya . Keseluruhan jihat sesuai dengan keseluruhan maj-ul. Maj-ul tidak lebih am
ataupun lebih khas daripada jihatnya . Tidak berlaku pada kejadian maj-ul , apa juga perkara
ataupun mafhum melainkan mengikut jihat maj-ul. Dan jenis dan fasal dan taayun adalah konsep2
yang terbeza pada aqal, yang terpisah daripada apa yang ada pada sisi Allah Subhanahu .

Wujud itu baik semata2 dan segala ma’qul adalah kejadian murni . Kejahatan dan adam terbit
kerana hilang isnad kepada Ja-il . Maka tidak bagi yang demikian dakwah yang hak .(3)

3
Dan perpecahan mengikut bilangan adalah nasib hadas2 yang tercemar .Adapun pada alam
qudus prinsip perpecahan di sana adalah mahiyah sendiri .

Dan sesuatu yang nyata pada dunia , harus baginya imam( model) pada alam misal , yang
menjadi ikutannya pada usul kamal dan furuknya . Para failosuf telah menetapkan beberapa
imam kepada aflak , dan kumpulan Ishraqiyun di kalangan mereka puas dengan beribadat
kepada cahaya dan api , kerana melampau dan jahil.(4)

Menyoal kenapa sesuatu mempunyai zat dan lawazim adalah sia2 . Dan tidak ditanya kenapa
manusia boleh bercakap ataupun taajub . Dan tidak juga kenapa api itu panas . Ini kerana jihat
maj-ul pada Ja-il menggabung keduanya dalam satu ikatan dan keduanya terbit daripada adam
secara berpadu dan tidak terima hurai .

Dan lazim adakala tafsil bagi ijmal mahiyah dan adakala syarahan . Ikatan keduanya dalam satu
ikatan oleh Ja-il adalah kerana satu faktor yang menghimpunkan keduanya . Bagi jauhar dan
aradh berlaku perbezaan antara keduanya pada lapangan representasi . Adapun pada jihat , maka
keduanya sama2 tabiat jihat .

Apakah tidak engkau ingat theori para failosuf pada melazimkan harakah dauri kepada falak .
Masaalah2 demikian yang menjadi perbincangan ahli aqal ( rationalis ) dan hizb burhan
(materialis) , para hakim rabbani mengakui permasaalahannya dan menjelaskan masaalah2 ini
dengan sepatutnya .(5) Renungilah dan jangan lalai .

Asal Hikmah
Kemudian kami menyebut satu masaalah yang adalah asal hikmah dan punca tahkik . Apakah
engkau tidak ketahui bahawa nama sesuatu adalah unwan ( kepala yang menunjukkan hakikat
sesuatu itu secara ijmal ) baginya . Dan nama itu tidak tercerai daripada bendanya melainkan
bahawa benda itu mempunyai aspek syarahan dan khususiah tafsil .

Ketahuilah bahawa sadir pertama adalah satu daripada Asma Allah kerana dua wajah Yang
pertama , secara ijma’ , perbezaan antara al Wajib dan sadir pertama adalah pada mahiyah .
Kemudian kami hendak bertanya : Bukankah sadir pertama unwan yang membolehkan mata
penglihat sampai kepada hakikat al Wajib ?

Dan perpisahan sadir pertama daripada al Wajib melawani tabiat mumkin (sadir pertama), lebih2
lagi pada darjat2 tanzih . Bukankah jihat sadir pertama termasuk dalam al Wajib ?
Sesungguhnya sadir pertama adalah syarah jihat itu dan representasinya . Maka semestinya ia
adalah Asma bagi al Wajib .

Yang kedua , bukankah al Wajib mengandungi dalam semata2 wahdahNya segala jihat mumkin,
apakah mumkin itu wujud kharij ataupun anggapan saja ? Begitu juga bagi sadir pertama .
Tidakkah engkau tahu bahawa keseluruhan sadir pertama setuju dengan keseluruhan jihatnya
pada al Wajib , secara mutlak .

Wujud segala yang lain daripada Allah Subhanahu hilang dalamNya . Yang demikian kerana Allah
melengkapi segala kejadian dari segala pihak. Dan perbezaan adalah kerana khususiah yang lazim
yang berturut2 muncul .

4
Dan setiap yang hilang dalam sesuatu yang mutlak, sah ditanggung atas yang mutlak. Dan ( yang
hilang ) menjadi unwan bagi (yang mutlak ) . Tidak ada perbezaan melainkan dengan khususiah .
Yang hilang itu tidak melawani yang mutlak pada itlak dan hakikat. Maka yang hilang itu adalah
tafsil bagi jihat ( kejadiannya ) dan syarah bagi jihat ini .

Dan sadir pertama berbeza dari lain2 lawazim kerana keseluruhan jihatnya menyetujui
keseluruhannya , dan keseluruhannya menyetujui keseluruhan jihatnya . Tidak tertinggal yang kecil
ataupun besar melainkan terkira .(6) Pada tahap tahkik dan martabat lazim tidak terdapat
melainkan sadir pertama apakah kita mempertahankan akan kekhususannya atau keumumannya .
Sebenarnya tidak ada khusus ataupun umum langsung .

Sadir pertama tidak seperti apa yang diwahamkan oleh setengah mereka bahawa ia adalah
terdahulu kerana ia melazimkan segala khairat . Dan bahawa pada mahiyah, sadir pertama adalah
juzi , imam bagi segala juzi . Yang demikian adalah keliru, dan batal pada hak sadir pertama dan
tercegah kerana melawani tabiatnya .

Tidak ada bagi sadir pertama kunhu ataupun hakikat melainkan jihatnya pada al Wajib . Dan ia
tidak terbeza daripada jihatnya melainkan kerana mempunyai bentuk tafsil dan khususiah
syarahan . Sungguhnya : Telah datang yang hak dan lenyap yang batil. Sesungguhnya yang batil
itu lenyap .(7)

Dan ketahuilah bahawa hukum (jihat) berlaku pada emanansi kedua, ketiga dan seterusnya .

Adapun pada keluasannya , maka sadir pertama tidak berhujung sepertimana tidak berhujung al
Wajib pada zatNya . Sabda Nabi saw : Aku minta Engkau dengan segala Asma Engkau
yangKau telah menamakan diri denganNya ataupun yang Engkau telah turunkanNya dalam
KitabKau atau Engkau telah mengajarNya kepada sesuatu daripada makhlukKau ataupun yang
Engkau telah pilih bagi diriKau dalam ilmu ghaib di sisiKau. (8)

Adapun pada pernyataannya , maka sehingga berhenti representasi yang azali yang mujarad dan
bersepadu . Dan timbul Iradat . Dari sana timbul alam yang hadas daripada percampuran hukum2
Asma di bawah gagahan Iradat.
Tidak terjumpa di sana keseluruhan sesuatu bersesuaian dengan keseluruhan yang lain . Tidak
tersuci daripada percampuran (hukum ) dan tidak terdiri unwan . Sudah tentu bahawa sadir
pertama lain daripada al Wajib. Ia adalah hadas dan ma’lul .

Asma Allah
Kemudian di tempat habis alam , sabit representasi2 mujarad dan anniyah muqadas (zat2 suci)
yang kamal pada membawa manusia kepada Allah, dan tamm pada unwan . Firman Allah Taala :
Kepada Allahlah tempat kembali...(9)....... dan ..... Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepadaNya kami kembali .(10)......dan...... Dan kepada Allah juga kembali segala urusan
.(11).....

Maka yang demikian itu adalah Asma2 Allah yang kembali . Dan barangsiapa diberi taufik
memahami salsilah peredaran Asma2 serta hukum2nya maka telah berhasil baginya segala
kebaikan .

5
Dan pendapat yang menghimpunkan di sisi hikmah, bahawa alam ini , segalanya , lain daripada
Allah . Tidak secara mana yang digambarkan orang awam bahawa alam berdikari pada kejadian
dan terasing pada penetapan . Bahkan ia satu representasi bagi jihat al Wajib dan syarah bagi
kamalNya .

Sesungguhnya kelainan alam kerana ia terhad pada dirinya dan kerana taayun pada zat. Kedua ini
terbit daripada ketakterhinggaan , kemutlakan dan kesangatan lengkap al Wajib. Jika al Wajib
tidak meluasi alam , tidak bagi alam apa2pun, pada ketakterhinggaanNya .Alam adalah kotor dari
segi jauharnya dan keruh pada tabiatnya . Keduanya daripada kamal qudusNya dan tamm
subbuhNya . Dan kalau bukan kerana al Wajib mengandungi alam, tidak bagi alam apa2pun pada
qudusNya .

Ketercegahan unwan dan ketiadaan pembawaan ( bagi alam ) , keduanya terbit daripada
kesangatan gemilang zuhurNya . Dan kalau bukan kerana al Wajib melipatkan alam , tidak bagi
alam apa2pun pada zuhurNya .

Contoh ( tercegah unwan dan ketiadaan pembawaan ) di sini adalah umpama haiwan mutlak iaitu,
tidak ada syarat apa2 , berbanding dengan haiwan kulli iaitu dengan syarat tidak (ada penentuan )
dan haiwan juzi iaitu dengan syarat sesuatu . Maka haiwan mutlak melengkapi keduanya kerana
kesangatan mutlaknya . Adapun haiwan kulli dan juzi , maka keterhinggaan keduanya telah
menghalang , dan kekotoran keduanya telah mencegah daripada keduanya menjadi unwan . Dan
tidaklah keseluruhan keduanya menepati keseluruhan haiwan mutlak .

Kami meninggalkan bagi engkau untuk membuat keputusan apakah mumkin bahawa sadir
pertama, dengan tabiatnya yang telah dibicarakan , boleh jadi lain , dinamai aqal . Tidak,
semestinya tidak .

Dan janganlah engkau terperanjat kerana terbit alam ini yang tercemar dari asal yang qudus,
atas jalan penzahiran dan representasi . Sesungguhnya bagi setiap yang tercemar ( jihat ) qudus
yang tersangat qarib dengannya . Dan yang tercemar itu amat jauh daripada kequdusan .
Mamadailah dengan misal yang kami telah beri .

Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu tidak mengetahui sesuatu , dan tidak menghendakinya dan
tidak menjadikannya melainkan dari segi Dia adalah kebaikan semata2 dan wujud sarf ,
daripada pantulan hadrat Asma. Ini satu masaalah yang rumit dan tidak memahaminya melainkan
orang yang diberi jibilah memahaminya .

Kami akan memberitahu engkau sesuatu yang menjadi contoh kami untuk menghuraikan
masaalah2 dalam karya2 kami . Bukankah bagi konsep zauj ( genap) empat iktibar .

(1) Ketika engkau berkata zauj itu sebegini . Dan maksud engkau dengannya nombor empat .
Dan engkau menjadikan zauj unwan bagi empat . Maka zauj dalam tinjauan ini adalah penjelasan
bagi empat dan nama baginya . Tetapi tidak mumkin dikatakan zauj adalah empat saja daripada
tersangat padu maksud . Iktibar ini yang paling benar dan paling menyerupai diri keadaan .

Dan ini adalah mazhab hukama rabbani pada Ilahiah ( Asma ). Di sisi mereka yang mengetahui
maujud sebelum ilmu , dan yang mendengar sebelum pendengaran . Dan paling benar daripada

6
dua wajah kalam , di sisi mereka bahawa dikatakan Allah adalah yang Maha Mengetahui, Maha
Mendengar dan Maha Bijaksana .

Al Quran juga mendatangkan yang paling benar daripada dua wajah kalam , di sisi mereka . Dan
yang paling tepat meneunjukkan mazhab mereka bahawa dikatakan nama adalah diri yang
dinamakan pada satu iktibar. Dan nama bukan yang dinamakan secara tepat, dan bukan tak
berkait dengan yang dinamakan, pada iktibar yang lain .

(2) Ketika engkau berkata bahawa empat itu zauj . Maka engkau telah meletak zauj sebagai satu
konsep yang terbenar atas empat . Dan makna engkau ketika itu adalah bahawa empat dan zauj ,
jika sekalipun keduanya konsep yang berlainan namun keduanya bersatu di mana konsep empat
termasuk dalam konsep zauj. Iktibar ini kurang kuat daripada yang pertama .

Ini mazhab Mutakalim(12) pada Ilahiah . Di sisi mereka ilmu maujud sebelum alim, dan hikmah
sebelum hakim . Dan yang paling benar dari dua wajah kalam di sisi mereka bahawa dikatakan
Allah mempunyai sifat ilmu dan sifat hikmah, bukan bahawa Dia Alim ,Hakim. Mereka
mengambil al Alim ,al Hakim sebagai ilmu dan hikmah sendiri .

(3) Ketika engkau meneliti pernyataan empat pada khususiah zauj . Dan engkau mengabaikan
wahdah yang terbit daripada penelitian rambang yang tembus , dan engkau mendirikan hijab
dengan empat sebagai unwan bagi yang demikian wahdah , kerana bingung zihin .

Ini mazhab sufi . Yang paling benar ta’bir di sisi mereka bahawa zauj adalah taayun bagi empat
dan satu mazharnya . Pendapat ini di antara kedua pendapat yang terdahulu .

(4) Ketika engkau berkata empat engkau memelihara maknanya dalam zihinkau, kemudian
engkau berkata zauj dan memelihara maknanya dalam zihin juga . Kemudian engkau tilik akan
nisbah antara keduanya . Maka engkau dapati bahawa yang pertama illat bagi yang kedua , dan
yang kedua ma’lul . Jika tidak kerana illat nescaya tidak jumpa ma’ lul .

Ini mazhab failosuf . Di sisi mereka , ilmu itu ma’lul dari Allah dan berkehendak kepadaNya . Dan
yang paling benar ta’bir di sisi mereka , bahawa jika tidak kerana al Wajib maka tidak terdapat
ilmu. Dan ilmu adalah dengan sebabNya dan kehendakNya.

Dan apabila dikatakan kepada engkau wahai orang yang beraqal , bahawa wujud alam ini
tersandar kepada Aqal Aktif maka benarkan mereka pada hukum sandaran tetapi salahkan mereka
pada unwan yang mereka letak sebagai tajuk dalam qadiyah mereka.

Dan hakikat kalam mereka , setelah digugurkan perkara2 bidaah, adalah bahawa al Wahid,
al Fayad , al Khalik , al Jawad telah melimpahkan alam dan menjadikannya dan
mengeluarkannya daripada adam . Dan umpama demikian (bidaah) di mana mereka berkata
bahawa wahyu daripada ta’lim Aqal Aktif . Maka pembetulan kalam mereka bahawa dikatakan ,
wahyu dari limpahan al Rabb , al Mutakalim , al Jawad .

Ringkas kata , ketahuilah bahawa konsep Uqul2 adalah daripada bidaah aqal (13). Dan tidak ada
pada asal kejadian melainkan Allah Subhanahu dengan Asma2Nya . Ini burhan matin , cukup
insyaAllah bagi orang yang mempunyai hati dan memberi perhatian sedangkan ia naik saksi .
(14)

7
Dan patut engkau ketahui bahawa kami tidak berkehendak dengan Asma2, konsep2 , bahkan
anniyah qudus , huwiyah tanzih dan tajalli2 al Wajib.

Dan adam yang telah disabitkan oleh setengah ahli kasyaf dan ahli nazar bagi anniyah qudus
tidak benar . Sesungguhnya apabila disabitkan Asma2Nya dengan betul , tidak pada ketika itu
adam .
Berbeza pada kes hikayat aqal sesuatu yang tidak berlaku melainkan dalam waham. Dan engkau
menjadikan Asma2 sebagai sifat2 dan uqul2 , maka terbit adam kerana Asma2 itu terputus dari
hubungannya dengan al Wajib.

Alangkah baiknya keputusan hakim berdasarkan wijdan mereka bahawa emanansi anniyah qudus
adalah ittisaf bagi Allah atau ciri2 bagiNya .

Dan emanansi anniyah yang tercemar sebenarnya dinamakan makhluk dan disifatkan dengan
hadas, kerana qaharnya di bawah Iradat dan tercampur hukum2 Asma dalam makhluk . Dan tidak
terdapat keseluruhan hukum Asma bertepatan dengan keseluruhan hadas.

Dan jika terdapat iktilaf dalam mudrak dan bukan dalam idrak maka ketika didirikan burhan,
mumkin dapat diperbetulkan . Adapun iktilaf dalam idrak maka lebih rumit diselesaikan
melainkan Allah Subhanahu memperlihatkan mereka tentang kebenaran .

Ya Allah , segala puji bagi Engkau . Aku tidak dapat memuji Engkau sepertimana Engkau memuji
diri sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

(1) Contoh kejadian basit adalah ‫ جعل الظلمات و النور‬dan contoh kejadian murakab adalah
‫جعل لكم الرض فراثا‬ . Ayat yang pertama melampau kepada satu maf’ul dan ayat yang kedua
melampau kepada dua maf’ul .
(2) Kulli itu memerlukan individu untuk merepresentasinya dan pernyataan . Bagaiamana
dikatakan Wajib al Wujud sebagai kulli sedangkan Dia tidak memerlukan apa2pun.
(3) Surah al Rad,14
(4) Darjat cahaya dan api tidak lebih tinggi daripada darjat imamnya di Alam Misal, sedangkan
tidak satu imam pada Alam Misal berhak disembah .
(5) Failosuf adalah seorang yang mendasarkan pendapatnya pada hikmah Yunani. Hakim tidak
taqlid buta kepada hikmah Yunani .
(6) Surah al Kahf, 49
(7) Surah Bani Israil , 81
(8) Mishkat, Bab –ud Dakwat fi –l-Auqat riwayat Waziin
(9) Surah Ali Imran , 27
(10) Surah al Baqarah , 156
(11) Surah al Baqarah , 210
(12) Mereka yang menggunakan falsafah dalam menjelaskan dan memelihara din .
(13) Al Uqul al Asyarah , iaitu 10 Uqul , sepuluh malaikat yang , mengikut failosuf, dijadikan
Allah secara berikut . Pertama Allah menjadikan satu malaikat . Malaikat itu kemudian
menjadikan satu langit dan satu malaikat yang lain . Malaikat yang kedua menjadikan langit yang

8
kedua dan malaikat yang ketiga . Dan seterusnya sehingga dijadikan sembilan langit dan sepuluh
malaikat . Malaikat yang kesepuluh , dengan perintah Allah menciptakan alam .
(14) Surah Qaf , 37

9
KHIZANAH KEDUA
Marifat zat Allah
Tiang hikmah adalah irfan zat Allah Subhanahu dengan zatNya , kemudian irfan AsmaNya
dengan khususiah2 dan ahkam2 Asma . Kemudian irfan alam yang diciptakan ini dan zahir
Asma2Nya dalam alam ini atas wajah khas . Kemudian irfan Asma2 Kembali ( yang kembali
kepada Allah selepas tempoh pelaksanaannya ) dengan hukum2nya dan cara kembalinya kepada
Allah Taala .

Yang demikian adalah salsilah ( Asma ) edaran(1) dan barangsiapa diberi ilmu tentangnya
secara zauq, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak .Dan kami akan
menghuraikannya sebagaimana Allah telah memberi taufik kepada kami .

Adapun zat Allah Subhanahu maka terlebih mulia daripada meluasi idrak akan zatNya .
Hanyasanya sampai kepadaNya dengan tajalli zatNya yang sama sekali bukan daripada
perolehan idrak . Tajalli membawa hairan mutlak .

Ataupun irfan dengan disifatkan dengan apa juga taayun . Tetapi hanya terdapat semata2 itlak dan
wahdah sarf . Tidak kami bermaksud dengan itlak keadaan zat itu kulli .Kami telah batalkan
konsep kulli pada awal. Bahkan maksud itlak, keadaan tersimpan segala iktibar ( kulli) dalamNya
dan hilang segala jihat dalamNya secara simpanan di mana tidak terdapat kalimat ataupun huruf .
Sesuatu simpanan yang meluasi lapangan kejadian dan potensi .

Dan dengan wahdah tidak dimaksudkan apa yang bertentangan dengan katsrah, kerana katsrah
adalah bidaah dan tajalli2 yang kemudian . Ini satu hukum kulli yang telah berijma atasnya
hukama , bahawa kontraduksi antara dua diddan ( proposisi yang berlawan ) bersandar kepada
khususiah keduanya , dan tidak kepada Nafsu Rahmani .

Bahkan kami telah bersetuju bahawa sesuatu yang tanzih daripada wahdah dan katsrah
keduanya , sajalah yang wahid, iaitu asal segala sesuatu . Dan Nafsu Rahmani pada dirinya
tercegah daripadanya mana dua diddan daripada Asma2 Allah Subhanahu samasekali . Diddan
mempunyai khususiah masing2 , dan Nafsu Rahmani menerima diddan pada segala martabat
ittisaf . (2)

Adapun segala hakikat yang mumkin , Allah Subhanahu tanzih daripadanya . Ia hanya bidaah
alam Iradat dan di bawah qahar Iradat . Ternafi baginya sifat Ilahi kesemuanya secara nafi basit
sarf . Bukan bahawa hakikat mumkin adalah hakikat2 ataupun perkara2 yang wajib dinafikan
baginya martabat tanzih . Fahaman ini adalah anggapan aqal .

Martabat zat -Salsilah Bidayah


Bagi mumkin beberapa usul dan imam, di mana mumkin adalah zill bagi demikian usul dan
imam , dan pengikut . Apabila tembus tilik ke belakang Iradat akan terdapat bahawa al Bari’, al
Hak bersifat dengan usul2 dan imam2 ini pada martabat2 ittisaf .

Dan pada depan martabat ini :


(1) Allah la ilaha illa Huwa : Adapun Allah maka digunakan pada martabat ini untuk
menunjukkan ketakterhinggaanNya . Rujukan adalah kepada unwan bukan kepada hakikatNya

10
(yang tidak dapat dicapai manusia ) . Adapun La ilaha illa Huwa maka digunakan pada
martabat ini untuk menunjukkan hakikat martabat ini ( iaitu nafi isbat) .

Manusia yang paling berhak mengenali diri Allah adalah lelaki yang tersangat taqarub kepadaNya,
hati salim , munsalikh bentuk basyarinya dan dibantu Asma Mutlak yang terbit dari sadrnya . Dan
lelaki ini adalah Rasulullah saw khatam anbiya dan imam mursalin.

Adapun segala anbiya yang lain , maka mengikut persediaan mereka . Dan awliya , maka mengikut
bentuk mizaj . Tetapi mereka ( berbanding dengan anbiya ) tidak hilang dalam lautan itlakNya dan
sarih kebebasanNya . Adapun hukama , maka ilmu mereka terhad kepada bidang Qurb Wujud .(3)

(2) al Hayy , al Qayyum , al Hak , an Nur : Asma2 ini adalah bagi tajalli awal, yang paling azhim,
paling karim dan paling basit . Ia merangkumi segala yang lazim bagi martabat zat dan syarah
baginya secara menyeluruh .

Ramai telah salah anggap bahawa ia diri Allah . Sesungguhnya ia adalah syarah bagiNya dan
berbeza daripadaNya dengan aspek tafsilnya. Ia adalah unwan taqarur dan awal representasi
mahiyah . Dan terbit daripada mahiyah segala kebaikan secara berikutan .

(3) al Majid , al Azhim , al Ali , al Kabir , al Jalil : Asma2 ini adalah syarah bagi satu aspek
daripada aspek2 taqarur , iaitu khususiah aspek ini bercampur dengan al Kibr yang adalah
pakaianNya .(4)

(4) al Ghani , al Wasi’ , al Qawi , zhu Thul , al Mubarak : Asma2 ini adalah syarah bagi satu jihat
daripada jihat2 al Kibr .

(5) ar Rahman , ar Rahim , al Birr , al Qadir : Asma2 ini adalah representasi berdikari dari segi
faid idafi .

(6) al Murid dan baginya juzu2 , al Bari’ , ar Raziq , al Musawir , al Hadi , al Ghafir , al Qabid
, al Basit , al Khafid , ar Rafi’, al Mubdi’ , al Muid , al Muhyi , al Mumit .(5)

Ringkas kata bagi setiap sesuatu terdapat satu jihat qudus yang termasuk dalam satu Asma dari
segi faid idafi . Segala Asma faid idafi adalah juzu2 Asma jamak idafi diibaratkan dengan al Murid
. Dan dengan Asma2 ini tammat Salsilah Bidayah.

Tidak aku berkata bahawa al Hayy, al Qayyum , sebagai contoh , kesemua syarahnya dalam
fasa2nya adalah al Ali , al Azhim . Bahkan al Ali , al Azhim adalah syarah bagi satu jihat daripada
jihat2 ( alHayy, al Qayyum ) . Dan tak mampu mendalam fikir tentang hakikat Asma2 pada
keseluruhannya dan mempastikan bilangannya serta fasa2nya .

Dan qiaskan secara di atas hukum segala Asma, pada tabaqat masing2 . Supaya engkau mantap
ilmu dan sedar bahawa bagi setiap Asma , ada khususiah pensyarahan , dan jihat tafsil
(terperinci ) berhubung dengan Asma sebelumnya .

Dan taqarur yang dimaksudkan dengan al Hayy adalah kehadiranNya untuk diriNya dengan
diriNya dengan tanpa berbilangan samasekali . Dan dalam istilah sufi dipanggil ilmu huduri, dan

11
dalam istilah hukama dengan taqawum dan tahakuk . Dan adakala dipanggil dengan Nur iaitu satu
bentuk inkisyaf .

Taqarur pertama adalah representasi dan syarah bagi martabat zat iaitu keseluruhan
(jihat)martabat zat berbetulan dengan keseluruhan taqarur dan keseluruhan taqarur berbetulan
dengan keseluruhan jihat. Tidak terbeza melainkan taqarur mempunyai aspek tahkik yang sangat
menyeluruh dan pada martabat zat, hilang habis segala jihat dan iktibar .

Dan yang dimaksudkan dengan al Azhim , al Ali , al Kibr adalah representasi satu jihat daripada
jihat2 al Hayy . Kemutlakan (sifat) ini dari segi kebebasannya ( daripada jihat2 yang lain )
direpresentasi dengan azimah, uluw dan kibr .

Dan khususiah yang dinamakan al Ghani , al Saa’ , al Baraka , as Subugh adalah syarah satu
jihat daripada jihat2 al Azhim . Jihat ini meluasi representasi baraka dan ghina . Sedangkan al
Baraka dan al Ghani adalah sumber ifadah dan menghimpunkan segala bentuk ifadah . Hilang
sumber ini dalam keluasan jihat al Azhim .

Rahmat dan Qudrat adalah syarah bagi satu jihat daripada jihat2 al Mutabaraka. Jihat ini adalah
bentuk persediaan untuk ifadah kamalat , direpresentasikan sebagai satu malakah bagi ifadah tetapi
bebas dari ifadah .Jihat ini berkembang dengan sendirinya .

Rahmat dan Qudrat adalah satu . Setiap yang dikuasai, dikuasai atasnya dengan rahmatNya .
Firman Allah Tabaraka wa Taala:RahmatMu meluasi segala sesuatu.. (6)

Kemudian dengan memelihara hak representasi rahmat , Ia berfirman : Kami akan menuliskan
rahmat bagi mereka yang mengikuti nabi yang ummi .....(7)

Dan apa yang lain dari demikian dinamakan qudrat . Maka perbezaan adalah pada unwan dan
mauthin representasi , bukan pada jihat dan ciri itlak keduanya .

Kemudian Rahmat ternyata dalam bentuk ifadah aktual , dinamakan Iradat . Ia adalah satu aspek
wahdaniah seolah2 penutup kasturi bagi ketakterhinggaan dan itlak . Tidak berhak orang yang
berambisi berhasrat lain daripada Rahmat pada awalnya dan pada zatnya . Yang patut adalah
mengembalikan segala sesuatu , pada awal qasad , kepada Rahmat dalam mana terpantul
bentuk2 Asma .

Dan yang demikian kerana Asma2 dengan kesangatan itlaknya dan ketakterhinggaannya
seumpama cermin yang gilap, bagi pantulan segala yang atasnya daripada dirinya, dan pantulan
persediaannya batin dan zahir . Dan ini kelakuan am pada segala Asma . Pengetahuan manusia
terhenti pada bentuk yang terpantul dalam Iradat .

Akan senang bagi engkau memahami masaalah ini jika engkau memahami maksud itlak dan
hakikatnya .

Bukankah bagi konsep penulis , terpantul dalamnya bentuk2 segala konsep yang terbenar
baginya . Maka pada contoh penulis, terdapat konsep2 haiwan, jisim , jauhar, yang taajub , yang
ketawa, yang berjalan dan seumpamanya .

12
Dan bagi setiap konsep yang terbenar bagi konsep asal , terdapat hakikat tersendiri , yang telah
bersatu secara kebetulan pada konsep penulis . Inilah cara terbit jihat bagi nau bahkan bagi
individu , yang dinamakan ayan tsabit .(8)

Dan berbetulan dengan setiap jihat terdapat satu Asma Juzi dinamakan Sifat Afaal , sepertimana
yang terdahaulu disebut dinamakan Sifat Zat , kerana tersangat itlak Sifat dan berbetulan Asma
dengan zatNya. Ini asal takwin dan benih hikmah .
Asma2 Kembali
Allah meliputi segala alam , dari segi mendatangkannya dan menggerakkannya, maka tsabitlah
bagiNya anniyah kembali ,yang qudus , azali , abadi yang tamm itlaknya.

Maka peringkat pertama Asma2 Kembali adalah al Alim , al Sami’, al Khabir , al Basir , al
Shahid . Hakikat Asma2 ini bahawa sentisa hadir alam ini , dengan percampurannya , hukum2nya
dan atsar2nya , dalam ilmu Allah . Dia meliputi alam yang kembali kepadaNya dengan liputan
yang lain daripada liputan yang awal.(Asma Bidayah ) Kalau ditilik boleh dikatakan Asma2 ini
bukan Allah , dan sangat menembus, jernih dan terang.

Peringkat kedua Asma2 Kembali adalah al Malik , al Daim , al Mutaali , As Sabur , as Syakur ,
al Halim , ar Rasyid , al Hamid , al Baqi , al Wahid , al Waris . Hakikat Asma2 ini adalah
representasi Asma2 tabaqat pertama dari pihak bebas daripada segala kaitan .

Tidak aku kata bahawa Asma2 ini bebas mutlak seperti pada awal2 , kerana ia adalah Asma 2
Bidayah sendiri . Dan timbul berbetulan dengan setiap campuran pada peringkat pertama, sesuatu
yang qudus pada peringkat kedua , dalam bentuk terperinci .

Peringkat yang ketiga : al Qudus , as Salam , as Samad , as Subbuh . Dan hakikat Asma2 ini
qudus tamm dan penujuan kepada Allah yang mendalam . Peringkat kemudian adalah peringkat
zat Allah Subhanahu . Dan tajalli zat berlarut pada Asma2 Kembali sepertimana ia berlarut pada
Asma2 Bidayah .(iaitu berdasarkan konsep jihat )

Adapun Asma2 tabaqat pertama , maka ia adalah satu hadrat yang menghimpunkan segala
bentuk alam , dan ini berlaku dua kali . Pertama ketika berlaku keperincian ifadah idafi , yang
dipanggil Kalam . Ini akan dijelaskan kemudian .

Kedua , ketika terpantul nizam yang tersusun dalam Asma . Asma ditanggung oleh Lauh Mahfuz ,
dan adalah apa yang dikehendaki di sini . Dan ia dinamakan Ilmu Pasif .

Adapun al Qudus maka ia adalah representasi bagi jihat kebebasan dari segala representasi yang
terkandung dalam al Hayy, al Qayyum .

Adapun al Malik , al Daim maka kedua ini adalah syarah bagi al Qudus mengikut tanazul2 yang
turun dari pelbagai martabat .

Permulaan hikmah adalah heran dalam zat Allah , dan irfan Asma2 Bidayah dan akhirnya
berdoa dengan Asma2 Kembali . Dan Asma2 Kembali berhak demikian kerana alam ini sentiasa
kembali kepadaNya .

13
Kerana demikian , engkau dapati bahawa Rasulallah saw kadang2 menjadikan : Allah la ilaha
illa Huwa , al Hayy, al Qayyum .(9)..... sebagai Asma Azham mengikut Salsilah Bidayah . Dan
kadang2 : al Ahad , as Samad , allazi lam yalid wa lam yulad wa lam yaqul lahu kufuwan ahad
.(10)..... sebagai Asma Azham mengikut Salsilah Kembali .

Dan engkau akan mendapati bahawa kebanyakan doa2 Nabi saw menyeru dengan Asma2
Kembali dan secara taqdis dan tasbih .

Antara Asma2 terdapat Asma Hadas. Dengannya pembinaan nizam hadas . Dan tahkik fahaman
tentang Asma2 ini sebagaimana Allah telah mengajari aku , khasnya dan yang engkau akan
ketahui kemudian, bahawa antara nau2 qurbah terdapat Qurb Faraid .

Hakikat Qurb Faraid adalah bahawa Allah Subhanahu tajalli pada ayan tsabit hamba2 selepas
mereka mencapai Qurb Wujud . Dan ternyata satu hakikat , kerana Allah adalah asal segala hakikat
.

Contoh tahkik ini , yang bersandar kepada ayan tsabit dalam alam ghaib, dan kepada Nafsu
Natiqah dalam alam shahadah , adalah umpama tahkik ruh yang bersandar kepada campuran
badan . Dan takluk Asma ini ( yang tahkik pada ayan tsabit ) umpama takluk Nafsu Natiqah
dengan badan.
Dan sepertimana Nafsu Natiqah dengan keadaannya yang mujarad dan basit , tidak tercegah
daripada bergantung dengan badan , demikianlah Asma ini sebagai satu suruhan Ilahi , yang
ghaib, tidak tercegah daripada bergantung dengan ayan tsabit dan Nafsu Natiqah . Firman Allah :
Dia menjadikan ruh ( yang membawa wahyu ) darihal perintahNya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya di antara hamba2Nya supaya dia memberi amaran tentang Hari Pertemuan
.....(11)

Dan makna ayat ini pada mazhab Butun yang Keempat (12), Asma ini yang kami telah jelaskan .
( Maksudnya ruh adalah tajalli Asma yang ditetapkan pada ayan tsabit. )

Di kalangan malaikat satu kaum yang telah capai Qurb Wujud . Apabila ayan mereka subugh,
mereka akan mencapai Qurb Faraid (13). Kemudian Allah Subhanahu tajalli atas mereka dan
ditetapkan satu hakikat Ilahi . Ketetapan ini menuntut pengaruh dan takwin . Nufus malaikat yang
mujarad dan ruh2 mereka yang berhubung dengan jirim tunduk kepada Asma . Kemudian Allah
menjadikan dan membentukkan dengan wasitah Asma akan nufus dan ruh2.

Antara mereka adalah Mikail diwakilkan atas tadbir rezki dan segal takwin . Banyak malaikat
tunduk kepadanya dalam pelaksanaan tugasnya , seperti penggambaran janin dalam rahim ,
penumbuhan pokok2 dan lain2 .

Izrail diwakilkan untuk mencabut arwah .

Tugas Israfil melingkupi tugas keduanya seolah2 tugas keduanya tafsil bagi tugas Israfil . Dan
antara tugasnya Ijad Kulli dan I’dam Kulli , maka dinisbahkan kedua tuipan kepadanya , iaitu
tuipan kebinasaan dan tuipan kejadian .

Jibril ditugaskan memberi tarbiah kamal . Antara tenteranya beberapa kaum , setengah daripadanya
membawa ilham malaki .

14
Bagi setiap rasul Asma khas yang tajalli pada sadrnya . Dengannya kamal dan perlindungannya .
Dan makna aku dengan kedudukan anbiya pada kamal mereka adalah keumuman dan itlak
Asmanya . Akan dijelaskan kepada engkau setengah tafsil Asma 2 maka ambillah perhatian .

Ingatlah apa yang kami telah sebut terdahulu bahawa kami tidak berkehendak dengan Asma2 akan
konsepnya, bahkan kami kehendaki hakikat2nya yang qudus dan tajalli2nya yang azali .

Ketahuilah bahawa jihat yang kami telah kemukakan sebagai konsep , berbetulan dengannya
hakikat ghaib yang adalah asal tajalli . Apabila kami menyelam dalam lautan Asma ,kami tinggal
segala konsep, akan tetapi lidah kelu daripada dapat menjelaskan pengalaman ini dan terpaksalah
kami merujuk kepada konsep .

Dan sekarang kami mahu bicara tentang empat sifat Allah . Pertama Ilmu , dan terdapat banyak
ayat2 al Quran tentang ilmu . Kedua Iradat , dan dikhaskan irfannya kepada anbiya as dan
hukama ra . Ketiga Kalam dan ia adalah asal syariat dan pokok wahyu . Keempat Wahdatul
Wujud dan padanya banyak perselisihan .

Ilmu Allah
Adapun Ilmu , maka di gunakan dengan dua makna .
(a) Tajalli Allah Subhanahu dengan perkara yang Dia tajalli dengannya , dan ini berhubung
dengan Salsilah Bidayah . Hakikatnya , segala yang berlaku termasuk di dalam kelakuan Allah
Subhanahu . Dan sepertimana zatNya hadir di sisiNya Subhanahu , maka yang demikian
melazimkan hadir segala yang berlaku , di sisiNya , dengan tamyiz , khususiah , hukum , dan
bekas masing2 .

Dan dengan ilmuNya mengikut demikian hudur yang qudus , kami kehendaki diriNya . Tidak
terbeza ilmuNya tentang mana satu daripada kelakuan2 melainkan dengan yang demikian
kelakuan sendiri . Hendaklah engkau memikir dengan tepat , kerana masaalah ini rumit dan
terserah kepada kesedaran hakim .
(b) Kelengkapan Kembali iaitu hadir di sisi Allah dan menuju kepada kelenyapan . Ini
berhubung dengan Salsilah Kembali.Hakikatnya bahawa Allah Subhanahu meluasi segala kelakuan
dari segala segi tilik.Kerana demikian ,nyata ataupun lenyap adalah sama.

Rasulullah telah menghuraikan masaalah qadar dengan bersabda : Telah kering al Qalam selepas
menulis perkara yang akan berlaku .(14) Dan Nabi Adam as ( dalam pertemuan dengan Nabi
Musa as ) menguzurkan diri atas dosanya kerana ilmu Allah Subhanahu tentangnya. Maka
keduanya telah kembalikan segala kejadian kepada al Mabda’ dengan bentuk katakerja sudah
atas maksud wajib berlaku .Semestinya Allah adalah al Mabda’.

Firman Allah Subhanahu di dalam al Quran : Maka ( dengan ujian yang demikian ) nyata apa
yang diketahui Allah tentang orang2 yang beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya
tentang orang2 yang berdusta ....(15). Maka Dia telah jadikan diriNya tujuan , dengan bentuk
katakerja masadepan untuk menunjukkan akibat . Sudah tentu tujuan itu daripada Salsilah
Kembali .

Dan Allah Subhanahu telah isyarat kepada kesempurnaan Lukman dalam al Quran dengan
firmanNya : Wahai anakku, Sesungguhnya jika terdapat seberat biji pun...(16) Secara ringkas,

15
setiap kali disebut dalam al Quran tentang ilmu , maka sesungguhnya ia merujuk kepada Salsilah
Kembali .

Darurat ini daripada tabiat wahyu mengikut dalil (Kalam) dan bukan daripada diri wahyu sebagai
emanansi, maka fahamlah . Dan terkemudian Ilmu Pasif adalah semulajadi , maka tidak menafikan
keazaliannya .

Iradat
Adapun Iradat , maka ia timbul dari usaha Allah menyatukan nizam yang terdahulu daripada
Iradat dari segi ifadah . Yang demikian kerana setiap hal yang terdahulu menuntut satu hal yang
kemudian di mana bersatu dalamnya hal yang terdahulu. Dan seterusnya sehingga berhenti pada
Iradat yang adalah ifadah aktual. Maka bersatu dalam Iradat segala nizam .
Iradat tidak menuntut melainkan yang berkait dan yang disebabkan . Dan kesemua murad dengan
kekotoran dan pencemaran masing2 , tidak tercegah dari kembali kepada Allah Subhanahu .

Jauhar Iradat melazimkan terhenti salsilah mutlak dengannya , tetapi bukan sebagai satu
perhentian yang berbeza dengan apa yang sebelumnya . Bahkan dengan keadaan Iradat meluasi
dan menembusi seperti tembusnya Sifat2 Ilahi yang mutlak dalam alam ini yang tertentu .

Apakah engkau tidak nampak bahawa berhasil bagi manusia pada awalnya satu bentuk yang
molek dalam zihinnya . Mengikutinya timbul syauq secara wajib . Kemudian berhadas satu
sifat iaitu iradat dan ia adalah ifadah aktual , dan sumber gerakan cakap dan buat .

Ketahuilah bahawa sifat ifadah azali ini , yang adalah faid daripada Asma2 sebelumnya, berhak
dinamakan Iradat , dalam representasi2 Kalam yang turun . Dan tidak disandarkan representasi2 ini
secara langsung dan pada zat melainkan dengan Iradat , dan secara tidak langsung dan pada aradh
boleh disandarkan kepada Asma2 sebelum Iradat . Dan ini umpama isnad maj-ul kepada bentuk
dalam zihin dalam misal yang kami telah kemukakan.

Dan apabila ilmu tentang mumkin adalah kehadiran bentuk cetakan mumkin atas jalan meluasi
kehadiran akan ilmu, terbenar dinamakan tabaqat pertama daripada Asma2 Kembali dengan Iradat
juga , pada representasi2 Kalam . Jagalah rahsia yang halus ini , supaya manfaat dalam bicara
nanti .

Ketahuilah bahawa anbiya bebas daripada jenayah bidaah . Dan senentiasa bersatu bagi mereka
Asma2 dan Sifat2 Allah Subhanahu . Mereka tidak ambisi melainkan Iradat (Allah ) dalam
Salsilah Bidayah dan ketiga2 tabaqat dalam Salsilah Kembali . Dan gugur dari segi tabiat kalam
mereka ( bicara ) terperinci tentang illat aktif dan pasif .

Adapun illat aktif , maka zahir bahawa tauhid tidak menyukai sandaran kepada illat . Dan adapun
illat pasif , maka tafsilnya bergantung dengan illat aktif pada tilik hakim .
(Maka lebih2 lagi tidak perlu dibicarakan dengan terperinci . )

Dan sebahagian daripada Iradat dipanggil Iradat Mutajadid . Kepadanya disandarkan kejadian
sehari2 . Hakikatnya berlaku ifadah Asma Hadas dari sudur malaikat muqarrabun yang
diwakilkan untuk mentadbir alam .

16
Tidak lebih benar apa yang dipegang Imam Abu Hasan Asyaari untuk melepaskan diri ketika
kesempitan dalam pertikaian , daripada pegang dengan Iradat mengikut firman : Tidak Dia disoal
tentang apa yang Dia perbuat, sedangkan mereka akan disoal .....(17) Dia berpendapat bahawa
Iradat mengkhususkan dengan sendirinya . Perbuatan Allah Subhanahu bukan diillatkan dengan
tujuan , yakni takhsis mengalir daripada diri Iradat dari segi Ia menghimpunkan segala Asma .

Ahli al Hak bermaksud dengan Qadar kehendak Iradat Qadim dan dengan Qadha kehendak
Iradat Mutajadid .

Terdapat dalam satu hadis : Apabila Allah mengqadhakan sesuatu perkara di langit, malaikat
mengepak sayap2 mereka , bertunduk kepada perintahNya , dengan bunyi bagai rantai ditarik
atas batu licin . Dan apabila hilang takut daripada hati2 mereka, mereka bertanya : Apa yang
Rabbmu berfirman ?.... Jawab ( malaikat yang lebih tinggi darjat ) : al Hak dan Dia adalah al
Ali , al Kabir . ( Bukhari, Tirmizi ) (18)

Yang dimaksudkan dengan hadis ini bahawa malaikat muqarrabun menerima bentuk Qadha
daripada punca Qadar sepertimana anbiya menerima ilmu2 daripada punca syariat .

Firman Allah Taala : SuruhanNya apabila Dia kehendaki sesuatu bahawa Dia berkata
tentangnya : Jadi, maka jadilah ia ..........(19) Dan telah kesamaran atas mufasir yang mashur ,
maksud ayat ini , kerana mereka tidak faham rahsia takwin .
Kami berpendapat bahawa takwin adalah Iradat dan takluk Iradat sejak azali . Azali bukan
sesuatu yang kemudiannya bermula zaman . Ia pengandung teoritis bagi alam yang lebih tinggi
daripada zaman dan tempat , dengan tajarudnya dan taqadumnya .

Zaman dengan lamanya adalah satu ukuran di sisiNya . Dalam zaman Allah melakukan apa saja
perbuatan qudus . Tidak ada tajadid dan qadha melainkan dalam hubungan dengan kita . Maka
batallah pendapat bahawa mustahil alam ini hadas .

Kami berpendapat bahawa seluruh alam , zamannya, dan makaannya dan hayulanya adalah hadas
dengan makna bahawa ia disebabkan oleh Iradat . Ia tercemar dengan kekotoran dan berkehendak
kepada transformasi dan harakah dengan sendirinya .

Konsep zaman dan makaan didahului konsep kejauhan yang ektensif , membayangkan kejauhan
qudus dalam representasi waham . Ini cara menyelesaikan perselisihan .

Dan putus kata tentang hadas , bahawa terdapat dua jenis hadas . Pertama , hadas yang bergantung
kepada kaitan2 dan ta’yin . Dinamakan hadas kerana terkemudian pada salsilah kejadian
daripada Ilahiah . Konsep hadas ini meratai segala mumkinat .

Kedua, hadas zamani , yang melengkapi segala yang berlaku dalam zaman . Ia bukan zaman dan
bukan perkara2 yang wujud bersama zaman .

Ahli Sunnah tidak ragu2 pada perkara2 yang kami telah sebutkan . Bagi mereka hadas adalah
sesuatu jenis representasi al Awal . Dan mereka menjadikan waham sebagai pengandung hadas .
Maka idrak mereka tentang zaman menyerupai idrak failosuf tentang mahiyah , iaitu zat
mahiyah terkandung dalam waham .

17
Akan tetapi mahiyah berbetulan dengan bentuk nau dan jenis , yang telah nyata dalam kejadian
atau berbetulan dengan khususiah2 perkara2 yang aktual yang disanadkan asbab khususiah
kepada hakikat2 perkara2 ini , maka renunglah . Sesungguhnya ini satu masaalah yang rumit .
Dan janganlah engkau ingkar ( apa yang kami nyatakan ) kerana Imam2 Ahli Sunnah pun terlibat
dengan menghuraikan perkara2 yang tidak menjelaskan akannya para sahabat dan tabiin . Dan
pendapat mereka tidak menghalang mereka kekal sebagai Ahli Sunnah .

Seperti demikian , kami telah terlibat secara zauq dengan perkara2 yang mereka diam dari
menyebutnya atau menyebut secara ringkas saja , kerana belum sampai masa bagi mereka .
Sesungguhnya penyelidikan kami tidak mencederakan pegangan kami dengan Sunnah .

Kalam Allah
Adapun Kalam , maka ia satu hadrat daripada hadrat2 Iradat secara am , dari segi ifadah dalam
mauthin ilmu .Dan dalam ifadah ini , berbetulan dengan setiap yang aktual , yang terdahulu
daripada ifadah terdapat satu bentuk qudus dan juga berbetulan dengan yang kemudian . Dan yang
terkemudian termasuk dalam yang terdahulu .

Dan hadrat ini dipanggil huruf dan bentuk dengan makna bahawa huruf2 adalah representasi
Kalam dalam mauthin yang tercampur ini . Dan akan dijelaskan nanti . Sesungguhnya Allah Taala
menjadikan lisan untuk menghikayatkan bentuk2 ilmiah yang terdapat dalam Nafsu Natiqah ,
dengan cara yang tidak diketahui sepenuhnya melainkan oleh seorang hakim .

Setengah daripada Kalam adalah Kalam Mutajadid sepertimana kami telah pastikan pada Iradat
dan syariat . Ia berhubungan dengan nizam wahyu .Wahyu adalah representasi huruf2 (Kalam)
secara ain melalui wijdan . Renungilah sungguh2 .

Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu berkata2 dengan ifadah demikian bentuk unwan , maka
terjadilah representasi dalam Nafsu Natiqah pendengar akan Kalam yang jelas dan kata2 yang
didengar . Dan in makna pendapat Shaikh Abu Hasan Asyaari bahawa Kalam Allah Subhanahu
adalah Kalam Nafsi . Dan diperbolehkan menggunakan

perkataan Kalam Allah untuk suara2 dan huruf2 (kata2 ) yang dilafazkan kerana ia representasi
Kalam Nafsi Allah .

Dan berbeza wahyu mengikut orang yang dituju wahyu .

Sesungguhnya makna kami dengan wahyu adalah representasi Kalam Qudus yang mutlak ruhani.
Dan yang berlaku bagi hakim adalah zauq . Tidak terdapat dalamnya representasi. Dan bagi wali
terdapat representasi tetapi secara bertompok2 dan kabur .

Tidak diwahyukan melainkan kepada seorang nabi, kerana dia adalah sebahagian insilakh(20)
tamm ( transformasi dari basyari kepada malaki dengan sempurna , ataupun Nafsu Natiqah
menjadi salinan ain tsabit ) Dia bebas daripada jenayah bidaah dan tembusan irfannya paling
menyeluruh .

Antara anbiya yang bukan rasul , diwahyukan kepada mereka representasi yang lemah . Dan
mereka yang diwahyukan secara jelas dan kuat , maka mereka adalah rasul .

18
Antara anbiya , ada yang diwahyukan kepadanya secara sederhana selepas jelas dan kuat. Bagi
mereka , meningkat kamal mereka kepada tahap baru dan akan dijelaskan nanti .

Antara mereka diwahyukan kepadanya fasahah selepas kesederhanaan . Dia adalah Rasul kita saw
, khatam anbiya dan imam segala rasul . Sesungguhnya Allah Subhanahu telah mengurniakan
kepada hamba2Nya ayat2 bayinat , muhkamat , balaghah , mujizat yang tidak mengandungi
perselisihan .

Dan Rasulullah saw telah asaskan kekekalan syariatnya dan keumuman dinnya atas mujizat al
Quran dibaca berkekalan . Dengan demikian , dilazimkan keluasan irshadnya dan dia sebagai
khatam rasul . Dan secara inilah , dikehendaki dengan yang melazimkan akan yang dilazimkan
dalam kebanyakan ayat2 al Quran dan hadis2 . Maka patut engkau mengingati ini .

Ilham dan Wahyu : Furuq antara ilham dan wahyu, adalah bahawa ta’yin kalimat2 bahkan ta’yin
pakaian2 maknawi huruf2 adalah bidaah bentuk mizaj pada kes ilham . Tidak pada wahyu .
Bermula wahyu adalah benar semuanya , tidak mencampurinya batil seperti ilham .

Mungkin orang yang bijak dapat faham dari penjelasan kami, rahsia tujuh qiraat .Ia adalah
rukshah daripada Allah Subhanahu kerana lapang hati orang yang dilimpah atasnya ayat2 wahyu .
Dan tembus tiliknya dalam pelbagai jenis representasi .

Jenis2 Wahyu :
(a) Wahyu yang dibawa oleh Jibril as kerana pergantungannya dengan alam malakut .

(b) Adakala digunakan bagi perkara yang lebih awam daripada yang di atas tidak kira terdapat
representasi atau tidak . Antara jenis ini, wahyu kepada Siti Mariam , pada pendapat kami dan
Allah juga yang lebih mengetahui .

(c) Dan yang lebih umum lagi, apakah ia bebas daripada benda atau tidak . Antara jenis ini ,
wahyu kepada lebah2 dan kepada ibu Nabi Musa as .

Benarkan kami mengingatkan engkau tentang hakikat Asma Mutajadid .Tidakkah engkau
mengetahui bahawa dalam setiap proses , kulli atau juzi , terdapat representasi segala Asma
Ilahi.Maka zat Allah Taala yang suci lebih berhak dengan demikian, namun tidak mungkin
melainkan dengan warna representasi yang menimbulkan proses ini .

Proses terbahagi dua jenis , pertama yang mutlak dan tanzih . Dan kedua , yang berkait dan
tercemar .

Representasi dalam proses mutlak , apabila ia tajalli zat , maka lebih berhak dinamakan Asma
daripada representasi dalam proses kedua , seperti khayal, waham , dan idrak. Walaupun tidal
layak dipanggil Asma , namum penuntut perlindungan melalui proses kedua akan dapati rahmat
Allah lebih qarib kepadanya daripada urat lehernya juga.
Maka jadilah mudah pada fahaman, keputusan kami bahawa tajalli zat dalam proses
yang terlaku bukan dengan zatNya ,bahkan adalah satu Asma daripada Asma2 Nya, yang terbit
daripadanya kesan2 ilahi dalam warna hadas. Dan yang demikian kerana luasnya ke bawah ,
seperti luasnya ke bawah bagi Nafsu Natiqah .

19
Ini adalah maksud kami dengan tajadid Asma , bukan tajadid zamani . Mungkin ulama salaf tidak
menghitung akan Asma Mutajadid kerana memasukkannya ke dalam Asma Aktif ataupun
mencukupi dengan pendapat hamba2 yang berhasil daripada wijdan.

Akan tetapi mengabaikan penyelidikan ini ketika cuba menghalusi hakikat yang sebenar akan
membisukan yang fasih dan mengaibkan yang balaghah.

Dan Shaikh Sunnah ( Imam Asyaari) telah saksi dengannya depan Qadhi Hikmah dengan
berkata bahawa Kalam Allah adalah Kalam Nafsi dan bahawa hubungan Iradat dengan alam ini
adalah hadas . Maka hendaklah engkau benar2 merenung .

Wahdatul Wujud
Adapun konsep Wahdatul Wujud mengikut zauq hakim maka berbeza daripada pendapat orang
lain . Di sisinya , setiap mumkin , wujud ataupun fardhu , mempunyai aktualiti dan mahiyah .
Adapun aktualitinya maka umpama taqarur dan aspek tahakuk . Dan dengan aktualiti terbeza
daripada adam yang sarf , basit .

Adapun mahiyah , maka ia adalah satu konsep yang diiktibarkan oleh waham yang zulman ,
sebagai sesuatu yang bebas daripada taqarur , yang membezakannya daripada mahiyah yang lain .
Ini sebelum ilmu tentang rabitah mahiyah dengan Allah Taala .

Hakim memutuskan bahawa mahiyah tidak patut dibicara dan tidak bertabaqat dengan waqi’ .
Dan dia meninggalkannya .

Bermula , setiap perkara yang tidak baginya jihat terbitnya dan kuasa takwinnya pada al Wajib ,
maka ia tercegah , terkeluar daripada daerah aktualiti, menyerupai sesuatu yang dihilangkan
daripadanya segala zatnya .

Maka setiap aktualiti mesti mempunyai jihat pada al Wajib , di mana keseluruhan aktualiti
bersesuaian dengan keseluruhan jihat . Sesungguhnya aktualiti adalah syarah bagi ijmal jihat
dan representasi bagi ain jihat .

Dan kami tidak mengesyaki bahawa terdapat tiga faktor yang berikut .

(a) Faktor musytarik yang menghimpunkan wajah dan sadir dan jika bukan kerana faktor ini ,
maka mengkhususkan sadir kepada satu wajah tertentu dan bukan wajah yang lain adalah pilihan
tanpa sebab. Faktor ini dinamakan Nafsu Rahmani (Wujud Munbasit) apabila sadir adalah
sesuatu makhluk atau diillatkan . Dan dengan Nafsu Aini apabila sadir itu Asma al Wajib .

(b) Faktor yang tertentu bagi wajah, yang dengannya hilang ia dalam Wajib al Wujud dan jadilah
ia bebas daripada sebarang representasi . Dan apabila faktor ini tidak mempunyai hukum yang
tertentu , kami pun elak dari menamakannya .

(c) Faktor yang tertentu dengan sadir , yang dengannya terbit bentuk sadir . Faktor yang tertentu
ini dinamakan khususiah mauthin .

Perbilangan jihat dalam emanansi alam adalah akibat perbilangan Asma . Asma adalah anniyah
qudus , maka semestinya bagi Asma jihat dan lawazim . Segala lawazim berakhir pada satu yang

20
melazimkan dan segala jihat berakhir pada satu jihat yang tidak terbeza dari al Wajib melainkan
pada unwan dan hikayat bukan pada rujukan .

Maka setiap aktualiti dikepung dari segala aspek oleh al Wahid , al Basit , al Wajib . Yang
demikian kerana representasi aktualiti disandarkan kepadaNya sepertimana engkau telah ketahui .
Dan seumpama itu , nau aktualiti tersembunyi dalam jihat illat pasifnya . Kadang2 kami namakan
illat pasif waqi’ dalam kitab kami dan kadang2 dengan cermin . Maka semestinya bagi
aktualiti isnad seperti isnad representasi . Dan qiaskan kepada jenis , dan jauhar dan aspek yang
menghimpunkan .

Pendek kata , yang lain daripada Allah , demi Allah adalah bohong dan batil . Dari hikmah inilah
nyalaan tajalli zat . Maka renunglah .

Berkata Shaikh Sadrudin Qunyawi ( murid Ibn Arabi ) bahawa al Hak Subhanahu dari segi
wahdatul wujudNya , tidak terbit daripadaNya melainkan al Wahid . Ini kerana mustahil
penzahiranNya dan penjadianNya hal keadaan Ia al Wahid akan lain daripada al Wahid .

Yang demikian al Wahid di sisi kami adalah Wujud Am yang dilimpahkan atas ayan segala
kejadian , yang telah terjadi ataupun belum lagi , daripada perkara2 yang terdahulu ilmuNya
tentang wujudnya .

Wujud Am ini miliksama Qalam Ala , yang adalah maujud yang pertama dinamakan Aqal
Pertama juga , dan segala yang maujud .

Dan konsep Wujud ini bukan sepertimana yang disebutkan oleh ahli nazar dari kalangan failosuf ,
kerana di sisi muhakik tidak terdapat melainkan al Hak . Dan alam ini tidak lebih daripada apa
yang maklum di sisi Allah Taala pada awal , kemudian bersifat dengan wujud .

Dia juga telah membatalkan pendapat bahawa mahiyah adalah maj-ul . Intisari kalamnya bahawa
wujud itu am yang di miliksama oleh segala maujud dan alam ini adalah satu representasi bagi
hakikat al Wajib al Wujud dan terbit daripadanya .

Berkata Maulana Abdul Rahman al Jami , selepas penghuraian dalam membenarkan bahawa
Wujud Am yang menyatakan diri mengikut bentuk2 maujud adalah diri al Wajib, bahawa dengan
lafaz Wujud Am orang sufi bermaksud Wahdatul Wujud .

Apabila nyata kepada mereka bahawa hakikat al Wajib itu Wujud Mutlak , mereka pun tidak
berhajat mendirikan dalil atas keesaanNya dan menafikan syirik bagiNya kerana tidak mungkin
terbayang padaNya terdapat dua dan berbilangan tanpa mengibaratkan bagiNya taayun dan kait
.

Maka segala yang disaksikan atau difahamkan atau dikhayalkan yang berbilang2 maka ia
maujud dengan wujud idafi, bukan Wujud Mutlak .

Menentang Wujud Mutlak adalah adam yang tidak ada apa2 padanya . Ini natijah kata2
pendahuluannya , dan intisari kalamnya bahawa wujud itu adalah am , dimiliksama segala
maujud dan ia adalah ain hakikat al Wajib dan diri zatNya.

21
Dan tidak patut disangka tentang mereka yang alim ini bahawa mereka menghukumkan bahawa
Allah Subhanahu adalah kulli . Bahkan maksud mereka adalah sebagaimana kami telah terangkan
dahulu bahawa Ia melengkapi ufuk pernyataan dan menyelubungi ilkim tahakuk . Maksudku
bahawa tabiat tahakuk memerlukan al Wajib .

Dan mumkin disanadkan kepada al Wajib secara lanjut atau tidak . Jihat ijad mumkin dan qudrat
takwinnya , atau apa juga istilah yang engkau kehendaki , termasuk dalam hakikatNya secara
aktual .

Sesungguhnya tahakuk mumkin tersandar kepadaNya Subhanahu . Tidak mengesyaki seorang pun
. Semestinya hakikat tahakuk mumkin adalah representasi yang demikian jihat .

Asal tahakuk dan tunjangnya adalah al Wajib. Tidak patut dikatakan bahawa Dia adalah antara
perkara yang tahakuk dari atas mencakupi.
Dia berpakaian dengan pakaian kibr dan bebas dari segala representasi . Dan bahawasanya
representasi2 adalah mazahir kamalNya , bayang2 jamalNya dan syarah2 jalalNya . Dan hakim
tidak berslisih faham dengan para arifin pada pendapat ini .

Adapun bahawa mahiyah bukan maj-ul , dan bahawa sadir pertama adalah Wujud Munbasit atas
haikal segala maujud, dan bahawa Wujud Munbasit adalah Allah , dan bahawa wujud adalah
sesuatu yang tambahan atas mahiyah, maka segala ini adalah perkara2 yang tercegah . Telah
dibicara asas2 pencegahannya .

Atau mesti diberi takwil. Dan aku berpendapat bahawa mereka telah mencukupi dengan
perbezaan iktibari antara mahiyah dan pernyataan mahiyah. Dan belum dikasyafkan bagi mereka
bahawa perbezaan asasi adalah pada mauthin tilik semata2 .

Yang hak bahawa dikatakan wujud adalah mahiyah , dan hakikat adalah taqarur seperti pendapat
Imam Ahli Sunnah. Kerana konsep wujud dengan itlak amnya melingkupi al Wajib pada zatNya
yang takterhingga , mereka mengganggap wujud menyampaikan kepada al Wajib .

Mereka tidak faham bahawa seluruh alam tertentu, tidak ada nisbah bagi itlaknya kepada itlak al
Wajib melainkan nisbah kesedaranNya dan takwinNya .

Dan sesiapa yang menanggap Wujud Munbasit adalah al Wajib maka telah salah faham dan tidak
dia mengetahui perbezaan penzahir dan mazahir .

Ya Allah sesungguhnya aku minta dengan segala Asma yang empunya bahawa Engkau
menjadikan aku imam orang muttaqin dan perlindungan hukama.

(1) Asma terbit daripada Allah , nyata dalam kejadian kemudian kembali kepadaNya . Kemudian
diikuti pula dengan Asma2 lain dan seterusnya .
(2) Nafsu Rahmani tanzih daripada kontradiksi ini, maka betapa lagi bagi Allah .
(3) Shah Sahib adalah seorang hakim dikurnia Qurb Wujud.
(4) at Targhib wa -t-Tarhib : Bab-u-Targhib fi-t-Tawadhi’ wa –t-Tarhib min al-Kibr

22
(5) Martabat Hakikat ada enam dan takwil Shah Waliyullah mengikut Asma adalah berikut. (a)
Tahakuk diri tanpa syarat----Allah
(b) Wahdat----al Hayy, al Qayyum..
(c) Ahadiyah ---- al Majid , al Azhim ....
(d) Wahidiyah----al Ghani....
(e) Hubb ---- ar Rahman
(f) al Wujud al Munbasit ---- Iradat
Dengan Iradat dikehendaki al Wujud al Munbasit yang juga disebutkan sebagai Khatim Asma ,
Nafsu Kulli dan Wujud Khariji .
(6) Surah al Araf, 156
(7) Surah al Araf . 156,157
(8) Sebelum kejadian di dunia ini,benda2 berada dalam ilmu Allah.
(9) Surah al Baqarah , 255
(10) Surah al Ikhlas , 1-4
(11) Surah al Mumin, 15
(12) lihat Sharh Hizb -ul- Bahri
(13) Tafhimat, jld 2,ms.28,106
(14) Bukhari , Bab Jaff-ul-Qalam
(15) Surah Ankabut ,3
(16) Surah Luqman, 16
(17) Surah al Anbiya , 23
(18) Bukhari , Bab Qauluhu Faz’ an Qulubihim
(19) Surah Yasin , 82
(20) Insilakh adalah keadaan ayan tsabit memaksa Nafsu Natiqah menyalin representasi2nya
sehingga Nafsu Natiqah hilang keterasingannya .

23
KHIZANAH KETIGA
Emanansi
Hakikat emanansi bahawa Ja-il secara wajib menyebabkan maj-ul dengan khususiahnya,
sepertimana berkehendak asal tahakuk maj-ul daripada aspek yang tertentu bagi Ja-il. Dan jihat
ini adalah hakikat maj-ul dan penegaknya . Kewajipan ini mengakibatkan tahakuk maj-ul dan
jauharnya dan taqarurnya .

Dan penyelidikan mengkasyafkan bahawa tahakuk adalah tahakuk dari pihak Ja-il , dan jauhar
maj-ul tersandar kepada Fa-ilnya secara azali dan abadi . Dan taqarur maj-ul adalah daripada
subugh mabda’nya .

Maka semestinya maj-ul adalah syarah bagi jihat dan tafsil bagi ijmal jihat . Sesungguhnya maj-ul
tidak terbeza sebelum ini pada martabat jihat kerana kesangatan tinggi jihat dan jauh
terdahulunya .

Bermula emanansi ada dua bagai :


(1) Emanansi mutlak daripada mutlak . Hakikatnya kelengkapan satu konsep pada dirinya di
mana sah baginya membenarkan dan menjadi unwan bagi konsep yang lain . Seperti orang yang
taajub dengan yang bercakap , jika sekalipun bersatu secara kebetulan saja , sepertimana
dijelaskan dalam Khizanah Kedua .

(2) Emanansi yang tertentu yang kait, daripada yang mutlak . Hakikatnya terhenti emanansi
mutlak kepada satu had , di mana tidak dituntut selepasnya melainkan berdikari konsep2 yang
jihat2nya terkandung dalam had , di mana tidak sah saling membenarkan dan menjadi unwan.

Contohnya haiwan dengan syarat sesuatu dan haiwan dengan syarat tidak sesuatu berhubungan
dengan haiwan mutlak .

Dan kami ingin menjelaskan perkara emanansi dalam Khizanah ini , maka dengarlah apa yang
dikatakan kepada engkau dengan penuh perhatian .

Apabila Allah Subahnahu berkehendak menjadikan alam ini , Dia melimpah dari semata2
tajarudNya dan itlakNya satu jisim yang tamm yang menghadkan segala jihat dan tidak
menerima carik dan tampal . Ia adalah al Arshy al Azhim .

Walaupun berjisim akan tetapi ia bersifat ruhani kerana qaribnya yang paling tamm dan
tadbirnya yang paling am .Bagi Arshy ruh yang tamm dan kulli . Dan berhak bagi Arshy bahawa
dikatakan : Allah Subhanahu wa Taala bersemayam atasnya. (1)

Kemudian Allah menjadikan satu jisim yang tidak tamm , dengan jihat2 yang terhad yang
menerima carik dan tampal secara mutlak. Makna aku bahawa ia menerima setiap yang berlaku
atasnya dan setiap bentuk fardu . Dan ia adalah Ma’ .

Ma’ adalah jisim semata2 , tidak ada qurbah baginya , tidak tadbir , ruh dan ketinggian . Dan
diibaratkannya dengan Ma’ kerana menyerupai air pada itlak dan penerimaan , sepertimana
diibaratkan Arshy kerana Allah bersemayam di atasnya dan kerana ia jisim tamm .

24
Ini zauq hakim dan tidak dapat dielak dari menerima pendapat ini memandang penyelidikan yang
telah dijalankan . Tidak mereka berbeza pendapat melainkan kerana jahil dengan hakikat sirr .

Dan banyak ayat2 dan hadis2 menyokong pendapat ini . Firman Allah Subhanahu dalam
KitabNya : Dia yang menjadikan bumi dalam enam hari , dan ArshyNya di atas air, supaya
menguji engkau , mana satu daripada engkau terlebih hasan amalannya .(2)

Rasulullah saw telah tafsirkan ayat ini dalam riwayat Bukhari dari Imran ibn Husain , sabdanya
: Terdapat Allah dan tidak sesuatu sebelumNya . Dan Arshy di atas air .

Kemudian Dia menjadikan langit2 dan bumi dan menulis pada Lauh Mahfuz segala sesuatu .(3)

Dan dalam satu riwayat : Dan Dia jadikan daripada air akan langit2 dan bumi. (4) Ini
seqadar zauq anbiya dan hukama .

Adapun failosuf yang sibuk dengan perkara yang tidak membantu mereka, apabila kami tilik
kepada mereka, kami perlu memahami kata2 mereka begini .Arshy itu maujud secara sedia ada
.Hayulanya bergantung kepada bentuknya dan bentuknya bergantung kepada hayulanya .

Ma’ itu satu jisim murakab daripada hayula dan bentuk am yang menerima segala bentuk2 yang
datang atasnya . Sepertimana mereka berkata tentang hayula tsani dan bentuk nabat .

Telah melengkapi akan segala jasmani satu jauhar yang berlanjut dengan sendirinya iaitu zaman ,
dan satu jauhar yang meluas dengan sendirinya iaitu makaan . Kedua perkara ini miliksama
semua jisim , secara melarut .

Maka tahakuk zaman adalah tahakuknya dalam jisim . Dan tahakuk makan adalah tahakuknya
dalam jisim . Maka kerana inilah mereka anggap kedua ini aradh .Tetapi zauq hakim enggan
menerima pendapat ini . Ini kerana kelanjutan zaman tidak biasa tasawurnya di sisi failosuf ,
maka sulit atas mereka tasawurnya .

Ketahuilah bahawa Allah Taala menjadikan kedua ini berangkul. Jika tidak , hayula akan kembali
menjadi mutlak semata2 iaitu satu daripada Asma Allah Taala , dan bentuk juga akan kembali
kepada Asmanya . Maka dengan hikmahNya yang amat nyata , Dia telah menggantung satu
dengan yang lain dan dengan demikian telah sabit alam ini .

Segala alam ini adalah hadas . Dan zaman serta yang wujud bersamanya adalah hadas yang
berkait . Adapun yang lain daripada zaman maka dengan dua jenis hadas.
Barangsiapa cuba membuktikan hadas zamani bagi zaman dan ikwannya maka telah
menyimpang jauh . Dia tidak akan jumpa ayat2 al Quran ataupun hadis yang memberi dalil
atasnya . (5)

Ketahuilah bahawa setiap khususiah daripada Asma mengakibatkan satu bentuk khas dalam alam
imkan . Ini kerana terdapat ikatan khas antara keduanya yang berlaku di sisi Allah Taala .

Sepertimana sabda Nabi saw bahawa Allah telah menjadikan Nabi Adam mengikut bentukNya
(yang khas ) . Secara inilah terbit aflak dan anasir dengan bentuk2nya . Dan pada kejadian juzi ,
setiap anasir dan falak mempunyai bentuk tertentu .

25
Galian adalah satu jisim murni . Baginya ruh yang lemah . Fungsi ruhnya untuk memelihara
bentuk dan tabiat galian .Bentuk galian aflak lebih tamm daripada bentuk galian anasir .

Orang awam mengkhaskan kegunaan galian kepada bumi tetapi hukama mengumumkan
penggunaannya mengikut zauq mereka kepada segala jenis Ma’ .

Nabat adalah satu jisim yang mempunyai ruh . Fungsi ruh untuk memelihara bentuk nabat dan
urusan pemakanan dan pertumbuhan .

Dan kedua galian dan nabat kadang2 terlibat dengan ahkam haiwan dan natiq secara pasti , akan
tetapi bicara di sini terhad kepada tabiat asal .

Haiwan adalah jisim yang mempunyai ruh . Fungsi ruh untuk kesedaran daripada hiss, takhayal ,
tawaham , idrak dan ridha , marah dan lain2 .

Natiq adalah jisim yang mempunyai ruh . Fungsi ruh untuk taaqul iaitu untuk memahami Asma2
Allah Subhanahu yang adalah usul2 segala alam , secara ilmu dan amal .
Natiq itu berbagai jenis :
(1) Natiq yang ghalib atasnya anasir bumi pada timbangan .Beriktidal empat anasirnya pada satu
kaifiat tetapi tidak secara iktidal hakiki . Hanya mashur sebagai iktidal dan dia adalah insan .

(2) Natiq yang ghalib atasnya anasir hawa pada timbangan . Dan empat anasir berimbang
padanya . Ia adalah malaikat safil . Setengah daripada mereka pembantu Malaikat tinggi dan
representasi mereka . Mereka petugas2 dan lebih kuat iffa daripada manusia dan lain2 dan lebih
kuat ruhani .

(3) Natiq yang ghalib atasnya anasir ma’ pada timbangan . Dan empat anasir berimbang
padanya . Ia adalah insan ma’ . Tidak terdengar tentangnya melainkan apa yang dicerita ahli zauq
.

(4) Natiq yang ghalib atasnya anasir api pada timbangan . Dan empat anasir berimbang padanya .
Ia adalah jinn . Dan mudah bagi mereka memberi bekas pada nasamah yang tidak mudah bagi
manusia melainkan selepas usaha yang berat .

(5) Natiq yang dibuat daripada aflak dan ia adalah malaikat tinggi .

Bermula malaikat adalah representasi Asma . Nufus mereka lebih tamm dari nufus manusia dan
misyaj mereka lebih halus daripada misyaj manusia . Sudah tentu mereka semuanya adalah wahyu
dan ilmu.

Mereka mengikuti usul mereka secara tamm . Antara mereka kulli , dengan perkerjaan kulli dan
pengaruh kulli , pada proses2 tabiat ataupun proses2 ilmu . Antara mereka juzi , diwakilkan
mentadbir gunung , laut dan awan dan barang seumpamanya .

Pendek kata , apabila hakikat2 mereka serba meluasi dan mereka amat qarib dengan hadrat zat ,
diserahkan kepada mereka tugas tadbir makhluq yang kemudian daripada mereka , yakni kepada
Asma yang meningkat dalam sudur mereka .

26
Dan zauq hakim melebihkan mereka atas manusia secara mutlak melainkan terdapat manusia
yang melebihi malaikat pada wajah juzi.

Antara malaikat , ada yang belum tajalli dalam mereka Asma Mutlak maka anbiya afdal daripada
mereka , tidak ada tentangan pada pendapat ini . Adapun bagi malaikat yang telah tajalli Asma
Mutlak dalam mereka , maka melebihkan anbiya kerana wajah juzi umpama kiasan , memandang
kedudukan malaikat ini . Maka renunglah .

Adapun sujud malaikat kepada Nabi Adam as , maka pada pendapat kami mereka adalah
daripada jenis malaikat anasir dan Iblis antara mereka , dan bukan malaikat aflak yang sujud .
Dengan ini terhurai kesimpulan dalam firman Allah Taala : Adalah ia dari kalangan jinn , maka
berbuat ia fasaq akan suruhan Rabbnya ....(6). Pengecualian menghubungi Iblis dengan
malaikat anasir .

Qalam adalah satu jauhar yang mujarad ataupun umpama mujarad . Ia adalah representasi Ilmu
Aktif .

Dan Lauh Mahfuz adalah representasi Ilmu Pasif . Qalam menghimpun jihat2 segala mumkin
seperti Lauh Mahfuz . Dan Qalam diibaratkan dalam lisan syariat dengan kitabah menunjukkan
hubungan ilmu Aktif dengan Ilmu Pasif .(7)

Dan daripada juzuk Qalam dalam alam campuran ini , satu kaum dinamakan kitabah dan hafiz .
Dan daripada juzuk Luh Mahfuz beberapa perkara yang dinamakan luh2.

Sifat Luh Mahfuz bahawa bagi setiap Asma , daripada Asma Allah yang terdapat dalam Luh
Mahfuz , ada satu ayat terasing dipaparkan dalamnya bentuk Asma itu . Dalam bentuk Asma ini
bermula beberapa jihat yang berwajah aktif atau pasif .

Maka bentuk itu satu tetapi jihat pelbagai . Luh Mahfuz menghimpunkan segala perhimpunan
alam . Ada perkara2 daripada jihat2 yang tersembunyi daripada manusia .

Dan fungsi suhuf bahawa dipelihara dalamnya berbetulan dengan setiap kata dan perbuatan
manusia, satu bentuk . Dinyatakan dalam bentuk ini jihat2 kehidupan akhirat .

Ilmu Luh Mahfuz adalah sebahagian daripada zauq hakim dan anbiya saja .

Ketahuilah bahawa badan anak dijadikan daripada badan kedua ibubapanya sebagaimana
berulang2 sebutnya dalam Kalam Allah Subhanahu . Dan Nabi saw telah mentafsirkannya dalam
dua hadis ibn Masud dan ibn Salam .

Seperti demikian nafsu anak di jadikan daripada dua nafsu ibubapanya . Penjanaan ruhani dan
fakulti tasawur qudus seperti penjanaan jasmani dan fakulti tasawur jasmani . Tetapi kadang2
berlaku khilaf daripada qias kerana terdapat pencegah qudus atau penyakit ruhani .

Kadang2 zahir pada nafsu anak apa yang terpendam dalam nafsu kedua ibubapanya . Kadang2
berpindah satu perkara kepada perkara yang lain bersama dengan kekekalan Nafsu Rahmani atas
sifatnya .

27
Seperti dua ibubapa sekuat manusia pada marah dan berani dan anak mereka sekuat manusia
pada hikmah dan marifat . Ataupun kedua ibubapa tidak malu pada pemikiran dan percakapan
tidak dalam perbuatan , dan anak mereka tidak malu pada perbuatan .

Dari orang yang luas pemikiran lahir anak yang luas pemikiran . Dan setiap orang yang kuat
nafsu dan halus nafsu akan melahirkan anak seumpamanya .

Dan sesiapa dari kalangan hukama yang ingin anaknya representasi al Hayy al Qayyum maka
jadkanlah dirinya representasi al Hayy al Qayyum mengikut apa yang dijelaskan dalam kanun
hikmah . InsyaAllah anaknya akan menjadi sebagaimana impiannya .

Jauhar dan Aradh


Ketahuilah bahawa bentuk2 jauhar menuntut bentuk2 lain yang bersifat aradh . Dan tahkik
pendapat di sisi kami bahawa bentuk yang mengambil tempat dalam jisim adalah bentuk yang
putih , bukan keputihan sepertimana disangkakan oleh orangramai .

Bentuk yang putih itu mempunyai hakikat tersendiri dan inilah yang membezakannya daripada
jauhar dan konsep2 mental saja . Bukankah kejisiman satu perkara yang sebegitu tercampur
dengan jisim sehingga sah akibat campuran ini penanggungan kejisiman atas jisim .

Maka kami mendapati bahawa keputihan tercampur seperti demikian melainkan bahawa ia
berbeza daripada jauhar dengan satu perkara yang khas baginya .

Dan mazhab yang betul tentang aflak bahawa ia adalah daripada anasir . Matahari , bulan , dan
segala planet bergerak dalam falak atas hisab yang telah ditaqdirkan Allah Subhanahu mengikut
tabiat masing2 . Falak mempunyai ruh dan ilmu 2 . Matahari sujud di bawah Arshy dengan sujud
yang sesuai dengannya .

Adapun galian dan atmosfera dan nabat dan haiwan dan setiap yang ditafsilkannya oleh failosuf
yang sibuk dengan perkara2 yang tidak membantu mereka , maka kesemua ini benar pada nizam
tabiat . Adapun pada kiraan Asma yang terpantul , maka terdapat asbab2 lain yang rumit
membicarakannya secara tafsil .

Konsep uqul adalah batil . Ayan2 adalah pantulan daripada Asma yang timbul daripada Iradat .
Dan setiap ain nyata pada beberapa mazahir . Berhubung dengan setiap mazhar terdapat
hukum2nya yang tersendiri .

Kadang2 mazhar itu jauhar dan kadang2 aradh . Maka kerana inilah kami berkata bahawa alam2
sekalipun berbilangan dan berleluasan , bersejajaran setengahnya dengan setengah yang lain .
Nau2 adalah khususiah ayan . Ayan yang zahir mengindividukan nau dan menjadikan nau itu
ifrad .
Mengikut pendapat hakim , terdapat tiga bahagian representasi :
(1) Representasi khususiah jauhar : Antaranya jenis Inthibaq(cocok) , seperti nafsu dan jisim
yang bersatu secara kesatuan hakiki seperti seorang manusia .

28
Antaranya jenis Indiraj ( tingkat2 ) seperti anggotta badan bagi manusia . Sabda Rasulullah saw :
Apabila seorang antara kamu melawan dengan saudaranya jangan pukul wajahnya .
Sesungguhnya Allah menjadikan wajah Nabi Adam as atas bentukNya . (8)
Mata adalah representasi penglihat dan tangan adalah representasi tukang .

(2) Representasi khususiah aradh : Antaranya jenis Inthibaq , dan ia adalah warna , bentuk dan
keberanian , kemurahan dan barang yang tidak tertentu dengan satu anggotta. Sesungguhnya ia
berlaku atas seluruh sesuatu dari kerana kesatuannya .

Ada yang Indiraj , seperti suara dalam kerongkong , penglihatan dalam mata dan pendengaran
dalam telinga .

(3) Representasi pada alam wujud zihin : Ia adalah satu alam jauh dari zihin di sisi ahli hikmah .
Antaranya jenis Inthibaq seperti ketundukan , dan jenis Indiraj seperti tasdiq juzi pada hukum2
khas .

Bahas di sisi kami tentang hukum2 ain patut tumpu kepada hakikat ain . Adakala ain itu jamal
dan tabiatnya menuntut ifadah jamal kepada ahli , dan harta dan anak dan sahabatnya . Adakala
ain itu jalal , yang menuntut ifadah jalal . Dari inilah timbul kebahagian dan kesengsaraan .

Representasi yang paling qarib kepada bukan-benda adalah Nafsu Natiqah manusia , kemudian
nafsu haiwan, nafsu nabat dan nafsu galian . Tidak disebutnya dalam mawathin wahyu kerana ia di
sisi anbiya dan hukama adalah bentuk yang menghimpunkan berbagai representasi saja .

Tidak tergantung hukum syariat dengannya saja . Nafsu adalah khalifah ain dalam alam hadas .
Syariat diam tentang nafsu sepertimana diam tentang ain . Ini kerana ia antara sirr qadar .

Alam Misal
Kemudian terdapat alam misal . Lafaz misal ada tiga makna .
(1) Misal Muqayad : Ia satu bentuk yang tercetak pada waham atau khayal atau idrak . Ia ciptaan
juzi daripada ciptaan ilmu . Dalamnya tercetak bentuk Asma .

(2) Misal Mutlak : Ia satu perkara seperti jisim tercetak dalam ma’ dan hawa . Justeru ia
sesuatu yang terbenar . Asalnya daripada Asma . Ia lebih halus daripada jisim dan bentuknya
daripada cahaya .

(3) Misal Hakiki : Ia satu jisim yang zahir pada kharij , tetap , kukuh dan berdikari . Ia jisim
akhirat dan berbeza daripada jisim dunia pada dua wajah .
(a) Subugh jisim akhirat lebih tamm . Dan lebih banyak wajah2 yang terkandung dalamnya
mengambil bentuk jasad .
(b) Bahawa dalam alam ini hukum2 yang terbenar atas manusia dua bagai :
(i) Hukum yang berdiri dengan nafsu , tidak berlaku pada badan seperti idrak aqal .
(ii) Hukum yang berdiri dengan badan , tidak berlaku pada nafsu seperti berdiri,
duduk dan beruang.
Tafriqnya bahawa badan tidak bersifat dengan hukum pertama bilamanapun , tidak pada
mazhab am ataupun khas . Tidak dikatakan: badanku faham ,bahkan: hatiku faham .

29
Nafsu boleh bersifat dengan hukum kedua pada kedua mazhab , dikatakan : Aku berdiri ;
Nasamahku berdiri , seperti dikatakan : Badanku berdiri ; Jisimku berdiri .

Adapun dalam alam tinggi , semua hukum adalah sama , di mana sah mensifatkan yang satu
dengan yang lain . Maka dikatakan di sana : Badanku memahami , sepertimana dikatakan :
Hatiku memahami .

Setengah sufi menamakan alam ini misal umpama yang dinamakan failosuf minu . Ia satu nama
yang dibentuk daripada lafaz mina iaitu bentuk yang dilihat .Jika kehendak mereka kedua adalah
maksud alam misal ini maka molek . Kalau tidak mereka telah menyimpang dari jalan yang benar
.

Kami tidak berpendapat bahawa ada alam misal wasit bagi setiap jisim sepertimana difahamkan
daripada kalam setengah mereka .

Dan paling jauh representasi daripada bukan-benda adalah jisim hakiki . Yang paling jauh adalah
anasir , kemudian aflak , galian , nabat , haiwan dan manusia .

Kesedaran
Ketahuilah bahawa ahli hikmah menjazamkan bahawa sepertimana pada kharij terdapat satu alam
yang tidak diidrak melainkan dengan penglihatan iaitu cahaya , warna dan bentuk, ada yang lain
yang tidak diidrak melainkan dengan pendengaran seperti suara. Dan lain yang tidak diidrak
melainkan dengan sentuh , dan bau dan zauq .

Dan terdapat satu alam yang tidak dicapainya melainkan dengan Hiss Musytarik. Dan satu alam
yang tidak dicapainya melainkan dengan Waham dan satu alam yang tidak dicapainya melainkan
dengan Idrak .Yang ketiga ini adalah daripada khususiah badan hawa sepertimana akan dijelaskan .

Dan ahli hikmah apabila mengetahui bahawa di belakang Nafsu Mujarad terdapat satu ruh lain
yang terdiri daripada amsyaj badan , dan ia adalah hijab dan tutup atas wajah Nafsu Mujarad dan
satu libas yang subugh atasnya . Maka semestinya ia meratai dua pihak ilmu dan amal , mereka pun
menghukumkan bahawa ia wujud pada kharij seperti wujud hissi.

Antara maujud yang tidak mencapai akannya melainkan dengan Hiss Musytarik adalah jinn. Ini
kesamaran atas ramai orang bijaksana. Hiss Musytarik mereka tidak mendapat petunjuk dan
merupakan jinn dengan bentuk2 yang tersimpan di sisi mereka melalui penglihatan . Adapun
mereka yang kuat kesedaran ,mereka nampak jinn sebagaimana ia ada tanpa salah silap .

Dan daripada alam ini cahaya wudu’ dan mandi , dan kegelapan hadas dan janabah.
Sesungguhnya kita mengetahui bahawa sebelum turun syariat , wudu’ dan mandi telahpun
dianggap sebagai cahaya dan diperkuatkan apabila turun syariat dalam alam ini.

Seperti demikian hadas dan janabah dianggap zulmat sebelum turun syariat . Dan kerana
demikian hukama zaman purba mengamalkan wudu’ dan mandi dan mengelak daripada hadas
dan janabah dari tuntutan asmah mereka .

30
Adapun antara maujud yang tidak mencapai akannya melainkan Waham , maka perkara2 wijdan
yang aradh seperti lapar , marah , mahabbah dan seperti tarikat2 orang baik2 . Di sisi mereka
setiap perkara ini dinamakan nisbah .

Apabila seorang yang sensitif duduk dekat seorang yang gelisah dan sedih , akan melampau
kepadanya kegelisahan dan kesedihan . Dari in disabitkan dua perkara ;
(1) Gelisah itu tidak memberi bekas kepada quwwah aqal saja bahkan atas quwwah aqal dan
amal bersama. Dan kerana demikian mati shahwat, dan warna kulit jadi kuning .

(2) Aradh itu satu perkara yang wujud dan boleh dicapai oleh Waham . Maka sesungguhnya sabit
bahawa terdapat satu alam yang hanya boleh dicapai oleh Waham . Dan ini mengikut idrak orang
awam .

Hukama mendapati pada alam ini cahaya salat dan puasa dan lain lagi . Hakim boleh
membezakan antara cahaya ibadat dan cahaya tilawah dan mendapati cahaya salat lain daripada
cahaya puasa dan lain daripada cahaya tilawah .

Adapun antara maujud yang tidak mencapai akannya melainkan Idrak maka seperti hayula ,
bentuk am , zaman dan makaan .

Empat perkara ini dicapai quwwah Idrak pada fahaman biasa tetapi sebenarnya quwwah Idrak
yang mengecam orang yang tertentu, bentuk insan , bentuk haiwan . Adapun mata maka ia hanya
mengesan cahaya dan warna , tidak lebih .

Ketahuilah bahawa syariat apabila ia sampai had taqarur dan tahakuk mengikut Asma Hadas
Mujarad, sabit baginya wujud aradh pada alam ini sebagai syariat . Ini asal tahakuk berbetulan
dengan tahakuk yang rasikh pada awal lagi . Kemudian kembang darinya tahakuk waham dan
tahakuk hiss sepertimana kami telah tunjukkan .

Asbab Kejadian dan Kerosakan


Asbab mutlak bagi kaun dan fasad terhad kepada dua jenis .
(1) Pantulan bentuk Asma : Telah engkau ketahui bahawa dalam setiap kejadian emanansi
terdapat satu bentuk yang khas bagi setiap Asma yang tidak terdapat bagi Asma yang lain .

(2) Khususiah kejadian : Telah engkau ketahui bahawa dalam setiap kejadian terdapat maujud
khas yang tidak terdapat pada kejadian yang lain , seperti jauhar dan aradh , bahkan pada nau .
Maka tercirilah nau dengan lawazimnya dan khususiahnya yang berbagai mengikut Asma
masing2 . Ini rahsia sebaran juzi dengan ciri2 peribadi .

Adapun hadas harian , maka asbabnya berbagai .


(1) Zahir persediaan yang terkandung dalam nau seperti api yang mengandung tindakan
membakar maka semestinya ia akan membakar apa yang ia sentuh . Bahagian ini dipanggil
quwwah tabii .

(2) Ciri2 Asma yang direpresentasikan . Seperti penzahiran al Hayy yang menuntut bahawa
mazharnya mempunyai jiwa mengikut nau .

31
Dan penzahiran wali menuntut bahawa mazharnya dikasihi dengan kasih suci, tak kira keelokan
sifat2nya dan kelebihan2nya . Dan jika terlibat dengan permusuhan

masyarakat , maka semestinya mereka mengasihinya pada satu ceruk hati dan memusuhinya pada
ceruk yang lain kerana tuntutan Asma .

(3) Penggerakan paksa daripada yang mempunyai iradat ataupun tidak , dari jenis nafsu mujarad
ataupun lain . Dan jika daripada Nasamah ,iaitu Nafsu yang mempunyai Idrak yang akan
dijelaskan nanti , maka dinamakan himmah .

Dan jika daripada Nafsu Natiqah yang bersifat dengan akhlak Allah Subhanahu maka dinamakan
carik adat .

(4) Representasi bentuk yang tertulis pada suhuf , daripada doa2 dan amalan2 baik ataupun jahat .
Bersamanya , pertimbangan perkara2 berkenaan dengan nau , timbangan asbab yang terdahulu ,
dan timbangan subugh atau tidak seseorang .

Maka dalam representasi ini terdapat percampuran seperti terdapat dalam mimpi . Dan kerana
inilah sabda Nabi saw : Manusia dalam keadaan tidur , apabila mati mereka akan jaga.

Kalau tidak kerana kaum Saba tinggal tepi empangan , tidak mereka diazab dengan tenggelam
bahkan dengan azab lain . Seumpama demikian kaum Nabi Lut as , Nabi Shuaib as dan selain
mereka , dikhususkan dengan azab sesuai dengan keadaan sekeliling mereka .

Jika engkau berkehendak kasyaf sirr , ketahuilah bahawa semestinya terdapat alam pengandung
yang memelihara amalan manusia , yang mujarad atau umpama mujarad . Antaranya yang
memelihara amalan seorang2 dan ia adalah suhuf yang disanadkan Allah penulisannya kepada
malaikat , kerana mereka telah diamanahkannya .

Antaranya yang memelihara amalan kaum2 ataupun iklim2 , dan antaranya yang memelihara
amalan manusia kesemuanya .

Contoh bagi yang pertama,fitnah juzi .Dan kepadanya isyarat dalam firman Allah Taala : Dan apa
juga yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan,maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu
telah lakukan,dan Allah memaaf banyak daripada dosa2 kamu .(10)

Dan contoh bagi yang kedua , azab kaum Nabi Shuaib as , Nabi Lut as , Nabi Salih as , Nabi
Hud as . Unta kaum Tsamud adalah representasi kejahatan kaum Tsamud . Apabila mereka
membunuhnya ia menjadi ruhani dan meratailah fasad.

Dan contoh bagi yang ketiga , ad Dajjal . Sesungguhnya amalan2 kaum Nabi Nuh as , Nabi Hud
as , Nabi Salih as , Nabi Lut as , Nabi Shuaib as dan lain2 terpelihara dalam suhuf am .

Dan apabila berganda2 kejahatan Bani Israil , satu qabilah yang hebat antara mereka anbiya
wakil Asma Mutlak , dan pemelihara agama dan pemerintah yang mendirikan agama pada setiap
zaman , maka terkumpullah kejahatan .

32
Terbentuk dengannya satu lelaki dan bergabung dengannya kejahatan2 yang dilakukan oleh
manusia hingga Hari Qiamat . Apabila dia mati , fasad akan menjadi ruhani dan kejahatan akan
meratai alam . Kemudian datang Hari Qiamat . Ini sirr khabar Nabi Nuh as tentang ad Dajjal ,
maka fahamilah .

Ringkas kata ketika jadi alam hadas ini , terjadi juga satu alam mujarad berbetulan dengannya di
mana terpelihara dalamnya amalan2 manusia dan akhlak2 mereka . Masaalah ini satu rukun besar
dalam rukun2 takwin tetapi manusia lupa tentangnya samasekali .

Taqdir ada dua bagai , yang tetap dan yang bergantung . Adapun yang tergantung , maka mengikut
persediaan individu . Dan padanya bermanfaat doa dan tadbir . Adapun yang tetap , maka
mengikut persediaan seluruh alam sekaligus , dan berlaku tanpa ubah.

Daripada Huzaifah ibn Asid katanya , sabda Nabi saw : Apabila lalu 42 hari nutfah dalam rahim ,
Allah menghantar kepadanya satu malaikat untuk membentukkannya , dan menjadikan
pendengarnya , matanya , kulitnya , dagingnya dan tulangnya .
Apabila selesai, malaikat itu bertanya Ya Rabbi, beritahu apakah lelaki atau perempuan. Maka
Tuhan akan tetapkan apa yang Dia kehendaki dan malaikat akan menulisnya . Kemudian
malaikat bertanya tentang umur dan Tuhan akan tetapkan apa yang Dia kehendaki dan malaikat
akan menulisnya . Kemudian malaikat akan keluar dengan suhuf pada tangannya dan tidak
ditambah atau dikurang apapun . (Muslim) (11)

Ketahuilah bahawa ain tsabit , jika sekalipun mengandungi segala jihat , tetapi tidak zahir hukum2
jihat melainkan mengikut tempat zahir ain tsabit. Maka apa yang dikatakan oleh orang sufi
bahawa segala yang terdapat dalam ain tsabit semestinya akan zahir tidak benar pada sisi kami.

Bahkan bagi ain tsabit hukum2 yang adalah atsar Asma yang adalah pengukuh ain tsabit. Maka
semestinya penzahiran hukum2 ain tsabit bergantung kepada persediaan hadas , dan lain2 asbab
yang mengiringi , yang zahir pada setiap mazhar daripada mazahir ain tsabit.

Tambahan lagi, penzahiran boleh berlaku mengikut beberapa turuq . Hukum2 yang adalah atsar
Asma , terkandung dalam ain tsabit secara darurat dan mutlak . Maka semestinya penzahiran
bergantung kepada persediaan hadas dan asbab yang mengiring .

Maka diketahui mengikut perbincangan ini bahawa doa hakim , dengan kerana kesangatan
cemerlang ilmu mereka , zahir walau pada ain tsabit , secara tafsil, dan bukan sepertimana yang
difahamkan sepintas daripada al Nusus fi Tahkik at Taur al Makhsus karangan Muhamad bin
Ishak Sadrudin Rumi w. 772 H .

Ketahuilah bahawa antara kejadian2,ada yang tertentu bentuknya sebelum terjadinya.Dan yang
tidak ditentukan bentuknya sehingga jadinya. Penjelasan ini menghuraikan masaalah dalam
sabda Nabi saw : Sekalipun tinggal sehari saja bagi bumi ini , Allah akan membangkit seorang
lelaki dari keluargaku untuk memenuhkannya dengan keadilan seperti terpenuh sebelumnya
dengan kezaliman . (Abu Daud ) (12)

Yang dimaksudkannya bahawa keluar Mahdi itu pasti . Adapun waktu wujudnya maka terpulang
kepada keadaan . Seperti demikian sabda Nabi saw kepada Ummi Habibah : Jangan engkau

33
minta Allah apa yang Dia telah bebas daripadanya , ( iaitu perkara2 yang telah ditakdirkan
jangan disoal ) tetapi mintaNya darjat jannat .

Dengan pendahuluan ini , maka kami berkata bahawa apabila lalu atas janin masa ini dan tertentu
mizaj amsyaj badan , Allah Subhanahu menyuruh, mengikut tajalliNya pada sadr malaikat bahawa
janin itu lelaki jika ghalib atasnya air lelaki , dan perempuan jika ghalib atasnya air perempuan .

Kemudian ditilik kepada tabiat janin dari segi kuatnya , kerasnya , lembutnya dan lemahnya ,
maka Allah mentajalli pada sadr malaikat umurnya . Demikian kerana bagi setiap sesuatu, wazan
mengikut waktunya .

Kemudian ia akan meningkat kepada tahap kamalnya . Kemudian merosot , mati dan jadi buruk .
Wazan terhad dengan had kulli bagi nau dan had juzi bagi setiap individu , dan ia terukir dalam
cermin nau .

Apabila tertentu bagi janin umurnya maka ini dinamakan ajal musamma . Dan ia akan mencapai
umur ini jika tidak ada pendorong2 atau pencegah2 dari luar . Antara pendorong2 adalah perbuatan
baik dan silaturahim . Sesungguhnya kedua ini memanjangkan umur sebagaimana engkau akan
ketahui .

Antara pencegah2 adalah zalim dan bunuh . Sesungguhnya kedua ini mengurangkan umur .
Firman Allah Taala : ... dan ajal musamma di sisiNya .(13) dan firmanNya :Maka takutilah dan
turutilah aku ( Nabi Nuh as ) . Allah akan mengampunkan bagi engkau daripada dosa2 engkau
dan mengakhirkan engkau sehingga ajal musamma .(14)
Kemudian ditulis bagi janin apakah ia bahagia atau sengsara di akhirat . Kebahagian ini
melengkapi amalan2 dan akhlak dan kesudahan . Kebahagian dan sengsara yang tertulis di sana
perkara2 kulli yang tidak tertentu bagi individu melainkan dengan asbabnya .

Kemudian ditulis apakah luas rizki ataupun sempit . Dan juga tidak tertentu di sana melainkan
mengikut nau kulli .

Ketahuilah bahawa ada perkara2 mudah yang terjadi dengan asbab2 yang tersangat mudah . Dan
perkara2 yang susah yang terjadi dengan sesusah2 asbab . Ini makna hadis Nabi saw : Fiman
Allah Taala : Tidak Aku enggan pada sesuatu seumpama engganKu terhadap hamba yang saleh
yang tidak suka mati dan Aku tidak suka menyedihkannya . ( dengan mencabut nyawanya ) Dan
semestinya berlaku maut bagi hamba ...

Makna hadis ini pada pendapat kami kembali kepada pertentangan antara Asma2 . Hakikatnya
bahawa setiap Asma menuntut zahir hukum2 pada mazharnya. Dan Allah Subhanahu kerana
sayangNya akan hambaNya , sepertimana engkau akan ketahui dalam bicara wajahah , dan
muafakat dengan pendapatNya , tidak suka maut . Tetapi semestinya bagi hamba maut , mengikut
Asma yang melengkapi nau manusia .

Dan Bukhari meriwayakan daripada Abu Said bahawa Nabi saw duduk satu hari atas mimbar .
Dan kami duduk kelilingnya . Maka sabdanya : Antara perkara yang aku takut berlaku atas kalian
selepas aku , condong kalian kepada kesedapan hidup di dunia dan keindahannya . Maka kata
seorang lelaki : Ya Rasulullah , Apakah baik itu mendatangkan mudarat ?

34
Maka Nabi saw diam dan dikatakan kepada lelaki itu : Apakah halkau bercakap dengan Nabi
saw sedangkan dia tidak bercakap dengankau . Dan kami melihat bahawa telah turun wahyu
kepada Nabi saw . Dia pun menyapu peluhnya dan bertanya : Mana si penyoal tadi ? Seolah2
dia gembira dengan soalannya .

Sabda Nabi saw : Sesungguhnya yang baik itu tidak mendatangkan yang jahat . Sesungguhnya
setengah darpada pokok2 yang tumbuh musim bunga membunuh atau memudaratkan binatang
ternak , melainkan yang memakan yang hijau yang sesuai sehingga kembung perut dan
menghadap matahari , kemudian berak dan kencing dengan mudah dan sambung makan lagi ..
..(16)

Cara soal dan jawab yang padan benar , tidak mendatangkannya melainkan atas mazhab hikmah .

Adapun soalan , maka maknanya bagaimana nikmat Allah yang semestinya daripada representasi
jamal mewajibkan jalal dan membangkitkan khauf , kerana representasi adalah atas bentuk yang
direpresentasikan .

Adapun jawabnya , adalah mustahil bahawa jalal itu terbit daripada sulbi representasi jamal .
Sebaliknya ia baik segalanya . Sesungguhnya jahat terbit daripada buruk dan tamak yang terdapat
dalam qabil . Jahat terbit mengikut satu Asma yang adalah representasi jamal atau kerana
perkara2 yang lain . Ini pendapat hukama .

Sesungguhnya al Wujud adalah baik segalanya , tidak ada jahat dalamnya kerana ia adalah punca
segala kebaikan . Sesungguhnya yang jahat adalah daripada timbunan kekurangan (adam) dalam
bentuk mizaj dan berlaku di alam campuran ini .

Fitrah Manusia
Firman Allah Taala : Fitrah Allah yang Dia menjadikan manusia atasnya ...(17) dan
sabda Nabi saw : Setiap kanak2 dilahirkan atas fitrah Islam . Kemudian dua ibubapanya yang
menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi ......(18)

Ketahuilah bahawa bentuk manusia berkehendak dengan sendirinya bahawa terdapat aspek
tertentu baginya dalam badan anasir . Maka semestinya manusia tegak, kulit tak berbulu , kuku
lebar , kepala bulat , bercakap, ketawa, melihat warna dan bentuk, mendengar suara , merasa lapar
dan dahaga , dan lain2 khususiah nau .
Dan satu aspek tertentu dalam badan nasamah , maka semestinya bagi manusia marah , suka ,
tadbir akibat perkara2 ( pandangan jauh ) dan idrak khafi asrar ( intuisi rahsia2 tersembunyi ) .
Qadar ini dicapai oleh orang awam dan khas .

Dan orang khas sedar juga bahawa Allah Taala telah meletakkan dalam setiap nasamah rasa iffa ,
firasat dan menuntut qurbah . Pada amnya , segala hukum syariat termasuk dalam memajukan tiga
ciri ini .

Qurb Wujud adalah subugh tiga ciri ini dari jihat qudus .
Iman adalah subugh tiga ciri ini dari jihat proses alam campuran ini.

Dan kekurangan daripada khususiah nau ada dua sebab.

35
(1) Kekurangan bentuk2 , yang terlimpah , kerana kekurangan maddah , seperti engkau melihat
setengah manusia dilahir buta, atau bisu atau baginya ekor , atau baginya belalai dan sebagainya .

Dan umpama demikian , setengah manusia dilahir cenderung kepada kelazatan , kafir terhadap
Rabbnya , jahil tentang hakikat sirr. Contoh sebab ini nasamah budak yang dibunuh Khidir .

(2) Halangan2 secara paksa , sepertimana engkau lihat setengah manusia tidak minum air
langsung kerana latihan , maka dia jatuh sakit , berdiri bongkok , kepalanya tunduk selalu dan
matanya jadi buta .

Sedemikian , ibubapa menjadikan anak mereka Yahudi , kemudian dia membesar dan mula
menyoal perkara2 yang disajikan dalam pengetahuannya .

Dari ini terbit dua susulan yang sangat mustahak .


(1) Bahawa tariq nazar dan istidlal bidaah yang dilakukan mereka yang cacat aqal .

(2) Membenarkan anbiya adalah kerana ilham batin melalui mizaj . Ia bukan sepertimana
dianggap Ahli Kalam bahawa setengah manusia mengingkari beberapa proposisi yang amat jelas
, yang selalu hadir di sisi mereka , seperti wujud dan ilmu dan lain2.

Ya Allah, Rabb kami , bagi Engkau segala puji , Engkau cahaya langit dan bumi dan segala yang
ada dalam keduanya . Dan bagi Engkau segala puji, dan Engkau pendiri langit dan bumi dan
segala yang ada dalam keduanya . Dan bagi Engkau segala puji , Engkau Rabb langit dan bumi dan
segala yang ada dalam keduanya .

(1) Surah al Araf , 54


(2) Surah Hud , 7
(3) Bukhari , Kitab at-Tauhid
(4) Mishkat, Bab Sifat al Jannat wa Ahluha
(5) Hadas zamani : bahawa terdahulu tidak ada
(6) Surah al Kahfi ,50
(7) Bandingan istilah Ibn Arabi dengan Neoplatonis :Qalam bandingannya Aqal
Awal ; Luh Mahfuz bandingannya Ruh Kulli: Arshy bandingannya Jisim Kulli
(8) Muslim, an Nahi an Darbi-l-Wajh
(9) Tidak ada hukum mewajibkan perkara2 ini zaman mereka.
(10) Surah as Shura ,30
(11) Muslim , Kitab al Qadar
(12) Abu Daud, Jld 2, Awwal Kitab al Mahdi
(13) Surah al Anam, 2
(14) Surah Nuh, 3,4
(15) Mishkat , Bab Zikrullah Azza wa Jalla
(16) Bukhari , Bab ma Yudhar min Zahrat-id-Dunia
(17) Surah al Rum, 30
(18) Muwatta, Jld 2, Bab Kullu Mauludin Yulad ala Fithrah-il-Islam

36
KHIZANAH EMPAT
(Prinsip2 Umum tentang Pertumbuhan Am dan Pertumbuhan Sempurna )

Nafsu Natiqah
Yang awam membatas ( sumber ) ilmu kepada empat bahagian.
1. Ihsas: perasaan melalui mana satu daripada deria yang lima. Ia berhubung dengan
latifah qalib ( iaitu badan ).
2. Takhayul: Ia berhubung dengan latifah khayal ( iaitu fikir ) . Fungsinya tertumpu
kepada objek2 yang berwarna dan berbentuk, yang tidak hadir.
3. Tawahum: Ia berhubung dengan latifah waham ( iaitu imaginasi) . Fungsinya
persepsi maani juzi yang berhubung kait dengan ihsas, serta memuat dan
memelihara maani ihsas.
4. Taaqul: Ia berhubung dengan latifah Nafsu Natiqah. Fungsinya persepsi prinsip2
tabii dan perkara2 mujarad.

Kami tidak setuju bahawa taaqul berhubung langsung dengan Nafsu Natiqah. Bahkan taaqul
berhubung dengan satu latifah idrak yang adalah khalifah Nafsu Natiqah pada
alam yang beruang ini.

Latifah ini adalah jisim yang paling dekat kepada Nafsu Natiqah.Dan burhan menyokong pendapat
kami bahawa taaqul kadang2 tidak benar ( seperti boleh berlaku pada pendapat kami ) sedangkan
tidak sesuatu daripada yang mujarad itu ( contoh sini Nafsu Natiqah ) tidak benar.

Walaupun setiap dari empat ini mempunyai tempatnya yang tertentu, akan tetapi tahkik
menunjuk bahawa keempat ini adalah libas( pakaian ) yang sempurna yang meratai
Nafsu Natiqah. Dan semestinya ia meratai badan seluruhnya.

Dan burhan atas pendapat kami, penundukan daya2 tabiat kepada khayal dan waham, sebagai
contoh ketika marah , ridha, hubb dan takut dan lain2. Dan kerana maksud inilah Imam Ahli
Sunnah (Asyaari ) mengingkar ketentuan tempat2 bagi latifah2.
Pendek kata, ahli falsafah telah khususkan mudrik, waham dan takhayul kepada taaqul .
Dan kami meratainya atas taaqul dan amalan Nafsu Natiqah.

Mereka berpendapat bahawa Nafsu Mujarrad ( Natiqah ) memahami segala prinsip2. Pendapat
kami , Nafsu Natiqah tidak memahami melainkan dirinya , dan ini dengan ilmu huduri, tidak lain.
Dan Nafsu Natiqah adalah sumber segala daya taaqul dan amal.

Dan jika engkau mahu memahami rahsia ini , ketahuilah bahawa ketika Allah menjadikan
makhluk2 Ia melimpah atas ma` beberapa bentuk. Daripadanya ada bentuk nau dan bentuk
individu.

Maka bentuk individu yang terletak pada bentuk nau, dan lain2 yang menunjukkan atas individu
tertentu kekal daripada lahirnya individu itu hingga azali. Dan bagi individu itu khulafa, yang Allah
menguatkan individu itu dengannya.

Antara khulafah individu adalah badan yang terbina daripada anasir yang bolih dipersepsikan.

Antara khulafah individu adalah nasamah yang terbina daripada anasir

37
yang tidak bolih dipersepsikan. Dan nasamahlah yang dipegang individu pada awalnya
ketika hidup kemudian ketika mati. Dan sebab berpegang kepada nasamah , kerana tidak ada yang
lain sebagai ganti.

Dan engkau telah ketahui bahawa individu menuntut secara darurat sesuatu yang ia bolih pegang
dan ia tidak melepaskan sesuatu melainkan terdapat gantinya. Dan selepas mati tidak ada hadas
maka tidak ada ganti lain. Badan ini yang tidak dipersepsi bersatupadu dengan badan yang hissi.

Dan khulafah yang lain adalah jumlah aradh yang dengannya mata mengenali individu tertentu.
Maka bagi ketiga badan ini , setiapnya berubah semasa kesemasa secara penyesuaian. Bentuk
individu kekal dengan halnya sedangkan badan2nya berubah.
Dan tidak hilang apapun daripada setiap tiga badan ini sehingga ada gantinya yang seumpama.
Walaubagaimanapun bentuk individu bergantung pertama sekali kepada nasamah bukan badan
hissi. Dan nasamah terbina daripada anasir2 yang berubah iaitu
mengikut badan aradh atau memerlukannya.

Dan bentuk individu ini adalah Nafsu Natiqah dan ia tidak mujarad sepenuhnya. Akan tetapi kami
telah menamakannya sebagai mujarad dalam kitab kami untuk membezakannya daripada ketiga2
badan yang lain.

Adapun sabda Nabi saw .....dijadikan ruh sebelum jasad 2000 tahun....... dimaksudkan dengan ruh
adalah ain tsabit dan dengan 2000 tahun satu masa yang lama. Kemungkinan ain itu ditentukan
secara basit 2000 tahun sebelum jasad.

Dan apabila mati seorang hamba, berpeganglah Nafsu Natiqah kepada nasamah dan lazim
dengannya. Dan tidak pada nasamah persepsi melainkan persepsi batin iaitu hiss musytarik, waham
dan idrak.

Apabila berdiri qiamat, bergantung Nafsu Natiqah dengan badan hissi kerana beberapa persediaan
kaun dan fasad. Dan apabila datang hari hisab, Nafsu Natiqah jadi sempurna melalui Ruh Azhim.
Dan tumbuh dari sulbinya satu badan baru, dan ditinggalkan badan anasir dan masuklah Nafsu
Natiqah kedalam jannat atau neraka.

Adapun ilmu2 abstrak yang telah dipelajari oleh Nafsu Natiqah , maka hanya ilmu berdasarkan
zaman dan makaan. Begitu juga ilmu huduri (mengenal diri).

Akan tetapi Nafsu Natiqah mampu menjadikan yang mungkin itu tertegah, dan yang sedia ada itu
tidak ada sepertimana menjadikan yang beruang mujarad. Maka jangan takut kebelitan huraian
falsafah.

Nasamah mempunyai fungsi2 idrak yang tiga (sepertimana telah dihuraikan ) dan fungsi amal
yang berbilang. Pendek kata nasamah adalah libas sempurna atas wajah Nafsu Natiqah,
keseluruhannya tertutup dengan keseluruhan nasamah.

Ketahuilah bahawa kami telah pereksa wujud zihin(logika) dan tidak bertemu apapun.Dan setengah
daripada apa yang disangka wujud pada zihin adalah bentuk2 yang wujud pada kharij yang

38
dipersepsikan oleh Nafsu Natiqah melalui quwah idrak, seperti bentuk haiwan dan bentuk insan.
Setengahnya yang salbiah dan yang idafi.

Dan tahkik pendapat di sisi kami, contohnya seorang buta bernama Zaid. Apabila kami persepsinya
dengan quwah persepsi yang terpenuh dengan konsep penglihatan, kadang2 tidak tertumpu pada
objek, dan tertumpu kepada sifat saja, iaitu buta. Maka yang berbeza adalah aspek ( iaitu sifat
objek-melihat atau tidak ) bukan objek (iaitu Zaid ).

Seperti demikian , kadang2 kami persepsi Zaid adalah anak Umar , dengan tertumpu kepada
maksud bapa, kemudian diabaikan nama objek (Zaid ), dan tertumpu kepada maksud anak. Maka
di sini teringat hasil ahli logika bahawa khilaf antara kulli dan juzi pada aspek bicara bukan objek
bicara.

Dan setengah dari salbiah dan idafi tidak wujud pada kharij seperti objek yang tercegah. Tahkik
pendapat padanya, bahawa persepsi adalah satu lapangan yang amat luas. Tidak ada objek yang
maujud atau dianggap maujud melainkan baginya satu bentuk, iaitu bentuk aradh berbetulan
dengan objek itu.

Kami berpendapat bahawa bagi badan2 ini terdapat bentuknya yang ilmiah yang aradh. Maka jika
objek yang dikenali dengan bentuk ilmiahnya menjadi maujud( iaitu berubah status ), sama saja
keadaan objek yang dicegah, yang tidak ada atau yang majhul, bolih berubah hakikat2nya.

Tidak pada alam yang tinggi melainkan tasdiq. Adapun tasawur maka ia bidaah alam ini yang
kurang. Adapun tasdiq, ia memberi kepuasan, imbang, yakin dan tunduk . Tasdiq berpaut
dengan konsep mufrad ataupun jumlah. Yang ajaib bahawa pada alam tinggi tidak ada jumlah,
melainkan mufrad bercampur dengan mahmulnya.

Adapun haiwan yang bukan natiq, maka tidak ada tasdiq baginya. Yang ada cuma zann dan
shakk.Seperti keadaan orang dungu. Dan kesemua manusia yang lain mempunyai tasdiq dan
tasawur.

Ilmu2 Manusia
Ketahuilah bahawa setiap yang ada dalam alam ini, daripada yang beruang atau mujarad dan setiap
sesuatu yang benar2 ada , termasuk zat Allah dan sifat2Nya , maka baginya sesuai dengan tahap
kesedaran satu bentuk khas, yang mempunyai dua aspek.

Satu aspek memandang kepada yang bawah iaitu hiss dan yang lain memandang kepada yang
tinggi iaitu aqal. Dan setiap bentuk mengambil nasibnya daripada kedua aspek ini.

Objek yang terpaut dengan prinsip2 , iaitu Asma2 , dengan lucut (daripada maddah)
ataupun fana, maka termenang atasnya aspek tinggi. Objek yang berlumuran termenang atasnya
aspek bawah.

Mizaj manusia dan adat2nya mempunyai pengaruh dalam penjelmaan Nafsu Rahmani dalam libas
khas. Keempat2 perkara ini apabila berinteraksi satu sama lain secara kuat atau lemah, maka
terjadilah objek2 yang tak terbilang.

39
Apakah engkau tidak perhati keajaiban alam bunyi. Bagi setiap haiwan bunyi khas dan semestinya
bunyi ini representasi haiwan pada alam bunyi. Dan bagi setiap keadaan haiwan, seronok, takut,
lapar, dahaga ada bunyi tertentu, yang adalah representasi keadaannya.

Dan Allah telah mengilhamkan kepada manusia supaya membahagikan bunyi2nya dan dia telah
berbuat, maka hasillah huruf2.Dan manusia telah memadankan huruf dengan Asma alHusna yang
adalah prinsip2 penyusunan alam.
Dan dia pun menyebut bagi setiap objek satu huruf berbetulan dengan yang menzahir, kemudian
sambung huruf kedua untuk menunjuk tahsil kemudian sambung huruf ketiga untuk menunjukkan
tashkhis. Ini caranya terbit kata2 tiga huruf , yang adalah asal segala perkataan.

Dan yang terdahulu dalam pengibaratan makna , digunakan bunyi2 yang terdengar. Maka katanya
adalah imitasi apa yang berlaku atas pendengar seperti dharaba dan qahqah.
Dan manusia menciptakan bagi objek yang terlihat, tersentuh, terasa, terkhayal atau terwaham, kata
bagi objek di mana kelakuan objek atas hiss dibayangkan kata itu.

Dan pada imitasi pun terdapat perbezaan mengikut mizaj pencipta kata dan persepsinya.
Sepertimana orang Arab ia imitasi bunyi jatuh batu dengan thuq, thuq dan orang Farsi dengan
dah, dah.

Maka apabila berinteraksi kedua perkara qudus dan danas, terbit bermacam2 ilmu dan mizaj
manusia, dan bahasa2 baru yang takterbilang. Yang majaz diterima selepas satu masa singkat
sebagai hakikat. Dan kinayah diterima sebagai jelas. Pendek kata ini cara evolusi bahasa dan
cukuplah isyarat ini bagi mereka yang memahami.

Kesemua alam sejajar. Setengah pertumbuhan dalam alam bergantung dengan pertumbuhan yang
lain. Adapun ilmu yang terhasil daripada usaha dua bahagian:

(1) yang dipelajari mengikut laluan adat, seperti menuntut petunjuk dalam bidang seni
halus dan inferensi untuk mencapai idea baru.

(2) yang mencarik adat, tetapi pada sisi hukama ia perkara yang tetap biasa.

Bagi setiap objek yang maujud ada illat yang mewajibkan wujudnya. maka tidak ada carik adat
pada tabiat nizam kulli, pada asalnya. Yang dikatakan carik adat merujuk kepada adat2 yang
direpresentasikan susunannya pada alat2 persepsi yang biasa digunakan. dan jenis ini ada beberapa
bahagian.
(1) yang berlaku pada latifah khayal pada masa jaga dan ini dinamakan kasyaf.
(2) adapun yang berlaku dalam tidur dinamakan ruyah.
(3) yang berlaku ketika diri tidak hadir, dinamakan ghaib, iaitu satu hal yang menyerupai
tidur, di mana hiss tidak beroperasi secara tabii, dan hal ini rekaan melalui tawajuh
yang penuh kepada mana satu perkara qudus.

Ketiga2 perkara ini adalah satu pada perlakuannya di alam misal muqayad. Dan sebab
perkara2 ini adalah tiga:
(1) Adat: Tukang besi melihat kipas dan api dalam mimpi dan memahami maksud yang
terkandung dalam penglihatannya . Begitu juga bagi tukang kayu yang melihat gergaji dan
kayu .

40
(2) Mizaj: yang darah panas melihat khayal2 yang merah, yang darah kuning melihat
objek2 kuning dan memahami maksud yang terkandung dalam penglihatannya.
(3) Tabiat: sesuatu perkara yang dejelaskan Allah. Yang demikian kerana bagi setiap
objek yang qudus ataupun danas, terdapat satu bentuk khas bagi nau pada setiap
peringkat evolusi. Daripada persepsi2 ini ada yang tidak berhajat kepada tabir dan
ada yang berhajat kepada tabir. Tukang tabir wajib arif dengan rahsia evolusi,
membezakan adat dan mizaj dari lainnya.

Nabi saw telah ibaratkan kes minum susu dengan ilmu (1) kerana faktor yang ada pada keduanya ,
sumber pertumbuhan dan tarbiah. Dia telah ibaratkan kes makan ruthab Ibn Thab di rumah Rafik
ibn Uqbah dengan baik keadaan din Islam (2). Dan melihat diri pada tempat yang tinggi ibarat baik
akibat. Dan ini adalah warna2 interpretasi . Maka ketiga2 perkara ini daripada kesempurnaan
pengkhayalan mengikut martabat penglihatan.

Adapun berkenaan dengan yang didengar, maka seperti ilham. Ia adalah kalam yang
diperdengarkan dalam khayal ketika terhimpun jiwa bertawajuh kepada Allah.

Khatir adalah hadas dalam lipatan hadas nafsi yang disedari maksudnya selepas kejadian.

Waqi’ adalah khatir yang kuat kesannya atas nafsu dan menawannya sertamerta.

Hatif adalah apa yang dizann terdengar. Orang awam dengan kuat zann anggapnya benar. Adapun
wali2 yang berkelebihan , mereka timbang ciri2 kejadian sebelum perakuan.

Dan pada persepsi bau, rasa, sentuh terdapat ilmu2 mengikut martabat persepsi deria.

Adapun ilmu2 yang dilimpahkan kepada waham, maka dinamakan firasat. Dan antara firasat
terdapat ishraf yang berkenaan dengan persepsi bentuk2 yang tersalin dalam zihin.

Adapun ilmu2 yang dilimpahkan keatas idrak ia adalah daripada kuasa qudus dan dinamakan
dalam mazhab sufi sebagai ilmu laduni.

Dan barangsiapa fana dalam Allah maka ilmu itu adalah marifat.

Adapun ilmu yang turun kepada manusia dari sirr wujudnya maka ia adalah zauq dan hikmat.

Dan ilmu yang dilimpahkan dengan wasitah Qurb Faraid dan malaikat dinamakan wahyu.

Ketahuilah bagi Nafsu Natiqah beberapa darjat evolusi yang diberi nama masing2. Maka apabila ia
terlibat dengan khayal, waham dan idrak dinamakan nasamah ataupun nafsu mengikut istilah
awam.

Dan apabila tajarud ia daripada maddah dengan tarbiah, dinamakan Nafsu Natiqah pada istilah
falsafah dan ruh pada istilah awam.

41
Kesempurnaan Manusia
Ketahuilah bahawa Allah telah bahagikan kejadian akhir, maksud aku, kejadian jisim dan aradh
kepada dua bahagian:
(1) Sangat kuat kesan jasmani dan hukumnya atas manusia di mana tersumbat jalan bagi manusia
untuk mencapai hakikatnya, yang adalah sumber limpahan segala kesempurnaan dalam ilmu dan
amal. Maka tidak zahir melainkan kumpulan yang kurang sifat dan kurang representatif, secara
fitrah.

Apakah engkau tidak ketahui bahawa ulul albab membenar bahawa empedu kuning
menghikayatkan api, yang hitam menghikayatkan tanah, dan kahak menghikayatkan air. Maka
engkau pun tahulah perbezaan antara hikayat dan yang dihikayatkan.

Bukankah kepanasan dan kekeringan empedu kuning , sejuk dan segar dibanding api , sedangkan ia
adalah representasi api pada alam percampuran ini. Renungilah contoh ini yang kami telah
sediakan untuk menunjuk representasi yang kurang, mudah2an Allah memberi engkau bimbingan.

(2) Yang tidak terkuat kesan jasmani atas manusia dan tidak tersumbat jalan baginya kepada
hakikatnya. Telah ternyata bagi aku secara fitrah, hukum2 kejadian , secara jelas disertai burhan
yang kuat, yang tidak masuk padanya bentuk2 asing. Seolah2 ia satu barzakh antara jasmani
akhirat dan jasmani dunia, melainkan jasmani akhirat terbina atas persediaan azali dan kejadian
barzakh terbina atas kesempurnaan yang diusahakan dalam dunia. Maka perbezaan adalah amat
nyata dan bidang penyelidikan ini amat luas.

Yang awal daripada bahagian ini adalah anbiya, kemudian hukama. Kesempurnaan mereka adalah
kebebasan daripada kuat selubung dunia, dan ini bukan kerana usaha tetapi secara fitrah. Ini satu
bidang yang amat luas juga.

Dan mereka yang terlibat dengan amalan2 luarbiasa, iaitu telah fana pada pelaku hakiki, mereka
adalah awliya.

Dan yang jasmani mereka di bawah pengaruh nafsu mereka yang suci , mereka adalah orang yang
berbuat baik dan bertaqwa.

Mereka yang enggan mencapai kesempurnaan , mereka orang celaka dan terdapat perbezaan antara
mereka.

Engkau patut yakin bahawa tidak ada kesempurnaan melainkan apa yang ada pada ain
tsabit.Bagaimana , sedangkan ia telah nyata sebagai jasmani.Dan tidak sunyi jasmani dunia
daripada bentuk bagi pernyataan zahirnya, yang termuat atas beberapa bagai. Yang pertama
berkenaan dengan jauhar dan yang kedua berkenaan dengan mizaj.

Dan mungkin engkau suka dijelaskan makna insilakh dan fana dan safa dan perbezaan antaranya.
Dan perbezaan antara fana maqbul dan safa hasan daripada lainnya.

Ketahuilah bahawa insilakh di sisi kami ibarat qahar ain tsabit atas Nafsu Natiqah supaya menjadi
representasinya di mana Nafsu Natiqah beransur hilang dan menjadi seumpamanya pada azali.

42
Dan tidak ada kesempurnaan baginya melainkan limpahan wujud. Maka tidak mendengar dan
melihat melainkan dengan limpahan wujud sehingga sampai pangkal. Dan terkuatlah bentuk yang
baru dan jadilah ia seumpama jasmani akhirat.

Dan fana adalah ibarat irfan terhadap Allah Taala, bahawa Ia adalah punca segala yang wujud,
kemudian kembali kesemua kepadaNya. Tidak baqa melainkan yang tunggal, yang satu dan
binasalah segala yang lain daripadaNya dalam kebesaran wajahNya.

Maka ia merasai dirinya bersama dengan Allah sehingga ia mencapai fana dan terkesan atasnya
bahawa antara ilmu dan wujud terdapat ikatan azali yang terbit daripada kesedaran ilmu.

Maka terceluplah ia dengan sibghah Allah sepertimana cermin besi tercelup dengan sibghah
matahari secara memuat imejnya. Maka cermin itu membakar bersama tetap bentuk cermin. Akan
tetapi sifat membakar yang diberi kepada cermin dalam bentuk samar.

Safa menunjukan penerimaan pantulan cahaya ilahi tanpa berubah bentuk asal melainkan berlainan
mauthin ilmu. Umpamanya khamar apabila ditapis berkali2 sifat khamarnya kekal. Tetapi apabila
dibubuh garam padanya, ia menjadi cuka dan tidak bersifat khamar lagi.

Fana yang maqbul adalah fana yang disertai cahaya nubuwah, dan fana ditolak selagi tidak beserta
cahaya nubuwah.

Pada sisi kami cahaya nubuwah ada empat tabaqat:


(1)yang dipermudahkan bagi hukama mengikut fitrah mereka . Iaitu digagahi segala representasi
mereka di bawah ayan tsabit mereka. Dan pada ilmu , ibadat dan adat, mereka adalah baik
semata2.

(2) Insibagh di mana Nafsu Natiqah mereka dicelup dengan Nafsu Natiqah Rasulullah saw .
Sebagaimana engkau ketahui seorang yang sempurna marifatnya melihat hidayatnya yang
diperolehi secara fitrah atau usaha, melengkapi segala makhluk. Maka tidak ada seorang yang
sempurna melainkan terpantul atasnya cahaya Rasullullah saw. Dan dari segi ini wali yang paling
luas ilmu adalah Shaikh Akbar (Muhyidin ibn Arabi).

(3) Insibagh di mana mereka dicelup dengan taat dan sunnah. Sebagaimana engkau ketahui
bahawa faraid membawa kepada insilakh secara fitrah. Maka bagi sunnah ada hakikat, di mana
telah beramal dengan sebahagiannya, yang maksum yang paling layak sebagai hamba (yakni
Rasulullah ). Maka terceluplah keseluruhan dengan celupannya.Termasuk tabaqat ini ashab turuq
seperti Ghauth Azam Abdul Qadir Jailani, Shaikh Suhrawardi, Najmudin Kubra, Shaikh Baha ul
Haq wa Din, Shaikh Harawi, al Muhaimi, Jami rahum.

(4) yang dinisbahkan kepada para sahabat dan akan datang tafsilnya.
Dan apabila kami berkata bahawa tidak ada yang fana ia adalah kerana engkau ketahui bahawa
bagi segala yang maujud , benar atau batal, terdapat nisbah khas kepada hadrat al Wajib, dan fana
adalah daripada representasi nisbah ini.

Adapun safa hasan , ia sifat orang yang taat yang terhimpun jiwanya atas mengikut sahib syariat
dengan diterangi cahayanya. Pada kebiasaan, syariat menilai safa syari’ dan membuat

43
peraturannya, dan tidak mengambil kira safa batin, kerana ia tidak tetap. Jika engkau kehendaki
maka rujuklah kata2 sia2 orang jahil yang digelar hukama. (mereka yang mengabai tanggungjawab
kemasyarakatan )

Qurbah
Ketahuilah qurbah dengan Allah adalah terangkatnya lalai, yakni ilmu tentang diri Allah walaupun
belakang tabir dan tidak menyeluruh. Dan tidak aku maksud kesemua ilmu , bahkan ilmu yang
bawa kepada tilik yang tembus kepadaNya.

Maka atas engkau merenung contoh yang ada pada Khizanah 9 iaitu fas merah dan kon. Yang
kedua ini menunjukkan sifat qurbah yang utama; yang satu tilik yang tembus dan yang kedua
pantulan sesuatu yang tertentu dengan al Wajib.

Qurbah yang lengkap dan sempurna terhimpun pada tiga kelas:

(1) Manusia bolih kenal dirinya dengan ilmu huduri kemudian melaluinya mengenali Allah. Dan
terpantul ke atasnya perkara yang tertentu dengan al Wajib. Ini adalah Qurbah Nawafil .

Dinamakan Qurb Nawafil kerana amalan2 yang mengakibatkan qurbah ini terdiri daripada tawajuh
yang lengkap dan lain2 perkara yang bukan dari jenis faraid. Ia adalah ibadat kerana membawa
kepada qurbah , maka nawafil.
(2) Manusia mengenali Allah secara langsung tetapi tidak mungkin ia mengenali Allah semata2
kerana ini adalah mustahil. Semestinya ia mengenali Allah secara abstrak, sebagai objek abstrak
seolah2 ia representasi bagi Allah di alam ini.

Semestinya ilmu ini daripada ain tsabit yang menyerupai cermin. Dan kejadian segala yang berjadi
, nyata pada ain kerana ia menghimpun segala yang ada pada alam tahaquq (alam ini). Dan engkau
tahu bahawa ia adalah bayangan Asma Mutlak tanpa ragu.

Ini adalah Qurb Faraid. Dinamakan Qurb Faraid kerana ia melibatkan amalan2 dari jenis faraid
yang disuruh Allah dengannya. Dan apabila lengkap qurbah ini , iaitu dengan tumpuan penuh
kepada tajalli (ain) dan tahaquq yang sempurna baginya, manusia akan bertemu dengan nama2
malaikat.

Kemudian kesempurnaannya berkembang mengambil bentuk baru. Akhirnya dia menjadi


sebahagian daripada nizam yang terbina atas khairat. Dan ini adalah nubuwah.

(3) Manusia mengenali Allah dalam limpahan wujudNya tanpa percampuran. Ainnya melalui ilmu
huduri dan lain2 ilmu , meluasi wujudnya. Dan Asma bagi ain tsabitnya bersama dengan Asma
Allah , al Majid , al Alim meluasi ainnya.

Ini adalah Qurb Wujud dan ia tidak terhad kepada mengenali Allah saja bahkan termasuk lain2
ilmu. Dan akan dihuraikan maksud qurbah2 ini.

Qurb Wujud adalah keadaan manusia di bawah qahar ain tsabit dan baqa manusia sepertimana
pada azali dalam keadaan amat sempurna qurbah asli.

44
Dan Qurb Faraid amalan sahabat2. Selepas zaman mereka kesempurnaan amal pun berkurangan .
Tinggal ahli safa.

Kemudian condong yang paling suci daripada mereka kepada Qurb Nawafil dan mereka
menyempurnakan tariqat masing2.
Selepas 1100 tahun Hijrah, condong seorang lelaki di kalangan mereka kepada Qurb Wujud. Dia
imam muttaqin dan tempat pegangan hukama. Dia telah minta Allah menjadikannya khatam
hukama yang maksum, mudah2an doanya maqbul. Sesungguhnya
segala kebajikan di tangan Allah.

Dan ini kerana ia (Shah Wali Allah ) sangat kuat jazba dan insilakh kepada malaki, cepat
perjalanan ruhani dan sahih pada pendapat2nya. Apabila ia mengenal ain tsabitnya , telah nyata
baginya cara qahar di bawah ain.

Dan dikatakan kepadanya di dalam batinnya: Ambil ini , kerana Qurb Wujud adalah sejauh
kesempurnaan yang mungkin pada zaman ini. Dan ia adalah sepaling benar dan sesuai dengan
kelakuan zaman.

Dan dia pun telah rasai ketika2 kekal ainnya sebagaimana pada azali dan dirizqikan ketuanan
batin, ismah dan hikmah. Segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam.

Dan asasnya adalah ilmu , yang kami telah bicara khususiahnya yang lazim berkali2 , tentang
wahdatul wujud. Antaranya bahawa manusia mengenal Allah sebagai qarib dengannya melalui ain
tsabitnya. Dia tilik kepada ainnya dan tembus tiliknya kepada Allah dan baginya ismah dan
wajahah . Dan akan datang bicara yang lengkap dalam Khizanah Tujuh.

Adapun Qurb Nawafil maka ia adalah tilik engkau akan diri engkau pada cermin al Hak dan
engkau diwarnai warna cermin iaitu kekuasaan Allah. Dan asasnya bahawa taqarur al Mumkin
kembali kepada taqarur al Wajib. Dan mengenali diri adalah representasi taqarur. Maka dengan
mengenali diri melalui ilmu huduri, seterusnya akan mengenali Allah sepertimana tilik menembusi
kaca dan sampai kepada objek di belakang kaca.

Dan orang yang mencapai Qurb Nawafil kadang2 anggap dia telah kenal Allah sehabis2nya. Dan
ini kerana dia kenal diri hanya ketika dia tenggalam dalam al Hak maka tidak jelas baginya
perkara ini , dan baginya dua hal:

(1)Adapun hal wusul lengkap, maka tidak baginya melainkan ilmu basit tentang dirinya. Dan ilmu
ini adalah ilmu basit tentang Allah dengan tidak ada berbilangan dan katsrah.

(2) Adapun hal yang kurang daripada wusul lengkap, keadaan dia mengalami dirinya tenggalam
dalam al Hak dan mengetahui al Hak tenggalam dalam dirinya, maka keadaan ini mempunyai dua
aspek. Bagi qurbah ini hakikat dan beberapa bentuk.

Adapun hakikat maka ia adalah ilmu huduri dan bentuk2 merujuk kepada penyerupaan2 ilmu ini
dalam keadaan2 tertentu. Antaranya bahawa seseorang itu mencapai marifat tauhid dengan kerana
fikir yang mendalam.

45
Maka sesiapa yang telah dirizkikan hakikat maka dia telah berjaya mendapat sirr , dan sesiapa
yang telah dirizkikan bentuk maka bersyukurlah atas kurnian kepadanya.

Dan setengah daripada sifat qurbah ini bahawa seseorang itu merasai ujub, menunjuk kemegahan
dan mendakwah rububiah. Dan akan didatangkan bicaranya dengan terperinci.

Adapun Qurb Faraid, al Hak mentajalli pada cermin ain tsabitnya maka tajalli itu berwarna dengan
warna cermin yakni tajalli bersepakai dengan pembaruan dan hilang ketetapan. Dan contohnya
beberapa ayat dalam alQuran dengan perkataan qala dan sayaqulu , dan kana dan sayakunu .
Dan dasar qurbah ini bahawa yang mumkin telah jadi nyata kerana tajalli Allah.

Dan tidak ada kesempurnaan bagi manusia melainkan apa yang diberi oleh ain tsabitnya. Maka
batas marifatnya tentang Allah mengikut apa yang diberi oleh ain tsabit. Renunglah.

Dan penuntut qurbah ini mengetahui dia dicucuri nikmat untuk mendekatiNya. Demikian kerana
Allah tidak tenggalam dalam dirinya secara wajib. Pandangannya tidak melampau kepada lain
daripadaNya , bahkan Dia adalah batas pandangannya.

Dan bagi orang ini dua hal:


(1) Adapun ketika uruj yang lengkap, maka hilanglah bentuknya yang halus dan Allah pun
menghukumkan apa yang Dia kehendaki. Tidak baginya ketika itu ilmu tentang Allah, bahkan
Allah berkata2 melalui lidahnya dengan apa yang dikehendakiNya
sepertimana diperbuat dengan Nabi Shuaib. as. Sabda Nabi saw : Telah mendengar Allah akan
orang yang memujiNya. (3)

(2) Adapun pada ketika turun , maka batas marifatnya adalah kehadirannya di sisi Allah, dan
baginya hakikat dan bentuk2. Hakikatnya adalah uruj yang telah kami terangkan. Dan antara
bentuk2 adalah kejadian2 yang menunjuk atas pencapaian hakikat. Dan antaranya ilmu2 yang
terhasil pada qurbah ini. Dan sifat 2 qurbah ini ijaz, ubudiah dan kelemahan dalam memberi
bekas.

Ketahuilah bahawa Qurb Wujud dan Qurb Faraid dan Qurb Nawafil saling melazimkan dengan
makna bahawa sahib setiap qurbah mengalami qurbah2 yang lain apabila dia dapat membezakan
antara qurbah2. Akan tetapi hukum atasnya adalah qurbah yang dia hilang dalamnya.

Ketahuilah apabila kami kata bahawa berhasil bagi anbiya Qurb Faraid selepas terhasil Qurb
Wujud dan bahawa berhasil bagi hukama Qurb Wujud selepas terhasil Qurb Nawafil dan
seumpama ini , maka tujuan kami adalah qurbah di mana tidak hilang diri padanya atau yang hilang
diri padanya. Qurbah ini melengkapi kesempurnaan kerana keperluan ulangan dan itlak.

Ketahuilah ada orang yang termenang atasnya latifah khayal atau idrak, ataupun termenang atasnya
sifat membezakan, maka dia berada di bawah hukumnya. Orang ini tidak akan mencapai fana,
bahkan batas pencapaiannya adalah safa.
Dan ada orang yang termenang atasnya mengenali sirr kejadiannya di dunia ini, sebagai individu
tertentu. Maka terpengaruhlah latifah khayal dan idrak. Orang ini layak kewalian mengikut
persediaannya.

46
Dan ada yang luas ainnya sedangkan bentuk jasmaninya lemah, maka hukum mengikut bentuknya.
Jika bersama dengan kebijaksanaan yang lengkap, maka dia hakim. Dan jika dia tidak di bawah
hukum bentuknya bahkan mengikut suruhan Allah, maka dia nabi atau kamil bagi orang lain atas
tariq anbiya.

Ketahuilah bahawa maksud kami pada perbincangan ini pembatasan bilangan mizaj yang teguh
dalam kesempurnaan. Adapun mereka yang bergantung kepada yang lain, maka tidak ada tafsil
perbincangan. Hanyasanya setiap mizaj berpotensi menerima setiap kamalat dengan cara
pantulan.

Ketahuilah bahawa as Salaf tidak membicarakan Qurb Wujud kerana mereka sangka ia adalah
Qurb Faraid. Sesungguhnya hakim pada akhirnya menuntut Qurb Faraid.
Dan jelas pengabaian Qurb Wujud mensia2kan usaha penghalusan hakikat. Ya Allah tunjukilah
kami hakikat2 sebagaimana ia ada.

Ketahuilah bahawa kelebihan kulli antara ketiga qurbah ini adalah pada Qurb Faraid, dan
istimewanya pada nubuwah. Dan baginya ada dua wajah:
(1) Bahawa Allah menyampai hukum kepada anbiya. Adapun hakim , maka ayan mereka yang
berpengaruh. Dan awliya , maka sirr wujud mereka di dunia yang berpengaruh. Perbezaannya dari
segi sumber pengaruh.

(2) Bahawa Allah tajalli pada sudur anbiya dengan Asma Hadas. Maka nama ini mentadbir segala
perkara mereka. Adapun bagi hakim, maka qurbah azali yang mentadbir dan bagi awliya, yang
mentadbir adalah fana (sirr wujud duniawi mereka) dalam Allah.

Firman Allah: Sedang kegemaran menyembah patung anak lembu itu telah mesra dan sebati di
dalam hati mereka... (4) maknanya di sisi kami, bahawa mereka fana dalam tajalli yang nyata di
alam dunia.Maka pasti bahawa asas fana mereka latifah anasir mereka. Maka mereka disuruh
mencerai nizam anasir sehingga lengkap bagi mereka ikhlas dalam mencapai hakikat
kesempurnaan.

Kami pun telah memberitahu engkau berkali2 bahawa setiap yang ada yang menerima fana
semestinya baginya hakikat. Justeru itu apabila nafsu fana sebelum mati, layak baginya rububiah.

Ketahuilah bahawa apabila shaitan berwenang dan melampau batas Allah melaknatnya kesangatan
laknat. Dan tidak berhenti kejahatan menyusuli shaitan sehingga jadilah kejahatan itu ruh
kesempurnaannya. Maka tajalli kejahatan itu pada sadrnya seperti tajalli asma pada sadr
muqarrabin di kalangan malaikat.

Yang demikian kerana satu rahsia yang mendalam. Bahawa setiap makna yang unggul mempunyai
kedudukan di sisi Allah pada salsilah pancaran daripadaNya. Maka tidak ada sesuatu yang unggul
yang maknawi melainkan ia menuntut rububiah secara benar atau batal.

Maka kerana demikian terbit daripada shaitan beberapa perkara yang dinamakan shaitan juzi. Dan
shaitan menguasai dan mentadbir mereka secara penguasaan kulli atas juzi. Dan shaitan
mempengaruhi alam dunia ini secara kulli, maka renunglah. Sesungguhnya ini satu masaalah yang
rumit.

47
Ketahuilah bahawa khatam awliya adalah orang yang paling menyerupai khatam anbiya pada
komposisi bentuk mizaj. Dan wajib dia dilimpahi cahaya khatam anbiya dan sangat alim. Kalau
bukan kerana tersangat bijak , dia tidak akan tenggelam dalam lautan zat bersamaan keistimewaan
padanya daripada komposisi.

Ketahuilah bahawa makna kami dengan jinayah, di mana saja disebutnya, adalah keadaan
terdahulu ilmu daripada hal. Makna hal adalah wujud pengalamannya tanpa kira fahaman ilmiah
tentangnya.

Dan makna kami dengan ummi (5) adalah keadaan hal terdahulu daripada ilmu. Dan kami akan
beri satu contoh. Bukankah seorang Arab murni, mengikut tabiat, menggunakan nahu dan loghat
dalam pertuturannya dan tidak membuat apa2 kesilapan pun. Kemudian bila ditanya kenapa
dinasabkan objek dan dirafa’kan subjek, dia tidak tahu jawab, sedangkan kefasihan. tetap
terpendam dalam tabiatnya.

Adapun pakar nahu, dengan quwwah membezakan, dia tidak bertutur seperti tuturan Arab murni
melainkan terhurai simpulan membeza2kan dan dia menjadi Arab murni.

Ya Allah sesungguhnya aku minta Engkau akan ilmu yang manfaat dan hati yang khusyuk dengan
rahmatKau, wahai yang Paling Mengasihani.

(1) Bukhari, Bab –ul-Laban


(2) Muslim, Kitab –ar-Ru’yah
(3) An Nasai, Bab Qauluhu Rabbana lakal-Hamdu
(4) Surah al Baqarah , 93
(5) Seorang ummi memberi keutamaan kepada perbuatan daripada ilmu.

48
KHIZANAH LIMA
( Prinsip Taayun Anbiya, Syarah Kamalat Fithri dan Kasbi, dan Bicara Tarikat Mereka dalam
Amalan Suluk )

Mahiyah Nabi
Mengikut fahaman hukama, bahawa dia seorang lelaki yang ain tsabitnya adalah paling qarib
daripada ayan2 , kepada Asma yang wujud ayan2 itu daripada Asma itu. Dan yang paling
menghimpunkan dan paling sempurna antara ayan2 se-Asma dari segi wajah2 dan perhubungan2.

Fitrah nabi bahawa tertanggal dia daripada bentuk mizajnya dan dikurniai qurbah2 yang tiga iaitu
Qurb Nawafil, Qurb Wujud dan Qurb Faraid yakni terhasil secara ringkas. Setiap qurbah boleh
menjadi representasi ain tsabit, individu ataupun khayalannya.

Dia adalah ummi (1) dan bukan jinayat. Tidak baginya hukum, tetapi dia di bawah hukum Allah
al Majid. Inilah sebab Allah tajalli pada ainnya yang bersambung dengan malakut. Dan Asmanya
menyetujui Asma malaikat.

Kemudian dia mencapai pertumbuhan lain yang adalah ijmal segala kamalat yang dia telah
usahakan. Kemudian dia pun paling sungguh2 kepada Allah sehingga Allah mewahyukan
kepadanya syariat dan zuhud dan lain2 dari kamalat2 yang dikira perlu untuk nizam alam yang
terbina atas khairat yang bertertib dan tersusun.

Dan Allah berkehendak mencegah kejahatan dengannya dan mengeluarkan manusia daripada
kegelapan kepada nur. Maka Dia memberinya satu syariat yang wajib atas manusia. Dan sekurang
tanggungjawabnya menyuruh mengikut syariat, setiap orang yang bertemu dengannya.

Dan rasul antara anbiya disuruh berbantah orang kafir dan berjadal dengan mereka dan
menjelaskan prinsip2 syariat kepada mereka, apakah ia syariat baru ataupun lama. Dan pasti dia
lebih qarib kepada Allah dari lain anbiya dari segi ainnya dan lebih kuat pergantungannya.

Dan Ulul Azmi antara rasul membawa syariat baru , dan diwahyukan kitab yang amat jelas. Asal
tarikat Ulul Azmi adalah tajalli yang bersesuaian dengan kejadiannya. Dan semestinya dia ummi
dan hukum daripada Allah tanpa sekutu.

Maka Allah tajalli pada sudur Ulul Azmi dengan Asma yang berwarna dengan warna ain tsabitnya
bersepakaian dengan hukum hadas. Dengan Asma ini tersusun perkara tasyri’ dan lain2 yang tidak
melibatkan usaha Ulul Azmi. Hanyasanya usaha mereka menetap pada keadaan mereka berada
sehingga jelas dan diperluaskan implikasi2 yang terkandung secara ijmal dalam ain tsabit
mereka.

Ini adalah apa yang diisyaratkan oleh Imam as Sunnah pada Mazhab Butun Ketiga di mana dia
berkata : Kenabian bukan daripada usaha. Maka inilah mahiya anbiya dan tarikat mereka.

Ketahuilah bahawa kadang2 ayan mereka memerlu kamalat yang lain , selain daripada nubuwah,
yang mereka pun mencapai , seperti Qurbah Malaki yang dipunyai nabi kita saw iaitu dia diberi
ilmu tentang nizam yang sedia ada , apabila perlu.

49
Dan kamalat2 ini mempunyai representasi dalam alam ini tetapi tidak dengan sepenuh fitrah,
tetapi mengikut keperluan. Contohnya Nabi Idris mencapai qurbah dengan kejadian alam tinggi
dan bagi Nabi Nuh dengan kejadian alam rendah. Dan bagi Nabi Sulaiman dengan
memperkerjakan jinn dan angin dan lain2.

Setiap daripada mereka adalah khatam berhubung dengan kamalat dan qurbah masing2. Makna
aku dengan qurbah di sini adalah penyesuaian ainnya dengan kamalat2nya dengan meninggalkan
perhubungan dengan representasi2 yang tercemar.

Mizaj Nubuwah
Mizaj2 nubuwah terhimpun pada lima golongan:
(1) Tarakum: merujuk kepada keadaan bentuk jau-nya menyerupai bentuk mizajnya. Dan kamalat
wilayah bergantung kepada tarakum. Dan Imam golongan ini Nabi Nuh as . Dia selalu memberi
amaran mengikut kekuatan cahaya Asma , yang hadas pada sudur anbiya berkali2.

(2) Aqrabiah : di mana bentuk jau-nya menunduk sehabis2 tunduk kepada hukum ain tsabit. Dan
ain tersangat qurbah kepada Allah. Imamnya Nabi Ibrahim as . Dan kamalat2 fitrah bergantung
kepada aqrabiah.Kerana ini fitrah dinisbah kepada Nabi Ibrahim as dan persahabatannya dengan
kanak2 yang mati dalam fitrah , seperti hadis miraj dalam tidur maka renunglah.(2)

(3) Salabah : iaitu satu sifat yang timbangannya kepada sifat2 yang lain umpama tunduk kepada
bentuk jamak dalam qadiyah. Dan ia sepaling qarib representasi bagi zat alWajib kerana ia
wahdah semata2.

Dan imamnya Nabi Musa as . Pada salabah bergantung keluasan pencapaian dalam kamalat2.
Kadang2 dipanggil oleh golongan wilayah , seorang yang salabah mizajnya sebagai masyrab Musa
secara majaz. Namun jauh beza salabah keduanya.

(4)Subugh : sifat lengkap dan penuh yang timbangannya pada perkara2 yang bukan hissi
seumpama jamal remaja apabila sampai pertumbuhannya lengkap, gagah dan lawak. Dan pada
qurbah , ia umpama salabah.

Atas inilah tergantung kamalat pencelupan warna Allah. Imamnya Nabi Isa as . Dia telah
mewarisinya dari tuipan Jibril as . Inilah sebab dia ditentukan turun untuk membunuh ad Dajjal.

(5)Ummi : Ia adalah satu aspek di mana wazannya kepada semua mizaj yang lain umpama wazan
bentuk jau kepada bentuk mizajnya.
Kerana inilah wajib bahawa Asma yang terbit pada sadrnya tersangat mutlak dan tersangat qarib
kepada Allah. Imamnya dan khatamnya adalah penghulu segala rasul, pensyafaat orang yang
berdosa, wasilah muqarrabin , ketenangan salikin, mazhar yang azhim, mulia namanya, penghulu
kami Nabi Mohd saw.

Atas aspek ummi tergantung khatam nubuwah. Tidak baginya kamal dan mizaj melainkan Asma
Mutlak. Dan kerana demikian kami telah panggilnya dengan nama yang termulia.

50
Dia melebihi anbiya pada akhlak dan kejadian
Dan mereka tidak menghampirinya pada ilmu dan kemuliaan (3)

Ayan Tsabit Anbiya


Ketahuilah bahawa ayan tsabit anbiya boleh dihimpunkan pada lima golongan:
(1) Representasi Ilmu Aktif , pada lisan awliya dan mereka menamainya begini kerana mereka
menemui ayan dari pihak ilmu aktif. Dan pada lisan kami al Hayy al Qayyum bertepatan dengan
istilah nabi2 mengikut tuntutan qurbah mereka.

Dan Nabi Ibrahim as telah mencapai kedudukan ini secara ijmal dan Nabi Mohd saw secara
tafsil. Inilah sebab dikata umatnya dari : ... millah moyangkau Ibrahim. (4) Dan kerana yang
demikian telah berdoa Nabi Ibrahim as :...Dan bangkitlah di kalangan mereka seorang
rasul...(5) Dan kerana demikian juga sabda Rasulullah saw :....... Sesungguhnya aku paling
menyamai Nabi Ibrahim as..(6)

(2) Representasi Shuun : Iaitu bentuk2 ijmal daripada Asma2. Nabi Yakub as memperolehi ini
secara ijmal. Dan Nabi Musa as secara tafsil. Kerana demikian dikira syariat Nabi Musa as
sebagai syarah bagi syariat Nabi Yakub as . Diharamkan dalam Taurat apa yang Israil ( Nabi
Yakub as) telah haramkan atas dirinya.

(3) Representasi Iradat : Ia adalah limpahan yang ternyata. Dan Nabi Adam as telah memperolehi
ini . Dan kerana demikian dia adalah bapa segala manusia.
Ketiga golongan di atas adalah dari Asma Bidayah
(4) Tsubutiyah : Kesemua anbiya telah memperolehi ini , seumpama Nabi Yusuf as dan lain2.

(5) Salbiah : Nabi Idris as dan Nabi Nuh as dan lainnya telah memperolehi ini.

Ketahuilah bahawa dua golongan yang terakhir ini adalah usul.. Dan antara anbiya ada yang tidak
tulin mabda’nya dan tidak tulin mizajnya. Dan antara mereka yang kamal terdapat imam kamal
dan khatam juga.

Prinsip Taayun Anbiya


Bagi Nabi Adam as prinsip taayunnya adalah Asma Murid yang menuntut secara langsung
penjelmaan alam ini. Kerana demikian dia menjadi bapa manusia. Dan bapa umpama khalik
pada alam bentuk.

Himmahnya yang terutama menghasilkan anak, dan pertanian, dan pengeluaran. Kesemua ini
representasi makhluk.

Firman Allah Taala: Dan Dia mengajar Adam segala Asma.... (7) Cara pengajaran di sisi kami
bahawa Allah Taala mengkasyafkan baginya hakikat Asma , yang daripada percampuran Asma
terjadilah alam ini. Dan mengkasyafkan baginya lapangan alam bunyi. Dan bahawa bagi setiap
juzi, apakah murni atau cemar, wujud atau tidak wujud (iaitu abstrak) terdapat satu bentuk khas
baginya dialam bunyi.

Maka Nabi Adam as memutuskan suaranya secara huruf untuk menyusun usul takwin. Kemudian
dia menghubungkan setengahnya dengan yang lain untuk menghasilkan perkataan. Dan kerana
demikianlah shuhuf yang terawal berbentuk huruf hijaiah.

51
Dia subugh, khasnya pada aspek sebagai bapa manusia. Dan menuntut kesangatan halnya bahawa
keluar zuriatnya ketika galabah halnya. Dan barang apa kejadian yang menghadapinya ketika
halnya , berlaku juga atas zuriatnya. Semestinya anak terkandung dalam ain bapanya.

Prinsip taayun Nabi Syith as al Wahab dan ia adalah awal juzuk daripada juzuk2 Iradat. Dan
himmahnya terutama pada menghasilkan anak2 dan pertanian dan pengeluaran. Dia adalah wasi
bapanya dan representasi kamalat Nabi Adam as.

Mizaj Nabi Adam as tarakum (padat) , dan kamalat Nabi Adam yang muktasib adalah tajalli
salbiah dan dengannya tambah tarakumnya. Dan Nabi Syith mewarisinya secara jibilah dan
dengan kasab. Dan apabila tahakuk kamalat salbiah dan tetap ia dengan kerana keduanya,
berhaklah ia mendapat representasi. (8)

Prinsip taayun Nabi Idris as adalah as Subbuh yang lebih tanzih daripada al Qudus.
Bandingan antara keduanya umpama bandingan adam dengan salbiah wujud. Inilah sebabnya
tidak binasa kaum Nabi Idris as sepertimana binasa kaum Nabi Nuh as .

Mizaj Nabi Idris tarakum juga, tetapi telah jadi lemah kerana tajalli salbiah. Kamalatnya yang
muktasib adalah qurbah melalui kejadian alam tinggi. Dan pada qurbah ini dia mempunyai
kedudukan azhim dan dia adalah khatam qurbah ini. Apabila bersatu sifat2nya dia pun memilih
duduk pada pusat alam tinggi iaitu matahari.

Prinsip taayun Nabi Nuh as adalah al Qudus. Ia tafsil dan syarah bagi as Subbuh. Dan bagi al
Qudus idafat kepada yang tercemar , yang bebas as Subbuh daripadanya.

Mizajnya tarakum tetapi tajalli salbiah telah memecahkan bentuk tarakumnya . Dan antara kamalat
muktasibnya tajalli Iradat seperti mana terdapat pada Nabi Adam as secara fitrah.

Dan dia mencapai qurbah melalui alam rendah, sepertimana Nabi Idris as mencapai qurbahnya
melalui alam tinggi. Dan yang demikian kerana as Subbuh sesuai dengan alam tinggi dan al
Qudus sesuai dengan alam rendah.
Dan kerana ini juga binasa kaum Nabi Nuh as . Kemudian dia pun berusaha pada menghasilkan
anak2 dan pengeluaran dan pertanian dan lainnya. Dia dipanggil Adam yang kedua.

Prinsip taayun Nabi Hud as adalah salbiah. , sepertimana bagi Nabi Nuh as. Dia telah kasab satu
kamalat daripada kamalat punca. Antara sifat kamalatnya ilmu tauhid. Telah
berkata dia dalam al Quran : Sesungguhnya Rabbi di atas jalan yang lurus.....(9)

Dia bukan semata2 murni pada punca taayunnya pada pengetahuan kami . Allah juga yang lebih
mengetahui tentang martabat anbiyaNya. Pada mizaj Nabi Hud as adalah tarakum.

Nabi Salih as umpama Nabi Hud as pada prinsip taayun dan kamalat muktasib.Bagi Nabi Salih as
penerimaan tajalli idafi yang menembusi. Kerana demikian , zahir kejahatan kaumnya dalam
bentuk unta betina, sepertimana telah lalu isyaratnya.

Antara kaedah2 am bahawa setiap nabi yang taayunnya salbiah, kaumnya akan binasa.
Dakwahnya kepada kaumnya tidak memberi kesan atas mereka. Dan tidak dibalikkan kaedah ini.

52
Telah terputus salsilah tarakum dan salbiah dengan Nabi Salih as. Dia adalah khatam
anbiya zaman taayun salbiah dengan mizaj tarakum.

Nabi Ibrahim as mempunyai kedudukan azhim. Daripadanya bermula salsilah bebas daripada
kebendaan dan salsilah kewajiban. Prinsip taayunnya adalah al Hayy al Qayyum dari segi ijmal.

Mizajnya mempunyai ciri2 salabah dan ciri2 subugh. Jika tidak demikian tidak akan lengkap
kamalatnya. Dan jika sempurna ciri2 salabah dan subugh padanya nescaya bukan representasi
ijmal lagi.

Hatinya mengecut dan dia tuntut seorang anak yang boleh menanggung tanggungjawabnya serta
menjadi tafsil bagi kesangatan ijmalnya. Maka dia pun dikurniakan anak.

Nabi Ismail as adalah representasi al Ali . Hati Nabi Ibrahim as pun menetap dengannya ( Asma)
lalu berkembang. Maka dia disuruh ketika galabah wijdannya, akibat keperluan persediaannya,
mengeluarkan dari dirinya satu representasi bagi kamalatnya yang mutlak, dan berkongsi dalam
pekerjaan ini dengan Nabi Ismail as .

Dia pun tertanggal dengan kuat daripada sifat basyari kepada malaki dan akibatnya membina
Kaabah, yang pada alam hissi ini menghimpunkan kesemua jenis kebendaan. Dan dijadikan fuad
manusia ingin kepada Kaabah umpama tafsil mencari ijmalnya dengan suruhan syariat bagi orang
awam dan persediaan semulajadi bagi khawas .

Kemudian Nabi Ibrahim as mengaju kepada tafsil kamalatnya maka mengecut hatinya kali kedua
kerana tidak terdapat cara menghasilkan kamalatnya secara tafsil. Maka diberitakan dengan
kurniaan Nabi Ishak as dan dia adalah representasi al Azhim. Maka kembanglah hati Nabi Ibrahim
as .

Kemudian dia disuruh ketika galabah wijdannya , mengeluarkan dari dirinya satu rumah yang
lain yang menghimpunkan kepelbagaian benda2 . Maka dia pun membina Bait al Maqdis. Ini
zauq kami dan ia adalah apa yang dikehendaki hadis sahih : Adalah antara pembinaan kedua
rumah ibadat ini 40 tahun...(10)

Bermula yang terlibat dengan penyembelihan adalah Nabi Ismail as kerana kamalatnya lebih am
dari Nabi Ishak as. Dan akan dibicarakan rahsia penyembelihan. Pada ringkasnya Nabi Ishak as
adalah punca kamalat tafsil dan Nabi Ismail as punca kamalat ijmal.

Nabi Yakub as adalah asal shuun. Kerana demikianlah dia jadi bapa kepada anbiya dan asal
mereka. Dan kepadanya dihubungkan kamalat anbiya yang ijmal, dan dia berbanding dengan
Nabi Musa as umpama Nabi Ibrahim as dengan nabi kita saw.

Prinsip taayun Nabi Yusuf as adalah al Wali. Dia diresapi jamal pada keseluruhan. Kerana
demikian nyata jamal pada zahir badannya. Dia tidak menjadi syarah kamalat Nabi Yakub as dan
tidak juga rasul sehingga dibantu faid dari Nabi Yakub, dan demikian kerana kesangatan
kemurniannya.

Orang awam menganggap bahawa al Wali mempunyai tiga makna:

53
(1) qurbah
(2) wali yang mengurus , antaranya al Wasi, al Mawali, as Sultan
(3) pengasih
Pada pendapat kami ia mempunyai satu makna saja iaitu qurbah Allah yang azali terhadap
manusia. Ini melazimkan hubb dan qurbah, dan atasnya bercabang atTawali yang bermaksud
ketuanan.

Dan berbeza qurbah mutlak Allah yang azali dengan al Wali pada pihak Nabi Yusuf as . Yang
kedua jamal murni, tertentu dengan aspek jamal semata2.Seperti beza antara kerapatan dan
luapan cinta pada beberapa qaul syariat kami. Maka ini maksud al Wali pada Nabi Yusuf as .

Adapun al Wali yang dia adalah representasiNya, maka Ia adalah sesuatu yang lebih halus, lebih
tinggi dan lebih cemerlang. Kata Nabi Yusuf as : Engkau Wali aku di dunia dan akhirat.... (11)
bermaksud dengan demikian pada Butun Keempat: Bahawasanya Engkau yang menjadikan aku
wali di dunia dan akhirat dan aku telah zahir daripada AsmaKau al Wali sehingga aku wujud and
menjadi manifestasi wilayah di dunia dan akhirat.

Dan dikeluarkan daripada Butun Kelima doa daripada Nabi saw bahawa Allah Subhanahu
menzahirkan dengan Asmanya al Wali sekali lagi ketika dekat qiamat, supaya tercelup lelaki yang
dizahirkan itu dengan Asma Nabi Mohd saw yang menyeluruh dan Asma Nabi Isa as yang
menyeluruh , sedangkan dia seorang hakim, maksum, wajahah, melengkapi segala aspek evolusi.

Dan dia tersangat jamal pada segala aspek, supaya menjadi syarah bagi Nabi Yusuf as dan dapat
menunaikan segala kehalusannya. Dan pembuka bagi pihak Nabi saw akan benteng2 rahsia dan
penawan iklim2 ilmu, supaya hati Nabi saw tetap dan sejuk matanya. Dan mungkin Allah
Subhanahu telah menerima doanya. Segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam.

Mungkin Nabi Yusuf as berpegang sungguh2 dengan kehalusan, maka dikhususkannya baginya
antara kesemua anbiya. Sesungguhnya kehalusan menuntut perhubungan dengan orang salih ,
sepertimana dia telah berdoa .

Maka mana satu orang salih yang paling lengkap keadaannya dan paling azhim kebuktiannya
daripada penghulu kami Rasulullah saw. Dan kalau tidak bagi Nabi Yusuf as khalifah yang akan
berhubung dengan Nabi saw , nescaya sia2 doanya.

Prinsip taayun Nabi Ayub as tidak murni. Dan yang tampak , bahawa dia adalah representasi
shuun yang tidak disedarinya. Dan kerana demikian dia dibala dengan bala azhim kemudian
dengan bala jasim.

Demikian juga prinsip taayun Nabi Shuaib as tidak murni. Dan baginya campuran salbiah. Pada
pendapat kami dia tidak membinasakan kaumnya tetapi mereka yang membinasakan diri mereka
sendiri. Dan dikaitkannya sebagai pembinasa kerana tersangat qaribnya dengan Qurb Faraid.
Kemudian dia menjadi ummi.

Adapun Nabi Lut as dia juga tidak murni taayunnya. Dia daripada jenis campuran Nabi Ibrahim
as sepertimana Nabi Shuaib as daripada jenis campuran Nabi Yakub as . Dia tidak membinasakan
kaumnya tetapi mereka membinasakan diri mereka. Dan terpantullah pembinasaan atasnya kerana
tersangat qaribnya dengan Qurb Faraid.

54
Prinsip taayun Nabi Musa as adalah tsubuti. Dan kerana demikian dia diberi kitab yang lebih
besar , dan lebih luas ilmunya , dan lebih mulia pada membimbing , dan lebih besar umatnya dan
lebih mencapai akan kamalat2.

Kerana demikian , dia disuruh perang dan dia mentadbir kaumnya dengan cukup baik. Dia nabi
yang paling menyerupai nabi kita dalam mendalami beberapa bidang kamalat, hanyasanya bukan
khatam anbiya.

Nabi Harun as adalah nabi secara tiruan. Dia adalah pembantu bagi abangnya. Dia lembut apabila
Nabi Musa as keras. Mizaj Nabi Musa as tersangat keras.

Dan Khidr telah mengajar Nabi Musa as bahawa pada Qurb Nawafil ada maqamat yang
menyerupai maqamat Qurb Faraid. Pembunuhan kanak2 seperti tenggelam Firaun. Dan
mendirikan benteng tanpa upah umpama memberi minum air kepada ternakan Nabi Shuaib as.
Dan melubangi kapal umpama ibu Nabi Nusa as mencampaknya ke dalam sungai.

Allah telah tajalli kepada Nabi Musa as dalam bentuk api kerana mizajnya yang berapi2 dan
kekerasan akhlaknya. Dan berkata2 dengannya kerana tersangat qaribnya dengan Qurb Faraid. (12)

Dan Allah Subhanahu tidak menyebut nama Nabi Shuaib as pada kisah Nabi Musa as kerana dia
tidak murni pada taayunnya. Jelas kedudukan Nabi Shuaib as pada Qurb Faraid ketika binasa
kaumnya.

Nabi Yusha’ as dan Nabi Shamwail as tidak murni pada taayun.

Nabi Ilyas as salabah umpama Nabi Musa as. Dan kerana demikian dia carik adat dengan
penguasaan api. Dia melaksanakan banyak perkara ajaib.

Prinsip taayun Nabi Daud as adalah al Malik. Mizajnya subugh dan warisnya Nabi Sulaiman as.
Dia adalah khatam eksploitasi dan kerajaan. Dan pada pendapat kami dia khatam secara praktik
dan potensi.Dia diberi segalanya iaitu hasan, jamal , iktisab doktrin2 hikmah dan maarij di sisi
Allah.

Nabi Syuayyah as dan Nabi Yunus as tidak murni pada taayun. Dan jika tidak kerana
kelampauan kaum Nabi Yunus as dia tidak dijadikan rasul, ketika dia galabah di bawah Qurbah
Faraid.

Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as juga tidak murni pada taayun.

Nabi Isa as adalah antara anbiya yang tersangat lengkap pembawaannya dan tersangat terang
burhannya. Mizajnya subugh. Kerana demikian , mu’jizatnya semua subugh. Dan kejadiannya
pun dengan tariq subugh. Kerana demikian berhak terpantul padanya cahaya Nabi saw.

Dan orang awam menggap bahawa apabila dia turun ke bumi dia akan menjadi seorang daripada
umat Nabi saw. Ini tidak betul. Bahkan dia adalah syarah Asma Mohd yang menghimpun dan
nashkhah baginya. Dan besar beza antaranya dan seorang daripada umat Mohd saw. Akan tetapi
dia akan mengikuti al Quran dan khatam anbiya.

55
Dan demikian tidak mencela kamalatnya , bahkan menguatkannya. Maka renunglah. Dia sendiri
adalah penghapus kejahatan kaum Yahudi dan kerana demikian dia akan turun sebelum qiamat.
Dan akan datang bicara lengkap.

Nabi Mohd saw adalah representasi al Hayy al Qayyum secara tafsil. Dan terhimpun padanya
segala wajah2 secara subugh dan meluas. Kerana demikian dia telah mendalami pada kamalat2
dan menjadi khatam anbiya.Kelebihannya atas kesemua anbiya yang lain adalah pada beberapa
wajah: aspek ainnya, ke-ummi-annya, kehimpunan Asmanya yang terbit daripada fuadnya .

Fadilat2
Adapun sabdanya : Jangan engkau melebihkan aku atas Yunus ibn Matta.... (13) Maka maknanya
di sisi kami sangat mendalam.

Dan kunci rahsia ini bahawa ketika Allah Subhanahu tajalli pada ayan rasul2 , tersusunlah hukum
syariat dengan sebab tajalli itu. Dan syariat2 sama pada hakikat dan kesabitan. Maka tidak ada
kelebihan melainkan pada kamalat2 azali.

Setiap nabi disuruh dengan hukum2 yang benar, tidak ragu pada kebenarannya. Perbezaan hanya
pada penerimaan hukum2 daripada Allah Subhanahu mengikut perbezaan ayan. Ringkas
kata,kelebihan antara merka pada kebenaran syariat ternafi. Semuanya benar kerana datangnya
semua daripada Allah Subhanahu. Hanysanya kelebihan mengikut persediaan ayan.

Contohnya Zaid, Umar dan Bakar sama pada kemanusian kerana ketiga2nya adalah manusia ,
walaupun mereka berbeza pada ayan dan pada sifat masing2. Kemanusiaan adalah satu faktor yang
dekat, dan ayan satu faktor yang jauh .

Seperti demikian proses suruhan dari pihak Asma yang terbit pada sudur mereka adalah proses
yang dekat, dan ayan proses yang jauh. Dan pada ayan saja terdapat kelebihan , tidak pada yang
lain.

Maka hadis ini dan hadis2 tentang kelebihan peribadi , seperti maksud kombinasi hadis: Tidak
ada penyakit yang menjangkit dan tidak tilik burung.... dan sabda Nabi saw : Maka siapa yang
pembawa penyakit yang pertama. .... (14)

Sebagai penjelasan tambahan rahsia ini kami membawa firman Allah Taala : Tidak Kami
nasakh satu ayat atau meninggalkannya melainkan ... ( 15 ). Dan akan dijelaskan pada
perbicaraan hukum2 syariat.

Dan wajib engkau mengetahui bahawa bagi hakim kekayaan pada pihak Qurb Wujud, dan bagi
wali kekayaan pada pihak Qurb Nawafil dan bagi nabi kekayaan pada pihak Qurb Faraid.

Antara anbiya, ada yang menjadi nabi kerana kemuliaan Nafsunya dan kerana keperluan ainnya.

Antara anbiya ada yang menjadi nabi kerana kelampauan kaumnya. . Yang demikian kerana Allah
Subhanahu apabila Dia tajalli pada ainnya , sedangkan amalan kaumnya telah membawa mereka
kepada jurang azab, Dia menyuruh nabi ini dengan kuasa wajib, menyampaikan hukumNya ,
berjadal dengan mereka dan berdoa terhadap mereka jika ingkar.

56
Dan telah mashyur bahawa tidak dibangkit seorang nabi melainkan selepas 40 tahun umur , tetapi
ini tidak mempunyai kedudukan di sisi kami.

Dan juga, telah masyhur bahawa seorang nabi mesti membawa mu’jizat, tetapi di sisi kami bukan
sesuatu yang meratai. Bahkan yang wajib adalah alamat2 yang bolih dipercayai orangramai
apakah ia burhan atau mu’jizat atau kitab atau perangai yang baik yang berbeza dari segala
manusia yang lain. Sesungguhnya Nabi saw berpegang pada penzahiran mu’jizat dengan berdoa
dengan Asma2Nya.

Di sini satu kemusykilan, bahawa para anbiya , diwahyukan kepada mereka pada setiap zaman
dengan syariat baru, dan Allah Subhanahu menyuruh mereka mengikutinya. Sedangkan mustahil
atas Allah bahawa Dia baru ataupun luput.

Dan tariq menghuraikan kemusykilan ini , pada mazhab hikmah, bahawa yang menyuruh mereka
dengan syariat baru adalah Asma Hadas, yakni Allah tajalli pada ain rasul , sepertimana engkau
telah ketahui pada tafsil Qurb Faraid. Tajalli ini bersepakaian dengan bentuk kemungkinan, maka
sahlah bagi tajalli ini keadaan perbaruan dan keluputan.

Firman Allah : Dan tidak layak bagi seorang manusia bahawa Allah berkata2 dengan dia
kecuali dengan jalan wahyu atau dari sebalik dinding atau dengan mengutuskan utusan lalu
utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi , Maha Bijaksana. (16)

Allah telah menerangkan dalam ayat ini bahawa percakapanNya terbatas pada tiga wajah
(1) Bahawa dikasyafkan baginya AsmaNya dan dari ini dia akan memahami beberapa kebenaran.
Ini adalah wahyu iaitu isyarat yang tersembunyi.

(2) Bahawa menggambarkan baginya kalam yang teratur pada mudriknya. Ini cara
sebalik dinding.

(3) Bahawa tergambar baginya malaikat yang berbentuk manusia yang segak.

Firman Allah : Dan tidak Kami mengutuskan sebelummu seorang rasul atau seorang nabi
melainkan apabila dia bercita2 ( supaya kaumnya beriman dengan agama Allah yang
dibawanya ) maka shaitan pun melemparkan hasutannya.....(17)

Shaitan merujuk kepada kejahatan alam kebendaan ini. Bagi setiap muqtarib pengaruh kebendaan
pada jasmaninya yang menyebabkan berlaku pada sadrnya waswas yang menyerupai zauq. Akan
tetapi akan hilang sertamerta , dan nasakh adalah gugur waswas.

Dan Ibn Abbas membaca ayat ini dengan tambahan: atau seorang muhadis melainkan apabila....
Dan dia membuat contoh dengaan seorang mu’min ahli Firaun dan seorang tua dari Antokiah yang
berkata : Dan mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan aku.......(18)

Dan sabda Nabi saw : Sesungguhnya adalah pada umat sebelum engkau manusia bergelar
muhadis yang bukan nabi. Jika pada umatku seorang muhadis nescaya dia Umar. (19)

57
Muhadis diucapkan atas dua makna :
(1) Lelaki muqtarib umpama qarib sahabat , yang ainnya dan segala representasi ain berwarna
dengan warna Asma Mutajadid, yang terbit pada sadr Nabi saw. Dan Umar adalah daripada
golongan ini.

(2) Lelaki, hakim yang luas ilmu hikmahnya, yang akhirnya mencapai Qurb Faraid. Dan adalah
maqamat2nya umpama maqamat2 anbiya seperti asmah, hikmah, dakwah, tabligh, melawan
kejahatan dan beraqidah lurus. Melainkan tidak diwahyu kepadanya
dan tidak mendekati malaikat melainkan sedikit.

Ketahuilah bahawa hadis2 yang tersebut dalamnya ramai anbiya, sesungguhnya termasuk dalam
keramaian itu muhadis dan lainnya. Dan rasul menyamai nabi.

Seorang hakim yang dalam ilmunya semestinya menjadi muhadis. Dan kami telah bilangkan Qurb
Wujud berasingan untuk menjelaskan penunaian hak2 maqamat2 , yang muhadis mencapai ketika
bebas daripada kesibukan dunia.

Sabda Nabi saw: Ru’yah mu’min adalah sebahagian daripada 46 bahagian nubuwah. (20)
Demikian juga dikira akhlak yang baik daripada bahagian nubuwah. Setaip benda yang dianggap
satu dan ia menghimpunkan beberapa bahagian dan representasi, maka pada sunnah syari’ bahawa
menjadikan bahagian2 dan representasi2 sebagai juzuk2 (mahmul) benda itu.

Seperti pada hadis: Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. ( 21) Maka yang difahamkan daripada
hadis ini bahawa ru’yah yang benar adalah daripada furuk Qurb Faraid dan bahwa perangai yang
salih daripada kesan asmah.

Ketahuilah bahawa qadar daripada qurbah yang dibangkitkan anbiya untuk menyampaikannya
adalah setakat iman hakiki. Dan tafsirnya adalah zahir fitrah yang Allah telah jadikan hambaNya
atas fitrah itu. Dengan kata lain akan ternyata perkara2 yang Allah Taala telah ilhamkan kepada
manusia sesuai dengan mizaj secara ijmal.

Khidr daripada wali2 dan muqarabin dengan Qurb Nawafil.

Luqman seorang hakim. Jalannya jalan hikmah, kemuliaan dan asmah.

Ya Allah, hubungkanlahku dengan orang2 salih dan jadikanlahku pewaris anbiya dengan
rahmatMu, ya Yang Maha Penyayang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
(1) Keutamaan perbuatan daripada ilmu
(2) Bukhari, Jld 1, Bab Tabir ar-Ruyah
(3) dari Qasidah Burdah , al Busiri
(4) Surah al Hajj, 78
(5) Surah al Baqarah ,129
(6) Tirmizi, Shamail
(7) Surah al Baqarah, 31
(8) Kamalat2 Nabi Adam as dan Nabi Shith adalah serupa.

58
(9) Surah al Hijr ,41
(10) Bukhari, Bab Qaulullah Azza wa Jalla.. wattakhazallah Ibrahim Khalila
(11) Surah Yusuf, 101
(12) Tawil in sama dengan yang terdapat dalam Fusus alHikam, ibn Arabi
(13) Bukhari, Bab Qauluhu Yunus wa Lut
(14) Merujuk kepada aduan seorang Badwi kepada Nabi saw bahawa unta2nya kena penyakit.
(15) Surah al Baqarah, 106
(16) Surah as Shura , 51
(17) Surah al Hajj , 52
(18) Surah Yasin , 22
(19) Muslim
(20) Bukhari, Jld 4, Bab Ruyah –us-Salihin
(21) Bukhari , Jld 1 , Bab ul-Iman

59
KHIZANAH ENAM
( Kamalat2 Nabi Mohd saw )

Fitrah Anbiya
Ketahuilah bahawa Nabi saw sebelum dibangkitkan sebagai rasul adalah seorang hakim yang
maksum dan qutub pada batin. Maksud hikmah adalah ilmu yang tajalli zat membawa seseorang
kepadanya.

Dia bebas mutlak daripada pencemaran pada ainnya dan pada representasi individunya.. Ilmu
hikmah termasuk pengamatan hakikat maklumat2, kehalusan amal dan hakikat maad dan lain2
ilmu yang tersebut dalam al Quran al Azhim.

Dan yang dirujuk kepadanya oleh Nabi saw dengan sabdanya : Aku telah diberi al Quran dan
seumpamanya bersamanya......(1) Dan yang diisyaratkan oleh Allah Taala dalam firmanNya:
Dan dia ( Nabi saw ) mengajar mereka Kitab (al Quran ) dan hikmah....(2).

Maksud asmah adalah keadaan yang tajalli zat membawa seseorang kepadanya di mana ternafi
segala kekejian dan sabit sifat2 terpuji pada akhlak dan amal. Adapun perkara2 wajib dan haram
secara putus, maka diamalkan dengan sempurna dan yang lain dipandang dengan istihsan.

Rahsia asmah yang telah kami isyaratkan kepadanya pada bicara yang lalu, bahawa amal dan
akhlak adalah representasi wajah2 yang terlipat secara ijmal pada ain tsabit, dan bernyata dengan
tarjih.

Ketahuilah bahawa barangsiapa menuntut qurbah secara langsung melalui martabat zat , daripada
al Khair , at Tamm yang adalah punca segala kebaikan, khasnya qurbah yang layak bagi
fitrahnya, berhubung dengan usul daripada Asma2 secara langsung, dan berhubung dengan
hakikat2 mungkin secara tak langsung, dia akan menjauhi secara fitrah, segala perbuatan dan
akhlak yang jahat yang terdiri daripada timbunan kekurangan2.
Maksud qutub batin adalah maqam yang tajalli zat membawa seseorang kepadanya daripada
qurbah and penyusulan dengan Asma2 bahkan penyusulan pada martabat zat. Martabat ini adalah
kepenghuluan mujarad dan dinamai wajahah di sisi Allah. Rahsia wajahah adalah tajalli khas
sesuai dengan fitrah.

Ketahuilah bahawa makna pendapat kami sipolan lebih mulia daripada si polan adalah keadaan
lebih qarib pada salsilah emanansi dari martabat zat, secara langsung dan keadaan kemudian
adalah sepertimana kami telah huraikan. Dan kemuliaan dengan maksud ini adalah wajahah.

Dan tidak harus engkau sangka bahawa ketiga2 sifat ini sifat hakim saja. Akan tetapi ia adalah
perkara2 yang dimilik sama dengan anbiya. Dan perbezaan antara mereka adalah sepertimana
kami telah bicarakan.

Adalah ain Nabi saw amat luas, tidak ada pencemaran padanya. Maksud aku tidak termenang
hukum pertumbuhan dunia ini atas ainnya, bahkan amat lemah pengaruh dunia, dan ain tsabit
menuruti hukum Allah.

Dia telah tajalli pada ainnya selengkap2 tajalli dan sebesar2nya. Maka lengkaplah bagi Nabi saw
Qurb Faraid dengan ketiga2 cabangnya sepertimana kami telah terangkan.

60
Ketahuilah bahawa anbiya pada awal fitrah , menghimpunkan segala kamalat secara ijmal.
Kemudian berturut2 zahir kamalat2 mereka mengikut keadaan yang menyusul. Nabi saw telah
menghimpunkan pada asas fitrahnya Qurb Zat , Qurb Faraid dan Qurb Malaki.

Kemudian hikmah pada khasnya dan sifat2 yang tiga pada amnya telah membawa Nabi saw
kepada bertawajuh ke atas wasitah2 , mengikut tabaqatnya sehingga bertemu al Muntahi.... Dan
kepada Allah juga tempat kembali....(3).

Kemudian apabila bercantum wasitah2 baginya dan menjadi satu perhimpunan, pergantungan
Nabi saw dengan malaikat2-rasul bertambah kuat. Pergantungan ini telah terdapat padanya secara
am. Malaikat2-rasul ini adalah qutub2 alam imkan tinggi sepertimana manusia adalah qutub alam
imkan rendah , dari segi percampuran jasadnya.

Dan pergantungan ini bertambah demi hari , sehingga sampai nasabnya dan malaikat muqarrabun
pun amat gembira dengan Nabi saw. Mereka kadang2 nyata kepadanya dengan jasad dan kadang2
mengilhamkan pada hatinya.

Maka bercampurlah latifahnya yang ruhani dengan latifah qalbinya di mana masuk setengahnya
pada setengah yang lain kerana tersangat qahar hakikat ruhani dengan pergantungan kepada Mala
‘Ala. Maka sah bagi Nabi saw melihat malaikat dengan mata kepalanya sekali dan dengan hiss
musytarik kali yang lain.

Dan kerana asbab fithri dan kasbi ini , terbenar bagi Nabi saw bahawa turun Jibril ke atasnya
dengan wahyu. Di sanalah lengkap bagi Nabi saw tiga bintangnya berbetulan dengan matahari
yang tiga yang telahpun dimilikinya. (4)

(1) Bintang wahyu zahir : Iaitu ilmu yang disampaikan kepada Nabi saw melalui malaikat dengan
kalam atau ilham. Dan rahsia wahyu adalah apa yang kami telah sebut. Adapun ilham , maka
bukankah hati seperti cermin, tercetak bentuk yang ada pada satu pada yang lain apabila berhadap
dua cermin. .

(2) Bintang hifz : Iaitu keterpeliharaan , hasil pergantungan Nabi saw dengan Mala ‘Ala , dari
ternafi segala kekejian dan sabit segala kepujian. Bentuk2 nufus umpama bentuk2 jasadnya, dan
jasad Mala ‘Ala daripada percampuran yang lebih halus daripada anasir. Maka semestinya nufus
mereka lebih dekat kepada hakikat Wajib al Wujud pada martabat salsilah wujud, dan lebih jauh
daripada kekurangan2 yang terhimpun dalam percampuran2 alam kaun dan fasad.

Mungkin engkau telah fikir sungguh2 tentang gaya representasi nufus dan hakikatnya pada
cermin2 alam kebendaan ini. Ketahuilah bahwa pergantungan yang abstrak ini mewariskan
penjauhan dari akhlak yang buruk dan amal yang tercela, dengan makna memihak idea2 qudus ke
atas representasi wajah2 yang tercemar.

(3) Bintang qutub irshad : Kepenghuluan membimbing makhluk , yang pergantungan ruhani
membawa Nabi saw kepadanya, di mana jika dia wujud di alam ini, manusia akan beruntung
dengan cahayanya walaupun mereka tidak mengetahui zahirnya.

61
Rahsia ini bahawa hakikat2 insan kamil menuntut kepenghuluan dan kemuliaan sepertimana
kami telah sebut. Allah Taala telah menjadikan mereka perantaraan penjadian, dan meletakkan
alam dalam genggaman kekuasaan mereka yakni Dia telah jadikan tajallinya pada sudur mereka
sebagai perantaraan.

Pergantungan mereka dengan Mala ‘Ala menyokong pantulan sifat pergantungan kepada ruhani
pada orang lain. Dan contoh terbaik, seperti milik melalui bai salam walaupun ghaib benda yang
dijual.(5)

Ketahuilah bahawa bintang yang tiga ini adalah representasi dan jasad bagi tiga matahari pada
alam perantaraan. Dan bagi yang maksum satu bentuk jau , sebagai representasi dan jasad pada
alam kaun ini , dan ia hilang di bawah hifz.

Dan bagi hakim dengan tabiat basyarinya yang jauh daripada hadrat lahut , kehairanan jibili yang
hilang dengan wahyu zahir.

Orang yang wajahah , kerana ijmal wajahahnya tercegah kenyataan kamalatnya. Ijmalnya hilang
apabila tercapai kedudukan qutub irshad. Maka apabila terbentang bintang2 bersama matahari2
yang tiga bagi Nabi saw, dia disuruh menyeru kepada al Hak dan jadilah dia seorang nabi.

Dakwah
Dan rahsia dakwah adalah emanansi kepenghuluan ruhani daripada wajahah dan qutub irshad ;
maksudnya Nabi saw menjadi seorang hadi.

Apakah engkau tidak mengetahui bahawa Allah Taala sangat pemurah, Dia tidak menolak
permintaan peminta yang mempunyai persediaan. Dan persediaan Nabi saw ketika itu bahawa dia
meminta terus terang untuk membimbing makhluk2 dari kalangan manusia dan jinn.

Tidak baginya ketika itu melainkan irshad orang yang menaruh perhatian kepadanya daripada
kawan2 dan pengikut2nya. Maka telah lalu sedemikian beberapa ketika, sedangkan
pergantungannya dengan Mala ‘Ala bertambah kuat semasa ke semasa .

Fitrahnya yang tinggi digilap ketika demi ketika dan daerah bintangnya bertambah luas sehingga
sampai nisab dan menjadi purnama tanpa selindung. Maka dikata kepada Nabi saw : Nyatakan
kepada orang ramai apa yang engkau disuruh.... (6) Dan dia disuruh menentang orang kafir dan
berjadal dengan mereka.

Dan rahsia penentangan , bahawa irshad sendiri menuntut kebimbingan dan menolak kekurangan.
Dan bahawa pada alam tinggi terdapat perkara qudus yang mazharnya pada alam ini merupakan
permusuhan. Dan demikian perkara diterangkan kepada anbiya melalui qurbah2 yang telah
disebutkan.

Maka tergambarlah selepas turunnya sebagai permusuhan. Dalam hadis : Saad seorang yang
cemburu dan aku lebih cemburu daripadanya, dan Allah lebih cemburu daripada aku. Kerana
cemburuNya Allah telah haramkan perbuatan2 keji apakah zahir ataupun batin. (7)

62
Maka jadilah dia ketika itu rasul kepada kaumnya seperti Nabi Hud as, Nabi Salih as, Nabi Lut as
dan Nabi Shuaib as , dihantar kepada kaum2 mereka.

Dan beginilah beberapa ketika, kemudian jadilah purnama2nya kerana kuat pergantungannya
kepada Mala ‘Ala seperti matahari2 batin. Maka dikatakan kepadanya : Izin telah diberi kepada
mereka yang dizalimi. (8) Dan disuruh berhijrah.

Hijrah adalah satu perpisahan yang menyeluruh. Dan jihad juga satu permusuhan yang
menyeluruh. Rahsianya kerana peluasan daerah irshad Nabi saw dan pancaran cahayanya.
Dan terpantullah kemurkaan Allah dan kecemburuanNya.

Ketahuilah bahawa Allah adalah baik semata2, dan menentang kejahatan dan kecacatan. Demikian
kerana kejahatan adalah perkara2 daripada bidaah alam campuran ini dan daripada kecacatan
bentuk mizaj. Yakinlah apa yang kami sebutkan kepada engkau.

Maka jadilah Nabi saw ketika itu sebagai Ulul Azmi, dan dengan inilah lengkap baginya kamal
mutlak.

Khatam Anbiya
Kemudian bagi Nabi saw dari kerana kesangatan subughnya , satu kejayaan yang lain, yang agung
lagi halus pada burhan. Dan kata putus kami, bahawa Nabi saw ketika meluas Asma yang
bersinar pada sadrnya keluasan yang tertulis baginya, selepas tergilap persediaannya pada perkara2
fitrah dan kasbi sepertimana kami telah sebut, jadilah Asma itu hakim atasnya dengan sepenuhnya
dan memerintah atasnya penguasaan azhim.

Maka Asma itu pun menjadi mutlak seperti Asma2 yang qadim. Dan apabila bersatu kamalat2
Nabi saw yang berbagai2 , dan meluas seperti peluasan Asma2 Qadim Mutlak, tidak kekal satu
tempat pada alam taqarrur dan bumi tahakuk ini melainkan masuk ke dalamnya cahaya qudus
dengan sepaling lengkap wajah dan sepaling sempurnanya.

Dan tidak ada kamalat ataupun maqam melainkan Rasulullah saw adalah imamnya dan ketua
dewan.

Kesemuanya, iaitu emanansi kejadian yang kedua di mana Nabi saw menghimpunkan segala jihat
maujudat sepertimana dia menghimpunkan kali pertama pada emanansi qudus di alam Asma dan
bayang2 Asma, adalah sebagai perantaraan dan terjemahan antara Allah dengan makhlukNya.

Ketahuilah bahawa sepertimana tercegah sebelum kenyataan Nabi saw, emanansi hakikat yang
lebih qarib dan lebih subugh daripada hakikat Nabi saw. Dan tidak tercegah, kerana demikian
kesembunyian hakikat yang tinggi dan tidak representasinya,
daripada bersifat manusia dengan nubuwah , yang mendakwah akan kukuh pengalaman pada
bidang talaqqi dengan tanpa taqlid dalam talaqqi . Maka selepas kenyataan Nabi saw pada
alam hadas ini tercegahlah talaqqi apa juga hakikat secara kamal dengan sendirinya tanpa
terjemahan Nabi saw.

Dan tertutuplah pintu nubuwah, maka betapa tinggi dan berkebolehan pun seseorang itu,
melainkan dia jatuh dalam jaringan tarbiah Nabi saw dan jazbanya kepada Nabi saw seperti jazba
besi kepada magnat.

63
Maka tatkala jihat qudus dan representasi tidak lenyap bahkan saling menyokong, tercegahlah
berada kemudian daripada Nabi saw seorang nabi yang berdikari dengan talaqqi.

Maka mengikut marifat ini kami menegaskan bahawa jika Nabi Musa as muncul selepas Nabi saw
, tidak ada baginya melainkan mengikut Nabi saw. Dan kami berterus terang bahawa nau
penerimaan faid ini tidak dibilangkan sebagai fana fi rasul.

Nabi saw muncul pada ambang qiamat dan paling dekat antara anbiya kepada qiamat. Dia datang
untuk menyempurnakan akhlak. Sumber pengambilan usul dan furuq syariat Nabi saw adalah
sangat dalam. Dan ini adalah juga asbab2 yang membawa kepada kedudukannya sebagai khatam
anbiya, maka renunglah.

Dia adalah umpama matahari pada kecemerlangannya dan darinya permulaan terbit enam bintang
bersama2. Dan sesungguhnya kabur penglihatan kami dari mencapai
hujung kedudukan bintang2nya dan memahami bilangannya dengan kepelbagaian bentuk2nya.

Nabi saw telah menyebut tentang kesangatan banyaknya dengan keputusan bahawa cedok2 Telaga
Kautsar , yang adalah antara representasi penghabisan kamalatnya, lebih daripada bintang2 langit.
(9)

Tiga daripada bintang2 ini batin , seolah2 representasi Qurb Nawafil dan Qurb Faraid , pada
cabangnya yang tiga.
(1) Taqwa pada akhlak dan amal, ini bersamaan dengan asmah.
(2) Ijtihad pada fiqh dan firasat berdasarkan pengalaman , ini bersamaan dengan hikmah.
(3) Inayat juzi , iaitu apabila seorang melihat pada wajah Nabi saw yang jamal akan terbawa
kepada tajalli zat, ini bersamaan dengan qutub batin.

Dan bintang2 tiga yang lain merupakan representasi Qurb Wujud pada cabangnya yang tiga.
(1) Mulk : yang diisyaratkan kepadanya dalam ayat : Sesungguhnya Kami telah membuka bagi
engkau satu pembukaan yang nyata......(10), ini bersamaan dengan qutub irshad.
(2) Mendirikan mizaj madani : berkenaan dengan balasan ( baik atau buruk ) dan mengadili
perselisihan , ini bersamaan dengan hifz.
(3) Nasihat2 yang menenangkan secara bijaksana dan ikhlas, ini bersamaan dengan wahyu zahir.
Kemudian jadilah bintang2 ini seperti purnama kemudian matahari.

Ketika Nabi saw kembali dari Perang Tabuk , dia bersabda : Kami kembali daripada jihad kecil
kepada jihad yang lebih besar. Iaitu kembali daripada katsrah kepada wahdah, dan daripada
alam representasi kepada alam ruhani dan daripada hadrat tafsil ilmu kepada hadrat ijmal ilmu.
Sepertimana kami telah jelaskan pada hakikat Nabi Ibrahim as . Dan perkara ini perjalanan yang
payah dan berkelana. Tersangat tinggi prinsip taayun Nabi saw dari tempat dijadikan jibilahnya .

Kerana demikian Nabi saw telah mencapai segala kamalat secara ijmal dan tafsil. Di sanalah
puncak kamalat dan dikatakan kepadanya : Telah Aku sempurnakan atas kamu nikmatKu dan Aku
ridha bagikau akan Islam sebagai din ..(11).

64
Dan Nabi saw telah berhajji dan menyatakan dengan sabdanya ; Bahawa Allah Taala telah
mengambil aku sebagai khalil sebagaimana Dia telah mengambil Nabi Ibrahim sebagai khalil.
Kemudian turun Surah an Nasr . Ini zauq kami.

Adapun orang yang berkata bahawa Nabi saw mencapai kedudukan khalil selepas seribu tahun
dengan perantaraan seorang daripada umatnya, maka ia melawani hukum nubuwah dan menentang
nas yang jelas yang sahih, maka tidak bolih dipegang atasnya. ( Qaul Shaikh Ahmad Sirhindi
dalam kitab : Kalimat Tayyibah )

Mujizat Nabi saw


Dan dengan kamalatnya yang fithri dan kasbi , telah terbit daripada Nabi saw beberapa mu’jizat .
(1) Khabar tentang yang ghaib: Rahsianya bahawa seorang yang telah mencapai mana satu
qurbah , akan dibuka baginya dua pintu, satu pintu kepada ilmu aktif dan satu pintu kepada ilmu
pasif.

Adapun pada Qurb Nawafil , maka kerana lenyap dirinya dalam zat Allah. Dan pada Qurb Faraid
maka kerana Allah tajalli pada ainnya dengan hukum yang sesuai dengan ain. Dan pada Qurb
Wujud , kerana tunduk kepada hukum ainnya yang adalah baik semata2.

Tidak ada hakikat bagi ain melainkan ia adalah representasi yang baik , bagaimana saja
bentuknya. Maka semestinya Nabi saw mengetahui segala ilmu orang yang awal dan yang akhir
atau setengah daripadanya. Juga kebersihan kasbi membawa kepada kasyaf akan alam yang
tercemar ini.

(2) Diterima doanya dalam singkat masa : Dan rahsianya , yang kami telah isyaratkan , bahawa
perkataan dan perbuatan telahpun tersurat pada suhuf dan akan nyata mengikut subugh seseorang
pendoa. Dan aku berpendapat bahawa kebanyakannya dibantu dengan tilawah Asma2. Dan
demikian bagi mu’jizat yang akan disebut nanti .

(3) Penambahan makan dan minum : Dan rahsia ini pembukaan pintu tajalli ijad pada maqam
rububiah ,yang dijanjikan mereka yang mencapai qurbah.

(4) Percakapan dari jamad2 dan binatang2 dan tunduk mereka kepadanya. Rahsia ini daripada
pembukaan pintu tajalli ijad pada maqam rububiah yang kamal.

(5) Menolak musuh2 dan membalas munkar : Dan rahsia menolak musuh kerana pemeliharaan
subugh, dan yang kedua kerana menentang muqarrabin membawa kepada kecelaan.

(6) Berbagai2 wahyu:


(a) Yang berlaku pada mi’raj : Ini berlaku ketika jaga menurut golongan hikmah, dengan jasad
kamalat2, bukan jasad anasir. dan rahsia ini kerana ain tsabit memerlukan maarif yang luas
tentang Qurb Faraid dan Qurb Malaki sekaligus . Ini jalan memahami masaalah pada hadis
pembukaan sadr Nabi saw. (12)

Tetapi tahkik kejadian jasad kamalat2 sangat rumit dan kasyaf rahsia ini bahawa kamalat2 yang
bersatupadu mempunyai qurbah dengan Allah , maka semestinya ia mempunyai satu bentuk
tertentu bagi setiap tahap pembangunan ruhani. Kadang2 jau , kadang2 misali, dan akan dibicara
penjasadan kejahatan pada hadis Dajjal , maka banding ini dengan yang atas.

65
(b) Ru’yah : seperti pada hadis kifarat , darjat , dan maad.(13) Dan rahsianya apa yang kami telah
katakan tentang mi’raj.

(c) Jibril mengambil bentuk yang bolih dilihat oleh manusia : seperti pada hadis penyoalan akan
Nabi saw tentang islam , iman dan ihsan dan syarat2 qiamat. (14) Dan rahsianya apa yang
kami telah isyaratkan bahawa malaikat2, apabila gemar dengan persedian kejinakan , kadang2
merupakan diri dengan badan misali.

(d) Tiupan ke dalam hati Nabi saw : sepertimana pada hadis tentang syahid dalam jihad diampun
melainkan pada hutang .( 15) Dan hadis Yaali ibn Umayyah dan hadis ibn Said pada jawab Nabi
saw kepada orang yang bertanya: Apakah yang jahat mendatangkan yang baik?

Pada kejadian ini Nabi saw sedang hilang kesedaran jasmaninya kerana tersangat ruhani Qurb
Malaki dan Qurb Faraid dan tenggelamnya dalam keduanya.

(e) Isyraf dan kasyaf : mengetahui isi hati orang lain dan kasyaf sepertimana pada hadis pembeli
gandum (16) dan hadis unta betina pada peristiwa Tabuk . Dan kami pun telah bentangkan
beberapa penjelasannya.

(f) Wahyu batin : iaitu hikmah ataupun apa yang ditetapkan oleh Asma yang terbit pada fuad Nabi
saw dan kami pun telah menyebut tentang keduanya.

Mujizat al Quran
al Quran adalah yang paling azhim dan paling mulia daripada wahyu . Dan tidak akan jelas
kepada engkau ijmal al Quran sehingga kami membentangkan beberapa wajah tahkik. Maka
dengarlah apa yang di beritahu engkau.

Bagi al Quran lima peringkat :


(1) Yang Qadim : iaitu limpahan ilmu .
(2) Kalam yang Qadim : iaitu sebahagian daripada Iradat dengan makna limpahan untuk tarbiah
kesempurnaan yang tinggi .
(3) Mutajadid : dari segi pembaruan Asma yang terbit pada sadr Nabi saw .
(4) Nasamah Nabi saw : Dan Nabi saw telah mencapai puncak pembangunan pada segala
peringkat ini kerana kesempurnaannya.

Adapun pada peringkat (1) ,(2) dan (3) ketinggian darjatnya padanya mengambil satu bentuk yang
menunjukkan bahawa dia mempunyai secara menyeluruh ilmu tentang usul2 segala ilmu, dan akan
diterangkan nanti.

Adapun pada peringkat (4) maka ketinggian darjatnya padanya digambarkan dari segi kefasihan,
balaghah dan uslub. Dan rahsia pada segalanya bahawa, yang paling benar kenyataan al Zahir
bahawa nyata dalam keadaan yang paling lengkap pada keseluruhannya pada setiap peringkat.

(5) Mudrik : Bagi Nabi saw cahaya dari asal kejadiannya dan cahaya dari pihak perhubungannya
dengan mereka yang terdahulu. Maka timbul fardu peringkat syariat.

Bermula ilmu2 alQuran terhimpun dalam tujuh kulliah:

66
(1) Ilahiat : berkenaan dengan diri Allah, Asma2Nya , Asma2 Aktif dan Asma2 Mutajadid .
(2) Takwin : dan dinamakan ayat2 juga. Pokok perbicaraannya, kejadian langit dan bumi,
atmosfera, anasir, galian, tumbuhan, haiwan dan manusia, dan maqam2 anbiya yang ajaib.
(3) Waiz : Tafsirnya menunduk mudrik2 zulmat di bawah cahaya maarif qudus. Pokoknya targhib
dan tarhib dengan kejadian2 akhirat dan dunia ini.Dan kisah2 yang dengan mendengarnya
memecahkan kedegilan nafsu ,dan penggambaran dengan contoh2 yang menarik perhatian nafsu
daripada perkara2 yang memalukan, yang memuliakan atau yang menyenangkan hati.
(4)Shariat : Padanya bab2 ibadat, kabair adat , akhlak, muamalat, ekonomi dan politik.
(5) Maad : Padanya ada empat peringkat: qubur, padang mahsyar, hari hisab dan pembalasan
janat dan neraka.
(6) Mujadalat : akan orang kafir dan padanya beberapa masaalah tentang tauhid, ibadat,
kesabitan maad, nubuwah dan tanzih Allah daripada mempunyai anak , dan penolakan tahrif
kuffar.
(7) Qisas : iaitu tentang anbiya dan Iskandar Zulqarnain dan lain2.

Rahsia ilmu2 ini adalah pertukaran hikmah menjadi wahyu. Dan berhujah adalah sejenis waiz
juga kerana asal keduanya sama, iaitu irshad , yang bertukar menjadi tarbiah ilmu.

Dan antara ilmu2 hikmah, ilmu huruf 2 Surah alQuran. Dan setengah daripada maklumat
bidang ilmu ini :
(1) ALM : maknanya yang ghaib berketentuan pada alam yang tercemar ini. Dimaksudkan
dengannya ayat2, adat, amal dan bidaah akhlak yang ditentukan dengan syariat atau pun
tahkik pada alam qudus.

(2) ALR : maknanya yang ghaib berketentuan pada alam campuran ini secara bolak-balik dan
tidak sabit. Dimaksudkan dengannya maqam2 anbiya ketika memerangi kejahatan alam
tercemar ini berkali2.

(3) ThaHa : maknanya tanzih Allah sebenar2 tanzih dan turun kepada ghaib alam campuran ini
. Dimaksudkan dengannya hukum2 Asma2 Mutajadid dari segi cara turunnya kepada madarik
manusia.

(4) ThaSinMim : Maknanya tanzih Allah sebenar2 tanzih dan beredar secara tanzih dalam
alam campuran ini. Dimaksudkan dengannya Asma2 Mutajadid dan hukum2nya yang benar2
menggambarkan peredaran qudus dalam alam yang tercemar ini. Dan ilmu yang terbit
daripada Asma2 ini mengikut peredaran qudus.

(5) HaMim : Maknanya yang ghaib zahir dalam alam yang cemar ini . Dirujuk kepada
perkataan kufar dan aqaid mereka yang memuncak sehingga memerlukan tahkik dengan turun
wahyu.

Dan Nabi saw mengajar dengan ancaman dan memujuk, dan dengan pencelaan dan
pemuliaan. Kerana wahyu itu kebenaran yang turun kepada alam campuran ini untuk
menundukkannya dan menaja perubahan nizam.

(6) AinSinQaf : Maknanya zahir sinaran yang menembusi alam yang sebati pencemarannya.

67
(7) Qaf : Maknanya kejelekan sebati ditentang dengan kekuatan qudus. Dirujuk dengannya
kepada waiz, ayat2 dan nasihat.

(8) Nun : Maknanya cahaya dalam kegelapan, dirujuk juga kepada waiz.

(9) Shad : Maqam qudus qarib dengan Allah yang membawa kembali kepadanya. Dirujuk
kepada maqamat2 anbiya dan ilmu2 mereka mengikut wajahah mereka.

(10) YaSin : Maknanya sesuatu yang bolak-balik antara zahir dan sembunyi , hal keadaan
menembusi alam ini. Dirujuk dengannya kepada hukum2 Asma Mutajadid dan ilmu2 yang
berkaitan.

Ketahuilah bahawa Tha di sisi kami menyerupai maksud lojik : haiwan dengan syarat tidak
( iaitu haiwan kulli ) dan Ha maksud lojik : haiwan dengan syarat sesuatu (iaitu haiwan
tertentu ) dan Alif maksud lojik : haiwan tanpa syarat apa2 ( iaitu haiwan mutlak ).
Sesungguhnya huruf2 muqatha’ adalah nama2 kulli bagi surah2 mengikut isi kandungannya.

Adakala dua mafhum bersatu pada maksud dan berbeza pada iktibar seperti pada kisah2 anbiya ,
adakala sebagai waiz, adakala sebagai maqam2 anbiya , adakala sebagai ayat2 . Dan sedemikian
maad dan lain2 .

Dan tabiat Asma Mutajadid pada menjadikan tajuk2 dan uslub2 mempunyai dua representasi .
Satu secara kebetulan dan ini tabiat segala maqam Qurb Faraid .

Satu lagi mengikut tabiat penulis , di mana ternyata pada dirinya risalah pujian , sebagai contoh ,
dengan ritma sedemikian dan uslub sedemikian . Demikianlah apa yang kami telah isyaratkan
bahawa al Quran mempunyai kedudukan yang tinggi pada peringkat nasamah, maka renunglah .

Ringkas kata pada uslub ada tiga bahagian .


(1) Matla’ : Pengenalan dan baginya beberapa uslub.
(a) Sumpah dengan ayat2 azhim. Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu tidak berkehendak dengan
sumpah melainkan untuk meninggikan nama ayat itu dan membesarkan fungsinya dan peringatan
ayat itu kepada madarik manusia .

Dan tidak perlu baginya jawab seperti tidak perlu bagi in muttasilah (17) dan lau tamanni (18) .
Penjelasan masaalah ini, firman Allah Taala : Demi Kitab yang nyata. Sesungguhnya kami telah
turunkannya ......(19) dan firmanNya : Demi fajar dan malam yang sepuluh...(20) dan
firmanNya : Demi yang bersaf2 .... (21)

(b) Tazkir : ketika2 yang mengerikan supaya hati gementar mendengarnya dan kulit menggigil.
Ini permulaan yang berkesan untuk beberapa jenis waiz. Baginya dua bentuk: yang pertama bentuk
syarat seperti firman AllahTaala : Apabila berlaku al Waaqiah... (22) dan firmanNya: Apabila
terbelah langit....(23) Dan syarat ini tidak berkehendak kepada jawab di sisi kami seperti engkau
telah tahu pada sumpahan.

68
Yang kedua umpama firman Allah Taala : al Haqqah, apakah dia al Haqqah?..... (24) dan : al
Qariah, apakah dia al Qariah? (25)
(c) Unwan : Sepertimana seorang penulis menulis pada awal risalahnya : dari sipolan kepada
sipolan. Sedemikian pada firman Taala : Turunnya Kitab dari Allah yang Aziz yang Hakim. (26)
Dan seperti tertulis pada awal daftar : Ini daftar jualbeli....atau: Ini daftar nikah, maka sedemikian
pada firman Taala : Itulah Kitab yang tidak ada ragu padaNya, petunjuk bagi orang2 yang
bertaqwa. (27)

Maka ternyatalah bahawa gaya unwan mempunyai dua bentuk. Yang pertama , permulaan dengan
puji, tasbih dan tabaruk sepertimana tertulis pada risalah : Segal puji bagi Allah dan segala syukur
bagiNya.

Yang kedua : gaya biasa seperti firman Taala : Telah datang suruhan Allah....(28) dan firman
Taala :Telah bertanya seorang yang bertanya...(29) Bentuk ini tidak sunyi daripada keindahan.

(2) Hashwu : Kandungan , dan kerapkali terdapat padanya perubahan tajuk perbicaraan. Maksud
aku, kadang2 disebut kisah2 anbiya dan kadang2 disebut maad. Dan kali lain , penakutan dengan
azab di dunia dan penghujjahan terhadap kuffar, kemudian kembali menyebut kisah2 anbiya , iaitu
dengan tertib mengulang2 .

Gaya ini lebih berkesan atas zihin dan mengelakkan bosan. Ini uslub yang kedua dalam
penyampaian. Adapun uslub yang pertama , maka mengikut keperluan pengkhabaran.

(3) Maqtha’ : Penutupan , dan terkandung dalamnya beberapa jenis nasihat, tasliah dan
pengancaman secara ijmal.

Maka ini adalah beberapa wajah daripada ilmu tafsir. Mudah2an kami akan bicara secara lengkap
wajah2 tafsir dengan bantuan Allah Subhanahu.

Tujuh Huruf
Ibn Mas’ud ra berkata : Sabda Nabi saw : Turun al Quran atas tujuh huruf. Bagi setiap ayatnya
maksud zahir dan batin , hadd dan matla’ . (30) Hadis ini disebut Imam Baghawi dalam
Syarah Sunnah.

Dan kami akan menjelaskan maksud huruf, zahir, batin, hadd dan matla’. Kami berpendapat
bahawa huruf2 itu adalah representasi Kalam Nafsi , yang terdiri daripada lafaz2 yang sama
maksud ataupun qarib.

Tahkik demikian bahawa bagi Nafsu Natiqah insan satu persediaan sebelum bercakap , yang
adalah ijmal kalamnya. Sepertimana terdapat pada ruh2 orang mati di mana tidak baki melainkan
Nafsu Natiqah yang menerima sifat, dan tidak terdapat tafsil pada mereka. Ini pencapaian Ahli
Isyraq sebelum percakapan . Dan inilah Kalam Nafsi.

Adapun pada wahyu , terdapat kalam dari pihak Asma Hadas yang menyerupai Kalam Nafsi dan
dinamai dengannya. Dan apabila ditanya Imam Ahli Sunnah (31) bahawa sifat Allah itu qadim,
maka bagaimana jadinya kalamNya hadas? Dia menjelaskan bahawa sifat Allah qadim tetapi
pergantungannya hadas.

69
Maksudnya dengan sifat, wajah azali dan dengan hadas , wajah dalam dunia kita ini. Sesungguhnya
bagi sifat ini tajalli pada alam khayal dalam bentuk lafaz dan tajalli dalam alam pertuturan.

Kami pun telah jelaskan bahawa segala alam bersejajaran. Dan Nafsu Rahmani kekal. Dan
daripada khususiah yang baki, ada yang sentiasa bertambah. Dan bahawa alam yang rendah
dijadikan daripada alam yang tinggi, maka ingatlah. Dan apabila banyak tajalli dan berbagai
pakaian Kalam Nafsi, maka dinamakan huruf2 .

Adapun zahir , maksudnya apa yang difahamkan dari zahir kalam daripada maklumat yang
diwarnai hadas, iaitu apa yang bersumber Asma Hadas.

Adapun batin, maksudnya asal Asma Hadas pada alam ghaib yang qadim. Asal ini yang unwannya
Asma ini adalah akibat tajalli.

Inilah maksud zahir dan batin dari pihak wujud. Adapun pada pihak dalil, yang melazimkan itu
zahir, dan yang dilazimkan itu batin . Yang disebabkan itu zahir dan illatnya batin. Engkau patut
telah memahami beberapa khabar batin yang dituju perbicaraan kami dalam kitab kami ini. (32)

Adapun hadd , ia adalah satu sukatan akan yang tersangat sembunyi dan satu darjat daripada
darjat2 batin . Dan hanya mampu untuk memahami hadd, orang yang dirizkikan pemahaman
fungsi kalam . Kemampuan ini adalah matla’.

Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu telah haramkan atas segala anbiya, khasnya Nabi Mohd saw
cinta kepada syair ataupun muzik, kerana kedua ini bukan daripada kesempurnaan hiasan batin.

Kedua ini telah berkembang secara berasingan. Dan engkau ketahui bahawa anbiya mansukh dari
basyari kepada malaki, dan sangat halus ayan mereka, maka ambillah perhatian.

Ilmu2 Hadis
Dan antara ilmu2 hadis adalah ilahiah, akhlak, takwin, ahkam, maad, qisas sepertimana kami telah
sebutkan dan juga rahsia2nya.

Dan antaranya, ilmu doa, dan rahsianya manifestasi kesan doa dan cara representasinya pada
suhuf.

Dan antaranya, ilmu akhlak yang mulia, yang terbit daripada isyraf ke atas suhuf dan nampak
dengan jelas bentuk2 amal dan aspek2nya.

Dan antaranya, ilmu manaqib yang terbit daripada firasat yang terbit daripada hikmah.

Dan antaranya, ilmu tafsir al Quran dan mengeluarkan pendapat2 yang sahih daripadanya. Ini
adalah sebesar2 ilmu dan kami akan cukup membicarakannya.

Allah Subhanahu kadang2 menyuruh perkara2 secara mutlak seperti solat dan zakat seperti pada
firmanNya : Bertasbihlah mensucikan nama Allah yang Maha Tinggi.(33). dan firmanNya :
Bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu...(34) dan lain2. Maka Nabi saw telah mengkaitkan
suruhan2 ini dengan beberapa waktu tertentu.

70
Dan Allah telah menyuruh : Dirikanlah...(35) ; ........membesarkanlah....(36) ; Bacalah apa yang
telah diwahyukan kepada kamu....(37) ; .... rukuklah , sujudlah.....(38) ; maka Nabi saw telah
menjelaskan bahawa kesemua ini merujuk kepada rukun solat .

Dan Dia telah bersumpah dengan beberapa perkara seperti : Demi fajar ...(39) ; Demi dhuha.
Demi malam apabila ia sunyi....(40) ; Demi cahaya maghrib...(41) ; Demi malam yang
sepuluh... (42) Maka Nabi saw telah mengeluarkan daripadanya beberapa waktu ibadat secara
tafsil.

Ini dibicara dalam kitab2 hadis. Dan Allah telah mentasbihkan diriNya beberapa kali dan memuji
diriNya beberapa kali. Maka Nabi saw telah memberitahu bahawa yang dikehendaki , solat
dengan diam dan dengan bacaan.

Pada ringkasnya ini tariq istinbat Nabi saw. Dan kami telah selidik segala hadis yang sampai
kepada kita dalam Kitab Solat, maka ternyata kepada kami bahawa segala keputusannya telah
dikeluarkan daripada al Quran atas landasan hukum. Mudah2an kami akan bicara masaalah
istinbat dalam risalah berasingan.

Sabda Nabi saw bahawa pada setengah daripada amalan2 manusia , malaikat yang ditugaskan
menulisnya heran bagaimana menulisnya. Maka Allah Azza wa Jalla telah mewahyukan kepada
mereka supaya menulisnya sebagaimana mereka mengerjakannya. Maknanya di sisi kami bahawa
keheranan malaikat kerana hendak menunjukkan aspek amalan supaya jelas pahala.amal. Dan
Allah Subhanahu telah mewahyukan supaya tulis dengan lengkap tentang amalan saja tanpa
menerangkan aspek amalan, sehingga sempurna amalan itu di alam kesempurnaan.

Adalah Nabi saw handal dalam ilmu2 yang maju di kalangan Quraish, seperti ilmu nasab dan
lainnya. Khizanah ini adalah syarah kamalat2 Nabi saw secara tafsil. Allah
yang lebih mengetahui tentang kamalat2 anbiyaNya, atas mereka salawat dan salam.

(1) Abu Daud, Marasil


(2) Surah al Imran , 163
(3) Surah al Imran , 27
(4) Matahari yang tiga merujuk kepada hikmah, asmah dan wajahah
(5) Wang pendahuluan untuk harga barang yang ditempah .
(6) Surah al Hijr, 94
(7) Bukhari, Bab Qaul –un –Nabi ..la Shakhs Aghyar min Allah..
(8) Surah al Hajj , 39
(9) Muslim , Ma fi Sifat –il- Hamdi
(10) Surah al Fath , 1
(11) Surah al Maidah , 4
(12) Bukhari , Bab –ul- Miraj
(13) Imam Ahmad , Musnad
(14) Bukhari, Bab Soal Jibril an –il-Iman wa Islam
(15) Muslim , Bab Man Qutila fi Sabilillah..
(16) Tirmizi , Bab Ma Jaa fi Hintat...
(17) Huruf syarat
(18) Jikalau
(19) Surah ad Dukhan , 12

71
(20) Surah al Fajr, 1,2
(21) Surah as Saffat , 1
(22) Surah al Waqiah , 1
(23) Surah al Insyiqaq , 1
(24) Surah al Haqqah , 1,2
(25) Surah al Qariah , 1,2
(26) Surah al Ahqaf , 1
(27) Surah al Baqarah , 1
(28) Surah an Nahl , 1
(29) Surah al Maarij , 1
(30) Muwatta, Jld 1, Bab Unzila al Quran ala Saba’ Ahruf...
(31) Ali b. Ismail al Ashyaari
(32) Merujuk kepada doa Nabi Yusuf as sepertimana dalam Khizanah Lima
(33) Surah al Ala , 1
(34) Surah Taha , 130
(35) Surah al Baqarah , 238
(36) Surah Bani Israil , 111
(37) Surah al Ankabut , 45
(38) Surah al Hajj , 77
(39) Surah al Fajr , 1
(40) Surah ad Dhuha , 1,2
(41) Surah al Insyiqaq , 16
(42) Surah al Fajr , 2

72
KHIZANAH TUJUH
( Pada Hukum2 Perkembangan Wilayah )

Bagi wilayah ada empat tariq.


Tariq Sahabat
Asal mazhab mereka bahawa ketika Allah Subhanahu tajalli dalam ain tsabit Nabi saw dengan
bentuk ainnya, maka tahkiklah dan tetaplah ainnya sepertimana tahkik dan tetap AsmaNya. Dan
kami menamakan misal ini Asma Hadas.

Dan kadang2 Asma2 ini mengambil bentuk imkan sepertimana firman Allah Azza wa Jalla dalam
Taurat : Maha Suci yang zahir pada ThurSina ....(1) dan : menunjukkan diri pada Sair....(2) dan :
menyatakan diri pada Jabal Faran...(3) Dan firmanNya dalam al Quran al Majid : telah dilaknat
mereka yang kafir atas lisan Daud....(4)

Qurb melalui Asma Hadas adalah antara tariq yang paling qarib dan ia adalah tariq sahabat.
Mereka fana dalamnya dan baqa dengannya. Setengah daripada mereka mengharung Asma2 Hadas
dan sampai kepada Asma2 Qadim ( seperti Hadrat Ali ).

Wajib atas engkau bahawa jelas secara yakin , bahawa sahabat2 Nabi saw adalah umat ummi
secara fitrah , kemudian secara kasab, kemudian secara kamal. Tahkiknya bahawa orang yang
paling kamal dan qarib adalah yang taqlid semata2, iaitu yang terbit secara fitrah daripadanya.

Dia tercelup dengan warna batin Nabi saw dan tidak mempunyai quwwah
membanding2kan. Quwwah ini tumbuh kerana lemah perhubungan antara hakikat dan representasi
, atau masing2 berdikari. Ataupun kerana khususiah mautin , ia tumbuh kerana tajam mizaj dan
kekerasan aspek2 yang lain.

Kami telah beritahu bahawa seorang yang mempunyai quwwah bandingan yang lengkap pada
khayalnya tidak akan capai fana langsung. Dan sesiapa yang kuat nafsunya tidak akan capai
insilakh ( dari basyari kepada malaki ) langsung. Melainkan bagi hukama satu quwwah qudus .
Inilah keadaan ummi sahabat secara fitrah.

Dan sahabat2 telah mencapai kamal mutlak mujarad dengan melaksanakan perkara2 yang wajib
dalam din sedangkan mereka tidak mengambil bahagian pada perkara2 awam. Maka mereka pun
tidak berupaya mengkhabarkan tentang hal mereka dengan jelas kepada orang yang tidak faham
lisan mereka.

Bahkan sepaling penjelasan mereka hanya dengan berkata ; dia paling qarib pada wasilah...
atau ; dia mempunyai kedudukan di sisi Allah......atau ; Allah telah memberi taufik
kepadanya....atau ; pendapatnya menepati wahyu dan Kitab.... atau ; Allah telah melapangkan
dadanya..... atau ; Allah telah melindunginya daripada shaitan....atau ; takwa telah meresapi seluruh
jiwanya.

Mungkin pada sisi mereka pengalaman ini tidak dibilang ilmu dan tidak diberi nama.Mungkin
mereka tidak memberi perhatian secara sengaja kerana menganggapnya dari kamal iman. Adapun
kekeramatan maka jarang terbit daripada mereka sepertimana engkau akan ketahui. Ini adalah
keadaan ummi mereka secara kasab.

73
Dan bagi mereka, ke-ummi-an dari segi kamal mereka. Yang demikian kerana kamal mereka
adalah qurbah melalui Asma Hadas yang menghimpunkan segala Asma. Dan jika sekalipun
berlaku bagi setengah mereka sampai kepada Asma Qadim , ini tidak menggugurkan ke-ummi-an
mereka , yang berdaya tembus.

Ketahuilah bahawa cahaya yang melimpah dari batin Nabi saw kadang2 mewarnai ain serta segala
representasinya. Merujuk perkara ini Nabi saw telah bersabda : Jika selepas aku terdapat nabi ,
maka tentulah Umar . Kedudukan demikian hanya layak bagi mereka yang terutama daripada
kaum dan yang sabiqun. Maka renunglah.

Ketahuilah bahawa mereka yang telah diterangi cahaya nubuwah terbahagi tiga kumpulan. Dan
perkara yang menghimpunkan mereka, bahawa limpahan dari yang Esa
tidak berlaku melainkan dalam keadaan tercampur. Dan engkau patut ingat contoh kami, berkaitan
dengan hempedu dan api. (5)

Dan hikmah yang terlimpah di alam campuran ini bukan hikmah suci, akan tetapi berbetulan
hikmah suci .

Kumpulan yang tiga adalah:


(a) Pewaris hikmah , asmah dan wajahah : Mereka adalah Ahli Bait dan khadam2 Nabi saw. Dan
sunnah ilahi bahawa ahli bait setiap nabi mewarisi kelebihannya yang ternyata. Dan mereka
tergolong dua.

( i ) mereka mewarisi kelebihan Nabi saw kerana suci asal kejadian, keluasan sadr dan halus
bentuk jau mereka. Antara mereka, Ali ra dan anak2nya dan Fatimah ra , Hamzah , Abbas dan
anak2nya .

Dan rahsia yang demikian , apa yang kami telah isyaratkan dalam Khizanah Ketiga , bahawa
mereka yang halus jiwa akan melahirkan yang halus jiwa. Dan bahawa kelahiran ruhani seumpama
kelahiran jasmani. Mereka adalah qutub2 dan imam2 kelebihan ini.

( ii ) mereka mewarisinya kerana pergaulan yang erat bersama Nabi saw pada keadaan qabd , bast
, enggan dan semangat. Mereka adalah isteri2nya dan khadam2nya.

Rahsia demikian kerana mereka mendapati nasib mereka secara fitrah . Dan hikmah satu fitrah,
yang Allah telah menjadikan hamba2Nya yang terpilih atasnya. Hikmah golongan ini seumpama
talqin, maka renunglah.

Dan untuk menyelesaikan masaalah kontradiksi antara maksud ayat : Sesungguhnya Allah
berkehendak menghapuskan perkara2 yang mencemarkan daripada kamu, wahai Ahli Bait, dan
hendak membersihkan kamu sebersih2nya....(6) yang memerlukan bahawa isteri2 Nabi saw
antara Ahli Bait dan hadis : Ahli Bait Banu Hashim dan Banu Mutalib...(7) dan hadis yang
menghadkan Ahli Bait kepada lima orang suci saja (8) , atas kanun hikmat, bahawa Ahli Bait
terbahagi tiga. Beginilah mudahnya , mengikut cara yang kami telah berikanmu , maka renunglah.

( b ) Pewaris hifz , talqin dan irshad : Dan mereka adalah Khulafah Rasyidin dan orang yang
menyerupai mereka pada ilmu dan amal. Khilafah yang azhim adalah hak mereka. Dan kami
mengiklankan bahawa jika Ali ra , dengan keadaannya pewaris kelebihan ini yang azhim juga ,

74
menduduki tempat Abu Bakar ra dan Umar ra , tidak akan dibuka negeri2 yang besar dan meluas
Islam .

Mereka bersusah payah sebelum mencapai kelebihan yang cemerlang . Kata Abu Bakar as Sidiq ra
: Alangkah aku dosa Mohd..... menunjuk kepada mujahadahnya mengikut mazhab hikmah.

( c ) Pewaris cabang2 batin yang tiga termasuk Anas , Abu Hurairah dan segala ulama2 dan
mufti2. Dan pewaris cabang2 zahir yang tiga termasuk Khalid , Muawiyah dan seumpama mereka.

Daripada Ali ra katanya : Sabda Nabi saw : Bahawasanya bagi setiap nabi ada tujuh nujaba-
ruqaba , dan aku telah diberi empat belas . Kata kami : Mereka siapa ? Sabdanya : Aku , dan
kedua anakku , dan Jaafar , Hamzah , Abu Bakar , Umar , Musab ibn Umair , Bilal , Salman ,
Ammar , Abdullah ibn Masud , Abu Dzar , dan Miqdad .(9)

Dan kasyaf rahsia pada hadis ini bahawa semestinya bagi setiap rasul terdapat lelaki2 yang
mengambil daripadanya bahagian hikmah, dan lelaki2 yang mengambil daripadanya bahagian
talqin , dan lelaki2 yang ternyata pada mereka permusuhan atas musuh2 Allah dan kerananya
berhijrah, berjihad dan berbantah2 mereka. Dan lelaki2 yang ternyata pada merka fiqh dan politik
dan lainnya.

Yang demikian kerana setiap kamalat pada Nabi saw berkehendak kepada percontohan yang
terasing, terbeza dari lainnya pada pengikut2nya. Supaya melihat dan memahami kamalat itu
sesiapa yang tenggelam dalam lautan pergaulan dan tauhid.
Dan pendapat hakim bahawa nujaba adalah pewaris hikmah , dan khulafah adalah pewaris talqin
dan bimbingan , dan ruqaba adalah pewaris hijrah dan jihad.
Dan kerana Ali ra adalah imam hukama dan ruqaba , Nabi saw telah memberitahu dia bilangan
mereka.

Dan kelebihan Nabi saw atas segala anbiya yang lain ternyata dengan tambahan pewaris. Dan
hukama menjadi ruqaba selepas lama masa bersahabat dengan Nabi saw dan menerima irshad
daripadanya.

Kata Ibn Abbas ra : Sabda Nabi saw : 70,000 daripada umatku akan masuk syurga tanpa hisab.
Mereka tidak pakai guna2 dan tidak bergantung kepada ramalan. Mereka bertawakal kepada
Allah semata2. (10) (muttafaq atasnya )

Ketahuilah bahawa yang paling kamal dari sahabat adalah mereka yang telah dikurnia tajalli afaal
, kerana kamal mereka adalah qurbah dengan Asma Mutajadid. Dan kejadian sehari2 adalah
akibat tajdid Asma Mutajadid. Dan apabila mereka kamal, mereka pun tawakal dan menyerah
urusan2 mereka kepada Allah.

Adapun auliya , antara mereka yang berilmu ,maka kamal mereka adalah irfan proses2 kejadian
dengan sebenarnya. Dan setengah daripada pemberian kamal ini ilmu tadbir dan pergantungan
dengan wasitah.Apabila mereka kamal , mereka kenal asbab dan bergantung dengannya , atas ilmu
mereka dengan hakikat tauhid dan hakikat kejadian.

75
Dan mereka yang galabah hal , dalam kelalaian yang sangat. Sesungguhnya amalan dan tawajuh
mereka adalah qahar sirr wujud mereka yang duniawi di bawah hukum azali . Dan jika mereka
bertawakal , maka ini adalah secara kebetulan kerana tuntutan galabah
hal dan bukan kerana quwwah kamal mereka. Cuba faham .

Tariq Hukama
Ini antara tariq awliya dan tariq nubuwah seolah2 ia aqal hayula bagi nubuwah yang adalah aqal
yang sebenar. Dan asal mazhab ini bahawa dengan aqal yang diperkuatkan , akan didapati
kemudian daripada tajalli zat satu wusul yang lain.

Tahkiknya bahawa terdapat dua jenis tajalli diberi lafaz yang satu. Yang satu wujudi , dan apa
yang terhasil daripadanya dinamakan wujud mufad . Kami telah bincang ini dalam Khizanah
Ketiga.

Yang satu lagi shuhudi, dan yang terhasil daripadanya pengetahuan dan pendidikan. Dan
mengikut bicara kaum ada tiga bahagian tajalli shuhudi : suwari , maknawi , zati.

Tajalli shuhudi adalah zhilal tajalli wujudi dan representasinya atau representasi aspek2 yang
terlipat di dalamnya. Pada tahkik wusul adalah satu ibarat tersimpan tajalli shuhudi di bawah tajalli
wujudi sepertimana tersimpan bayang di bawah lembaganya pada tengahari. Maka terputus wusul
ilmi yang telah dicapai dengan bersusah payah oleh ahlinya.

Dan juga satu ibarat qahar hakikat atas representasinya sehingga gugur bentuk jau dan hilang.
Dan akhir irfan mereka nisbah qudus antara Allah dengan manusia pada azali dan abadi.

Maka rabitah itu satu dengan dua aspek yang berbeza. Ini asal wusul dan pokok kamal dan akhir
maqam hikmah. Tidak ada kemudian daripadanya melainkan terangkat hijab2 ilmu yang masih
tinggal. Maqam ini jarang sekali nyata kepada hakim melainkan yang diberi kelebihan yang luas
dari Rabbnya.

Adapun tariq wusul mereka kepada kamal mutlak ini , bahawa mereka terjazba kepada Allah
Subhanahu . Mereka melintasi nur ghaib dan lain2 sehingga sampai kepada medan Asma , dan
tembus tilik mereka dalam sekelip masa kemudian hilang mereka dalam tajalli zat, tetapi tidak
seumpama kehilangan auliya.
Kemudian mereka kembali kepada Qurb Faraid dan mencapai wusul yang kami telah sebutkan.
Dan sepaling kamal hukama semestinya hilang pada akhirnya dalam Qurb Faraid dengan
menerima pantulan daripada penghulu rasul Nabi saw .

Secara ini ainnya diperkuatkan dan diperluaskan dan dia di bawah perintah Allah Subhanahu
melalui kamal batin Nabi saw. Maka renunglah.

Dan cabang tariq ini tiga :


( a) Hikmah , dan ia adalah ilmu fithri bukan kasbi . Maksud aku ia terbit dari tempat terbit asal
wujudnya , iaitu Asma yang meluasi Asma2 ilahi dan takwin , yang telah dibicarakan dalam
kitab ini.

76
Dan rahsianya bahawa ilmu tentang mujaradat adalah diri ilmu , dan ia tidak terbeza melainkan
pada representasi yang beruang. Dan apabila sabit Qurb Wujud, sabitlah ilmu2 tentang representasi
, kerana keluasan hikmah.

Dan bagi hikmah khalifah pada alam hiss, iaitu firasat dan yaqazah dan kebijaksanaan. Ia maujud
dalam satu alam yang pensabitannya adalah khususiah hukama , sepertimana kami telah sebutkan.

Dan manusia berkhayal bahawa segala kamal mereka, keberanian , kemurahan dan kebijaksanaan
adalah perkara2 yang turun dari langit, mentadbir , kembali dan naik semula .

(b) Asmah : adalah representasi wajah2 soleh bukan toleh, dari wajah2 ain tsabit. Dan rahsianya
bahawa penuntut khair mutlak melalui Qurb Wujud, mustahil baginya menerima representasi yang
jahat pada akhlak mahupun pada amal.

Dan khalifahnya adalah iffa dan ia adalah satu sifat yang menunjukkan tidak ada penceburan
dalam lazat dunia yang melalaikan.

(c) Wajahah : Ia adalah ketinggian darjat seorang atas yang lainnya disisi Allah sekalipun tidak
ada sesiapa yang mentaatinya. Dan rahsianya bahawa dia telah meninggalkan bentuk mizajnya dan
telah capai qurbah dengan Allah dalam melaksanakan perkara2 kebajikan.

Dan khalifahnya adalah kewibawaan , sakinah dan ketuanan. Dan seterusnya irshad. Setiap tambah
wajahahnya tambahlah irshad dan terpenuh kamalnya.

Dan Allah Subhanahu telah permudahkan bagi mereka tawasul dengan AsmaNya untuk
menyatakan perkara2 yang mencarik adat.

Dan cara tawasul di sisi kami bukan dengan memelihara bilangan dan waktu2 penyebutan Asma2
sepertimana didakwah ahlinya , bahkan yang patut adalah pembacaan Asma dengan mengenali
hakikatNya dan fana dalamNya dan baqa denganNya. Kemudian doa dan minta kepada Allah.(11)

Dan Allah telah permudahkan bagi mereka tawasul melalui solat , sadaqah , puasa dan tinggal
kata2 sia2 untuk mengetahui rahsia2 kejadian.

Dan wajib atas hakim bahawa dia sangat luas sadrnya. Maksud kami dengannya, dia tidak
mendapati satu sifat ataupun hal melainkan memandang ia hina dan kecil.

Dan diharamkan atasnya bahawa bertapak padanya segala kecintaan hissi secara malakah , seperti
kecenderungan kepada muzik dan syair.

Dan diharamkan atasnya bergantung kepada sesiapa pun pada din dan dunia melainkan anbiya. Ini
kerana dia bertaklid dengan anbiya pada wahyu mereka . Dan dia mesti tahkik dengan sendirinya
apa yang dia tahu tentang hikmah.

Tariq Awliya
Ketahuilah kewalian mempunyai dua maksud , iaitu am dan khas . Maksud am adalah segala jenis
qurbah yang lain dari nubuwah , termasuk hikmah , sifat2 sahabat , wilayah yang khas dan
kesucian pada hal dan maqam .

77
Adapun yang khas, setiap fana pada hadrat zat bersama dengan ketetapan bentuk mizaj. Tujuan di
sini bukan meneliti lafaz2 tetapi untuk menjelaskan hakikat.

Dan asal mazhab mereka bahawa mereka melakukan satu amalan yang menarik perhatian mereka
dan demikian amalan menyucikan nafsu mereka. Maka ternyata kepada mereka rahsia yang azhim
tentang darjat.

Yang pertama , ternyata isnad segala afaal kepada Allah Subhanahu . Maka dia pun tawakal kepada
Allah dan tidak takut melainkanNya. Ini zahir sirr pada darjat yang pertama.

Adapun pada batin, maka dia melihat Allah Subhanahu pada diri setiap afaal dari segi afaal itu
adalah satu daripada hijabNya dan pengekaitanNya. Dan diletak pada darjat pertama kerana segala
afaal ini pada jurang adam . Mauthin ilmu adalah antara representasi darjat ini. Dan ini dinamakan
muhadarat di sisi mereka.

Darjat yang kedua , ternyata isnad segala sifat kepadaNya. Maka dia berpendapat bahawa segala
penglihatan daripada penglihatanNya dan segala pendengaran daripada pendengaranNya dan
seterusnya. Mungkin engkau telah memahami kedua wajahnya , batin dan zahir. Dan ini adalah
mukasyafah.

Yang ketiga , ternyata isnad segala zat kepada zatNya maka dia mendapati setiap zat daripada
zatNya. Dan apabila dia pindah kepada batin , dia mendapati al Wajib asal segala kejadian dan
segala kejadian adalah daripada emanansiNya yang suci. Kemudian sampailah dia kepada Allah
dan ini adalah mushahadah.

Kemudian Allah menjazbakannya semasa ke semasa sehingga terangkat segala hijab dan perkaitan
dan tidak tinggal melainkan yang Maha Jalal dan Maha Mulia pada wahdahNya dan kibritNya .
Dan jadilah yang menyaksi diri yang disaksikan. Maka dengan ilmu huduri dia tidak mengenali
melainkan Allah dan cermin2 pun hilang .(Ini martabat Qurb Faraid)

Dan kami telah memberi satu contoh dalam Khizanah Sembilan , di mana seorang yang tertumpu
penglihatannya kepada sesuatu bentuk dalam cermin sehingga hilang kesedarannya tentang cermin.
Maka renunglah. Di sini tamat perjalanan dalam Allah.

Dan patut bagi orang yang telah merentasi padang pasir , dan telah mencapai nur dengan wasitah
perjalanan dalam Allah, bahawa dia qiam sehingga sabit hukum Asma.

Pencapaian kamal seorang berlaku mengikut fitrah asalnya. Ini kerana perbilangan Asma
menyebabkan perbilangan keupayaan penerima. Adapun jika seorang itu mempunyai ilmu secara
fitrah , maka yang pertama ternyata kepadanya adalah hakikat Asma dan khususiah mazahir
( fenomena) dan cara ternyata Asma pada mazahir.

Ataupun dia seorang yang bertaklid secara fitrah maka dia tidak akan mendapat ilmu demikian
akan tetapi sabit baginya hukum dan dia akan mendapati kehidupan baru.

Qabd dan bast adalah ibarat2 zahir hukum2 al Jalal dan al Jamal . Ini sair daripada Allah. Dan
semakin rasikh irshad ,iaitu semakin tercelup dengan celupan Allah Subhanahu yang Maha

78
Sempurna yang melimpah dengan zat. Dan tidak kurang dalam kehidupan dunia ini daripada
wujud representasi limpahanNya pada tahap ilmu.

Sesungguhnya telah tamat sair dalam khalq di sini dan sampai kepada kamal dalam fana. Dan
antara mereka yang telah mencapai maqam yang tinggi ini adalah Abu Yazid , Abu Hasan al
Kharqani , Abu Abbas , Abu Said , Abu Ismail , Abu Abdullah dan ashab turuq seperti al Ghauth al
Azhim Shaikh Suhrawardi , Najmudin Kubra , Khwaja Naqsyabandi dan Khwaja Chishti .
Dan penjelasan kata kami pada masaalah ini berhajat kepada satu muqadimah iaitu terdapat nisbah
antara wujud ilmi dan wujud khariji. Dan nisbah ini di sisi kami adalah nama bagi perkongsian
Nafsu Rahmani dengan keistimewaan dari kerana khususiah mauthin.

Yang demikian sepertimana kami telah tunjukkan bahawa pada mujarrad tidak ada tamyiz
dalamnya antara ilmu dan wujud kharij . Hanyasanya terdapat tamyiz pada representasi yang
terkemudian.

Dengan kata lain, bahawa segala alam bersejajaran . Sesuatu yang terdapat pada kharij ternyata
pada zihin. Ringkas kata , terangkat wasitah2 dan tertinggalnya dengan latihan2, membawa kepada
celupan seseorang itu dengan hakikat al Wajib atas jalan yang kami telah terangkan.

Fana adakala lengkap , adakala berhijab.


(a)Adapun yang lengkap, maka ia adalah celupan yang menyeluruh dan kuat dengan hakikat zat,
bukan tajalli. Ia khusus bagi lelaki yang sangat kuat dan tenaga mizajnya tidak tertawan
melainkan dengan ulangan tajalli.Kekuatan jazbanya mengatasi setiap hal dan maqam dan dia
tidak henti usahanya sehingga sampai kepada puncak darjat.

Ketahuilah bagi fana timbangan ,umpama seorang lelaki tenggelam dalam laut, kemudian mati
kemudian dicampakkannya oleh laut. Maka bagi matinya dan campakannya , timbangan .

Wajib bahawa dia memecahkan belenggu nafsunya pada awal, kemudian meruntuhkan kelazatan
nafsu , kemudian fana. Yang demikian kerana kadang2 dia tidak sampai fana yang lengkap maka
ketika itulah ternyata nafsunya dalam bentuk rububiah. Dan ini akan susah hilang dan
mengakibatkan kekecewaan dalam kehidupan dunia.

Dan wajib juga bahawa dia berusaha pada awalnya mencapai hudur yang kekal kemudian fana,
kalau tidak dia mungkin tidak akan capai fana yang lengkap.
Dan kekal dia hairan dan merasai dahsyat , tidak mempunyai rabitah dengan Allah dan tidak hadir
hati. Maka kuranglah irshadnya dan hatinya terpecah.

Wajib dia melepaskan rabitah yang terdapat antaranya dengan harta , anak pinak , kemegahan dan
lain2 pada awalnya kerana takut tidak tercapai fana yang lengkap. Kalau tidak dia tidak akan hilang
tamak dan gelisah , sebagaimana dikata : Sepertimana engkau hidup, begitulah engkau akan mati ,
dan sepertimana engkau mati begitulah engkau akan dibangkitkan.

Dan bagi awliya pada irshad beberapa mazhab :


(i) Mereka yang berpegang kepada basirah untuk menilai terhasil ketiga2 syarat. Apabila mereka
mendapati bahawa muridin telah mencukupi syarat, mereka membawa muridin kepada fana.

79
(ii) Mereka yang berpegang kepada perkara2 yang belaku kepada muridin dan diri mereka.. Dan
apabila pasti daripada apa yang berlaku ataupun melalui mimpi , bahawa muridin telah mengatasi
ikatan2 dunia , dan kekal hudurnya dan terpecah kekerasan nafsunya , mereka membawanya
kepada fana.

(iii) Mereka yang berpegang kepada firasat, maka mereka menguji muridin dengan beberapa jenis
bala. Apabila nampak bahawa dia ikhlas benar , mereka membawanya kepada fana.

Dan bagi awliya untuk menghasilkan perkara2 ini beberapa tariq yang terpelihara di isi mereka ,
maka tidak ada faedah menyebutnya . Ringkas kata , ini adalah beberapa prinsip irshad dan
adabnya yang diberi kami oleh Allah Subhanahu dan ia lebih perkasa daripada kibrit ahmar (batu
hikmah) . Peganglah sungguh2 dengannya .

(b) Adapun fana yang terhijab , maka dua bahagian :


(i) Yang fana pada mauthin ilmu dan ditawan oleh jazba yang ringan ataupun jazbanya lemah.
(ii) Yang fana dalam satu Asma daripada Asma2 Nya dan bukan dalam zatNya .

Dan kata kami tentang muqallid secara fithrah , tafsirnya bahawa pada ini ada dua perkembangan.
Tahap mujarrad ,di mana tidak terbeza padanya antara ilmu dan wujud khariji.

Tahap yang kedua adalah akibat amal dan hal . Maka sesiapa yang ilmunya lebih sempurna
daripada amalnya dan halnya , maka dia bijaksana. Dan sebaliknya maka dia muqallid.

Antara awliya yang mempunyai ilmu , maka mudah bagi mereka minta hadir dari kalangan
malaikat dan anbiya dan lain2 apabila mereka kehendaki, untuk mengetahui pendapat mereka pada
maarif dan menanya mereka apa yang dikehendaki.

Adapun awliya yang menguasai amal , kadang2 mereka boleh menghidupkan dan mematikan dan
melakukan yang ajaib. Terdapat kisah2 ini dalam kitab2 maqamat Khwaja Naqsyabandi , Bahjat
al Asrar((12) dan maqamat Shaikh Ahmad Jami, maka ingatlah.

Wajah2 Perbezaan antara Kamalat2 Anbiya , Sahabat , Hakim dan Awliya


(a) Para anbiya mengetahui tentang Allah Subhanahu sebagai sebab wajib dan murid. Dan kami
kehendaki dengan iradat di sini Iradat Mutajadid . Mereka hilang dalam IradatNya, antaranya
pada suruhan , larangan , khauf dan harapan .

Adapun sahabat , mereka tidak mengenali Allah Subhanahu melainkan sebagai murid. Mereka
hilang dalam Asma ini dan ini asal khauf dan harapan mereka.

Adapun hukama , mereka mengenali Allah Subhanahu sebagai sebab wajib dan murid , tetapi tidak
hilang dalam mana satu Asma pun .

Adapun awliya, mereka mengenali Allah Subhanahu sebagai sebab wajib saja dan mereka hilang
dalam Asma ini.

Ketahuilah bahawa kami tidak menyebut melainkan apa yang kait dengan asal kamalat masing2 .
Adakala awliya bertaqlid dengan anbiya dan mereka pun mengenaliNya sebagai murid , atau

80
mereka jahil tentang rahsia ini, dan mengenaliNya sebagi murid juga. Maka dari wajah inilah telah
timbul khilaf mereka pada tariq .

Para anbiya mengetahui rahsia qadar dan menyembunyikannya daripada sahabat. Dan Allah
Subhanahu tidak memberitahu rahsia hilal (13) dan lain2 kepada mereka. Maka timbullah
perbezaan pada percakapan mereka , dan rahsia perbezaan ini adalah penzahiran Asma Mutajadid
sebagaimana engkau telah kenali.

(b) Adapun berkata2 Allah Subhanahu pada hak anbiya dengan hukum2 hadas adalah benar, dan
bagi sahabat juga. Tetapi tidak bagi awliya , dan hukama menghimpunkan kedua tariq ini.

Apabila Allah Subhanahu menyuruh awliya dengan satu perkara , maka ini bersama dengan
memelihara bentuk mizaj . Dan rahsia perbezaan ini, apa yang kami telah jelaskan tentang
perbezaan bentuk mizaj dan bentuk jau.

(c) Adapun awliya , mereka tidak mampu mensabitkan hukum2 Asma pada mauthin ilmu dan
amal keduanya bersama2. Antara mereka , lelaki yang alim tetapi tidak baginya irshad . Dan antara
mereka lelaki yang murshid tetapi tidak alim .

Adapun sahabat , kamal mereka bukan pada ilmu bahkan pada amal , dan anbiya dan hukama
mempunyai ilmu dan amal.

Rahsia perbezaan ini bahawa bagi awliya , fana mereka khas pada Nafsu Natiqah dan ia
mempunyai dua quwwah iaitu aqli dan amali. Dan seorang akan terkemuka pada ilmu ataupun
amal mengikut jibilahnya.
Adapun hukama maka kamal mereka adalah Qurb Wujud , dan ini berlaku sebelum tahap
keterasingan ilmu dan amal. Adapun anbiya , maka kamal mereka adalah Qurb Faraid.

(d) Adapun perkahwinan ia adalah patut bagi anbiya. Yang demikian kerana wajahah mereka
memerlukan mereka menangani ekonomi dan politik.Dan bagi awliya , sesuai tidak berkahwin
kerana mereka tercelup dengan celupan al Qudus , as Samad .

Dan hukama menghadapi kerumitan kerana iffa mereka adalah khalifah asmah mereka , maka ini
padan dengan tidak berkahwin . Tetapi dari segi bahawa bagi mereka mempunyai wajahah, maka
patut mereka berkahwin , Maka jalan keluar bahawa mereka mengikut sunnah Nabi saw di mana
dia beruzlah di Gua Hira beberapa hari dan kemudian pulang mengurus rumahtangga .

Di kalangan awliya yang suka berkahwin ada tiga golongan :


(i) Lelaki yang kuat keinginan , maka dia ubati diri dengan racun ( iaitu dengan puasa untuk
memecahkan keinginannya. )
(ii) Lelaki yang telah diselubungi tajalli secara ijmal , kemudian dia ingin mengenalinya secara
tafsil. Inilah isyarat kalimat Humaira . (14)
(iii) Lelaki yang diterangi cahaya nubuwah maka dia mengamalkan sunnah berkahwin.

Tariq Abrar
Iaitu mereka yang bersih hati . Maknanya tunduk badan di bawah Nafsu Natiqah dan fana
dalamnya. Asal mazhab mereka seperti berikut .

81
Ketahuilah bahawa manusia mempunyai latifah2 yang tertentu :
(i) Latifah Qalab : fungsinya perasaan hissi
(ii) Latifah Khayal : fungsinya tumpuan kepada objek2 yang ghaib yang mempunyai bentuk dan
warna .
(iii) Latifah Waham : fungsinya mencapai makna2 juzi’ yang hissi , memelihara dan simpannya.
(iv) Latifah Idrak : fungsinya untuk mencapai konsep2 kulli tabii , dan objek2 mujarad daripada
input hissi. Ia adalah khalifah Nafsu Natiqah pada alam ruang-masa dan sedekat2 jasmani kepada
Nafsu Natiqah .

Dan al Abrar bersusah payah mencari helah menunduk latifah2 di atas di bawah Nafsu Natiqah,
supaya sungguh2 menyamainya. Dan caranya membuang sifat2 yang keji daripada hati dan
menghiasinya dengan sifat2 yang terpuji secara berikut :

(i) Mereka menunduk mata , mengawal telinga , menenangkan anggotta , mendiamkan lidah ,
berlapar , tahan minum , jaga malam , beribadat kepada Allah Taala dan mengingatiNya dengan
penuh cinta sehingga tertunduk qalab dan tersumbat tumpuan qalab kepada benda2 yang
dibiasainya.

(ii) Mereka menghalau segala waswas, kathir2 dan tidak mengingati yang telah lalu ataupun yang
akan datang. Dan cara yang paling mudah di sisi mereka adalah mengawasi khayal.

Setiap kali timbul khayal, mereka cepat2 paling darinya dan menyumbat tempat masuk khayal
dengan mensabitkan pada tempatnya satu representasi qudus seperti Asma Allah , dilafazkan , dan
ini cara yang paling baik . Ataupun dengan AsmaNya secara membaca tulisan , ataupun tumpu
kepada bentuk hati mereka atau shaikh mereka sehingga terputus tumpuan hati kepada yang
dibiasainya.

(iii) Mereka memadamkan marah , loba dan ikatan kepada ahli dan harta dan lain2 dengan cara2
yang disebut dalam risalah2 dan kitab2 mereka seperti Ihya Ulumudin dan Kimia Saadah dan lain2
.

Dan mensabitkan pada tempatnya cinta kepada Allah Subhanahu denngan perantaraan tahlil , doa
seperti yang biasa diamalkan di kalangan mereka sehingga rasikh . Demikian umpama orang yang
haus mencari air.

(iv) Mereka menggilap mudrik mereka dengan mendengar kalam waiz, atau dengan representasi
kebesaran Allah depan mata atau melatih mempersepsi maqulat suci .

Atau mereka sabitkan diri depan Allah dengan merasai Dia hadir di sisi mereka, dengan penuh
cinta kepadaNya. Ini dinamakan di sisi kami nur ghaib. Maka apabila ini memiliki badan mereka
dinamakan safa masyair ( kemurnian unggul) yang Nabi saw sangat mengalakkan .

Dan bagi Ahli Isyraq satu cara lain . Selepas mencapai kesucian tamm , mereka tumpu kepada
ilmu huduri sehingga terbebas Nafsu Natiqah dengan ilmunya . Dan ternyata kepada Nafsu
Natiqah ilmu2 mujarad , tetapi di sisi kami ini tidak memuaskan.

82
Yang kamal kerana sucinya adalah seorang yang mempunyai berkat. Melaluinya , orang mencari
berkat Allah dan minta bantuanNya . Dia membimbing dengan bentuk misalnya, ataupun dengan
perbuatannya atau perkataannya . Dia sahib penerimaan , tuah dan inayat.

Persahabatan dengannya menerangkan dari kerana khususiah nasamahnya. Tidak bersahabat


dengannya seorang melainkan berjumpa dalam dirinya qurbah dan taufik, berlimpahan
daripadanya. Dan kami berkata ia limpahan dari yang kamal kerana bagi sahabat2 anbiya dan
awliya, berlimpah kamal mereka daripada batin mereka .

Dan himmah nasamah mereka berkesan secara menembus. Orang ini senentiasa gembira, tidak
hasad , tidak dendam , tidak tamak dan tidak berharap2 . Pekerjaannya kulli dan pendapatnya kulli
dan dia diajari Allah Taala secara langsung.

Adapun Sidiqun , maka terdapat beberapa golongan dengan tariq masing2 .


(i) Tariq Ilmu : iaitu hilang dalam nur sakinah dan kepuasan yang membawa kepada sabar
menghadapi bala dan melaksanakan taat ketika ditimpa bencana. Dia menyuruh dengan ma’ruf
dan melarang munkar . Dia memelihara hudud Allah dan memerangi musuh2 Allah dengan
percakapan dan perbuatan . Dan kami namakan ini tariq ilmu kerana kebanyakan ulama mujtahid
dan muhakik mengikuti tariq ini.

(ii) Tariq Ibadat : Iaitu hilang seorang dalam cahaya taat , sepertimana kami telah isyaratkan
bahawa bagi solat itu cahaya, dan bagi puasa juga cahaya dan seterusnya , dan ini dapat difahami
dengan firasat. Dan baginya beberapa adab dan tariq yang tersebut dalam kitab2 sufi . Adapun
pengikut Suhrawardi , mereka sungguh2 mengamalkan tariq ini . Dan kami telah namakannya
cahaya kerana ia nyata sebagai cahaya hissi dalam kejadian2 zahir .

(iii) Tariq Khudu’ : Iaitu pecah hati dan rendah diri secara berkekalan serta hilang dalamnya .
Dipanggil secara majaz sebagai tariq Ahli Bait, tetapi ini tidak benar .

(iv) Tariq Khauf dan Raja’ : Iaitu takut dari kerana api neraka dan harap kepada jannat , ataupun
takut kemurkaan Allah dan harap kemurahanNya . Ini terdapat pada zaman silam tetapi kami
tidak nampak seorang pun mengamalkannya pada zaman kami.

Dan empat golongan ini dimaksudkan Allah Taala bilamana disebut orang mukmin dalam
KitabNya . Mereka tergolong dalam mazhab Batin Pertama daripada tujuh golongan. Dan bagi
tariq ini rabitah dengan tariq sahabat .

(v) Tariq Muhibbah : Iaitu gelombang cinta yang mengalir pada seluruh badan. Apakah tidak
engkau melihat orang yang terlalu asyik , bagaimana cinta membekas segala anggottanya. Hatinya
berdebar , kulitnya lebam , matanya cengkung. Umpama lapar dan dahaga , ini satu keadaan yang
dipersepsi oleh waham . Pemuka tariq ini terdapat pada pengikut Chishti dan ( Naqsyabandi )
Ahrari .

(vi) Tariq Tauhid : Ini tidak sama dengan apa yang kami telah sifatkan dalam tariq wilayah.
Sesungguhnya ramai yang berwarna dengannya pada zaman kami ini kerana satu rahsia yang
mengkagumkan . Singkat perjalanan suluk walhal cacat kebanyakan persediaan mereka.
(vii) YadDasht : Iaitu hilang mudrik dalam idrak perkara2 mujarad yang dijadikan rujukan. Ini
dinamakan nur ghaib dan tariq ini adalah tariq Naqsyabandi .

83
(viii) Tariq Rabitah : Iaitu hilang seseorang dan celupannya dengan ruh orang mati apakah
dengan terhimpun himmahnya ke atas qubur wali atau kepada ruh Nabi saw . Ini tariq ulama Ahli
Hadis ; ataupun kepada ruh wali2. Dan salaf pada permulaan zaman mereka sibuk dengan tariq ini
.

Keempat tariq ini mempunyai rabitah dengan hakikat wilayah dan adalah antara representasinya.
Inilah beberapa masaalah wilayah yang tidak terkaya daripadanya orang bijak dan tidak
menguntungkan orang dungu dengan banyak mana penjelasan pun.

Faedah2
(1) Apabila tamat zaman sahabat dan yang bijak pandai daripada mereka meninggal dunia ,
manusia bertumpu kepada mencapai kesucian ilmi dan nurani , kesemua atau kebanyakan mereka
. Kemudian condong yang bijak dan ahli jazba antara mereka kepada fana dan kasyaf hijab .
Maka terbinalah tariq wilayah .

(2) Dan pada pihak yang sesat terdapat kamalat2 insilakh seperti terdapat pada shaitan dan ad
Dajjal pada pendapat kami , dan Allah yang lebih mengetahui. Dan juga fana , seperti terdapat
pada mereka yang tidak diterangi cahaya nubuwah. Mereka minum arak dan mengabaikan solat .
Dan kesucian , sepertimana terdapat pada yogi2 Hind dan ahli magis .

(3) Pada amnya , manusia berbeza pada arah mereka menghadapi. Adapun muhakik falsafah ,
mereka menamakan (Sifat2 ) Idafi sebagai Aqal Aktif . Yang demikian kerana ia adalah limpahan
mujarad pada ijmal . Dan mereka menamakan Shuun sebagai Rabb Wajib , kerana ia mujarad basit
secara basit ijmal .

Adapun mutakalim , ada yang menyembah Shuun seperti ahli falsafah dan ada yang menyembah
( Sifat2) Tsubuti . Dan ini golongan kebanyakan mereka .
Adapun pengikut2 Asyaari maka mazhab mereka antara representasi mazhab sahabat . Adapun
mereka yang rasikh yang mempunyai sakinah , mereka menyembah (Sifat2 ) Tanzih kerana ia
adalah mujarad , tanzih , qudus secara ijmal .

(4) Dan apabila engkau mendengar daripada imam2 wilayah bahawa sipolan masyrab Nabi Isa
as atau masyrab Nabi Musa as ketahuilah bahawa baginya dua makna . Mereka bermaksud fana
pada latifah yang merepresentasi nabi itu ataupun fana pada kelakuan khususiah nabi itu secara
insilakh ( iaitu transformasi dari basyari kepada malaki ) . Dan pada kes wali , insilakh berlaku
tercampur dengan bentuk mizaj .

(5) Di mana terdapat dalam al Quran ataupun hadis sebutan Ruh al Qudus maka maksudnya Asma
Mutajadid , secara tashbih . Dan Nabi Isa as telah dikhaskan dengan sebutan ini kerana subughnya
sepertimana engkau telah ketahui .

Ya Allah , Engkaulah yang lebih mengetahui tentang perkara2 ghaib di langit dan bumi .

(1) Bukit di mana Allah nyata kepada Nabi Musa as


(2) Dekat tempat lahir Nabi Isa as
(3) Nama bukit
(4) Surah al Maidah , 78

84
(5) Seorang yang aktif hempedunya banyak mimpi api .
(6) Surah al Ahzab , 33
(7) Bukhari , Bab Manaqib Quraish
(8) Nabi saw , Ali ra, Fatimah ra, Hasan ra ,Husain ra
(9) Tirmizi , Jld 2 , Bab Manaqib Ahli-l-Bait
(10) Bukhari , Bab Man Lam Yarq..
(11) Doa yang dibenarkan pada sisi hukum
(12) Pengarangnya Nur-ud-Din Abu-al-Hasan Ali (1249-1313 ) al Hamadani
(13) Surah al Baqarah , 189
(14) Merujuk kepada panggilan Nabi saw bagi Aishah ra ketika dia diselubungi tajalli.

85
KHIZANAH LAPAN
( Hukum Perkembangan Syariat )

Sirr Amalan
Ketahuilah bahawa ada sirr di sebalik amalan2 , jika dinyatakan kepada engkau, nescaya engkau
akan heran dan hilang aqal . Ada amalan yang membawa hidayah yang cuma dilakukan oleh
anbiya , dan ada amalan yang membawa kepada kesesatan yang cuma dilakukan oleh shaitan2
dan pendusta2 .

Prinsip asal adalah bahawa setengah amalan adik-beradik pengamal , seperti gerakan naik bagi api
dan orbit bagi falak , dengan makna demikian amalan berhubungkait dengan pengamal dan
keduanya kembali kepada asal limpahan yang satu. Maka semestinya berlaku kelaziman pada
kharij .

Dan ada amalan yang melawani sifat pengamal seperti suara keldai bagi manusia, dengan makna
tidak ada munasabah antara keduanya .

Cuba engkau perhaluskan perhatian sehingga engkau ketahui bahawa ada amalan yang lazim bagi
manusia dari segi qudus dengan makna bahawa asal demikian amalan adalah juga asal kejadian
manusia.

Akan tetapi bentuk pada alam campuran ini telah memisahkan keduanya . Apabila tertanggal
bentuk ini dan manusia kembali kepada keadaannya yang azali , amalan itu melazimi manusia.

Dan kewujudan amalan itu pada kharij tidak berbentuk melainkan sebagai huwiyah yang lemah ,
seperti solat . Sesungguhnya asalnya adalah al Hayy al Qayyum dan ini juga asal manusia . Dan
apabila tertanggal manusia daripada bentuk mizajnya dan dia mengetahui proses perkembangan
jiwa apakah secara fitrah ataupun dengan usaha , akan lazimlah baginya solat .

Dan antara amalan, ada yang menafikan dan melawani fitrah manusia , yang tidak ada wajah
qudus padanya, seperti pembunuhan yang meniadakan hayat dan melawani kehendak Allah yang
memberi wujud .

Maka apabila tertanggal manusia daripada bentuk mizajnya dan dia menturuti hukum, wajib
atasnya menjauhi bunuh kerana ilmunya tentang perkembangan jiwa.

Ketahuilah bahawa terdapat amalan2 di mana nabi dan hakim tidak senang hati melainkan
dengan mengerjakannya, kerana tuntutan kamalat mereka. Dan ada amalan di mana keduanya
tidak senang hati melainkan dengan menjauhinya, kerana tuntutan kamalat mereka .

Contohnya umpama seorang memakan ubat panas maka tabiatnya tuntut akan air sejuk , ataupun
dia terlalu kenyang maka benci makan lagi . Dan ini umpama wajahah bagi hakim dan nabi
sepertimana engkau telah ketahui .

Dan apabila berasingan Iradat dan direpresentasi pada evolusi qadim , dan berasingan Rububiah
daripada Iradat secara kamal , terbit daripada Iradat jihat2 , setiapnya mengikut setiap perbuatan .

86
Antaranya jihat wajib , dan jihat haram . Maka jadilah syariat pada azali dan abadi . Dan
barangsiapa bertemu dengan syariat wajib atasnya beramal dengannya. Ini misal qutub irshad .

Kemudian apabila Allah Subhanahu tajalli pada ayan tsabit rasul2 dan tajalli itu tahakuk , hikmat
berubah menjadi wahyu dan mereka disuruh melaksanakan suruhan2 . Dan suruhan2 pun tetap
pada alam mujarad yang tidak mempunyai ruang-masa ,kerana ketetapan tajalli . Umpama ini
perubahan qutub irshad menjadi dakwah wajib .

Kemudian apabila sampai tahap katsrah pada zaman setiap nabi , khasnya pada zaman Nabi kita
saw , ketetapan tajalli menerima wujud yang menuntut hukum wajib dan haram , mengikut
kamalat masing2 nabi dalam kehidupannya di dunia, maka wajiblah syariat atas setiap orang
apakah dia munsalikh atau bukan .

Ini misal khatam , di mana tidak tinggal mana satu perkara tahkik dalam kehidupan qadim dan
masakini , meliputi segala persediaan , melainkan telah masuk syariat padanya .Kemudian syariat
pun melengkapi seluruh alam , maka jadilah tamm kewajiban syariat.

Ketahuilah bahawa setiap perkara ibadat mempunyai empat ciri :


(1) Asal yang kukuh pada azali dan kekal abadi. Ini adalah jihat yang terbit daripada ar Rabb
secara kamal.
(2) Dakwah yang tamm , iaitu berkesan dalam kehidupan dunia . Rahsianya bahawa ada amalan2
yang terbit daripada suhuf kepada dunia , khasnya bagi mereka yang subugh ukhrawi .
(3) Sabit pahala . Rahsianya akan dibincang dalam bab hukum2 maad .
(4) Maslahat awam dan yang demikian mengikut tiga cara :
(a) Cara memperbaiki nafsu dengan menghadapi al Qudus , al Majid , ataupun nur tamm
meliputinya , iaitu satu kesempurnaan hidup , yang orang awam mengingkarinya. Ataupun zahir
pada hiss sifat iffa , keberanian dan kemurahan .

(b) Cara tadbir manazil iaitu apabila manusia bertumpu kepada satu jihat qudus, mereka akan
bersatu , batin dan zahir .Terpantul nur sebahagian mereka atas sebahagian yang lain maka
tammlah tajalli dan takhalli . Ini kerana nufus seperti cermin , dan tercetak pada sebahagian
mereka , bentuk yang tercetak pada sebahagian yang lain .

(c) Cara tadbir madinah . Apabila rakyat menerima dan mengikuti perintah, akan baiklah segala
perkara mereka .Dan nur qudus akan melindungi mereka . Mereka mula mengingati Allah dan
taubat daripada zalim dan lalai . Orang awam menganggap ia maslahat saja , tetapi kami
berpendapat bahawa maslahatnya kerana kukuh tapak perintah pada prinsip .

Dan dosa2 besar juga mempunyai empat ciri :


(1) Prinsip yang kukuh pada melawani Asma dari segi bentuk mizaj .
(2) Seksa yang sabit .
(3) Dakwah yang wajib .
(4) Merosakkan maslahat pada bahagian2 yang telah disebutkan .

Khilaf Tariq Amal


Ketahuilah bahawa manusia berbeza pendapat pada jalan mencapai qurbah kepada Allah
Subhanahu , kemudian daripada muafakat atas wajib mencapai qurbah kulli semungkin boleh .

87
Majusi menyembah satu makhluk yang mereka anggap sebagai representasi Uqul.

Musyrik menyembah patung2 orang yang mereka anggap muqarrabun di mana telah terbit
daripada mereka kekeramatan menghidupkan , mematikan dan lain2 .

Mujassim menyembah satu makhluk ataupun satu objek waham yang mereka anggap sungguh
cantik .

Majusi menegaskan : Mana bagi kami kedudukan di sisi al Khair , at Tamm . Bagi kami cukup
kami menyembah makhluk yang merepresentasi al Khair . Pendapat kami : Apakah tidak terdapat
bagi setiap yang tercemar sesuatu yang qudus yang terlebih dekat kepadanya .

Kata musyrik : Qurbah kepada al Malik mustahil tanpa syafaat teman2Nya, iaitu arwah2 dan
malaikat2 yang tanzih daripada jisim. Maka wajib atas kami menyembah patung2 yang kami
jadikan representasi arwah dan malaikat, kerana Allah mengetahui tentang ibadat kami
kepadaNya kerana Dia hayy, alim , dan berkuasa .

Jawab kami kepada mereka : Tidakkah Allah meliputi segala perbuatan dari segala seginya ?
FirmanNya : Apakah Dia tidak mengetahui , yang menjadikan, sedangkan Dia Maha Halus dan
Maha Mengetahui .........(1 ) dan firmanNya : Apakah engkau menyeru Ba’la dan meninggal
khalik yang paling baik ...(2)

Mujassimun berkata : Allah mempunyai kemolekan . Setiap yang molek itu menyerupai Allah dan
berhak disembah.(3) Kami berkata : Bukankah keterhinggaan dan keterkaitan satu yang paling
jelek ?

Ketiga golongan ini ahli jahanam , maka renunglah .

Dan awliya berpendapat bahawa qurbah dengan al Khair , at Tamm adalah dengan insilakh
daripada bentuk jasmani semungkin boleh , kemudian fana .

Hukama berbeza pendapat dengan anbiya , tetapi bersatu pada ibadat . Adapun anbiya , maka
Allah tajalli AsmaNya pada dada mereka dan mereka pun mencapai qurbah kepada al Khair ,at
Tamm melalui Qurb Faraid dari kerana darurat persediaan mereka . Asma menyuruh mereka dan
melarang , dan mereka pun turut dengan rela .

Adapun hukama , mereka mendapat taufik mencapai Qurb Wujud , yang mewajibkan ibadat dan
taat kepada syariat. Engkau pun telah ketahui bahawa Qurb Wujud mempunyai tiga cabang .

Pertama , hikmah dan khalifahnya adalah aqal , dan haram apa yang mencacatkannya seperti
mabuk .

Kedua asmah dan khalifahnya adalah iffa , iaitu tidak tenggalam dalam lazat hissi . Maka haram
tenggelam dalam lazat hissi .

Ketiga wajahah dan khalifahnya adalah din yang benar dari segi mencapai qurbah melaluinya ,
dan kehormatan dalam bentuk yang tertentu .

88
Din yang Benar
Maksud aku dengan din yang benar adalah tunduk kepada ciri2 Asma mengikut keperluanNya .
Diharamkan bunuh , tuduhan palsu , curi kerana orang ini diketawakan masyarakat .

Dan hikmah mewajibkan pegang dengan beberapa aqaid . Asmah mewajibkan puasa . Wajahah
mewajibkan solat dan zakat . Ini syarah , secara kamal, tentang jihat syariat yang berasal dari ar
Rabb .

Kemudian apabila meningkat tahap pembangunan masyarakat, berlakulah hudud. Makna hudud
adalah satu perkara yang menyatakan puncak tahap pembangunan . Maka tertentu hudud dengan
tahrim zina dan liwat , dan tidak bagi jimak yang halal , untuk meredakan shahwat , menghasilkan
zuriat , dan menunaikan hak wanita .

Haram bunuh secara zalim , dan dikecuali perang defensif dan jihad . Beginilah berlaku
ketentuan2 bagi segala perkara .

Dan jika engkau berkata : Kenapa diharam bunuh , padahal ia tunduk kepada hukum al Mumit .
Dan demikian bagi segala larangan , semestinya ia mazhar bagi Asma , maka kenapa diharamkan ?

Pendapat kami , al Mumit adalah penyedia asbab yang mematikan ( iaitu ia bukan Asma Qadim).
Sesungguhnya keburukan adalah bidaah alam campuran ini , sama seperti qabd .

Kata yang menghimpunkan di sisi kami , bahawa setiap Asma yang membawa maksud ijad , maka
ia adalah Asma secara hakikat . Dan setiap Asma yang membawa maksud fana , maka ia adalah
Asma secara majaz . Ini merujuk kepada Asma Qadim .

Adapun Asma Mutajadid yang membawa maksud nafi dikira hakiki juga . Akan tetapi din adalah
tunduk kepada hukum Asma Qadim .

Ketahuilah bahawa adat mempunyai peranan yang penting dalam turunnya wahyu yang tertentu .
Pada prinsip, sumber istinbat adalah suruhan kulli . Kemudian kepelbagaiannya pada mauthin
wahyu berlaku dalam nasamah yang sangat dipengaruhi adat .

Darjat suruhan kulli adalah sangat tinggi . Yang demikian kerana suruhan dan larangan adalah
Asma yang tajalli pada ain tsabit penerima wahyu . Ia tajalli atas qadar persediaan penerima , dan
kerana inilah anbiya adalah keturunan sebapa bukan seibu . Dengan ibarat lain , syariat turun
mengikut wujud azalinya , dan diberi setiap yang tersedia mengikut persediaannya .

Maka Nafsu Rahmani yang membawa tasyri’ direpresentasi pada mauthin ilmu dengan bentuk
yang terbit daripada ain tsabit . Bentuk yang dinyatakan oleh ain adalah secara menghasilkan dan
mengkategorikan , bukan secara menentukan jenis dan nau .

Kemudian ia berbentuk pada zahir dalam pelbagai perkara , yang diridhai hiss dan adat terhadap
bentuk dan adabnya . Dan ini rahsia kata2 orang awam bahawa syariat berubah mengikut zaman
dan tempat . Dan dengan ini terbuka rahsia hadis Jumaat. ( 4 )

89
Nabi Mohd saw penghulu segala rasul, dia paling tamm hakikatnya dan paling kamal ke-ummi-
annya dan paling am Asmanya , dan kaumnya pun ummi . Dijelaskan kepadanya perkara2 yang
tidak pernah dijelaskan kepada mana satu nabi pun.

Maka dia pun mensabitkan sunnah , mengajar adab dan menetapkan waktu2 beramal , selepas
mempertimbangkan perubahan2 dan pertukaran2 dengan pemikiran yang menyeluruh . Kitab2
seerah menyaksikan atas kejadian ini .

Bermula nasakh ada beberapa bagai :


(1) Kerana Taraqqi : iaitu taraqqi Nabi saw daripada darjat lama sepertimana pada jihad . Engkau
telah diberitahu rahsianya dalam Khizanah Enam .
(2) Kerana mengingati hakikat sesuatu perkara , selepas tenggelam dalam kehendak ain .
Contohnya Nabi Ibrahim as , apabila dia qarib kepada hadrat zat direpresentasi qurban kulli di
sisinya dalam bentuk menyembelih anaknya, sebagai yang paling tamm.

Makna aku, bahawa Asma yang tajalli pada ainnya menyuruh dengan penyembelihan anaknya
kerana munasabah dengan qurbah pada ijmal . Kemudian apabila dia sedar daripada tenggelam
dalam tuntutan ain, dia memadai dengan ijmal dengan menyembelih kibas.

(3) Kerana mengikut adat pada permulaan , kemudian meninggalkannya seperti perubahan2
dalam zakat. Pada awalnya kambing betina disembelih dalam bulan Rejab , kemudian diangkat
ketentuan waktu, kemudian dikekal penyembelihan , kemudian ditentukan nisab .

Dan Abu Daud telah riwayatkan dari Ibn Abi Laila tentang perubahan pada puasa dan solat .
Firman Allah Subhanahu : Tidak Kami nasakhkan daripada ayat2 atau melupakannya ,
melainkan Kami datangkan dengan yang lebih baik daripadanya atau seumpamanya......(5)
Makna .... yang lebih baik daripadanya ..... pada sisi kami, ialah nasikh yang lebih patut ,
mengikut keadaan semasa .Dan makna .. atau seumpamanya..... ialah mengikut keperluan ain
tsabit Nabi saw dan perkembangannya .

Dan daripada amalan , ada yang semata2 baik dan yang semata2 jahat . Maksud aku bahawa jelas
ia jahat kerana asalnya jahat atau dengan kata lain ia jahat pada segala mawathin. Maka yang
awal adalah wajib dan yang kedua adalah haram .

Dan ada yang mengandung kejahatan seperti pandang kepada ajnabi , kerana ia mengandung
maksud zina kerana bolih membangkit perbuatan itu . Dan ada yang mengandung kebaikan
seperti menyebut : SubhanaKa , ya Allah ..dalam solat kerana ia menguatkan takzhim.Maka
yang awal adalah makruh dan yang kedua mandub . Dan segala yang bukan demikian, maka ia
adalah mubah . Tidak ada baik dan tidak ada jahat padanya .
Setiap mandub yang diamalkan oleh seorang yang pada hatinya terbit Asma Mutlak Am , sepatut
diamalkan oleh manusia . Yang demikian kerana mengamalkan juzi melazimkan amal dengan
kulli. Maka tetaplah kulli pada alam yang dapat diertikan oleh waham . Maka renunglah .

Fardu Ain
Kalimat Shahadat adalah asal din . Akarnya adalah huwiyah sarf . Bentuknya pada kejadian qadim
menghimpunkan segala ibarat dan wajah2, dan kerana inilah ia asal din .

90
Dan pada marifat hukama dan sahabat , ia adalah tanda ikhlas dalam perkembangan sifat nafsu .
Dan tauhid tamm dalam perkembangan kamal awliya . Dan dengan menyebut kalimat ini atau apa
yang seumpama maksudnya , dengan perbuatan , jadilah ibadat .

Ketahuilah bahawa minta hajat daripada arwah si mati dengan mempercayai bahawa ia adalah
sebab tertunai hajat adalah kufur . Wajib awas daripadanya . Kalimat ini mengharamkannya ,
tetapi manusia sekarang sangat gemar padanya .

Akar solat adalah al Hayy , al Qayyum secara tafsil kemudian al Ali , al Azhim . Wazan solat
serupa dengan wazan kejadian Nabi saw . Dan kerana demikian ia mempunyai banyak jihat yang
berfuruk , yang representasikannya pada hiss ( pada Hari Hisab). Maka sujud, rukuk dan qiam
adalah daripada representasi al Hayy , al Qayyum , secara tafsil dan ini asal solat .

Kemudian dilengkapi dengan tilawah , yang akan dibicarakan. Dan juga taharah , untuk
membangkitkan sifat tanzih . Sedemikianlah penzahiran jihat2 solat sehingga tamm rukunnya .

Bentuk solat pada nafsu adalah keramahan . Dan bentuknya dalam mudrik dan waham adalah
muhibbah , dan dalam khayal adalah takzhim . Dan pada sebutan sebagai puji , tasbih dan takbir .
Dan pada badan sebagai perbuatan2 dan rukun2 yang khas. Maksud aku dengan keramahan
adalah satu rabitah yang turun daripada asal kejadian . Sepertimana sabda Nabi saw : Arwah2 itu
tentera bersenjata , maka barangsiapa yang berkenalan maka beramahlah , dan yang saling
inkar pasti berlawan . (6)

Puasa adalah daripada representasi Sifat2 Salbiah seperti as Subugh , as Samad dan lain2 .
Wazannya adalah wazan Nabi Idris as . Asal kejadian Nabi Idris adalah Salbiah .

Bentuknya pada nafsu adalah kebebasan daripada kesibukan hiss. Dan dalam mudrik , waham dan
khayal kebebasan daripada mengambil bahagian dalam perkara2 yang bersangkut paut dengan
hiss. Dan pada lisan tasbih dan taqdis dan pada badan , tahan diri daripada lazat yang tiga ( iaitu
makan , minum dan jimak ).

Tapaknya rasikh dalam segala mawathin melainkan pada badan . Ini kerana lapar adalah
sebahagian besar daripadanya , ditampal dengan sedeqah fitrah dan disunatkan beri makan orang
miskin .

Dan Nabi saw paling murah tangan pada bulan Ramadhan. Dalam al Quran al Majid : Dan atas
mereka yang mampu, fidyah memberi makan orang miskin.....(7) iaitu mampu memberi makan
orang miskin , dan disebut sini sedeqah fitrah .

Zakat adalah representasi Sifat2 Idafi dan wazannya adalah wazan Nabi Adam as .Dan bentuknya
pada nafsu adalah limpahan kamalat ilmu dan amal . Dan dalam waham direpresentasi sebagai
murah tangan , dan turunnya untuk menolak bakhil . Dan pada kharij berkenaan dengan prinsip2
urusan harta yang empat macam iaitu binatang 2 ternak , duit , pertanian dan perniagaan .

Ketahuilah bahawa setiap alam yang bawah berasal dari alam yang atas . Adapun Nafsu Rahmani
ia senentiasa terpelihara . Dan ada perkara2 yang kait dengan perkembangan hidup ditolak .

Puasa hukama membawa kepada tajarud nafsu dan zakat mereka mencetuskan limpahan aktual .

91
Hajj adalah representasi al Hayy , al Qayyum secara ijmal . Yang wajib pada perkembangan qadim
adalah bentuk am . Tidak tertentu al Bait dan tidak yang lain .

Sesungguhnya tertentu Hajj dengan Asma Hadas yang timbul pada sadr Nabi Ibrahim as. Maka
wazannya adalah wazan Nabi Ibrahim as .

Bentuknya pada nafsu adalah haiman , iaitu satu daripada bentuk keramahan yang berkait dengan
qurbah dan mushahadat . Dan dalam mudrik dan lainnya sebagai hudur , dan pada kharij sebagai
tawaf sekeliling Kaabah , dan ini adalah asal Hajj. Dan takzhim dengan ihram serta disokong
dengan wuquf pada Arafah . Inilah penzahiran jihat2nya maka tammlah rukunnya .

Tilawah dan Zikir : Adapun tilawah maka asalnya memahami al Quran mengikut tahapnya . Ada
lima tahap dan kami telah menyebutnya . Dari segi petunjuk , al Quran menghimpum macam2
ilmu . Maka wajib tilawah dalam solat dan sunat pada lain2 ibadat .

Tasbih dan Takbir : dan lain2 adalah representasi apa yang dimaksudkan dalam firmanNya :
yang baqi , yang soleh adalah lebih baik di sisi Rabb engkau ......(8) Dan Nabi saw telah
tafsirnya dengan bersabda : Subhahana Allah , wal Hamdu lil Allah.... (9) Dan engkau telah
diberitahu rahsia baqinya dalam suhuf.

Dan dalam hadis Juwairiyyah dan Safiyyah , bahawa Rasulullah saw berjumpa Safiyyah sedang
dia bertasbih maka sabdanya : Adapun puji2 aku lebih pahala daripada puji2 engkau...
Kemudian bersabda Nabi saw : Subhana Allah sebanyak ilmuNya .... (10)

Rahsia di sini bahawa kalimat2 ini tetap pada suhuf , dan jihatnya menghadap apa yang
dimaksudkan dengan kalimat2 ini . Yang baqi dan soleh ini jika zahir akan meratai segala ufuq .

Silaturahim dan lainnya : Asalnya ar Rahman sepertimana menunjuk atasnya sabda Nabi saw :
Silaturahim adalah satu dahan dari ar Rahman ..(11) Dan ar Rahman adalah al Qadir pada azali
. Ketika turun kepada tahap syarak , dan berpadanan dengan sifat manusia , Ia nyata sebagai
silaturahim , maka renunglah .

Itq ( membebasan hamba) asalnya ar Rabb dari segi kamal . Ia umpama zakat .

Jihad adalah sinaran permusuhan qudus dalam bentuk bunuh dan tawanan , sepertimana kami telah
sebut.

Aiman dan Nazar : adalah penetapan perbuatan dengan Asma2 Allah . Asma in zahir dalam ciri
syarak tidak lain . Tujuannya takzhim Asma2 Allah .

Kiffarat dan Hudud


Kiffarat ada dua bagai :
(1) Menghilangkan kejahatan dengan kebaikan , dan semestinya terdapat representasi
kebaikan secara zahir .
(2) Hilang penjahat dalam merenung kejahatannya, dan dengan ini mengenal rahsia istighfar . Ia
wajib atas kaum yang melakukan kesalahan .

92
Hadd adalah sesuatu yang subugh dan positif . Engkau telah ketahui bahawa hadd berkait dengan
kehidupan dunia dan representasinya pada syarak adalah sukarela . Ia turun untuk perkara2 yang
nyata kejahatannya, di mana wajib menahan manusia daripada melakukannya .

Qurban : Asal puji bahawa engkau mensifatkan Allah Subhanahu secara sukarela dengan apa
yang patut bagiNya secara darurat yang mungkin . Maka ia akan tsabit dalam suhuf engkau dan
akan jadi manfaat bagi engkau pada akhirat nanti .

Yang demikian melalui percakapan , dan telah engkau ketahui rahsia dalam percakapan kerana
cakap adalah daripada kejadian hakiki , dan melaluinya ternyata segala perkara. Ataupun secara
takzhim , maka jadilah hati dan badan engkau keduanya digunakan untuk membesarkanNya .

Ataupun dengan perbuatan , iaitu qurban di mana engkau hadiahkan ruh binatang yang engkau
telah korban kepadaNya secara sukarela, iaitu menjadikannya bebas daripada jasad .

Qurban adalah khususiah hakikat Nabi Ibrahim as , dan kerana demikian dia telah diambil sebagai
contoh . Dan ditentukan 10 ZulHijjah untuk melaksanakan ibadat qurban sepertimana dia
melakukannya .

Dan di sini satu rahsia yang sangat dalam , iaitu bahawa qurban adalah mengeluarkan ruh daripada
jasad. Maka termasuk dalam qurban bentuk ruh , dan ruh adalah satu alam tersendiri . Maka
dengan qurban engkau telah memuji Allah dengan seluruh alam .

Bermula kejadian2 mujarad melagak ketuhanan dan menuntut persembahan daripada manusia .
Maka setiap ruh berkehendak diqurban untuknya dan disembah . Maka awasilah engkau daripada
ditipu ruh dengan demikian amal dan engkau kufur dengan Dia yang telah menjadikan dan
membentuk engkau . (12)

Kabair (dosa2 besar ) dan antaranya ialah :


(1) Syirik : pada ibadat seperti solat , zakat , puasa , Haji , qurban , zikir , memerdekakan hamba
dan lain2 yang telah diharamkannya oleh wajahah , iaitu tunduk kepada hukum ar Rabb . Asal din
bahawa tidak mensyukuri melainkan Allah dan tidak dikhidmati dan ditakzhimkan . Akan tetapi
Allah telah tinggalkan bagi mereka serba-serbi demikian perbuatan secara kurnia .

(2) Bunuh : Tunduk kepada hukum ar Rabb untuk memelihara wujud , mengharamkan bunuh .
Dan asal din mengharamkan segala pembunuhan dan menyokong segala ijad . Telah turun hukum
dalam pembunuhan sebagai wahyu dan dikecualikan qisas dan jihad .

(3) Curi : Tunduk kepada hukum ar Rabb untuk mengutamakan berdikari mengharamkan curi .
Maka turun hukumnya berkenaan dengan harta sedemikian2.

(4) Zina : Asmah telah mengharamkannya , dan dikecualikan nikah hingga empat kerana satu
tuntutan kulli yang telah datang dalam bentuk wahyu .

(5) Qazaf ( tuduhan palsu ) dan Ghibah ( umpat ) : dan lain2 , kesemuanya diharamkan oleh ar
Rabb untuk memelihara kehormatan .

93
(6) Makanan kotor : diharam oleh wajahah . Telah turun hukumnya mengikut adat Arab. Maka
yang baik adalah apa yang mereka pandang baik dan kotor adalah apa yang mereka pandang kotor
.

(7) Sukr : iaitu mabuk, yang diharam oleh hikmah , dan dikecualikan ubat tidur dan lain2 .

(8) Riba pada jual-beli : ar Rabb telah haramkannya untuk memelihara berdikari . Hukumnya
berkenaan dengan makanan , wang logam dan tunda penjelasan hutang . Maka renunglah .

(9) Zihar : Pembohongan yang dikemukakan maksud majaznya sebagai sah . Pendapat kami
adalah bahawa perhubungan maksud majaz lemah dan tidak ditegaskan dalam wahyu .

Secara ringkasnya ini adalah ijmal susunan syariat . Dan kami cuma menyentuh perkara dakwah.
Dan akan dibicarakan balasan dalam Khizanah tentang maad.

Kata yang menyatukan di sisi golongan hikmah bahawa Nafsu Rahmani yang membawa syarak ,
dan jihat yang terbit daripada ar Rabb secara kamal , keduanya dikhaskan dan disesuaikan
dengan mengambilkira maslahah dan adat dalam mawathin wahyu .

Maka renunglah . Sesungguhnya kami telah kemukakan prinsip2 beberapa masaalah . Dan ini
semua diserah kepada hakim .

Adapun anbiya , mereka hilang diri dalam tunduk kepada AsmaNya yang menyuruh dan melarang,
dan tidak terlapang untuk menyelidik segala implikasi hukum .

Dan hukama , mereka mengikuti anbiya dari segi memegang dengan wahyu , bersama Asma yang
tajalli dalam mereka. Maka renunglah .

(1) Surah al Mulk , 14


(2) Surah as Saffat , 125
(3) Mujassimah adalah mereka yang mensifatkan Allah dengan sifat yang ada pada manusia dan
makhluk.
(4) Muwatta , Jld 1 , La Jumaat fi-l-Awali
(5) Surah al Baqarah , 106
(6) Bukhari , Bab –ul-Arwah Junudun Mujannadatun
(7) Surah al Baqarah , 184
(8) Surah al Kahfi , 46
(9) Muwatta , Jld 2 , Bab –ul- Baqiyat –us -Salihat
(10) Mishkat , Baba –ut-Tsawab –ut-Tashbih...
(11) Tirmizi , Ma Ja fi Qathi’ –ir-Rahimi
(12) Surah Infitar , 7

94
KHIZANAH SEMBILAN
( Kehidupan selepas Mati )

Baginya empat manazil


Alam Barzakh
Nabi saw telah menamakannya alam kubur . Tahkik perbincangan pada pendapat aku, bahawa
Nafsu Natiqah , jibilahnya mendidik badan , bahkan ia adalah diri didikan ini . Maka tidak
mungkin bahawa ia tidak mendidik pada permulaan ataupun pada keadaan baqa.

Maka semestinya ia berkait dengan ruh tabii (nasamah ) semasa ruh berpisah dari badan . Dan
fungsinya pada kaitan ini untuk memelihara maddah nasamah , menunaikan kehendak jibilah
nasamah, dan mencapai semula persepsi2 khayal dan waham yang terbiasa kepada nasamah .

Dan manusia selepas mati beberapa tabaqat :


(i) Mereka yang berhubung dengan malaikat tinggi kulli , dan mereka adalah kammal antara yang
mengkamalkan . Fungsi mereka dan limpahan mereka adalah kulli .

(ii) Mereka yang berhubung dengan malaikat tinggi juzi . Kebanyakan mereka shahid yang
sabiqun dan mereka yang seumpama , seperti Hamzah ra . Fungsi mereka adalah menunjukkan
prinsip2 kulli dalam kelakuan2 tertentu .

(iii) Mereka yang berhubung dengan malaikat rendah , dan golongan ini ada beberapa tabaqat .
Antara mereka shahid , abrar , dan mereka yang seumpama mereka dari kalangan ahli fana yang
pertama , dalam hal .

Fungsi mereka juzi seperti membantu orang yang dizalimi , dan berbagai2 perkara juzi yang
memanfaatkan manusia , menolak fitnah juzi (tertentu) dan memberi bantuan yang membawa
kemenangan .

(iv) Mereka yang berhubung dengan jinn secara tamm , iaitu mereka yang telah melakukan
beberapa jenis kejahatan. Kemudian timbul satu aspek dari himpunan amal kejahatan itu di mana
Nafsu Natiqah mereka fana dalamnya .

Dan bagi tabaqat in beberapa juzuk mengikut jenis kejahatan yang termenang . Antara mereka ada
yang menyakiti orang lain dan yang melakukan kejahatan yang lain.

(v) Mereka yang berhubung dengan jinn secara lemah . Mereka membiasakan satu malakah jahat
dan Nafsu Natiqah mereka fana dalamnya . Mereka tergolong mengikut malakah jahat .

(vi) Mereka yang fana pada satu aspek yang terbit daripada jumlah kebaikan .

(vii) Mereka yang fana dalam satu kebaikan seperti mereka yang fana dalam satu kejahatan.

(viii) Mereka yang tidak fana dalam mana satu kebaikan ataupun kejahatan , dan tidak juga
terlalu terpengaruh oleh mana satu . Dan kebanyakan manusia golongan ini .

95
Bermula fana dalam satu malakah yang baik atau jahat adalah satu perkara yang utama dalam
zauq . Tetapi sebenarnya, sepertimana mungkin fana dalam Allah Azza wa Jalla dan Asma2Nya ,
mungkin juga fana dalam mana satu objek ruhani .

Israqiyun dari kalangan Yunani mengamalkan ini dan mereka fana dalam ruh aflak dan kawakib.
Dan ini semua adalah batil di sisi hizb hak .Adapun manusia , dia boleh fana dalam malakah baik
, jahat ataupun mubah .

Bukankah perkara2( fana) ini maujud dalam mana satu kejadian (objek fana ), dan bagi objek
khususiah yang dengannya tertentu ciri fana . Bukankah bagi setiap yang maujud, tariq yang
membawa kepada yang lain , dan munasabah dengannya apakah secara bersatu pada kejadian
ataupun keserupaan duniawi.
Maka apabila tergambar satu malakah di sisi seorang dengan perhiasannya , dan tersentak hatinya
, nafsunya akan turutinya sehingga berhimpun bersamanya pada mawathinnya dan terceluplah
nafsu dengannya .

Pada ini terdapat dua golongan :


(i) Mereka yang mudah celup pada mizaj ; apabila mereka bertumpu kepada ar Rabb Taala
mereka fana serta merta, tetapi mereka tidak mencapai fana shafahi kerana ia berhajat kepada
tajalli berulang2 dan jazba berkali2 .

Golongan ini dalam keadaan amat berbahaya jika mereka tidak fana dalam Allah kerana dikhuatiri
fana dalam malakah saja , apakah baik atau jahat .

(ii) Mereka yang tidak terima celup pada mizaj, dan jika mereka bertumpu kepada al Khair al Hak
akan terbenar bagi mereka fana shafahi . Dan golongan ini bebas daripada bahaya. Maka renunglah
.

Mizaj badan kadang2 mewariskan satu ciri campuran Nafsu Natiqah dengan hiss, seperti pada
firman Allah Taala : Akan tetapi ia condong kepada bumi......(1) Maka tidak berkuasa yang
empunya campuran ini , membebaskan dirinya daripada dunia .Adakala ciri ini turun-temurun ,
sebagimana (nafsu) anak adalah keturunan (nafsu) ibu-bapanya sepertimana kami telah beritahu .

Golongan mizaj ini terbahagi dua : golongan yang tidak tahan tanggung yang buruk dan yang baik
kerana kuat campuran dunia . Dan golongan yang mampu tanggung kedua .
Mereka yang tanggung yang buruk termasuk sahabat jinn . Mereka mempunyai satu objektif yang
sama2 dituruti .

Atas natijah irfan terdapat satu helah di mana seorang yang buruk mizajnya dapat fana dalam
malakah yang baik . Dalam manazil ini nyata ilmu2 , maarif dan keberkesanan yang ajaib yang
tidak terdapat dalam manazil yang lain . Yang demikian kerana tertolak halangan kesibukan hiss
dengan dunia .
Ringkas kata , manusia dalam dunia ini mempunyai tiga quwwah : khayal , waham dan idrak .
Dengannya pengajaran dan pelajaran . Dan kerana inilah mereka akan fana dalam quwwah mereka
di sana , tidak di dunia ini .

Ketahuilah bahawa manusia dalam peringkat qubur disoal atas akhlak dan malakah mereka . Dan
dalam peringkat hisab mereka disoal atas amalan dan aqidah .

96
Dan pada pendapat kami , tidak memanfaatkan mayit melainkan empat jenis amalan .
(i) Membuat baik kepada yang qarib dan tersayang kepadanya kerana ini menyerupai berbuat baik
kepadanya .

(ii) Menziarah quburnya dan baca al Quran di sana kerana ia membawa kegembiraan kepadanya .

(iii) Menjadi gantinya dengan bersedekah atas pihaknya atau membebaskan hamba, atau berhaji
untuknya , sepertimana dalam hawalah untuk mayit dan lain2 .

(iv) Minta ampun kepada Allah Taala untuknya dan Dia terima dengan limpah kurniaNya ,
mengangkat darjatnya , dan memaafkan kejahatannya .Adapun perkara2 lain seperti minta
bantuan mayit lain , dan bacaan Fatihah dan selainnya , maka tidak bermanfaat .

Dan apabila engkau mendengar hadis yang menunjukkan bahawa ruh2 itu mengambil ruang dan
berterbangan bersama malaikat, jadikanlah ia penguat bagi maklumat yang kami telah beritahu
engkau . Iaitu bahawa bagi ruh2 beberapa tempat , atas langit , dalam qubur dan dalam atmosfera .
Dan asal pada pengkhususan satu tempat bukan tempat yang lain , kerana hubungan mereka
dengan puak yang khas .(2)

Dan dalam qubur beberapa jenis azab mental , hissi dan jasmani . Asal dalam pengkhususan azab ,
malakah akibat persediaan badan . Dan umpama demikian, beberapa jenis pahala .
Adakala badan mayit kekal terpelihara kerana kuat Nafsu Natiqah dan tumpuannya kepada qubur .
Kebanyakan shuhada dan hafiz al Quran dalam golongan ini . Dan bagi azab hissi, sebab yang
sama .

Qiamat Besar dan Kebangkitan


Ketahuilah bahawa apabila Yahudi melampau dan melawani Allah dengan membunuh anbiya dan
menghina Nabi Isa as , suhuf amalan mereka sarat dengan kezaliman dan kekerasan , dan
kejahatan mereka pun sampai awan langit .

Dan kejahatan yang terdahulu dari kaum Ad dan Tsamud dan lainnya pun sampai awan langit, dan
meninggal bekas yang khusus . Dan berpadu kejahatan Yahudi dengannya sehingga jadi satu, yang
tetap dalam kejadian yang lebih tamm dan alam yang lebih kamal .

Dan ia pun mengambil bentuk yang sama seorang lelaki , al Masih ad Dajjal yang bertumpu
mengerjakan jahat saja . Dan apa juga tumpuan yang total , ia akan dapat sokongan daripada Allah
Taala .

Maka tidak henti berlaku kejahatan dan kesempurnaan ad Dajjal pun bertambah , sehingga Allah
membangkitkan Rasul saw dan terbit Asma Mutlak daripada fuadnya . Maka tersingkirlah ad
Dajjal beberapa ketika .

Dan apabila zaman Nabi saw lama berlalu, berlakulah banyak kejahatan dan bertambahlah
kesempurnaan ad Dajjal . Dan setiap kejahatan pun berhubung dengannya seperti hubungan juzi
dengan kulli , sehingga penuh bumi dengan kezaliman dan sesat kebanyakan umat .

97
Kemudian Asma Mohd yang menghimpunkan akan membantu . Maka ternyata seorang lelaki
(iaitu Imam Mahdi) yang sama nama , dengan akhlak dan bimbingan seperti Nabi saw. Dia akan
membetulkan umat yang sesat dan bumi pun penuh dengan keadilan .

ad Dajjal akan murung dan tidak dapat kawal diri , maka dia pun mendakwah ketuhanan dan
membuat fasad di muka bumi tanpa hak dan menyesatkan manusia sehingga kejahatannya sampai
ke awan langit .

ad Dajjal akan disaing Asma Isa kerana dia pembasmi kejahatan Yahudi ,yang adalah pembinaan
ad Dajjal . Nabi Isa as akan dikuatkan dengan kesempurnaan Asma Mohd yang menghimpunkan
dan turun membunuh ad Dajjal, takluk bumi dan memelihara hak Asma Mohd yang
menghimpunkan .

Kemudian akan berhamburan ruh ad Dajjal yang menyatukan segala kejahatan dan binasa
manusia di tangan Yajuj dan Majuj . Kerana himmah Nabi Isa as akan terangkat segala kejahatan ,
dan apabila wafat Nabi Isa as manusia pun terjun ke dalam kejahatan .

ad Dajjal menjadi ruh yang tercampak dan fasad akan umum , tidak terdaya pembebasan
daripadanya . Maka datanglah qiamat menghapuskan nizam alam dan merosakkan tertibnya. Dan
akan begini beberapa waktu .

Kemudian Allah akan mendirikan kehidupan yang lain, dan bergantunglah nufus dengan badan2
mereka kerana beberapa persediaan yang akan diperlakukan . Kemudian manusia akan
dibangkitkan dan mereka seperti keadaan di dunia . Selepas beberapa ketika dilimpah atas mereka
tajalli yang subugh maka terdiri bagi mereka kehidupan yang lain .

Dan telah datang dalam hadis bahawa hujan (ruhani ) turun atas mereka dan segera mereka
bangkit hidup .(3) Jika sah hadis ini maka inilah bayan persediaan. Dan dalam hadis lain bahawa
mereka tersangat heran kemudian diseru kepada satu mauqaf , dan ini juga syarah kehidupan
akhirat yang kami telah sebut tadi .

Manusia ketika dekat qiamat berbagai2 . Ada yang kamal secara tamm dan ada yang naqis secara
tamm . Demikian kerana kejahatan yang kamil pada ketika itu bagi ad Dajjal dan kebaikan kamil
bagi Mahdi as dan Nabi Isa as .Kerana demikian mereka akan membantu seseiapa yang ingin
mengikuti mereka .
Ketika itu tauhid akan dinyatakan kepada puak2 masing2 . Yang baik kerana insilakh mereka
kepada Allah semata2 dan yang jahat kerana tunduk kepada ad Dajjal , mengikut persediaan
masing2 .

Kerajaan zahir terbahagi keatas bangsa2 mengikut peredaran zaman . Pada awalnya ia milik
Hijaz, kemudian Iraq, kemudian ahli Faris, kemudian ahli Hind dan hari ini ke Afghan .

Dan begitu juga kerajaan batin . Tetapi tidak terdapat pada Afghan dan ahli Faris insilakh dan
kamalat mereka setakat mizaj .

98
Hari Hisab
Padanya beberapa ajaib yang tidak terdapat pada manazil yang lain . Yang benar bahawa ini
manzil jasmani yang berbeza dari jasmani dunia pada dua wajah, yang kami telah sebut dalam
ilmu suhuf .

Ketahuilah bahawa suhuf akan dihadirkan ketika itu dalam lapangan qiamat . Kemudian sifat2 Jalal
dan Jamal akan melimpah atas suhuf ( catatan amal ) maka bentuk2 amal akan menjadi jasad.

Tidak terdapat pada suhuf perkara2 mubah , yang tidak mewariskan malakah buruk dan tidak terbit
daripada satu keburukan batin yang kuat , dan tidak mewariskan malakah baik dan tidak terbit
daripada satu kebaikan batin yang kuat . Mubah hilang kerana tidak sampai kepadanya limpahan
daripada sifat2 Jalal dan Jamal.

Allah mempunyai satu sifat iaitu ilmu tamyiz guna mengasingkan dua perkara yang bersepakai dan
saling menyerupai . Ayat yang menunjukkan ke atas sifat ini , sebagai contoh , berkenaan dengan
peristiwa Uhud : Supaya Dia mengetahui mereka yang benar dan mereka yang bohong ......(4)
Sifat tamyiz ini pada pendapat aku, dan Allah yang lebih mengetahui , adalah sebab dan asal
kejadian Uhud .

Ia juga sebab pantulan segala sifat yang lain .Dan pantulan dari sifat ini satu jauhar berbentuk
mizan , dengannya membezakan antara baik dan jahat .

Dan hisab adalah satu daripada mazahir sifat tamyiz . Ketika didirikan mizan , ifadah kulli yang
ijmal melimpah atas segala maujud . Maka mereka akan menyedari amalan masing2 . Ada yang
munkar dan ada yang tsabit , dan semua ini akan berlaku dalam sekelip mata , seperti firmanNya :
Dan Allah adalah sangat cepat pada hisab....(5)

Dan antara ajaib tempat jalil itu , keadaan seorang lelaki yang banyak membuat jahat , dia akan
berjasad sebanyak bilangan kejahatannya, adakala begini dan adakala begitu. Dia akan bersakitan
dengan segala kesakitan dan ketika itu dia akan mengikuti tuhannya dan hawanya .

Orang fasiq yang lalai dari kalangan orang Islam akan mengikuti satu bentuk hissi atau wahmi atau
aqli yang mereka mengetahui sebagai representasi Allah dan masuk neraka . Bentuk ini akan
hilang dan mereka akan mengenal Allah secara mutklak tanpa bentuk . Perubahan ini kerana
pencapaian shahadat yang mereka mengucap2 terdahulu .

Adapun mereka yang baik dari orang awam , idrak hiss mereka merepresentasi huwiyah mutlak
sekadar yang kita namakan nur ghaib . Mereka maju mengikut tahap idrak mereka dengan makna
bahawa idrak mereka yang tidak terang akan jelas kerana limpahan tajalli yang subugh atasnya
.Mereka akan mengenali Allah dengan sebenarnya.

Seperti demikian orang abid akan maju mengikut tahap ibadat mereka sehingga sampai kepada
hakikat2 ibadat . Ini satu ilmu yang sangat dalam .

Shafaat adalah subugh Allah yang jamal . Ia jelma daripada asal penentuan Nabi saw iaitu Asma
al Hayy al Qayyum . Fungsinya menghilangkan kejahatan yang tertulis pada suhuf .

99
Bagi setiap nabi hak memberi shafaat mengikut subughnya dan qurbahnya kepada al Khair ,al
Tamm , al Hak . Mereka yang paling menerima shafaat adalah mereka yang paling dekat kepada
anbiya . Kerana demikian disyariatkan salawat dan taslim atas mereka .

Dan shafaat Nabi saw adalah ibu segala shafaat . Yang aku telah tahkik bahawa jika sekalipun
alam ini daripada barakat subugh Nabi saw , akan tetapi pada alam akhirat akan zahir karamat
shafaat baginya berganda2 yang tidak terbanding apa yang zahir di sini . Sepertimana sabdanya :
Nabi Adam as dan lain2 di bawah panji aku (Hari Hisab) dan ini bukan bermegah2. (6)

Haudh ( telaga ) adalah representasi hidayat Nabi saw yang berbentuk air di sana kerana kuat
penyerupaan antara ilmu dan air . Dan pada pendapat aku , setiap nabi mempunyai haudh masing2
melainkan haudh Nabi saw adalah ibu segala haudh .

Sirat adalah representasi jalan syariat yang lurus yang berbentuk titi di sana , yang lebih tajam
daripada pedang dan lebih halus daripada rambut . Tidakkah Nabi saw mentafsirkan firman Allah
Taala: Ini jalanKu yang lurus , maka ikutilahnya dan jangan engkau ikuti jalan2 yang lain....(7)
dengan satu garis lurus dikelilingi garis2 yang berlengkung . (8)

Jannat ataupun Jahannam


Pada pendapat aku, kata putus di sini adalah bahawa ain tsabit menghimpunkan segala wajah
secara ijmal . Dan pada Hari Hisab akan dilimpahkan atasnya subugh dan wajah2 ini akan
mengambil representasi jisim melainkan bahawa jisim ini berbeza dengan jisim dunia pada dua
wajah yang kami telah sebutkan .

Subugh yang bersifat jamal adalah jannat ataupun bersifat jalal iaitu neraka . Dan yang menentukan
mana satu subugh adalah dua kalimat shahadat ataupun inkar . Dan Rasul saw mempunyai peranan
yang amat tinggi dalam perkara ini .

Dalam jannat representasi jamal adalah seperti menikahi bidadari , makanan lazat , minuman
manis , pakaian cantik dan tempat tinggal yang besar . Ini kerana bentuk amal yang ada pada suhuf
tidak muat amalan mubah sepertimana dibicara pada manzil ketiga, hanya amalan yang rasikh .

Maka akan disempurnakan mana satu jamal atau jalal, dan berjasadlah kebaikan bagi mereka
yang telah berbuat baik dan bertakwa dan dihilangkan kejahatan mereka , diletakkan bawah ijmal .
Pemilihan kharij bagi jasad2 mengikut wajah2 dan nisbah2 yang terlipat dalam ain tsabit . Kami
akan bincang perkara ini secara tafsil .

Dua kalimat shahadat membawa kepada tamm subugh di sana , tetapi ia tidak mempunyai
sebarangan bentuk . Ini kerana apabila bentuknya subugh, zahirlah dua aspek . Yang pertama
berakhir dengan tajalli zat dan irfan tamm.Kedua ini membawa kepada subugh kamal dalam
mauthin maiah di mana tidak beroperasi asbab dan wasitah2.

Yang kedua berakhir dengan hakikat rasul2 sa dan dengannya seorang dibanjiri hidayat rasul2.
Umpamanya awan yang menyelubungi sesiapa yang mendekatinya . Yang demikian membawa
kepada subugh dalam mauthin asbab dan wasitah2 .

100
Aku telah memandang kepada bentuk Kalimat Tayyibah sebagaimana tercetak dalam suhuf, dan
aku telah mendapati bahawa ia mempunyai satu aspek wahdaniah dan aspek kedua yang sarf ,
yang tidak menyerupai yang pertama .

Dan aku juga telah memandang kepada bentuk salawat dan taslim dalam suhuf dan aku mendapati
bahawa ia adalah tamm bagi aspek yang kedua , bukan lain . Dan furuq ini tidak aku kemukakan
dalil melainkan ia naqal daripada suhuf yang terbentang kepada kami dan kami memandang apa
yang kami kehendaki. Segala puji kepada Allah , Rabb segala alam.

Solat mengambil bentuk bidadari2 yang cantik dan istana2 yang tinggi . Ini kerana ketika aku
memandang kepada bentuknya dalam suhuf , aku dapati bahawa ia mempunyai dua aspek . Yang
pertama aspek insan yang timbul daripada khusyuk yang meresapi jiwa badan dan
representasinya adalah bidadari2 dan pelayan 2 .

Yang kedua adalah aspek perhimpunan ( ketenangan ) dan penyeluruhan ( fahaman) yang terbit
daripada qiam, duduk, rukuk dan sujud . Dan representasinya adalah istana2 yang tinggi dan
kebun2 yang subur .

Solat juga mempunyai satu aspek takzhim yang berakhir dengan tajalli zat dan satu aspek
berpaling daripada segala yang bukan Allah . Antara natijahnya kiffarat kejahatan2.

Dan pendapat aku bahawa disyaratkan zikir2 seperti tasbih dan tahlil dan lainnya dalam solat dan
selepasnya untuk melengkapkan istana2 dan kebun2 dengan pokok2 dan buah2an dan
seumpamanya . Dan disyaratkan khusyuk dan sukun dalam solat untuk menambah kecantikan
bidadari2 dan pelayan2.

Dan daripada zauq aku , bahawa solat kadang2 menyerupai satu bidadari saja kerana kurang
subughnya . Dan jika dikerjakan dengan subugh tamm maka setiap rakaat akan menyerupai satu
bidadari di bawahnya tujuh puluh bidadari yang lain .

Demikian sepertimana ain tsabit apabila subugh akan nyata segala wajah yang terlipat dalamnya,
dan setiap wajah akan menyatakan segala wajah yang terlipat dalamnya . Ini kaedah kulli yang
beraplikasi pada istana2 dan pelayan2 dan juga pada segala amalan baik dan jahat .

Bentuk puasa dalam suhuf ada dua aspek . Yang pertama aspek imsak , meniadakan , tanzih yang
berakhir dengan tajalli zat . Rujukannya sabda Nabi saw riwayat daripada Allah Tabaraka wa Taala
: Puasa adalah bagi Aku dan Akulah yang akan membalasnya(9) . Dan sabdanya : Puasa itu
perisai...(10) iaitu jauhkan dari membuat keji yang membawa kepada api neraka .

Yang kedua , aspek tuntutan dan tabii , iaitu kepada keseronokan dan kelazatan . Rujukannya hadis
Bab Rayyan , sabda Nabi saw kepada Bilal semasa dia sedang berpuasa dan dimakan di
hadapannya : Sesungguhnya tulang2 Bilal sedang bertasbih kepada Allah Taala ....(11)

Darinya makanan lazat , minuman arak , dan lainnya dan bersedap2an dengan bidadari dengan
berjimak dan mendengar lagu2 dan lain2 lazat .Dan telah isyarat Nabi saw kepada kedua aspek ini
dalam sabdanya : Bagi orang yang berpuasa dua keseronokan . (12)

101
Zakat dan sedeqah mempunyai tiga aspek . Yang pertama aspek wahdaniah , yang termasuk
dalamnya bentuk orang yang bersedeqah dalam keadaan qudus . Darinya hadir benda yang
disedeqah dalam jannat .

Yang kedua, aspek tunggal yang termasuk dalamnya bentuk subugh orang yang diberi sedeqah .
Dan setiap perkara akan subugh di sana sepertimana dijelaskan tentang dua kalimat shahadat .
Dan dari ini difahami maksud sabda Nabi saw : Kebajikan menambahkan umur...

Yang ketiga , aspek menggagahi nafsu, dan darinya penghilangan segala kejahatan di akhirat .

Haji dan Umrah mempunyai dua aspek . Yang pertama aspek menuntut , rindu dan qudus . Darinya
berlaku tajalli zat .

Yang kedua , aspek menyusahkan , meletihkan dan mencegahkan . Dan dari kedua aspek ini
penghapusan segala dosa yang telah lalu .

Jihad mempunyai tiga aspek . Yang pertama , aspek menyusahkan dan meletihkan dan darinya
terhapus segala dosa .

Yang kedua , aspek meninggikan kalimat Allah Taala . Darinya istana2 tinggi sebagai balasan
yang setimpal .

Yang ketiga , aspek hidayat .Darinya sungai2 yang mengalir di bawah istana2 .

Pembebasan hamba ada satu aspek menyucikan, atas bentuk manusia .Darinya dibebaskan setiap
bahagian orang yang membebaskan hamba dengan setiap bahagian hamba yang dibebaskan .

Zikir seperti tasbih , takbir , tahlil dan hauqalah ,setiap satu mempunyai aspek wahdaniah yang
basit , bercabang2 dan tinggi . Darinya pohon yang subur , dan secara tafsil bagi tasbih, tahlil dan
hauqalah pohonnya tinggi yang tidak berbuah seperti pin , dan bagi tahmid dan takbir pohon yang
berbuah . FirmanNya : SubhanAllah wa bi Hamdihi menghimpunkan kedua fadilat ini .

Tilawat al Quran mempunyai dua aspek . Yang pertama ketinggian darjat mengikut asalnya
sebagai Kalam Qudus .

Yang kedua irfan halus , yang darinya pokok2 wangi .

Dan aurad seperti ayat2 al Quran melengkapi atas beberapa ilmu halus .Ringkas kata yang atas
adalah apa yang kami telah baca daripada matan suhuf yang terbentang depan kami , pada
pandangan pertama .

Adat2 yang tertanam dalam jiwa yang tidak terhapus pada hari hisab juga mempunyai kesan atas
mementingkan beberapa wajah balasan , seperti pada hadis tanaman, kuda2, unta dan anak . (iaitu
di dalam jannat terdapat apa yang diingini jiwa ..) (14)

Iradat manusia juga berkesan . Dan telah kami khabarkan rahsia kejadian anak daripada bapanya
pada penjelasan pengeluaran titisan dalam setengah kitab kami , iaitu anak adalah daripada
beberapa aspek yang terlipat dalam ain tsabit bapanya .

102
Dan setelah engkau ketahui tentang keperluan2 untuk memasuki jannat dan aspek2 ain tsabit
yang memenangkan jenis pembalasan , jadikanlah ia contoh untuk tahkik hal-ehwal api dan aspek2
yang memenangkan jenis pembalasannya .

Maka seorang yang selalu melakukan dosa yang besar , seperti menafikan al Quran , menyakiti
rasul2 dan menyesatkan orangramai diseksa dengan memanjat bukit Suud(15).

Dan seorang yang bakhil yang ingkar bayar zakat , terbit darinya bentuk wahdaniah yang
mengandungi dalamnya bentuk qudus harta yang tidak dibayar zakatnya . Dia akan diazab dengan
bentuk ini seperti dipijak unta , lembu, kambing (16) dan dikalung ular kerana bentuk harta dalam
alam akhirat menyerupai ular (17). Dan distrika dengan emas dan perak.(18)

Perbezaan seksa , bahawa kalung ular adalah untuk mereka yang kasih harta secara kulli dan
mujarad . Dan strika untuk mereka yang mengerasi dan menyusahkan dalam memelihara harta2
yang tertentu .

Seorang yang membunuh diri dengan batu akan membunuh diri dengan batu dalam api
jahannam selama2nya .(19)

Orang yang makan riba akan dicampak dalam sungai darah .(20) Ini kerana harta yang dirampas
di dunia , jika berada dalam tangan pemilik , akan menjadi darah dan makanannya . Dan dengan
perampasan dia dilanda derita seperti derita orang yang hilang darah.

Dan orang yang rampas tanah akan dikalung dengannya kerana bentuk tanah terpelihara di bawah
bentuk perampasan .(21) Dan qias atas ini bentuk2 lain yang disebut dalam ayat2 bayyinat al
Quran dan hadis2 yang mulia .

Yang ditentukan zauq kami bahawa marifat dalam akhirat adalah lebih tamm dan kamal, yang
tidak tergambar bagi seorang pun apakah nabi ataupun wali .
Dan si arif akan mempunyai lebih bidadari2 dan istana2 daripada orang awam . Kesemua mereka
akan menikmati tajalli zat, dengan awam menumpu sirr mereka kepada Allah sekali sekala dan
khawas dengan kerap dan yang tersangat khas akan mengalami tajalli zat selalu . Tidak ada apa
yang menyibukkan mereka daripadanya . Dan semua yang mendapat hidayat di dunia ini akan
menikmati jannat .

Perbincangan yang tepat mengenai jannat memerlukan dua pendahuluan yang penting .
(i) Ilmu huduri membawa kepada al Wajib al Wujud dan sifat2Nya . Adapun ilmu husili maka ia
tidak mempunyai jalan sampai kedudukan yang tinggi ini melainkan dengan istidlal .Ilmu husuli
memberi sejuk hati dengan bentuk , yang berbeza daripada yang empunya bentuk . Semestinya ini
jahil diselaputi bentuk ilmu .

Tidak ragu seorangpun bahawa bentuk yang tercetak dalam zihin berwarnai imkan .Pasti ia adalah
hikayat waqi’ dan bukan waqi’ . Dan tidak ada jalan bagi pewarnaan imkan dalam ilmu huduri ,
melainkan apa yang terdapat dalam Qurb Faraid . Dan demikian termasuk dalam makna ilmu
huduri dari pihak ain tsabit , akan tetapi ia adalah ilmu husuli pada zahir pekerjaan .

Ilmu huduri adalah luap kepenuhan yang terbit daripada ain taqarur seseorang apabila terpenuh
dan terbuang segala buih . Apakah taqarur ini dari pihak Nafsu Natiqah ? Tidak bahkan ia batin

103
dalam dirinya , sesuatu yang pasti , tetap , wujud dari limpahan al Wajib , semasa ke semasa dari
mana tidak ada catuan masa . Semestinya bagi manusia jalan kepada yang melimpah2 yang hak .

Contohnya seperti kon yang transperen. Pada markaznya satu permata yang sangat merah . Maka
warna tapaknya adalah sama warna markaznya . Maka apabila engkau tilik sungguh2 ia akan
membawa engkau kepada al Qayyum , al Hak dan sifat2Nya yang qudus . Maka sesiapa yang
mengenali dirinya dengan ilmu huduri sesungguhnya dia telah mengenali Rabbnya .

Dan pada demikian ilmu ,perbezaan antara si arif dan si jahil . Bukankah orang yang tilik pada kon
ini dua jenis. Yang satu tujuannya jisim kon dan dia tidak tilik kepada markaz melainkan secara
kebetulan . Yang kedua tertumpu kepada markaz dan dia tidak tilik kepada jisim melainkan secara
kebetulan .

Dari penyelidikan yang mulia ini jelaslah makna perbincangan kami dalam setengah kitab2 kami
tentang tauhid afaal dan lainnya . Yang aku rujuk di sana adalah tentang mengenali Allah dengan
ilmu huduri atas dasar tauhid yang membawa kepadaNya atau satu sifat daripada sifat2Nya . Dari
ini jelaslah makna salaf : Allah cuma dapat dikenali melalui tauhid .(22) Dan lain2 pepatah yang
ajaib dari golongan ini yang tinggi darjat .

Makna yang kedua bagi ilmu huduri adalah apa yang aku maksudkan dengan terangkat lupa .

(ii) Sesungguhnya Allah Taala mengetahui dengan ilmu huduri tentang diriNya . Dan termasuk
dalam demikian ilmu, ilmu tentang segala sifatNya dan segala makhlukNya, tidak saja dari segi
ittihad , bahkan dari segi keberlainan dariNya .

Yang demikian mengikut apa yang kami telah tahkik bahawa sifat2 al Wajib adalah umpama
lawazim mahiyah dan makhlukNya umpama lawazim al Wujud . Dan ini tidak lain dari satu wajah
daripada wajah2 taqarurNya yang qudus , dan satu shaan daripada shuun zatNya .

Tidakkah irfan atas penyempurnaan burhan menyaksi bahawa ilmu tentang sifat2 zat dan lawazim
mahiyah termasuk dalam ilmu huduriNya ?Barangsiapa menyerupai al Wajib dalam ilmu ini
nescaya telah mencapai kebahagian tamm.

Selepas kedua pendahuluan ini , kami kata bahawa penghuni jannat mengetahui segala apa yang
terdapat dalamnya daripada bidadari , istana dan lain2 secara tafsil, yang telah termasuk dalam
ilmunya tentang dirinya . Dan mengetahui segala yang menyampaikan kepada asalnya , yang
adalah gambaran satu daripada sifat suci Allah .
Dan pasti dia akan mengenali Allah dalam ilmunya tentang dirinya , dan mengenali setiap sifat
Allah melalui maujudat . Di akhirat segala ilmu adalah secara tafsil. Tidak satu shaan akan
menyibukkan seorang daripada shaan yang lain seperti pada al Wajib . Bukankah demikian
daripada berkat subugh yang paling tamm dan paling kamal ?

Dan baginya rububiah terhadap segala yang ada dalam jannatnya . Bukankah Allah asal
taqarurnya dan Dia bergemar dengan setiap mazhar daripada mazahirNya ? Ini satu nikmat yang
tidak diberi mana satu nabi atau wali pun melainkan di akhirat .

104
Dan engkau telah mengetahui bahawa mereka dalam mencapai tajalli zat atas tiga tabaqat . Dan
pada pendapat aku , orang yang kamal daripada mereka yang mencapai fana dan baqa, kelazatan
mereka dengan sifat2 adalah sejenis yang terasing , umpama kegemaran Allah dengan sifat2Nya .
Maka tidak satu shaan akan menyibukkan mereka daripada shaan yang lain .

Ru’yah adalah ilmu huduri dan inkisyaf tamm tentang Allah Taala pada satu masa dan tentang
sifatNya yang suci pada masa yang lain . Yang demikian dengan hilang taqarur seseorang dan
tidak kekal melainkan al Fard , as Samad . Dan tauhid ini secara tamm tidak tergambar samasekali
berlaku dalam dunia yang cacat ini .

Ahli Sunnah tepat pada memegang kepada kebenaran yang selari dengan waqi’ dalam penegasan
mereka bahawa mata jasmani mempunyai madkhal di akhirat dalam inkisyaf tamm . Ketepatan
pendapat mereka adalah berkat himmah yang sungguh2 atas taqlid dengan anbiya.

Dan tahkik pendapat aku bahawa pada setengah ketika2 tajalli zat , mata jasmani adalah
wasitahnya . Dan kami telah tahkik bahawa anggotta badan dan lain2 aradh tidak mempunyai
bentuk ilmiah yang boleh dibilang sebagai ayan. Benda2 ini hanya wajah2 ayan dan iktibar2nya
.

Mata adalah misal inkisyaf tamm yang adalah satu wajah yang tercetak pada ain tsabit . Begitu
juga tangan adalah misal quwwah amal yang adalah satu bayang juzi daripada juzuk2 perbuatan .

Dan antara tahkik kami , bahawa di akhirat terdapat percampuran dan ittihad antara hakikat dan
tamsil yang tidak terdapat di sini seperti yang kami telah sebutkan . Tetapi kita tidak bolih paling
dari jalan yang lurus dan patut kita pegang dengan sabda Nabi saw : Sesungguhnya aku cuim
semerbak iman dari pihak Yaman ....(23) Dan berpaling tadah adalah pekerjaan orang bodoh
seperti failosuf , mutazilah dan seumpama mereka .

Ketahuilah bahawa Nabi saw nampak Rabbnya dengan mata kepalanya dalam miraj dan Nabi
Musa as mendengar Kalam Allah al Muqadas dengan dua telinganya . Jangan taajub , percayalah
dan terima sebagai benar , kerana ingkar dalam umpama ini adalah kurang berhati2 dan
kelemahan faham .

Ya Allah tidak ada ilmu pada kami melainkan apa yang Engkau mengajarkan kami . Sesungguhnya
Engkau al Alim , al Hakim . Ya Allah sesungguhnya aku meminta daripadaMu tamm nikmat , dan
ta’lim ta’wil ahadis . Engkaulah waliku dalam dunia dan akhirat . Matikanlah aku dalam keadaan
Islam , tunduk taat dengan fana tamm, dan hubungkanlah aku selepasnya dengan solihin yang baqa
di sisiMu . Sesungguhnya Engkau yang menunaikan hajat dan yang mengangkatkan darjat .

(1) Surah al Araf , 176


(2) Tirmizi , Manaqib Jaafar ibn Abi Thalib
(3) Targhib wa-Tarhib , Bab fi Nafkh fi Suwar..
(4) Surah al Ankabut , 3
(5) Surah Ibrahim , 51
(6) Mishkat , Bab Fadail Said –i-Mursalin
(7) Surah al Anam , 127
(8) Bukhari , Kitab ar-Riqaq
(9) Muwatta , Jld 1 , Bab Fadl –us- Saum

105
(10) Muslim , Kitab –us-Siyam
(11) Mishkat , Kitab –us- Saum
(12) Bukhari , Kitab –us- Saum
(13) Mishkat , Kitab –ud- Da’wah
(14) Tirmizi , Abwab sifat –ul-Jannat
(15) Mishkat , Bab Sifat –un-Nar...
(16) Bukhari , Bab Itsm Mani’-uz-Zakat
(17) Muslim , Kitab –uz-Zakat
(18) Muwatta , Jld 1 , Bab Itsm Mani’-uz-Zakat
(19) Bukhari , Ma Jaa fi Qatil-in-Nafs
(20) Bukhari , Bab Ahli-ur-Riba
(21) Targhib wa-t-Tarhib , at-Tarhib min Ghasb-il-Ardh
(22) Kata hikmah ahli irfan
(23) Bukhari , Bab Qudum –ul-Ashyaariyin wa Ahlu-l-Yaman

106
KHIZANAH 10
( Beberapa Faedah )

Ahli Sunnah – Mazhab Asyaari


Sabda Nabi saw : Akan berpecah-belah umatku kepada 73 puak. Yang satu akan masuk jannat dan
yang lain semua akan masuk api neraka ...(1) Dan di sisi kami Ahli Sunnah adalah sesiapa yang
mengikuti sunnah pada ilmu dan amal , dan bagi dia kelayakan masuk jannat .

Adapun perkara2 bidaah yang dibawa oleh Mutakalim tidak berfaedah dan tidak wajib
mengikutinya . Begitu juga hukum syariat yang berdasarkan qias , kami tidak puas hati dengannya
.

Akan tetapi mazhab Shaikh Abu Hasan mempunyai kedudukan di sisi kami , kerana ia antara
gambaran mazhab sahabat , dan berada di bawah Iradat Mutajadid yang mendasari ilmunya .

Dan kerana inilah dia telah keluarkan segala keperincian yang sia2 . Dan apabila engkau
mendalami ilmu tentang sahabat akan ternyata bahawa mazhabnya tepat .

Dan apabila dia berkata bahawa wujud itu adalah ain mahiyah , dia bermaksud bahawa perbezaan
antara adam basit dan wujud bergantung kepada benda itu sendiri .

Dan apabila dia berkata bahawa nama adalah benda yang dinamakan , dia bermaksud bahawa
nama itu terbenar atas benda itu dan unwan baginya .

Dan apabila dia berkata bahawa anbiya mempunyai kelebihan atas malaikat , dia bermaksud
kelebihan mengikut Asma Hadas ( iaitu satu sifat yang menjadi landasan perkembangan jiwa nabi,
wali atau hakim ) .

Dan hakim juga mengutamakan anbiya lebih2 lagi Nabi saw kerana Asma ini , sepertimana engkau
telah ketahui . Dan hadis yang diriwayat Ibn Majah merujuk kepada anbiya yang Asma mereka
lebih subugh dan zahir .

Dan apabila dia berkata bahawa baik dan jahat bertaraf syariat , dia bermaksud mengikut tahakuk
hadas ini . Dan kata putus di sisi kami , sesuatu itu baik atau jahat mengikut azali . Dan aqal
menjelaskan dan menyatakan hukum azali ini .

Kemudian apabila kembang syariat , tetap bagi benda itu baik atau jahat yang lain . Dan Shaikh
Abu Hasan mengambil perhatian tentang kedua ini , sedangkan Mutazila buat curang kerana
enggan menurut sahabat dan mereka menghukumkan atas pendapat mereka .

Dan apabila dia membenarkan asmah bagi anbiya dia bersetuju dengan mazhab hakim ,
melainkan bahawa asmah di sisi hakim mengikut tabaqat seperti engkau telah ketahui . Asmah
mencegah berlaku dosa besar dan pada dosa2 kecil jiwa mereka gelisah.

Dan apabila dia membenarkan khalq afaal dan kemampuan manusia melakukannya dia tepat .
Kami telah jelaskan bahawa segala mumkinat disandar kepada Allah seperti sandaran cahaya
kepada matahari, bahkan lebih tamm dan subugh . Sama juga dengan afaal melainkan bahawa
Shaikh Abu Hasan kerana umminya telah berpadan dengan menyebut afaal . (2)

107
Dan apabila dia membenarkan Kalam Nafsi, dia bermaksud apa yang kami telah nyatakan dalam
bicara Kalam . Tetapi penjelasan sahabat2nya dan pengikut2nya tidak mempunyai timbangan.

Dan apabila dia berkata bahawa al Musair dan seumpamanya antara Asma Allah , dia benar.
Dan engkau telah ketahui bahawa segala wasitah kembali kepadaNya . Akan tetapi Shaikh Abu
Hasan kerana subugh umminya berpendapat bahawa yang demikian Asma adalah sifat dan
AsmaNya pada hakikat. Dan tidak ada kecelaan pada demikian .
Dan apabila dia berkata tentang maad , azab kubur, hisab, mizan , ru’yah , syafaat , maka dia benar.
Dan engkau telah ketahui rahsianya yang kami telah sebutkan . Dan dia percaya bahawa Nafsu
mengambil ruang , dan dia benar, seperti telah disebutkan .

Dan dia percaya bahawa alam ini hadas ,didahului pada zaman dengan adam. Dan disyaratkan
keadaan hadas bagi kemunculan kejadian . Segala pendapatnya ini kerana umminya dan hilangnya
di bawah Iradat Mutajadid.(3) Dan atas inilah dia berkata bahawa Iradat itu qadim tetapi
takluknya hadas .

Dan apabila dia berkata bahawa jari , tangan kanan dan wajah adalah sifat 2 Allah , maka demikian
kerana umminya .

Dan apabila dia berkata bahawa tidak disyaratkan bagi Nabi saw usaha dan persediaan , dia
bermaksud tidak dibebani usaha . Keummiannya , sepertimana engkau ketahui , memerlukan
bahawa tidak dibilang persediaan .

Iktilaf fuqaha pada makna iman, islam dan tasdiq adalah pada istilah, tidak kembali kepada makna .
Walau bagaimanapun mazhab Ashaari adalah benar kerana dia pegang dengan makna istilah
zaman sahabat dan kami akan sentuh masaalah ini .

Zaman khalifah tiga puluh tahun, dan sepaling baik umat Abu Bakar , kemudian Umar , kemudian
Uthman kemudian Ali . Dan penanggung dosa besar tidak terkeluar daripada tetap iman . Ini
antara empat belas masaalah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah yang membezakan mereka
daripada yang lain .

Ringkas kata jika engkau mengambil kira keadaan hidup sahabat, maka tidak akan terbenar
melainkan mazhab Ashyaari. Dan jalan ini wajib atas muqallid mengikutinya. Dan setiap firqah
taqlid yang enggan demikian maka ia tersalah.

Adapun amal, patut diselidiki hadis dengan fahaman makna dan hukum selanjutnya .

Hakim tidak menerima melainkan qias yang jelas , dan jika tidak jelas maka atas maslahat am
.Adapun mereka yang terlalu mementingkan pendapat sendiri , tidak terbilang ahli Sunnah.

Adapun mazhab yang empat, maka yang terdekat kepada Sunnah adalah mazhab Shafie , yang
kemas dan jelas . Pandangannya sampai kepada hakikat illat dan asbab .

Khilaf Sahabat
Ketahuilah bahawa iktilaf sahabat dalam hikayat mereka kerana beberapa sebab .
(i) Iktilaf riwayat dengan memelihara makna , dan kebanyakan iktilaf pada ini .

108
(ii) Iktilaf pada hazaf, iaitu tidak menyebut sebahagian hadis yang diriwayatkan sahabat lain .
(iii) Iktilaf mengikut waham masing2 , seperti kata Ibn Abbas bahawa Nabi saw mengangkat
suara dalam menyebut Labbaika ketika naik unta betina ( pada Haji Wida’) dan juga ketika
naik bukit .

Ada orang lain waham bahawa Nabi saw ( setelah pakai ihram ) mengangkatkan suaranya
menyebut Labbaika ketika dia naik unta betina , dan ada yang waham bahawa Nabi saw
mengangkat suara menyebut Labbaika ketika naik bukit . Pada hal dia telah berihram ketika
solat dua rakaat di Masjid Zul Hulaifah .

(iv) Iktilaf kerana lupa dengan mengganti kata lain , seperti dalam kisah gerhana di mana satu
hadis menyebut lelaki yang bertanya , yang lain bahawa perempuan yang bertanya .

Dan iktilaf mereka pada peristiwa nuzul kebanyakannya apabila mereka berkehendak mentafsir
satu ayat, mereka menggunakan satu kisah sebagai pembenarnya , ataupun mereka menceritakan
satu kisah yang berlaku dalam zaman Nabi saw yang antara penerangan ayat itu , kemudian
periwayat pun menganggap ayat itu turun ketika peristiwa itu .

Dan iktilaf mereka pada waktu nuzul kerana Nabi saw kadang2 membaca ayat ketika berlaku
satu peristiwa sebagai penyaksi ataupun pembukti , kemudian periwayat zann bahawa ayat itu
turun ketika peristiwa itu .

Adapun iktilaf mereka pada mazhab maka kerana iktilaf dalam amalan Sunnah. Seorang beramal
dengan satu aspek dan seorang lain dengan aspek yang lain .Atau mereka melihat perbuatan Nabi
saw atau mendengar percakannya , kemudian mereka tanggung atas illat atau wajah yang berbeza .

Adapun maslahah , maka ia berbeza mengikut zaman , tempat , dan pendirian .dan jawabnya akan
berbeza2 . Dan kerapkali ini tidak diambil berat dalam perhatian perawi .

Dan sahabat berbeza pada darjat kamal . Ada yang unggul dan seimbang . Ada yang menjadi
khalifah , faqih dan yang lebih faqih . Kami telah menyebut setengah bahagian mereka , dan
perbezaan sahabat adalah sebab perbezaan antara mereka yang datang kemudian . Renungilah .

Asal Iman dan Kufur


Apa yang wajib ingat bahawa asal iman adalah tunduk hati dan badan kepada Allah Taala . Dan
kerana inilah ia memerlukan pada dasarnya perlengkapan hikmah , asmah dan wajahah , jika
sekalipun tercegah daripada pernyataan yang sempurna di dunia ini .

Dan asal kufur , tidak tunduk hati dan badan kepada Allah Taala dan memerlukan pada dasarnya
sifat2 yang berlawanan dengan yang di atas .

Dan apabila dilaksanakan hudud dalam syariat , ditentukan dua kalimat shahadat sebagai tanda
iman , dan kufur adalah pengingkarannya . Maka iman mengikut istilah ini lafaz semata2, dan
kufur ingkar . Atas kedua kalimat ini pembinaan hukum syariat pada menjamin keamanan ,
mengisytihar jihad dan lain2 .

109
Bagi syariat istilah yang lain bagi iman dikhaskan bagi orang yang terbenar padanya
perlengkapan sifat2 hikmah , asmah dan wajahah . Yang lain dipanggil dengan munafik dan
penyakit hati .

Maka engkau pun ketahuilah bahawa munafik pada penggunaan syariat mempunyai dua makna .
(i) Orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya dengan hatinya dan lidahnya , tetapi telah
mengerumuninya dosa2 yang telah dilakukan lidahnya , farajnya , hatinya dan lain2 .

Antara penyakit hati manusia , syirik dengan Allah pada menuntut hajat , ibadat , korban , nazar ,
dan sumpah , selagi tidak ingkar dengan Allah sebagai Khaliq , ingkar Hari Akhirat, RasulNya
dan menunduk kepadanya .

Penyakit ini paling susah hilang . Mereka masuk jannat selepas azab mengikut kehendak Allah
Taala . Mereka tidak kekal,dalam api neraka kerana berlindung dengan Allah dan RasulNya ,
walaupun banyak berdosa , selagi tidak dibangkit di kalangan mereka rasul yang lain .

Maka apabila dibangkit rasul di kalangan mereka dan terbongkar segala perselindungan , dan
terbukti pendustaan dan terdiri hujjah maka mereka yang ingkar akan kekal dalam api neraka.

Dari kalangan ini Yahudi dan Nasrani sebelum kebangkitan Nabi saw . Maka apabila dia dibangkit
kepada mereka , jatuh hukum atas mereka seperti dalam isyarat firman Allah Taala : Dan kami
tidak mengazabkan ( satu kaum ) sehingga kami bangkitkan di kalangan mereka seorang rasul
....(4)

Dan antara penyakit2 hati , hasad , dendam , dan mengikut nafsu shahwat dan sebagainya. Dan
Nabi saw telah mengisyaratkan kepadanya dalam hadis alamat2 nifaq. (5)
Adapun penyakit jasmani , maka tak terbilang . Ringkas kata , setiap orang yang dikerumuni
dosa2nya iaitu hilang tenggalam dalamnya , dia adalah munafik dengan makna yang pertama ini .
Ini adalah apa yang sangat ditakuti sahabat .

(ii) Orang yang mendustakan Nabi saw dalam hatinya tetapi membenarkannya pada lidahnya .
Dia dalam tingkat yang terbawah dalam api neraka . Dan tentang mereka turun ayat : Jika engkau
(ya Muhammad ) minta ampun bagi mereka .....(6) Ringkas kata perkataan munafik mempunyai
dua makna dan kerana mengabaikan perbezaan ini berlaku keliru .

Tidak ada hukum syariat yang membezakan kepelbagaian kufur melainkan semua masuk neraka .
Dan tidak terkhusus hukum juga bagi setiap jenis munafik .

Dan dalam hadis bahawa setengah orang kafir diringankan azab bagi mereka . Mereka tergolong
dalam bahagian munafik yang beriman . Renunglah mudah2an engkau mendapat petunjuk .

Dan juga antara perkara yang wajib tanbih atasnya bahawa nasakh pada istilah zaman sahabat ,
maknanya gugur semata2 dengan maksud yang sangat awam melengkapi :
(i) Nasakh ilmu nujum dan khat dengan mati ulama2 bidangnya .
(ii) Mengangkat qias batil ( pada bentuk nazar yang dibenarkan ) seperti dalam kes unta bahair dan
sawaib .
(iii) Keterangan tentang luputnya tempoh hukum .

110
(iv) Keterangan bahawa mafhum muwafik ataupun mafhum mukhalafah tidak dimaksudkan dan
lain2 . Dan kami telah menyebut rahsia padanya .

Dan apabila pemuka mufassir tidak menyedari keutamaan ini mereka beragu2 , maka renunglah .

Dan juga antara yang wajib tanbih atasnya bahawa iradat dan mashiat di mana disebut dalam al
Quran , dikehendaki dengannya ridha . Begitu juga bagi suruhan dan izin , maka renunglah .

Musyrik dan Ahli Kitab


Ketahuilah bahawa kafir yang ditentang Allah Taala dalam KitabNya , dua bahagian :
(a) Musyrik : Mereka menyekutukan patung2 dengan Allah Taala dalam ibadat , dan menuntut
hajat , dan sembelihan , pada doa2 iaitu zikir, nazar dan sumpah .

Asal kesesatan mereka bahawa nenek moyang mereka bergabung dengan muqarabin dari
kalangan manusia dan malaikat dan mereka nampak kesan (karamat) daripada moyang mereka dan
percaya bahawa moyang mereka masih hidup dan wajib takzhim atas mereka .

Dan bahawa tidak dapat mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu melainkan dengan wasitah
moyang . Inilah sebab mereka mentakzhimkan moyang dan menuntut hajat daripada mereka.
Fahaman palsu ini telah tersebar sehingga timbul golongan musyrik ini.

Kemudian mereka menyekutukan moyang mereka dengan Allah pada segala wajah. Dan hati
mereka tertarik mensifatkan moyang mereka dengan sifat ketuhanan dan penciptaan , melainkan
kejadian dunia ini mencabar fahaman ini .

Iaitu seorang raja besar, tidak mampu mendekatinya melainkan dengan wasitah raja2 yang
menjadi khalifahnya , akan tetapi mereka hanya raja sedangkan dia adalah raja segala raja .

Mereka ingkar kebangkitan Rasul saw tetapi menetapkan kebangkitan segala rasul yang lain , dan
dakwah bahawa mereka adalah pengikut Nabi Ibrahim as . Asal demikian kerana mereka
menganggap jauh sekali bahawa Allah berkata2 dengan seorang lelaki umpama mereka, dari jenis
mereka, makan, minum dan tidak padanya kelebihan atas mereka .
Dan antara adat jahiliah bahawa apabila tidak nampak seorang itu , mereka anggapnya suci ,
kemudian apabila melihatnya membiasakan adat mereka , ingkar atasnya .Ini rahsia mereka
mengakui segala nabi2 yang lain dan ingkar Nabi Mohd saw .

Mereka ingkar kebangkitan akhirat dan balasan . Asalnya kerana pautan mereka dengan zaman .
Mereka dapati telah begitu lama berlalu nizam alam dengan baik tadbirnya. Tetapi tersembunyi
daripada mereka rahsia wujud dan mereka menganggap bahwa nizam ini kekal . Mereka
menganggap jauh sekali bahawa dapat dihimpun bahagian2 mayit yang bertaburan selepas
menjadi tanah .

Dan mereka mengharamkan sesuatu dan menghalakan sesuatu tanpa ada suruhan Allah. Asal
demikian Amar ibn Luhayy . Dialah yang melepaskan unta sawaib . Orang jahil mewajibkan atas
diri mereka tanpa ilmu dan orang lain pun mengikuti apabila nampak mereka hidup senang di
dunia . Inilah lima masaalah yang Allah menentang orang musyrik dalam KitabNya .

111
(b) Ahli Kitab : Mereka menetapkan bagi Allah Subhanahu anak . Asalnya kerana Nabi Isa as
mempunyai khususiah yang tidak terdapat pada nabi2 yang lain , kerana Allah Taala telah
menciptakannya dengan tanpa sebab zahir, semata2 kerana kasih kepadanya.

Demikian Uzair as mempunyai khususiah , maka mereka pun menamakan khususiah ini dengan
keanakan.Keturunan mereka memahami keanakan secara hakikat .Yang pertama adalah bohong,
kerana ia majaz atau tiruan tanpa ada titik persamaan yang sesuai, walhal ia membawa kepada
kerosakan maslahat dan buruk adab. Apatah lagi yang kedua .

Mereka juga ingkar kebangkitan Rasul saw kerana beberapa sebab , antaranya :
(i) Mereka menganggap bahawa kenabian hanya di kalangan mereka selama2nya .
(ii) Melampau dan hasad .
(iii) Alamat2 yang disebut dalam Taurat dan Injil berbentuk kulli dan tidak mudah disesuaikan
dengan ciri2 khas Nabi saw , lebih2 lagi , telah ditakwilkan alamat2 itu oleh orang2 dahulu tidak
atas makna yang dikehendaki .
Mereka juga mengubahsuai kitab mereka atas dua wajah .
(i) Mereka mentakwilkan kitab tidak atas maksud yang asal dan menuliskan takwil yang rosak itu
, dan menamakannya Taurat dan Injil.
(ii) Mereka membuat qias yang rosak dan mengeluarkan hukum dengan cara yang tidak tepat dan
menamakan hasil keduanya sebagai hukum Allah Taala dalam Taurat .

Allah Taala telah menentang mereka atas tiga masaalah ini . Ini asal pendapat mereka dan pokok
pertentangan dengan mereka .

Ilmu2 Hikmah
Ketahuilah bahawa tafsir ada dua jenis , iaitu tafsir perolehan ahli zahir dan tafsir perolehan
hukama rabbani .
(i) Adapun yang pertama, maka perlu bagi mufasir menguasai bahasa Arab , dan mempelajari
hadis, kemudian dia mempunyai bakat menjelaskan maksud yang dikehendaki. Maka dengan
demikian dia dapat memahami dan menguasai penggunaan sumber2 kalam .

(ii) Adapun yang kedua , maka perlu bagi mufasir mengikut amalan Nabi saw supaya mencapai
asmah , hikmah dan wajahah . Tambahan pula , cukup pengetahuan tentang hakikat ilahi , maad
dan lain2 serta mengerti tajuk2 utama ayat2 al Quran .

Kemudian dengan tajam tiliknya mengecam dari mana satu hadrat (ilahi) terbit sesuatu ayat itu .
Ini adalah iman yang kamil terhadap al Quran dan kesudahan tasdiq .

Dan seumpamanya , pengetahuan hadis ada dua jenis .


(i) Adapun pengetahuan ahli zahir, maka mengenai periwayatan dan gharib hadis .
(ii) Adapun pengetahuan hukama , maka dengan pengetahuan tentang hakikat tasyrik dan hakikat
ilmu . Ilmu bukan satu perkara yang berlalu dan luput bahkan ia di sisi Allah azali dan abadi .
Barangsiapa memperolehinya maka sesungguhnya dia telah memperolehi kejayaan yang besar .

Dan seumpamanya qias ada dua jenis .


(i) Adapun qias ahli nazir, iaitu pengetahuan tentang illat , dan membuat keputusan berdasarkan
perkara yang diqiaskan atasnya .

112
(ii) Adapun qias ahli hikmah , maka ia terlebih terang daripada digambarkan oleh pemikiran biasa
. Mungkin kami akan bicara ilmu ini dalam risalah asing insyaAllah , sesungguhnya di tanganNya
segala kebajikan .

Dan antara ilmu2 hikmah , ilmu huruf .


‫ا‬ Sesuatu yang ghaib semata2. Tidak ada syarat apa2 mengenainya .

‫ب‬ Sesuatu yang lazim yang tidak suci.

‫ت‬ Biasanya menunjukkan kesudahan sesuatu bersama ‫ ب‬. Maknanya umpama perkara2
duniawi yang tidak tentu hakikatnya .

‫ث‬ Ganti bagi ‫ ت‬pada biasanya dengan makna yang sama melainkan lebih halus lagi .
‫ج‬ Campuran dengan mahiyah yang tidak telus .

‫ح‬ Sesuatu yang ghaib dengan syarat tertentu .

‫خ‬ Seperti makna ‫ ح‬dengan tambahan makna lazim dan campuran .

‫د‬ Lazim yang tidak terpisah .

‫ذ‬ Makna yang sama dengan ‫د‬ dengan kehalusan yang diwahami .

‫ر‬ Penzahiran berulang2 , yakni zahir sekali tersembunyi sekali ataupun meninggalkan dua
jenis bekas, zahir dan batin .

‫ز‬ Sama makna dengan ‫ ج‬melainkan lebih halus dan lazim .


‫س‬ Makna tembus, secara waham atau wujud .

‫ش‬ Makna kesesuaian dan kelengkapan .

‫ص‬ Makna kembali dengan peningkatan .

‫ض‬ Makna kerosakan bentuk kepada yang lebih tercela .

‫ط‬ Sesuatu yang ghaib dengan syarat tidak.

‫ظ‬ Makna penzahiran yang tidak telus tetapi halus .

‫ع‬ Sama makna dengan ‫ ح‬dengan tambahan maksud cemerlang dan gemilang.

‫غ‬ Sesuatu yang keruh .

‫ف‬ Makna sama dengan ‫ت‬.

‫ق‬ Tersangat keras dipakai untuk menunjuk kekuatan .

‫ك‬ Makna sama dengan ‫ق‬ melainkan lebih lemah dan ringan .

113
‫ل‬ Makna ketentuan kemudian daripada ketidak-tentuan .

‫م‬ Makna kekotoran yang tamm .

‫ن‬ Makna cahaya dan penerangan .

‫و‬ Kadangkala maksud ‫م‬ kadangkala maksud ‫ب‬.

‫ه‬ Sesuatu yang ghaib , daripada alam campuran .


‫ي‬ Makna keraguan antara zahir dan tersembunyi .

Ketahuilah bahawa :

‫ء‬ dan ‫ه‬ sama melainkan ‫ه‬ lebih bercampuran .

‫ح‬ dan ‫ع‬ sama melainkan ‫ع‬ lebih bersinar .

‫خ‬ dan ‫غ‬ sama melainkan ‫خ‬ lebih lazim dan ‫غ‬ lebih padat .

‫ق‬ dan ‫ك‬ sama melainkan ‫ك‬ lebih ringan .

‫ل‬ dan ‫ ر‬sama melainkan ‫ل‬ lebih rendah maka tertentu dan ‫ ر‬lebih tinggi
maka sekali zahir sekali tersembunyi .

‫د‬ dan ‫ت‬ sama melainkan ‫د‬ lebih lazim dan jelas dan ‫ت‬ lebih ragu .

‫ج‬ dan ‫ز‬ sama melainkan ‫ ز‬lebih halus .

Dengan mengingati maksud lafaz2 di atas , kami akan memberitahu tentang maksud kombinasi
lafaz.
.
‫ال‬ Ghaib yang tertentu. Atas dasar ini setengah sufi berkata ‫ ال‬adalah Ismu Azham .

‫بل‬ Sesuatu yang tertentu , yang berhubung dengan sebelumnya .

‫هل‬ Sesuatu yang tidak tentu , dituntut ketentuannya .

‫اي‬ Ghaib yang ragu2 , yang diketahui jenisnya tetapi belum tentu ainnya .

‫ذا‬ Sesuatu yang ragu pada ain , yang ghaib , yang tertentu dengan satu aspek yang belum
diketahui lagi , yang dekat nyata .

‫ سري‬dan ‫سار‬ dan ‫سر‬ dan ‫سج‬ dan ‫ساح‬ memberi maksud peredaran dalam
sesuatu .

‫ ضل‬dan ‫ ضار‬dan ‫ ضر‬dan ‫ضد‬ memberi maksud kerosakan . Kadangkala ‫ض‬


digunakan untuk menunjukkan kaifiat bentuk ,yang mujarad .

114
‫ابيض‬ maknanya sesuatu yang lazim yang diragu pemisahannya ,dan ia daripada kaifiat bentuk .

‫اخضر‬ untuk menunjukkan percampuran ,yang terdiri daripada kaifiat bentuk.

‫طود‬ dan ‫ طور‬dan ‫طغي‬ dan ‫طاف‬ dan ‫طار‬ menunjukkan jauh atau qudus
dan perasaan perkara yang ghaib yang telah mendalam kesannya dan dipersepsi . Dan juga ilham
perkara yang ghaib yang sebati . Zahir satu kesan daripadanya dan tersembunyi yang lain .

‫جد‬ dan ‫ود‬ dan ‫رد‬ dan ‫مد‬ menunjukkan lazim .

‫صدف‬ dan ‫ صلح‬dan ‫ صار‬dan ‫صبر‬ membawa maksud kembali semata2 atau
bersama perkara2 lain . Dan juga ilmu kesinaran yang ditentukan oleh perkara2 duniawi secara
lazim .

‫محي‬ dan ‫محض‬ dan ‫محص‬ menunjukkan sesuatu benda duniawi yang telah ghaib .

‫نور‬ dan ‫نار‬ dan ‫نهر‬ menunjukkan cahaya atau sesuatu yang memberi cahaya .

‫لمع‬ dan ‫عين‬ dan ‫عنا‬ menunjukkan kesinaran .


‫قر‬ dan ‫حق‬ menunjukkan sabit .

Ringkas kata ilmu huruf bukannya antara perkara di bawah perbicaraan umum . Allah juga yang
menunjukkan. Aku telah mengkhabarkan rahsianya dan aku tidak berbohong .

Dengan kerana ihsan Rabbku , aku telah jadi lautan ilmu .


Segalanya benar, dan telah terbuka tirai rahsianya .
Lisanku umpama pedang , tanpa sebarang cacat.
Dan lautan ilmuku, tidak keruh diceduk.

Ya Allah , Engkau telah memberi aku nikmat tanpa sebarang hakku atasnya .
Sesungguhnya bagi Engkau segala puji .

(1) al Shahrastani, Al Mihal wa-l-Nihal


(2) Seorang ummi memberi keutamaan kepada tidakan atas pemikiran
(3) Sifat yang nyata setiap hari dengan kegemilangan baru
(4) Surah Bani Israil , 15
(5) Bukhari , Bab Alamat –ul- Munafik
(6) Surah al Munafiqun , 6
(7) Diwan , Hasan b. Tsabit

115
WASIAT

Aku wasiatkankau supaya memberi perhatian mendekatkan diri kepada Allah Taala dan
bersungguh2 dalam mentaatiNya kerana ia punca segala kebajikan dan tonggak segala urusan .
Ikhlaskan diri dan jangan menyekutukan Allah secara nyata ataupun tersembunyi . Peliharalah diri
dari bidaah kerana ia sesat , dan dari menghirau kaum yang menamakan diri failosuf .(1) Allah
telah menyesatkan mereka atas ilmu mereka , dan tidak membenarkan mereka pada pemikiran
mereka . Maka mereka tidak berdaya keluar dari kesesatan mereka.

Jika engkau hendak tahkik sesuatu perkara dan penghalusan rahsianya maka ilmu mereka tidak
menghasilkan sedemikian . Bahkan sebenar ilmu diambil dari sumber syariat dengan beramal dan
usaha mendekatkan diri kepada Allah . Ikutilah aku atas jalan yang benar . Dan peliharalah diri
dari mengingkari ilmu yang kami telah beri dalam kitab ini al KHAIR al KATSIR supaya
engkau tidak jatuh hina di dunia dan akhirat . Sesungguhnya ia adalah ilmu yang benar , dari sisi
ar Rabb , dan tidak terima sebarang kebatilan dari mana segipun . Bak mutiara kata Farsi :

Apabila engkau mendengar seorang wali berucap,jangan kata ia salah,Wahai saudaraku.


Engkaulah yang tidak mengetahui kebenaran katanya. Di sinilah kesilapan .

Kalau bukan kerana permintaan yang sungguh2 daripada saudara2 yang ternama dan ikhwan2
yang mulia , mungkin kami tidak membongkarkan ilmu ini kepada orang ramai . Akan tetapi segala
kebajikan di tangan Allah yang Maha Mengurniakan. Segala puji bagi Allah pada awal dan akhir,
pada zahir dan batin ,dengan hati dan jasad, secara tersembunyi dan nyata .

Aku menghulurkan kedua tanganku kepadaKau dengan harapan limpah kurniaKau.


Peliharalahku supaya aku tidak bersalah laku dan mengeluarkan pendapat yang dusta.

(1) Mereka yang bertaqlid kepada pemikiran Yunani .


INDEKS

Abbas , 117
Abid , 157
Abrar , 129, 150
Abdullah ibn Masud , 118
Abdul Qadir Jailani , 68
Abu Abdullah , 124
Abu Bakar , 118
Abu Dharr , 118
Abu Hurairah , 118
Abu Ismail , 124
Abu l Abbas ,124
Abu alHasan Asyaari , 26, 28, 31, 58, 169, 171
Abu alHasan Kharqani , 124
Abu Said , 124
Abu Yazid , 124
Adam , 6, 12, 42, 55, 80, 81, 82, 144, 171
Adat , 64, 162

116
Afaal , 119, 123
Afghan , 151
Aflak , 40, 41, 44
Ahli Aqal , 6
Ahli Bait , 117, 132
Ahli Hadis , 133
Ahli Ishraq , 131
Ahli Kasyaf , 12
Ahli Kitab , 177
Ahli Nazar , 3, 12, 33, 179
Ahli Sunnah , 169
Ain( ayan ) Tsabit , 3, 4, 19, 21, 44, 45, 46, 52, 60, 70, 72, 74, 80, 94, 95, 136, 141
Ajal , 53
Akhirat , 43, 46, 66
Akhlak , 153
Alam Campuran,Imkan , Kaun dan Fasad , 40, 96, 99
Alam Misal , 6, 46, 64
Alam Mujarad , 51
Ali ,84, 143
Ali ra , 117
Ammar , 118
Amr bin alLuhayy , 177
Anas bin Malik , 118
Anasir , 40, 75, 96
Anniyah , 9, 12, 13, 20, 32
Api , 41, 87
Aqal , 10, 33, 139
Aqal Aktif , 12, 133
Aqidah , 153
Aqrabiyyah , 79
Aradh , 6, 25, 44, 45, 49, 50, 61
Arafah , 145
Arshy , 38, 44
Asbab , 172
Asma , 42, 44
Asma Aktif , 31
Asma Bidayah , 17, 20, 23, 25
Asma Hadas , 21, 26, 49, 74, 90, 110, 111, 115, 145, 169
Asma Kembali , 15, 21, 24, 25
Asma Mohd , 88, 154, 155
Asma Mutajadid , 30, 92, 105, 106, 119, 128, 134, 140
Asma Mutlak , 16, 42, 51, 99, 143, 154
Asma Qadim , 99, 116, 140
Asmah , 48, 94, 117, 121, 139
Awliya , 16, 66, 119, 123, 126, 127, 128
Ayat , 42

Badan , 59

117
Baha ul Haqq wa’l Din , 69
Bai Salam , 97
Bait Maqdis , 84
Bakhil , 153
Bani Israil , 57
Barzakh , 69, 150
Basirah , 126
Basit , 3, 16, 22, 60, 72
Bast , 117, 124
Bidaah , 12, 25, 30, 56, 99, 140
Bilal , 118
Bunuh ,147 , 163

Carik Adat , 50
Celaka , 67
Chishti , 124, 132
Curi , 147

Dahsyat , 126
ad Dajjal , 51, 79, 154, 155
Dakwah , 136, 137
Darjat , 173
Daud , 88
Din , 139, 143
Dosa Besar , 147, 171
Emanansi , 8, 13, 24, 32, 37, 95, 100

Faid , 25, 85, 100


Failosuf , 6, 12
Fana , 62, 65, 66, 73, 115, 123, 125, 133, 140, 151
Fana fi Rasul , 100
Fana Maqbul , 68
Fardu , 5
Faris , 156
Fasahah ,29, 105
Fasal , 6
Fasiq ,157
Fatimah , 117
Firasat , 56, 65, 101, 111, 121, 126, 132
Fitrah , 55, 77, 94, 136
Fuad , 88

Galian , 40, 44
Ghaib , 64
Ghibah , 147

Hadas , 6, 8, 27, 39, 48, 64, 170, 171


Hadd (hudud) , 111, 140, 146

118
Hadi , 98
Hadis , 178
Hadrat , 28
Hairan , 15, 126
Haiwan , 40, 44
Hajj , 145, 161
Hak ,17
Hakikat , 3, 35
Hakim (hukama) 2, 16, 66, 68, 74, 89, 92, 93, 94, 119, 122, 178
Hamzah , 118 , 150
Harawi ,69
Harun , 87
Hatif , 65
Haudh , 158
Hayy , 17, 43, 80, 83, 135, 143, 145, 148, 157,
Hayula , 39
Hazaf , 172
Hifz , 96, 101, 118
Hikayat , 66
Hikmah , 2, 7, 15, 65, 101, 111, 117, 121, 139
Hind , 156
Hisab , 153, 156
Hiss , 40, 58
Hiss Musytarik , 47, 60, 96
Hizbul Burhan , 6
Hud , 51, 83
Hudur , 125
Hukum , 74, 128
Huruf , 63, 81, 106
Huwiyah , 12, 143, 157

Ibadat , 132
Iblis ,42
Ibn Arabi , 33, 68
Ibrahim , 79, 80, 83, 102, 142, 145, 147,
Idafi , 61, 144
Idrak , 5, 13, 27, 30, 40, 46, 47, 48, 60, 65, 73, 74, 130
Idris , 78, 81, 82, 144
Ifadah , 18, 19, 20, 24, 25, 45
Iffa , 56, 139
Ifrad, 44
Ijad , 22, 103, 140
Ijaz , 73
Ijmal , 6
Ijtihad , 101
Ilahiat , 105
Ilham ,30, 57, 64, 96
Illat , 3, 12, 25, 32, 63, 172, 173, 179

119
Ilmu , 24, 28
Ilmu Aktif , 42, 80, 102
Ilmu Huduri ,18, 59, 69, 131, 164
Ilmu Husuli
Ilmu Laduni ,65
Ilmu Pasif , 20, 24, 42, 102
Ilyas , 87
Imam , 6, 16, 99, 117, 134
Iman , 56, 92, 173
Imkan , 3, 96
Indiraj , 45
Inkisyaf , 18
Insan , 41
Insibagh , 68
Insilakh , 16, 29, 67, 133, 156
Inthibaq , 45
Iradat , 16, 19, 24, 25, 26, 28, 31, 44, 80, 82, 105, 136, 162, 171
Iradat Mutajadid , 26, 127, 169, 171
Iraq ,156
Irshad , 29, 97, 118, 126, 136
Irfan , 67, 152
Isa , 79, 88, 134, 154
Ishaq , 84
Ismail , 84
Isnad , 3
Israfil , 22
Istinbat , 112, 141
Isyraq , Isyraqiyun , 6
Isyraf , 65, 104, 111
Itlak, 15, 38
Itq , 146
Ittisaf , 13
Izrail , 22

Jaafar ,118
Jadal , 98, 105
Jahannam ,158
Ja-il , 3, 6, 37
Jalal , 55
Jamal, 55
Jami, Shaikh Ahmad , 127
Janabah , 48, 100
Janin , 53
Jannat , 158
Jau , 79, 97, 117
Jauhar , 5, 6, 25, 37, 44, 45, 49
Jazba , 71, 123, 125, 126
Jibilah , 2, 10, 82, 128

120
Jibril ,79, 104
Jihad , 101, 119, 146, 161
Jihat , 4, 18, 37, 137
Jinayah , 75
Jinn , 41, 47, 151, 152
Jisim , 37, 46
Juzi ,4,5

Kaabah , 84, 145


Kahwin , 129
Kalam , 20, 28, 31, 64, 91, 105, 167
Kalam Nafsi , 28, 110, 170
Kamalat , 5, 74, 79, 127
Kasyaf , 50, 64, 104, 133
Kautsar , 101
Kebaikan ,67
Kebangkitan , 154
Kejahatan , 99
Khadam , 117
Khalid , 118
Khalifah , 46, 59, 171
Khalil , 102
Kharij , 47, 125
Khatam Anbiya , 75
Khatam Awliya ,75
Khatam Kerajaan , 88
Khatam Qurbah , 82
Khauf , 132
Khayal , 30, 40, 58, 64, 73, 74, 110, 115, 129
Khidir , 56, 87, 93
Khulafa Rasyidin, 118, 119
Kiffarat , 146
Kubur , 150, 153
Kufur , 173
Kunhu , 4,8

Luh Mahfuz , 39, 42


Lukman , 93
Lut ,52, 86

Ma’ , 39, 41, 59


Maad , 94, 106
Maarif, 127
Madina , 137
Mahaimi , 69
Mahdi , 53, 154
Mahiyah , 3, 5, 6, 27, 31, 35, 77, 165, 169,

121
Ma’juj , 155
Maj-ul , 3, 4, 37
Majusi , 138
Makaan , 27, 39
Makhluk , 13, 165
Maksum , 94, 97
Mala Ala , 96, 97
Malaikat , 26, 41, 42, 65, 70, 91, 96, 127, 150, 169
Malakah , 122, 151, 153
Ma’lul , 9
Manazil , 137
Maqul(at) , 6, 131
Marifat , 65
Masyrab , 134
Mata , 166
Mati , 150
Matla , 111
Mauthin , 18, 28, 32, 45, 115, 123, 126, 141
Mazhab , 173
Mazhar ( mazahir) , 11, 35, 44, 124
Mikail , 22
Minu , 47
Miqdad , 118
Miraj , 103, 167
Misal , 46
Misyaj , 41, 47, 53
Mizaj , 16, 30, 53, 55, 57, 62, 64, 74 , 75, 79, 123, 125, 152, 156
Muawiyah ,118
Mubah , 156
Mudrak , 13
Mudrik , 91, 105, 106, 143
Muhabah , 132, 143
Muhadarat , 123
Muhadis , 91
Muhamad , 80, 88, 141
Mujarad ,8, 9, 22, 58, 95, 121
Mujassim ,138
Mujizat , 90
Mulk , 101
Mumkin , 4, 5, 7, 16, 34, 170
Munafik ,174
Muqarabun , 93, 103
Murid , 19
Mus’ab bin Umair , 118
Musa , 79 , 80, 87, 167
Mushahadah , 123
Musyrik , 138, 176
Musytarik , 32

122
Mutakalim , 11
Mutazila , 170
Muzik , 111, 122

Nabat , 39, 40
Nabi (anbiya) , 25, 66, 74, 89, 90, 94, 107, 127
Nafsu (nufus) , 22, 65, 75, 137, 171
Nafsu Aini , 32
Nafsu Natiqah , 21, 28, 31, 45, 46, 50, 58, 60, 65, 128, 130, 150, 151, 152
Nafsu Rahmani , 15, 32, 43, 62, 110, 125, 141, 144, 148
Najmudin Kubra , 69, 124
Naqsyabandi , 124, 127, 132, 133
Nasakh , 91, 142, 175
Nasamah , 50, 55, 59, 60, 65, 105, 108, 131, 141, 150
Nasr , 102
Nasrani , 174
Natiq , 41
Nau , 33, 44, 49, 100
Nawafil , 5
Nazar , 56, 146
Nisab , 142
Nisbah , 48
Nizam , 21, 24, 44, 70, 77, 107, 155
Nubuwah , 68, 70, 74
Nuh , 51, 78, 81, 82
Nujaba , 118, 119
Nur , 17, 18
Nur Ghaib , 120 , 131, 133, 157
Nutfah , 52
Nuzul , 172

Puasa , 48, 144, 160

Qabd , 117, 124


Qadar , 26, 128
Qadha , 26
Qalab , 129
Qalam , 33, 42
Qayyum , 17, 43, 80, 83, 88, 135, 143, 145, 157
Qazaf , 148
Qiamat , 51, 100, 154
Qias , 175, 178, 179
Qisas , 106
Qudus , 2, 20, 21, 65, 82
al Quran , 104
Qurbah , 56, 69
Qurb Faraid , 22, 65, 70, 71, 72, 73, 77, 86, 87, 88, 92, 95

123
Qurb Malakut , 95
Qurb Nawafil , 69, 70, 71, 73, 77, 93
Qurb Wujud , 16, 21, 22, 56, 70, 73, 77
Qurb Zat , 95
Qutub , 94, 95, 96, 97, 117

Rabb , 146, 148


Rahman , 17, 19, 145
Rasul , 77, 99
Rejab , 142
Riba , 148, 164
Ridha , 176
Rububiah , 72, 75, 102, 166
Ruh , 22, 40, 60, 65
Ruqaba , 118, 119
Ru’yah , 64, 92, 104, 126, 166

Sadir , 7, 8, 32, 35
Sadr (sudur) , 16, 23, 26, 41, 89
Sadrudin Qunyawi ,33
Safa , 68, 69, 73
Sahabat , 115, 132, 171, 173
Sakinah , 122, 131, 134
Salabah , 79
Salaf , 164
Salbiah , 61, 81, 82, 83, 144
Salih ,51, 83
Salsilah Bidayah / Kembali, rujuk Asma
Salman , 118
Shafaat , 157
Shafie , 172
Shahadat , 143
Shah Wali Allah , 71
Shahid , 150
Shakk , 62
Shamwail , 87
Shuaib , 51, 73, 86
Shuayah , 88
Shuun , 80, 133, 166
Sibghah , 68
Sidiqin , 131
Silaturahim , 146
Sirat , 158
Sirr , 38, 50, 65, 72, 74
Subbuh , 20, 37, 56, 82, 88
Subugh , 22, 46, 47, 50, 79, 88, 99, 103, 137, 144, 146, 155
Suhrawardi , 69, 124, 132
Suhuf , 43, 50, 111, 137, 156

124
Sukr , 148
Sulaiman , 88
Sulbi , 60
Sumpah , 108
Syair , 111, 122
Syariat , 46, 78, 100, 105, 135, 158, 170
Syauq , 25
Syirik , 147
Syith , 82

Taaqul , 40, 58, 59


Taayun , 6, 8, 11
Tabaqat , 18
Tabiat , 4, 6, 44, 64
Tabuk , 101
Tadbir , 41, 137
Tafsir , 112, 178
Tahakuk , 3, 18, 34, 170
Tahkik , 4
Tahrif , 106
Tajalli , 12, 15, 83, 94, 95, 119, 120
Takwin , 19, 51, 81, 105, 121
Talaqqi , 100
Talqin , 118
Taqarur , 3, 5, 18, 37
Taqawum , 18
Taqdir , 51
Taqwa , 101
Tarakum , 79, 82, 83
Tariq , 1115
Tasawur , 62
Tasdiq , 62, 178
Tawaf , 145
Tawasul , 122
Tauhid , 132
Tilawah , 48, 145, 162
Tsamud , 51
Tsubuti , 81, 87, 133

Ubudiah , 73
Ujub , 72
Ulul Azmi , 78, 99
Umar , 116, 118
Ummi , 75, 78, 79, 86, 115, 170
Umrah , 161
Unwan , 7, 9, 16, 37

125
Uqul , 13, 44
Uruj , 73
Usul , 16
Uzair , 177

Waham , 12, 27, 30, 31, 40, 47, 48, 58, 60, 65, 129, 172,
Wahdah , 5 , 7, 15, 19,
Wahdatul Wujud , 31
Wahhab , 82

Wahid , 4, 33
Wahyu , 28, 65, 91, 95, 104, 141
Waiz , 105
Wajahah , 95, 107, 117, 122, 139
Wajib al Wujud , 5, 32, 33, 96, 165
Wali , 85, 89
Waqi’ , 3, 33, 65
Warid (awarid) , 5,
Wasitah , 22, 95, 124
Waswas , 91
Wazan , 53, 79
Wijdan , 13, 28
Wilayah , 79, 115, 133
Wudu’ , 48
Wujud , 3, 34, 35, 125
Wujud Am , 33
Wujud Kharij , 7
Wujud Mufad , 120
Wujud Munbasit , 32, 35
Wujud Sarf , 10
Wuquf , 145
Wusul , 71, 120

Yaddasht , 133
Yahudi , 155, 174
Yahya , 88
Ya’juj , 155
Yakub , 80
Yaqazah , 121
Yusha , 87
Yusuf , 81, 85

Zahir , 178
Zakaria , 88
Zakat , 144, 161
Zaman , 23, 39
Zann , 62
Zat , 6, 15, 27,

126
Zauq , 65, 91
Zihar , 148
Zihin , 2, 11, 25, 45, 60, 65, 125
Zikir , 145, 162
Zill , 16
Zina, 147

127

Anda mungkin juga menyukai